Thursday, December 10, 2009

kerana kau 16

Kerana kau 16

Dia sedar ada mata yang memerhatinya dari tadi. Dengan hujung mata dia dapat melihat wajah sayu Datuk Mansur. Sengaja dia mendiamkan diri. Misinya di Neraca Holding mesti dilaksanakan. Dia tak mahu ada yang menganggu rancangannya. Dia mesti tekad dengan apa yang dihajati sejak dulu.

“Ayuni masih marahkan papa?” kereta mewah yang laju menyusuri jalan dirasakan perlahan. Dai tadi dia menghitung waktu. Tapi lagi dikira detiknya lagi lambat dia berlalu.

“marah bukan ayat yang sesuai untuk Datuk” ringkas jawapannya membuatkan datuk mansur tertunduk.

“sampai bila baru ayuni boleh terima papa?”

“saya tak ada jawapan untuk soalan Datuk tu, maaf” katanya jelas memang dia tak punya jawapan dari soalan itu.

“Tapi papa bukan nak jawapan tapi kemaafan dari seorang nak” kereta yang dinaiki berhenti di depan Neraca Holding. Pak saleh memandang wajah sayu Datuk Mansur. Ayuni membuka pintu kereta perlahan. Tak ingin berlama di situ, ada rasa menyesal di hati sebab setuju dengan pelawaan Datuk Mansur.

“Ayuni” panggil Datuk Mansur sekali lagi. Semakin ingin dibuang rasa bersalah semakin bertambah rasa itu.

“maaf saya bukan untuk seorang insan yang bergelar suami yang meninggalkan isteri demi kekayaan dan mengabaikan seorang anak atas nama kekayaan”

Dia menolak kuat pintu kereta, Datuk Mansur ditinggalkan termanggu sendiri dalam kereta. Tidak bergerak. Hampir menitis airmata yang ditahan. Dadanya terasa senak.

“sabarlah Datuk, mungkin dia perlukan masa” ujar pemandu yang berkhidmat lebih 10 tahun dengannya itu, banyak rahsia Datuk Mansur di kongsikan bersama pemandu setianya itu. Terlakar senyuman paksa di wajah tua itu. Cuba menenangkan rasa bermain di hati.

***

“kenalkan ini anak saya Nur Ayuni Balqis, saya harap semua akan memberi kerjasama kepada Ayuni” Ayuni menahan rasa. tersentuh hatinya apabila dia diperkenalkan sebagai anak Datuk Mansur tapi kenapa baru sekarang? Dimana papanya saat dia dihina di sekolah dikatakan anak pungut? Mana papanya bila ibu dikutuk melahirkan anak luar nikah?.

Dia meninggalkan himpunan manusia itu. Malas nak berlama di situ lagipun bukan mereka di situ tak mengenalinya. Dia pernah berada di antara mereka dulu, Cuma bezanya dia kini anak bos.

“kenapa papa tak bincang dengan Riz dulu?” Fariz tak puas hati. Dia tahu papanya menahan rasa apabila Ayuni meninggalkan mereka macam tu saja tadi. Biadap!!

Datuk Mansur tersenyum, dia tahu anak itu marah kerana rasa sayang yang melimpah kepadanya. Fariz memang anak yang baik malah kepercayaannya tak pernah berbelah bahagi kepada Fariz walaupun sedikit.

“tak apalah Riz, papa ok. Dia ada hak nak buat macam tu Riz”

“tapi kenapa Riz tengok papa macam tunduk dengan perangai degil dia tu, sombong tak bertempat. Riz tak boleh terima cara dia layan mama dengan papa macam tu”

Satu keluhan berat dilepaskan. “Tak apalah Riz nanti suatu hari papa ceritakan perkara sebenar, mungkin masa tu Riz akan faham kenapa Ayuni bersikap macam tu” datuk Mansur menepuk perlahan bahu anak mudanya. Dia bangun meninggalkan bilik Fariz.

***

Kembali ke Neraca Holding banyak menimbulkan tanda tanya pada kakitangan syarikat. Malah ada yang berbisik antara satu sama lain tentang berita 300 ribu yang dikatakan atas tanggungjawab dia. Ayuni pasti bukan itu sebenarnya tujuan dia kembali tapi ada hasrat yang lebih besar.

“ni semua hasil projek terbaru, Encik Fariz suruh Cik Ayuni semak dah buat kontrak baru. Dia nak petang ni juga” tiga buah fail tebal dipandang. Matanya beralih kepada Aini kerana akaun bahagian pengurusan. Jelas wanita itu takut-takut.

Dia menarik fail rapat ke sisi, satu persatu diteliti. Aini masih tegak berdiri di depannya. Satu keluhan kedengaran. Mereka berpandangan.

“aini ini bukan kerja sayakan? Kenapa mesti saya yang kena kemaskini projek akaun?” dia melepaskan apa yang terbuku di hati. Aini menelan air liur. Seram sejuk badannya memang sudah diutara soalan yang sama kepada Fariz tapi dia balik yang kena marah.

“saya dah cakap dekat Encik Fariz, tapi dia kata Cik Ayuni boleh buat semua ni” terang Aini keadaan sebenar.

“baiklah awak boleh keluar”

Nampaknya memang sengaja dia ni nak kenakan aku, tak apa Ayuni sabar selagi boleh sabar jangan bagi dia pijak kepala kau. Setakat kerja senang macam ni tak akan kau tak boleh buat. Bisiknya sengaja ingin menenangkan hati yang dah membara.

“apa masalah awak ni?” fail ditangan dilepaskan ke atas meja. Membuatkan Fariz terperanjat.

“ehh apa ni?” bulat mata lelaki itu tak puas hati.

“ini bukan tugas saya”

“Cik Nur Ayuni Balqis awak akan bakal memimpin Neraca Holding jadi awak seharusnya tahu sekecil-kecil dan sebesar-besar tugas di sini, bukan hanya skop tugas awak yang tak seberapa tu”

Ayuni diam, mengigit bibir tanda geram. Matanya menikam tajam wajah Fariz yang masih berlagak tenang.

“nampaknya Encik Fariz dah tak sabar nak tinggalkan Neraca Holding, jadi tak perlulah saya berahsia lagi. Kalau encik Fariz dah tahu kedudukan sebenar” diluahkan apa yang terbuku di hati.

“apa maksud awak Ayuni?”

“Encik Fariz jangan lupa saya ni adik Encik Fariz dalam kata yang mudah difahami saya anak Datuk Mansur yang sebenar, bukan yang dipungut dari mana-mana longkang atau tepi jalan” Fariz tunduk. Hakikat itu ditelan perlahan.

“Ayuni!!” satu suara menerjah dari belakang. Dia berpaling. Datuk Mansur sudah menapak masuk. “Fariz juga anak papa” keras kata-kata itu. Dia memandang mata tajam anak perempuannya yang menikam tajam.

Ayuni tersenyum.tangannya menyusun semula fail yang bertabur di meja.

“Papa tak suka ayuni kata macam tu dekat abang Fariz” Ayuni mencebik, abang Fariz?!!

“maaf Datuk saya tak pernah ada abang dan tak mungkin anak pungut ni akan jadi abang saya” tajam kata-kata itu sekali lagi Fariz mengigit bibirnya lancang sungguh mulut ayuni kali ini. wajah kemerahan papanya dipandang dia tahu papa marah.

“ sudahlah papa” Fariz cuba memujuk papanya. Tak mahu ada perkara lain yang akan timbul papanya bukan sihat sangat.

“Fariz anak papa, dia bukan anak pungut..papa tak suka kalau ada orang kata dia anak pungut walaupun kata-kata itu lahir dari anak papa sendiri”

Sekali lagi Ayuni ketawa, kali ini lebih kuat dari tadi. Matanya diarahkan kepada Fariz yang setia menikam wajahnya begitu juga Datuk Mansur.

“sakitkan Datuk Mansur?” berkerut dahi Datuk Mansur mendengar pertanyaan ayuni. Mata anaknya itu tidak setajam tadi. Tapi ketawa itu jelas hanya dibuat-buat. Kenapa anaknya ini.

“Ayuni...” panggil Datuk Mansur perlahan.

“sakitkan Datuk. kalau anak yang disayang dikatakan anak pungut, itulah yang mak saya rasa bukan saja anak pungut, anak jalang, anak luar nikah...bukan sikit tapi banyak. Terlalu banyak rasa sakit sampai sayapun dan lupa apa rasanya sakit” dia mencapai Fail di meja dan terus meninggalkan bilik Fariz. Tak mungkin dia tunggu lagi di situ.

“Ayuni...maafkan papa”

“papa..please ceritakan apa yang berlaku, Riz tak faham apa maksud ayuni tu?”

“dia tak bersalah Riz, papa yang bersalah. Semua ini salah papa” kekesalannya mengunung tinggi.

Segalanya diceritakan dari awal pertemuannya, kisah cintanya dan kisah perpisahan yang sengaja disebabkan rasa ego dan keinginan masa muda yang memusnahkan. Fariz mendengar tanpa berkelip. Dia ingin jawapan dari kekasaran wanita bernama Nur ayuni Balqis.

“jadi dia berdendam pada mama?”

“bukan mama saja tapi pada papa” tenang Datuk Mansur menutur kata.

“papa rasa tak bahaya dia tinggal serumah dengan mama?” duga Fariz lagi. Lepas apa yang diceritakan oleh papa dia yakin Ayuni ada agenda lain.

“dia bukan seorang yang bahaya Fariz, dia cuma mahukan keluarga yang selama ini tak dirasai”

“papa yakin dia tak akan apa-apakan mama?” segala apa yang berlaku sejak kedatangan Ayuni terimbas di kotak fikirannya.

Datuk Mansur diam. Yakinkah dia? Dia sendiri masih gagal mengenal hati anaknya itu. Dia sendiri masih belum mengenalpasti apa yang bermain di fikiran anak yang dah lama ditinggalkan itu.

“Fariz tak mahu dia apa-apakan mama dan papa” ada ketegasan walaupun kata-kata itu ditutur perlahan.

***

Fariz memperlahankan sedikit langkahnya menunggu langkah Ayuni yang agak perlahan. Dari dalam kereta tadi wanita itu hanya menjawab sepatah sahaja soalannya samaada ya atau tidak.

“cepatlah sikit kita dah lambat ni” Fariz berhenti. Memberi laluan kepada Ayuni. Entah apa mimpi papanya meminta ayuni yang mewakilkan pihak pemasaran sedangkan sepatutnya dia pergi bersama Adam.

“jangan salahkan saya, lagipun ini keputusan lembaga pengarah… bukan saya sengaja kenakan awak..and please maniskan sikit muka awak yang masam tu” permintaan Fariz membuatkan Ayuni menarik muka. Teringat janjinya dengan papa untuk menjaga adiknya yang sorang ni.

Persidangan selama 3 jam itu berjalan dengan lancar. Semua yang hadir berpuas hati termasuklah Ayuni dan Fariz. Senyuman diukirkan pada wakil syarikat lain. Dalam suasana yang sibuk dengan orang ramai Fariz dapat menangkap raut wajah yang putih berseri tersenyum manis. Lama dia terpaku. Patutlah dia jarang senyum rupanya kalau dia senyum boleh cair hati orang yang memandang. Bisik hatinya.

“Fariz..” panggilan namanya membuatkan dia berpaling ke belakang.

“Zack kau pun ada juga rupanya” Zakaria anak kepada Hartawan yang mempunyai berbelas buah syarikat. Mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama ketika di tingkatan 5 dan mereka pernah merebutkan seorang wanita tapi apa yang pasti pertandingan itu tak membawa apa-apa makna padanya.

”hebat kau sekarang” puji Zakaria

”kaupun apa kurangnya..” Fariz mencari kelibat ayuni tapi tak jumpa. Mana pulak dia ni tadi ada dekat sini. Matanya meliar lagi.

”tapi aku tak sepopular kau..hari-hari muka kau dekat majalah” tambah Zakaria lagi. ketawa mereka bersatu.

”mana awek yang dengan kau tadi?”

”awek?”

”yang cun tadi..” fahamlah Fariz yang dimaksudkan Zack adalah Ayuni.

”siapa?awek baru?” sekali lagi temannya itu bertanya.

”hishhh taklah wakil Neraca Holding bahagian pemasaran”

Dalam masa yang sama Ayuni datang merapati mereka. Dia menghadiahkan senyuman ke arah Zakaria. Dia gelisah jam sudah menunjukkan pukul 6.30 tapi masih belum ada tanda yang Fariz akan meninggalkan Hotel Muriana. Sekali lagi dia melihat jam di tangannya.

”kenapa?”

”baliklah dah tak ada apakan” pinta Ayuni. Matanya sempat memandang wajah teman bosnya.

”haii..saya Zack” belum sempat diperkenalkan zakaria terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan.

”Nur Ayuni Balqis” jawabnya pendek.

Mata Zakaria tidak lepas dari meneroka setiap inci wajah Ayuni. Dia mengundur sedikit ke belakang terasa tidak selesa dipandang begitu. Fariz yang menyedari adegan itu memukul perlahan bahu kawan lamanya itu.

”oklah Zack aku balik dulu..lagipun dah lewat ni”

”nak balik dah? tak akanlah cepat sangat, kalau kau tak keberatan biarlah Cik ayuni aku hantarkan” berkerut dahi Ayuni mendengar permintaan lelaki itu. Matanya terus di alihkan kepada Fariz. Cuba memberi isyarat mata.

”aku tak kisah kalau dia nak”, Ayuni hampir meloncat. Cishhh tak guna punya Fariz...kau nak cabar aku ek.. kau ingat aku tak berani?

”macamana Cik ayuni?” Fariz tersenyum dia suka melihat wajah gusar wanita itu.

”emm kalau macam tu saya ok je” Fariz tersedak. Terkeluar sedikit air yang diminum. Gila apa perempuan ni baru je kenal dah nak ikut sesuka hati. Kalau dia balik nanti papa tanya dia nak jawab apa?.

”emmm tapi cik Ayuni kena tunggu sekejap sebab saya ada urusan sekejap dekat dalam. boleh?..kalau tak keberatan?”, Ayuni tersenyum lalu mengangguk perlahan. Zack bergegas masuk ke dalam bilik persidangan tadi.

”awak biar betul nak ikut dia balik?”

”apa pulak tak betul..lagipun Encik Fariz kan tak kisah...lagipun saya ni jenis yang tak suka nak menyusahkan orang”

”awak tak takut dengan dia nanti apa pulak kata papa ?”

”tak ada bezanya dia dengan Encik Fariz...”

”awak sindir saya Ayuni, emmm ok terserahlah lagipun awak bukannya kecik lagi nak didukung ke sana ke marikan...” Fariz meletakkan gelas yang dipegang lalu meninggalkan ruang lobi hotel. Dia menuju ke keretanya.

Ayuni mengigit bibirnya. Geram. Fariz meninggalkannya begitu saja.. tak patut betul, dia resah di tempat duduknya.

”jom Cik Ayuni...ehh Fariz mana?” Zack muncul dengan senyuman manis. nampak ikhlas. Hahh tak ada apa yang nak ditakutkan. Cuba bertenang.

“dia dah balik” lelaki itu mengangguk tanda faham.

Mereka berjalan menuju ke kereta mewah milik Zakaria. Lelaki itu membukakan pintu kereta untuknya. Ayuni hanya tersenyum walaupun dalam hatinya ada rasa tak selesa. Mahu saja dia lari atau naik bas.

“kenapa Cik Ayuni Takut ke?”

”hah!! Tak adalah” alamak nampak sangat ke? Ayuni menyentuh pipinya perlahan.

”jangan takut saya makan nasi tak makan orang, walaupun kadang-kadang nasi pun saya jarang makan” Zakaria tertawa sendiri. Dia cuba menghidupkan keretanya, gagal sekali lagi dia mencuba tetap gagal. Kali ketiga masih sama.

”aikkk kenapa pulak kereta ni.. mesti ada something ni?” rungut zack sendiri. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah berbakul-bakul.

”kenapa ni Encik Zakaria?”

”tayar pancitlah Ayuni automatik kereta tak boleh hidup” zakaria keluar dari kereta melihat bahagia tayar depan keretanya. Ayuni mengeluh perlahan. kereta mahal pun masalah juga. Kalau naik bas ni dah lama sampai. Hari nak magrib dah ni hishh menyusahkan betullah.

Ayuni keluar cuba melihat apa yang berlaku. Kalau pasal kereta ni manalah dia tahu apa-apa. Dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa apabila zakaria meminta maaf . Bunyi hon kereta mengejutkan mereka. Mereka sama-sama berpaling.

”kenapa?” tanya Fariz.

”pancitlah....kau tak balik lagi?”

”aku selesaikan urusan dengan Mr Wong..habis tu macamana ni?” tanya Fariz lagi. Matanya sempat menjeling ke arah Ayuni, tapi wanita itu langsung tidak mempedulikannya.

”emm aku dah call kawan aku mungkin sikit lagi dia sampai”

”kalau macam tu Ayuni marilah balik.” ajak Fariz.

”emmm..tak apalah saya tunggu Zack siapkan kereta” ucapnya separuh kuat, sengaja dia berkeras.

”laa..tak akan awak nak magrib dekat sini nanti papa tanya abang nak jawab apa?” fariz mengundang persoalan lagi. Terkedu Ayuni mendengar ayat yang meniti di bibir lelaki itu. Bila pulak dia ni berabang dengan aku?.
“papa? Abang?” tanya Zack pelik.

“Ayuni ni adik akulah” Fariz berkata bangga. Sengaja dikuatkan kata-kata itu.

“adik?..sejak bila Datuk Mansur ada anak perempuan lain selain Leyya?” soal Zack lagi.

“panjang ceritanya. Kalau nak cerita sampai esokpun tak habis” giliran Fariz memutus kata. Malas lagi memdengar soalan dari Zack.

”emmm..tak apalah Ayuni awak balik dengan Fariz dulu, lagipun kalau nak tunggu saya nanti lambat pulak awak balik” kini giliran Zakaria pula bersuara. Dia cukup terharu dengan kesudian wanita itu menunggunya tapi dia perlu bertimbang rasa. lagipun dia anak Datuk Mansur, bukan perempuan biasa yang boleh dibawa ke sana ke sini sesuka hati.

***

Suasana sepi yang kedengaran hanya alunan bacaan Al-Quran dari radio yang agak perlahan. Mungkin menghormati waktu magrib atau sengaja nak buat baik. Dari tadi dia hanya membatukan diri, terasa jauh untuk sampai ke rumahnya. Ayuni hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap, tiada apa yang nak dibualkan.

”baik awak dengan Zack tu..macam dah lama kenal” Fariz memecah sunyi.

”masa bukan penentu perkenalan”

”ya tapi masa juga akan tentukan samaada seseorang itu sesuai dibuat kawan atau tak?”

”saya rasa masa itu dah cukup” bidas Ayuni tak mahu kalah.

”dah cukup untuk awak kenal lelaki yang mempunyai dua isteri dan empat orang anak macam Zack?” Ayuni menelan air liur. Hah? Dua isteri..dia cuba berlagak tenang.

”bukan masalahnya kalau sekadar nak berkawan”

”saya tak cakap pun masalah..tapi tak tahulah pula kalau memang awak mengejar lelaki macam tu..Yalah kaya, banyak duit..kalau setakat membeli belah di Paris atau London tak jadi masalah bagi dia” kata Fariz kasar. Ayuni geram.

“apa kaitannya dengan kau kalau aku nak jual diri ke nak buat apa ke?” suaranya mula meninggi.

“sebab aku abang kau” mereka kembali ber’aku dan kau. Intonasi suara juga sudah berubah.

“aku tak ada abang, kau jangan nak perasan kau tu Cuma anak angkat...berhentiiiiii!!!!!!” jeritnya kuat membuatkan Fariz menekan Brek mengejut.

”Ayuni?” ayuni tidak mempedulikan panggilan Fariz..dia membuka pintu kereta BMW series itu lalu keluar. Kalau lagi lama dia bersama lelaki itu boleh meletop kereta mewahnya dikerjakan. Suhu kemarahanya sudah sampai ke tahap tinggi.

”Ayuni..kau nak kemana?” tanya Fariz sambil mengikut langkah wanita itu dengan kereta. Kereta bergerak perlahan.

”Nur Ayuni Balqis!!” Ayuni tidak mempedulikan panggilannya langkahnya sudah bertukar menjadi larian. Fariz mengejar dari belakang. Sempat dia menarik lengan dan membuat wanita itu berpaling.

”kau ni kenapa?” suara Fariz mulai tinggi. Panas hatinya kerana terpaksa mengejar wanita itu.

“aku benci kau dengan keluarga kau”

“keluarga aku adalah keluarga kau, jangan lupa semua tu” Fariz menginagtkan Ayuni sekali lagi.

“kau dengan keluarga kau boleh pergi mati” Ayuni menarik kasar lengannya yang masih dipegang Fariz. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ dan terus meninggalkan Fariz termanggu di tepi jalan. Hatinya sakit tak pernah dia semarah ini.

’selama ni keluarga kau rampas kebahagiaan aku...aku tak akan biarkan kau memijak maruah aku sesuka hati... tidak kau akan menyesal’ bisik hatinya . tiba-tiba ada mutiara jernih mengalir jatuh ke pipi. Dunianya terasa sunyi tiba-tiba.

“cik nak kemana?”

“Taman damai pak cik” wajah Noraina terbayang. Satu-satunya insan yang memahami penderitaannya. Rasa rindu tiba-tiba membuak-buak.

‘ibu...tolong Ayuni ibu....Ayuni sedih’....

****

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” Adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?...kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke ko ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku lewat petang tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau pancitkan tayar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan mamat gatal tu bawa pekerja aku suka hati dia”

“habis tu Ayuni tahu ke kau punya kerja tu?” Fariz menggeleng perlahan.

“entah-entah kau ada hati dengan...”

“hishhh kau ni...aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul”

“emmm...bukan andaian Cuma bertanya...apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan aku sebab selamatkan dia”

“pulak macam tu bila pulak kau selamatkan dia?”

“yalah daripada jadi mangsa si zack tu...kau bukan tak kenal dia”

“masalahnya Riz kau kena ingat yang bukan salah dia tahu tak...dan tak ada sebab kau nak buat macam tu, kalau aku dekat tempat ayuni dah lama mulut kau tu aku tampar tau”

“nasib baik bukan kau dekat tempat dia..” Fariz tersenyum.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets