Saturday, March 28, 2009

GILA KAU 21


GILA KAU 21

“Banyaknya barang mak Siti beli ni..nak masak apa?”

“malam ni Mak siti nak ajak Intan makan dekat rumah lepas tu kawan si Shah pun nak datang sekali tu yang beli lebih sikit” plastik beg bertukar tangan tak sanggup Intan melihat Mak Siti mambawa plastik yang penuh di tangan..’mak aiiii berat juga’ bisik hatinya apabila beg plastik berisi sayur, ikan dan barang dapur itu di tangannya

“Intan jangan lupa datang..”

“alaa seganlah Intan lagipun kan kawan Shah nak datang”

“jangan nak segan-segannya dengan mak cik..lagipun lagi ramai lagi meriahkan” Mak Siti tersenyum.

“ajak maya sekali...”

“emmm Maya malam ni ada date...dari tadi lagi senyum sampai telinga..Intan tengok”

“yalah orang ada buah hati...awak tu bila lagi” Intan terkedu. Dia menelan air liurnya perlahan. ambik kau gatal mulut lagi perli orang kan dah kena...Intan tersenyum.

“emmm siapalah yang nak Intan ni rupa tak ada harta jauh sekali..”

“amboi merendah diri pulak....emmm pilihan Intan mesti lagi banyakkan Cuma tinggal nak pilih je macam pilih sayur ni tadi..” ketawa intan mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Mak Siti. Dirasakan lucu di telinganya.

****

Shah duduk mengadap meja makan yang penuh dengan lauk pauk. Ayu di sebelahnya merenung manja.

“emmm laaa apa lagi makanlah, hah shah baca doa” dengan pantas shah melafzkan doa makan. Nampak tidak ikhlas. Intan tidak senang duduk.

Dia betul-betul duduk dihadapan pasangan itu. Matanya hanya tunduk memandang nasi yang sudah sedia di dalam pinggan. Ini bukan pertama kali dia makan malam bersama Mak Siti malah selalu tapi tanpa anak yang yang poyo ni. Malam ni siap bawa awek lagi terasa mengganggu pula. Intan masih membilang nasi dihadapannya.

“Ehh.. Intan kenapa tak makan?” Intan terkejut apabila namanya tiba-tiba dipanggil. Dia hanya mampu tersenyum apabila Mak Siti memasukkan ayam goreng di dalam pinggannya. Idayu menjeling tajam.

Shah masih menatap wajah wanita dihadapannya, langsung tidak dipedulikan ayu yang sedang bermanja dengannya. Intan nampak cantik dengan walaupun hanya menegenakan t-shirt hitam dan track warna yang sama. Dalam hatinya berdebar kencang apabila matanya bertentang begini.

”sayang...kenapa you ni makan comot..” Idayu mengambil tisu sambil mengelap bibir shah. Shah terkedu cepat-cepat dia menolak tangan Ayu, malu dengan mak dan Intan yang memandang. Idayu hanya ketawa kecil cuba menyembunyikan rasa hatinya.

Intan masih berdiri di depan sinki, cawan terakhir dibasuh lama. Dia cuba mendengar kalau-kalau ada suara yang berborak mesra tapi gagal. Senyap sunyi.

“hahhh kenapa?” hampir jatuh cawan yang dipegang. Tiba-tiba Shah berada dekat di belakangnya.

”apa ni terkejut arrrr...” marah Intan.

”padan muka, siapa suruh mengintai macam tu?”

”ehhh tolong sikit siapa yang mengintai? Tak nampak saya buat apa ni?” Intan berpura-pura membasuh cawan di tangannya. Shah mencebik. Hatinya terusik dengan aksi Intan sebentar tadi.

”nampak..” lama Shah memandang wajah Intan yang sudah kemerahan menahan malu.

”awak nak apa ni?”

”nak kau” bulat mata Intan mendengar jawapan Shah. Mata lelaki itu masih lagi tepat menikam wajahnya.
”gila ke?”

”memang aku rasa aku dah gila...gilakan kau..” jawapan Shah membuatkan Intan mula tak senang berdiri di tempatnya. Intan mengelap tangannya matanya enggan memandang shah yang memang berdiri tidak jauh darinya. Pantas dia meninggalkan dapur. Tapi lengannya ditarik. Langkahnya terhenti.

”Intan aku...aku....” entah kenapa ayat azimat yang ingin dilafazkan itu sukar untuk lahir.

”ehemmm...drama apa ni?” teguran Idayu membuatkan Shah melepaskan tangannya.

”Shah apa you buat dengan perempuan ni and you tak jawab lagi soalan I siapa perempuan ni?” suara Idayu tegang. Shah menahan rasa, lalu dia tersenyum.

”Dia ni bakal Isteri I..bakal ibu anak-anak I dan nenek kepada cucu I nanti...” jawapan Shah membuatkan Intan menjeling lelaki itu.

Shah mengenyit matanya kepada Intan. Itulah kata hatinya sekarang. Idayu muncung laju langkahnya diatur keluar rumah hampir nak dilanggar tubuh Mak Siti.

”kenapa pula budak Ayu tu?” tanya Mak Siti. Intan yang masih memandang Shah terkejut.

”entahlah mak” shah menjawab pertanyaan maknya sambil berlalu pergi. Meninggalkan Intan yang kebodohan.

”Intan kenapa?”

”hahhh...tak ada apa-apalah mak cik ok je”

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Leka berbual dengan Mak siti membuatkan masa yang berlalu terasa sekejap. Intan meminta diri. Memang selalu dia menemani wanita itu berbual sehingga jam sebegini. Dia melangkah perlahan hairan laman Mak Siti gelap selalunya lampu taman itu akan terpasang.

”Intan” Intan mengurut dadanya. Terkejut apabila lelaki itu betul-betul didepannya.

”Sorry...”

”Sorry...Sorry naik Lorilah...” marah Intan cuba meredakan ketakutannya.

”alaaa...macam tu pun nak takut...belum terkam terus tadi” Shah berkata perlahan.

”emmm...apa awak cakap?”

”tak ada apa....nak balik ke?”
”tak la...nak main bola dekat padang depan tu...” Shah tersenyum terkena. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Shah mengikut jejak langkah Intan.

“ehh nak ke mana ni?”

“laaa teman baliklah...ke nak pergi main bola?” shah memulangkan kata-kata Intan.

“tak payah rumah saya sebelah tu hah....nampak je dari sini”

“tapi kan jauh juga nak ke pagar depan tu...lagipun sekarang ni cerita macam-macam..bukan kita boleh hidu malang ni sebab tak ada bau” kecut hati Intan mendengar cerita Shah.

“ok terima kasih temankan saya..lagi satu kalau ya pun awak bergaduh dengan kekasih awk tu janganlah sampai menipu saya ni bakal isteri awak...ok nite..”

“siapa pula yang menipu?..itu kenyataannya yang sayang kena terima sekarang?”

“eiii awak ni kenapa sakit ek? Awak ok tak?”

“entah mungkin saya tak berapa ok sejak dua menjak ni....sebab saya dah hilang sesuatu”

“hilang apa?”

“hati.....ada orang curi” shah bersuara manja. Sengaja dia mengusik Intan. Dalam celahan cahaya lampu dia dapat melihat wajah Intan yang nampak berseri.

“malas saya layan awak ni gila.....” Intan berlalu meninggalkan Shah

“gilakan kau...” bisik shah perlahan. dia tersenyum meleret. Hairan dengan dirinya sendiri tak sangka dia akan seberani itu mengusik Intan. Tapi hakikat sebenarnya memang hatinya sudah dicuri.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets