Friday, May 21, 2010

GILA KAU 41

Gila kau 41

Farid sekali lagi menarik perhatian Maya. Muka hensem tapi gabra semacam, baru cerita sikit dah macam kucing nak beranak. Maya tersenyum sendiri.

“betul ke semua ni?”

“tak betul saya saja reka cerita.. bagi cerita lagi best” sindir Maya. Kalau tidak sebab desakan peguam muda ni tak mungkin dia akan menceritakan hal peribadi kawan baiknya sendiri.

Maya menjeling lagak Farid. Sekejap berdiri sekejap duduk.

“habis tu shah macamana?”

Dahi maya berkerut. Shah?? Apa kaitan pulak shah dalam cerita dia tadi? Rasanya dalam ceritanya tadi hanya ada Lokman dan Intan tak ada pulak nama shah dimasukkan sekali. Cuba mengingat kembali cerita yang keluar dari mulutnya.

“kenapa pulak dengan shah?”

Aduhhh!! Farid menepuk dahinya perlahan. Tak akanlah maya tak boleh tangkap apa yang bermain di fikirannya sekarang. Kalau hal Intan tak ada kena mengena dengan dia tak akan dia semangat nak tahu hal peribadi wanita tu. Langsung tak guna logic akal betul.

“cik Maya Kirana tak akan awak tak perasan yang sepupu saya tu ada hati dengan kawan baik awak tu?” bulat mata maya mendengar soalan Farid. “hahhh…jangan nak buat muka terkejut sampai macam tu.. orang butapun tahulah yang si shah tu dah jatuh sayang dengan Intan” sekali lagi Farid menguatkan faktanya.

Maya cuba memproses apa yang didengarnya. Memang dia pernah menduga semua itu tapi bila tengok lagak lembab shahrul, tak mungkin dugaannya tu betul. Shahrul tak pernahpun nampak macam sukakan Intan, asyik bergaduh je adalah. Tapi kalau ditimbang kira lagi sekali macam betul pulak fakta si penguam ni.

“macamana sekarang?” sekali lagi Farid bertanya. Cerita Intan bercinta dengan anak Datuk hashim itu sudah tersebar dalam dunia koprat. Bukan dia tak tahu pengaruh Lokman bukannya kecil. malah pemuda itu mampu mengegarkan dunia dengan kejayaannya menguruskan syarikat perkapalan milik datuk hashim.

“macamana? Macamana pula… kalau dah takdir yang Intan akan bersama Lokman kita tak ada kuasa nak halang.. biarlah datang sepuluh lelaki macam shah sekalipun” jelas Maya.

Farid gigit bibir tak senang dengan jawapan maya tadi. Emm perempuan kalau dan dapat gading emas tak akan nak gading buruk lagi. bisik hatinya. Bukan dia nak kecilkan kemampuan sepupunya tapi kalau nak dikira Lokman punya pakej lengkap sebagai lelaki idaman,

“habis tu Shahrul macamana?” Maya mencebik mendengar soalan itu.

“siapa suruh sepupu awak tu lembab sangat.. siapa cepat dia dapatlah”

“cara awak bercakap macam tak berperasaan Cik Maya”

Maya diam, mengigit bibirnya. Cuba menahan marah.

“ Encik Farid, kalaupun saya ini tak berperasaan dan Encik Farid punya perasaan cuba fakir sekejap guna akal jangan guna perasaan, sekarang ni Intan dan memilih Lokman. Sekarang ni saya nampak dia dah cukup bahagia dengan pilihannya. Untuk mengetahuan Encik Farid jodoh, ajal, maut ni bukan kerja kita…saya balik dulu , terima kasih sebab sudi nak belanja minum”

Maya bangun lalu meninggalkan Farid yang terpinga-pinga. Aikk aku salah cakap ke?. Farid mengaru kepalanya yang tak gatal.pantas RM20 diletakkan di atas meja dan berlari mengejar langkah Maya yang jauh meninggalkannya.

“Awak marah..maaflah saya akan jadi sedikit sensitive bila hal berkaitan dengan Shahrul” jelas Farid. Hakikatnya dia memang tak pandai untuk berbahasa seindah dan sepuitis sasterawan Negara bila bercakap dengan mana-mana perempuan.

“kalau Encik Farid boleh sensitif sebab Shah, saya juga tak boleh diamkan diri bila hal kawan baik saya dibincangkan, tolonglah Encik Farid biarkan dia bina bahagianya sendiri, jangan masuk campur, biarkan dia bahagia”

Langkah Farid terhenti di situ. Bukan dia tak inginkan kebahagian Intan, tapi ada sesuatu tentang Lokman yang membuatkan dia mengambil berat tentang Intan. Dia kenal siapa Lokman. Dia juga tahu sejauhmana kisah lokman dengan bekas-bekas kekasihnya.

****

“kenapa kita datang sini?”

“sebab laut mendamaikan buah hati saya ni..” Intan tersenyum membalas senyuman yang terukir di wajah Lokman.

Mata Intan terarah terus kearah laut yang luas terbentang. Senyumannya dari tadi tak hilang. Lama juga dia tak ke laut.

“lama Intan tak ke laut.. kali terakhirpun masa Maya baru kawin dengan Johan, lepas tu sibuk”

“tahu dah..” lokman ketawa kecil. Intan memang seorang wanita yang sibuk dengan butik-butiknya. Dia kena bijak menarik buah hatinya itu keluar dari kesibukan.

Lokman turut sama menikmati udara segar. Ada beberapa orang kanak-kanak sedang asyik bermain dengan pasir dan berlari-lari melawan ombak. Mindanya membayangkan bagaimana jika ditempat itu nanti anak-anak dia dan Intan. Mesti comel. dia tersenyum lagi.

“haiii ni apa kes senyum seseorang ni?” pertanyaan Intan membawa dia kembali kea lam nyata.

“ehhh senyum pun salah?”

“senyum macam ada makna je… tengok apa dekat sana?”

Jari telunjuk Lokman lurus ke arah kanak-kanak yang bermain di gigi pantai, Intan memandang tepat ke arah wajah si kecil lalu tersenyum.

“kalau anak-anak kita nanti mesti comel macam tu kan”

“ehhh anak kita??.. siapa nak kawin dengan awak?”

“laaa… mestilah cik Intan Azura, tak akan saya nak kawin dengan mak cik yang jual ais krim tu..”

Intan ketawa kecil. wanita bertubuh gempal yang menjual ais krim memandang ke arah mereka.

“hahhh padan juga awak dengan dia..” ketawa mereka bersatu.

“amboiii padan ekk…” lokman menangkap lengan Intan.

“auuchhh..”

“kenapa?” lokman bertanya cemas. Intan memegang lengannya. Terasa pedih.

“hah??..tak ada apa-apa.. sakit sikit terjatuh semalam” bohong Intan. Tak mahu menceritakan apa yang terjadi. Biarlah.. nanti jadi panjang pulak cerita.

“macamana boleh jatuh”

“entah… berangan banyak sangat..tup..tup dah tergolek” jelas Intan dalam sisa tawanya.

Mereka berjalan menyusuri pantai. Ditemani gelak ketawa. Intan terasa bahagia bila di sisi lokman. Ada saja lagak lelaki itu yang mengusik hatinya. Intan melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu yang agak besar. Lokman duduk tidak jauh tempat mereka.

“apa yang buat Intan terima Man?”

Pertanyaan Lokman dibiar lama. Intan sendiri tak ada jawapan dari soalannya itu, “entah” jawabnya pendek.

“entah?” berkerut dahinya. lokman mengangkat kening tak puas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut Intan.

“mungkin betul kata orang bila kita dah sukakan seseorang tu kita tak perlukan alasan”

“ek??” duga Lokman. Sengaja menghantar pandangan keliru.

“betullah… ini kira jawapan tak ada tlian hayat tau..” Intan ketawa kecil. Lokman tersenyum, cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata yang baru didengarnya.

“jomlah…”

“kemana?” tanya Intan pelik. Tak senang dengan pandangan mata Lokman. Lokman ketawa lagi. niat jahatnya muncul.

“buktikan yang cinta Intan Azura hanya untuk Lokman hafizi”

“macamana?” tanya Intan lagi, wajahnya berkerut hebat.

“terjun laut bersama-sama insane yang tercinta”

“gila ke??” Intan sudah bangun dari duduknya. Berkira-kira mahu melarikan diri.

“memang gila pun.. gilakan kau…” Lokman menyambung ketawanya. Menambahkan lagi kerutan di dahi Intan. Wajah itu jelas keliru membuatkan Lokman bertambah suka mengusiknya. “kenapa takut?”

“cinta Intan Azura bukan untuk Lokman hafizi saja… cintanya pada Yam aha pencipta lebih besar” Lokman tersenyum lagi. suara Intan sudah mula tegas.

Itulah yang membezakan Intan dengan perempuan-perempuan yang selama ini mendekatinya. Kalau selama ini wanita yang mengejarnya tapi hari ini dan detik ini hatinya terkejar-kejar untuk mendapatkan seorang wanita biasa bernama Intan Azura. Pelik, tapi itulah hakikatnya.

“marah nampak?” duga lokman lagi.
“mestilah…”

“Man gurau je… jom tu maksudnya mari kita balik.. lagipun dah nak asar dan ni, lagipun tak elok kalau kita berdua-duaan macam nikan, nanti tak pasal-pasal kawin free..” bisik Lokman perlahan dengan tawa kecilnya.

Muka Intan merah menyala. Malu. Tapi akhirnya dia turut sama tersenyum. Macamanalah dia boleh terfikir sejauh itu. Adakah dia masih tidak mempercayai Lokman?.

“silakan tuan puteri…”

***

Farid berjalan mengelilingi shahrul yang tekun mengadap computer ribanya. Bercakap dengan budak ni macam bercakap dengan batang pokok mempelam dekat belakang rumah. Langsung tak ada tindakan, tak ada respon. Farid berdengus geram.

“kau ni tak ada perasaan atau buat-buat tak berperasaan?”

“apa pulak hal ni?..angin tak ada ribut jauh sekali tiba-tiba nak mengamuk ni kenapa?” Shahrul pura-pura tak tahu. Tangannya masih laju melarikan mouse ke sana ke mari.

“kau jangan kata kau tak tahu tentang Intan dan lokman” tegas Farid. Terkejut juga dia dengar berita yang keluar dari mulut Maya tadi. Hishhh sejak bila pulak Intan bercinta dengan si lokman ni.

Shahrul diam, dia tahu memang isu ini yang akan dikeluarkan sepupu kesayangannya tu. Jelas wajah tak puas hati Farid. Macam kalah kes dekat makhamah pulak budak ni.

“habis kau nak duduk je dekat sini melayan perasan tak payah buat apa-apa?” soal Farid geram. Lembab betullah shahrul ni.

“habis kau nak suruh aku buat apa?.. biarlah kalau dia dah buat pilihan lagipun apa kaitannya semua ni dengan aku.. lagi satu yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa?”

Shahrul tersenyum. Walaupun hakikatnya hatinya menjerit sejak semalam. Kalau ikutkan hati mahu saja dia menghalang hubungan yang tak langsung direstui. Tapi cinta tak semestinya dimiliki, dan cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.. ehhh cinta? Sejak bila cinta wujud antara dia dan Intan?.

“kau cuba cakap dengan aku betul-betul… apa perasaan kau pada Intan?”

Shahrul diam cuba mengukirkan senyuman palsu. Apa jenis soalanlah yang sepupu aku buat ni, langsung tak kena dengan keadaan. Dia hanya diam. Soalan tak berjawapan itu dibiarkan berlalu. Biarlah si Farid ni hidup berteka teki.

“aku dengan diorang rancang nak kawin dalam masa terdekat ni”

Shahrul diam. Cuba mengawal gejolak perasaannya.

“baguslah.. lagipun buat apa kawan lama-lama, kawin terukan lebih elok..”

Farid menggaru kepalanya yang tak gatal. Rimas pulak dengan sikap selamba sepupunya itu. Berlagak tenang konon dalam hati tuhan sajalah yang tahu. nak kata tak matang umur dah tua.

“kau tak kenal siapa lokman tu.. dia tu buaya darat KL kau tahu tak… aku kenal sangat dia”

Shahrul mengeleng perlahan.

“ehhh kau ni peguam ke wartawan ni?. Ikut suka dialah nak bercinta dengan buaya ke biawak ke monyet ke aku peduli apa.. dan satu lagi nasihat ikhlas aku untuk kau, jangan suka sangat jaga tepi kain orang nanti aku takut si Intan tu ketuk kepala kau dengan payung pulak.. masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah”

“aku serius kau main-main pulak..”

“dahlah Encik Farid… kalau nak berdebat tunggu esok pagi ekk.. mata aku dan nak tertutup ni.. esok aku ada meeting dengan lembaga pengarah.. so abik aku tidur dari layan kes kau ni… nite” shahrul bangun dari duduknya dan membimbit sama computer riba lalu meninggalkan Farid.

“hishhh degil betul mamat ni..”

Pintu bilik ditutup rapat. Tubuhnya bersandar lesu di katil. Kata-kata farid termain-main difikirannya. Baying wajah Intan tiba-tiba menjelma di matanya.

“Ya Allah….” Bisik Shahrul perlahan sambil menutup matanya. cuba melupakan apa yang bakal dan akan terjadi.

kerana kau 18

Kerana kau 18

Kenapa kau takut?

Aku tak takutlah.. padan muka perempuan tu..lagi elok kalau dia mati je..

Tapi kau nampak macam risaukan dia?

Mana ada tak mungkin aku risau

Kau dah sayangkan diakan..

Hah!! Jangan jadi gila.. aku tak akan sayangkan perempuan yang dah musnahkan keluarga aku.

Tapi hati kau memang dah sayangkan dia.. kau sayang kan dia ayuni.. mengaku saja kau sayangkan dia..

Tidak!!!...tidak!!...diam!!!!!

Ayuni tersedar dari mimpinya. Dia tertidur di sofa rupa. Wajahnya diraut perlahan. Melihat jap di dinding sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia bangun perlahan menuju ke jendela, meninjau ke arah garaj kereta milik Datuk Mansur. Melihat kalau-kalau orang yang ditunggu sudah balik.

Mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah dia terus mencapai majalah di atas meja lalu dibuka satu persatu. Kemunculan dua insan di muka pintu seolah-olah tak menarik minatnya langsung. Ayuni bersantai seperti tiada apa yang terjadi. Walaupun sejak tadi dia bertanda tanya sendiri.

Datuk Mansur berdiri betul-betul di hadapan anaknya yang kelihatan tenang membaca majalah. Wajah tak bersalah Ayuni menambahkan lagi rasa marah yang memuncak di hatinya. Kalau ikutkan hati sudah lama tangannya naik hinggap di pipi anak itu. Tak salah kalau dia ingin mengajar anak tapi entah kenapa ada satu perasaan yang menghalang dari dia melakukannya.

“apa sebenarnya yang Ayuni nak dari papa?” tanyanya tegas. Matanya merenung tajam. Ayuni masih bersahaja. Tiada lagi air mata untuk ditangisi. Dia sudah puas menangis, dan tangisan tak membawa apa-apa makna bagi lelaki yang sedang marah di depannya kini. Memang hatinya ingin bertanya keadaan perempuan itu tapi entah kenapa mulut seakan berat memaksa untuk terus diam membisu.

“papa tak tahu apa lagi nak cakap dengan Ayuni ni?.. apa lagi yang tak cukup cuba Ayuni beritahu papa?..” sambung Datuk Mansur sayu. Anaknya itu hanya diam membisu.

Kenapa anaknya tak pernah cuba menerima apa yang dah terjadi adalah takdir, kenapa tak pernah anaknya mengerti yang dia dah cukup menderita disebabkan dosa lamanya.

“kalau papa orang yang sakitkan ayuni... jangan sesekali ayuni sakitkan hati Mama Normah, dia tak bersalah. Apa yang papa buat selama ni bukan disebabkan dia. Dia tak pernah memaksa papa” Ayuni mengigit bibir. Sakit hatinya mendengar pembelaan Datuk Mansur.

“kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..dasar perempuan tak tahu malu” bidasnya tegas. Kali ini matanya tepat memandang wajah suram datuk Mansur. Biar lelaki itu tahu hatinya masih belum puas.

Pang!!! Fariz terkedu, Ayuni meraba pipinya. Terasa kebas. “jangan kurang ajar!! Kalau macam nilah keadaaannya papa rasa ayuni tak sesuai tinggal di sini.. apa yang dah terjadi pada ibu ayuni semuanya takdir tak ada kaitan dengan mama Normah.” Ayuni masih tersenyum, dia tahu ini juga akhirnya nanti.

Tamparan itu mengejutkannya tapi dia puas kerana akhirnya lelaki itu berani menyentuhnya, memegang dia yang selama ini diakui sebagai anak.

“kalau Datuk rasa semua yang berlaku pada ibu saya adalah takdir, kenapa tak Datuk terima saja apa yang berlaku pada perempuan tu sebagai takdir??” perlahan tapi cukup membawa Datuk Mansur kembali menatap wajah pucat anaknya.

Mar!! Tolonglah abang tak mampu nak memahami anak kita.. abang gagal nak memenuhi apa sebenarnya yang dia nak.. bisikan Datuk Mansur perlahan.

Faris masih lagi bertindak sebagai pemerhati. Tidak pernah dia melihat papanya bertindak macam tu. Wajah Nur ayuni Balqis juga cukup sukar di baca. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran wanita ini. Tiba-tiba jantungnya berdebar, wajah sayu ayuni membuatkan dia sendiri tak tentu arah. Kenapa?!!

“sejak mula lagi saya dah cakap saya memang tak sesuai di mahligai ni, tapi datuk juga bersungguh-sungguh. emmm akhirnya Datuk sedar juga dan mengulangi kata-kata yang sama. Tapi tak apa Datuk jangan risau saya memang dah bersedia dan sudah hampir 20 tahun saya bersedia..” kata-kata itu perlahan menusup masuk ke hatinya. Datuk mansur terkedu.

“Ya Allah apa yang aku dah buat ni?’ bisik Datuk Mansur sambil meraut wajahnya dengan tangan. Dia gagal mengawal kemarahannya.

Ayuni melangkah perlahan meninggalkan dua lelaki yang masih berdiri di ruang tamu. Tiada apa lagi yang nak dibincangkan. Tak sampai lima minit dia keluar dari bilik membimbit beg sederhana besar yang menjadi temannya ketika sampai ke rumah ini dulu. niatnya satu ingin jauh dari insan yang salama ini diburu.

“Ayuni..” panggil Faris. Kuat panggilan itu tapi tiada respon. Datuk mansur hilang suara. Dia sendiri tak tahu apa yang ingin dilakukan. Kalau hatinya memang mendesak agar menahan langkah anaknya itu tapi entah kenapa fikirannya gagal memproses apa yang sepatutnya dilakukan.

“Ayuni awak nak kemana ni?” fariz menarik lengan wanita itu membuatkan dia berpaling.

“kalau kau sayangkan keluarga kau.. lepaskan aku” pegangan dilepaskan, kata-kata itu betul-betul membuatkan fariz terkedu. Pandangan mata Ayuni penuh dengan kebencian.
Ayuni terus melangkah meninggalkan mahligai itu tanpa berpaling.

Sebak di dalam dadanya masih mampu ditahan. Ini bukan kali pertama dia diperlakukan macam ni. Semua ni dah biasa, kalau ibu masih ada mesti dia akan menjadi lebih kuat berbanding sekarang. Semua ini bukan salah satu dari rancangannya tapi inilah yang telah terjadi. Tapi perasaannya??!

Langkah dibawa entah ke mana. Kakinya terasa kebas, sudah jauh dia berjalan meninggalkan mahligai Indah Datuk Mansur. Kalau dia dengar cakap Noraina mesti semua ni tak akan jadi, pasti dia tak akan dihalau macam anjing kurap seperti apa yang telah ibu alami. Hah!! Ayuni tak akan maafkan dia mama... dia dah banyak buat salah dengan kita, ayuni tak mungkin maafkan dia.

Memang dia akui hatinya mula terbuka melihat layanan Datuk Mansur yang tak jemu-jemu cuba mengasihinya tapi semua itu lesap apabila benda yang sama berulang kembali. Kenapa dia menuduh sesuatu tanpa usul periksa?..

Jalan raya lengang, tiada kereta yang menghiasi malam yang semakin sunyi, bukan malam tapi sekarang dah hampir 4 pagi. Mungkin Datuk mansur sendiri terkedu yang dia akan mengambil langkah senekad ini. Ayuni menanggal kasut yang tersarung di kakinya. Terasa sakit. Cuba melihat ke kiri dan ke kanan jalan kalau-kalau ada teksi. Jauh dia berjalan tanpa tujuan. Dia cuba menghubungi noraina, sudah bepuluh mesej dihantar. Sekali lagi nombor yang sama didail.

Lama dia meniti jalan akhirnya dia terduduk di tepi, kakinya sudah tak mampu untuk melangkah..tak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan. Ayuni menutup matanya, cahaya lampu yang cukup membuatkan matanya silau..pedih..

“ayuni!!!” kuat suara itu memanggil namanya. Namun semakin lama semakin perlahan semakin jauh suara itu, permandangannya gelap tiba-tiba.. Ayuni rebah di situ.

“Ayuni!!!”

***

Adam memandang wajah kusut Fariz cukup menerangkan apa yang berlaku. Dari apa yang didengarnya dari aleyya tadi Datin Normah ditolak oleh ayuni, tapi hatinya separuh mengatakan tak mungkin, tak mungkin Ayuni akan bertindak macam tu.

“apa sebenar yang terjadi ni Riz?” tanya Adam sebaik saja melihat kelibat Fariz keluar dari wad yang menempatkan Datin Normah. Doktor dah sahkan yang Datin Normah tak apa-apa Cuma tekanan darah rendah.

“entahlah akupun tak tahu, bila aku sampai je dekat dapur aku tengok mama dah terbaring dekat lantai yang si Ayuni tu berdiri dekat dengan mama” jelas Fariz sambil duduk di bangku yang tersedia di laluan setiap bilik. Papa dan aleyya masih berada di dalam wad menemani mamanya.

“habis tu sekarang ni Ayuni mana?” gesa Adam. Ada nada risau di wajahnya.

Fariz memandang tepat ke arah Adam, kenapa sahabatnya itu nampak begitu resah?.tak mungkin sebab ayuni?..

“entah..semalam papa marah, dia terus keluar rumah. Aku peliknya dia langsung tak ada riak sedih ke gembira ke.. aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya” Fariz meluah rasa. Hanya adam sekarang yang masih rasional. Kalau dia meluahkan pada Aleyya semua itu hanya sia-sia. Adiknya itu memang bencikan Ayuni.

“habis dia keluar macam tu papa kau tak kata apa-apa?”

“aku tengok papa macam berat hati, tapi dia diam je bila ayuni keluar semalam” Adam mengeleng perlahan. Dia meraut wajahnya melepaskan keluhan berat. Entah kenapa dia memikirkan nasib wanita itu.

Adam masih tak tenang di duduknya. Sekejap dia berdiri sekejap lagi dia duduk. Dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu.

“kenapa kau biarkan dia macam tu je Riz.. kau rasa dia yang tolak mama kau?” soalan itu muncul dari mulutnya, soalan yang masih belum ada jawapan.

Tubuh yang terlantar lesu mengundang seribu kekesalan di hati Datuk Mansur. Fariz duduk di sisi mamanya. Datuk Mansur masih memegang kuat tangan isterinya. Pagi tadi selepas subuh mereka terus ke hospital. Wajah letih aleyya adiknya dipandang mungkin adiknya itu penat menjaga mama sejak semalam.

“Leyya, apa kata liar balik dulu..rehat nanti petang leyya datang balik” cadang Fariz.

“tak apalah..leyya ok”

Semua mata kembali menatap wajah Datin Normah yang sudah membuka matanya perlahan.

“abang...” suara itu berbisik perlahan. Datuk Mansur memegang kuat tangan isterinya tak ingin dilepaskan. Melihat mata itu kembali bersinar memandangnya. senyuman kembali mekar diwajah Datuk Mansur.

“Mah.. mah dah sedar?” Datin Normah mengangguk perlahan. Dia tersenyum memandang wajah suami dan anak yang setia di sisi.

“macamana Mah boleh ada dekat sini?”

“dah...jangan banyak cakap Mah rehat dulu..nanti kita bincang” mata Datin Normah kembali layu. Mungkin kesan ubat membuatkan matanya begitu berat.

Dua hari menjadi penghuni di hospital tawakal datin Normah semakin sihat. Malah dia sudah kembali seperti biasa.

“abang Ayuni tak datang tengok saya?” pertanyaan datin Normah tidak dijawab.

“mama nak buat apa ingat lagi anak tak guna tu?”aleyya geram. Dalam keadaan macam nipun sempat juga nak ingat perempuan tak guna tu. Marah aleyya.

“Mah rehat dulu.. lagipun kan doktor dah nasihatkan jangan banyak bergerak” nasihat Datuk Mansur disambut dengan bibir muncung Datin Normah. Datuk Mansur tersenyum bukan dia tak tahu, isterinya itu cukup pantang duduk diam tanpa buat apa-apa. Sejak semalam lagi isterinya itu sudah bising nak balik ke rumah. Habis semua orang dipujuknya.

Kedengaran ketawa mereka sekeluarga memenuhi ruang. Celoteh Aleyya menghiburkan semua yang ada disitu, ada saja aksi manja yang menarik perhatian mama dan papanya. Fariz pula mengambil kesempatan mengusik adiknya berganding bahu bersama adam.

“alaa kalau mama nak tahu Si Leyya ni kalau tak ada Adam ni yang nak.. alamatnya tak ada siapalah yang nak...”

“apa abang Riz cakap??.. ehhh tengok oranglah... lagipun Adam memang cintakan Leyyapun, betul tak sayang?” semua mata memandang ke arah Adam.

“entah...” jawapan Adam mengundang lagi tawa mereka seisi keluarga. Datin Normah menahan tawanya. Tak mahu anak manjanya terasa. Namun Datuk Mansur tidak langsung bersembunyi. Ketawanya yang paling kuat.

“amboiii papapun sama ekk... suka kalau anak papa ni kena buli?” rajuk Aleyya. Walaupun sebenarnya dia tak terusik langsung dengan kata-kata Fariz dan Adam. Hatinya senang melihat senyuman dan tawa mama.

Ketawa mereka terhenti. Doktor Ramli dan seorang jururawat muncul di muka pintu. Dia meminta izin untuk membuat pemeriksaan keatas Datin Normah. Datuk Mansur memberi laluan kepada doktor untuk menjalankan tugas.

“macamana doktor?”

“Datin Normah tak ada apa-apa, semuanya dalam keadaan terkawal. Petang ni datin boleh baliklah” jelas Dr. Ramli.

Datin normah tersenyum kemenangan. Memang kalau ikutkan cadangan suaminya pasti dia akan berada di hospital ni dalam dua tiga hari lagi. Tak sanggup rasanya nak terus hanya memandang ke dinding dan kipas. Dia juga tak sanggup melihat suami dan anak-anaknya keletihan terpaksa menunggunya di wad.

“alaa mama sukalah tu dapat balik” usik Fariz. Dia baru saja selesai menguruskan urusan projek mega terus ke hospital. Badannya sudah rasa melekit, tapi mama mesti didahulukan. Nasib baik ada adam sanggup membantunya sama-sama menyelesaikan masalah yang semakin besar di MM holding, kalau tak mesti dia tak cukup tangan.

“mestilah kalau ikutkan semalam lagi mama dah boleh balik rumah tapi papalah yang tak bagi macam dia pula doktor” sindir Datin Normah.

“alaaa yalah awak menang.. sekarang ni tuan permaisuri dah boleh berangkat pulang jangan risau, jangan tarik muncung macam itik tu lagi” usik datuk Mansur mengundang tawa semua yang ada disitu. Datin Normah tersenyum. Terasa malu pulak dilayan sebegitu depan anak-anak.

****

Datin Normah menghembuskan nafas lega. Dia duduk di sofa sambil merehatkan kepala yang terasa ringan. Rumah sendiri juga tempat yang paling tenang. Matanya dari tadi mencari susuk tubuh yang langsung tak kelihatan dari tadi. Sejak dia balik semalam langsung tak nampak kelibat budak ni.. mana dia?..

“mana Ayuni dari semalam Mah tak nampak dia?” tanya Datin Normah sekali lagi. Pertanyaannya sama dibiarkan berlalu. Datuk Mansur masih tekun membelek surat khabar di tangannya.

“abang saya tanya ni...”

“hishh.. apalah mama ni, tak habis-habis nak tanya pasal perempuan tu buat apa? Dia dah buat mama macam nipun mama masih nak tanya pasal dia?”

“Aleyya..” panggil Fariz, tak selesa mendengar nada suara adiknya. Dia tak mahu mamanya tertekan lagi.

“hahh... abang Riz pun nak sebelahkan perempuan tu.. tak cukup lagi ke apa dia dah buat dengan mama..? nak sampai macamana baru puas hati? nak tunggu semua mati macam tu?” satu persatu persoalan diluahkan dari mulut Aleyya.

“leyya please...” giliran Adam pulak menyampuk, tak mahu mulut lepas aleyya akan membuatkan keadaan lebih buruk.

“hahh... you pun nak sebelahkan dia ke?” marah Aleyya. Hatinya bertambah panas bila Adam juga di pihak Fariz. Tapi memang adam tak pernah berada di pihaknya walau apapun masalahnya.

Datuk Mansur berdehum kuat. Memberi isyarat pada anak-anaknya supaya menghentikan semua ini. Walaupun dia sendiri tak tahu macamana nak menjawab soalan isterinya tapi dia tak mahu anak-anaknya bergaduh di sebabkan benda yang tak sepatutnya. Aleeyya duduk di semula di sofa sambil menjeling wajah Adam dan Fariz, jelas tak puas hati.

“apa dah berlaku ni?” tanya Datin Normah sekali lagi, kali ini lebih tegas dari tadi. Soalan yang diajukan khas kepada suaminya, dia hanya inginkan jawapan dari mulut suaminya yang tak pernah selama ini membohonginya.

“papa dah halau dia keluar dari rumah kita ni” jelas Aleyya. Dia dah tak tahan dengan sifat lembut mamanya sampai nanti kena pijak kepala.

“hah!! Halau..apa semua ni?” Datin Normah masih tak faham.

“Abang tak boleh terus diamkan apa yang telah dia buat pada Mah..sekarang dia dah berani sakitkan mah, abang tak boleh biarkan...” giliran Datuk Mansur menjelaskan apa yang terjadi.

Datin Normah pelik.. sakitkan?? Apa maksud suaminya?. Apa yang dah ayuni buat?. dia tertanya sendiri. Datin Normah cuba memproses apa yang baru didengarnya.

“abang kan Mah dah cakap apapun yang terjadi mah tetap akan anggap dia anak Mah, Mah tak kisah kalau dia tak sukakan mah..”

“tapi dia dah cuba cederakan mama... mama nak buat baik lagi dengan dia?” aleyya geram. Mamanya seolah terlalu bagi muka dengan Ayuni.

“bila pulak dia cederakan mama?” soalan itu diajukan semula. Betul Datin Normah langsung tak dapat menangkap apa sebenarnya yang sedang dibincangkan.

“mama dah lupa sebab apa mama bermalam dekat hospital??”

“Ya Allah aleyya... mama terjatuh masa tu.. Ayuni tak salah dan dia tak adapun masa mama pengsan dekat dapur, abang apa abang dah buat ni..kenapa bertindak terburu-buru macam ni?”

“Mah jangan nak bela dia lagi... jangan kerana Mah rasa bersalah Mah nak biarkan apa saja dia buat pada Mah..”

Datin Normah mengeleng perlahan. Nampaknya betullah apa yang dia sangkakan keluarganya memang salah faham. Tiba-tiba dia terkenangkan Ayuni, Ya Allah macamanalah keadaan budak ni.. Ya Allah selamatkan anakku.

“Ayuni tak bersalah..bang, abang dah salah faham”

Datuk Mansur bangun dari duduknya, wajah sayu anaknya itu terbayang kembali. Wajah yang membayangkan seribu rasa benci kepadanya seribu rasa yang sukar ditafsirkan.

“Ya Allah apa yang aku dah buat ni??” Datuk Mansur meraut wajahnya beberapa kali dengan telapak tangan. Aleyya tadinya riuh kini diam membisu. Fariz dan adam berpandangan cuba membaca fikiran masing-masing.

“Riz cari dia riz.... cepat.. cari dia...” jerit Datuk Mansur. Kali ini dia ibarat hilang pertimbangan.

“papa!!!” Datuk Mansur rebah di permaidani. Matanya terpejam rapat.

Wednesday, April 7, 2010

GILA KAU 40

Gila kau 40

“Ya?”

“tak”

“ya”

“tak?”

Dua perkataan itu masih berlegar-legar di mindanya. Intan masih melayan menungnya. Sekejap dia mengangkat baju ke katil, sekejap dia memegang bantal. Otaknya masih memproses apa yang terjadi semalam. Biar betul tak pernah bermain di mindanya Lokman akan bertindak seperti semalam. Macamana pulak kalau dia katakan ‘tidak’ semalam? Tapi hakikatnya dia masih tak memberi jawapan apa-apa lagi.

Peristiwa petang tadi membuatkan dia tak senang duduk. Rasa macam panas di tahap mendidih walaupun hakikatnya kipas berpusing laju.

“apa kita buat dekat sini?” tanya Intan. Melihat senyuman mekar di bibir lelaki di depannya itu dia turut sama tersenyum.

“saya ada sesuatu nak katakan pada awak dan saya rasa di sini adalah tempat yang sepatutnya” tasik buatan manusia didepannya cukup mendamaikan. Hanya ada dua tiga pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka menikmati keindahan tasik.

“apa dia?” Intan masih menumpukan perhatian pada keindahan Tuhan di depannya.

“saya seorang lelaki yang selalu mendambarkan seorang perempuan yang sempurna, sejak itu saya sering memburu perempuan-perempuan. Bagi saya perempuan adalah satu perhiasan yang wajib di sisi saya...” kata-kata Lokman membuatkan Intan berpaling, memandang tepat ke arah lelaki di sebelahnya. Namun mata Lokman masih mengarah ke depan.

“maksud awak?”

“macam yang awak dengar tentang diri saya.. macam-macamkan yang kadang-kadang saya sendiri rasakan diri saya ni cukup jahat...” jelas Lokman lagi.

“tapi awak tak buatkan semua tu?” pertanyaan intan membuatkan Lokman tertawa.

“saya bukan sebaik yang awak sangka Intan.. tapi kini saya cuba untuk menjadi yang terbaik demi awak..” bisiknya perlahan. Intan diam memberi ruang untuk Lokman meneruskan kata-katanya. “saya nak awak kenal saya sebagai Lokman Hafizi yang sekarang, saya cukup yakin hanya awak wanita yang mengenali dan sudi berkawan dengan saya sebab saya Lokman Hafizi bukan sebab saya Lokman Hafizi Datuk Hashim” intan masih tak dapt menangkap apa sebenarnya yang ingin disampaikan lokman.

“saya tahu awak terkejut dan mungkin lepas ni awak tak akan nak berdepan dengan saya lagi, tapi Demi cinta saya pada Allah SWT yang masih kerdil ni saya dapat rasakan cinta saya insan bergelar wanita iaitu awak”

“hah??” Intan terkedu. Kaku. Seakan tak dapat menangkap apa yang didengarnya sebentar tadi. Tapi hakikatnya memang jelas, terang lagi bersuluh.

“Intan azura, saya Lokman Hafizi merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya kejar dulu tapi sebagai pendamping, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa bersama saya saat saya senang dan susah”

“apa ni lokman??” degup jantung bergerak laju.

“walau apapun keputusan awak saya redha...saya ingin kita sama-sama tahu yang pertemuan kita kerana Allah dan berpisah kita kerana Allah” Intan terkesima, bukan kerana Lokman anak Datuk Hashim melamarnya tapi kata-kata yang dilafazkan betul-betul menyentuh hati wanitanya.

“sudahlah Lokman.. macam yang pernah saya beritahu awak...”

“Intan.. ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Biar satu dunia menuduh awak membawa sial atau apa saja yang awak definisikan, saya tetap yakin dengan perasaan saya. Kalau mungkin ajal saya dah sampai, saya nak awak ingat semuanya bukan sebab awak tapi sebab Allah dah tetapkan masa saya” bisik Lokman syahdu.

“tapi...”

“saya tak paksa awak Intan, tapi saya perlu luahkan rasa hati saya.. desakan itu membuatkan saya sentiasa rasa sakit dan saya harap awak pertimbangkan”

“awak buat saya takut..”Mazliana menjauhkan diri dari Lokman dia bergerak sedikit ke hadapan. Matanya langsung tak memandang ke arah lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri tak tahu.

“saya ingin menjadi pelindung awak Intan dan saya juga akan pastikan awak bahagia andai masa yang awak perlukan saya akan bagi awak masa, selama mana awak inginkan ” kata-kata Lokman betul-betul membuatkan Intan hilang kata-kata.

Intan masih duduk kaku di atas sofa biliknya. Masih bemain-main dengan kenangan petang tadi. Debaran yang masih belum reda. Buat kali pertama dia dilamar seorang insan yang tak pernh ada dalam kotak fikirannya. Bukan disebabkan Lokman bukan pilihannya tapi dia sendiri takut membayangkan apa-apa untuk masa depannya sendiri.

“weiii... ni nak lipat kain ke bungkus kain?” sergahan Maya membuatkan dia tersedar, matanya memandang kain yang berbungkus di tepi sofa.

Intan tersedar cepat-cepat tanganya mencapai lipatan yang tak serupa bikin disebelahnya. “alamak apa aku buat ni..” rungutnya sendiri sambil tangan ligat mengemas semula lipatan yang kononnya tadi dah siap.

“beranganlah tu.. hishhh kau ni kenapa aku tengok asyik berangan je ni?” usikan Maya langsung tak berbekas di hatinya.

“Lokman lamar aku petang tadi..” ucap Intan perlahan.

“alaa.... baru lamar kau dah jadi macam ni...” Maya ingin melangkah ke katil, langkahnya terhenti cuba memproses semula apa yang diucapkan Intan sebentar tadi “apa??!! Melamar kau?” jeritnya perlahan. Dia meloncat terus duduk di tepi Intan.

Maya Kirana memandang tak percaya, matanya cuba mencari kebenaran di sebalik mata bundar milik temannya itu. Biar betul. Memang hatinya dari dulu menganggak yang Lokman ada perasaan dengan Intan tapi tak sangka pulak yang lelaki itu akan bertindak sebegini cepat.

“habis tu kau terima ke tak?” tanya Maya lagi. Rasa tak sabar menunggu jawapan dari Intan.

“emmm aku tak tahu.. aku serabut sekarang ni”

“apa kata hati kau?”

“aku takut Maya... aku takut dia akan ikut jejak langkah siapa sebelum ni yang cuba sayangkan aku” bulat mata Maya mendengar apa yang keluar dari mulut temannya itu. Hishh tak habis-habis..

“kan dah banyak kali aku cakap kalau kau terus percaya kata-kata tu maknanya kau akan terus hayut dalam dunia yang kau cipta sendiri, kau tak percaya dengan tuhan ke? Ya Allah...” marah Maya.

Kadang kala maya sendiri hairan dengan fahaman sahabatnya itu. Sejak dari mula mulut Intan selalu saja menggunakan perkataan ‘sial’ sedangkan dia sendiri tahu yang tidak ada didunia ini yang dilahirkan membawa malang. Ini semua mesti disebabkan pengaruh zaman kanak-kanaknya. Peristiwa yang sedikit sebanyak pernah diceritakan sendiri oleh Intan. Dia simpati dengan nasib Intan tapi sebagai sahabat yang dah dianggap seperti saudara tak mungkin dia akan percaya semua benda karut itu.

Intan hanya berdiam. Kata-kata Maya memang betul. Bukan dia yang membawa sial. Semua itu dah ketentuan Ilahi.

Lokman masih gelisah di duduknya. Dari tadi dia berteleku di depan meja bacaan sambil melihat tepat ke arah telifon bimbit yang sepi di atas meja. Kenapa hatinya masih kecang seperti tadi, tak pernag surut sejak dia lafazkan sayang dan cinta pada wanita yang sudah menjadi suri dalam hidupnya. Dia nekad jikan bukan Intan pilihannya tak mungki ada lagi wanita lain selepas ini.

‘sy dah bg awk ms selama 12 jam...skrg sy nk jwpn..sy bg awk 2 pilihan . kalau jawapannya YA awak miscall sy, kalau jawapannya TIDAK awak abaikan mesej ni dah terus berdiam diri’

Intan tersenyum membaca mesej dari Lokman. Tak sangka masa yang diberi tak sampai sehari. Bijak betul lelaki ini membuatkan perasaan dia serba tak kena. Hishhh mamat ni suka-suka hati dia tetapkan pilihan jawapan. Sekali lagi Intan menarik senyum.

Lokman memejamkan matanya beberapa kali. Hati dan mindanya masih ingin mendengar deringan telifon. Apa sebenarnya jawapan Intan tapi walau apapun jawapan yang diberi Intan dia tetap akan terima. Terima seadaanya.

Lagu kaulah segalanya bergema di ruang bilik. Lokman berpaling ‘miscall??!!!’ Lokamn menarik laju telifon bimbitnya yang berada di atas meja. ‘Intanku’ tertera di skrin. Dia tersenyum, ketawa dan akhirnya menjerit suka sambil melompat-lompat keriangan sambil. Miscall maknanya??...Yes!! jeritan itu bergema di bilik bacaan.

‘esok saya jumpa awak, tepat biasa masa yang sama’

Pesanan SMS itu sekali lagi membuat Intan gelak kecil. Hatinya berkata ya pada Lokman hafizi, sekan tak percaya tapi itulah kenyataan. Tak mungkin hati ini boleh menolak kasih orang yang jujur ingin mengasihi. Tak mungkin akalnya sanggup membiarkan harapan yang tinggi menggunung hancur berderai.

Kali ini buat pertama kali dalam hidupnya, dia yakin dengan kata hati, dia pasti yang hatinya sudah terbuka untuk memilih Lokman. Tapi kenapa macam ada sesuatu yang sekan tersekat di hatinya?. Kenapa dia nampak bayang orang lain yang sepatutnya berada di sisinya. Tapi tak mungkin dia!!..

“betul ke apa kau buat ni?” maya bertanya perlahan. Intan hanya mengangguk.

“kau yakin dengan apa kau buat ni?... kau jangan bagi harapan palsu dekat orang Intan” nasihat Maya membuatkan dia erdiam seketika. Memang hatinya sudah menerima kehadiran Lokman. Akalnya juga menilai jawapan yang sama. Tapi kenapa soalan maya membuatkan dia membisu?.

“kau betul-betul yakin yang kau cintakan dia?” sekali lagi maya bertanya. Terkejut juga dia dengan keputusan Intan. Angin tak ada pokok tak goyang, tiba-tiba terus nak mendirikan rumah tangga. Keputusan yang sepantas kilat.

“entah...” jawapan Intan mengundang kerutan tebal di dahi Maya.

“entah??. Hishhh kau ni biar betul ni Intan, ni kes masa depan kau ni”

“dia seakan membawa aku ke satu dunia yang selama ini aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku.. lokman bagi aku satu keyakinan yang dialah insan yang akan membahagiaankan aku” ucap Intan hiba.

Memang kalau ikutkan dia sendiri masih tak percaya yang dia sudah membuka pintu hatinya untuk seorang lelaki yang bernama Lokman Hafizi. Tapi memang sudah beberapa kali dia memohon petunjuk. Hatinya masih seakan bersetuju dengan keputusan yang dah dibuat. Dia akur mungkin ini ketentuaanNya.

“aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau walau siapapun yang kau pilih, walaupun Pak Mail goreng Pisang simpang tu” usik Maya. Mereka ketawa lalu tubuh temannya itu didakap kuat. Hahhh maya adalah teman dunia akhirat yang tak mungkin ada penganti.

“kau memang kawan terbaik aku” bisik Intan perlahan.

Datin Maznah berdengus geram, apa yang dia tak nak sekarang ni berlaku juga. Selama ini sedaya upaya dia menjaga pergaulan anak-anaknya supaya jangan bergaul dengan orang miskin yang tak sedar diri tapi akhirnya semua ini terjadi juga.

“mama tak setuju... apa gila ke Man nak pilih perempuan yang tak tentu asal usul, entah anak jumpa sebelah tong sampah” kata-kata Datin Maznah mampu membuat Lokman hilang sabar. Tapi syurga itu di bawah kaki ibu,

‘teman wanita atau isteri mungkin ada penganti tapi seorang ibu tiada lagi pengantinya walaupun sanggup menanti beribu tahun’ teringat kata-kata Imam Saad semasa kuliah magrib di surau.

“mama... Man sayangkan mama lebih dari segala yang Man ada, kalau Mama mintak nyawa man sekalipun man akan penuhi, tapi Man merayu pada mama tolong cuba faham hati dan perasaan man” rayu Lokman. Datin Maznah menyimpan amarahnya. Dia memang sukar melawan kata anak manjanya itu. Lokman adalah pengarang jantungnya.

“tapi Man kena ingat pilihan perlulah tepat Man bukan nak kawin dua tiga hari, nanti kalau apa-apa terjadi macamana? Mama tak akan masuh campur dan masa tu” ugutan Datin Maznah langsung tak meninggalkan kesan.

Datin Maznah menjeling dengan ekor mata, cuba melihat reaksi wajah anaknya. Wajah mengharap lokman tidak dipandang lama.

“mama tak suka dia, kalau Man nak yang lebih cantik dan baik dari dia mama boleh carikan but please not that girl”

“tapi Man sayang dia.. Man dah letakkan cinta Man pada dia mama... I need you to understand ma...”

Datin Maznah meninggalkan Lokman. Kalau sekali dia tak suka jangan harap dia akan ubah keputusan. Apa dia nak cakap dengan kawan-kawan dia nanti bila menantu Datin Maznah tak tentu keturunan.. malu!! Nak letak dekat mana muka ni. Kurang ajar punya perempuan kalau aku dapat kau memang aku kerjakan cukup-cukup.

“apa yang awak membebel sesorang ni?”

“hahhh!! Awak apa yang awak tahu?, apa yang berlaku dalam rumah ni langsung awak tak nak ambik tahu” marah Datin Maznah.

Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah menunjukkan hormat pada seorang suami. Mungkin salah dia juga yang salah mendidik, dia terlalu manjakan Isterinya sampai Maznah tak tahu menilai perasaannya sendiri.

“apa yang berlaku sampai awak kusut macam ni?”

“anak awak tu nak kawin...”

“siapa Lokman??.. nak kawin. Hahh baguslah tu, apa tunggu lagi dia bukannya muda lagi, memang dah wajib dia ada keinginan nak kawinkan. “

“masalahnya dia nak kawin dengan perempuan yang entah dekat mana asal usulnya, entah anak luar nikah mana..entah mana dia jumpa perempuan tu pun saya tak tahu”

“awak dah jumpa perempuan tu?”

“dah saya dah banyak kali jumpa..” suara Datin Maznah masih meninggi. Tiada tanda-tanda ia akan kembali ke tahap rendah.

“dia dah besar, dia tahu nak tentukan masa depannya sendiri.. awak tak payah nak paksa-paksa dia.. kita jumpa dulu budak perempuan tu lepas tu baru kita buat keputusan”.cadangan Datuk hashim ditolak mentang-mentang. Tak mungkin dia akan benarkan perempuan tu jejakan kaki ke rumah ni.

“langkah mayat saya dulu..” Datin Maznah tegas. Dia berlalu meninggalkan suaminya tanpa rasa bersalah.

Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah nak mendengar pendapat orang lain. Asyik dia saja yang betul, kadang-kadang dia sebagai suami pun tak ada kepentingan di rumah ini. Walaupun pada dasarnya dia adalah ketua keluarga.

“hello... Rul, aku nak kau selesaikan budak perempuan tu, buat dia sampai tak sanggup lagi nak berjumpa dengan Lokman” Fazrul tersenyum. Arahan mak saudara kesayangannya seakan satu rezeki, kali ini tugasnya aan berjalan lebih lancar.

Langkah diatur semakin laju sesekali dia menoleh ke belakang. Kenapa dia rasa macam ada yang mengekori langkahnya sejak tadi?. Tapi siapa?, Fazrul masih mengekori langkah Intan. Dia cuba untuk dekat dengan wanita itu. sejak semalam langkahnya hanya mengekori ke mana saja wanita itu pergi. Tiba-tiba dia terasa ada yang tak kena.

“kenapa awak ikut saya?” langkah fazrul terhenti. Tak sangka yang Intan akan menyedari kehadirannya.

“saya Cuma nak beritahu sesuatu dekat Cik Intan” bisiknya lembut. Memang ayat lelaki itu lembut tapi pandangan mata Fazrul membuatkan Intan langsung tak selesa.

“saya tak ada masa nak dengar”

“nantilah dulu Cik Intan saya ada sesuatu yang penting untuk Cik Intan tengok dan dengar” fazrul sempat memegang kuat tangan wanita itu. Membuatkan langkah intan berhenti seketika.

“ehhh apa ni!!” jerit Intan sambil berusaha ingin melepaskan tangannya. Terasa gengaman itu kuat mencengkam.

“cuba Cik Intan ikut cakap saya mesti tak sesakit ini”

“saya kata lepaskan saya kalau tidak saya mejerit dekat sini.. lepaslah... tolong!! Tolong!!” Intan sudah mula menjerit kuat.

Fazrul tersenyum mendengar jeritan Intan yang tidak langsung menarik perhatian mata yang memandang. Gengaman kuat di tangannya membuatkan Intan bertambah takut.

“hoiiii apa kau buat tu?” satu suara kedengaran dari arah belakang. Intan menghembuskan nafas perlahan. Terasa nasibnya baik. Fazrul berlalu tanpa sebarang kata, dia melajukan lagi langkahnya.

“siapa tu? Peminat?” tanya shahrul kasar.

“tak kenal..”

“tak kenal apa siap main pegang-pegang tangan segala ni?” suara lelaki itu semakin meninggi. “kau tu perempuan cuba jangan suka berjalan tempat-tempat macam ni” Shahrul geram.

“saya tak kenal dialah” giliran Intan pula melepaskan geramnya. Hishhh tanya macam polis. Dia meraba pergelangan tangannya yang sudah memerah. Terasa perit.

“sakit ke?” Tanya shahrul kembali. kali ini nadanya berlainan.

“taklah seronok..” sindir Intan sambil mengusap tanganya yand sudah jelas kemerahan.

“sini aku tengok..”

“tak payah..” Intan cuba melarikan tangannya tapi gagal. Tangan shahrul bertindak lebih cekap.

“sini... cuba jangan degil”

Shahrul meneliti pergelangan tangan Intan yang merah. Kurang ajar punya jantan, sesuka hati buat perempuan macam ni. Nasib baik lengan baju kurung intan yang panjang menjadi lapik kalau tidak tak pasal-pasal dua orang lelaki sesuka hati memegang tangannya.

“nak pergi klinik ke?”

“tak payahlah sikit je” balas Intan perlahan.

Intan tersenyum mesej yang tertera di skrin telifonnya. Senyuman manis itu menarik perhatian shahrul yang sedang berjalan disebelahnya.

“suka nampak.. dari siapa?”

Intan hanya membalas dengan jelingan. Langsung tak berminat nak menjawab soalan shahrul. Kalau lagi dilayan lagi bertambah sakit hatinya.

“kalau dia dah tak boleh nak berenggang suruh je masuk meminang” cabar Shahrul. Geram juga dia melihat perhatian Intan yang asyik dengan Telifon di tangannya. Kalau ikutkan hati nak je dia merampas dan terus campak dalam Tong Sampah.

“memang dia nak masuk meminangpun, awak tunggu sajalah ekk nanti saya bagi kad jemputan” kata Intan girang. Menutup gelak shahrul. Senyumannya mati. Kata-kata intan tadi bagaikan halilintar yang melintas di jambatan hatinya. Tiba-tiba jantungnya hilang degup.

Intan berpaling, pelik melihat shahrul yang sudah dia membisu di tempat dia berdiri.

“kenapa?” tanya Intan sambil melambaikan tangan dekat dengan wajah lelaki itu. kena sampuk ke apa?.

“betul ke apa kau cakap tadi?.. siapalah lelaki malang tu?” bergetar ayat yang keluar tapi cuba dikawal sebaik mungkin, ketawa kecil yang kedengaran sumbang dikuatkan. Motifnya nak menutup rasa di sebalik hatinya.

“nama dia Lokman Hafizi.. “ lembut nama itu meniti di bibir Intan. Membuatkan shahrul terkaku. Intan tersenyum dan berlalu meninggalkan shahrul yang masih membohongi diri sendiri dengan ucapan tahniah palsu. Ikhlas ke dia??!! Tak!!!.

Dauk hashim masih memandang tepat ke arah wajah masam isterinya. Memang wajah itu sentiasa mencuka. Petang tadi dia sendiri bertentang mata dengan anaknya lokman bertanya dari hati lelaki, apa keputusan sebenar anaknya itu. Jelas apa yang diucapkan isterinya langsung terpesong tak ada satupun yang betul.

“Ingat saya tak suka awak paksa-paksa anak macam tu, kalau betul Intan dah menjadi pilihan Lokman biarkan” kata-kata Datuk hashim seakan satu arahan.

“mesti anak manja abang tu mengadu yang bukan-bukan, dasar anak manja tapi saya memang tak boleh terima perempuan tu..” tegas Datin Maznah, hatinya tetap keras dengan apa yang diucapkan tak mungkin akan berubah. Itu pasti.

“kenapa?” tanya Datuk Hashim lagi. Dia sudah duduk di sofa tak sanggup nak mengikut rentak isterinya itu. Yang nampak masih muda walaupun hakikatnya sudah membilang usia. Walaupun uban di rambut ditutup dengan warna perang tak sedikitpun menutup umur sebenar isterinya itu. Dia menyimpan senyum.

“sebab dia tak setaraf dengan kita, asal-usul entah dari mana” sekali lagi mulut isterinya dilihat tak segan silu menghina orang.

“dimana taraf kita cuba awak bagi tahu saya?.. awak tu sebenarnya kena tahu setakat mana taraf kita sekarang, jangan pandang taraf orang lain kalau kita tak tahu taraf kita sendiri”

“masalahnya awak tak tahu macamana perangai perempuan tu, semua jantan dia nak kepit kalau boleh. Bukan saya tak tahu jenis perempuan macam tu, dia Cuma tengok duit kita abang tahu tak?”

“awak cakap macam tu sebab awak tak kenal dia lagi, saya dah tengok gambar budak tu, elok je tak ada cacat celapun saya tengok dah sejuk mata memandang. Cuba awak kenal dulu hati budi dia”

Datin Maznah berdengus geram. Dalam hatinya sudah merencanakan sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan menyelamatkan anaknya. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya jatuh ke tangan perempuan tak tahu malu tu.

“dahlah suka hati abanglah nak buat apa. Tapi apa yang saya tahu jangan bagi saya tengok perempuan tu”

Datuk Hashim tersenyum. Itulah perangai Datin Maznah. Kalau ada yang tak puas hati mesti dia akan tinggalkan separuh jalan macam ni. Akhirnya dia akan melarikan diri tak pernah nak selesaikan sebaik mungkin. Haiii maznah.. maznah... kenapalah kau berubah sampai macam ni. Keluh hati kecil Datuk Hashim.

“sakit ke?”

“taklah seronok..” sindir Intan sambil mengusap tanganya yand sudah jelas kemerahan.

“sini aku tengok..”

“tak payah..” Intan cuba melarikan tangannya tapi gagal. Tangan shahrul bertindak lebih cekap.

“sini... cuba jangan degil”

Shahrul meneliti pergelangan tangan Intan yang merah. Kurang ajar punya jantan, sesuka hati buat perempuan macam ni. Nasib baik lengan baju kurung intan yang panjang menjadi lapik kalau tidak tak pasal-pasal dua orang lelaki sesuka hati memegang tangannya.

“nak pergi klinik ke?”

“tak payahlah sikit je”

Intan tersenyum mesej yang tertera di skrin telifonnya. Senyuman manis itu menarik perhatian shahrul yang sedang berjalan disebelahnya.
“suka nampak.. dari siapa?”

Intan hanya membalas dengan jelingan. Langsung tak berminang nak menjawab soalan shahrul. Kalau lagi dilayan lagi bertambah sakit hatinya.

“kalau dia dah tak boleh nak berenggang suruh je masuk meminang” cabar Shahrul. Geram juga dia melihat perhatian Intan yang asyik dengan Telifon di tangannya. Kalau ikutkan hati nak je dia merampas dan terus campak dalam Tong Sampah.

“memang dia nak masuk meminangpun, awak tunggu sajalah ekk nanti saya bagi kad jemputan” kata Intan girang. Menutup gelak shahrul. Senyumannya mati. Kata-kata intan tadi bagaikan halilintar yang melintas di jambatan hatinya. Tiba-tiba jantungnya hilang degup.

Intan berpaling, pelik melihat shahrul yang sudah dia membisu di tempat dia berdiri.

“kenapa?”

“betul ke apa kau cakap tadi?.. siapalah lelaki malang tu?” bergetar ayat yang keluar tapi cuba dikawal sebaik mungkin, ketawa kecil yang kedengaran sumbang dikuatkan. Motifnya nak menutup rasa di sebalik hatinya.

“nama dia Lokman Hafizi.. “ lembut nama itu meniti di bibir Intan. Membuatkan shahrul terkaku. Intan tersenyum dan berlalu meninggalkan shahrul yang masih membohongi diri sendiri dengan ucapan tahniah palsu. Ikhlas ke dia??!! Tak!!!.

Dauk hashim masih memandang tepat ke arah wajah masam isterinya. Memang wajah itu sentiasa mencuka. Petang tadi dia sendiri bertentang mata dengan anaknya lokman bertanya dari hati lelaki, apa keputusan sebenar anaknya itu. Jelas apa yang diucapkan isterinya langsung terpesong tak ada satupun yang betul.

“Ingat saya tak suka awak paksa-paksa anak macam tu, kalau betul Intan dah menjadi pilihan Lokman biarkan” kata-kata Datuk hashim seakan satu arahan.

“mesti anak manja abang tu mengadu yang bukan-bukan, dasar anak manja tapi saya memang tak boleh terima perempuan tu..” tegas Datin Maznah, hatinya tetap keras dengan apa yang diucapkan tak mungkin akan berubah. Itu pasti.

“kenapa?” tanya Datuk Hashim lagi. Dia sudah duduk di sofa tak sanggup nak mengikut rentak isterinya itu. Yang nampak masih muda walaupun hakikatnya sudah membilang usia. Walaupun uban di rambut ditutup dengan warna perang tak sedikitpun menutup umur sebenar isterinya itu. Dia menyimpan senyum.

“sebab dia tak setaraf dengan kita, asal-usul entah dari mana” sekali lagi mulut isterinya dilihat tak segan silu menghina orang.

“dimana taraf kita cuba awak bagi tahu saya?.. awak tu sebenarnya kena tahu setakat mana taraf kita sekarang, jangan pandang taraf orang lain kalau kita tak tahu taraf kita sendiri”

“masalahnya awak tak tahu macamana perangai perempuan tu, semua jantan dia nak kepit kalau boleh. Bukan saya tak tahu jenis perempuan macam tu, dia Cuma tengok duit kita abang tahu tak?”

“awak cakap macam tu sebab awak tak kenal dia lagi, saya dah tengok gambar budak tu, elok je tak ada cacat celapun saya tengok dah sejuk mata memandang. Cuba awak kenal dulu hati budi dia”

Datin Maznah berdengus geram. Dalam hatinya sudah merencanakan sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan menyelamatkan anaknya. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya jatuh ke tangan perempuan tak tahu malu tu.

“dahlah suka hati abanglah nak buat apa. Tapi apa yang saya tahu jangan bagi saya tengok perempuan tu”

Datuk Hashim tersenyum. Itulah perangai Datin Maznah. Kalau ada yang tak puas hati mesti dia akan tinggalkan separuh jalan macam ni. Akhirnya dia akan melarikan diri tak pernah nak selesaikan sebaik mungkin. Haiii maznah.. maznah... kenapalah kau berubah sampai macam ni. Keluh hati kecil Datuk Hashim.

Monday, February 22, 2010

KERANA KAU 17

Kerana kau 17

Pintu bilik dirempuh tanpa sebarang salam. Jaafar berwajah pucat.. ditangannya ada fail berwarna biru hanyalah alat untuk mengaburi mata-mata yang melihat. Walau apa cara sekalipun dia perlu berjumpa karim.

“kau ni masuk tak reti nak ketuk pintu ke?”

Suzy yang duduk di ribaan Karim bangun dan membutangkan kembali baju yang sudah hampir terlonggar. Jaafar membutakan mata dengan apa yang dilihatnya. Setahunya suzy adalah kerani kewangan yang baru masuk tak sampai 2 bulan di syarikat. Hishhhh dasar perempuan senang tergadai..

Sempat dia menangkap jelingan manja suzy dan lambaian mesra kepada Karim sebelum wanita yang memakai skirt ketat itu hilang di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“hah??!!apahal macam kena kejar hantu ni?” karim membetulkan kolar bajunya.

“kita dalam bahaya sekarang, nampaknya Si Fariz tu bukan bodoh macam yang kita sangkakan”

“sabar kau jangan takut sangat, sedangkan orang tua Mansur tu kita boleh pijak inikan pulak anak dia yang baru menetas tu”

“tapi aku dengar adam dan mula buat siasatan pasal projek megajaya dan beberapa projek kecil pun diorang buka fail balik” jelas kedengaran kegelisan di wajah Jaafar.

“sudah kalau plan A tak menjadi terpaksalah kita buat plan B” ketawa tercetus kecil. Terbayang kemusnahan Datuk Mansur tanpa keluarga yang tersayang.

10 tahun dia berkhidmat dalam Neraca holding tapi apa yang dia dapat?. Usahanya tak pernah dihargai. Kalau ikutkan cerita bodoh si anak pungut yang entah dari mana datangnya, dia lebih layan duduk di kerusi itu. Tapi kenapa Si Mansur Jahanam tu senang-senang angkat anak dia duduk di kerusi teratas.

Karim menumbuk meja beberapa kali. Memang selama ini banyak duit syarikat yang masuk ke dalam akaunnya, tapi entah di mana silapnya kali ini langkah yang di atur dapat dihidu. Itupun selepas kehilangan 300 ribu yang kononnya dilesapkan oleh Ayuni. Hahhh!! Sejak perempuan tu masuk banyak rancangannya terpaksa dibatalkan.

“macamana ni?” Jaafar menayangkan wajah kelat. Ada sedikit kekesalan kerana terlalu mengikut telunjuk Karim. Kalau dulu dia tak sebodoh ini pasti dia tak berada dalam ketakutan macam ni.

“kau jangan bising boleh tak? Aku dah cukup serabut ni”

“kau ingat karim, apa pun yang berlaku kau tak boleh tinggalkan aku.. semua kegiatan kau dalam tangan aku”

Karim mencapai kolar baju Jaafar, digenggam kuat. Kalau ikutkan hati memang lebam muka budak ni kena penumbuk sulungnya.

“kau jangan nak ajar aku...ini karimlah tak pernah ada yang berani pijak kepala aku” jeritnya kuat.

Dia menolak kasar tubuh jaafar hampir lelaki itu tersembab ke meja. Jaafar berdengus keras. Kekesalan memuncak di hatinya. Ingatkan boleh kaya bila dia menjadi orang kanan Karim tapi akhirnya habukpun tak ada.

“aku ada satu cara..dan aku tahu apa kelemahan orang tua tu... kau jangan risau, kalau Neraca Holding tak jatuh ke tangan aku, kau jangan panggil aku bos kau”

“kau nak buat apa?”

Karim tersenyum sinis, ada sesuatu yang terencana dalam otaknya. Jaafar diam. Terasa ada yang tak kena. Orang macam Karim ni sanggup lakukan apa saja, apa yang penting adalah duit.

***

Dairi biru ibunya masih dipeluk erat. Dairi itulah yang menjadi pembakar semangatnya. Dairi itulah yang dijadikan penganti tempat dia bergantung dan kepada dairi itu juga dia meluahkan segala perasaan dan keinginannya. Lama dia melayan perasaan di hujung jendela. Matanya terhenti pada dua beranak yang sedang asyik bergelak ketawa.

“maafkan papa..papa akan tebus segala apa yang telah papa lakukan”

“apa yang boleh datuk tebus? Hidupkan kembali ibu saya yang sudah tak ada? Kembalikan saya pada zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan atau selamatkan saya dari menjadi penghuni rumah anak yatim?”

“maafkan papa sayang..papa tahu semua itu tak dapat memuaskan hati ayuni”

“Emmm mudah sungguh kata maaf...andai kata maaf dapat membuatkan seseorang itu bahagia mungkin dari dulu lagi saya dah bahagia, tapi maaf hanya untuk seseorang melarikan diri dari apa yang dia lakukan. Hakikatnya Datuk tak ubah macam seorang pengecut”

Hampir setiap hari kata-kata sesalan didengar lahir dari mulut Datuk Mansur. NamunWajah penyesalan Datuk Mansur langsung tidak meninggalkan kesan kepadanya. Semakin dia cuba melupakan apa yang terjadi semakin apa yang berlaku bermain dalam mindanya. Kusut dan serba tak kena. Kadang kala perasaannya sendiri berlalu ibarat tiupan angin.

Kini berada di tengah-tengah mahligai mewah ini juga tak mampu mengubati apa yang bersarang dalam jiwanya. Masih kosong. Masih kaku. Kelibat dua beranak menarik perhatiannya. Lama sudah mereka di situ.

Aleyya menutup tawanya sementara Datin Normah sedang asyik bercerita. Hahhh!! Bahagianya kau di atas penderitaan orang lain. Dia cuba menenangkan hati yang mula tak tenteram. Dairi birunya dipegang kuat. Ibarat melepaskan semua rasa yang terbuku di hati. Kakinya masih kaku di tepi jendela sederhana besar di sudut tamu.

“apa yang kau menungkan tu?”

Tiada jawapan dari soalan itu. Ayuni masih melayan menungnya. Kehadiran Fariz tidak diendahkan. Marahnya pada lelaki itu belum pernah padam, setiap kali mengingatkan jasa Datuk Mansur yang sanggup memjaga anak yatim dan membuang anak sendiri betul-betul mengecewakan, Kadang kala dia terfikir untuk apa dia berada di sini?.

“apa yang kau fikirkan?” melihat renungan penuh kebencian Ayuni yang terarah kepada senyuman mama dan adiknya aleyya yang duduk di taman.

“nak tahu apa aku fikirkan?”

Berkerut dahi lelaki itu. Persoalan Ayuni membuatkan wajah wanita itu ditatap tepat. Namun Ayuni masih tak berpaling.

“aku tengah fikirkan macamana nak pastikan perempuan itu tak akan mampu untuk senyum seperti itu lagi..”

“apa kau cakap ni?..kalau kau berani cubalah. Aku akan pastikan kau tak akan berani sentuh keluarga aku” jerit Fariz kuat. Tangannya kuat menumbuk pasu bunga yang terletak di penjuru yang hampir dengan mereka.

Fariz menahan geram. Kalau ayuni seorang lelaki pasti tumbukan itu sudah hinggap di wajahnya biar lebam biar berdarah. Ayuni tersenyum sinis, walaupun dia terdetik untuk melawan tapi melihat amarah dan kaca yang bertabur di lantai membuatkan dia puas. Dia ketawa kecil lalu meninggalkan Fariz.

“kenapa ni abang?”

“Ya Allah Fariz..kenapa ni?” kaca pasu yang dibelinya dari cina sudah hilang rupa. Namun bukan pasu mahalnya yang difikirkan tapi wajah bengis anak mudanya, tadi dia terdengar ketawa Ayuni tapi tak nampak pulak bayang anaknya itu.

“Fariz...” panggil Datin Normah sekali lagi. Fariz berpaling, marahnya reda melihat wajah risau mamanya.

“kenapa? Apa dah jadi ni?” pertanyaan mamanya dibalas dengan senyuman paksa. Tak mungkin dia mengulang kembali apa yang di dengar tadi. Ayat yang keluar dari mulut ayuni.

Terus terhapus niatnya untuk meminta maaf dari ayuni atas segala yang telah dilakukan. Nampaknya perempuan itu memang nekad ingin memusnahkan keluarganya. Dia tak akan duduk diam, walau apapun alasan ayuni dia tak akan membiarkan hati wanita yang sudah memberikannya kasih sayang dan nilai keluarga sebenarnya disakiti. Tak mungkin.

Datuk Mansur meletakkan kembali buku yang dibaca kembali di atas meja. Tumpuannya tidak lagi pada buku yang tadi menarik perhatiaannya. Cermin mata yang tersangkut di batang hidung diletak di atas buku tadi.

Wajah suram isterinya menghiasi pandangan. Dari tadi tak terdengar suara itu berbual dengannya. Malah di meja makan tadi dilihat isterinya lebih banyak diam dari melayan teletah anaknya.

“Kenapa Mah?” datuk Mansur sudah duduk di birai katil. Memandang isterinya yang duduk bersandar sambil memeluk bantal.

“kenapa apa bang?”

“dari tadi abang tengok macam ada perkara yang Mah nak cakap dengan abang?”

Datin Nomah membisu. Memproses soalan suaminya, memang dia tak boleh nak berbohong dengan perasaannya sendiri. Tapi dia juga tak mampu nak berbohong dengan suami yang sudah menjadi temannya berpuluh tahun. Suaminya bijak membaca apa yang bermain di wajahnya.

“Mah rasa Ayuni masih tak boleh nak terima Mah sebagai ibu dia bang”

Kenyataan itu membuatkan Datuk Mansur berdehem perlahan. Anaknya itu semakin dekat semakin jauh darinya, kalau dulu dia sering bermimpi yang Ayuni datang mencarinya tapi kini siangnya juga dibayangi satu bayang rasa bersalah yang teramat. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan untuk menyejukkan kembali hati anaknya itu.

“bukan dengan Mah saja dia menjauh...tapi dengan abangpun dia masih kaku” terdengar-dengar panggilan Datuk Mansur yang digunakan Ayuni. Kekal dengan panggilan itu walaupun sudah hampir dua bulan anaknya itu berada dekat dengannya. Benci sangatkan dia pada aku!!..

Melihat wajah sedih yang berwarna di wajah suaminya membuatkan Datin Normah terdiam. Salah dia meluahkan isi hatinya, hati suaminya juga masih berat dibebani pelbagai masalah. Dia mengambil keputusan untuk diam.

“tak apalah bang mungkin dia masih perlukan masa, lagipun dia dah bayak menderita bang.. bila Mah tengok muka dia mata dia Mah nampak satu perasaan yang kita sendiri tak pernah rasa”

“Mah tak selesa dia dekat sini?” soalan yang sudah lama disimpan akhirnya terluah juga.

“hishhh abang ni, dia anak Mah. Mah sayang dia sama macam Mah sayang Aleyya dan Fariz malah lebih...kenapa abang tanya macam tu?”

“bukan apa Mah... abang tak nak abaikan perasaan Mah, kalau Mah rasa tak selesa dengan kehadiran ayuni terus terang dengan abang..abang tak nak Mah simpan dalam hati”

Kata-kata suaminya membuatkan Datin Normah menyepi. Memang hatinya sering tersentuh dengan kelakuan anak itu tapi tak pernah terniat di hatinya untuk menghalau Ayuni jauh dari rumah. Malah jauh dari keluarga itu. Tak pernah sekalipun....

“ini semua salah abang..kalaulah abang tak abaikan mereka dulu mesti sekarang ni kita bahagia hidup bersama”

“abang jangan salahkan diri.. mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Kita serangkan segalanya padaNya, kita tak boleh macam ni bang...”

Datin Normah melakarkan senyuman. Cuba menenangkan hati suaminya.

“abang nak air?..”

“emmm bolehlah..terasa nak minum Milo panas awak”

Kata-kata pujian Datuk Mansur duibalas dengan senyuman. Memang itulah yang memikat hati wanitanya. Datuk Mansur seorang yang penyayang.

Gelas di tangan diisi dengan air suam. Kalau ikutkan hati malas nak turun tapi di sebabkan tekaknya dah kering digagahkan kaki menuju ke dapur. Habis air diminum dia melangkah ke singki paip air dipasang.

Datin Normah tersenum memandang Ayuni yang masih termenung di depan singki. Air masih terpasang dan cawan ditangan. Apa yang difikirkannya? “ayuni nak air? Mama buatkan?” .

Ayuni pantas berpaling. Wajah itu memenuhi ruang matanya, senyumannya itu langsung tidak dibalas. Dia meletakkan kembali cawan yang sudah di basuk ke rak. Datin Normah hanya memandang sepi langkah Ayuni yang melangkah tanpa menghiraukannya. Terasa airmatanya seakan mahu jatuh ketika itu.

Peargghhhh!!! Bunyi kaca pecah membuatkan ayuni menjenguk kembali ke dapur. Bulat matanya apabila melihat tubuh Datin Normah yang terbaring dilantai. Tapi belum sempat kakinya melangkah dia disergah satu suara. Tubuhnya ditolak ke tepi hampir terjatuh. Fariz meluru ke arah mamanya.

“apa yang kau buat ni??” jerit lelaki itu. Ayuni hanya memandang sayu. Fariz menjerit kuat memanggil papanya dan seisi rumah.

“Ya Allah apa dah jadi ni Riz?”

“entahlah..papa tanyalah anak kesayangan papa tu, kalau jadi apa-apa dekat mama Riz tak akan lepaskan dia”

“dah angkat mama.. kita bawa pergi hospital” Datuk Mansur enggan melayan marah anaknya, apa yang penting sekarang keselamatan Normah.

Aleyya yang masih dalam mamai meluru ke dapur. Tanpa sempat bertanya apa yang terjadi dia terus membantu abang dan papanya. Jelingan sempat dihadiahkan kepada Ayuni yang masih kaku di tepi laluan masuk ke dapur.

“apa lagi tercegat dekat situ..tak habis-habis menyusahkan orang, memang patut kau hidup seorang diri..dan tak tahu nak menghargai orang langsung...hati penuh dengan dendam” Datuk Mansur membidas keras. Sambil mencapai kunci kereta yang tersangkut di dalam almari kunci.

Ayuni masih lagi berdiri di situ. Kaku. Suasana yang tadinya riuh kini sepi.. yang ada hanya dia sendiri. Terduduk dia di situ, dalam diam air matanya menitis perlahan membasahi pipi. Tapi tangisannya tidak bersuara hanya kedengaran esakan kecil.

‘ibu.....ayuni takut..”

GILA KAU 39

Gila kau 39

Datin maznah membaling kepingan gambar yang diperoleh dari penyiasat persendiriannya ke arah Fazrul. Lelaki itu terkedu dengan tingkah Makngahnya. Nasib baik sempat elak kalau tidak berbirat juga muka.

“apa ni Mak Ngah?”

“kau tanya aku kenapa??, apa yang kau buat ni. Mana pergi rancangan terbaik kau tu nak pisahkan budak dua orang ni?”

Kemesraan antara Lokman dan gadis yang manis bertudung jelas terpampang di kepingan gambar yang sudah bertaburan di lantai. Fazrul tersenyum. sempat juga dia memuji kecantikan Intan Azura dalam hati.

Wajah masam mencuka Maznah membuatkan dia tersenyum. orang tua ni hanya pandai mengarah, langsung tak fikir apa yang akan terjadi dengan apa yang terjadi, kalaulah Lokman tahu apa yang dirancang Mamanya...

“alaaaa mak ngah ni relax arrr...cepat sangat melatah, naik angin” Fazrul tunduk mengutip kembali kepingan gambar di hujung kakinya.

“kau nak suruh Mak ngah sabar, cuba kau tengok gaya perempuan ni. Buat aku sakit mata tahu tak?” berang Datin maznah.

Fazrul mengeleng perlahan. Apa punya maklah nak tengok anak dia derita. Pelik betul mak saudaranya sorang ni.

“Mak ngah kita kena betul-betul yakin yang mereka ni betul-betul bermadu kasih, kalau kita main terjah sebarangan buatnya mereka ni tak ada apa-apa? Bukan kerja sia-sia namanya” Fazrul mencapai buah epal hijau yang terhias di atas meja. Tanpa meminta izin buah itu diragut kasar.

“bukan cinta ke namanya kalau sampai berbelanja banyak duit semata-mata nak beli 1000 kuntum ros untuk perempuan ni, inipun yang Mak ngah tahu yang tak tahu entah berapa ribu duit Si lokman ni habis menabur betina ni”

Kata-kata yang diucapkan oleh mak ngahnya kedengaran logik. Fazrul meneliti satu persatu gambar yang berada di tangannya. kalau dijadikan gambar ini sebagai bukti memang nampak jelas yang mereka ini mempunyai hubungan yang agak mesra.

“tapi kalau untuk perempuan secantik ni, saya pun sanggup..” terkeluar apa yang tersimpan dihati sejak tadi. Jelingan Mak ngahnya dibalas dengan senyuman.

Apa lagi maknanya jika insan yang selama ni tak berperasaan seperti Lokman boleh terfikir bermain dengan bunga. Bukan Lokman Hafizi yang dikenal selama lebih 20 tahun. Mungkin sepupunya itu memang jatuh cinta pandang pertama dengan Intan. Tapi siapa pulak lelaki yang selau dengan Intan?.

“Rul....Mak ngah suruh kau bertindak bukan dok main teka teki dekat situ. Kalau asyik termenung aja bila nak habis kerja?”

“habis mak Ngah nak suruh saya habiskan dia?” sengaja soalan itu di tanya ingin menduga hati kecil satu-satunya mak saudaranya.

“hishhhh itu kerja orang tak berpelajaran. Kalau selama ini kerja boleh pakai otak kenapa pulak nak fikir cara yang tak berotak macam tu?” marah Datin Maznah, entah bila anak buahnya nak pandai. Bengang tak habis-habis.

Fazrul mencebik. Gelang tangan yang bersinar menarik perhatiannya. Rugi betul pak ngah dapat bini macam ni langsung tak reti nak berterima kasih dengan apa yang ada. Tapi disebabkan sikap tak tamak dan bongkak mak ngahnyalah dia dapat menumpang senang. Kalau nak harapkan pak ngah jangan menrasalah kalau tak bertungkus lumus dalam syarikat.

“apa lagi kau menung tu?”

“hishhh mak ngah ni orang tengah fikirlah ni..”

“fikir ke kau dok berangan?” sekali lagi wanita itu meninggikan suara. Aduhhhh boleh pecah anak telinga.

“tapi menurut apa yang saya tahu, Intan ni dia macam rapat dengan seorang lelaki ni tapi ak pasti apa hubungannya”

“perempuan kaki kikis macam tu..semua jantan dia layan” Fazrul tersenyum. kalaulah Mak ngahnya kenal siapa Intan azura yang sebenar, itulah salah Mak ngahnya terlalu mudah menilai orang berdasarkan fizikal. Kalau tak kaya, bukan anak dato maknanya perempuan jahat. Cetek betul prinsip orang tua ni...

“ingat Rul, jangan nak habiskan duit aku saja kau pandai...kerja satu apa tak jalan”

“jangan risaulah Mak ngah, ini Fazrul ni kan anak saudara kesayangan mak ngah” satu senyuman tersimpul di bibirnya. Jangan terkejut pulak nanti kalau Intan Azura jadi anak buah mak ngah jugak. Senyumannya semakin melebar.

Sejak bertentang mata dengan wanita itu hati lelakinya mula terpaut. Keinginan untuk memiliki gadis manis itu tambah meluak-luak apabila mengetahui Lokman sepupunya turut memiliki perasaan yang sama. Dia sendiri akan memastikan tidak akan ada yang berjaya mendapatkan Intan melainkan dirinya.

“nita pun dah lama tak nampak muka..entah ke mana peginya budak tu” bebel Datin Maznah tak habis-habis. Nama calon menantu pilihannya meniti di bibir.

“perempuan macam Nita tu mana boleh duduk diam dekat satu tempat, kalau nak harapkan dia jumpa Mak ngah alamt kempunanlah”

“kenapa kau suka buruk-burukkan Nita?”

“bukan buruk-burukkan tapi memang buruk” jelas Fazrul dalam sisa tawa. Masih ada yang yang mak ngah tak tahu. Biarlah dia mengagungkan perempuan macam tu. Bukan ada kaitan dengan dia. “oklah Mak ngah pasal apa yang kita bincangkan tu nanti saya fikirkan rancangan terbaik..kalau betul si Lokman tu ada hubungan dengan Intan. Entah-entah bertepuk sebelah tangan”

“ehhh...kau jaga sikit mulut kau tu. Anak aku tu belum ada lagi perempuan yang tolak dia kecualilah perempuan tu sewel tak pun gila” ucap Datin Maznah dengan angkuhnya.

Fazrul mencebik. Memang Mak ngahnya tak pernah nak kalah sentiasa nak menang. Kalau terus dilayan alamatnya dia juga yang kena nanti.

“oklah Mak ngah apapun kita kena tunggu dulu apa yang patut kita buat sebab kata orang silap langkah membawa padah”.

“suka hati kaulah nak buat apa..tapi mesti berjaya, jangan sampai perempuan tu dah jadi menantu aku baru kau nak bertindak..”

“emmm kalau tak jadi menantu Mak ngah nanti..dia jadi isteri saya..anak buah mak ngah juga” Fazrul ketawa kuat. Jelingan Mak ngahnya langsung tak meninggalkan kesan apa yang dia tahu sekarang poketnya penuh. Senyuman semakin mekar.

****

Suasana restoran tenang, hanya kedengaran alunan mainana piano di sudut sebelah kiri, dimainkan oleh seorang wanita yang berumur sekitar 40 an. Mungkin pemain profesional. Gaya alunan tangannya betul-betul memukau. Farid sempat menilik jam tangan rolex ditangannya. Tepat pukul 9.00 malam, nampak bayang insan yang ditunggu-tunggu masih tak kelihatan.

“kita buat apa dekat sini?” Maya kirana keliahatan anggun dengan baju kurung berwarna kuning air.

“emmm buat bodoh...”

“tak sangka pulak saya Encik peguam kita ni dah pandai buat lawak”

“sayapun tak sangka yang usahawan berjaya macam awak boleh tanya soalan macam tu sedangkan kita memang sudah berada di sebuah restoran Cik maya kirana tak akan kita nak beli basikal pulak” Maya ketawa kecil. Dia menjeling manja, Membuatkan Farid juga tersenyum sama.

“awak sihat?”

“Encik Farid kalau saya tak sihat, saya tak akan ada dekat sini” bisik Maya perlahan.

“betul juga...semuanya boleh dijadikan satu jawapan yang bernas..”

Mereka memesan makanan. Farid dengan Nasi goreng berudang rempah manakala Maya membuat keputusan hanya menikmati mee goreng masakan cina. Mereka masing-masing khusuk menghabiskan makanan, yang kedengaran hanya bunyi lagaan sudu dan garpu.

“saya suka tengok awak tersenyum...manis” pujian keluar dari mulut Farid. Walaupun dirasakan agak ganjil dia berkata begitu tapi semuanya lahir dari hati kecilnya.

“lelaki...memang mulut semanis gula...tapi last-last dapat diabetis kalau percaya” ketawa Farid akhirnya kedengaran.

“awak seperti meletakkan label ada semua lelaki”

“pengalaman banyak mengajar saya mengenal siapa lelaki yang sebenarnya, cukuplah kalau saya katakan lelaki bagi saya mungkin diperlukan oleh perempuan tapi tidak saya”

Farid terkedu. Ada ketegasan di sebalik senyuman yang terlakar di wajah itu. Dia tahu apa yang terjadi dalam hidup Maya kirana, dia tahu kesakitan yang ditanggung tak mungkin boleh dipadamkan semudah memadam garisan pensel di atas kertas.

“mungkin Pengalaman mengajar kita, tapi bukan untuk penyesalan tapi mengajar kita untuk tidak tersilap langkah lagi”

“dan kerana tak mahu tersalah langkah saya rasa keputusan saya adalah yang terbaik” sambung Maya lagi. ada rasa tak puas hati di wajah lelaki di depannya.

Farid akhirnya tersenyum lagi, dia tahu Maya hanya menhafikan apa yang sedang bermain di hatinya. Buarlah dia memberi ruang kepada wanita ini untuk mengenal kehidupan lalunya. Dari jauh ada mata yang tajam menikam pasangan yang berbalas senyuman itu.

“apa yang You tengok tu?” anita bertanya manja. Matanya diturut ke arah yang mengamit pandangan pasangannya itu. “oiii I see...your ex-wife tu kan...wahhh bukan main lagi I tengok, jadi janda berhias ke apa?”

Anita sengaja menduga Johan. Dari mata lelaki itu dia tahu ada api cemburu yang sedang menyala. Kalau bukan sebab tubuhnya yang mengoda pasti Johan tak akan tunduk kepadanya, dengan kata-kata yang manis dalam sekelip mata lelaki bodoh itu jatuh mencium kakinya. Kini apa saja yang dikatakan pasti akan dilakukan johan, malah dengan mudah Johan meninggalkan Isteri tercinta hanya kerana wanita sepertinya yang dikaburkan dengan nama cinta.

“You cemburu ke?”

“hishhh tak akanlah, lagipun I dengan dia dah tak ada apa-apa...”nafi johan. Walaupun hakikatnya terasa sesuatu yang membakar jiwanya tika itu.

“jangan-jangan You ni dah gila talak tak?” duga Anita lagi.

“kalau yang akan gila talak tu bukan I tapi perempuan tu” jarinya di arahkan kepada Maya kirana yang tersenyum manis dengan lelaki di depannya.

“kalau tak silap I, lelaki tu peguam..I rasa pernah jumpa dia..” anita cuba mengingati wajah lelaki yang kelihatan bergaya di depan bekas Isteri Johan.

Johan sekali lagi meneliti wajah segak di depan Maya Kirana. Memang betul apa yang dikatakan anita, memang itulah peguam yang bersama Bekas isterinya semasa di makhamah dulu dan lelaki itulah yang bersuara lantang menegaskan tuntutan cerai mewakili Bekas Isterinya.

‘hah dasar lelaki tak sedar diri’

Anita tersenyum, ada api cemburu yang membara di wajah Johan. Johan lelaki yang mudah tunduk dengan perasaan. Langsung tak fikir masa depan. Anita pantas menarik tangan johan, lebih baik dia bertindak, tak mahu ada masalah yang timbul yang akan memalukan.

***

“haii kamu ni dari mana Mira dan malam-malam macam ni baru balik?”

“Mira pergi yayasan ma” bulat mata mamanya.

“kau jangan ikut perangai Along kau tu, sibuk menolong perempuan tu jaga rumah tu nak buat apa? “

“mama tak baik kata kak Mai macam tu” Mira memandang tepat anak mata mamanya. Penuh keegoan.

“tak sudah-sudah lagi ke arwah suami dia dulu menyusahkan kita ini giliran dia pulak dok sibuk menangih simpati”

“Mak..walau apapun dia tetap menantu papa, dan dia ada hak...lagipun arwah abangpun ada hak dalam keluarga kita..” Datin Maznah mencebik. Geram dia mendengar kata-kata anak perempuannya. Selalu sanat nak menangkn musuh keluarga,

“dia abang tiri, dan mama dan beratus kali cakap mama tak suka Lokman dan Mira tolong perempuan tu..biar dia hidup sendiri.

“malaslah layan mama ni..” Mira terus meninggalkan Datin Maznah yang masih memekiki tak tentu pasal. Pintu bilik pantas ditutup dan dikunci. Bosan mendengar bbelan mamanya,

Lokman masih memandag wajah kerut adiknya . mesti ada yang tak kena. Amira masuk ke bilik alongnya terus berbaring di katil. Pen di tangan dilepaskan ke atas meja. Dia bangun dari meja kerjanya. Bukan dia tak dengar suara mama yang nyaring sampai ke atas.

“kenapa?”

“bosanlah along, semua Mira buat semua tak betul..” Lokman tersenyum mendengar aduan adiknya. Satu-satunya adik yang dia ada.

“apa yang membuatkan adik kesayangan abang ni bosan?”

“siapa lagi kalau bukan mama kesayangan along tulah...tak habis-habis nak membebel, ingat mira ni budak kecik lagi ke?”

Perlahan satu persatu peristiwa pertengkaran kecil dia dan mamanya diceritakan kepada Lokman. Tiada satupun yang tertinggal semuanya diluahkan biar puas,

“laaa pasal itu rupanya. Kan adik dah tahu mama tak suka adik pergi yayasan. Kenapa pergi juga”

“along...mira bukan buat apapun, Cuma tolong apa yang patut..lagipun dah lama sangat mira tak pergi sana sejak abang pergi sejak itu mira tak pernah pergi”

Lokman diam. Lama dia memproses apa yang dikatakan amira. Memang dia sendiri tak faham kenapa mama begitu benci dengan yayasan, sedangkan selama inipun papa sering mengalakkan mereka membantu di yayasan. Memang dulu yayasan langsung tak bermakna dalam hidupnya tapi sejak dia mengenal erti cinta dan ketika dia kenal apa itu kasih, yayasan adalah tempat yang paling wajib dilindungi.

“dahlah Mira rehat, jangan fikirkan sangat mama tu.. lagipun mama tu marahnya sekejap sikit lagi sejuklah hati dia tu” nasihat Lokman kepada adiknya.

“emmmm macam ada yang tak kena je dengan abang kesayangan Mira ni” wajah tampan Lokman ditilik.

Lokman mengelak dari bertentang mata dengan adiknya. Memang kalau nak menipu adiknya yang sorang ni jangan harap. Mira bijak mengesan apa yang bermain di fikirannya. Hanya Mira saja saudara yang dia ada.

“tak ada apalah..kenapa tengok along macam tu?”

Mira tersengih menayang gigi yang tersusun rapi. Tahu sangat taktik alongnya nak melarikan diri. Tapi sorrylah tak jalan.

“apalah yang Along dok fikir sangat, kalau dah suka tu katakan saja nanti taklah berputih mata” ajuk Mira.

“mata putih ke biru ke kuning ke yang penting adik along ni dah berbau masam tahap tinggi, so dengan segala hormatnya dipersilakan mandi sebelum ada yang kena rendam dalam air sabun”

Lokman menghantar langkah adiknya yang masih mencebik ke muka pintu. Jarinya masih menutup hidung memberi isyarat apa yang diucapkan adalah betul. Walaupun hakikatnya sekadar menutup persoalan yang bermain di bibir adiknya. Lokman tersenyum sambil mengelengkan kepala.

***

“kalau saya katakan cinta tu buat seseorang bahagia?”

“dan bagi saya cinta buat seseorang kenal erti derita...” balas Maya.

“tapi cik Maya menilai cinta dari sudut yang negatif..”

“sebabnya encik farid, saya tak nampak dimana hebatnya cinta bila kita kecewa..”

“menidakkan cinta samalah seperti awak menidakkan takdir tuhan..” penguam muda itu masih tak puas hati.

“dan bila saya YA kan cinta yang saya sendiri tahu hakikatnya tak bawa makna itu pula berdosakan..”

“jadi awak salahkan cinta ?”

“saya tak salahkan cinta dan saya tak pernah halang cinta dan tak pernah terfikir untuk membuat kelab Anti-cinta”

“jadi tak salahlah kalau saya katakan yang saya dah jatuh cinta pada awak..”

“saya tak kata salah...Hah!!!? apa?”

Maya tersenyum.. Gila...itulah perkataan pertama yang diungkapkan kepada lelaki itu. Luahan perasaan yang tak pernah terlintas di fikirannya.

“hah!! Ni kes apa senyum sampai ke telinga sesorang ni?”

“mana adalah” Intan mencebik. Dari jauh kelihatan seri wajah memancar di wajah teman baiknya itu.

Orang kata cinta itu memang buta..
Kadang kala sampai kita lupa diri..
Semuanya tak dipeduli.
Demi cinta lautan api direnangi...

“hishhh anak dara ni nyanyi pulak..cepat siapkan kerja tu”..Maya menampar lembut bahu Intan yang asyik menyanyikan lagu entah apa tajuknya dia sendiri lupa.

Hari ini hari pertama dia di butik. Banyak kerjanya yang tertangguh disebabkan terpaksa bermalam dengan pakej lengkap di hospital. Satu persatu resit jual beli di lihat dengan teliti. Bukan kerana tak percaya dengan kerja yang dilakukan para pekerjanya tapi Cuma ingin melihat sejauhmana perkembangan butik selama dia di wad.

“kau janganlah risau...sepanjang kau tak ada aku dah pastikan budak-budak ni semua buat kerja” ucap Maya dengan senyuman yang masih belum lekang di bibir.

“saja aku nak tengok, berapa keuntungan kita dah dapat sampai boleh buat kawan aku senyum sampai ke telinga macam ni” ucap Intan sambil tanganya tetap meneliti satu persatu resit di dalam fail.

“aku senyum sebab gembira kawan aku ni dah mula nak menyibukkan diri dengan kerja sampai lupa kesihatan” sindir Maya. Jelingan Intan tidak berbekas di hatinya.

“kalau aku masuk Wad balikpun ok jugak, boleh juga kau cuci mata dengan doktor-doktor dekat situ..sebab hari-hari kau lawat aku”

Intan tertawa kecil. Fail didepatnya ditutup. Kembali menumpukan perhatian kepada temanya.

“kalau aku nak cuci mata duduk dekat butik ni pun boleh dapat doktor..silap-silap Dato pun lepas..” bisik Maya selamba. Dia memanjangkan gurauan Intan. Kalau mengelah nanti nampak sangat dia lemah. So baik lawan...

“habis tu ini dah ada datolah?? Dato mana?”

“datuk yang dah ada 17 cucu....” ketawa mereka bersatu. Menarik senyuman tiga orang pekerja Laifa butik yang ada di situ. “minggu lepas Datin Maimunah tempah 30 pasang ela Satin..fuhhh memang masuklah banyak sikit” sambung Maya, sengaja memberi laporan kepada rakan kongsi merangkap teman baiknya.

“emmm tak sangka pulak Datin yang secerewet itu boleh terpikat dengan butik tak seberapa kita ni”

“ehhh tengok oranglah siapa yang pasang strategi”

Intan hanya tersenyum, malas mengiya atau menidakkan kata-kata Maya. Apa yang pasti kawannya yang sorang ni ceria semacam..mesti ada yang tak kena.

“ehhh kau dah lama tak ke yayasan ek.. kenapa?”

“emmm kalau ikutkan memang aku pergi sangat, tapi bila aku rasa sakitnya aku rasa baik aku duduk dalam butik ni lagi bagus”

“Intan kan aku dah cakap, bebaskan diri kau..jangan biarkan apa yang bermain dalam fikiran kau tu nanti merosakkan apa yang kau ada”

“ehhh aku lupa aku ada janji dengan Maria nak hantarkan katalog baru, oklah aku pergi dululah ek sayang” bahu Maya disentuh perlahan.

Jam ditangan menunjukkan 3 petang. Sengaja dia larikan diri...

TeRbaRu : DyaDila

TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)

KERANA KAU 25

KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....

pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets