Saturday, March 14, 2009

GULA CINTA

GULA CINTA.

“ku..kupunya cinta…..ku kupunya rindu…”, amboi..siap gelek sakat lagi, Fitriana memegang batang penyapu ala-ala mikrofon. Dari tadi tangannya ligat mengelap meja yang habukya tebal seinci.

Sudah sejam dia mengemaskan bilik bakal pengurus baru Mutiara Holding. Semalam dia dimaklumkan oleh Encik Fauzan yang syarikat akan menerima pengurus baru. Macam biasalah kerja kemas mengemas ni dah menjadi kerjanya. Dia sendiri tidak pasti apa sebenarnya tugasnya secara spesifik, nak tahu kenapa? Semua kerja dia buat sampai kadang-kala kerja si Mila penolong pengurus tu pun dia yang buat.

”Angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk ikut suka hati”, entah lagu apa keluar lagi dari mulutnya.

”Amboiii....riang gembira semacam je ni..ada putera raja datang pinang kau ke?”, Kak Kiah masuk sambil tangannya mencuit bahu Fitriana atau nama manjanya Fifi. Gadis itu tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

”Kalau putera raja kak kiah tak payahlah saya kerja dekat sini...dah jadi permaisuri duduk di kamar mewah...eiiiii seronoknya...”, Fitriana tersenyum. Memasang angan-angan.

”Hah...sudah jangan nak berangan pula...cepat kemas. Fifi.. nanti lepas ni tolong Kak Kiah taip laporan tahunan ek...” Kak Kiah tersenyum ala-ala kambing terkena air, Fitriana mengangkat ibu jarinya tanda setuju dengan arahan Kak Kiah. Kerani Mutiara Holding atau lebih dikenali sebagai Kak Kiah Murai....hehehe..

Fitriana memandang ke sekeliling bilik yang baru dikemas, sentuhan tangannya hari ini nampak menjadi. Padanan warna biru lembut membuatkannya sangat cantik. Lukisan bertemakan laut indah tergantung di penjuru bilik bertentangan dengan meja, nanti bila mata pengurus tu dah berpusing-pusing atau kelabu-kelabu mesti jadi ok kalau pandang lukisan tu. Fifi tersenyum....penyapu dan bulu ayam dicapai dan dibawa keluar menandakan kerjanya sudah selesai.

“Ehhh..Fifi, pengurus baru ni dengar cerita bujang lagi...mesti hensem, dengar cerita balik dari luar negara...” Kak Kiah bercerita sambil tangannya terkapai-kapai..mak oiiii gelang tu emas ke? Fifi berbisik dalam hati sambil matanya lebih tertumpu pada gelang Kak Kiah sampai ke siku...

“Kalau dia hensem pun bukan dia nak pandang saya ni Kak Kiah, saya ni pembantu pejabat je Kak Kiah..” Tangannya masih ligat menaip laporan tahunan untuk diedit, itulah kau fifi baik sangat semua kerja orang kau nak buat. Bisik hatinya perlahan.

“Yang pasti dia milik I”, tiba-tiba Kathy atau nama sebenarnya Khadijah menerjah masuk. kak kiah mencebik dia memandang gaya Katy yang mengedik semacam.

“ Sudahlah..kalau muka macam kau ni bagi free pun aku tak nak.....”

“Amboiii kak kiah mulut tu kalau padankan dengan mulut murai mesti secocok....macam pinang dibelah dua tau tak...” Kathy berlalu dengan muka seringgit dua posen.

Memang dah tersebar di setiap pelusuk Mutiara Holding yang Kak kiah dan Kathy macam anjing dengan kucing. pantang jumpa mesti gaduh, kalau gaduh je mesti diorang jumpa. Sudah menjadi tradisi Mutiara Holding setiap orang baru akan disambut macam sambut kelahiran anak sulung. Sedikit majlis akan diadakan untuk memperkenalkan pengurus baru malah yang menjadi bertambah hangat ‘si pengurus baru’ ni anak saudara Datuk Muzaffar empunya syarikat Mutiara Holding. Cerita ini bertambah hangit apabila ‘si pengurus baru’ ini adalah bakal suami Cik emilia anak empunya syarikat..oiii panjang ye cerita.

“hah...kau ni berangan lagilah ni...” mak oii terkejut, sergahan tiba-tiba Kak Kiah membuatkan jantung Fifi berdengup pantas..

“Hishhh Kak Kiah ni....saya baru nak berfikir...dan terbantut.....kacaulah..”, Fifi pura-pura marah, dia malu sebenarnya disergah begitu. Nampak sangat dia kuat berangan.

“Banyaklah kau punya berfikir..ni esok kau pakai cantik-cantik sikit...manalah tahu kot tersangkut pulak pengurus tu dekat kau...” fifi tersenyum.

‘ehh kak kiah ni ingat baju ke nak main sangkut-sangkut.....bayangkan pengurus tu tersangkut kat aku...nak sangkut kat mana?’ hahahhah tiba-tiba Fifi ketawa kuat mengejutkan orang sekelilingnya. Dipandang muka hairan Kak Kiah. Dia menutup mulutnya, cuba menahan sisa ketawa.

“esok saya cuti Kak Kiah......ada urusan mahu diberesi..enggak bisa cantik-cantik...” balasku dengan gaya ala-ala pelakon Indonesia...

“hahhh ada-ada je la kau tu.....”, Kak Kiah beredar mungkin nak mencari berita-berita hangat dan hangit....

****

Fitriana duduk sambil menyedut milo ais dihadapannya. Suasana ‘Restoran Sabar menunggu’ agak sunyi. ‘Nama restoran pun sabar menunggu patutlah aku sampai hilang sabar tunggu milo ais ni tadi’ dia mengelengkan kepala menyesal memilik lokasi yang salah. Dari jauh dia sudah nampak orang yang ditunggu-tunggu.

“Apasal lambat, orang banyak keje lain tau...ingat dapat duit ke membatu dekat sini?”luang Fifi tak puas hati, wajah dihadapannya terkulat-kulat...kantoilah tu..

“Alaaa...sorrylah dik...klien akak ada masalah tadi..” Farhana buat muka seposen, dia tahu sangat perangai adiknya pantang kalau orang lewat ni.

“Nak apa sebenarnya? Nak kawin dah ke?”, Fifi tersenyum melihat muka kakak kesayangannya sudah berubah kelat. Sebut je pasal kawin angin Farhana mesti berubah maklumlah umur dah mencecah 30 an tapi jodoh tak ada lagi, kena mandi bunga kot.

“bukanlah...sajakan nak kenakan akak...akak ni banyak pilihan tau sampai tak tahu nak pilih yang mana satu....” Fifi mencebik, sememangnya apa yang dikatakan kakaknya itu ada benarnya, kerjaya peguam yang disandang Farhana membuatkan dia berhati-hati memilih pasangan.

“Ni akak nak kau keje dengan akak, firma akakpun nak pakai orang dan sesuai dengan kelulusan Fifi, kalau Fifi nak jawatan yang lagi ok pun akak akan usahakan”, fitriana hanya memainkan strow di tangannya, jelas tidak berminat dengan tawaran kakaknya. Ini adalah tawaran yang ke 120 dari kakaknya baik kak long mahupun kak ngahnya, kini kak ciknya pula mencuba nasib.

Farhana mengeluh...percubaannya kali ini gagal. Dia kasian melihat kehidupan adiknya yang tidak serupa bikin. Terkejut bukan kepalang apabila mendengar berita dari mulut Kak Longnya yang Fitriana adik bongsu mereka berkerja sebagai cleaner. mereka empat beradik sememangnya rapat Fauziah, Fasha, Farhana dan Fitriana akan sentiasa bersama. Semenjak Kak Long dan Kak ngah berumahtangga Farhana lebih rapat dengan adiknya Fitriana. Pemergiaannya ke Itali menyambung pelajaran membuatkan mereka semakin jauh.

***
Fitriana bergegas berlari mendapatkan Lif yang hampir tertutup. Pantas tangannya menahan pintu Lif dari tertutup.

“Opppsss....sabar-sabar, fuhhh terima kasih Lif kalau kau tak ada mesti mati arrr aku”, Fifi tersenyum. tiba-tiba dia terdengar manusia berdehem. Pantas dia berpaling ke belakang. Aduhhhh kantoi!!...

“terima kasih pintu Lif”, sempat lelaki itu memerli Fifi sebelum melangkah keluar.. dia mengutuk dirinya dalam diam kerana memalukan diri sendiri.

“ Fifi ruginya kau tak datang semalam...” kedatangan Fifi disambut oleh mulut riuh Kak Kiah..Fifi mengosok dadanya pelahan, kalau selalu macam ni boleh kena serangan jantung.

“Rugi berapa juta Kak Kiah...”, Usik Fitriana. Seakan ghairah dengan cerita Kak Kiah.

“Ni juta kau....” Kak Kiah menunjukkan buku limanya..oiiii garangnya..Fifi mengekek suka. Geli hatinya melihat reaksi Kak Kiah.

“Rugi Fifi.... hensem, bergaya, muda, pengurus baru kita tu Fifi oiiii...kalau akak tak kawin lagi dah lama akak pasang jerat...” aksi Kak Kiah kena dengan gayanya.

“Nasib baik Kak Kiah dah kawin kalau tak mesti ada jerat dalam syarikat ni, kalau salah jerat ada yang mati....hahaha..” Fifi ketawa kuat.

Kak Kiah menarik muncungnya, dia tahu sangat reaksi yang akan ditunjukkan oleh Fitriana. Dia pelik melihat gadis manis ini seakan seorang yang terpelajar tapi kenapa sanggup menjadi cleaner. Kalau nak dibandingkan rupa dengan wajah ala-ala Pretty Zinta siap ada lesung pipit lagi nak jadi model pun boleh. Kak Kiah meneliti wajah wanita dihadapannya.

“Kenapa Kak Kiah...ada air liur basi ke?”, Fitriana menyapu mukanya dengan tangan, hairan dengan pandangan Kak Kiah.

“Hishh tak adalah cantik dah..... pergilah buat kerja kau..”, arah Kak Kiah. Fitriana ditinggalkan dalam kehairanan.

****

“Kak Kiah tolong buatkan saya kopi...”, satu suara dari arah belakang, Fitriana berpaling. Oiiiiii...hensem siut...

“Emmm Encik Fariz Hakeem, kalau nak apa-apa, En boleh minta dekat Fifi ni...semua tu tugas dia”, Kak Kiah bercakap sambil tubuh Fifi ditolak ke depan.

“Fifi...?” tanya Fariz hairan. Matanya terhenti pada gadis. Dia kenal gadis itu. Gadis Lif.

“Ha ar...Ini Fifi pembantu pejabat Mutiara Holding yang berjaya...” promote Kak Kiah, selepas memperkenalkan Fitriana kepada pengurusnya, arahan pertama dari pengurus barunya kopi tanpa gula tapi letak sikit susu tak nak panas sangat. Mak aiii macamana tu fikir sendiri.

“Encik Fariz, ini airnya...”, Fitriana meletakkan mug berisi kopi di atas meja. Sedaya upaya dia menutup mukanya.

“Emmm terima kasih....” ucap Fariz namun matanya masih tidak berganjak dari skrin komputer di depannya. Kehadiran Fifi seperti angin lalu.

“emmm..Fifi..”

“ya..saya”

“lain kali jangan bercakap dengan Lif tau...” lelaki itu tersenyum. pantas kakinya melangkah keluar dari bilik pengurus. Eiii malunya.....

Hampir dia terlanggar seorang wanita ketika keluar dari bilik Encik Fariz. wanita itu memandangnya seakan mahu ditelan hidup-hidup. Tapi entah kenapa soalan yang keluar darimulutwanita itu kedengaran sangat lawak.

“siapa lagi cantik saya ke awak?”, jari emilia menunjuk ke dadanya

“saya...ehh awk...”, Fifi mengaru kepalanya.

“awak??? Sorry sikit...Cik emilia datuk Muzaffar jaga sikit kata-kata tu....”, emilia berlalu meninggalkan fifi. langkah sombong ala-ala gediknya dibawa ke bilik Fariz. Berlama di situ takut berjangkit pulak bodoh pembantu pejabat papanya itu.

Fitriana menggelengkan kepalanya pada zaman serba canggih ni macam-macam penyakit manusia yang masih belum ada ubatnya. Contohnya penyakit yang dihidapi oleh Cik Emilia Datuk Muzaffar ni. hishh..hishh..

****

Sebulan Fariz menerajui pengurusan syarikat segalanya berjalan dengan baik. Selama sebulan itu jugalah si Emilia menyibukkan diri di pejabat dan kadang-kala mengarang melebihi bos besar.

“Hari ini saya buat kopi istimewa untuk Encik Fariz”,Mug milik Fariz bertukar tangan.

“Apa istimewanya sama je...kopi juga” Fariz bersoal hairan. Sambil menghirup sedikit kopi yang dah menyentuh bibirnya.

“ emmm...sedap. awak letak apa dalam ni Fifi?”

“ Gula.....” ringkas jawapannya.

“kenapa?” sememangnya Fariz tak suka jika minumannya dicampur gula. Mug ditangannya pantas diletakkan jauh di tengah meja. Fifi tahu Fariz tidak senang dengan tindakannya.

“Sebab saya tak nak Encik Fariz menjadi salah seorang daripada insan yang tak merasai kemanisan semanis gula dalam minuman. Saya harap suatu hari nanti encik Fariz tak menyesal kerana gula”, penjelasan Fifi membuatkan api kemarahan Fariz terpadam.

Terimbau kembali kejadian di tangga semalam bersama Fifi.

“kenapa tengok saya macam tu?”,

“Encik Fariz ok ke?”, Fitriana kelihatan teragak-agak.

“emmm..ok but tak berapa ok..”, berkerut dahinya. Jawapan jenis apa itu?. Fifi ingin melangkah untuk naik ke tingkat atas. Tapi tubuh lelaki itu sudah memenuhi ruang tangga yang agak kecil. Lif ni pun satu masa ni juga nak rosak.

“Emm... apa pendapat awak tentang cinta?”, tanya Fariz matanya masih menatap wajah Fifi dihadapannya itu. Beberapa buah fail masih dipegang. Fariz memberi isyarat kepada Fifi supaya duduk. Gadis itu menurut perintahnya.

“Hah!! Cinta?....emmm bagi saya cinta tu macam gula Encik Fariz...”,

“Gula??” tanya Fariz kembali.

“Yup...cinta tu macam gula...rasanya manis, gula satu keperluan Encik Fariz..samalah macam cinta...tapi gula ini kalau diambil berlebihan akan mendatangkan mudarat macam-macam penyakit so untuk cinta perlukan kesederhanaan, samalah macam kita perlukan gula....”, panjang lebar penjelasan Fifi.

“Awak ni kadang-kadang bercakap boleh tahan juga ek.....macam bukan pembantu pejabat.

“pembantu pejabatpun manusia juga..”,

“Encik Fariz?!! hello....Encik Fariz?”, Fariz tersedar, dia kembali memandang Fifi. kembali ke alam nyata.

“ emmm saya keluar dulu..”, fifi meninggalkan bilik Fariz.

Fitriana bergegas keluar dari syarikat. Niatnya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk lapik perut maklumlah tak sempat keluar makan tadi. Kerja yang banyak membuatkan dia sendiri lupa waktu makannya. Ewahh mengalahkan pengurus syarikat pulak.

Fitriana berjalan perlahan melintas jalan. Tiba-tiba bunyi hon yang kuat memeranjatkannya. Kereta vios putih sudah sangat hampir semakin dekat untuk merempuhnya. Fitriana terkedu kakinya mengeletar. Tiba-tiba ada tangan yang menariknya. Mereka terhumban ke tepi.

“awak ni macamana melintas jalan?..kenapa tak tengok kiri kanan dulu?” muka gadis itu kelihatan sangat pucat. Seakan tiada aliran darah yang mngalir di wajahnya.

“maaf..ehhh terima kasih En. Fariz dah selamatkan saya”, katanya perlahan sebenarnya peresaan terkejutnya masih bersisa.

“sudahlah awak nak ke mana ni?”, Fariz cuba membantu Fitriana bangun dari duduknya. Tapi gadis itu terlebih dahulu menolak. Mngkin ingin bertenang. Fariz diam sebentar matanya masih mengawasi gerak Fitriana.

“saya nak makan tadi sebenarnya. Tak apalah macam dah kenyang pulak”, Fitriana berkata benar. Sememangnya perut yang tadinya sangat lapar menjadi kenyang tiba-tiba. Fariz melihat jam rolex di tangannya. Sudah pukul 2 baru nak makan?. Ingin bersoal lanjut tapi didiamkan dulu.

“sudah jangan nak mengada-ngada, jom ikut saya makan sekali”, kebetulan dia juga masih belum makan.

“ehhh tak payahlah Encik Fariz lagipun saya nak beli roti je tadi”,

“hahh dah jangan nak bagi alasan lapuk awak tu, jom saya belanja”, Fariz sudah terlebih dahulu menuju ke keretanya.


****

“ Jangan-jangan kau suka dekat Fifi tu tak?” Mahat meneka rasa hati sahabatnya.

“Hishhh kau ni, dia tu pembantu pejabat je....lagipun kau kan tahu taste aku...” Fariz menyembunyikan rasa hatinya. Entah kenapa hatinya nenidakkan apa yang lahir dari mulutnya.

“kau jangan main-main...kalau kau tak nak aku pun nak cuba nasiblah, kau tak perasan ke Fifi tu kalau senyum mak aiiiii comel gila...kalau aku dapat bahagianya...”, sengaja Mahat membakar perasaan sahabatnya.

“Suka hati kaulah.....ada aku kisah...”, perlahan saja kata-kata itu keluar dari mulut Fariz, hatinya gundah dengan apa yang dikatakan oleh Mahat.

Di luar pintu Fitriana memejamkan matanya, apa yang didengarnya tadi betul-betul menyentuh hati. Kenapa dia terasa adakah sebab sudah terbit rasa cinta dihatinya?..’hahh...sudahlah Fifi kau sedarlah diri tu...kau tu pembantu pejabat je, jangan perasan...’ bisik hati Fifi, mug kopi di tangannya dipandang..lalu diminum...dari aku bagi dia minum baik aku yang minum. Fifi melangkah ke tempatnya. Dia meminta Kak Kiah membuatkan kopi untuk Encik Fariz dan tetamu.

“ Kak Kiah?.. siapa yang buat kopi ni..kenapa tak letak gula...” Kak Kiah pelik, mahat juga menghirup kopi yang sama wajahnya berkerut.

“Hah...bukan ke Encik Fariz tak suka Kopi yang bergula...” pertanyaan Kak Kiah membuatkan Fariz meletakkan cawan kopinya. Mahat tersenyum sumbing... kepalanya digelengkan. sahabatnya sudah banyak berubah.


***

Jamuan yang diadakan di perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik Datuk Muzaffar sangat meriah, hampir semua kakitangan Mutiara Holding hadir. Keadaan bertambah meriah dengan kehadiran rakan-rakan perniagaan yang berurus niaga dengan Mutiara Holding. Jamuan ini dikhabar untuk meraikan kepulangan anak Datuk muzaffar siapa lagi kalau bukan Emilia.

Fitriana hanya memakai kebaya biru lembut kegemarannya yang dibeli dua tahun lalu kira baju raya jugalah. Dalam keseronokan melihat anak-anak Kak kiah berlari-lari ke sana-ke mari, mata Fifi meliar memandang pelbagai fesyen dia tersenyum memandang khaty yang siap berbalut bulu kambing ke bulu ayam di leher nampak kelakar. Fifi menambah air oren di dalam gelasnya yang sudah kosong....

Tiba-tiba...

“ehhh apa ni buta ke???! kau tu pembantu pejabat tau jangan nak perasan macam orang kaya-kaya pulak..sedar diri tu sikit...” Emilia menjerit memarahi Fitriana.

“ Maaf cik emilia saya tak sengaja...saya minta maaf...” Fitriana cuba membantu untuk mengelap baju anak majikannya yang sudah basah dengan air oren. Tangan fitriana di tolak kasar.

“ Cik lia maaf ini semua sebab anak saya, Fifi tak salah dia nak mengelak dari anak saya tadi tiba-tiba cik lalu..” Kak Kiah ingin menjelaskan keadaan.

“shut up......aku tak nak dengar, kau tahu tak baju aku ni mahal kalau setahun gaji korang berdua pun tak mampu nak beli tahu tak” suara emilia masih lagi macam singa betina.

Fitriana tunduk memandang kasutnya, ehh kasut kak cik yang dipinjam semalam, cantik juga. Dia kembali ke alam realiti apabila suara Emilia masih menerjah masuk ke telinganya, macam nak pecah gegedang telinganya eiii boleh cair molekul-molekul senggal dalam otak aku ni...bisik Fitriana. Wajah serba salah kak kiah mengundang simpati dalam dirinya.

“Sayang kenapa bising ni...?”, tanya Datuk Muzaffar

“ni hah...kuli papa ni, habis baju Lia...tengok...” eiii mengada-ngadanya suara Emilia, membuatkan tekak Fitriana terasa mual.

Tapi tiada apa yang nak ditakutkan, Datuk Muzaffar seorang yang bertimbang rasa. 2 tahun berkerja di bawah Datuk, membuatkan dia kenal sifat lelaki itu. Datuk meminta maaf secara terbuka dengannya apa yang pasti Kak Kiah adalah insan yang tersenyum sampai ke telinga. Tapi wajah emilia mencuka macam makan peria muda.

Ditengah-tengah majlis aku terpandang wajah Fariz yang tersenyum di belakang Datuk Muzaffar.‘ehh dia senyum dekat aku ke’ Fitriana keliru namun iris mata fariz tepat ke arahnya. Akhirnya pandangan itu diabaikan saja. Fitriana kembali melayan telatak anak Kak Kiah.

Tiba-tiba emilia datang memegang segelas air di tangannya. Sampai dihadapan kakinya berhenti dia tersenyum sinis. Lantas wajah Fitriana disimbah.....Fifi terkejut, Kak Kiah terkedu..beberapa mata di situ terus memandang. Ketawa Emilia menarik perhatian ramai. Fitriana terasa mahu menangis, tapi ditahan. Kalau tidak difikirkan jasa Datuk dah lama anak perempuannya ni makan nasi hospital.

“ Apa lagi ni emilia?” Datuk Muzzafar geram. Anaknya sudah melampau.

“Lia tak sengaja... nak terjatuh tadi..” tiba-tiba tangannya melingari lengan Fariz, dia tahu papanya tidak akan marah jika Fariz menyokongnya. Fariz memandang wajah Fitriana. Hatinya bersimpati, dia ingin membantu namun tangan Lia memegangnya kemas. Fifi meminta diri, dia malu menjadi tontonan semua tetamu, apa yang lebih menakutkan adalah pandangan sepasang mata yang dari tadi memandangnya.

****

“ Papa nak adik berhenti kerja.....kerja dengan papa..” Tan Sri Yunus memandang tepat ke arah anak bongsunya.

“Tapi papa..adik suka kerja dekat situ...”, Fitriana faham akan kemarahan papanya semua disebabkan peristiwa malam tadi di rumah Datuk Muzaffar, dia perasan akan renungan papanya dari jauh seakan seorang pembunuh bersiri hehehehe. Fitriana tersenyum

“Hahh...senyum..Ingat papa bagi masa sebulan, berhenti!!!”, sudah cukup anaknya itu dipermainkan. Dia tak sanggup lagi membiarkan pilihan hidup Fitriana yang tak tentu arah tu. permintaan untuk hidup berdikari sudah cukup.

“Berhenti!!!....”, belum sempat Fitriana membuka mulutnya, papanya terlebih dahulu memberi arahan. Puan Sri Maria yang dari tadi sebagai pemerhati tersenyum. Anak dengan papa sama saja...degil...

***

Fitriana melangkah masuk ke mutiara holding setelah 3 hari dia tidak hadir tanpa apa-apa sebab.

“Ya Allah fifi kau kemana...kau tahu sepanjang kau tak ada bos kita tu asyik mengamuk je..”, fifi tersenyum, kata-kata kak kiah dilasakan lucu.

“Pergi bertapa.....haha”, surat perletakan jawatan yang ingin diberi kepada Kak Kiah terbantut apabila jeritan Fariz memanggil namanya dari pintu biliknya.

Fitriana kecut. Hatinya berdebar entah kenapa wajah Fariz kelihatan begitu menakutkan. Sudah beberapa minit dia di dalam bilik pengurus muda itu tapi belum satupun bunyi keluar dari mulutnya.

“Encik Fariz nak apa..panggil saya?”, tanya Fifi perlahan wajah itu tidak dipandang. Fifi tersentak apabila fail dari tangan Fariz di hempas kuat ke meja. Kemudian jatuh ke lantai. Renungan tajam Fariz membuatkan Fifi berkerut hairan.

“Awak ingat ini syarikat bapak awak ke? Suka hati awak nak datang ke tak nak datang. Kalau awak nak mengatal ke apa ke awak tetap pekerja syarikat ni”, fariz berdengus kasar. Terbayang lelaki yang berkepit dengan fitriana di butik kemboja semalam. Panas hatinya.

“tapi Encik.....”

“jangan nak bertapi-tapi..kalau awak nak terus berkerja dekat sini jaga sikit sikap awak tu”, Fifi mengangkat keningnya ala-ala ziana zain. Terluka dengan kata-kata Fariz. surat ditangannya dilempar ke atas meja. Fariz terkejut.

“Encik Fariz terima kasih...”, tepat,ringkas dan padat. Fitriana meninggalkan fariz yang terpinga-pinga.

Sampul surat di atas mejanya tadi dibuka perlahan. Letak jawatan!!!??. Fariz pantas mengejar Fifi yang sudah lama meninggalkan biliknya. Bayang wanita itu hilang.



***

Semua ahli lembaga pengarah menantikan kedatangan Tan Sri Yunus, Datuk Mansur berbual-bual dengan Fariz menyatakan agenda mereka perlu berjaya mendapatkan tander kerjasama itu kerana ia akan menguntungkan syarikat. tan sri yunus masuk ke bilik semua ahli bangun memberi hormat, kelihatan seorang jelita mengekori belakangnya.


"sorry im late..kenalkan ini anak saya fitriana nazirah, dia akan bentangkan tawaran tander hari ini" tan sri masuk bangga memperkenalkan anak bongsunya.


mendengar nama itu membuatkan Fariz berpaling laju, fifi? emilia tersedak hampir terkeluar air dari mulutnya. kebetulan ketika itu dia sedang minum. Fifi membentangkan segala tawaran tander tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya. lagak profesionalnya membuatkan emilia mencebik.


"maaf Tan Sri saya tak tahu yang Fifi ni anak Tan sri" datuk mansur kelihatan serba salah.


"ehh tak apa saya pun nak berterima kasih pada datuk sebab sudi layan kerenah anak saya yang degil ni..banyak dia ceritakan pasal datuk pada saya" Datuk mansur kelihatan lega. entah apa lagi yang dibualkan fifi enggan ambil tahu.

fifi cuba mencari kelibat Fariz tapi gagal lelaki itu bergegas keluar dari bilk mesyuarat sebaik sahaja tamat tadi. Fifi kecewa dia pelik kenapa hatinya terlalu kuat pada lelaki itu sedangkan dia bertepuk sebelah tangan..hah bodoh kau fifi memalukan diri sendiri je.. sudah arr tengok cerminlah sesuai ke kau dengan dia? bisik hatinya.

"papa..fifi g ladies jap" tan sri menggangguk perlahan. renungan tajam emilia tidak dipedulikan.

"ahhhhh" tiba-tiba ada tangan yang menarik lengannya. terbantut hasratnya untuk ke bilik air.

"apa khabar cik fitriana Nazirah binti Tan Sri yunus" sengaja dikuatkan perkataan Tan Sri itu.

"sakitlah...lepaslah apa Encik Fariz ni?" Fitriana mengusap tangannya. terasa berbekas.

"sorry.." perlahan saja kata maaf itu.

"sory...sory naik lori arrr beli kari..hari-hari sory" fifi melepaskan marahnya. Fariz tersenyum memandang tepat ke arah wajah cantik di depannya. fifi terus meninggalkan Fariz tak jadi niatnya untuk ke toilet tapi dia terus ke kereta menunggu papanya untuk pulang. sesak nafasnya berlama di situ.

"ehh...Encik Fariz nak apa lagi ni?"

"nak awak..." fifi terdiam. Fariz tersenyum manis.

"heiii Encik Fariz balik tengok cerminlah...saya tak setaraf dengan encik saya hanya layak bancuh kopi je tuk encik...sejak saya berhenti kerja kata-kata tulah yang saya pegang" fariz terkedu.. hatinya tersinggung dengan kata-kata Fifi.

"atau awak rasa saya tak setaraf dengan awak yang anak Tan Sri...atau cermin yang awak maksudkan tu untuk saya sebenarnya?" Fariz salah faham. Fifi terkedu walaupun bukan itu maksudnya tapi dia tidak pula membetulkan kata-kata Fariz. dia hanya berdiam. fifi tunduk memandang bumi. lama dia begitu, Fariz hilang...dalam sekelip mata lelaki itu tiada lagi di depan matanya...aikk mana dia??..

fifi menyesal mungkin kata-katanya terlampau...tapi itu bukan apa yang dia maksudkan.

***

“kenapa anak mama masam je ni?”

“hah mana ada mama..”, sedaya upaya senyuman dilakarkan di bibirnya.

“emmm...Fifi tak setuju ke dengan keadaan sekarang ni?”

“hishh mama ni Fifi bahagia kalau mama dan papa bahagia..”, rambut anak bongsunya itu diusap perlahan. Fitriana satu-satunya anak yang sentiasa merahsiakan rahsia hatinya. Jika ada masalah dia lebih senang memendam sendiri.

Berita pertunangan fitriana sampai ke telinga Fariz, lelaki itu tidak senang duduk sejak Fitriana berhenti kerja hatinya tidak keruan. Setiap kali dia keseorangan wajah Fitriana akan muncul. ‘Kau tu dah jatuh cinta pada dia fariz’ kata-kata najmi terimbas kembali... ‘cinta??’.....hari ini harinya...tidak Fifi milik aku.....fariz mencapai kunci keretanya matlamatnya hanya satu iaitu Fitriana...

“Fitriana andainya cinta saya seperti gula....saya akan pastikan kemanisannya...sudikah awak memaafkan saya”, Faris hakeem sudah melutut di depan Fifi.

“Tapi hari ni....” Fifi serba salah,

“Saya tahu hari ni, awak akan bertunang tapi saya nak awak tahu yang saya dah jatuh cinta pada awak, saya cintakan Fifi, pembantu penjabat Mutiara Holding yang berjaya. Saya tahu awak juga cintakan saya” ewah...ayat cover, semua mata masih memandang ke arah mereka. Faris masih mampu control macho walaupun hakikatnya mukanya sudah merah menahan malu.

“Kalau ya pun nak melamar ke bercinta ke....janganlah kacau hari pertunangan Kak cik”,
Farhana sudah tersenyum manis.

“Hah...jadi bukan awak yang bertunang?......”, tanya Fariz, matanya tetap tidak berganjak dari mata Fitriana.

Fitriana tersenyum, dia mengangkat bahunya lalu kepalanya digelengkan menandakan apa yang disangkakan oleh Faris adalah salah. Faris tersenyum, kepalanya digaru. Kantoi lagi......lalu dia ketawa apabila mendengar ketawa Fitriana.

“I love you...”

“Cik Emilia?”

“emmm...dia bukan gula..tapi garam masin...”, terdengar kembali gelak Fariz. Tadi lelaki itu seakan mahu menangis.

“saya sayang awak Fitriana, bersaksikan mama dan papa awak sudikan awak menjadi hawa saya?”

“ehem...ehem....”, Datuk Jaafar dan Datin Mariam berdehem melihat perangai anak bongsu kesayangan mereka dan bakal menantu mereka.....

“awak memang Adam saya”,

Fariz Hakeem dan Fitriana tersenyum malu.....

-Habis sudahhhh-

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets