Monday, January 5, 2009

GILA KAU 3


Panduan kereta Intan masih lagi pelahan eii macam siput arr macam manalah boleh sesak pulak dekat sini pelik la… intan melihat jam ditangannya sudah menunjukan pukul 5 petang. Hatinya kembali tenang apabila kereta di hadapannya sudah mula bergerak laju dari tadi, hampir 2 jam dia tersangkut di sini.sebaik sahaja keretanya membelok masuk ke rumah matanya masih belum lepas memandang kereta BMV series hitam yang dari tadi mengekorinya.
“ Assalammualaikum….” Seorang pemuda keluar dari kereta itu lalu berjalan mendapatkannya ‘ eh biar betul mamat mana pulak ni, nak minta hutang ke hish setahu aku tak pernah berhutang… ke nak buat apa-apa dekat aku ni? Hish… biar betul sekarang ni bukan betul….’ Intan masih pegun di tempat berdirinya

” cik...cik intan.....” lokman melambai-lambai tangannya di hadapan mata intan apabila melihat intan seakan termenung..laaa... minah ni berangan pulak dia ingat aku nak buat apa agaknya dengan dia aku Cuma nak buat bini je, bisik hati nakal lokman. Walaupun umurnya kini mencecah 32 tahun, namun masih tidak terbuka hatinya untuk menerima mana-mana wanita selepas ayuni pergi meninggalkannya. Tapi wanita di hadapannya kini sangat pelik dan hatinya akan berdebar jika panahan mata hazel milik wanita ini menusuk masuk ke matanya.

” Maaf buat cik Intan terkejut saya Cuma nak pulangkan ini” kertas itu bertukar tangan intan meneliti pemberian lelaki itu dahinya berkerut ...ya allah macam mana invois butik ni tercicir nasib baiklah.

”tercicir di yayasan tadi” belum sempat intan membuka mulut lokman dapat mengesan persoalan yang bermain di minda intan. Intan hanya mampu tersenyum dan berterima kasih dia mengutuk dirinya dalam diam kenapalah cepat sangat buruk sangka dengan orang lain.

Lokman meminta diri, sungguh tidak disangka pertemuaan singkat antaranya dengan intan telah membuahkan kemesraan, intan seorang yang senang didekati peramah dan periang. Entah mengapa hatinya senang bila berdampingan dengan gadis manis itu.

”hah....wei siapakah gerangan mamat hensem yang kau puja-puja tu...” suara maya dari belakang betul-betul memeranjatkan intan hampir menjerit dibuatnya.

”kau ni kalau aku kata mak kau tak ajar mak kau baik orangnya, tak reti-reti nak bagi salam ke? Kau ingat ini segmen terjah dalam melodi ke?” marah intan persoalan maya dibiarkan berlalu. Malas dia layan nanti lagi banyak dia nak tahu.

Intan memilih untuk duduk di hadapan rumahnya, sememangnya taman kecil ciptaannya itu lengkap dengan set istirehat yang di terangi lampu neon selalu dia menghabiskan kerja-kerjanya di situ.hatinya sentiasa tenang bila dikelilingi tumbuhan hijau. Matanya kembali meneliti kertas-kertas yang penuh dengan angka-angka, kepalanya pening melihat satu-satu. Dia mengeluh kuat, biasanya kerja-kerja akaun ini diserahkan kepada maya kerana intan sendiri fobia dengan nombor. Sememangnya dari sekolah hinggalah ke universiti nombor adalah elergi baginya.walaupun hakikatnya dia mampu untuk melakukan kerja itu namun fakta baginya sangat merunsingkan dan membebankan. Intan mengeliat kuat buat kali kedua.

”hish buruknya anak dara mengeliat macam tu?....” tetiba je ada suara sumbang menegurnya. Dia melarikan matanza tepat ke arah lembaga berjanggut nipis ala-ala dr. Fazley di sebalik pagar cébela. Cihs mamat poyo ni rupanya. Alamak malunya aku kena tegur, bodoh betul dia ni agak-agaklah pun kalau nak tegur memalukan.

“ala suka hati la…..ada saya kisah.......?” jawapan selamba intan membuatkan shah tersenyum.

”memanglah awak tak kisah tapi kalau oranglain dengar awak mengeliat macam tu semua orang kisah tau.....nasib baiklah bukan depan mak mentua kalau tidak reject laaa...” terdengar ketawa kuat keluar dari mulut makluk itu. Intan panas hati berkerut-kerut dahinya menahan marah, tak guna punya mulut orang sebelah busuk macam longkang, hatinya membebel dia pantas mengangkat barang-barangnya ingin berlalu masuk.

” hai nak lari dah?” sekali lagi shah mengusik, suka dia melihat muka intan yang merah padam menahan marah.

” tak tahan duduk dekat situ ada mulut orang tu busuk macam longkang...eiii nak muntah laaa...kalau awak larat awak duduk la situ maklum la kan awakpun spesis yang sama.” terus intan berlalu pergi, shah mengetam giginya kuat oooiii kau mengata aku ehh.. lepas tu lari takut arr tu.

Perkembangan butik sangat menbanggakan niat intan untuk menambah lagi cawangan di klcc sudah diusulkan tinggal mendapat tempat sahaja. Dia kini mampu tersenyum dengan hasil usahanya selama ini. Dia sangat berterima kasih dengan maya kerana sanggup membantu dan mengeluarkan modal untuk sama-sama merealisasikan impiannya.

” malam ni ada kenduri rumah jiran kesayangan kau tu.. nak pergi tak?”

soal maya sambil tangannya sibuk mengira wang berkeping-keping di tangan. Hasil jualan sejam lepas seorand datin memborong tingga pasang kain batik korea yang harganya RM250 sehelai. Maya tersenyum apabia aku berjaya mempengaruhi datin itu untuk membeli sehingga 3 helai. Tidak habis-habis dia memuji tektik yang aku gunakan. Berbalik pada soalan maya tadi....

” emmm laa... kau ni tu kan jiran kita, kita pergilah lagipun mak siti tu macam mak aku dah, kau kan tahu aku ni kan tak pernah rasa kasih sayang seorang ibu.” maya mengerutkan dahinya, aku ahu dia tidak penah suka akan kata-kataku tadi he3...saja je sebenarnya buat dia rasa bersalah padan muka.

”ala kau ni aku tanyalah jangan arr buat muka sedih kau tu nanti rezeki lari haaa butik kita juga yang hancur... aku kembali tersenyum..terkena juga si maya ni tektik kotor aku.

Malam itu Intan dan maya bersiap-siap sebaik sahaja lepas magrib mereka membantu kerja-kerja di rumah Mak siti. Walaupun sepatutnya tiada kerjapun yang seharusnya dilakukan sebab semuanya sudah di sediakan maklumlah katering semua serba lengkap. Akhirnya mereka memilih untuk duduk di satu sudut berhampiran dengan jiran tetangga yang lain tidak cukup dengan senda gurau melampau ada diantara mak cik-mak cik di situ yang memberi nombor telifon anak bujang mereka kononnya berkenan dibuat menantu. Intan mengekek di dalam hati apabila Maya kelihatan serba salah apabila dirinya dijadikan bahan gurauan, merah padam muka manis sahabatku itu.

} Tak boleh tahan aku intan ada ke makcik tu nak padankan aku dengan anak saudara laki dia, kalau muda boleh terima lagi ini duda anak satu” tersembur gelakku mendengar cerita maya nasib baik tak ada orang yang dengar kalau tidak kantoi, hilang keayuan.

Tetamu sudah mula meninggalkan majlis selepas semuanya selesai hanya tinggal beberapa orang saudara terdekat sahaja berborak antara satu sama lain.
” ini siapa siti” tanya seorang wanita yang umurnya lebih kurang mak siti juga tapi dari jenis pakaian dan penampilannya jelas menunjukkan dia dari golongan yang berada.

” Ini jiran aku angah ala dah macam anak-anak aku” jawab Mak Siti sementara tangannya mengurut kaki mungkin penat melayan tetamu tanpa henti tadi. Intan memberi senyuman kepada wanita itu yang dari tadi memerhati tingkah lakunya tanpa sedar. Intan sebenarnya lebih terharu mendengar kata-kata Mak Siti terasa ingin dipeluk wanita dihadapannya itu.

Mak angah nak balik bila si man ni dah call Is tanya” tetiba sahaja mamat ni datang tanpa bagi salam segala angan-anganku musnah, Intan menjelingnya dari ekor mata walaupun dia tahu pemuda itu memandang tajam ke arahnya. Tanpa mendengar jawapan dari persoalan sebentar tadi aku dan maya meminta diri untuk pulang lagipun hari sudah lewat malam. Tangan Mak siti aku salam dengan penuh syahdu terasa bagai ada titisan mutiara yang akan jatuh namun masih mampu dikawal.


Malam ini genaplah umur maya 25 tahun masih terbayang di ruang mata intan bagaimana gembiranya kawan baiknya itu disaat johan melamarnya. Mungkin dalam masa terdekat ini maya akan menjadi milik orang dan apa yang nyata sekali adalah maya akan meninggalkannya keseorangan di rumah itulah perkara yang paling membuatkan intan sedih. Tapi dia kena menerima kenyataan itu Johan seorang lelaki yang baik sepadan untunglah sahabatnya itu memiliki Johan.

Sudah genap seminggu maya balik ke kampung menguruskan hal hari perkahwinannya, selama itulah intan bersusah payah seorang diri di butik. Namun itu semua bukalah satu perkara yang membebankan baginya kebahagia maya tidak dapat ditukar ganti. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rindu untuk berbual dengan Mak siti langkah kakinya terus ke tujuannya tanpa berfikir panjang lagipun setahunya si Iskandar tak ada dirumah 3 hari lalu dia terbang ke singapura mengikut apa yang dikatakan oleh Mak Siti.

”assalammualaikum....” suasana rumah jirannya itu sunyi sepi ’ aii tak ada orang ke tak akanlah baru dua hari lepas aku berborak dengan Mak Siti’ bisik hatinya namun langkahnya tetap diteruskan kebetulan pintu rumah jirannya tidak berkunci. Jam ditangan sudah menunjukkan jam 8 malam ’kenapa pula Maksiti tak kunci pintu ni hishhh bahaya betul..’. namun bebelan hatinya terhenti apabila mendengar batuk yang kuat dari arah bilik tamu. Intan memberanikan diri membuka pintu bilik itu....Ya Allah....




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets