Tuesday, April 7, 2009

KERANA KAU 6


KERANA KAU 6

“apa ni?” baru seminggu dia di neraca holding tapi rasa macam dalam neraka. Macam-macam hal terjadi kepadanya. Apa yang pasti dia seakan sengaja diberi bebenan kerja yang bukan tugasnya.

Ayuni melihat pen di tangannya. Diputar ke kira dan kembali ke kanan. Dia bosan entah kenapa helaian kertas yang bertimbun di atas mejanya itu tidak dihiraukan. Bukan kerja dia mengedit semula data syarikat yang berpuluh tahun lepas. Tapi kenapa kerja ini sekarang yang bertimbun di depannya. Gila!!! Jerit hatinya sekaligus membalik pen di tangan tadi.

“kau ingat kau bijak sangat?” bisik hati Ayuni. Marahnya masih berbuku. Malu bukan kepalang apabila dia dimarah di depan staf syarikat.

”awak ni tahu buat kerja ke tak? Ijazah beli ke yang awak dapat? Buat kerja macam ni pun tak boleh” fariz menengking kuat. Semua mata terarah kepada mereka. Siti membantu Ayuni mengutip kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Jelas wajah wanita itu kemerahan menahan marah.

Siti memang memahami perangai bosnya, pantang salah sikit mesti melenting. Habis semua di balik. Mungkin anginnya tak berapa elok hari ni. Kesian dia melihat wajah ayuni yang hanya tunduk mengutip kertas. Tengkingan kuat bosnya membuatkan ayuni terkejut lalu kertas-kertas ditangannya terlepas.

Ketukan bertalu di pintu biliknya membuatkan Ayuni terkejut. Lantas dia tersenyum apabila melihat wajah Siti menjenguh di muka pintu. Siti merupakan PA kepada Fariz segala berkaitan hal peribadi lelaki itu akan diuruskan oleh Siti.

”sabarlah Ayuni bos kita tu memang macam tu angin satu badan”

”emmm tak apalah Siti memang salah sayapun”, manis mulutnya dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bahang panasnya.

”ayuni bos nak jumpa..” jerit satu suara dari muka pintu. Wajah Hafizi kelihatan ceria dengan senyuman kambingnya. Sekali lagi terdengar keluhan dari mulut Ayuni. Ini mesti nak kena bambu lagilah ni. ’Dasar lelaki bodoh’ bisik hatinya.

”emm tak apalah Siti I jumpa dia dulu kang tak pasal-pasal runtuh pulak Nerca Holding ni” Siti tersenyum melihat langkah malas yang diatur Ayuni keluar meninggalkannya. Dia sendiri hairan kenapa mesti Ayuni melakukan kerja yang bukan kerjanya ke ada maksud lain yang ingin disampaikan bosnya. Pasti dia juga meninggalkan bilik Ayuni. Pintu ditutup rapat.

Lama wajah wanita dihadapannya itu dipandang. Datuk Mansur masih lagi duduk di sofa rehat tanpa berganjak. Apabila mendengar dehem anaknya Fariz baru dia berpaling ke arah lain.

”emm maaf Datuk, Encik Fariz ada apa yang saya boleh tolong.” renungan tajam Fariz tidak dihiraukan yang ada kini Datuk Mansur dihadapannya. Dia tahu orang tua itu sedang memikirkan sesuatu. Dari pertemuan pertama dia mempertikaikan raut wajah Ayuni.

Masakan kau lupa wajah isteri yang kau buang macam sampah? Anak terbiar yang lebih bagus hidup sendirian di rumah anak yatim. Cepat betul kau lupakan itu semua, namun kata-kata itu Cuma terlafaz dihatinya. Entah kenapa dia gagal untuk bertentang mata dengan ayah kandungnya sendiri itu.

”masakan awak tak tahu apa yang berlaku pada pemasaran anak syarikat Intan Holding?” suara tegas Fariz melahirkan kedutan didahinya. Intan Holding mana pula ni tak pernah dengar pula..

”apa maksud Encik Fariz?”

”haiii tak akan orang pandai macam awak tanya saya balik kot...” Ayuni mengetap bibirnya. Fariz sengaja mengenakannya di hadapan Datuk Mansur.

”syarikat mengalami kerugian sebab Intan Holding menyatakan yang kerugian mereka adalah disebabkan kecuaian pihak kita” tiba-tiba Datuk Mansur menjawab. Tidak mahu memanjangkan persoalan yang bermain di minda anaknya dan Ayuni wanita misteri yang sentiasa bermain di hatinya sekarang.

”so apa masalahnya?”

Hentakan meja yang kuat memeranjatkan Ayuni. Datuk Mansur menegur tingkah anaknya yang memang panas baran. Tapi marah Fariz berasas. Syarikat akan mengalami kerugian berjuta ringgit kalau tindakan saman dari Intan Holding. Muka Ayuni sudah panas. Terasa mahu dilayankan sahaja kasut tumit tingginya ke muka Fariz, senang-senang saja melepaskan geram.

”Intan Holding ada ura-ura nak menyaman kita” penjelasan itu membuatkan Ayuni mula faham. Dia meneliti fail kontrak antara dua syarikat. 2 bulan lepas adalah kontrak terakhir.

”emmm so apa masalahnya Datuk, kalau mereka nak saman kita lawan. Lagipun kita sudah cukup yakin dengan peguam syarikat” kini perbualannya tertumpu dengan Datuk Mansur. Malas dia memandang muka Fariz.

”cakap senanglah pakai duit kau?” keras kata-kata Fariz.

”Fariz sabar kita dengar dulu apa yang Cik Ayuni nak katakan” Datuk Mansur menegur sekali lagi perangai anaknya.

”kontrak ini sudah cukup lengkap untuk menyatakan yang segala urusan pengiklanan dan usaha-usaha pemasaran dipersetujui bersama. Jadi tiada alasan kenapa mereka perlu menuding jari ke arah kita sedangkan ini adalah keputusan bersama. Kalau sekiranya niat ini diteruskan juga mungkin reputasi mereka yang akan terjejas bukan Neraca Holding. Jika pasal duit pula saya rasa kalau kita takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai” datuk Mansur sekali lagi meneliti kontrak yang ditunjuk oleh Ayuni kenapalah dia tidak membaca dulu kontrak itu.

”jadi Cik ayuni cadangkan kita lawan di Makhamah?” Ayuni tersenyum pertanyaan Datuk Mansur seakan dia pula penentu keputusan syarikat.

”banyak cara lain selain dari kita membazir duit, dalam pemasaran kita ada seribu satu cara menyelesaikan masalah, kita boleh buat perundingan bersama untuk mengingatkan kembali terma-terma kontrak dan saya yakin Intan Holding tak aka bodoh membazirkan dana syarikat semata-mata untuk menyaman kita sedangkan mereka sedar yang itu tindakan sia-sia” Datuk Mansur mengangguk. Fariz datang duduk di sebelah papanya sambil meneliti terma yang dikatakan. Dia diam.

”lagi satu untuk pengetahuan Encik Fariz dan Datuk Mansur kontrak terakhir ditandatangani adalah pada dua bulan lepas. Jadi pada dua bulan lepas saya belum lagi menjadi ahli syarikat. Jadi saya tidak diberitahu untuk mengambil alih tugasan lepas kerana dimaklumkan segalanya sudah selesai..oklah Datuk kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu, terima kasih..” sengaja dikuatkan perkataan terima kasih itu.

Pintu biliknya dihempas kuat. Padan muka nak sangat kenakan aku last-last dia yang kenakan. Puas hatinya. Jam ditangan dilihat sekilas. Teringat janjinya dengan aina. Pantas segala yang bersepah di atas meja dikemaskan.

***

”siti mana Cik Ayuni?”

”lunch time bos....” ujar Siti sambil menunjuk ke arah jam ditangannya.

”awak tahu dia makan dekat mana?”

”dekat mulutlah bos..tak akan dekat hidung kot” gurauan Siti dibalas dengan senyuman dia tahu hanya Siti yang memahami perangainya.

”siti anak awak dah ok?”

”macam tulah bos...masih perlukan rawatan and thanks for everything bos” terharu dengan sikap prihatin Fariz yang sanggup membayar segala kos perubatan Daniel anaknya. Kalau tidak dengan pendapatan dia dan suami mana mungkin mereka mampu.

”emmm..alaaa kitakan makan semua guna mulut jadi semua kita samakan” jawapan Fariz membuatkan Siti ketawa kuat. Pandai bosnya membals kata-katanya.

”Encik Fariz cari Ayuni kenapa?”

”emm ada masalah sikit..”

”ooo saya ingat nak ajak dating tadi”

”sudahlah saya keluar dulu dah janji dengan adik saya kalau saya lambat masuk nanti awak tolong inform dekat Ayuni saya nak jumpa” langkah kakinya dilajukan. Dia sudah lambat pasti muncung adik manjanya itu sedepa panjangnya. Tapi tak mungkin sekarang ni kehadiran adam membawakan sinar bahagia buat adiknya.

****

“you pandang siapa tu?” Aleeya memandang ke arah yang menarik perhatian tunangnya itu. Kelihatan seorang perempuan sedang makan idak jauh dari mereka senyum ke mereka.

”adam!!” panggilan yang sedikit kuat itu menyebabkan Adam tersentak pantas matanya dialihkan semula kepada aleeya.

Adam mengaru kepalanya. Wajah masam aleyya dipandang. Puas dia memujuk wanita manja dihadapannya itu.

“sory lambat” kehadiran Fariz tidak dihiraukan oleh kedua insan yang sedang menikmati makan tengahari itu.

“haii tak akan marah kot abang lambat..weii Adam kenapa muncung itik ni dah keluar?” Adam tersenyum mendengar kata-kata Fariz kawan baiknya.

“biasalah adik manja kau ni, aku pandang perempuan lain lama sikit dia dah angin, kau tolong cucuk mata aku ni, bagi buta senang sikit” gurauan Adam mengundang ketawa kecil aleyya tak jadi memanjangkan rajuknya. Abangnya tak akan menangan dia kerana dia lebih sayangkan kawan baiknya itu.

“emmm makan apa ni..laparnya” Fariz mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan yang mengambil order makanan. Tapi pandangannya terarah pada satu senyuman yang dikenali. Lama dia memandang ke arah wanita itu. Disebelahnya ada seorang lelaki kacak dan sebelah kirinya pula seorang perempuan bertudung. Tak pernah pula dia melihatnya mungkin kawannya.
“weiii..” teguran Adam membuatkan Fariz tersentak.

“abang nikan sama je dengan Adam...apa yang istimewa sangat perempuan tu pandang sampai nak terkeluar biji mata tu?” soal Aleyya tak puas hati.

“hishhh abang terpandanglah...adik abang ni lagi istimewa tambah-tambah muncung macam itik tu..” ketawa kuat Fariz disambut Adam. Aleyya menampar kuat bahu abangnya.sakit.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets