Monday, June 6, 2011

GILA KAU 47

Gila kau 47
“papa tak rasa ke macam ada yang tak kena? Tiba-tiba abang hilang macam tu je.. dan tak mungkin abang Man akan tinggalkan kak Intan macam ni..dia sendiri mengaku yang kali ni dia serius” Mira cuba memancing perhatian papanya, dia mahu ada juga yang berpihak padanya.

Dato Hashim duduk kembali ke sofa. Kopi yang tadinya panas sudah sejuk. Ketika ini otaknya masih belum boleh memikirkan soal makan dan minum.

“tapi tak mustahil dia akan buat semua ni..Mira lupa macamana dia boleh tinggalkan Malaysia semata-mata sebab papa paksa dia sambung belajar..” memang sikap anaknya yang sorang itu cukup sukar diramal. Tapi entah kenapa jauh di sudut hatinya dia seakan merasakan memang ada yang tak kena. Tapi otaknya seakan menolak secara perlahan.

Mira berdengus kuat. Dia mengaru kepala, sejak tadi puas dia menghubungi beberapa teman rapat Lokman. tapi semuanya pelik dan tak tahu kemana Lokman menghilang. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang sudah terbatal.
“jadi apa kita nak buat sekarang ni papa?”

belum sempat soalan Mira dijauh, Datin Maznah sudah turun mendapatkan anak dan suaminya.

“tak payah susah-susah.. tadi along dah call mama dia kata dia ok.. sekarang dia tengah bercuti, mungkin sebulan atau mungkin dua bulan.. dia pesan jangan risau..”
bulat mata Dato Hashim mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Dia bangun berdiri tegak di sisi Datin Maznah. Mata masih memandang tepat ke arah wajah selamba Datin Maznah.

“apa??!!! dia pergi bercuti?.. apa dia ingat ini kerja main-main ke...suka hati dia nak tinggalkan majlis macam tu aje? Tak fikir hati dan perasaan orang langsung..”

“ehh abang ni nak marah pulak. Sepatutnya kita bersyukur yang lokman tu tak jadi pilih perempuan tu.. kan bagus tak adalah cacat keturunan kita nanti..mungkin dia dah sedar yang perempuan tu memang tak layak jadi menantu kita”

“layak tak layak itu hal nombor dua.. apa yang penting dia dah malukan muka saya ni.. apa saya nak cakap pada pihak perempuan lepas ni?”

Datin Maznah mencebik.

“apa yang abang nak pening-pening kepala ni..kan dia dah kawin dengan pak sanggup mana entah..”

“Maznah jaga mulut tu jangan melampau sangat..” suara Dato Hashim mula meninggi..

“dahlah malas saya nak layan abang ni..tak akan sebab budak tak tentu keturunan tu kita nak bergaduh pulak..lagipun bukan saya yang buat keputusan tapi anak awak tu jugakan..”

“masalahnya saya masih tak boleh terima apa yang dah anak kita buat, kenapa dia buat semua ni..kenapa mesti dia nak malukan saya?” Dato Hashim masih tak puas hati.

“suka hati abanglah.. apa yang saya tahu saya sentiasa sokong anak saya.. walau apapun keputusan dia saya sentiasa ikut”

Datin Maznah meninggalkan suami dan anaknya yang masih dengan tanda Tanya,geram juga hatinya bila tak habis-habis perempuan tak guna itu juga yang dibela.

“papa rasa kehilangan abang ada kaitan dengan mama ke?”

“kenapa Mira cakap macam tu?” tak sangka tekaan Mira sama dengan apa yang ada di fikirannya sekarang.

“entahlah.. Mira pelik kenapa mama macam tak kisah pun abang Man hilang..”

“Mira jangan risau, papa akan siasat semua ni..” Dato Hashim membuat keputusan. Memang ada yang tak kena.

Suasana di kafe 2in1 agak tenang. Mungkin sebab masih awal lagi. Fazrul memandang wajah Datin Maznah dengan pandangan pelik. Entah apa mimpi orang tua ni pagi-pagi dah ajak dia keluar makan.

“apa mimpi mak ngah ni siap nak belanja makan, dah buang tabiat ke?”

“kau ni kalau bercakap tak sakitkan hati aku tak boleh ke?” suara itu sudah mula meninggi. Fazrul hanya tersengih.

“saya tak fahamlah Mak ngah ni, anak hilang pun macam tak ada apa.. tak akan mak ngah tak risau kot si lokman tu hilang. Dahlah lari dari majlis perkahwinan sendiri memang bodoh..”

“apa kau cakap Rul.. aku tak dengar.”

“Yalah.. dah elok-elok dapat bakal isteri sikit punya cantik, meletop pulak tu boleh pulak dia lari… hishhh tak ke bodoh namanya tu?”

“haiiii dulu bukan kau ke yang sibuk dekat aku kata perempuan tu jenis bukan-bukan lepas tu kau kata anak aku bodoh pulak, kau ni sebelah mana sebenarnya?”

Fazrul terdiam. Alamak terlepas cakap pulak. Tapi memang dia adalah orang yang paling gembira bila mendengar berita kehilangan Lokman. Aman sikit hidupnya di pejabat. Tapi yang membuatkan dia terkilan sebab Intan memilih untuk berkahwin juga dan pilihannya bukan calang-calang orang.

“kau tahu apa perkembangan perempuan tu?” soalan Datin Maznah dibalas dengan ketawa kecil. “yang kau ketawa tu kenapa?”

“haiii kenapa nak ambil berat pulak dengan menantu tak jadi mak ngah tu? Dia dah kahwin dengan jiran dia. Dan apa yang Mak ngah kena tahu suami dia adalah anak Pengerusi Global Holding juga merangkap CEO. Lebih hebatlah dari si Lokman tu” jawab Fazrul bangga. Padan muka Mak cik dia yang sorang ni. Ingat duit dia boleh beli semua benda.

“mana kau tahu?”

“kalau tak Si mamat tu lebih cepat dari saya. Intan tu dah jadi Isteri saya..”
Bulat mata Datin Maznah mendengar ayat yang keluar dari mulut anak buahnya. Memang nak kena budak ni.

“saya gurau ajelah Mak ngah..” Fazrul mengalihkan pandangan. Cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya tersirat di hati. “jadi lepas ni bolehlah Mak Ngah jodohkan Lokman tu dengan menantu pilihan.”

“itulah rancangan aku..”

Fazrul mencebik. Memang tak masuk akal.

“hebat betul perempuan tu.. tak dapat Lokman, orang kaya juga dia sapu. apa ilmu dia gunapun aku tak tahu..”

“Mak ngah nak jumpa saya ni ada hal apa?”

“aku nak kau buat satu kerja ni?” suara Datin Maznah kembali berbisik. Mungkin bimbang ada mata yang memandang dan mendengar.

“kerja apa? Jangan cakap Mak ngah nak suruh Rul bunuh orang..”

“kau ingat aku bodoh macam kau..” suara Datin Maznah mula meninggi. Memang macam petir. “tapi ingat biar pecah diperut jangan pecah di mulut, siapapun tak boleh tahu… kalau kau bocorkan rahsia siap kau..”sambung datin Maznah berbau ugutan, Fazrul hanya tersenyum.ugutan Mak Ngahnya langsung tak lekat di hati.

“alaa Mak ngah ni macam baru kenal Rul semalam.. tahulah Rul nak buat apa lepas ni, tapi macam biasalah Mak ngah buat kerja bahaya ni tak akan pakai air liur aje..”

“yang tu kau jangan risau.. siap kerja kau siaplah duitnya..”

Fazrul tersenyum lagi. Duit punya pasal semua boleh selesai.

*****
Dah hampir 15 minit Intan masih mengadap Tin sardin tapi usaha untuk membukanya masih gagal. Selama itu juga Shahrul hanya tercegat di tepi memandang dengan padangan tak puas hati. Nasib baik Mak mentuanya tak ada kalau ada tak ke malu, nak buka Tin ni pun tak tahu.

Tadi shahrul menghantar SMS memintanya memasak roti sardin, Mak Siti tak ada di rumah katanya balik kampung dengan Farid. Mulanya dia enggan tapi mengenangkan status sebagai isteri tak salah rasanya dia melakukan tugas kecil itu. Lagipun jauh di sudut hatinya kesian membaca ayat memohon pertolongan dari suaminya sendiri.

“sinilah abang tolong…”

“tak payah saya boleh buat sendiri..”bantah Intan, tangan shahrul ditepis. Shahrul mengeleng perlahan. Memang degil. Wajah kemerahan Intan dipandang dengan ekor mata. Tin sardin masih belum Berjaya dibuka.

“kalau tak boleh buat biarlah abang tolong..”

“kan saya kata saya boleh buat.” Suara Intan sedikit tinggi.

“boleh apanya macam tu.. kalau macam ni sampai esok tak buka dan sampai seminggu ni tak tahulah boleh makan ke tak roti sardin goreng ni..” bisik Shahrul, sengaja dikuatkan biar isterinya itu sedar diri.

“adoiii!!!...” jeritan Intan membuatkan langkah Shahrul terhenti dia kembali berpatah balik ke dapur.

“Ya Allah..” itu saja ayat yang keluar. Darah sudah menitis di lantai. Intan terus mencapai kain di hujung meja lalu membalut luka di ibu jarinya. Darah pekat masih mengalir keluar.

“ abang nak tolong tadi tak bagi… degil, jangan pakai kain tu, kain tu kotor nanti kejap abang ambikkan first Aid.. “ dengan pantas Shahrul hilang. Tak sampai dua minit dia kembali dengan kotak berwarna putih ditangan.

“tak ada apa-apalah..sikit aje ni”

“sikit apa kalau darah banyak macam ni.. macamana boleh jadi ni.” Shahrul mengajukan soalan tak berapa cerdik.

“ikan sardin dalam tin tu gigit kot..” balas Intan selamba.

“memang nak kenalah tin ni..” ucap shahrul geram. Intan hanya berwajah selamba walaupun ngilu di jarinya terasa. “sakit?” Tanya shahrul kembali.

“tak..”

“tu muka macam sakit” mata mereka bertentang. Intan geram. Suka hati nak kenakan orang.

“mana ada.. tak Nampak muka gembira ni, tak Nampak?..“ sehabis boleh Intan menarik senyum yang dibuat-buat.

Ketawa shahrul yang tadinya ditahan akhirnya pecah. Pertama kali dia melihat senyuman tak ikhlas yang mengelikan hati dari wanita kesayangannya itu. Memang lawak. Rasa risaunya berlalu begitu saja.

“ suka pulak.. ingat orang buat lawak apa..” marah Intan sambil menarik kasar tangannya yang sudah siap dibalut. “ehhh… ini luka ke patah ni..kenapa balut macam ni? ”

Ketawa shahrul mati tiba-tiba. Tangan Intan dilihat sudah berbungkus cantik. Dia mengaru kepalanya lagi, ehh macamana boleh terbalut macam tu.

“alamak abang asyik sangat tengok tangan sayang sampai terbalut macam tu.. maaf, mari sini abang betulkan balik..”

“tak payahlah saya boleh buat sendiri”

Intan berlalu keluar dari dapur.

“habis roti sardin goreng apa cerita?”

“tak jadilah..nak makan juga pergi beli dekat kedai”. Terdengar jeritan isterinya yang sudah melangkah pergi.

“Adoiii kempunan lagi aku nak merasa masakan isteri. Haiii siapa tak sayang isteri oiiiii… kau ni tin pun satu yang kau gigit tangan isteri aku tu buat apa kan dah tak dapat makan roti sardin memang patut pun kau duduk dalam tin..” shahrul membebel sendiri.

Melihat jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nak keluar ke tak ni? Shahrul berkira dalam hati. Kalau tidak disebab perut yang sudah menyanyi lagu rock tak mungkin dia akan keluar saat badannya dibeban rasa penat. Lemah semua sendi. Haiii nasib badan,mak jauh isteri pulak dah macam jiran.

“ehhh nak kemana tu?” soal Maya melihat temannya sudah sedia memakai tudung.

“nak pergi beli sardin kejap..”

“kenapa?”

“tadi shahrul teringin nak makan roti sardin, tapi tak sempat aku nak masak dah luka pulak tangan ni..” jelas Intan lagi. Maya mengangguk sambil tersenyum. “yang kau tersenyum tu kenapa?” Tanya Intan geram.

“ehhh tak adalah sayang jugak kau dengan dia ek.. ingatkan dah buat tak tahu tadi..”

“Mak Siti suruh tengok-tengokkan dia..”

“tak payah belilah.. ada ikan sardin dekat dalam kabinet tu.. roti ambik je roti aku atas meja.. setakat dia nak makan sorang memang lepas..”

Tanpa banyak soal Intan terus masuk semula ke dapur. Entah kenapa sejak tadi hatinya tak senang sebab meninggalkan shahrul macam tu je. Rasa bersalah mula terasa bila mengingatkan wajah lelaki itu.

Tak sampai sejam Roti sardine gulung sudah siap dimasak. Satu persatu disusun di atas pinggan. Nama Maya dipanggil beberapa kali. Temannya yang asyik melihat ady putra dalam majalah berpaling.

“kenapa?”

“kau tolong aku hantar dekat dia…” Pinta Intan sambil melangkah dekat dengan sofa tempat duduk Maya.'

“hah? Kau gila..dah pukul berapa ni..hishhh tak naklah.. “

“habis tak akanlah aku nak hantar..”

“mestilah kau..” Maya yang akhirnya membuat keputusan. Memang tak akan ada bantahan. Intan terdiam. Roti sardin goreng dipandang lama.

“tak payah arrr.. kau makan ajelah..”

“Intan kau tak kesian ke laki kau tak makan?..lapar malam-malam ni?.. berdosa tau. Lagipun ini salah satu tanggungjawab kau..”

Intan terdiam. Maya simpan senyum hakikatnya dia sengaja menimbulkan rasa bersalah dalam diri temannya. Bukan niat untuk mengena tapi lebih kepada membetulkan keadaan. Tanpa banyak soal Intan mencapai kembali tudungnya di hujung sofa.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets