Saturday, March 14, 2009

GILA KAU 17


“Kau ni kenapa dari tadi aku tengok muka tu masam je?” Farid meletakkan mug milo panas di depan Shah. Sepupunya itu dari tadi asyik melayan perasaan.

“Adik kau mana?” soalan yang dijawab soalan. Farid tersenyum. dia tahu shah cuba mengubah topik mereka.

“Dia Dah lama tidur, penat agaknya..yang kau tu aku tanya bukan dia” Farid masih lagi tak berpuas hati.

Lama shah mendiamkan diri, dia sendiri tak tahu apa yang difikirkan. Soalan Farid itu seperti tiada jawapan. Shah bangun dari baringnya dia duduk menyandarkan kepalanya, satu keluhan lahir dari bibir itu.

“Haiiii... mengeluh nampak?”

“Bukan mengeluhlah aku hembus nafas tapi dengan cara yang kuat”,

“Kalau dekat makhamah ayat kau tu boleh dikira memutar belitkan fakta” Farid mengangkat keningnya. Tak puas hati.

“Seorang peguam juga dilarang menunjukkan riak muka macam kau sekarang di makhamah sebab boleh mengancam diri orang yang disoal, kau boleh disaman”

“Jadi kau rasa diancam sekarang atau kau mengancam diri kau?”, Farid tersenyum, Shah terperangkap.

“Shahrul Iskandar...aku kenal kau dari kecik lagi tau..kalau kau lebih banyak diam dari bercakap masa kau makan tu maknanya kau ada masalah”, Farid mula serius. Shah tersenyum kambing, susah dia nak lari dari pandangan peguam muda itu. Dia kalah bukan pada seorang peguam tapi pada Insan yang selama ini disayang lebih dari darah dagingnya sendiri.

“Entahlah akupun tak tahu masalah aku”, Shah tergelak perlahan. dia meraut wajahnya sekali lagi.

“lelaki macam kau ni kalau ada masalah mesti dua sebab je...duit dengan perempuan, kalau duit aku rasa mustahil harta pak long tu sampai kau 7 keturunan pun belum tentu habis..emmm atau sebab.....”

“hahh..kau mula arr tu nak main terjah je” shah mula tak senang duduk. Soalan Farid semakin mengetuk rahsianya.

“ehhh mana pulak aku terjah aku bercakap berdasarkan bukti dan fakta kajian aku tau”, shah mencebik, fakta dan kajian konon banyaklah fakta dia..
“aku terfikir Hafizlah..payahkan hidup yatim ni. aku rasa kau pun tahukan nasib baik kita ni dulu ada mak tupun hari-hari menangis...tapi Hafiz tu..” Farid terdiam dia. Faham perasaan Shah. Mungkin mereka masih lagi bertuah masa tu.

“setiap yang hidup akan mati..tu lumrah yang patut kita terima shah. Aku masih ingat pesan arwah abah kalau kita hilang orang yang kita sayang kita jangan meratapi kehilangannya tapi kita kena bersyukur sebab Allah lebih sayangkan mereka” Farid bersuara perlahan wajah kasih Arwah abahnya tebayang.

Shah memandang wajah sepupunya lama..Farid yang dia kenal memang seorang yang tabah. Di bahu sepupunya itulah dia selalu mengadu susah senangnya. Lama wajah itu ditenung.

“weiii kau apahal pandang aku macam tu”

“emmm abang Farid ni hensemlah...sekali pandang macam pelakon korea pun ada, hah..buat I tertarik you..” shah bersuara lembut, cuba menahan tawa melihat muka meluat Farid.

“kau jangan nak jadi spesis sotong ek kat rumah aku ni.. aku terajang kang sia-sia..nak?”

“alaaa abang Farid ni...ganaslah..tapi I suka” ketawa Shah pecah disitu. Dia menekan perutnya apabila melihat Farid sudah bangun meninggalkannya.

“kau ni kalau aku layan kang jadi lain..oklah aku nak tidur jangan fikirkan sangat perasaan kau tu, kalau dah suka luahkan jangan simpan dalam hati kang terlepaskan tangan orang lain kau juga yang putih mata” sempat Farid berpesan terdengar sisa tawa di akhir pesanannya itu.

Shah terdiam, lama dia berfikir air milo di hadapannya dihirup laju. Sejuk. Mungkn sduah lama dia atas meja tadi. Dia bangun dari sofa menuju ke biliknya. Kata-kata Farid tadi seakan berbekas di hatinya.

****

Seminggu Intan menjadi penunggu setia Wad 220 c. Seminit pun dia payah untuk meninggalkan Hafiz. Walaupun dia masih mampu melakonkan senyuman dikala anak kecil itu ketawa tapi dalam diam hatinya menangis. Sepanjang seminggu juga Shah, Lokman, Farid, aina dan Maya bergilir-gilir menemani Hafiz

“kak hanis kenapa datang lambat?”

“akak kan sekolah, hafiz janganlah nangis” Intan yang hanya menjadi pendengar melarikan matanya. Tak sanggup mendengar tangisan dua beradik itu. Dia yang meminta Lokman membawa Hanis sekali kerana beberapa kali Hafiz bertanyakan kakaknya itu. Hanis sedang sibuk dengan persediaan UPSR jadi Intan tidak mengalakkan dia ke hospital.

“Hafiz...kak hanis kan sekolah, lagipun akak nak Exam...hafiz sendiri yang cakap kan”, Intan cuba memujuk Hafiz yang tersedu-sedu.

“hafiz takut tak dapat jumpa akak..” Intan terkedu kata-kata itu menyentap jantungnya. Seakan denyutan nadinya terhenti seketika.

“Hafiz jangan tinggalkan kak hanis nanti kak hanis nak main dengan siapa?..” hahhh..hanis masih kecil untuk mengerti tapi kata-katanya membuatkan mereka berpelukan. Intan turt bangun dari kerusinya dan memeluk dua beradik itu.

“hafiz kena cepat sembuh, hafiz kena jaga kak Hanis bila besar nanti” kata-kata itu hanya membuatkan Hafiz menggangguk perlahan.

“Assalamualaikum..”, Lokman akhirnya masuk apabila lama menjadi pendengar. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya juga tersentuh ketika itu. Intan mengelap sisa airmatanya dengan tangan.

“Hafiz tengok apa abang bawa..” Lokman menayangkan kereta permainan kawalan jauh yang agak besar.

“wahhhhhh.....” itu saja yang lahir dari mulut Hafiz dia tersenyum lebar sambil menepuk tangannya. Lokman tahu permainan ini sudah lama diidamkan Hafiz dia juga sudah lama berjanji untuk membelinya.

Kedengaran ketawa kuat Hafiz dan Hanis apabila keretan itu hilang kawalan. Intan dan Lokman duduk di bangku rehat yang tidak jauh dari mereka. Doktor membenarkan Hafiz dibawa keluar ke taman kerana sepanjang di hospital dia tak pernah berganjak dari biliknya.

“terima kasih..” ucapan perlahan Intan membuatkan Lokman berpaling. Berkerut dahinya hairan.

“untuk apa?”

“untuk senyuman yang terlakar di wajah Hafiz...” Lokman kembali faham. Dia tersenyum. rupanya itu yang dimaksudkan Intan.

“ Itu dah tanggungjawab saya, Yayasan tu amanah yang saya pegang jadi anak-anak Yayasan adalah Amanat yang perlu saya jaga sebaik mungkin, tapi Hafiz mungkin satu kesilapan saya sebab saya gagal bertindak awal”

“awak tak salah Man...saya yang selalu bersama diapun tak tahu dia sakit..kalau itu dah suratanNya yang tertulis kita kena terima.

“saya kagum dengan kasih sayang awak pada anak-anak yayasan..budak-budak yang lain pun sibuk tanyakan awak mereka nak ikut saya jumpa Hafiz tapi awak pun tahukan...”
Intan tersenyum dia faham doktor sudah melarang supaya jangan terlalu ramai yang dibawa masuk ke bilik kerana antibodi Hafiz semakin lemah. Dia kan mudah dijangkiti penyakit lain.

“tak apalah awak minta saja mereka mendoakan Hafiz....” itu saja yang mampu dilahirkan. Dia sendiri lemah untuk berdepan dengan Hafiz. Tapi sengaja digagahkan diri yang lemah kerana dia perlu kuat demi Hafiz.

“Macamana keadaan dia doktor?” Dr. Mashitah hanya diam, wajah keruhnya menjawab segalanya.

“emmm...Intan saya dah cuba sedaya upaya..kita berdoa kepadaNya semoga Hafiz masih diberi sedikit masa untuk orang yang dia sayang.

Intan masih lagi memegang tangan Maya seerat mungkin seakan cuba menumpang sedikit kekuatan. Baru pagi tadi Hafiz tersenyum mesra dengannya. Kini dia sedang berdepan dengan kesakitan yang amat sangat. Tangisan yang kuat tadi membuatkan Intan merasa takut. Sekuat mungkin dia menjerit memanggil Doktor. Kebetulan Maya baru saja sampai.

“Maya aku dah tak kuatlah..”, Intan bersuara perlahan. hanya mereka bertiga di bilik itu. Dr. Mashitah hanya mendiamkan diri. Maya menepuk perlahan tangan sahabatnya. Tangan itu masih kuat mengenggam tangannya.

“Intan segala yang terjadi telah Tertulis...kita kena terima, aku kenal kau dah lama.. aku tahu kau kuat..Ingat kita ada Allah, dia segala-galanya”, kata-kata Maya membuatkan Intan memeluknya perlahan. Intan melepaskan segala rasa yang dipendam selama ini. Tangisannya berlagu sedih membuatkan airmata Maya mengalir bersama.

Mereka berjalan perlahan menuju ke bilik Hafiz. Maya masih memegang tangan sahabatnya. Dia tahu apa bermain di fikiran Intan sekaran. Langkah mereka terhenti apabila melihat Hanis yang duduk seorang diri di bangku koridor Hospital. Intan dan Maya saling berpandangan. Intan meminta Maya masuk dahulu ke bilik Hafiz dia perlu bersama Hanis ketika ini. Maya menepuk perlahan bahu Intan seakan memberi kekuatan, Intan menggangguk cuba melakarkan senyuman. Perlahan Intan ke arah Hanis.

“hanis kenapa duduk dekat sini? Tak temankan adik?”

“akak tipu....” Hanis berkata kuat.

“kenapa cakap macam tu sayang?” Intan terasa dipukul dengan kata-kata itu.

“akak tipu akak kata Hafiz akan sihat macam dulu akak tipu...akak tipu!! Hanis benci akak”.Hanis berjalan laju meninggalkan Intan..puas Intan memanggilnya.

“Hanis!!...” panggil Intan. Semakin dipanggil semakin laju Hanis meninggalkannya.

Hanis lari apabila Intan semakin hampir, dia hampir terlanggar seseorang. Intan terjatuh. Dia gagal mengawal langkahnya. Aduhh!!..

“Ya Allah Intan...” Suara itu dari belakangnya. Intan berpaling.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets