Wednesday, April 7, 2010

GILA KAU 40


Gila kau 40

“Ya?”

“tak”

“ya”

“tak?”

Dua perkataan itu masih berlegar-legar di mindanya. Intan masih melayan menungnya. Sekejap dia mengangkat baju ke katil, sekejap dia memegang bantal. Otaknya masih memproses apa yang terjadi semalam. Biar betul tak pernah bermain di mindanya Lokman akan bertindak seperti semalam. Macamana pulak kalau dia katakan ‘tidak’ semalam? Tapi hakikatnya dia masih tak memberi jawapan apa-apa lagi.

Peristiwa petang tadi membuatkan dia tak senang duduk. Rasa macam panas di tahap mendidih walaupun hakikatnya kipas berpusing laju.

“apa kita buat dekat sini?” tanya Intan. Melihat senyuman mekar di bibir lelaki di depannya itu dia turut sama tersenyum.

“saya ada sesuatu nak katakan pada awak dan saya rasa di sini adalah tempat yang sepatutnya” tasik buatan manusia didepannya cukup mendamaikan. Hanya ada dua tiga pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka menikmati keindahan tasik.

“apa dia?” Intan masih menumpukan perhatian pada keindahan Tuhan di depannya.

“saya seorang lelaki yang selalu mendambarkan seorang perempuan yang sempurna, sejak itu saya sering memburu perempuan-perempuan. Bagi saya perempuan adalah satu perhiasan yang wajib di sisi saya...” kata-kata Lokman membuatkan Intan berpaling, memandang tepat ke arah lelaki di sebelahnya. Namun mata Lokman masih mengarah ke depan.

“maksud awak?”

“macam yang awak dengar tentang diri saya.. macam-macamkan yang kadang-kadang saya sendiri rasakan diri saya ni cukup jahat...” jelas Lokman lagi.

“tapi awak tak buatkan semua tu?” pertanyaan intan membuatkan Lokman tertawa.

“saya bukan sebaik yang awak sangka Intan.. tapi kini saya cuba untuk menjadi yang terbaik demi awak..” bisiknya perlahan. Intan diam memberi ruang untuk Lokman meneruskan kata-katanya. “saya nak awak kenal saya sebagai Lokman Hafizi yang sekarang, saya cukup yakin hanya awak wanita yang mengenali dan sudi berkawan dengan saya sebab saya Lokman Hafizi bukan sebab saya Lokman Hafizi Datuk Hashim” intan masih tak dapt menangkap apa sebenarnya yang ingin disampaikan lokman.

“saya tahu awak terkejut dan mungkin lepas ni awak tak akan nak berdepan dengan saya lagi, tapi Demi cinta saya pada Allah SWT yang masih kerdil ni saya dapat rasakan cinta saya insan bergelar wanita iaitu awak”

“hah??” Intan terkedu. Kaku. Seakan tak dapat menangkap apa yang didengarnya sebentar tadi. Tapi hakikatnya memang jelas, terang lagi bersuluh.

“Intan azura, saya Lokman Hafizi merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya kejar dulu tapi sebagai pendamping, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa bersama saya saat saya senang dan susah”

“apa ni lokman??” degup jantung bergerak laju.

“walau apapun keputusan awak saya redha...saya ingin kita sama-sama tahu yang pertemuan kita kerana Allah dan berpisah kita kerana Allah” Intan terkesima, bukan kerana Lokman anak Datuk Hashim melamarnya tapi kata-kata yang dilafazkan betul-betul menyentuh hati wanitanya.

“sudahlah Lokman.. macam yang pernah saya beritahu awak...”

“Intan.. ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Biar satu dunia menuduh awak membawa sial atau apa saja yang awak definisikan, saya tetap yakin dengan perasaan saya. Kalau mungkin ajal saya dah sampai, saya nak awak ingat semuanya bukan sebab awak tapi sebab Allah dah tetapkan masa saya” bisik Lokman syahdu.

“tapi...”

“saya tak paksa awak Intan, tapi saya perlu luahkan rasa hati saya.. desakan itu membuatkan saya sentiasa rasa sakit dan saya harap awak pertimbangkan”

“awak buat saya takut..”Mazliana menjauhkan diri dari Lokman dia bergerak sedikit ke hadapan. Matanya langsung tak memandang ke arah lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri tak tahu.

“saya ingin menjadi pelindung awak Intan dan saya juga akan pastikan awak bahagia andai masa yang awak perlukan saya akan bagi awak masa, selama mana awak inginkan ” kata-kata Lokman betul-betul membuatkan Intan hilang kata-kata.

Intan masih duduk kaku di atas sofa biliknya. Masih bemain-main dengan kenangan petang tadi. Debaran yang masih belum reda. Buat kali pertama dia dilamar seorang insan yang tak pernh ada dalam kotak fikirannya. Bukan disebabkan Lokman bukan pilihannya tapi dia sendiri takut membayangkan apa-apa untuk masa depannya sendiri.

“weiii... ni nak lipat kain ke bungkus kain?” sergahan Maya membuatkan dia tersedar, matanya memandang kain yang berbungkus di tepi sofa.

Intan tersedar cepat-cepat tanganya mencapai lipatan yang tak serupa bikin disebelahnya. “alamak apa aku buat ni..” rungutnya sendiri sambil tangan ligat mengemas semula lipatan yang kononnya tadi dah siap.

“beranganlah tu.. hishhh kau ni kenapa aku tengok asyik berangan je ni?” usikan Maya langsung tak berbekas di hatinya.

“Lokman lamar aku petang tadi..” ucap Intan perlahan.

“alaa.... baru lamar kau dah jadi macam ni...” Maya ingin melangkah ke katil, langkahnya terhenti cuba memproses semula apa yang diucapkan Intan sebentar tadi “apa??!! Melamar kau?” jeritnya perlahan. Dia meloncat terus duduk di tepi Intan.

Maya Kirana memandang tak percaya, matanya cuba mencari kebenaran di sebalik mata bundar milik temannya itu. Biar betul. Memang hatinya dari dulu menganggak yang Lokman ada perasaan dengan Intan tapi tak sangka pulak yang lelaki itu akan bertindak sebegini cepat.

“habis tu kau terima ke tak?” tanya Maya lagi. Rasa tak sabar menunggu jawapan dari Intan.

“emmm aku tak tahu.. aku serabut sekarang ni”

“apa kata hati kau?”

“aku takut Maya... aku takut dia akan ikut jejak langkah siapa sebelum ni yang cuba sayangkan aku” bulat mata Maya mendengar apa yang keluar dari mulut temannya itu. Hishh tak habis-habis..

“kan dah banyak kali aku cakap kalau kau terus percaya kata-kata tu maknanya kau akan terus hayut dalam dunia yang kau cipta sendiri, kau tak percaya dengan tuhan ke? Ya Allah...” marah Maya.

Kadang kala maya sendiri hairan dengan fahaman sahabatnya itu. Sejak dari mula mulut Intan selalu saja menggunakan perkataan ‘sial’ sedangkan dia sendiri tahu yang tidak ada didunia ini yang dilahirkan membawa malang. Ini semua mesti disebabkan pengaruh zaman kanak-kanaknya. Peristiwa yang sedikit sebanyak pernah diceritakan sendiri oleh Intan. Dia simpati dengan nasib Intan tapi sebagai sahabat yang dah dianggap seperti saudara tak mungkin dia akan percaya semua benda karut itu.

Intan hanya berdiam. Kata-kata Maya memang betul. Bukan dia yang membawa sial. Semua itu dah ketentuan Ilahi.

Lokman masih gelisah di duduknya. Dari tadi dia berteleku di depan meja bacaan sambil melihat tepat ke arah telifon bimbit yang sepi di atas meja. Kenapa hatinya masih kecang seperti tadi, tak pernag surut sejak dia lafazkan sayang dan cinta pada wanita yang sudah menjadi suri dalam hidupnya. Dia nekad jikan bukan Intan pilihannya tak mungki ada lagi wanita lain selepas ini.

‘sy dah bg awk ms selama 12 jam...skrg sy nk jwpn..sy bg awk 2 pilihan . kalau jawapannya YA awak miscall sy, kalau jawapannya TIDAK awak abaikan mesej ni dah terus berdiam diri’

Intan tersenyum membaca mesej dari Lokman. Tak sangka masa yang diberi tak sampai sehari. Bijak betul lelaki ini membuatkan perasaan dia serba tak kena. Hishhh mamat ni suka-suka hati dia tetapkan pilihan jawapan. Sekali lagi Intan menarik senyum.

Lokman memejamkan matanya beberapa kali. Hati dan mindanya masih ingin mendengar deringan telifon. Apa sebenarnya jawapan Intan tapi walau apapun jawapan yang diberi Intan dia tetap akan terima. Terima seadaanya.

Lagu kaulah segalanya bergema di ruang bilik. Lokman berpaling ‘miscall??!!!’ Lokamn menarik laju telifon bimbitnya yang berada di atas meja. ‘Intanku’ tertera di skrin. Dia tersenyum, ketawa dan akhirnya menjerit suka sambil melompat-lompat keriangan sambil. Miscall maknanya??...Yes!! jeritan itu bergema di bilik bacaan.

‘esok saya jumpa awak, tepat biasa masa yang sama’

Pesanan SMS itu sekali lagi membuat Intan gelak kecil. Hatinya berkata ya pada Lokman hafizi, sekan tak percaya tapi itulah kenyataan. Tak mungkin hati ini boleh menolak kasih orang yang jujur ingin mengasihi. Tak mungkin akalnya sanggup membiarkan harapan yang tinggi menggunung hancur berderai.

Kali ini buat pertama kali dalam hidupnya, dia yakin dengan kata hati, dia pasti yang hatinya sudah terbuka untuk memilih Lokman. Tapi kenapa macam ada sesuatu yang sekan tersekat di hatinya?. Kenapa dia nampak bayang orang lain yang sepatutnya berada di sisinya. Tapi tak mungkin dia!!..

“betul ke apa kau buat ni?” maya bertanya perlahan. Intan hanya mengangguk.

“kau yakin dengan apa kau buat ni?... kau jangan bagi harapan palsu dekat orang Intan” nasihat Maya membuatkan dia erdiam seketika. Memang hatinya sudah menerima kehadiran Lokman. Akalnya juga menilai jawapan yang sama. Tapi kenapa soalan maya membuatkan dia membisu?.

“kau betul-betul yakin yang kau cintakan dia?” sekali lagi maya bertanya. Terkejut juga dia dengan keputusan Intan. Angin tak ada pokok tak goyang, tiba-tiba terus nak mendirikan rumah tangga. Keputusan yang sepantas kilat.

“entah...” jawapan Intan mengundang kerutan tebal di dahi Maya.

“entah??. Hishhh kau ni biar betul ni Intan, ni kes masa depan kau ni”

“dia seakan membawa aku ke satu dunia yang selama ini aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku.. lokman bagi aku satu keyakinan yang dialah insan yang akan membahagiaankan aku” ucap Intan hiba.

Memang kalau ikutkan dia sendiri masih tak percaya yang dia sudah membuka pintu hatinya untuk seorang lelaki yang bernama Lokman Hafizi. Tapi memang sudah beberapa kali dia memohon petunjuk. Hatinya masih seakan bersetuju dengan keputusan yang dah dibuat. Dia akur mungkin ini ketentuaanNya.

“aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau walau siapapun yang kau pilih, walaupun Pak Mail goreng Pisang simpang tu” usik Maya. Mereka ketawa lalu tubuh temannya itu didakap kuat. Hahhh maya adalah teman dunia akhirat yang tak mungkin ada penganti.

“kau memang kawan terbaik aku” bisik Intan perlahan.

Datin Maznah berdengus geram, apa yang dia tak nak sekarang ni berlaku juga. Selama ini sedaya upaya dia menjaga pergaulan anak-anaknya supaya jangan bergaul dengan orang miskin yang tak sedar diri tapi akhirnya semua ini terjadi juga.

“mama tak setuju... apa gila ke Man nak pilih perempuan yang tak tentu asal usul, entah anak jumpa sebelah tong sampah” kata-kata Datin Maznah mampu membuat Lokman hilang sabar. Tapi syurga itu di bawah kaki ibu,

‘teman wanita atau isteri mungkin ada penganti tapi seorang ibu tiada lagi pengantinya walaupun sanggup menanti beribu tahun’ teringat kata-kata Imam Saad semasa kuliah magrib di surau.

“mama... Man sayangkan mama lebih dari segala yang Man ada, kalau Mama mintak nyawa man sekalipun man akan penuhi, tapi Man merayu pada mama tolong cuba faham hati dan perasaan man” rayu Lokman. Datin Maznah menyimpan amarahnya. Dia memang sukar melawan kata anak manjanya itu. Lokman adalah pengarang jantungnya.

“tapi Man kena ingat pilihan perlulah tepat Man bukan nak kawin dua tiga hari, nanti kalau apa-apa terjadi macamana? Mama tak akan masuh campur dan masa tu” ugutan Datin Maznah langsung tak meninggalkan kesan.

Datin Maznah menjeling dengan ekor mata, cuba melihat reaksi wajah anaknya. Wajah mengharap lokman tidak dipandang lama.

“mama tak suka dia, kalau Man nak yang lebih cantik dan baik dari dia mama boleh carikan but please not that girl”

“tapi Man sayang dia.. Man dah letakkan cinta Man pada dia mama... I need you to understand ma...”

Datin Maznah meninggalkan Lokman. Kalau sekali dia tak suka jangan harap dia akan ubah keputusan. Apa dia nak cakap dengan kawan-kawan dia nanti bila menantu Datin Maznah tak tentu keturunan.. malu!! Nak letak dekat mana muka ni. Kurang ajar punya perempuan kalau aku dapat kau memang aku kerjakan cukup-cukup.

“apa yang awak membebel sesorang ni?”

“hahhh!! Awak apa yang awak tahu?, apa yang berlaku dalam rumah ni langsung awak tak nak ambik tahu” marah Datin Maznah.

Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah menunjukkan hormat pada seorang suami. Mungkin salah dia juga yang salah mendidik, dia terlalu manjakan Isterinya sampai Maznah tak tahu menilai perasaannya sendiri.

“apa yang berlaku sampai awak kusut macam ni?”

“anak awak tu nak kawin...”

“siapa Lokman??.. nak kawin. Hahh baguslah tu, apa tunggu lagi dia bukannya muda lagi, memang dah wajib dia ada keinginan nak kawinkan. “

“masalahnya dia nak kawin dengan perempuan yang entah dekat mana asal usulnya, entah anak luar nikah mana..entah mana dia jumpa perempuan tu pun saya tak tahu”

“awak dah jumpa perempuan tu?”

“dah saya dah banyak kali jumpa..” suara Datin Maznah masih meninggi. Tiada tanda-tanda ia akan kembali ke tahap rendah.

“dia dah besar, dia tahu nak tentukan masa depannya sendiri.. awak tak payah nak paksa-paksa dia.. kita jumpa dulu budak perempuan tu lepas tu baru kita buat keputusan”.cadangan Datuk hashim ditolak mentang-mentang. Tak mungkin dia akan benarkan perempuan tu jejakan kaki ke rumah ni.

“langkah mayat saya dulu..” Datin Maznah tegas. Dia berlalu meninggalkan suaminya tanpa rasa bersalah.

Datuk hashim mengeleng perlahan. Isterinya itu tak pernah nak mendengar pendapat orang lain. Asyik dia saja yang betul, kadang-kadang dia sebagai suami pun tak ada kepentingan di rumah ini. Walaupun pada dasarnya dia adalah ketua keluarga.

“hello... Rul, aku nak kau selesaikan budak perempuan tu, buat dia sampai tak sanggup lagi nak berjumpa dengan Lokman” Fazrul tersenyum. Arahan mak saudara kesayangannya seakan satu rezeki, kali ini tugasnya aan berjalan lebih lancar.

Langkah diatur semakin laju sesekali dia menoleh ke belakang. Kenapa dia rasa macam ada yang mengekori langkahnya sejak tadi?. Tapi siapa?, Fazrul masih mengekori langkah Intan. Dia cuba untuk dekat dengan wanita itu. sejak semalam langkahnya hanya mengekori ke mana saja wanita itu pergi. Tiba-tiba dia terasa ada yang tak kena.

“kenapa awak ikut saya?” langkah fazrul terhenti. Tak sangka yang Intan akan menyedari kehadirannya.

“saya Cuma nak beritahu sesuatu dekat Cik Intan” bisiknya lembut. Memang ayat lelaki itu lembut tapi pandangan mata Fazrul membuatkan Intan langsung tak selesa.

“saya tak ada masa nak dengar”

“nantilah dulu Cik Intan saya ada sesuatu yang penting untuk Cik Intan tengok dan dengar” fazrul sempat memegang kuat tangan wanita itu. Membuatkan langkah intan berhenti seketika.

“ehhh apa ni!!” jerit Intan sambil berusaha ingin melepaskan tangannya. Terasa gengaman itu kuat mencengkam.

“cuba Cik Intan ikut cakap saya mesti tak sesakit ini”

“saya kata lepaskan saya kalau tidak saya mejerit dekat sini.. lepaslah... tolong!! Tolong!!” Intan sudah mula menjerit kuat.

Fazrul tersenyum mendengar jeritan Intan yang tidak langsung menarik perhatian mata yang memandang. Gengaman kuat di tangannya membuatkan Intan bertambah takut.

“hoiiii apa kau buat tu?” satu suara kedengaran dari arah belakang. Intan menghembuskan nafas perlahan. Terasa nasibnya baik. Fazrul berlalu tanpa sebarang kata, dia melajukan lagi langkahnya.

“siapa tu? Peminat?” tanya shahrul kasar.

“tak kenal..”

“tak kenal apa siap main pegang-pegang tangan segala ni?” suara lelaki itu semakin meninggi. “kau tu perempuan cuba jangan suka berjalan tempat-tempat macam ni” Shahrul geram.

“saya tak kenal dialah” giliran Intan pula melepaskan geramnya. Hishhh tanya macam polis. Dia meraba pergelangan tangannya yang sudah memerah. Terasa perit.

“sakit ke?”

“taklah seronok..” sindir Intan sambil mengusap tanganya yand sudah jelas kemerahan.

“sini aku tengok..”

“tak payah..” Intan cuba melarikan tangannya tapi gagal. Tangan shahrul bertindak lebih cekap.

“sini... cuba jangan degil”

Shahrul meneliti pergelangan tangan Intan yang merah. Kurang ajar punya jantan, sesuka hati buat perempuan macam ni. Nasib baik lengan baju kurung intan yang panjang menjadi lapik kalau tidak tak pasal-pasal dua orang lelaki sesuka hati memegang tangannya.

“nak pergi klinik ke?”

“tak payahlah sikit je”

Intan tersenyum mesej yang tertera di skrin telifonnya. Senyuman manis itu menarik perhatian shahrul yang sedang berjalan disebelahnya.
“suka nampak.. dari siapa?”

Intan hanya membalas dengan jelingan. Langsung tak berminang nak menjawab soalan shahrul. Kalau lagi dilayan lagi bertambah sakit hatinya.

“kalau dia dah tak boleh nak berenggang suruh je masuk meminang” cabar Shahrul. Geram juga dia melihat perhatian Intan yang asyik dengan Telifon di tangannya. Kalau ikutkan hati nak je dia merampas dan terus campak dalam Tong Sampah.

“memang dia nak masuk meminangpun, awak tunggu sajalah ekk nanti saya bagi kad jemputan” kata Intan girang. Menutup gelak shahrul. Senyumannya mati. Kata-kata intan tadi bagaikan halilintar yang melintas di jambatan hatinya. Tiba-tiba jantungnya hilang degup.

Intan berpaling, pelik melihat shahrul yang sudah dia membisu di tempat dia berdiri.

“kenapa?”

“betul ke apa kau cakap tadi?.. siapalah lelaki malang tu?” bergetar ayat yang keluar tapi cuba dikawal sebaik mungkin, ketawa kecil yang kedengaran sumbang dikuatkan. Motifnya nak menutup rasa di sebalik hatinya.

“nama dia Lokman Hafizi.. “ lembut nama itu meniti di bibir Intan. Membuatkan shahrul terkaku. Intan tersenyum dan berlalu meninggalkan shahrul yang masih membohongi diri sendiri dengan ucapan tahniah palsu. Ikhlas ke dia??!! Tak!!!.

Dauk hashim masih memandang tepat ke arah wajah masam isterinya. Memang wajah itu sentiasa mencuka. Petang tadi dia sendiri bertentang mata dengan anaknya lokman bertanya dari hati lelaki, apa keputusan sebenar anaknya itu. Jelas apa yang diucapkan isterinya langsung terpesong tak ada satupun yang betul.

“Ingat saya tak suka awak paksa-paksa anak macam tu, kalau betul Intan dah menjadi pilihan Lokman biarkan” kata-kata Datuk hashim seakan satu arahan.

“mesti anak manja abang tu mengadu yang bukan-bukan, dasar anak manja tapi saya memang tak boleh terima perempuan tu..” tegas Datin Maznah, hatinya tetap keras dengan apa yang diucapkan tak mungkin akan berubah. Itu pasti.

“kenapa?” tanya Datuk Hashim lagi. Dia sudah duduk di sofa tak sanggup nak mengikut rentak isterinya itu. Yang nampak masih muda walaupun hakikatnya sudah membilang usia. Walaupun uban di rambut ditutup dengan warna perang tak sedikitpun menutup umur sebenar isterinya itu. Dia menyimpan senyum.

“sebab dia tak setaraf dengan kita, asal-usul entah dari mana” sekali lagi mulut isterinya dilihat tak segan silu menghina orang.

“dimana taraf kita cuba awak bagi tahu saya?.. awak tu sebenarnya kena tahu setakat mana taraf kita sekarang, jangan pandang taraf orang lain kalau kita tak tahu taraf kita sendiri”

“masalahnya awak tak tahu macamana perangai perempuan tu, semua jantan dia nak kepit kalau boleh. Bukan saya tak tahu jenis perempuan macam tu, dia Cuma tengok duit kita abang tahu tak?”

“awak cakap macam tu sebab awak tak kenal dia lagi, saya dah tengok gambar budak tu, elok je tak ada cacat celapun saya tengok dah sejuk mata memandang. Cuba awak kenal dulu hati budi dia”

Datin Maznah berdengus geram. Dalam hatinya sudah merencanakan sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan menyelamatkan anaknya. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya jatuh ke tangan perempuan tak tahu malu tu.

“dahlah suka hati abanglah nak buat apa. Tapi apa yang saya tahu jangan bagi saya tengok perempuan tu”

Datuk Hashim tersenyum. Itulah perangai Datin Maznah. Kalau ada yang tak puas hati mesti dia akan tinggalkan separuh jalan macam ni. Akhirnya dia akan melarikan diri tak pernah nak selesaikan sebaik mungkin. Haiii maznah.. maznah... kenapalah kau berubah sampai macam ni. Keluh hati kecil Datuk Hashim.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets