Sunday, January 4, 2009

HAKIKAT CINTA GENGSTER


HAKIKAT CINTA GENGSTER..

“Emmm…pelikkan abang, perkahwinan kita ni macam dirancang je…padahal sayang tak pernah pun jumpa abang sebelum ni”, Mz memandang wajah isterinya, wanita itu sedang asyik memandang album perkahwinan mereka.

“Memanglah satu rancangan pun….” Mz mendapatkan isterinya yang duduk di birai katil, Humairah memandang tajam muka suaminya, apa maksudnya rancangan?

“Rancangan takdir...dah jodoh sayang untuk abang”, Mz tersenyum bila melihat kerutan di dahi isterinya, satu cubitan kecil hinggap di lengannya.

“Aduhh…amboi dah pandai main cubit-cubit ek…gigit kang…” mereka tersenyum, kebahagiaan menyinari rumah tangga yang baru dibina hampir dua bulan.

Sesungguhnya memiliki Humairah satu anugerah yang sangat bahagia dalam hidup Mz, walaupun pada mulanya bukan atas nama cinta tapi hatinya sudah terisi sepenuhnya untuk Humairah. Entah mengapa seminggu selepas menikahi Humairah, arwah Loz datang dalam mimpinya dengan senyuman.

“Ayang....orang katakan kalau masa bercinta kentut pun wangikan sayang......” Mz membelai rambut isterinya yang sedang asyik memotong sayur. Humairah mengabaikan kata-kata suaminya, dia hanya tersenyum kecil tiba-tiba wajah Humairah berkerut.

“Abang kentut ek...busuk eiii.......” melihat isterinya seperti sesak nafas, Mz ketawa sepuas hati..wajah Humairah sangat lucu ketika itu.

“Tak senonohlah abang ni...” Humairah mengelengkan kepalanya, sikap suaminya amat menyenangkan, dia sendiri sentiasa bersyukur dikurniakan suami seikhlas Mz.

******

Mz tersenyum bangga keluar dari makhamah usahanya selama beberapa minggu ini nampaknya tidak sia-sia. Dia teringat ucapan terima kasih yang dilahirkan oleh isteri zaidi sebentar tadi, Kes itu sudah selesai hatinya senang. Niatnya untuk bercuti bersama Humairah adalah perkara pertama yang tergambar di fikirannya. Dia sendiri tidak pasti akan sejauhmana cinta isterinya tapi apa yang dia betul-betul pasti kini dia tidak akan boleh tidur lena jika tanpa humairah disisi.

“Haiiii....” Mz terkejut....Melissa kini betul dihadapannya.

“Haii...lisa bila you balik?”, soal Mz seperti tak berminat langsung dengan pertemuan itu, wanita inilah yang pernah membuatkan hatinya terluka.

“ I dah lama balik, dan I tahu banyak cerita tentang you....emmm Zul you tak rindukan I?” Lisa sudah merapatkan tubuhnya ke arah Mz, dia rimas gelagat Lisa kalau dibiarkan lain pula yang jadi.

“I sayang dan rindukan you Zul”, sambung lisa lagi.

“Lisa I dah kawin dan untuk pengetahuan you, I dah tak ada apa-apa perasaan dengan mana-mana perempuan kerana cinta I hanya untuk isteri I”, Lisa mencebik tangannya ditolak kasar oleh Zulkanain. Dia ditinggalkan begitu saja.

“ Tak guna punya jantan, kau ingat kau boleh bahagia...kau ingat aku tak tahu asal usul kau...?”, Lisa tersenyum..senyuman yang akan membawa kepada pelbagai perancangan di fikirannya.

****

“Amboii jauhnya menung....dah sampai mana?”, Mz memeluk isterinya dari belakang, segar rasanya bauan yang lahir dari rambut ikal milik wanita kesayangannya itu.

“Hisshhh abang ni tak reti nak bagi salam ke..?” Humairah pura-pura marah, hakikatnya dia senang dengan sikap penyayang suaminya. Malam ini akan menjadi saksi kasih sayangnya di bawah bulan yang indah..ewah....

“Abang..kalau Irah jadi bunga abang nak jadi apa?” Mz tersenyum.. Humairah memang romantik.

“Emmm..abang akan jadi racun serangga..”

“Hah....racun serangga?..kenapa?” Mz ketawa kecil apabila mendengar reaksi terkejut isterinya.

“ Emm supaya abang boleh bunuh semua serangga yang nak rosakkan bunga..”, Humairah senyum kecil..

“ Kalau Irah jadi burung?..mesti abang nak jadi pemburunya kan....” Humairah sudah meneka jawapan suaminya.

“ emmm...salah...abang akan jadi langitnya, dimana tempat burung akan terbang bebas.. tak akanlah abang nak tembak sayang... habis-habispun cubit sikit je...tu pun cibit-cubit manja....hahahha”, Mz memperkemaskan pelukannya, tawa humairah dan Mz bersatu.

“ sayang “

“emmm..”

“kalau abang pula jadi raksasa...sayang nak jadi apa?”

“Emmmm....Irah jadi ultramenlah..lawan dengan raksasa....” Humairah berpaling sambil mengeletek pinggang suaminya.Mz sudah menjerit itulah perkara yang paling digelinya. Humairah semakin galak mengusik sasarannya tetap di tempat yang sama, Mz pantas melarikan diri...mereka berkejaran dalam kamar yang menjadi saksi kebahagiaan mereka.

****

Perlahan dairi biru itu dibuka, entah kenapa hatinya bagai didesak untuk membaca dairi milik suaminya itu. Semasa sedang sibuk mengemas bilik bacaan suaminya dia ternampak dairi itu,hati nakalnya semahunya mendesak untuk membaca catatan suaminya itu. Sememangnya fikirannya menyangkal semua tindakan itu tapi....hah...pantas tangannya meneruskan hajat yang tertangguh. Humairah duduk dibirai katil dairi ini mungkin dairi lama sebab sepanjang dia berkawin belum lagi dia melihat suaminya menulis dairi, isi dairi satu persatu dibaca.

13 JAN 07

......aku keliru pemintaan arwah Loz betul-betul membuatkan aku serba salah, dia suruh aku kahwini wanita itu tapi...cinta aku bukan untuknya.....Aku tersepit.....nampaknya aku terpaksa...tapi Loz adalah segala-galanya dia saudaraku......tapi adakah aku kena berkorban atau mengorbankan cinta demi persahabatan...?

***

‘tepaksa?’ dia terpaksa kawin dengan aku? Humairah meneruskan helaian seterusnya...gambar Loz, Mz dan Faiz....dia mengusap lembut gambar tiga lelaki yang pernah hadir dalam hidapnya itu. Hatinya kecewa...

***

26 JAN 07

......hah...amanah arwah ini amat sukar aku lakukan, aku tak mampu apa yang harus aku lakukan? Berjayakah aku dalam lakonan ini....Humairah akan menjadi isteriku mampukah aku membahagiakan dia....bukan dia tapi diriku juga...?......

***

Satu persatu catatan itu dibaca, menguris hati. Catatan rasa suaminya membuatkan dia betul-betul terkilan. Dia berlakon menyintaiku...dia berusaha memenuhi wasiat Loz selama ini dia berpura-pura mendengar cerita sedihku bersama loz. Berpura-pura tidak mengenali Loz....hah..... dairy itu dicampak ke atas katil. Penipu......jerit Humairah kuat.

Lena Humairah dikejutkan dengan satu ciuman nipis di dahi, namun matanya masih tidak dibuka. Hatinya masih tidak keruan entah apa yang patut diperkatakan olehnya. Dia sendiri tak mampu untuk menilai mutu lakonan suaminya.

Mohd zulkanain pandainya awak belakon sampai saya sendiri tetipu dengan lakonan cinta awak tu. dalam diam hatinya meneliti segala tingkah laku suaminya. Sampai bila dia akan ditipu, dia sendiri tak pasti. Malam itu dia tidak tidur dengan pelukan suaminya, dia lemas apabila nafas itu mendekatinya...setiap baris ayat yang dibaca dalam dairi Mz akan terbayang di mindanya.

“ Sayang tak nak sarapan sekali dengan abang?” panggil Mz, hairan dia melihat isterinya yang lebih suka mengadap pinggan mangkuk di dalam singki daripada berhadapan dengannya.

“Tak pe... la makan dulu, nanti saya makan...” ada perbezaan dalam kata-kata isterinya. Mz tersenyum ‘datang bulan kot’ hati kecilnya berbisik. Dahi isterinya dicium, Humairah cuma diam dah berpura-pura sibuk dengan cawan yang dibasuh. Entah ke berapa kali cawan yang sama dibasuhnya.

“Kalau betul marah dekat abang pun janganlah sampai tiga kali basuh cawan tu bukan boleh bertukar jadi emas pun”, sindiran Mz membuatkan Humairah memandang kearah cawan yang hanya satu didalam singki. Dia mengigit bibirnya. Mz meninggalkan isterinya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan cepat. Humairah tersenyum., hahh kenapalah hati dia tak boleh membenci lelaki ini..

***
“ You Nur Humairah?”,

“ Ya....saya awak siapa?”, Humairah memandang wanita di hadapannya, skirt pendek paras lutut dengan rambut perang. Humairah pasti dia tidak pernah mengenali wanita itu.

“ I lisa...teman wanita Mohd Zulkanain, I cuma nak you tahu yang you ni perampas, sejak kawan baik dia tu mampus dia terpaksa kawin dengan you...hidup dia terseksa dan dia terpaksa putus dengan I...”, Humairah terkedu..kakinya terasa lemah setiap apa yang lahir dari mulut Lisa terasa menikam hatinya.

“ Apa yang saudari cakap ni, saya tak faham..”, Humairah sekali lagi minta penjelasan

“ I bercakap tentang suami you bodoh.... sedar sikit diri you tu...perempuan perampas. Hakikatnya cinta you tu layak untuk gengster yang dah mampus tu je”, Lisa berlalu, hatinya puas...senyuman yang terhias dibibirnya cukup yakin.

Humairah terduduk di bahu jalan, fikirannya kosong...airmata masih setia menemaninya. Perutnya diusap pelahan dengan tangan, baru sebentar tadi Dr. Dyahana mengesahkan kandungannya sudah dua bulan. Berita gembira itu tak sabar-sabar ingin disampaikan kepada suami tercinta. namun lain yang dirancang lain pula yang jadi. Mula-mula dairi biru kini wanita bernama Lisa.......hahhh abang tolong Irah.....berlagu tangisannya disitu.

***

“Kau nak ke bali ni bila Zul?”,Hafiz memandang wajah Mz yang asyik dengan perancangan bulan madunya, wajah kawannya itu berseri-seri.

“ Emmm...kalau boleh esok juga...tapi ada lagi yang perlu aku selesaikan” Mz masih lagi tersenyum.

“ Suka hati kaulah Mz.....” MZ terkedu....lama sudah panggilan itu tidak didengari. Hanya hafiz satu-satunya kawan yang tahu akan kisah silamnya dan nama ‘Mz’ sudah lama terkubur bersama pemergian Loz an faiz... rindunya dia pada nama itu.

“Kenapa?” Hafiz kehairanan...

“Emm...tak ada apa...aku rindu nama tu...lama tak dengar...” Hafiz terkedu mendengar jawapan kawannya itu, ‘alamak macamana aku boleh terlepas cakap ni’ dia menepuk dahinya.

Mz membuka kunci keretanya, tiba-tiba terasa ada tangan yang sedang memeluk lengannya. Pantas dia menoleh...’shit’....

“Apa you nak lagi ni?” tanya Mz tak puas hati.

“I nak you...” Lisa memain-mainkan jarinya di kolar baju lelaki dihadapannya.

“ Gila....please Lisa kisah kita dah tamat..jangan lupa apa yang you dah buat dekat I..you yang tinggalkan I.. minta maaf banyak-banyak you tak akan pernah hadir lagi dalam hidup I..” sekali lagi tangan Lisa ditolak.....eiii perempuan ni....

“ You jangan ingat keturunan gengster macam you ni akan hidup bahagia....ingat isteri you boleh terima ke asal you tu... ingat dah jadi peguam terkenal you bagus... you kena ingat asal tu dari sampah tau tak...anak terbuang”, Lisa menjerit seperti orang histeria. Mz sudah mengenggam tangannya menahan marah entah kenapa hatinya panas apabila hal asal usulnya diperkatakan.

“ Sudahlah malas layan perempuan gila macam you ni... and I tak akan jilat apa yang I dah ludah....” hah ambik kau..nak sangat kan dah keluar..Mz memecut keretanya tanpa memandang sekilaspun ke arah Lisa.

Suasana rumah banglo dua tingkat itu sunyi, sesunyi insan yang menghuninya. Humairah duduk di bolkani, disitulah dia banyak menilai diri dan kasih sayang suaminya. Hah..dia tak boleh hidup tanpa Mz cintanya sudah memenuhi segenap ruang hati, sudah tiada ruang lagi di hatinya untuk membenci....

‘abang kenapa? Kenapa?’ airmatanya menitis lagi, sejak mengetahui kandungan catatan suaminya, airmatanya tak pernah kering...Cuma ketika suaminya dirumah perasaannya seakan kosong.

Perlahan-lahan almari pakaian dibuka, beberapa helai bajunya di ambil dan dilipat masuk ke dalam beg. Tangannya sempat melakarkan sedikit kata-kata untuk suaminya. Potret perkahwinan yang indah tergantung didinding bilik dipandang. Wajah suaminya ditatap.....’aku cintakan dia’..

***

Mz berlari-lari anak masuk ke dalam rumah tak sabar hatinya ingin berjumpa dengan Humairah. Tiket ke bali ditangannya dipandang, niatnya untuk memberitahu isteri kesayangan tentang rancangannya. Sudah lama percutian ini dirancang oleh Mz. Kakinya memanjat anak tangga nama Humairah dipanggil, senyum masih tak lekang dari bibirnya. Namun senyuman itu mati apabila melihat bilik peraduan mereka kosong, pintu bilik air juga sudah dibuka namun kelibat isterinya tiada. Hatinya sudah tidak keruan, degupan jantungnya juga bergerak pantas. Mz terduduk di birai katil matanya terarah pada dairi biru dan sehelai kertas diatasnya.

Abang...

Maafkan Irah surat ini menganggu. Namun catatan abang cukup membuatkan Irah mengerti..Maafkan Irah, sebab cinta Irah abang terpaksa berkorban, Sebab diri ini abang keliru dengan perasaan...maaf, bukan itu yang Irah harapkan. Kerana sudah tiada ruang untuk memebenci abang.. Irah ambil keputusan untuk meninggalkan abang. Hati Irah dah tiada ruang selain mencintaimu, jadi irah doakan abang bahagia.....Irah restui abang untuk mengahwini lisa dan Irah rela andainya abang ingin lepaskan Irah....selamat tinggal abang jangan cari Irah...terima kasih untuk lakonan cinta Mz, Irah bahagia...

Nur Humairah....

Mz mengenggam dairi di tangannya.... lama dairi itu dipandang...

“Ya Allah kenapa ini semua terjadi...kenapa.....Irah...jangan tinggalkan abang....”,

***

Sudah seminggu usahanya mencari Humairah tidak berhasil, mentuanya juga sudah di beritahu segalanya. Nasibnya baik kerana walaupun dia yang bersalah mama dan papanya tidak menyalahkannya malah turut sama mencari Humairah. Tapi usaha mereka gagal.



“Sampai bila sayang nak merajuk dengan abang?” tanya Mz perlahan. Hatinya senang apabila melihat wajah isteri kesayangannya. Tubuhnya sedikit berisi...gembirakah dia berjauhan denganku? Bisik hatinya.

Humairah senang mendiamkan diri. Wajah cengkung suaminya dipandang sekilas, dia terkejut apabila tiba-tiba Mz muncul dihadapannya malah apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila melihat lelaki itu tidak lagi terurus. Jambang mula tumbuh meliar di sekitar wajahnya.

“Sayang tak rindukan abang?” sekali lagi Mz bertanya, isterinya dari tadi hanya membisu.Humairah memejamkan matanya...nafasnya ditarik perlahan. Suara itulah yang membuatkan tidurnya tak lena, sepanjang berpisah dengan Mz lenanya tidak pernah bertandang. Tanpa suaminya disisi hidup Humairah terasa kosong.

“Abang bagilah Irah masa....semuanya berlaku serentak...Irah keliru, maafkan Irah.” Laju kakinya melangkah melintasi jalan raya yang kosong tiada kenderaan yang lalu lalang.seakan memberi ruang kepada mereka.

Tiba-tiba....

“Humairah.....”, sepantas kilat tubuh itu ditolak ke tepi......Vios hitam itu merempuh tubuh Mz. Dalam sekelip mata tubuhnya sudah terdampar di atas jalan. Darah mengalir keluar dari mulut dan kepalanya.

Brek kereta ditekan kuat. Lisa terkedu nama Mz meniti di bibirnya, niatnya hanya untuk melanggar Humairah tetapi tiba-tiba Mz meluru membuatkan dia tak dapat mengawal keretanya.

“ Abang....” jeritan Humairah semakin perlahan dia menekan perutnya, tolakan kuat MZ membuatkan dia tak mampu mengawal keseimbangan badannya. Dia terjelepuk di tepi jalan. Matanya sempat memandang tubuh suami yang sudah terdampar layu di tengah jalan tapi dirinya juga sudah tidak mampu berdiri. ‘ Ya Allah selamatkan suami dan anakku..’ bisiknya perlahan lalu pandangannya gelap.

***

“ Abang mana mama...abang mana...”, Jerit Humairah apabila dia sedar, perutnya diusap Alhamdulillah anaknya selamat.

“ Sabar sayang...sabar sayang...” rambut Humairah diusap pelahan oleh Datin Munah.

Humairah memandang lama wajah suaminya yang masih tidak sedarkan diri. Larangan mama dan papanya tidak dihiraukan, walaupun tubuhnya masih lemah namun digagahkan juga untuk melihat keadaan suaminya.

“ Abang maafkan Irah...Irah sayang abang...jangan tinggalkan Irah.......”, tangan Mz dipegang dan dicium perlahan. Airmata menitis laju. Dia bersyukur kerana kandungannya tidak apa-apa...

“ Abang...Irah mengandung anak kita.....Irah dan anak kita perlukan abang....”, Humairah memandang wajah suaminya, luka-luka di wajahnya jelas kelihatan..kepalanya masih berbalut dan menggunakan bantuan pernafasan. Humairah memejamkan matanya tidak pernah dia melihat suaminya selemah ini, hatinya menangis lagi.

Tiba-tiba pernafasan Mz menjadi laju.....dadanya turun naik dengan pantas... Humairah terkejut, dalam kepayahan dia menjerit memanggil mama dan papanya berserta doktor. Beberapa orang jururawat meluru masuk bersama dua orang doktor..keadaan kelam kabut..doktor keluar masuk.....Humairah hanya mampu memandang dari luar pintu.Dr. Hamzah keluar dari bilik wajahnya kelihatan hampa.....

“abang......” rintih Humairah.

***

Humairah memandang Lokman Zaifudin anaknya itu baru berusia 3 tahun, tersenyum sambil bermain dengan kereta F1 pemberian neneknya. Humairah tersenyum...

“Amboi jauhnya isteri abang ni...dah sampai mana?”

“Emmm kat sini lagi.....” Mz menghadiahkan ciuman kecil di dahi isterinya.

“ Apa si kecil tu cakap dekat abang tadi?” tanya Humairah apabila melihat anaknya seakan berbisik dengan papanya tadi.

“Alaaa...adalah rahsia orang lelaki..” Mz tersenyum bahu isterinya dipeluk. Humairah mencebik.

“ Dia bagi tahu rahsia dia dekat abang...” Mz serius, dia tersenyum kecil apabila melihat kening isterinya sudah terangkat macam Ziana Zain. Tubuh isterinya ditarik rapat ke tubuhnya.

“ Apa dia bang...?” Mz tersenyum, isterinya seperti begitu berminat untuk tahu.

“Dia tanya dekat abang bila nak dapat adik... abang kata dekat dia malam ni papa usaha dengan mama untuk dapat adik baru....”, bulat mata Humairah mendengar jawapan suaminya... pantas paha suaminya dicubit kecil...Mz masih ketawa melihat reaksi isterinya. Akhirnya Humairah turut tersenyum.

‘Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku terus hidup bahagia.....’ Mz berjaya dalam menempuh saat kritikalnya. Manakala Lisa pula menyerah diri ke balai polis dan mengaku bersalah ke atas cubaan membunuh Humairah dan tuduhan langgar lari. Humairah tidak pernah berdendam dengan wanita itu. Kini hidupnya bahagia....kehadiran Lokman zaifudin ibarat pelengkap kasih sayang mereka.

“Sayang esok kita ziarah pusara Loz ek...” Humairah mengangguk perlahan. Mz mencium lembut dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

-The end-

_hakikat cinta gengster merupakan kesinambungan Cinta si gengster_






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets