Friday, September 24, 2010

GILA KAU 44

Gila Kau 44

Hari ini masing-masing sibuk dengan persiapan terakhir. Sesekali matanya Mak Siti menikam wajah Shahrul yang menyusun satu persatu pasu bunga tamannya. Memberi lalu untuk memudahkan khemah pengantin didirikan di situ. Wajah lelah itu betul-betul membuat hatinya sayu.

“Mak menung apa lagi dekat sini ni?” tegur Shahrul yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Mak Siti menarik senyum dalam payah. Namun panahan mata anaknya itu membuatkan hati bertambah sayu.

Shahrul tersenyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran maknya ketika itu. semalam Farid dah menyumpahnya sehinggakan sepupunya itu merajuk dengannya. sehingga kini masih tak nampak baying Farid. Betul ke Farid nekad tak nak datang. Esok perkahwinan Intan. Esok juga dia akan berlepas ke Jepun atas urusan syarikat. Tapi betul ke atas urusan syarikat atau sebenarnya dia ingin melarikan diri?. Ya itulah jawapan yang sebenar.

“anak mak ok?”

Sekali lagi Shahrul tersenyum. Entah kenapa wajahnya yang serius itu sengaja disenyumkan. Nampak sangat dia sekarang sedang berlakon. Lakonan yang lari dari sifat Shahrul Iskandar yang sebenar.

Semalam dia banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Dari dalam bilik dia dapat mendengar suara gelak tawa Maya dan Intan bersama maknya dan Ummi. Ummi dan aina datang dari kampung untuk membantu dan kehadiran mereka sudah cukup memancarkan kebahagiaan di wajah Intan.

“Shahrul Iskandar!!” bahunya ditampar perlahan dari tepi. Wajah Mak kembali di ruang mata.

“Shah tak apa-apa mak.. hah.. tu Mak Jihan pesan nanti dia bawakah bunga pahang.. dia nak sponsorlah kot..” Shahrul mengubah topik. Tak mahu dibayangi perasaan yang sama.

“Farid mana ni.. dari tadi ummi call dia tak dapat?” tiba-tiba suara Ummi menjengah dari belakang.

“sikit lagi sampailah dia tu.. budak tu kan sibuk, lagipun bukan ada kerja sangat nak suruh dia datang tergesa-gesa..” giliran Mak Siti membela Farid.

“hishhh Kak Long ni selalu nak menangkan budak tu. Itu yang jadi macam ni, degil.. shah tolong ummi call Farid, beritahu dia yang ummi suruh dia datang sini sekarang..” arah Ummi tegas.

Shahrul mengangguk. Kalau ummi tak suruhpun dia akan buat perkara yang sama. Kenapa mesti Farid yang melarikan diri. Dalam hal ini yang patut lari sejauh mungkin adalah dia.

“walau apapun apa yang kau buat ni tak betul.. tak sangka aku ada sepupu yang penankut macam ni?”

“kau tak akan faham Farid.. cinta tak boleh dipaksa..”

“memang cinta tak boleh dipaksa tapi cinta perlukan keadilan.. dimana keadilannya kalau hanya kau yang memedam rasa, lepas tu kononnya nak jadi hero yang boleh selamatkan perasaan semua orang yang boleh bahagiakan semua orang..”

“jadi kau nak suruh aku buat apa?” Tegas Shahrul.

“jumpa dia katakan rasa cinta kau..”

Shahrul memejam matanya lama. Kata-kata Farid membuatkan dia menjadi seorang yang penakut. Takut dalam memperjuangkan hak dan diri sendiri. dia sendiri takut dengan perasaannya sendiri. tapi bukan kerana dia pengecut tapi sebab dia lelaki yang tak ingin menguris rasa cinta orang lain disebabkan keinginan dan rasa cinta yang hanya untuk manusia.

“aku bukan takut.. tapi aku inginkan sesuatu yang bukan hanya untuk dijadikan trofi kemenangan tapi dijadikan satu perkongsian. Kalau ada rasa cinta biarlah bukan dengan rasa paksa..” bisiknya sendiri.


****

Intan memandang jari-jemarinya yang sudah dihiasi kemerahan inai. Macam tak sangka yang secepat ini dia akan menukar statusnya. Pertamanya dia rasa sangat bertuah kerana Mak Siti sanggup menerimanya sebagai keluarga dan membuatkan dia seakan memiliki sebuah keluarga yang lengkap dengan adanya Ummi dan Aina. Semalam mereka menghabiskan malam dengan bercerita.

Pengalaman dan perasaan inilah yang selama ini dinanti-nantikan. Keriuhan suara seorang ibu, nasihat dan panduan dari seorang Mak cik dan keriuhan dan kemesraan saudara yang dianggap seperti adiknya sendiri. Cuma kadang kala dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang tersembunyi di sebali senyuman Mak Siti, puas dia cuba merisik rahsia tapi gagal.

Selain itu rasa bertuahnya kerana hati ini terbuka untuk menerima Lokman sebagai bakal suami. Bakal yang akan membimbingnya ke jalan yang diredhai. Serta seorang lelaki yang akan membahagiakannya. Penerimaan keluarga Lokman juga di luar tanggapannya. Kalau dulu dia rasakan yang Datin Maznah tak pernah menyukainya. Tapi kini semuanya dapat diterima dengan baik.

Memang betul hatinya berkata-kata yang semua ini berlaku secara tiba-tiba. Dia tak pernah merancang tapi mungkin Tuhan yang menentukan. Siapa dia untuk menolak.

“haiii menung apa tu pengantin?” suara Maya di hujung pintu bilik yang sudah terbuka sedikit.

“bukan menung tapi cuba melihat masa depan..”

Maya tersenyum dan ketawa kecil. dalam diam dia memuji wajah ayu temannya yang berseri tanpa secalit make up. Memang Intan punya kecantikan semulajadi. Apa yang pasti temannya itu punya kecantikan dalaman yang bukan semua wanita ada. itu dia cukup yakin sebab utama Lokman memilih Intan Azura.

“kau dah call Lokman tanya sok pukul berapa?”

“emmm malaslah… kami dah janji tak akan call atau SMS biar semuanya berlalu seperti semulajadi..” jelas Intan.

Maya mencebik. Dia duduk di katil mewah yang sudah berhias cantik.

“habis tu macamana nak tahu pihak sana datang bile?.. kau tu kan nak tunang dulu lepas tu baru akak nikah.. kalau tak tahu masa macamana nak bersedia?” giliran Maya melepaskan penjelasan panjang lebar. Eiii tak faham-faham.

“kan dah tahu semua… taka pa ikut aje apa yang dah dirancang, aku yakin Lokman tak akan lewat.. dia seorang yang menepati janji..”

Maya mencebik. Intan tersenyum.

“elehhh belum jadi laki, dah puji melambong-lambong.. macam lelaki melayu terakhir pulak si lokman tu.. kalau kau tak nak call nanti aku bagi pihak kau yang call..”

Intan mengangguk setuju. Maya yang menjadi dalang majlis yang mengatur segala persiapan. Kira macam perancang perkahwinanlah tapi versi tak terlatih..

“emmm aku ikut aje..” Intan setuju. dia menarik laci dan mengeluarkan satu bungkusan kecil. dari tadi dia memang nak membuka hadiah itu.

“hadiah siapa tu?” tanya Maya. Dia bangun dari baringnya. Dia pulak yang rasmi katil pengantin. Hishhh!! Apalah..

“Shahrul..semalam dia bagi dekat aku..”

Maya diam. Matanya terus beralih kepada kotak sederhana kecil di tangan Intan. Shahrul? Nama itu tiba-tiba muncul, sejak semalam dia cuba meneliti wajah itu tapi shahrul nampak macam tak ada apa-apa. Mungkin Farid aje kot yang melebih-lebihkan cerita. Emmm peguam muda tu memang cepat gabra kalau benda macam ni.

“apa benda dalam tu?”

Maya datang dekat. Tak sabar ingin melihat isi bungkusan yang berbalut cantik itu.

“amboiii… over nampak?” usik Intan. Maya tersenyum.

“saja nak ambil tahu… tak boleh?” soalnya tak puas hati.

Bungkusan ditanganya digoncang perlahan. Senyap tak ada bunyipun. Mata mereka saling bertentang. Wajah Maya kelihata tak sabar. Intan pula sengaja melewat-lewatkan masa. Sengaja nak buat suspen.

“kenapalah lambat sangat?.. nak bukan benda ini pun lambat apa cerita, meh sini aku tolong buka..” Maya cuba mengambil bungkusan di tangan Intan. Pantas Intan menepis.

“ehhh.. tak sabar pulak..”
Belum sempat balutan hadiah dibuka, wajah Aina menjenguk di muka pintu. Intan dan maya berpaling.

“kak ummi panggil.. dia kata ada benda nak cakap..”

“nak cakap apa?” sambut Maya.

“entah.. nak bagi tips sebelum menjadi isteri orang kot..” usik Aina, mengundang ketawa dia dan Maya. Wajah Intan kemerahan bila melihat jelingan Maya. Dia tahu apa maksud jelingan itu. cihhh buat malu aje.

Mereka meninggalkan bilik pengantin. Bungkusan itu dimasukkan semula ke dalam laci. Biarlah banyak lagi masa, walaupun dalam hati terlalu ingin melihat apa yang berada di dalamnya.

****

Langkah Intan terhenti di hujung tangga. Dari situ dapat dilihat cahaya terang di hujung taman. Di situ ada satu susuk tubuh yang berdiri di hujung kolam ikan.

“menung apa tu?” Mak siti berpaling. Membalas senyuman di wajah Intan.

Wajah itu jelas ada mendung walaupun diselimut dengan senyuman. Berkerut dahi Intan, lantas tangan wanita itu digenggam, memang pada mulanya dia tak berani untuk menerima kasih sayang wanita ini tapi dia tak boleh menipu hatinya sendiri. dia begitu rindukan kasih sayang seorang ibu. Terlalu rindu!!..

“Kenapa mak termenung?”

“tak ada apa Intan.. Cuma rasa terharu bila kenangkan kemeriahan esok. Mak doakan Intan akan bahagia” ujar Mak Siti perlahan. Cukup sayu.

Intan tersenyum. Tubuh itu dipeluk erat. “Intan sayang Mak..” bisikan walaupun perlahan tapi cukup membuatkan air mata Mak Siti menitis. sayu.

“emmm Shah mana mak?.. tak nampakpun dia”

Mak Siti terdiam. dia masih teringat langkah sayu shahrul yang meninggalkan rumah dengan beg sederhana besarnya. Disebabkan itu juga naluri seorang ibunya terguris. Tapi apa yang dia boleh buat?.. cinta tak boleh dipaksa.

“Mak!!”

“emm…?”

“Intan tanya shah kemana?” soalan yang sama diulang lagi.

“dia tidur rumah Farid… si Farid dengan dia mana boleh berenggang, pantang kalau ada masa sikit dengan Faridlah dia berkepit..” Mak siti berbohong.

Intan ketawa. Memang betul kata Mak Siti tu.

“tapi Farid tak datang sinipun Mak Siti? Kalau tak silap Intan tiga hari lepas aje nampak muka dia..”

Sekali lagi soalan Intan menjerat Mak siti. Apa lagi alasan yang harus diberikan?.

“hishhh semalam dia ada datang, jumpa Ummi tapi masa tu Intan sibuk dalam bilik kot.. tak perasan..” Mak siti mereka cerita.

“emmm ye ke?”

Mereka terdiam, masing-masing seakan memikirkan sesuatu. Akhirnya tangan Intan yang sudah merah berinai memegang pipi sebelah kanan Mak Siti. Senyuman masih lagi setia di bibirnya.

“dah-dah tak mau sedih-sedih… senyumlah, kalau Mak senyum kebahagian Intan akan lebih bermakna” pelukan dieratkan. Sehinggalah mereka terdengar suara Maya yang menjerit memanggil dari dalam. Sama-sama melangkah masuk kembali ke dalam rumah.

****

Senyuman cuba diukir di wajahnya. Rona satin korea lembut yang putih bersih terbalut cantik di tubuh rampingnya. Selendang dari warna yang sama menaikkan lagi seri pengantin. Dari tadi telinganya hanya menadah pujian yang tak putus-putus dari sesiapa saja yang masuk ke dalam bilik.

“cantiknya kawan aku ni.. tak sangka aku ada kawan secantik ni.. patutlah si LOkman tu tak boleh nak toleh dekat orang lain” usikan Maya langsung tak berbekas di hatinya. Debaran di hati lebih menghantui diri.

Kalau semalam dia merasakan seolah-olah semuanya akan berjalan lancer tapi pagi ini dia merasakan yang perutnya seakan bergelora. Terasa macam-macam perasaan sehinggakan terasa nak muntah.

“dah pukul berapa ni, aku dah try call Lokman tapi tak dapatlah.” Jelas Maya. Sambil membetulkan selendang panjang yang tersangkut di kepala Intan.

“emmm dalam perjalanan kot.”

“emmm mungkinlah kot.. aduh aku pulak yang berdebar ni” usik Maya lagi. dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya. Dia dah melalui saat itu. tiba-tiba ingatannya kembali pada Johan. Walaupun lelaki itu menghadiahkan banyak derita tapi Johan juga lelaki pertama yang membuka hatinya untuk cinta.

Sayang perkahwinannya dengan Johan tak kekal lama. Mungkin salah dia sebab terlalu sangat ikutkan rasa cinta sehinggakan tak boleh melihat kaca dan permata. Hahh mungkin jodoh mereka sudah tertulis sampai di situ saja. Jadi tak ada apa yang nak dikesalkan.

“ehhh Maya kau ni berangan pulak..”

Maya terkejut lalu ketawa. Alamak macamana boleh berangan ni?.

“emm aku try call Miralah..” tiba-tiba dia teringatkan adik Lokman. Dua kali mereka berjumpa tapi dia cukup senang dengan sikap peramah Mira. Sikap Mira sama macam Aina adik Farid.

Beberapa kali nombor itu didail tapi gagal.

Ummi menjenguk dari pintu.

“rombongan dah sampai mana ni? Orang dah tanya tu.. sikit lagi Pak Imam nak datang..” Ummi seakan mendesak. Sempat juga dia menjeling kea rah jam di dinding. Debaran di hati semakin kuat.
“tak akan jalan sesak kot.. bukannya jauh sangat pun..” rungutan Maya kedengaran lagi.

“tak apalah kita tunggu sikit lagi” bisik Intan kembali tenang. Dia duduk kembali ke atas katil indah yang ditaburi bungan ros merah yang segar. Terasa nyaman berada di bilik dengan haruman Ros putih dan merah. Suasana yang tak pernah bermain di fikirannya.

Minit berganti minit, hatinya yang tadinya tenang kembali berdebar. Kali ini bukan memikirkan perasaan tapi memikirkan apa yang terjadi pada rombongan Lokman yang tak sampai-sampai.

“Intan cuba kau call..” Maya bersuara. Dia sendiri dah tak sedap hati.

Intan membuka laci kecil di hujung katil. Telifon bimbitnya dikeluarkan. Nombor lokman didail laju. Lama ditunggu tapi gagal. Dicuba sekali lagi tetap gagal.

“tak dapat..” suara Intan hampa. Maya mengeluh.

Tiba-tiba lagu tasbih cinta bergema. Nama lokman tertera di skrin. Lokman!!.. suara Intan sedikit kuat.

“Hello, Man dekat mana ni?.. Ha arr Kak Intan ni, hah! Hilang!!?” Suara Intan bergema. dia terduduk di katil. Suara Mira di hujung talian sudah tak dihiraukan.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets