Monday, February 23, 2009

GILA KAU 15


GILA KAU 15

“Ehhh kenapa mamat poyo tu tetiba je diam?” Intan bertanya hairan. Dari tadi shah yang banyak mulut tu hanya membisu.

“Entah ingatkan cinta yang tak kesampaian kot” Farid menjawab perlahan. Bimbang kalau-kalau ada yang mendengar. Mereka masuk ke rumah. Baju yang tadinya basah sudah hampir kering. Dahi Intan berkerut tak faham kata-kata Farid.

Tiba-tiba telifon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Ketika itu dia betul-betul berdiri di pintu.

“kalau nak bergayut boleh tak jangan duduk dekat pintu?”, suara garau itu menegurnya, dia pantas ke tepi dan sempat menjeling ke arah shah yang sengaja lalu di hadapannya.

***

Intan mengangkat beg bajunya ke dalam kereta. Dilihat wajah suram Mak Siti yang berat melepaskannya balik.

“Intan kata cuti dua minggu kenapa nak balik awal?”, Ummi pula bersuara. entah keberapa kali soalan itu diulang. Dia hanya tersenyum. yakin tidak perlu soalan itu dijawab lagi.

“ emmm dia tak suka duduk kampung mak..jangan paksa”, sindir Farid. Intan menjulir lidah, Farid semakin suka mengusiknya.

“Intan kalau boleh nak terus duduk sini, tapi ada masalah sikit.. Intan kena balik nanti susah pula”, teringat panggilan Lokman yang memberitahunya tentang keadaan Hafiz. Hafiz sudah dikejarkan ke hospital. Anak kecil yang sentiasa menjadi buah hatinya itu tak mungkin dibiarkan sendirian.

Matanya dapat menangkap kelibat shahrul yang sudah segak, hiahh nak ke mana pula mamat ni?. dia bertanya sendiri. Aina sudah mengekori buntut abang sepupu kesayangannya itu.

“ehh nak kemana cantik-cantik ni?”, Intan bertanya hairan kepada Aina.

“untuk pengetahuan Cik Intan, kami bertiga akan mengiringi pemergian Cik intan berangkat pulang”, senyuman Intan tiba-tiba mati. Hah?

Satu persatu wajah di hadapannya dipandang.

“ummi yang suruh...tak akan Intan nak balik sendiri, hishh bahaya lagipun si Farid pun nak ambil barang dekat rumah dia”, Farid mengaru kepalanya, bila masa pula dia nak ambil barang. Teringat malam tadi mak dan Mak Longnya yang beria-ria meminta dia mengajak shah menemani Intan pulang.
“ehh....tak payahlah..kan Intan dah kata tak apa..”

“dahlah sampai bila nak gerak kalau macam ni je...” shah dengan muka selambanya masuk ke dalam kereta Intan. Dia duduk di tempat pemandu.

“ehh kenapa pula awak duduk situ?”

“yelah tak akan aku nak suruh kau bawa, alamatnya esokpun belum tentu boleh sampai”, Intan geram. Dia cuba menahan rasa marahnya.

Lama dia berpelukan dengan Ummi dan Mak Siti. Mak Siti masih belum mahu meninggalkan kampung halamannya masih banyak yang perlu diuruskan. Semasa tangannya bertaut dengan tangan dua wanita itu, erlahan airmatanya keluar. Cepat-cepat disapu dengan tangan. Malu pulak tetiba menangis.

“nanti Intan senang datanglah lagi kampung ni..jangan serik dengan rumah ummi ni”

“tak mungkin ummi Intan dah jatuh cinta dengan kampung ni..apa yang penting dengan kasih sayang ummi” lagi sekali tubuh wanita itu didakap. Ada satu perasaan yang sukar digambarkan. Mak Siti hanya menggangguk dan tersenyum dia faham apa yang bermain di hati Intan dari tadi. Adiknya memang kaya dengan kasih sayang.

“ehh kalau semua naik kereta ni..macamana awak nak balik nanti?” tanyanya hairan melihat Aina dan Farid sudah meluru masuh di tempat duduk belakang keretanya.

“emmm kau ni kan memang banyak cakap kan...kitorang nak hantar ni pun dah cukup baik tau” langah Intan berhenti. Kata-kata shah membuatkan dia berkecil hati. Bukan dia yang suruh ditemani dia dah biasa hidup sendiri. Selama ini pun hidupnya hanya seorang diri.

Melihat perubahan di wajah Intan, Farid keluar dari kereta. Dia membuka pintu di sebelah pemandu untuk Intan masuk. dia sendiri hairan mendengar mulut tak ada insurans sepupunya itu. Intan masih diam. Dia memberi kunci keretanya kepada Farid dan terus masuk ke dalam perut kereta. Dia memilih untuk duduk di belakang bersama Aina, tak mungkin dia akan dekat dengan mamat poyo tu.


Sepanjang perjalanan yang kedengaran hanya suara Farid dan shah yang entah apa membicarakan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Kalau tadi aina akan mencelah sekali- sekala tapi sekarang aina sedang lena diulit mimpi. Hanya dia yang melayan sendiri perasaannya. Fifkirannya masih memikirkan hafiz. Bagaimana anak itu sekarang?

“ Intan awak lapar tak? Nak singgah makan?” pertanyaan Farid membuatkan Intan terkejut. Dia berpaling memandang keadaan sekeliling. Keretanya sudah berhenti di perhentian mana dia sendiri tak sedar.

“emmm Intan ikut je...”, dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Walaupun hatinya terdesak untuk sampai awal tapi dia perlu memikirkan 3 insan bersamanya sekarang. Pelahan dia melepaskan keluhan berat.

“kenapa? Intan ada masalah ke?” Farid bertanya perlahan. shah sudah hilang entah ke mana mungkin ke tandas.

“ha arr kak Intan dari tadi macam gelisah semacam kenapa?”, giliran aina pula bertanya.
Belum sempat Intan menjawab shah sudah duduk di sebelah Farid, bertentangan dengannya. Wajah lelaki itu nampak penat. Mungkin letih memandu seorang diri.

“so dah order makanan ke? Lapar gila ni..” shah membunuh sepi yang dari tadi bermukin sejak dia duduk di situ. Dia tahu Intan adalah orang yang paling tak selesa bila dia ada bersama.

Farid mengangkat tangan melambai ke arah pelayan yang berbaju putih itu. Satu persatu pesanan diambil. Intan hanya memesan milo ais, bukan perutnya tak lapar tapi fikirannya mendesak untuk dia tidak memikirkan lapar. Dari tadi dia cuba menghubungi Lokman tapi masih gagal. Tiba-tiba telifonnya berbunyi..pantas di angkat.

Shah menjeling memandang Intan yang berdiri tidak jauh dari mereka, dari tadi wanita itu terlalu asyik dengan telifon bimbitnya. Wajah serius Intan dipandang.

“aku rasa Intan ni ada masalahlah..” Farid bersuara perlahan. dia sendiri sedar akan renungan tajam shah yang dari tadi sukar ditafsirkan.

“kenapa kau tak makan? Tak akan ingat kekasih sampai tak lalu nak makan kot”, pertanyaan shah membuatkan Intan terkejut. Dari tadi shah tidak langsung menegurnya, selepas adegam mulut lepasnya tadi.

“emmm tak lapar...” jawabnya lembut. Shah kelihatan tak puas hati.

“tak lapar? Weii ni dah pukul 3 tadi dekat rumah aku tengok kau tak makan pun..tak akan tak lapar?”

“taklah...saya tahulah perut saya”,

“tahulah perut kau tapi kau tahu tak kami ni risau tengok kau tak makan..kenapa kau ada masalah ke?”

“emmm...hishh tak ada apalah jangan risau”, jawapan Intan membuatkan shah bangun dari duduknya. Farid sudah bersedia, sepupunya ni memang panas baran.

“kalau tak lapar sudah jom kita teruskan perjalanan, lagipun perut kau kalau kau laparpun kau yang tanggung”, shah sudah berlalu dari situ. Farid dan Aina melihat sesama sendiri, tak sangka tindakan drastik sepupu mereka itu.
Intan diam, dia terasa dengan kata-kata shah terasa ingin menangis di tengking begitu.

“Intan maaflah ek...si shah tu memang macam tu angin dia lain macam sikit, bukan kira hati orang” Farid tak puas hati. Nasib baiklah dia dan adiknya ikut sekali kalau tidak apalah yang dibuat si shah tu dengan Intan ni. Farid mengekor jejak shah, niatnya hanya satu untuk membasuh semula otak sepupu kesayangannya itu.

“sabar ek kak...abang shah sebenarnya risau akak tak makan. Akak tengok tu nasi dia bukan diusik pun dari tadi asyik pandang akak je”, pantas nasi di hadapannya dipandang. Memang tak terusik.

“sory aina akak teremosi sikit” ada senyuman kembali di wajah itu. Aina bangu bersama Intan menuju ke kereta.

Shah sudah duduk bersandar di dalam kereta milik Intan lama dia diam di situ. Satu persatu yang ada dalam kereta itu dipandang. Satu bear comel berwarna pink juga menarik perhatiannya. ‘Emmm degil tapi macam budak-budak juga’. Dia tersenyum entah apa yang mencuit hatinya dia sendiri tak tahu.

“hahh pe kes senyum sesorang ni?” suara Farid membuatkan Shah kembali membetulkan duduknya. Bear itu diletak kembali di tempat asal.

“emmm dah habis makan ke?”

“banyaklah kau makan.. yang kau angin satu badan ni kenapa?.. mental betullah kau ni shah tak pasal-pasal budak tu kena marah” shah hanya diam. Dia tahu sepupunya itu pasti akan menyebelahi Intan.

“ala aku gertak sikit je...geram aku degil sangat” kata-kata shah membuatkan farid ketawa.

“apahal pulak kau ni?” shah bertanya pelik. Enjin kereta sudah dihidupkan apabila melihat Intan dan aina sudah berjalan menghampiri kereta.

“kau ni dah angau sebenarnya..”, kata-kata itu membuatkan shah membulatkan mata ke arah Farid lalu sepupunya itu diam. Dia turut melihat Intan dan adiknya yang semakin hampir dengan kereta.

Sebaik sahaja Intan masuk ke dalam kereta telifon bimbitnya menjerit lagi.

“hah?..ok..ok saya datang sekarang”

“kenapa Intan?” Farid bertanya cemas. Apabila menyedari suara wanita itu turut cemas.

“boleh tak kita ke hospital sekarang”

“hospital???” Farid dan Shah berpandangan sesama sendiri. Aina mengangguk laju. Tanda setuju.




TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets