Thursday, September 10, 2009

Gila kau 35


Gila kau 35.

suasana sepi, hanya kedengaran bunyi lagaan sudu dan garpu menghiasi meja yang serba mewah itu. Mira hanya memandang wajah abangnya yang masam mencuka. Dia tahu lokman sakit hati kerana terpaksa membatalkan temujanji penting disebabkan idea terkejut mamanya Datin Maznah. Senyuman plastik sepupunya Anita membuatkan dia rasa nak muntah.

Skirt merah ketat yang dipakai oleh sepupunya itu dipandang. Mak oiii boleh tersembur biji mata. Nasib baik abang aku jenis tak layan benda-benda macam ni sekarang kalau dulu mesti dia senyum sampai telinga. Sekali lagi wajah Lokman, abang kesayangannya dipandang. Apa agaknya yang buat abang berubah?.

“ Nita cadang nak buat apa lepas ni?”

“emm..papa dah suruh Nita masuk Mawar Holding tapi Nita malaslah Mak Long”

“kenapa pula?”

“emmm Nita cadang nak buka butik..lagipun Nita jenis yang suka fesyen so butik the best choice” anita berkata Bangga. Amira mencebikkan mukanya ke arah Lokman. Abangnya itu tersenyum lebar.

“kalau nak buka butik bolehlah minta tolong dengan Man...”

“emmm cadangnya macam tulah Mak Long nak minta tolong dengan pak long pun dia tak ada dekat sini sekarang..bagus juga kalau abang Man nak tolong”

“boleh apa salahnya, tapi nak buka bisness ni buka perkara main-main, Nita kena betul-betul bersedia bukan setakat tahu berfesyen” sindir Lokman.
Anita tersenyum kecil waaupun dia tahu Lokman memperkecilkannya tapi dia tak kisah, memang itulah peluang yang selama ini dicari. Bukan untuk butik tapi demi cintanya kepada dua pupunya itu.

Apalah yang ada pada si Anita ni yang buat mama tergila-gila sangat nak buatkan menantu?kalau nak kata cantik memang cantik tapi....hati aku tetap tak bole terima dia. Lokman tersedar apabila tangannya disiku dari tepi.

“kalau ya pun bosan janganlah sampai berangan sampai tak ingat orang ada kat sebelah”, usik Mira. Wajah lokman kemerahan.

“lokman, Mira apa yang bisik-bisik tu?? tak nampak kita ada tetamu?”

“nampaklah mama...” balas Mira malas.

“papa dengan mama apa cerita? Lama Mak Long tak jumpa”

“Papa macam biasalah sibuk dengan Mawar Holding lagipun sekarang papa dekat Cina, mama pula kemana lagi dekat london la shoping tak habis lagi Mak Long”

“best ye... mak Long pun teringin nak ke London lagi tapi tulah masalahnya Pak Long kamu tu sibuk memanjang”

“kalau mak Long nak pergi call Nita je... sekarangpun kita boleh ke sana?” bulat mata Mira mendengar kata-kata dua pupunya itu. Mak aiiikkk belagak gila. Orang gila pun tak belagak macam ni.

“Mira you study dekat mana sekarang?”

“UKM”

“what? UKM?!!..you means UKM bangi?”

“yup...kenapa Kak Nita?”

“emmm tak ada apa-apa...I ingat you sekarang dekat oversea”

“Mak Long dah suruh dah dia ke UK atau London..tapi degil nak juga duduk dekat malaysia ni”

“mama sekarang ni Universiti Malaysia dah setaraf universiti luar..tak payah nak bangga kalau dari UK or US sekalipun kalau balik nanti tak lulus” Mira melepaskan marahnya. Lokman menyimpan senyumnya. Kalau tak difikirkan mamanya sudah lama dia melepaskan ketawanya biar berguling-guling.

Anita terkedu. Adakah Mira tahu yang dia balik dari oversea tanpa segulung ijazah? Hah..tak mungkin siapapun tahu dia tahu papanya sudah menutup segala hal berkaitan dengannya sebelum balik ke Malaysia.

“ehh..makanlah Nita jangan malu-malu” Datin Maznah memaniskan muka. Dia menjeling ke arah Mira, mulut celupar anak gadisnya itu akan merosakkan plan nya.

Lokman duduk di kerusi yang diperbuat dari kayu jati di tepi kolam ikan kesayangan papanya. Lama dia merenung ikan emas yang sederhana besar yang bermain-main di tepi kolam. Apa agaknya perasaan Intan bila dia terpaksa membatalkan temujanji yang sudah lama dinanti-nanti. Anita tetamu istimewa mamanya sudah lama balik. Dapat dilihat senyum Datin Maznah sampai ke telinga. Entah kenapa dia sendiri tak tahu.

“frust nampak?”

“hishh...frust? nampak sangat ke?” tanyanya kembali kepada adiknya yang sudah duduk di sebelahnya. Mira tersenyum mendengar jawapan abangnya. Satu-satunya tempat dia mengadu suka duka.

“memang frust ke?” soalan itu sengaja diajukan sekali lagi.

“hahhhh...kenapalah mama buat lawak macam ni? tak kelakar langsung” dia seolah-olah mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiri. Melahirkan lahir kecewa.

“sabarlah abang lagipun ini semua untuk abang juga”

“untuk abang? Kenapa Mira cakap macam tu?”

“abang ni lembablah tak akan abang tak dapat hidu plan mama tu?”

“plan apa pula ni? cuba mira jangan belit-belit macam ni..cakap terus teranglah”

“mama tu nak jodohkan kak Nita dengan abang..tak akan abang tak perasan kot?”

“hah??!! Abang dengan Nita?..merepeklah”

“hahh..tulah abang suka cakap Mira ni merepek, nanti kalau dah tersepit baru tahu.. and for your information kak Nita tupun memang dah lama sukakan abang”

“hishhh mira ni.. abang sendiri nampak kak Nita dengan pak we dia dekat Mall tak akanlah dia ada hati dengan abang?”

“mana tahu yang dekat mall tu pak we dia, yang dekat sini bakal suami” Lokman ketawa kecil melihat aksi adiknya. Mira memang bijak meneka. Tapi selalunya tekaannya sentiasa salah.

“mira ni ada-ada je”

“abang Mira suka abang yang sekarang” berkerut dahi Lokman. Wajah adiknya dipandang tepat.

“apa maksud Mira?”

“kalau dulu mesti abang tak akan lepaskan perempuan secantik kak Nita tu, tapi sekarang Mira tengok abang relax je macam tak ada perasaan” dia ketawa lagi. kenyataan adik manjanya itu ada betulnya.

“mungkin ada yang dah curi hati abang mira ni kot?” Mira bertanya lagi kali ini sengaja diangkat sebelah keningnya.

“mungkin juga... dah awak tu study tak habis lagi jangan nak menyibuk hal orang besar”

“elehhh macamlah Mira ni kecik lagi.. Mira dah 22 tahunlah...”

“ooohhh ya ke abang rasa adik abang ni macam baru 2 tahun” rambut adiknya sengaja ditarik. Mira menjerit sakit.

“bila abang nak kenalkan dekat Mira?”

“tengoklah nanti..”

“abang esok hari minggu temankan Mira beli baju ek..nak beli baju kurunglah”

“alaaa...abang baru nak rehat..”

“tak ada maknanya rehat, lagipun abang dah janjikan”

“ok..baik bos” ketawa mereka bersatu.

Lokman mencapai telifon bimbitnya. satu persatu nombor milik Intan ditekan. Tapi tangannya berhenti seketika?. Nak call ke? Nak cakap apa?


“hai..kata ada date malam ni?”

“emmm tak jadi cancel.. bagus juga akupun malaslah nak keluar malam-malam macam ni” Intan mencapai majalah wanita didepannya. Walaupun sudah dua kali dia membaca kandungan majalah itu tapi tangannya tetap menyelak dari satu muka ke muka yang lain.

“pulak…habis Lokman macamana?”

“dia ada hal katanya, masalah keluarga”

“haiii pelik je bunyinya abang hensem kau tu” Intan tersenyum. itulah gelaran yang diberikan kepada Lokman. Hensem ke?? Hishhh memang hensem pun.

“emmm intan aku tanya sikit boleh tak?”

“tanyalah sejak bila kau minta izin?”

“antara Lokman dengan mamat poyo kau tu mana kau pilih?” berkerut dahinya mendengar soalan yang keluar dari mulut maya.

“ehhh kenapa pulak aku kena pilih?”

“aku cakap kalau..”

“tak ada maknanya kalau kau tu....kalau aku kena pilih senang je aku bagi dua-dua dekat kau..habis cerita”

“hishhhh suka-suka nak lepas dekat kita pulak..tak nak aku..” muka tak puas hati Maya membuatkan dia tersenyum. tak sangka sahabatnya itu akan kembali semula ke rumah ini. Bukan dia mintak perpisahan Maya dan Johan, tapi dari awal lagi hatinya cukup berat apabila mendengar nama lelaki itu.

“kau dengan Johan apa cerita?”

“emmm mungkin jodoh kami sampai takat ni saja..”

“kau tak kecewa?” wajah maya tiba-tiba redup. Intan duduk semula ke sofa. Tangan Maya digenggam erat.

“tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa..dia cinta pertama aku, seluruh hidup aku aku dah serahkan pada dia. Tapi mungkin kami banyak perbezaan dan aku tak salahkan dia kalau dia memilih untuk bahagia dengan orang lain”

“dan kau juga berhak untuk bahagia dengan orang lain”
“biarlah Intan sekarang ni aku tak ada masa nak fikirkan semua tu, baik aku fikir pasal butik kita tu....lagi bagus”

“aku akan sentiasa sokong apa yang kau buat Maya” mereka saling tersenyum. mungkin orang lain akan mengata macam-macam tentang maya. Baru je berumah tangga dah menjanda. Tapi bagi Intan dia kagum dengan semangat wanita didepannya itu.

****

“you kesal dengan apa yang terjadi?”

“emmm tak ada apa yang nak dikesalkan..lagipun saya hidup dipenuhi orang tersayang Encik Farid. Saya tak kisah kalau kehilangan insan yang tak menghargai saya”

“jadi lepas ni apa perancangan awak?”

“emmm..mungkin saya akan teruskan aktiviti harian saya masa single dulu” ketawa kecil kedengaran.

“emmm...itulah yang lebih baik” Farid menatap wajah wanita di depannya. Tiba-tiba jantungnya bergerak lagu. Pantas dipegang dada. Kejap.

“kenapa Encik Farid” tanya Maya hairan. Peguam muda itu diam tiba-tiba.

“emmm...tak ada apa”

“tapi nasib baik saya tak ada anak..kalau tidak mesti dia jadi mangsa, saya bersyukur sangat” sambung Maya lagi. “ehhh dah lambat ni saya balik dulu Encik Farid”

“Kirana naik apa?”

“ehhh panggil saya maya saja..”

“kenapa salah ke saya panggil kirana.. maya kirana?”

“emmm tak saya rasa lain pulak..”

“tak apa saya memang suka dianggap lain dari yang lain.. cik kirana balik naik apa? Saya boleh hantarkan?”

“ehhh,....tak perlu, kereta saya ada dekat depan sana”

Mereka melangkah meninggalkan makhamah syariah Kuala Lumpur. Sejak tamatnya kes tadi wajah Johan langsung tidak dipandang. Dia nekad nama lelaki itu akan di ‘delate’ terus dari mindanya. Biarlah segalanya tinggal sejarah.

Nokia N80 menjerit kuat. Nita menjawab malas.

“nak apa ni?”

“I nak jumpa you...hari ni I bebas...sekarang kita boleh hidup bersama tanpa ada sebarang masalah Nita, I datang jemput you?” suara riang johan kedengaran. Nita mencebik.

“ehhh..tak payahlah kita jumpa esok, lagipun I ada plan dengan family I. Nanti apa-apa I call you, bye” talian dimatikan Johan hampa.

“you ni I tengok macam nak mengelak dari I kenapa?”

“apa you cakap ni sayang…mana ada I nak mengelak dari you..I love you” bergetar dada Johan mendengar suara manja Anita.

“I miss you Nita…please malam ni sekejap pun jadilah”

“sorry malam ni I memang tak boleh… oklah nanti apa-apa I call you balik ok..” talian dimatikan tanpa sempat Johan berkata apa-apa. Hampa.

Dari dalam kereta dia melihat bekas isterinya yang cantik berbaju kurung biru dan tudung putih. Peguam muda itu melambai ke arah kereta sehinggalah kereta milik bekas isterinya itu hilang. Cisshhh belum sama beberapa jam jadi janda dah nak mengatal?. Johan terdiam. kenapa diam perlu marah? Bukakah ini yang dia nak? Kenapa dia perlu marah.

Maya kirana melepaskan satu keluhan berat. Akhirnya semuanya tamat dengan satu tandatangan. Tiada lagi senyum tawa yang akan menyakitkan hatinya. Telifon bimbitnya berbunyi perlahan. isyarat masuk ‘1 mesej diterima’. Dia tersenyum.

“setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir”.

Maya tersenyum. ringkas tapi cukup membuatkan dia kembali bersemangat. dia tahu Intan sentiasa bersamanya walau siapapun dia. Terima kasih temanku. Dia yang melarang Intan untuk turut sama ke makhamah, kalau ada Intan pasti lmat si johan itu dikerjakan kalau tak dapat dengan tangan dengan mulutpun mesti kenalah. Dia tahu niat suci intan adaah ingin membantu tapi dia tak akan pernah membiarkan teman baiknya itu melanggar undang-undang disebabkan lelaki yang sudah tak bermakna.

Satu persatu anak tangga dituruni. Hati-hati nanti ada pula yang tergolek macam nangka busuk. Bau ayam goreng menusuk masuk ke rongga hidung. Ni mesti kerja Maya ni. Sedap gila, tiba-tiba perutnya berlagu. Lapar.

“amboiii..banyaknya kau masak?” Intan tersenyum. Maya menarik kerusi dan duduk di depan Intan yang mengadap makanan. Sedap bau ayam tumis madu.
“jangan banyak bunyi.. ok”
Intan tersenyum, namun senyumnya mati apabila melihat semua lauk pauk yang dimasak oleh Maya dimasukkan ke dalam bekas. Ehh nak kemana pula minah ni? Tak akan nak berkelah pula malam-malam ni?
“weiii kau nak kemana pula, siap tapau-tapau ni?”
“malam ni kita makan dekat rumah orang Mak Siti, aku dah janji dengan dia petang tadi” Intan terkedu.
“hah?? Alamak aku lupa aku ada kerja, emmm kau pergilah ek. Nanti tinggalkan lauk sikit umtuk aku kang tak pasal-pasal kempunan pulak aku”
“ada aku kisah?” bulat mata Intan,
“hai macam kenal je ayat tu?”
“kau ingat aku baru kenal kau ke? Lagipun aku nak raikan hari kebebasan aku ni, bakal memegang gelaran janda” maya berkata perlahan.
Intan tersenyum, terasa senyuman itu terpaksa. Perlahan tangan sahabatnya digenggam.
“kau jangan jadi bodoh menangisi orang yang sia-siakan kau, ingat selagi Intan Azura bergelar sahabat kepada Maya Kirana tak aka nada siapa yang akan sakitkan hati kawan aku yang comel ni” pipi Maya dicubit perlahan.
“sakitlah…dan selagi aku bergelar kawan kepada Maya kirana aku nak kau pergi pakai tudung aku nak kita ke sebelah sekarang” satu arahan atau ugutan? Maya tersenyum sinis melihat wajah kecut temannya. Terhalau semua lara hatinya sebentar tadi.
“malamlah nak jalan malam-malam ni..kau pergilah” Intan kembali duduk di kerusi meja makan.
“kenapa pulak? Haiii kau jangan lupa banyak jasa mak Siti tu dengan kau dengan aku ni”
“aku tahulah...itulah orang kata jangan termakan budi nanti tergadai body”
“pelik je bunyi maksud kau tu intan? Kau nak gadaikan body kau dekat siapa? “ ketawa Maya semakin rancak, sengaja dihadiahkan jelingan sinis. Intan menjelir lidah.
“kau jang nak fikir lain ek.. aku banyak....”
“hah...sudah jangan nak buat muka tak bersalah dekat sini.. cepat siap aku tak kira nak ke tak nak kena pergi juga, aku dah janji dengan Mak Siti”
“kau yang janji bukan aku” Intan menjawab nakal.
“Intan Azura.....”
“oklah..hishh suka main-paksa-paksa tahu tak.. kenapalah sejak akhir-akhir ni aku ni jadi mangsa asyik kena paksa je” bebel Intan namun kakinya tetap di atur menuju ke bilik. Ingin mengambil tudung.
Maya tersenyum. Betul kata Intan untuk apa kita sia-siakan hidup untuk menangisi orang yang tak pernah menghargai siapa kita. Aku tak pernah ada nilai bagi dia, jadi kenapa aku kena sedih, sudahlah Maya Kirana bangun!!bangun! kau seorang wanita hebat.
“haii cik maya Kirana sampai bila nak berdiri dekat situ?”
Maya ketawa kecil, entah bila Intan tercegat disisinya dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti temamnya itu sudah siap memakai tudung putih. Menampakkan lagi wajahnya yang putih bersih.
“siapa lagi yang dijemput ni Maya? Ini yang aku tak suka ni”
“manalah aku tahu, Mak siti kata dia dengan shahrul je, tapi tadi aku dengar sepupu shah pun nak dating juga aku tak tahu pula siapa”
“farid kot?”
“farid?” tanya Maya pelik, macam familiar nama tu. Tapi siapa?
“alaaa…sepupu dialah, nanti kau kenallah..jomlah masuk..”
“amboi..tadi nak datang bukan main seribu alasan, sekarang dah depan rumah dia pulak yang tak sabar-sabar nak masuk”
Langkah Intan mati tiba-tiba, wajah Maya direnung geram.
“aku baliklah..”
“ala-ala merajuklah pula” pantas tangan temannya ditarik laju, Intan ni bukan boleh dilayan buatnya dia balik kang tak ke mati kutu aku sesorang.
Salam disambut dengan senyuman, Mak Siti sedang asyik membasuh di dapur. Kelihatan meja sudah dipenuhi dengan pelbagai lauk pauk, mak aiiiikkk macam nak makan sepuluh orang. Bak kata iklan estro macam-macam ada. Intan dan Maya saling berpandangan.
“kan Mak Siti dah cakap jangan masak apa-apa, ni pun dah banyak”
“tu laa mak siti Intan tengok macam nak kenduri je? Kita bertiga ke yang nak habiskan ni?” sempat Maya menyiku lengan temannya. Intan buat muka bodoh.
“shah dengan farid ada dekat belakang tu, entah apa yang diborakkan Mak Siti pun tak tahu, dari tadi macam serius semacam” Intan terdiam. Maya tersenyum, dia tahu Intan tak selesa apabila nama shah disebut. Haiii kawan adakah kau dah jatuh cinta?
“apa yang Intan bawa ni, sedapnya ayam tumis madu..ayam goreng pun ada nak buat apa banyak-banyak ni?” tangan Mak siti mengeluarkan lauk pauk dari bekas yang dipegangnya sejak tadi.
“Intan tukang bawa je mak Siti, ni yang masak” jarinya menunjuk lurus ke arah Maya.
Mak Siti tersenyum.
“hahhh apa mengumpat ni?” Farid menjerit kuat dari arah pintu belakang. Maya berpaling.
“awak??” ucap mereka serentak. Hanya mata terpaku. Hanya rasa yang kedengaran. Intan tersenyum. Namun senyumnya mati apabila melihat sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya. Dia juga tak dapat melarikan matanya dari menikam mata hitam milik lelaki itu. Kini hanya mata yang berbahasa.
***
“tak sangkakan kecik pula dunia ni...pi mai pi mai tang tu” Farid ketawa kecil Maya hanya tersenyum.
“emmm tulah saya tak sangka pula awak ni anak saudara Mak Siti”
“saya pulak tak sangka awak jiran Mak saudara saya”
Mereka sama-sama tergelak. Suasana malam membuatkan taman milik Mak siti sangat cantik. Farid mengilas pandangan ke wajah ayu milik wanita di depannya. Terasa damai setiap kali menatap wajah itu. Sejak dari pertama kali mereka berjumpa. Jatuh cintakah dia?
“kenapa?”
“hah!!? Kenapa?” Farid kalut. Mukanya pucat apabila mata itu tiba-tiba memandang tepat ke wajahnya.
“kenapa awak tengok saya macam tu?”
“emm....entah” itu sahaja jawapan yang lahir dari bibirnya.
“awak.....” belum sempat farid melafaz kata, kelibat Intan sudah menuju ke arah mereka. Wajahnya masam mencuka, bibirnya terkumat kamit seperti menyatakan sesuatu.
“maya jom baliklah!” jeritnya perlahan.
“Hah?? Balik kenapa?” selepas selesai makan malam dan mengemas dia sengaja keluar mengambil angin. Meninggalkan Intan yang asyik berbual dengan Mak Siti.
“jangan banyak soal boleh tak.. dah kalau kau nak tidur sini suka hati kau” hahhh sudah ada yang tak kena ni, wajah masam mencuka Intan dipandang dengan seribu satu persoalan.
“ehhh nak balik dah ke?” soal shah yang entah datang dari mana. Tiba-tiba muncul, menambahkan lagi cuka di wajah Intan. Muncung bertambah panjang. Sah!! Gaduh lagi ni. Bisik hati maya.
“Maya...” Intan sudah melangkah ke pintu pagar.
“jangan Lupa janji kau..” jerit Shah. Ketawanya semakin kuat. Farid hairan. Kenapa pula ni?
“gila....” jerit Intan Kuat. Jelas kedengaran di telingan mereka yang ada di situ. Shah bertambah suka.
“apa yang kau buat dengan dia Shah??”
“aku ajak dia main kawin-kawin..” ketawanya semakin kuat. Menambahkan kerutan di wajah Farid. Kelibat Maya dan Intan sudah hilang.
“main kawin-kawin??” soalnya kembali, main tak faham. Farid dapat melihat betapa gembira sepupunya ketika itu.
“comel juga dia kalau marah..” Shah bersuara perlahan. Kali ini tawanya semakin hilang.
“apa kau buat ni shah???”
“biarlah rahsia...” dia meninggalkan Farid dengan tanda tanya. Senyumnya masih lebar teringat peristiwa di dapur tadi.
****
“kau sihat ke?
“ya”
“Kau tak nak gaduh dengan aku lagi?”
“ya”
“kau yakin?”
“ya” jawab Intan sedikit kuat mukanya sudah merah menahan marah. Teringat janjinya tak akan bergaduh dengan lelaki ini lagi. Janjinya pada Mak Siti. Shahrul menahan senyum nakalnya. Bukan dia tak dengar janji intan tadi.
“boleh tahan ke ni? Muka tu macam nak bertukar jadi raksasa tu”
“ya” pinggan dibasuh laju. Hatinya menyumpah-nyumpah lelaki di depannya.
“kau dah jadi baik arr ni?”
“ya”
“kau janji?”
“ya!” shahrul tersenyum nakal.
“kau setuju jadi isteri aku?”
“ya!!!ya!!ya!!!hah??” Intan tersedar,darahnya naik ke muka. Dadanya bergetar hebat. Ketawa shahrul Iskandar menyedarkannya.
“oooo..patutlah nak berbaik dengan aku, rupanya ada udang sebalik mee” usik shah lagi. Intan meletak kasar pinggan di singki. Tangan dilap dengan kain bersih di depannya. Kemarahannya memuncak.
“kau dah janji..”
“apa????” jeritnya kuat mamat poyo ni memang nak kena hentak dengan bangku agaknya.
“jadi isteri aku” ketawanya sekali lagi pecah..
“gilaaaaaa!!!!!” intan melangkah laju meninggalkan shah dengan tawanya. Hahhh tulah dari tadi dok Ya..ya..ya... kan dah ter’ya’ soalan penting. Shah tersenyum. Kakinya mengekori langkah laju Intan.




TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets