Monday, January 5, 2009

GILA KAU 4


” Kenapa Mak Siti tak telifon Intan, nasib baik Intan ni tak tahu malu masuk je rumah kalau tidak....” mulut Intan membebel, Mak Siti hanya tersenyum rasa bersyukur kerana Intan sudi membawanya ke hospital dan gadis manis itulah yang menemaninya 2 hari dia menjadi penghuni hospital ini. Sememangnya dia tidak menyangka demamnya akan melarat seteruk ini disaat anaknya tiada dirumah.

”Intan, terima kasih sebab jaga mak cik... mak cik terhutang budi sangat pada Intan” mak siti bersuara sayu hatinya tersentuh dengan kebaikan anak gadis ini.

”alaaa....mak cik intan sayang mak cik macam mak intan jangan ucap terima kasih, nanti intan rasa terkilan pulak macam intan orang asing” mak siti tersenyum.belum pun sempat dia melabuhkan kash pada wajah dihadapan itu pintu bilik dirempuh kuat.

Kelihatan wajah cemas shahrul iskandar mendapatkan ibunya, masih terlihat sisa-sisa kepenatan diwajahnya, mesti baru balik sampai dari singapura. Tidak senang duduk dirinya apabila mendengar berita mamanya, semua urusan syarikat diserahkan kepada Bahrin pengurus merangkap kawan baiknya untuk diuruskan. Kerisauannya membuatkan dia sendiri berkejar sehingga terlupa yang dirinya perlu menempah tiket kapal terbang nasib baik Bahrin bertindak awal.

”mama kenapa tak bagitahu shah? Mama macam mana? Sakit dekat mana?” tertubi-tubi soalan cepu emas tanpa sempat anaknya itu memberi salam. Mak siti sedar anak kesayangannya itu akan kalut jika berkaitan dengan kesihatannya oleh itu dia memilih untuk mendiamkan diri. Tapi tidak sangka sampai seteruk ini.

”mama ok, nasib bain ada Intan dia yang bawa mama ke hospital”. Jelas Mak siti Intan yang dari tadi bertindak sebagai pemerhati terperanjat apabila namanya disebut.

Shahrul hanya mendiamkan diri, dia masih tidak selesa melihat tahap kesihatan mamanya pantas dia terus berjumpa dengan doktor yang bertugas untuk mendapatkan kepastian. Hatinya mula lega apabila mendapat kesahan dari doktor yang mamanya hanya demam biasa dan sudah mendapat rawatan susulan dan boleh keluar jika tiada apa yang menjadi masalah.

”Mak Siti kalau tak ada apa-apa, Intan balik dulu la.. lagipun maya seorang jaga butik.” Intan memberi alasan sebenarnya dia tidak selesa lama di situ kerana dapat dirasai kehadirannya disitu tidak diperlukan lagi. Tambahan pula shah sudah balik.

Pada mulanya Mak Siti enggan membenarkan anak gadis itu balik tetapi setelah mendengar penjelasan dari Intan tak wajar rasanya dia mengusahkan lagi gadis itu. Cukuplah layanan istimewa yang diberikan sepanjang 3 hari dia di hospital ini. Shahrul iskandar hanya menghantar pemergian Intan dengan ekor matanya dia sendiri sangat berterima kasih dengan kesudian wanita itu menjaga ibunya tapi entah mengapa ucapan itu hanya bermain didalam hati. Tit...tit....telifon bimbitnya berbunyi.
’ayang u dah balik ke? I miss u......’ sms dari Ayu..

Hatinya tidak tergerak untuk membalas sms itu, masih terbayang bagaimana susahnya dia meminta bantuan ayu untuk melihat ibunya di hospital sebaik sahaja mendapat panggilan dari Intan. Gadis pujaannya itu hanya memberi alasan ada show dah janji tak boleh cancel, hatinya mendidih malah itulah kali terakhir dia meminta bantuan gadis itu. Akhirnya dia terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan Intan, walaupun pada mulanya fikirannya menidakkan tindakannya tapi jawapan ’ok’ dari Intan cukup menyenangkan.

Sudah dua hari Mak Siti keluar dari hospital, namun masih tidak berkesempatan untuk menziarahi wanita itu. Butiknya baru sahaja menerima tempahan dan pengagihan ke cawangan memerlukan kerja yang teliti jadi Intan sendiri sangat sibuk dengan urusannya. Malam itu hatinya terdetik untuk melihat keadaan Mak Siti terus dia meminta maya menemaninya tetapi melihat keadaan kawannya yang kepenatan dia membatalkan niat lalu pergi seorang diri.

”Kalau u ingat i sayangkan u sampai i sanggup buang mama i u silap” suara seoarang lelaki kuat kedengaran dari arah kolam renang jirannya.

”Habis u ingat i ni apa hamba u nak jaga sakit pening mama u tu? Tolonglah u silap orang.” suara seorang gadis pula kedengaran. Lantas kedengaran ada bunyi gelas pecah dilihat darah mengalir dari tangan Iskandar mungkin menahan geram yang tidak dapat dilepaskan. Entah mengapa gadis di hadapannya di lihat sangat kecil. Cukup lama dia bersabar dengan perangai gadis ini tapi kali ini dia hilang sabar.

Ayu kelihatan resah, segera dia meninggalkan shahrul Iskandar yang sedang tajam merenung ke arahnya. Intan yang melihat adegan itu juga panik hishhh macam cite filem pulak diorng ni belakon ke mana kamera dengan pengarahnya tak nampak pun. Tapi melihat darah dari tangan Iskandar hatinya tiba-tiba berdebar apabila mata pemuda itu kini memandang tepat ke arahnya. Hahhh sudah matilah aku, kalau aku dibunuk nanti macamana? Intan mengundurkan kakinya selangkah demi selangkah niatnya hanya satu melarikan diri. Tapi entah dimana silapnya kakinya tersepak pasu milik Mak Siti terjelepuk dia disitu. ADUH......

” hahh kan dah dapat balasan dengar lagi perbualan orang, berdosa tahu tak”

shah yang dari tadi memandangnya seakan terkejut melihat anak gadis itu terjelepuk di situ dalam hatinya hanya tuhansaja yang tahu betapa kelakarnya cara jatuh Intan. Namun dia menyembunyikan senyuman itu di sebalik muka bengisnya. Intan cuba bangun tetapi gagal kakinya berdenyut kuat dia mengaduh sakit lagi. Melihat keadaan itu Shah terus mendapatkan Intan untuk membantu pantas ditepis cepat. Intan berusaha juga untuk bangun, shah mengambil keputusan untuk membantu juga gadis itu dibawa gadis itu duduk di bangku rehat mengadap kolam rumahnya.

”apa kau buat kat belakang tu tadi kau dengar perbualan aku ek?...” duga shahrul Iskandar.

”perasan.......” dahi Intan berkerut kesakitan dia melihat kelibat shah masuk kedalam rumah hatinya mengutuk tindakan lelaki itu kerana meninggalkannya seorang diri. Tapi sangkaan Intan merosot shah kembali dengan sebuah otol hijau ditangan. Pantas dia duduk mencangkuk di hadapan Intan.

Tangannya menarik kaki intan menjerit wanita itu diurut lembut, Intan terdiam seketika pantas matanya dialihkan ke arah lain. Degil betul...mamat ni nak ambil kesempatan arr ni kalau aku buka langkah kat sini nanti tak pasal-pasal tergolek masuk dalam kolam......

”Assalamualaikum...” Intan dan Shah terkejut
.........................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets