Sunday, January 4, 2009

gila kau 1

GILA KAU

PART 1

Part 1

Hari ni dah 18 kali aku kuar masuk tandas, ntah dekat mana silap ye aku telan semalam pagi ni perut aku jadi mangsa keadaan. Abis segala keayuan aku hari ni dek kerana seharian melawat tandas yang jarang-jarang aku lawati. Aduhhhhh… seksanya.

“ wei kau ni pe hal aku tengok muka cam tu je?” Tanya maya, muka ye berkerut macam dia plak yang sakit. Pape ntah.

“ aku sakit perut la.. ni mesti makan nasi goreng kau semalam” hah amik kena sekali ngan aku Tanya la lagi tak tahu aku tengah menderita ni.

“aku pulak yang salah dah kau yang makan sampai nak telan mangkuknya sekali, makan tak baca doa tu la jadinya cik intan oiiii” peril maya sambil membawa failnya masuk ke biliknya.

Butik milik aku dan maya ni dah lama kami buka dan sekarang ni sahaja aku dah ada 3 anak buah hahaha… dalam kata betulnya cawangan. Butik inilah yang menjadi kebanggaan aku walaupun bersusah payah sampai aku tak kawin sampai sekarang ehh…tu pun nak cite juga ke? Ehh..mestilah sebab nak tau status aku.

Sebabkan tak sanggup lagi menahan sakit aku Intan Azura Abdullah terpaksa meninggalkan butik dengan kadar yang segera mana tau takut tak sempat nak cari tandas ke….aku juga yang susah. Sampai di pintu pagar rumah aku tergesa-gesa mencari kunci rumah seluruh pelusuk beg aku cari, alamak!! Kunci dekat maya inilah padannya kalau aku tak berfikir. Dengan muka tak malu dan malu-malu kucingnya aku terpaksa melangkah ke rumah Mak Siti jiran sebelah rumah kami. Malu siott maklum arr sebelum ni walaupun duduk sebelah aku jarang nak bertegur dengan Mak Siti ni maklum arr sibuk bukan sombong ek…..

“Assalamualaikum….” Amboi ayunya suara aku..control weii umah orang ni.

“waalaikumsalam….eh..Intan masuk- masuk ada apa ni tak penah-penah masuk datang jumpa Mak Siti ni?” aduhh kan dah kena sebijik, ala mak siti ni pun agak-agak arr nak tegur aku pun. Merah padam muka aku saat itu kalau arr korang leh tengok..
“ Intan sakit perut la.. kunci rumah tertinggal dekat butik boleh intan tumpang bilik air?” Tanyaku perlahan.

Dengan izin Mak Siti aku berlari masuk ke tandas , cantik juga rumah jiran aku ni tapi cantik lagi rumah aku hehe..rumah banglo dua tingkat yang baru 2 bulan aku beli dan secara tidak langsungnya maya pun join sekali sebab sebelum ini pun dia memang dah serumah sekatil, sepinggan ngan aku.

Sepanjang hari aku duduk berehat di rumah Mak Siti , rupanya baik juga Mak siti ni silap aku juga sebab tidak berkesempatan nak berbaik dengan jiran-jiran dalam taman ni. Sekejap sahaja kami sudah boleh berborak mesra, nak ceritakan kemesraan tu sampai aku leh tidur kat sofa rumah dia yang empuk. Bukan sebab aku ni malas tapi kesihatan yang tidak mengizinkan maklumlah seharian dengan tandas.

Dalam tidur-tidur ayam aku terdengar ada yang sedang terbongkok-bongkok membuka laci rumah Mak Siti, aku segera bangun PENCURI!!!PENCURI!!! PENCURI!!

“Mak Siti saya balik dulu, terima kasih atas segala-galanya”

aku tersenyum sempat lagi mataku melihat pemuda yang aku belasah tadi, jelas mukanya tak puas hati. Macam mana la aku boleh buka silat aku kat tuan rumah bodohnya… kerana malu yang tak terkata aku lupa nak minta maaf dekat mamat tu. Oppss lupa pulak mamat tu merupakan anak tunggal Mak Siti, namanya aku tak tau tak sempat nak ambil tahu.

Peristiwa seminggu lepas menbuatkan aku rapat dengan jiranku sorang ni bukan dengan anak dia ek… tapi dengan Mak Siti. Aku sendiri selalu melepak rumahnya tetapi dikala mamat tu tak ada di rumah. Sempat juga aku berpesan kepada Mak Siti sampaikan maafku kepada anaknya kerana perbuatan aku yang tak seberapa tu. He3…

Masih mampu untuk aku menahan kantoi yang menghempap diri ini. Aku tetap mentain je kalau berbual dengan Mak siti selepas kejadian itu.

Pagi ini hari cuti umum bukan sebab aku tak kerja tapi kalau sabtu dan ahad aku biasanya akan ke butik sebelah petang dan Maya pula mengambil tempat di sesi pagi ewahh cam keje kilang plak siap shift…biasanya hari macam ni ramai pelanggan yang akan mengambil tempahan jadi kami setuju untuk mengadakan system giler untuk adil di hujung minggu. Biasanya hari nan indah ini aku manfaatkan dengan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Hijau adalah warna wajib dalam hidup aku, atas sebab itu aku telah memilih untuk memastikan sekeliling rumahku ini penuh dengan tumbuhan hijau.
Tiba-tiba……
“ air apa pulak ni..hoiiii apa ni” lencun bajuku disiram air yang datangnya dari rumah sebelah. Ku lihat seorang pemuda sedang tersenyum nakal. Macam kerang busuk..memang busuk hati dia.

“ ehhh…la.. maaflah cik poyo saya basuh kereta ni, tersengaja plak kena dekat cik poyo” bicara mamat itu disertai dengan senyum sumbing nampak sangat dia mencabar aku
“ awak basuh kereta ke basuh orang?? Buta kea pa? tak nampak saya yang besar kat sini?” bertubi-tubi bebelan keluar dari mulutku. Segera aku berlalu masuk ke rumah sebab aku sendiri takut jika ada diantara kami yang akan terkorban. Senggal laa mamat ni, aku tau dia sengaja nak balas dendam dekat aku, kenapa aku tak ketuk kepala dia semalam sampai hilang ingatan. Shah hanya senyum kambing sambil matanya tak lepas dari Honda sivic hitam kesayangannya.

Intan panas hati lantas digengam tanah bersalut Lumpur maklumla dah basah disimbah air tadi, dengan kemahiran lontar pelurunya sejak sekolah dengan mudah… belepek….ambik kena sebiji tepat di cermin kereta milik musuh merangkap jirannya itu.

“weiii…..kurang asam jawa punya perempuan nak kena ngan aku ni..” belum sempat shah membalas serangan intan sudah meluru masuk ke dalam rumah ‘ gile betul la nak jadi apa la anan Mak Siti ni mak sikit punya baik tapi macam mana leh lahirkan anak jin ni……’ bebel intan di dalam hati. Dia segera naik ke bilik janjinya pada maya mesti ditepati teringat akan first date maya hari ni. Ni la dia orang sedap-sedap date aku je yang kena jaga butik…….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets