Monday, February 22, 2010

KERANA KAU 17


Kerana kau 17

Pintu bilik dirempuh tanpa sebarang salam. Jaafar berwajah pucat.. ditangannya ada fail berwarna biru hanyalah alat untuk mengaburi mata-mata yang melihat. Walau apa cara sekalipun dia perlu berjumpa karim.

“kau ni masuk tak reti nak ketuk pintu ke?”

Suzy yang duduk di ribaan Karim bangun dan membutangkan kembali baju yang sudah hampir terlonggar. Jaafar membutakan mata dengan apa yang dilihatnya. Setahunya suzy adalah kerani kewangan yang baru masuk tak sampai 2 bulan di syarikat. Hishhhh dasar perempuan senang tergadai..

Sempat dia menangkap jelingan manja suzy dan lambaian mesra kepada Karim sebelum wanita yang memakai skirt ketat itu hilang di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“hah??!!apahal macam kena kejar hantu ni?” karim membetulkan kolar bajunya.

“kita dalam bahaya sekarang, nampaknya Si Fariz tu bukan bodoh macam yang kita sangkakan”

“sabar kau jangan takut sangat, sedangkan orang tua Mansur tu kita boleh pijak inikan pulak anak dia yang baru menetas tu”

“tapi aku dengar adam dan mula buat siasatan pasal projek megajaya dan beberapa projek kecil pun diorang buka fail balik” jelas kedengaran kegelisan di wajah Jaafar.

“sudah kalau plan A tak menjadi terpaksalah kita buat plan B” ketawa tercetus kecil. Terbayang kemusnahan Datuk Mansur tanpa keluarga yang tersayang.

10 tahun dia berkhidmat dalam Neraca holding tapi apa yang dia dapat?. Usahanya tak pernah dihargai. Kalau ikutkan cerita bodoh si anak pungut yang entah dari mana datangnya, dia lebih layan duduk di kerusi itu. Tapi kenapa Si Mansur Jahanam tu senang-senang angkat anak dia duduk di kerusi teratas.

Karim menumbuk meja beberapa kali. Memang selama ini banyak duit syarikat yang masuk ke dalam akaunnya, tapi entah di mana silapnya kali ini langkah yang di atur dapat dihidu. Itupun selepas kehilangan 300 ribu yang kononnya dilesapkan oleh Ayuni. Hahhh!! Sejak perempuan tu masuk banyak rancangannya terpaksa dibatalkan.

“macamana ni?” Jaafar menayangkan wajah kelat. Ada sedikit kekesalan kerana terlalu mengikut telunjuk Karim. Kalau dulu dia tak sebodoh ini pasti dia tak berada dalam ketakutan macam ni.

“kau jangan bising boleh tak? Aku dah cukup serabut ni”

“kau ingat karim, apa pun yang berlaku kau tak boleh tinggalkan aku.. semua kegiatan kau dalam tangan aku”

Karim mencapai kolar baju Jaafar, digenggam kuat. Kalau ikutkan hati memang lebam muka budak ni kena penumbuk sulungnya.

“kau jangan nak ajar aku...ini karimlah tak pernah ada yang berani pijak kepala aku” jeritnya kuat.

Dia menolak kasar tubuh jaafar hampir lelaki itu tersembab ke meja. Jaafar berdengus keras. Kekesalan memuncak di hatinya. Ingatkan boleh kaya bila dia menjadi orang kanan Karim tapi akhirnya habukpun tak ada.

“aku ada satu cara..dan aku tahu apa kelemahan orang tua tu... kau jangan risau, kalau Neraca Holding tak jatuh ke tangan aku, kau jangan panggil aku bos kau”

“kau nak buat apa?”

Karim tersenyum sinis, ada sesuatu yang terencana dalam otaknya. Jaafar diam. Terasa ada yang tak kena. Orang macam Karim ni sanggup lakukan apa saja, apa yang penting adalah duit.

***

Dairi biru ibunya masih dipeluk erat. Dairi itulah yang menjadi pembakar semangatnya. Dairi itulah yang dijadikan penganti tempat dia bergantung dan kepada dairi itu juga dia meluahkan segala perasaan dan keinginannya. Lama dia melayan perasaan di hujung jendela. Matanya terhenti pada dua beranak yang sedang asyik bergelak ketawa.

“maafkan papa..papa akan tebus segala apa yang telah papa lakukan”

“apa yang boleh datuk tebus? Hidupkan kembali ibu saya yang sudah tak ada? Kembalikan saya pada zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan atau selamatkan saya dari menjadi penghuni rumah anak yatim?”

“maafkan papa sayang..papa tahu semua itu tak dapat memuaskan hati ayuni”

“Emmm mudah sungguh kata maaf...andai kata maaf dapat membuatkan seseorang itu bahagia mungkin dari dulu lagi saya dah bahagia, tapi maaf hanya untuk seseorang melarikan diri dari apa yang dia lakukan. Hakikatnya Datuk tak ubah macam seorang pengecut”

Hampir setiap hari kata-kata sesalan didengar lahir dari mulut Datuk Mansur. NamunWajah penyesalan Datuk Mansur langsung tidak meninggalkan kesan kepadanya. Semakin dia cuba melupakan apa yang terjadi semakin apa yang berlaku bermain dalam mindanya. Kusut dan serba tak kena. Kadang kala perasaannya sendiri berlalu ibarat tiupan angin.

Kini berada di tengah-tengah mahligai mewah ini juga tak mampu mengubati apa yang bersarang dalam jiwanya. Masih kosong. Masih kaku. Kelibat dua beranak menarik perhatiannya. Lama sudah mereka di situ.

Aleyya menutup tawanya sementara Datin Normah sedang asyik bercerita. Hahhh!! Bahagianya kau di atas penderitaan orang lain. Dia cuba menenangkan hati yang mula tak tenteram. Dairi birunya dipegang kuat. Ibarat melepaskan semua rasa yang terbuku di hati. Kakinya masih kaku di tepi jendela sederhana besar di sudut tamu.

“apa yang kau menungkan tu?”

Tiada jawapan dari soalan itu. Ayuni masih melayan menungnya. Kehadiran Fariz tidak diendahkan. Marahnya pada lelaki itu belum pernah padam, setiap kali mengingatkan jasa Datuk Mansur yang sanggup memjaga anak yatim dan membuang anak sendiri betul-betul mengecewakan, Kadang kala dia terfikir untuk apa dia berada di sini?.

“apa yang kau fikirkan?” melihat renungan penuh kebencian Ayuni yang terarah kepada senyuman mama dan adiknya aleyya yang duduk di taman.

“nak tahu apa aku fikirkan?”

Berkerut dahi lelaki itu. Persoalan Ayuni membuatkan wajah wanita itu ditatap tepat. Namun Ayuni masih tak berpaling.

“aku tengah fikirkan macamana nak pastikan perempuan itu tak akan mampu untuk senyum seperti itu lagi..”

“apa kau cakap ni?..kalau kau berani cubalah. Aku akan pastikan kau tak akan berani sentuh keluarga aku” jerit Fariz kuat. Tangannya kuat menumbuk pasu bunga yang terletak di penjuru yang hampir dengan mereka.

Fariz menahan geram. Kalau ayuni seorang lelaki pasti tumbukan itu sudah hinggap di wajahnya biar lebam biar berdarah. Ayuni tersenyum sinis, walaupun dia terdetik untuk melawan tapi melihat amarah dan kaca yang bertabur di lantai membuatkan dia puas. Dia ketawa kecil lalu meninggalkan Fariz.

“kenapa ni abang?”

“Ya Allah Fariz..kenapa ni?” kaca pasu yang dibelinya dari cina sudah hilang rupa. Namun bukan pasu mahalnya yang difikirkan tapi wajah bengis anak mudanya, tadi dia terdengar ketawa Ayuni tapi tak nampak pulak bayang anaknya itu.

“Fariz...” panggil Datin Normah sekali lagi. Fariz berpaling, marahnya reda melihat wajah risau mamanya.

“kenapa? Apa dah jadi ni?” pertanyaan mamanya dibalas dengan senyuman paksa. Tak mungkin dia mengulang kembali apa yang di dengar tadi. Ayat yang keluar dari mulut ayuni.

Terus terhapus niatnya untuk meminta maaf dari ayuni atas segala yang telah dilakukan. Nampaknya perempuan itu memang nekad ingin memusnahkan keluarganya. Dia tak akan duduk diam, walau apapun alasan ayuni dia tak akan membiarkan hati wanita yang sudah memberikannya kasih sayang dan nilai keluarga sebenarnya disakiti. Tak mungkin.

Datuk Mansur meletakkan kembali buku yang dibaca kembali di atas meja. Tumpuannya tidak lagi pada buku yang tadi menarik perhatiaannya. Cermin mata yang tersangkut di batang hidung diletak di atas buku tadi.

Wajah suram isterinya menghiasi pandangan. Dari tadi tak terdengar suara itu berbual dengannya. Malah di meja makan tadi dilihat isterinya lebih banyak diam dari melayan teletah anaknya.

“Kenapa Mah?” datuk Mansur sudah duduk di birai katil. Memandang isterinya yang duduk bersandar sambil memeluk bantal.

“kenapa apa bang?”

“dari tadi abang tengok macam ada perkara yang Mah nak cakap dengan abang?”

Datin Nomah membisu. Memproses soalan suaminya, memang dia tak boleh nak berbohong dengan perasaannya sendiri. Tapi dia juga tak mampu nak berbohong dengan suami yang sudah menjadi temannya berpuluh tahun. Suaminya bijak membaca apa yang bermain di wajahnya.

“Mah rasa Ayuni masih tak boleh nak terima Mah sebagai ibu dia bang”

Kenyataan itu membuatkan Datuk Mansur berdehem perlahan. Anaknya itu semakin dekat semakin jauh darinya, kalau dulu dia sering bermimpi yang Ayuni datang mencarinya tapi kini siangnya juga dibayangi satu bayang rasa bersalah yang teramat. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan untuk menyejukkan kembali hati anaknya itu.

“bukan dengan Mah saja dia menjauh...tapi dengan abangpun dia masih kaku” terdengar-dengar panggilan Datuk Mansur yang digunakan Ayuni. Kekal dengan panggilan itu walaupun sudah hampir dua bulan anaknya itu berada dekat dengannya. Benci sangatkan dia pada aku!!..

Melihat wajah sedih yang berwarna di wajah suaminya membuatkan Datin Normah terdiam. Salah dia meluahkan isi hatinya, hati suaminya juga masih berat dibebani pelbagai masalah. Dia mengambil keputusan untuk diam.

“tak apalah bang mungkin dia masih perlukan masa, lagipun dia dah bayak menderita bang.. bila Mah tengok muka dia mata dia Mah nampak satu perasaan yang kita sendiri tak pernah rasa”

“Mah tak selesa dia dekat sini?” soalan yang sudah lama disimpan akhirnya terluah juga.

“hishhh abang ni, dia anak Mah. Mah sayang dia sama macam Mah sayang Aleyya dan Fariz malah lebih...kenapa abang tanya macam tu?”

“bukan apa Mah... abang tak nak abaikan perasaan Mah, kalau Mah rasa tak selesa dengan kehadiran ayuni terus terang dengan abang..abang tak nak Mah simpan dalam hati”

Kata-kata suaminya membuatkan Datin Normah menyepi. Memang hatinya sering tersentuh dengan kelakuan anak itu tapi tak pernah terniat di hatinya untuk menghalau Ayuni jauh dari rumah. Malah jauh dari keluarga itu. Tak pernah sekalipun....

“ini semua salah abang..kalaulah abang tak abaikan mereka dulu mesti sekarang ni kita bahagia hidup bersama”

“abang jangan salahkan diri.. mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Kita serangkan segalanya padaNya, kita tak boleh macam ni bang...”

Datin Normah melakarkan senyuman. Cuba menenangkan hati suaminya.

“abang nak air?..”

“emmm bolehlah..terasa nak minum Milo panas awak”

Kata-kata pujian Datuk Mansur duibalas dengan senyuman. Memang itulah yang memikat hati wanitanya. Datuk Mansur seorang yang penyayang.

Gelas di tangan diisi dengan air suam. Kalau ikutkan hati malas nak turun tapi di sebabkan tekaknya dah kering digagahkan kaki menuju ke dapur. Habis air diminum dia melangkah ke singki paip air dipasang.

Datin Normah tersenum memandang Ayuni yang masih termenung di depan singki. Air masih terpasang dan cawan ditangan. Apa yang difikirkannya? “ayuni nak air? Mama buatkan?” .

Ayuni pantas berpaling. Wajah itu memenuhi ruang matanya, senyumannya itu langsung tidak dibalas. Dia meletakkan kembali cawan yang sudah di basuk ke rak. Datin Normah hanya memandang sepi langkah Ayuni yang melangkah tanpa menghiraukannya. Terasa airmatanya seakan mahu jatuh ketika itu.

Peargghhhh!!! Bunyi kaca pecah membuatkan ayuni menjenguk kembali ke dapur. Bulat matanya apabila melihat tubuh Datin Normah yang terbaring dilantai. Tapi belum sempat kakinya melangkah dia disergah satu suara. Tubuhnya ditolak ke tepi hampir terjatuh. Fariz meluru ke arah mamanya.

“apa yang kau buat ni??” jerit lelaki itu. Ayuni hanya memandang sayu. Fariz menjerit kuat memanggil papanya dan seisi rumah.

“Ya Allah apa dah jadi ni Riz?”

“entahlah..papa tanyalah anak kesayangan papa tu, kalau jadi apa-apa dekat mama Riz tak akan lepaskan dia”

“dah angkat mama.. kita bawa pergi hospital” Datuk Mansur enggan melayan marah anaknya, apa yang penting sekarang keselamatan Normah.

Aleyya yang masih dalam mamai meluru ke dapur. Tanpa sempat bertanya apa yang terjadi dia terus membantu abang dan papanya. Jelingan sempat dihadiahkan kepada Ayuni yang masih kaku di tepi laluan masuk ke dapur.

“apa lagi tercegat dekat situ..tak habis-habis menyusahkan orang, memang patut kau hidup seorang diri..dan tak tahu nak menghargai orang langsung...hati penuh dengan dendam” Datuk Mansur membidas keras. Sambil mencapai kunci kereta yang tersangkut di dalam almari kunci.

Ayuni masih lagi berdiri di situ. Kaku. Suasana yang tadinya riuh kini sepi.. yang ada hanya dia sendiri. Terduduk dia di situ, dalam diam air matanya menitis perlahan membasahi pipi. Tapi tangisannya tidak bersuara hanya kedengaran esakan kecil.

‘ibu.....ayuni takut..”

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets