Saturday, May 2, 2009

KERANA KAU 7

Kerana kau 7

“ya Encik Fariz nak jumpa saya?”

“duduk” arahan itu diakur, walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu. Rasa sakit hatinya masih Belum reda. Baru nak duduk saja dah dipanggil masuk mengadap bilik dia.

“lama awak lunch tengok jam pukul berapa?” dia menoleh jam yang terpampang besar di bilik Fariz.

“saya ada masalah sikit tadi Encik Fariz lagipun saya dah maklumkan pada Siti yang saya masuk lambat”

“awak jangan buat sesuka hati awak saja, awak tahu tak saya tunggu awak dari pukul 2 ni sekarang 3 .15...ingat syarikat ni keluarga awak punya” Ayuni mengenggam kuat tangannya. ‘Apa masalahnya kalau syarikat ni memang bapak aku yang punya’ bisik hatinya.

“saya minta maaf Encik Fariz lagipun.....”

“sudah...saya tak nak dengar alasan awak... esok pengurus operasi baru akan masuk saya nak awak uruskan” suara Fariz masuk begitu pastas dalam telinganya. Kalau lama-lama macam ni boleh pekak aku dengar.

“tapi Encik Fariz itu bukan kerja saya”

“ini arahan...lagipun esok Siti cuti so awak kena gantikan tempat dia”..berkerut dahi Ayuni kenapa pula dia yang kena ganti? Hisshhh apa fungsinya di bahagian pemasaran halau kerja HR pun dia masuk campur.

“awak kemas bilik da dulu saya tak mahu ada kesulitan esok..faham?”.

“faham”, jawabnya perlahan.

“awak faham ke tak ni?” tanya Fariz sekali lagi apabila melihat wanita itu lama membisu.

“faham!!” tinggi suara Ayuni membuatkan Fariz terkejut.

“kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu” hilang rasa hormatnya. Entah kenapa lelaki itu sengaja menaikkan rasa marahnya. Puas dia mengawal namun ada saja yan tak kena di mata bosnya itu.

Melihat ayuni yang keluar dari bilik bos dengan muka masam, siti berasa serba salah. Bukan niatnya untuk membebankan ayuni tapi dia terpaksa mengambil cuti demi anaknya yang masih di hospital.

“maaf ek ayuni saya tak sangka akan jadi macam ni..ni semua salah saya, gatal sangat nak ambik cuti” ayuni memandang wajah Siti dengan senyuman. Tak mungkin marahnya akan dilepaskan kepada Siti bukan salah dia.

“tak apalah siti lagipun saya dah tahu masalah anak siti tu, nanti kalau ada masa saya ke hospital..siti jangan bimbang kerja-kerja siti esok saya bereskan” lembut tutur katanya. Memang dia ikhlas. Melihat Siti mengingatkannya kepada arwah ibunya. Dia tahu betapa susahnya seorang ibu demi anaknya.

“kenapa Ayuni?”

“hah?? Tak ada apa...oklah saya kena kemas bilik bos baru kita..tak pasal-pasal kena jadi cleaner hari ni”

“emmm...biasalah tu..tak apa saya tolong awaklah” kata-kata Siti disambut dengan senyuman. Memang dia perlukan pertolongan, tak akan dia sorang nak mengemas bilik yang dah lama tak digunakan itu.

“siti tahu ke siapa bos baru kita ni?” tanyanya sambil menyusun fail-fail yang lama.

“emm alaa Encik Adam, bukan orang lainpun bakal menantu Datuk” nampaknya segala tekaannya tepat,

“nampaknya kira sistem keluargalah ek..senangnya jadi orang kaya ni tak payah nak bersusah payah dari bawah macam kita, habis belajar terus jadi bos” perli Ayuni.

“Datuk tu baik orangnya, kebajikan pekerja semua dia ambil kisah, susah nak jumpa bos baik macam tu” puji Siti.

“mungkin dia nak tutup sesuatu..” ayuni terlepas cakap cepat kata-kata itu dimatikan.

“apa dia ayuni?”

“tak adalah Datuk tu mesti seorang ayah yang penyayang...tengok anak-anak dia jelah” kata-kata itu membawa maksud yang mendalam.

“emmm betul tu Ayuni, Datuk memang sayangkan anak-anaknya tambah-tambah bos kita Encik Fariz tu.”

“macamana dengan datin?” cuba mencungkil rahsia.

“Datin tu low profile sikit..dia tak sombong dulu saya ingat dia macam datin-datin yang ada ni..rupa-upanya tak.. baik sangat kalau dia datang pejabat ni mesti bawa buah tangan untuk kamilah Cuma sekarang ni dia jarang datang. Dengar kata tak berapa sihat” Ayuni tersenyum sinis. Baik ke perempuan perampas tu?

“kenapa Ayuni jauh termenung?”

“ehhh taklah..ni tengok gambar keluarga Datuk ni meemang macam bahagia pun” kebetulan di meja itu terdapat majalah yang dihiasi gambar meeka sekeluarga.

“ayuni punya keluarga macamana tak pernah ceritapun” Ayuni tersentak. Cuba menahan perasaannya.

“saya sebatang kara Siti, hidup anak yati piatu macam saya ni tak ada istilah keluarga” sayu kedengaran suara itu.

“maafkan saya Ayuni, saya tak tahu” Siti serba salah.

“ehh tak apa tak kisahpun lagipun kalau kecik-kecik dulu mesti nangis dah, sekarang ni dah besar saya dah boleh terima kenyataan” pelahan saja dia menuturkan kata-kata itu walaupun hakikatnya tak ernah sesaatpun dia melupakan kisah silam itu. Tak mungkin dan mustahil kecualilah kalau dia mati. Suaranya nekad.

“emm tak apalah Ayuni nanti awak bolehlah cari keluarga sendiri, ada suami anak-anak yang sayangkan kita” Ayuni tersenyum. ada misi yang lebih membahagiakan dari itu semua siti dan hanya aku yang tahu.

***

“alamak macamana ni apa aku nak buat?” noraina cemas melihat wajah pucat temannya. Dari semalam Ayuni mengadu sakit perut. Tapi pagi ni lebih teruk.

“kau tak payah pergi kerja”

“tak apa aku ok je kau janganlah risau sangat..sakit sikit je ni sikit lagi eloklah..” Ayuni cuba menahan sakitnya.

“ehhh aku kata tak payahlah..” tubuh sahabatnya itu dipimpin kembali ke katil. Dia sendiri akan mengambil MC tak mungkin dia meninggalkan Ayuni seorang diri.

“tapi aku ada tugas penting hari ni, matilah kalau aku tak pergi nanti”

“alaaa tak ada siapa yang akan marah kau kalau kau tunjuk surat MC, sudah kalau kau sayangkan aku kau rehat je atas katil ni, jangan degil” sememangnya sakitnya mengatasi segalanya. Dia lena di atas katil.

***

“hishhh boleh pula dia tak datang kerja...memang sengaja cari pasalah” marah Fariz.

“alaaa relaxlah Fariz bukan aku nak sambutan meriahpun tapi pelih juga sampai pintu bilik akupun tak ada ni” ketawa Adam membuatkan Fariz bertambah panas hati. Dia dimaklumkan Ayuni Balqis MC hari ni. malah kunci bilik adam juga ditangan wanita itu.

“tak apalah adam kau lepak dulu bilik aku ni, aku mintak orang ambilkan kunci dekat bahagian keselamatan”

“ok”

***

“kau ni kenapa tak habis lagi ke marah kau tu?”

“aku geram betullah budak ni memang sengaja cari pasal dengan aku” terbayang wajah selamba Ayuni yang sentiasa menbalas kata-katanya dengan sinis.

“kenapa pula macam tu sekali...alaa dia ada masalahlah tu lagipun budak tu MC kan” faham benar dia dengan sikap panas baran sahabatnya itu.

“masalahnya aku dah inform awal-awal dekat dia tapi dia buat hal juga memang saja nak cari pasallahkan” adam hanya tersenyum.

“dahlah jom cepat nanti panjang pulak muncung adik sayang kau tu”

“alaaa awek kau juga, lagipun siapa suruh kau ajak dia sekali?” tanya Fariz tak puas hati

“macam kau tak kenal je adik kau tu...mana aku pergi dia dapat hidu tau tak..” kata Adam tak puas hati.

“nasib kaulah Adam” ketawa Fariz tercetus. Terbayang wajah aleyya. Memang dia akui adiknya itu memang manja, dan adam adalah lelaki yang boleh bertahan dengan sikap aleyya yang kadang kala susah nak dijangka.

Ayuni bangun dari pembaringannya, dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Lamanya dia tidur. Matanya terhenti pada Maya yang sedang lena sambil duduk di sebelah katilnya. Dia tersenyum, air matanya menitis terharu dengan layanan sahabatnya itu.

“aina...aina...”

“emmm...” Noraina bangun sambil mengaru kepalanya. Dalam mamai dia sempat lagi bertanyakan keadaan Ayuni.

“dahlah naiklah atas katil tidur betul-betul” tanpa suara Noraina memanjat katil milik Ayuni lalu kepalanya diletakkan ke bantal. Ayuni bersandar di kepala katil. Cuba memikirkan keadaannya esok. Sakit perutnya masih lagi terasa. Dia bermatian tidak mahu ke klinik. Penadol yang ditelan tadi mungkin dapat melalikan sedikit rasa sakitnya. Perutnya kembali terasa sakit.

“ibu tolong Ayuni....ayuni sakit..” bisikan itu kedengaran perlahan sedaya upaya ditahan. Tak nak menganggu tidur Aina.

Suasana lampu tidur yang malap masih belum mampu mengundang lenanya. Lama dia cuba memejamkan mata namun masih gagal.

“abang tak tidur lagi?” Datin Normah bangun dari pembaringannya.

“emm belum lagi Mah..maaf abang ganggu tidur Mah”

“kenapa abang tak boleh tidur ke?”

“entahlah hati abang ni rasa macam ada sesuatu” ucapan suaminya itu membuatkan Datin Normah mengeluh perlahan.

“abang masih fikirkan dia?” sememangnya sejak dulu lagi ingatannya semakin teguh terhadap mardiana entah kenapa rasa sayangnya kembali seakan ketika baru mereka menyemai benih cinta.

“abang rindukan dia..” bisik Datuk Mansur tanpa sedar.

“Mah tahu...”

“maafkan abang Mah..”

“tak perlu abang minta maaf, itu hak abang...manalah kak mardiana menghilang, macamanalah dia sekarang” kata-kata isterinya itu mengundang sayu di hati Datuk Mansur.


TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets