Sunday, September 25, 2011

kerana kau 24

KERANA KAU 24

Ayuni memandang jauh ke tengah laut. Dah hampir 3 minggu dia menghabiskan masa di sini. Selama itu juga sebarang berita tentang keluarga Dato Mansur tak pernah menarik perhatiaannya. Mungkin ada lagi rasa terkilannya atau dia sendiri sudah cukup muak untuk berdepan dengan semua yang akan berlaku.

“emmm dah Nampak paus ke? Takpun ikan duyung dekat tengah laut tu?”suara garau itu singgah masuk ke telinganya.

Iqbal tersenyum walaupun hakikatnya dia tahu yang gurauannya itu tak akan meninggalkan apa-apa kesan pada wanita di sebelahnya itu.

“lama dah duduk sini?” soalan dari mulut Iqbal masih belum berhenti.

Ayuni menoleh sekejap. Matanya dilontar kembali ke tengah laut. Langsung tak berniat untuk menjawab soalan Iqbal.

“haiiii pasir kalaulah kau boleh bercakap kan best..”

“awak nak apa sebenarnya..”

“nak awak…” sambut Iqbal pantas dengan ketawa kecil, sengaja mengusik Ayuni. Namun wajah itu masih beku.

“kenapa saya tengok awak ni asyik monyok je…tu dahi cantik tu asyik berkerut jer”

“saya rasa tak menganggu awakpun kan..”

“siapa kata tak menganggu?.. saya tengok awak ni rasa tak senang hati. Teringin juga nak dengar awak ketawa sekuat hati.. senyum..”

“saya tak suruhpun awak tengok..” sinis kata-kata ayuni. Jelas dia tak suka dengan ayat yang keluar dari mulut Iqbal. Dia tak suka dengan sikap selamba lelaki itu yang menganggu.

Iqbal diam lagi. member ruang kepada Ayuni kalau-kalau ada lagi yang ingin diluahkan tapi gagal. Persis ada seketul emas 916 dalam mulutnya.

“ikhlas saya nak cakap walaupun dalam hati awak tak suka atau menyampah tapi kali ni saya tetap kena cakap.”

“apa?” suaranya perlahan. Cukup perlahan tapi tegas.

Iqbal tersenyum. Haiii tak sabar Nampak.

“awak memang tak suruh saya tengok tapi bila melintas ajer depan awak secara outomatiknya maya saya ni akan fokus kepada awak..”

Ayuni hanya diam. Malas mengulas lanjut. Kepalanya sudah tak ada ruang untk memikirkan masalah Iqbal.

“kenapa awak macam sedih jer… apa yang selalu awak fikirkan..” Tanya Iqbal lagi, sengaja dia pejam mata

“tak perlu rasanya untuk awak tahu..” ulas Ayuni perlahan. Kenapa mesti lelaki itu sibuk. Dia tak suka dengan cara Iqbal. Lelaki itu terlalu suka masuk campur urusannya.

Iqbal melepaskan keluahan berat. Tanda tanya di hatinya masih gagal terjawab.

“kadang kala kita asyik memikirkan kesedihan diri sendiri sehingga lupa ada lagi hati yang lebih sedih. Kalau seberat manapun masalah awak jangan letakkan diri dalam dunia sendiri yang awak sendiri tak tahu dimana awak berada…” bisik Iqbal sendiri. Tapi cukup jelas di telinga Ayuni.

Ayuni tersenyum sinis. Manusia memang bijak mengunakan lidah tapi bila apa yang diucapkan oleh lidah tak akan diproses oleh otak apabila berdepan dengan masalah yang sama. Memang senang untuk berkata-kata tapi insan yang mengalas di bahu sendiri saja yang akan dapat merasainya.

“kenapa awak selalu habiskan masa untuk bersedih macam ni? Apa yang awak dapat,” soal Iqbal berani. Mulut itu masih diam membisu.

“ saya tak suka orang ambik tahu pasal saya.. tak perlu awak sibuk untuk tahu dan awak takada hak untuk tanya kenapa..?”

Iqbal gigit bibir. Geram juga hatinya bila disindir macam tu. Memang hati perempuan ni hati batu.

“jadi..”

“jadi saya akan lebih berterima kasih dengan awak kalau pergi dari sini, saya tak suka orang ganggu saya..” balas Ayuni, mematahkan ayat yang akan terbit dari mulut iqbal.

Iqbal mengangguk faham. Dia tahu maksud kata-kata Ayuni.memang perempuan degil.

***

Tuala dicampakkan ke atas katil, dibiarkan angin menampar lembut badan tegapnya. Rambut yang masih basah dibiarkan saja. Malam ini dia hanya berseluar pendek. Rasa penat dalam perjalanan hilang begitu saja bila melihat keindahan malam di tepi pantai. Dalam hati dia sempat memuji keunikan resort. Bijak dengan hasilan gabungan santai yang lebih kearah kehidupan suasana kampung. Cukup damai.

Alunan lagu Sedetik lebih kedengaran memecah sunyi. Pantas Fariz mancapai telifon bimbit di hujung meja. Tersenyum melihat gerangan pemanggil.

“Muahhh!! Haiii sweet heart, cepatnya sayang call, tak akan dah rindu kot..” kedengaran ketawa kecil di hujung talian.

“amboii tak akan dah duduk jauh tak boleh nak call.. tak akan dah lupa orang dekat sini..”

“mana mungkin lupa pada orang dekat sana.. tapi nak buat macamana bila ajak ikut semua angkat tangan kata tak nak..”

“haiii bunyi merajuk lagi je,..”

“bukan merajuk tapi terasa hati jer..” Fariz tersenyum.

“bukan sama ke bunyinya..alaaa anak mama ni janganlah merajuk semua ni untuk Riz. Papa pun setuju dengan cadangan ni”

“tak adalahhh saja usik mama. Riz suka duduk sini, cantik pandai aleyya dan adam pilih tempat” suara itu segar kembali. Tak mungkin dia akan marah pada idea adiknya itu. Memang dah lama dia terfikir untuk berada di tempat macam ni.

“mama Harap Riz akan happy dekat sana..mama suka dengar Riz ketawa macam tu..”

“kebahagiaan Riz adalah bila tengok mama ketawa dan gembira. Tiada yang lebih mengembirakan Riz melainkan melihat mama bahagia..”

“haiii dah jangan nak buat mama sedih, selamat bercuti dan jangan lupa buah tangan untuk mama..”

“pastinya sentiasa ingatkan mama..mama dengan papa jangan lupa jaga kesihatan. Walaupun Riz ni jauh tapi ada spy dekat sana yang akan jaga mama dan papa..” terbayang wajah sepi Dato Mansur.

“tahu dah siapa spy kamu tu…”

Fariz tersenyum. Kedengaran jeritan Aleeyya di celah-celah ketawa kecil mamanya. Meminta hadiah. Memang tak malu dah besar nak jadi isteri orang nak minta hadiah sendiri.

“papa macamana mama?”

“macam tulah nampak macam biasa tap sebenarnya hati dia…papa kata dia dah upah penyiasat cari ayuni sekali lagi. harap-harap kali ni berhasil”

“emm mama jangan Risau, Riz pun akan cuba jejak di mana Ayuni..”

Panggilan telifon dari Datin Normah membuatkan fikirannya kembali kepada wanita yang betul-betul membuat hatinya cukup tertekan. Kehilangan Ayuni seakan membawa sekali kebahagian yang bertapak lama dalam keluarganya.

“apa yang awak boleh buat?” soal Fariz geram..

“awak tak akan pernah membanyangkan apa yang boleh saya lakukan..”

“apa niat awak sebenarnya dalam keluarga aku?”

“kadang-kadang kita tak perlu nak buat apa-apa.. kalau pernah buat salah dia sendiri akan diburu perasaan bersalah.. dan itu juga yang saya suka..”

“kenapa hati awak ni penuh dengan dendam?”

“sebab hati ini tak pernah dilatih untuk menerima kasih sayang..dan sehingga sekarang hati ini tak ada ruang untuk bahagia yang awak cakapkan tu” jawab Ayuni tenang.

“awak yang tutup hati awak..ayuni. awak menidakakn kasih yang ada dalam hati awak tu..”

“saya bukan menidakkan malah saya akan menolak keras kalau untuk perempuan tu..”

“mama tak pernah bersalah.. dia bukan macam yang awak fikirkan..”

Ayuni tersenyum sinis, membakar hati Fariz.

“dia memnag bukan macam perempuan yang saya fikirkan malah lebih teruk dari itu..kalau awak tak tahu apa yang terjadi lebih baik awak diam. Kalau perempuan tu baik sangat macam yang awak katakan mampu ke dia tersenyum atas kesakitan orang lain..”

Fariz sekali lagi melepaskan keluhan.

“dimana awak sekarang Ayuni. Kenapa mesti awak lakukan semua ni?” bisiknya perlahan . bertemankan angin malam.

****

“selamat pagi Abang.. macamana tidur malam dekat sini ok?” soalan Ajis dibalas dengan senyuman.

Teringat bagaimana cemasnya adam semalam bila kehilangan surat tawaran Syarikat Jaya, semalaman dia mencarinya di pejabat. Baru tahu padang muka siapa suruh pandai-pandai suruh bos cuti. Lepas tu peninglah sendiri.

“haiiii Bang Fariz…ingat saya lagi tak? Airen…” ucap airen. Ajis di bulat memandang ke arahnya tidak dihiraukan.

Fariz mengangguk perlahan.mustahil dia akan melupakakan wajah itu. Airen penyambut tetamu yang sangat ramah. Semalamkedatangannya disambut dengan senyuman dan celoteh panjang wanita itu.

“apa kau buat dekat sini pulak?” tanya Ajis pelik. Melihat pakaian tak cukup kain wanita itu dah menandakan yang hari ini Airen tak bertugas.

“apa masalahnya kalau aku dekat sini?..” pertanyaan itu sedikit kasar. Memang Airen tak pernah sukakan lelaki miskin macam ajis. Matanya akan terbuka bila berdepan dengan lelaki semacho Fariz.

“Masalahnya kaunter dekat depan tu siapa pulak yang jaga?”

“hari ni aku cutilah… Anis ada ganti tempat aku..”

Fariz hanya diam, hanya menjadi pemerhati antara Airen dan Ajis. Sempat dia menganalisis pakaian Airen didepannya. Memang seratus peratus bertukar, semalam wanita itu Nampak manis dengan baju kurung yang menjadi uniform Resort. Tapi pagi ini wanita itu tak ubah seperti artis jelas dengan rambut perangnya.

“pagi ni Abang nak kemana?” tanya Ajis, malas dia nak melayan Airen. Sepatah cakap sepuluh patah dia balas. Silap-silap makan ceramah free.

“emm tak kemana Cuma nak jalan-jalan tepi pantai sekejap. Lagipun nak sarapan awal lagi..”

Ajis mengangguk faham. “abang nak saya temankan?” gilaran Airen pula membalas sekali dengan gaya gediknya.

“sejak bila pulak kau nak ambik alih kerja aku ni?” tanya Ajis sedikit keras. Bengang juga bila dengar mulut itu berbisik manja dengan Fariz.

“sejak dua menjak ni..” balas Airen selamba.

Faris ketawa kecil. Kelakar pulak tengok muka monyok Ajis, mungkin pemuda itu menaruh perasaan pada airen. Tapi jelas malu- malu tapi mahu.

“emmm tak payahlah.. Ajis dengan Airen buat saja keje lain, lagipun abang bukan tak boleh jalan sendiri”

“Abang tak takut jalan sorang-sorang? Lagipun Airen cutihari ni memang banyakmasa nak temankan abang. Lagipun abang kan tak tahu lagi keadaan pulau ni..” sempat Airen melahirkan idea bernas.

“alaa abang fariz ni kan lelaki nak takut apa?”

Airen menjulir lidah kearah ajis. Memang kalau dan dengki tu dengki juga.

“dah..dah jangan nak bergaduh pulak. Kalau Airen nak temankan abang boleh tapi kena minta maaf dengan Ajis dulu.”

Bulat mata Airen mendengar permintaan Fariz.

“kenapa pulak kena minta maaf buka hari raya pun..”

Ajis tersenyum puas. Terasa nak dipeluk saja tubuh Fariz tanda terima kasih yang tak terhingga. Hari ini dalam sejarah kalau Airen meminta Maaf. Fuhhh hebang betul aura abang Fariz ni.

“maaf..” suara itu kedengaran cukup perlahan.

“apa? Tak dengar” usik Ajis sengaja..

“aku minta maaf..yang pekak sangat tu kenapa?” suaranya kembali tinggi. Geram juga kerana terpaksa buat kerja tak cerdik ni.

“ok abang jom..” laju Airen menarik lengan baju Fariz. lelaki itu jelas terkejut tapi langkah tetap diatur perlahan mengikut Airen.

akhirnya Airen berjaya memujuk hati Fariz. terbayang wajah kelat Ajis bila mereka berjalan seiringan meninggalkan Ajis. padan muka. Airen tersenyum lagi.

“Abang Fariz kerja apa?”

“kerja biasa jer..” soalan Airen dijawab seringkas mungkin.

“keje biasa ada ke dekat KL tu?”

Fariz tersenyum, bijak gadis ini menarik minatnya, “Abang berniaga sikit-sikit..”, Fariz berjalan perlahan mengikut langkah kaki Airen. Dibiarkan ombak yang menepis kaki jeansnya. Dibiarkan basah.

“hooo mesti banyak duitkan…”

“banyak tu tak adalah tapi cukuplah untuk belanja sendiri, Airen dah lama kerja dekat sini?”

“emm lama dah setahun lebih jugalah.. tuan punya resort ni baik sangat itu sebab Airen suka sangat kerja dekat sini”

Fariz memandang sekilas senyuman lebar Airen. Wajah itu Nampak begitu teruja bercerita tentang dirinya.

“emmm Ajispun cerita benda yang sama, tapi abang tak berpeluang lagi nak jumpa dia”

“nanti saya kenalkan abang dengan dia.”

“luas juga kawasan ni…. Cantik” pujian itu keluar dari mulut Fariz.
“abang bukan orang pertama yang cakap, hampir semua pengunjung dekat sini cakap benda yang sama. Pantai kami ni pantai yang paling bersih abang tahu tak.. setiap hari bos akan pantau setiap unit”

“apa yang menarik dekat sini?”

“Airenlah…” jawab airen pendek dalam ketawa kecil.

“hah??!!”

“gurau jelah… banyak yang menarik, nanti abang akan jatuh cinta dengan pulau ni perlahan-lahan..sebalum tu kita pergi makan dulu nasi lemak sotong dekat sini memang terbaik..” ucap Airen ramah.

“Fariz hanya mengangguk setuju. Yakin bila melihat Airen memang banyak tahu tentang pulau ini.

Dalam keasyikan menikmati keindahan dan desiran ombak matanya terlekat pada insan yang berdiri agak jauh dari mereka. Langkah kaki Fariz kaku. Matanya cuba sekali lagi memproses apa yang dilihat. Sah memang dia.

“Ayuni?” nama itu meniti di mulutnya tanpa sedar.

“siapa bang? Kenapa?” tanya Airen pelik. Pelik melihat aksi Fariz sambil matanya mencari-cari apa yang di lihat lelaki itu. Tak kan kena tegur dengan Hantu laut pulak.

Fariz tak menjawab. Langkahnya semakin laju mengejar bayang yang dilihat tadi.

“Ayuni…..!!” suaranya semakin kuat bersama langkah yang semakin laju. Bimbang kalau wajah itu hilang dari pandangannya.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets