Wednesday, September 1, 2010

Cinta di ufuk Bintang

Cinta di ufuk Bintang

Adam Jason nama yang cukup untuk membuatkan 2000 orang pekerja di bawah Global Holding akan tunduk hormat kepadanya. Bukan kerana kekacakan atau pakej lengkapnya sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna tapi disebabkan kejayaannya dalam menakluki dunia perniagaan.

“weiii Josan ini macamana.?” Perempuan berwajah kacukan India cina sudah terlentuk di bahu kiri Robert. Jason tersenyum.

“itu kau uruskan..” ucapnya dalam langkah yang diatur agak hilang fokus. Malam ini dia terlebih minum dari biasa. Ini semua disebabkan kejayaan dalam merampas kembali saham yang hampir dibolot musuh.

Robert tersenyum mendengar arahan Jason, memang sudah lama dia mengidamkan tubuh yang mengiurkan itu. Selama ini Susan hanya tunduk kepada Jason. Wanita itu langsung tak pernah memandangnya. Kononnya cinta tapi dia tahu lelaki seperti Jason tak akan pernah percaya pada cinta.

“tapi kau ingat jangan buat benda bodoh, hantar dia balik.. dan pastikan mama dan papa dia tahu kau yang hantar balik..” sempat Jason menjerit memberi peringatan. Wajah hampa Robert tak dihiraukan. Bukan boleh percaya sangat si Robert ni, lain yang disuruh lain pulak yang dia buat.

Kereta dipecut laju. Jam menunjukkan 3 pagi. Sudah terlalu lewat untuk dia terus berada di luar rumah. Aktiviti malamnya tak pernah dibiarkan sehingga mengangguk tugasnya terutamanya Global Holding.

Mata digosok dengan tangan biar jelas. Lampu Jalan membuatkan dia hilang fokus namun pedal minyak masih ditekan. Lagi dan terus laju meluncur.

Debukkk!!!!!..

Menjerit brek MArcedes benz class E550nya. Ada tubuh yang sudah terdampar di tengah jalan. Jason panik, berlari keluar dari kereta. Dalam takut dan tangan yang masih mengeletar dia merapati tubuh itu.

Pantas nombor Robert didail, gagal.. dia menghempas keluhan berat. Tiba-tiba teringatkan Richard. Disaat susah macam ni baru dia sedar yang dia tak punya banyak kawan.

“Richard I need your help now!! No I say Now!”

****

Wajah Richard dipandang lagi. sejak peristiwa kemalangan itu dia menjadi menunggu tetap wad 201c. namun hanya menjadi penunggu dari jauh tak berani untuk masuk atau menatap wajah wanita yang dia sendiri tak tahu dari mana asalnya.nasib baik ada Richard, kalu tidak tak tahulah apa yang akan terjadi, mungkin pada dia atau perempuan yang berbaring lesu di katil itu.

“tapi macamana dia boleh tak ingat siapa keluarga dia dekat mana dia tinggal?.. tapi dia ingat nama” tapi nama itu kebetulan melalui loket emas yang tergantung di leher wanita itu. Kalau ikutkan satu apapun pasti tak akan lekat dari ingatannya.

Loket yang tertera nama Nurin Najwa itu masih ada dalam simpanannya.

Richard tersenyum. Sejak peristiwa kemalangan malam tu Jason tak ubah seperti seorang yang tak tahu apa-apa. Malah kadang kala lelaki itu akan mengulangi persoalan yang sama beberapa kali. Pelik kemana hilangnya wajah tenang dan yakin temannya itu,

“hentakan yang kuat di kepala menyebabkan pendarahan yang agak teruk. Dalam bahasa yang mudah fahamnya dia kehilangan memori atau ingatan, dan yang dia ingat hanya nama yang mungkin itu juga secara kebetulan”

“habis tu tak akan tak ada ubat yang boleh pulihkan dia?”

“dia perlu jalani terapi atau ingatan itu akan datang sendiri..” jelas Richard sekali lagi. walaupun itu bukan bidang kepakarannya tapi dia cuba untuk memahamikan kawan baiknya itu.

“maksud kau dia akan sembuh?”

Richard mengeleng perlahan. Berkerut dahi Jason. Berbelit-belitlah Richard ni. Sekejap kata ok sekejap kata tak. Marahnya dalam hati.

“dia hilang ingatan.. mungkin memakan masa sebulan , setahun, sepuluh tahun atau ingatan itu tak akan datang kembali.. dan dia akan menjadi umpama bayi yang masih perlu di ajar”

“kata kau doktor pakar tak akan tak boleh selamatkan dia?” Richard mengeleng, Josan mula mempertikaikan profesionalnya.

“aku pakar Tulang bukan pakar otak..” jelasnya sekali lagi. ayat yang sudah diulang lebih lima kali. Tapi dia tak pernah terasa dengan kata-kata Josan, dia tahu temannya itu dalam keadaan serba salah. Tapi dia tetap bangga dengan Jason kerana sahabatnya itu masih ingin bertanggungjawab.

Jason terduduk. Memikirkan apalah nasibnya selepas ini. Nampaknya masalah besar akan datang. Untuk membiarkan saja wanita itu dia tak sampai lagipun meninggalkannya sama jugalah dia lari dari tanggungjawab dan seumur hidup dia akan rasa bersalah.

“habis kalau dia tak sembuh aku nak buat apa?”

Richard diam. Dia sendiri masih tak dapat memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Wanita itu hanya mengigati separuh saja tentang dirinya.

“kita cuba Bantu dia..” tu saja yang paling baik dapat keluar dari doktor seperti Richard. Akhirnya akan minta berserah.

Jika dia diperlukan untuk membuat keputusan akhirnya inilah keputusan yang dia akan buat. Tapi keputusan yang bukan dari relanya semuanya adalah terpaksa.

“tapi dia melayu?”

“tapi kau ka nada Mami aku yakin dia boleh tolong..lagipun kau sendiri yang tak nak hal ni dibesar-besarkan, sekarang kita kena ambil jalan selamat, aku bawa dia ke hospital ni pun atas tiket yang dia adalah kawan kita. Jadi yang perlu menyelesaikan semua ni adalah kita.” Jelas Richard panjang lebar.

Baru dia teringatkan Mami.. pengasuhnya dari kecil. nombor wanita itu didail laju. Hanya Mami yang boleh menyelamatkan keadaan. Mami satu-satunya orang yang dipercaya, tapi sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negera dia tak lagi berjumpa dengan wanita itu, hanya duit dikirimkan setiap bulan.
****


Hari berganti hari minggu berganti minggu, Nurin sembuh sepenuhnya dari kecederaan fizikal. Cuma yang menjadi masalah sekarang wanita itu masih belum mendapat kembali ingatannya. Percaya atau tak kini wanita itu tinggal bersamanya tapi masih bertemankan Mami. Jika ditanya Nurin akan diperkenalkan sebagai anak saudara Mami, walaupun hakikat sebenarnya Mami tak pernahpun mempunyai saudara mara.

“Encik Adam..”

“ehhh awak ni tak faham ke?.. saya tak suka nama adam.. please call me Jason…” jeritnya pada wanita misteri itu. Sejak keluar dari hospital dia terpaksa mengadap wajah itu setiap hari. Wajah putih bersih lelaki itu kemerahan menahan marah.

“tapi saya suka nama adam..”

Jason berdengus. Memang degil. Sejak mula sampai sekarang suka melawan. Kalau dia tahu mungkin tubuh itu akan dibiarkan saja terdampar di bahu jalan. Tapi dia juga bersalah sebab kalau bukan dia yang melanggar Nurin pasti semua ini tak akan terjadi.

“bau apa ni?” terhidu deria baunya sesuatu bau yang agak pelik.

“saya masak tadi kalau awak nak makan marilah sekali..”

Jason melangkah mengekori Nurin Najwa ke meja makan. Bulat matanya bila melihat hidangan di atas meja. Masakan melayu??..

“mana Mami?”

“ada di sini..” sahut suara dari dapur. Wanita berusia 50 an keluar dari dapur. Tersenyum melihat Jason yang berdiri di tepi meja makan.

Jason memandang senyuman Mami. Aikk Mami ni pun dah berpakat nak kenakan aku ke?.. bukan dia tak tahu yang dia paling tak suka mekanan melayu. Masakan yang penuh dengan rencah yang akan membangkitkan bau pelik.

“apa ni Mami masakan melayu?”

Mami hanya senyum. Dia tahu sepanjang dia bersama Jason tak pernah dia menghidangkan makanan melayu dan kali ini dia sendiri terlalu rindu untuk makan masakan melayu. Dan Nurin sendiri yang menawarkan untuk memasak, kenapa mesti dia membantah. Tapi yang peliknya kenapa pulak Jason balik waktu makan tengahari?. Selalunya anak muda itu tak sukan membazir masa.

“dulu masa Jason masih kecil mama selalu masak masakan melayu. Mama dan papa Jason cukup suka masakan melayu tambah-tambah ayam masak rendang ni..”

Jason mencebik. Wanita didepannya sudah tunduk memandang bumi. Memang sebenarnya Nurin tak akan mengangkat muka bia bercakap dengannya. Mungkin takut dengan sikap panas barannya.

“dah, kali ini adalah kali terakhir saya tak nak tengok lagi masakan macam ni dalam rumah saya..” tegas tapi bukan pada Mami, dia cukup menghormati wanita itu. Kata-kata itu lebih ditujukan kepada wanita asing yang telah menganggu ketenteramannya di rumah ini.

***
“Ya encik Jason panggil saya..”

“Salina saya nak tanya sesuatu pada awak..”

“apa dia Bos?” tanya salina pelik. Pertama kali Jason memanggilnya. Terkejut juga bila dipanggil tanpa sebab dari tadi hatinya tak berhenti berdenyut.

“orang islam perempuan pakai apa kalau nak sembahyang?”

Salina mengaru kepalanya. Pelik mendengar soalan, setahu dia bosnya itu tak ada agama. Nak buat apa tanya soalan macam tu.

“salina!!” panggil Jason bila melihat pekerjanya itu masih mengelamun.
“ehhh.. maaf encik Jason.. kami panggil telekung..”

Jason mengangguk beberapa kali.

“telekung.. dekat mana kita boleh beli?.. kalau awak tak keberatan boleh awak belikan untuk saya?” permintaan yang betul-betul membuatkan Salina mahu tercekik.

“emm boleh tapi untuk siapa?”

“saya rasa tak perlulah awak tahu untuk siapa.. awak cuma perlu beli saja”

Salina mencebik dalam hati. Elehhh ingat aku nak tahu sangat ke..

“bukan macam tu encik Jason maksud saya.. untuk siapa supaya senang saya pilih saiznya. Kalau untuk kanak-kanak dan dewasa saiznya berbeza..” Jason tersenyum. Sedar kesilapannya.

“lebih kurang macam awak..”

Salina mengangguk setuju. dia cuba memadam soalan demi soalan yang bermain di dalam otaknya. Buat apa dia nak jadi busy body. Bukan dia wartawan yang sentiasa inginkan berita sensasi.

“ini duitnya..”

“Hah serbu encik Jason?” Salina meletakkan kembali kepingan RM50 di atas meja.

“kenapa tak cukup?.. kalau tak cukup nak tambah berapa?” tanya Jason pelik.

Salina ketawa. Tak tahan melihat wajah pelik majikannya. Kalau ikutkan sepatutnya dia yang terkejut tapi bila fikirkan balik bukan salah bosnya. Memang Encik Josan tak akan tahu harganya.

“saya rasa sekepingpun dah cukup..esok saya akan berikan pada Encik Josan” Jason mengangguk.

“awak yakin seratus cukup?”

Salina tersenyum dan mengangguk.

****


Jason meletakkan tangan ke dahi. Tadi dia menolak pujukan Robert untuk ke kelab. Kenapa dia sendiri tak tahu. akhir-akhir ini dia lebih suka tinggal di rumah. Tapi lebih suka duduk di dalam bilik. Tidak lagi menghabiskan masanya bersama perempuan dan minum sampai ke pagi. Kalau dulu dia cukup rimas dengan wanita misteri itu tapi kini dia lebih suka memberi keselesaan pada Nurin. Telekung yang dihadiahkan kepada Nurin cukup untuk menarik senyum di wajah itu.

Alunan surah yang mengalunkan bacaan ayat suci Al Quran membuatkankan matanya terpejam. Ya sbab inilah.. sebab alunan suara itu yang dinantikan setiap malam. Memang dia sendiri tak tahu apa yang di baca oleh Nurin tapi hatinya tenang. Sungguh!! Bukan satu pembohongan.

“budak tu nyanyi lagu apa pulak tu Mami?”

“itu bukan lagulah sayang.. Nurin sedang mengaji, baca Al- Quran..”

Berpusing-pusing lidah Jason menyebutnya tapi dibetulkan oleh Mami.

“kenapa dia mengaji?”

“dalam islam selain solat, membaca Al-Quran juga satu cara untuk mencari ketenangan jiwa…” pertama kali dia mendengar perkataan itu. Al-Quran..

Jason bangun dari duduknya. Ketukan pintu bilik membawa pergi soalan-soalannya kepada Mami semalam. Mami juga dulu sepertinya seorang yang teguh dengan prinsip tidak percaya dengan agama. Tapi sejak dia pulang dari Landon, berita pertama yang masuk ke telinganya adalah Mami sudah memeluk Islam. Dan kerana Islam juga dia menjauhkan diri dari wanita itu. Walaupun nama wanita itu termasuk dalam senarai teratas selepas mama dan papa yang sudah tiada.

“Jason tak nak makan?” tanya Mami dalam senyuman. Senyuman yang masih seperti dulu. Sikitpun tak berubah Cuma bezanya sekarang wanita itu sudah mengenakan tudung. Menutup semua rambutnya.

“tak apalah Mami makan dulu.. saya nak nanti saya ambil sendiri.” Saat itu alunan suara Nurin juga sudah berhenti.

“Mami..”

Wanita itu berpaling kembali..

“kenapa Mami masuk Islam.. dulu mami sendiri kata yang agama itu merumitkan?.. but now you’re muslim. Bukankah Islam itu agama yang paling merumit dan membebankan?” akhirnya soalan itu terkeluar juga dari mulutnya. Dah lama dia ingin bertanyakan soalan itu.

“sebab Islam buat Mami rasa bahagia.. Islam buat Mami rasa sempurna.. Islam juga arah yang Mami cari.. mungkin suatu hari nanti Jason akan faham yang Islam itu sebenarnya Indah..” bisik Mami dalam senyuman. Menanbahkan lagi kerutan di dahi Jason.

“awak tak benci saya sebab saya yang langgar awak?.. sampai awak jadi macam ni?” buat pertama kalinya Jason bertanya lembut kepada Nurin.

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah, kenapa mesti saya benci pada awak.. mungkin semua ni ada hikmahnya..”

“hikmah??” tanya Jason pelik.

“emm.. hikmah, kalau awak tak langgar saya mungkin kita tak boleh berkenalan macam ni.. dan mungkin saya tak kenal Dr. Richard dan Mami..” suara itu meresap masuk ke jantung. Jason memandang wajah itu. Wajah bersih Nurin memang mendamaikan.

Nurin berpaling. Mata mereka bertentang. Sekali lagi satu senyuman kecil menghiasi wajah itu. Jason terpana.

“tapi saya bersyukur..”

“kenapa?”

“sebab walaupun saya hilang ingatan, saya tetap ingat Allah SWT, saya tetap ingat agama saya..”

Jason mengangguk faham. Itu rupanya yang disyukurkan.

“awak sayang sangat agama awak ek?”

“bukan sayang malah cinta, kasih dan taat..awak pun macam tu kan..?” Nurin bersuara namun matanya masih memandang permandangan yang luas terbentang dari balkoni.

“entah saya tak ada agama.. dan saya juga tak percaya pada cinta..”

Nurin hanya tersenyum.

“setiap hati manusia telah dikurniakan cinta, awak boleh menafikan tapi awak tak boleh nak tipu diri sendiri..cinta tu luas, dan saya sebagai orang luas boleh nampak jelas cinta awak pada Mami.. kasih awak pada Golden kucing comel awak tu dan sayang awak pada kerjaya awak.. dan jangan cakap yang awak tak percayakan cinta”

Jason terdiam. Cuba menelan semua yang diluahkan Nurin. Betul ke itu cinta?.

*****

“Mami tak ada anak.. suami pun tak ada.. sepanjang hisup Mami hanya kelurga Jason saja yang Mami ada.. lagipun Mami jaga Jason sejak dia kecil lagi.. puan Lin memang seorang yang baik..”

Nurin mengangguk satu persatu cerita tentang lelaki itu terlayar di telinganya. Mami memang seorang yang rajin bercerita.

“tapi dia garangkan Mami..” usik Nurin walaupun memang hakikatnya betul. Cuma sejak kebelakangan ini Adam Jason sudah berubah corak.

“bukan garang tapi tegas.. dia baik Nurin..Cuma dia tak ada orang nak bimbing dia, dia kehilangan mama dan papa sejak umur 10 tahun..dia hidup sendirian sejak itu lagi. kadang-kadang mami akan layan dia macam budak kecik, Mami sayang dia” Nurin tersenyum. Dia senang dengan Mami. Mulanya dia sendiri takut bila terpaksa tinggal dengan Jason lelaki asing di rumah mewah ini. Tapi dengan adanya mami dia selesa.

“lagipun Jason tak pernah bawa arak atau perempuan balik ke rumah ni, macam yang Nurin tengok rumah ni memang sentiasa bersih dan cantik walaupun tak ada orang gaji..” Nurin mengangguk setuju. memang Jason seorang pembersih. Susuh atur barangan dalam rumahnya sudah cukup membuktikan.

Daripada gambar-gambar yang tergantung cantik di dinding juga menandakan yang Jason bukanlah sebarangan orang. Dia pernah membaca artikel tentang kejayaan Jason secara tak sengaja di majalah di ruang tamu. Mungkin sengaja diletakkan di situ sebagai kenangan.

“ehhh kenapa you ni macam dah lain aje I tengok?” jerit Susan perlahan. Bosan dengan sikap acuh tak acuh Jason.

“tak ada apa.. macam biasa” jawapan ringkas Jason menambahkan lagi sakit hati Susan.

“lagi satu sejak bila pula you kena pakai PA ni?.. perempuan pulak tu dengan berbungkus satu badan, you tak malu ken anti apa orang kata?”

Dahi Jason berkerut. Bersambung keningnya. Cuba mengawal rasa marah. Marah itu akan memusnahkan, teringat kata-kata yang pernah keluar dari mulut Nurin. Sempat matanya berpaling pada Nurin yang duduk di mejanya sambil berbual di telifon. Sudah sebulan Nurin bertugas sebagai PAnya dan ternyata wanita itu cukup cekap melakukan tugasnya.

“apa you nak sebenarnya ni?”

“ehhh soalan jenis apa ni? I nak Adam Jason I kembali..” suara Susan semakin meninggi. Matanya menikam wajah yang masih tunduk membaca fail di depan meja. Langsung kehadirannya tak dihargai.

“Susan sebelum I hilang sabar.. baik you balik dulu, you kan tahu I tak suka perempuan yang suka buat kecoh dalam ofis I”

Susan menikus. Terdiam. Melihat ketegasan di wajah Jason membuatkan dia terdiam. Dia mengangguk lalu meninggalkan bilik Jason. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Nurin. Rasa benci timbul di hatinya. Wajah perempuan itu cukup membuatkan hatinya panas.

****

Entah apa yang merasuk hatinya dia sendiri tak tahu. hubungannya dengan Nurin juga sudah semakin rapat. Itulah Jason, susah nak memulakan perkenalan tapi seorang yang mudah menerima. Langkah diatur ke Balkoni. Melihat Nurin yang dari tadi asyik memandang langit menarik dia untuk turut sama. Dia suka bila kata-kata berhias Nurin masuk ke telinganya. Tiada bantahan tiada paksaan.

“buat apa dekat sini?”

“tengok bintang..” jawab Nurin perlahan tanpa mengalihkan pandangan. Dia tahu suara itu milik Jason.

“bintang! Kenapa?” mata sama terarah ke arah kerlipan bintang yang bertaburan di langit.

“saya suka bintang.. Adam suka bintang?”

“entah.. selama ni saya suka hanya pada duit..kenapa awak suka bintang?” akui Jason Jujur. Dulu dia tak suka dengan nama Adam tapi bila nama itu sentiasa meniti di bibir merah Nurin akhirnya dia biarkan saja.

“bintang adalah cinta..” bisik Nurin perlahan. Menarik kerutan di dahi Jason.

Akhirnya Jason ketawa kuat. Lawak bila mendengar padanan Nurin, langsung tak sesuai.. kalau cinta dipadankan dengan hati boleh lagi diterima akal. Ini bintang?>

“awak ni suka buat lawak..” Nurin bangun meninggalkan Jason. Jason terkedu. Tawanya mati. Aikkk tak akan merajuk kot. Mata Jason kembali kea rah dada langit. Cuba mencari maksud cinta Nurin.

Belumpun sempat dia bangun Nurin datang kembali dengan pen dan seheli kertas. Mungkin di ambil di bilik bacaannya tadi.

“cuba adam lukiskan bintang..” permintaan NUrin dikotakan dengan mudah.

Pen di tangan Jason diambil kemudian satu persatu penjuru bintang diletakkan dengan perkataan C.I.N.T.A.

“jadi inilah bintang cinta maksud awak?”

Nurin mengangguk dalam senyuman. Lama mata Jason terlekat di gambar bintang yang dilukis Nurin di atas kertas A4.

Nurin gadis misteri yang pandai melukis, pandai memasak dan pandai berhujah.. kadang kala terkeluar juga beberapa nama tokoh falsafah dari mulut wanita itu. Siapa sebenarnya Nurin?.. kerja apa dan tinggal di mana?.. sudah hamper sebulan Nurin tinggal bersamanya, pernah juga wanita itu menyuarakan untuk pindah tapi dia tidak mengizinkan. Apa yang terjadi pada Nurin adalah tanggungjawabnya.

****

Buku nama-nama islam itu dibuka perlahan. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk membaca buku sebegini tapi pagi ini dia tertarik.

“Nurin Najwa, cahaya dan bisikan rahsia..” nama itu meniti di bibirnya, patutlah wanita itu penuh dengan rahsia.

“kenapa selalu pakai tudung?.. tak rimas ke.. dalam rumah pun awak pakai tudung?” soalan Jason dibalas dengan senyuman.

“tak..dalam Islam menutup aurat tu satu kewajipan.. wajib tu maksudnya mesti dilakukan..”

Teringat perbualannya dengan Nurin. Setiap apa yang dihujahkan pasti akan ada jawapan yang dia sendiri tak dapat pertikai logiknya.

Selama ini dia tak pernah berkawan dengan orang melayu.. baginya cukup dengan hubungan perniagaan.tak dinafikan ramai juga pekerja di Global Holding adalah orang melayu. Cuma dia tak berpeluang untuk mendekati mereka. Jason Adam adalah seorang yang cukup susah memulakan perhubungan dan dia cukup teliti dalam memilih kawan, walaupun kawannya sekarang bukanlah yang terbaik.

“nak buat apa ni..”

“sambal belacan.. pernah makan sambal belacan?” tanya Nurin. Dia tersenyum bila melihat wajah pelik Jason. Wajah putih bersih itu kemerahan.

“nak ambik ni..tumbuk lada tu sampai lumat.” Tanpa banyak soal Jason mengambil tempat Nurin. Mami yang dari tadi menjadi pemerhati hanya ketawa.

Tuk tak tuk tak… bunyi lagan lesung batu.

“Aduhhh!!!!”
“kenapa?” Nurin dan Mami berpaling risau.

“pedih!!! Mata masuk lada… sakit tolong-tolong..” tergesa-gesa Jason berlari ke sinki, setelah matanya mampu dibuka kedengaran tawa halus Mami dan Nurin. Cisshhh kena lagi dia.

Sekali lagi dia ketawa kenangan itu cukup membahagiakan. Terasa dirinya lengkap walaupun hanya berada di ceruk dapur bersama Mami dan Nurin.

****

“apa cerita kawan baik kau tu dah jumpa?” tanya salma kepada Salina. Satu keluhan keluar dari mulut itu. Soalan yang cukup membuatkan dia merindui senyuman dan tawa seorang teman.

“belum lagi.. si razak tu pun dah kena tangkap tapi bila disiasat razak sendiri tak tahu di mana wawa.. tapi aku yakin dia masih hidup”

Salma mengangguk. Walaupu baru sekali dia bertemu dengan wawa tapi wanita itu cukup sempurna di matanya. Lengkap dengan pakej seorang wanita yang baik. Entah apalah masalah si Razak tu sampai sanggup menculik wawa. Sampai sekarang wanita itu tak dapat dikesan.

“Mak Jah macam mana?”

“emmm macam tu juga. Dia rindu sangat dekat wawa sampai makan pun tak selera, tapi aku respek betul Mak Jah dia boleh lagi tersenyum walaupun aku tahu dia menangis”.

“ehh kau tolong hantarkan surat ni ke PA encik Jason ek.. aku ada hal petang ni balik awal..” Salina mencbik, ada aje jalan nak kenakan aku.

“hishhh aku kan jarang naik bilik bos.. aku ni orang bawahan laa.. malulah nak naik bilik bos”

“alaa.. aku bukan suruh kau jumpa Encik Jason tapi PA baru dia..”

“PA baru dia tu ok tak? Boleh masuk geng kita?”

“entahlah akupun tak pernah jumpa maklumlah dia kan kena berkepit aje dengan Encik Jason. Manalah boleh pekerja macam kita ni jumpa dia selalu.. tapi aku teringin juga nak jumpa.. sebab Encik Robert kata orangnya cantik and jangan terkejut sebeb melayu..”

“Melayu??.. biar betul?”

Salma mengangguk mengiyakan kata-katanya tadi. Memang kalau ikutkan tak masuk akal tapi mememang itulah yang berlaku sekarang ni.

“kalau sebab perempuan gila ni you nak tinggalkan I, you memang gila Jason memang gila..”

Jason masih memegang tangan Susan tak sangka Susan akan bertindak kasar dengan Nurin. Darah yang mengalir di dahi Nurin membuatkan dia bertambah cemas.

“kenapa ni Jason?” Robert datang ingin memberi bantuan. Sekali lagi pegangan Susan terlepas. Susan mencapai pula pasu di atas meja Nurin terus membalik ke arah Nurin.

“Ya Allah ..” tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Jason.

Robert memegang kuat dan menarik Susan untuk keluar dari ruang. Susan cuba menarik tangannya tapi Robert lebih kuat menarik akhirnya dia mengikut saja langkah lelaki itu. Sempay dia menjeling wajah dan renungan tajam Jason. Memang mengerunkan.

“GO!!!just go!!” jeritan Jason kuat melanjukan lagi langkah Susan. Robert mengeluh.

“Ya Allah.. wawa?” salina yang dari tadi hanya menjadi pemerhati terkejut melihat wajah wanita yang sedang memegang kepalanya yang berlumuran darah. Tuduh krim lembut yang dipakai sudah kemerahan.

Jason tak mempedulikan pandangan salina dia hanya fokusnya hanya pada Nurin.

“Nurin awak ok?”

“ok taka pa-apa.. sikit aje” suara itu perlahan. Cuba untuk berdiri. Deyutan di kepalanya semakin terasa.

“wawa kau ok tak ni.. Ya Allah banyaknya darah…”

Nurin sempat tersenyum. Mengelengkan kepala menandakan yang dia tak apa-apa, wanita di depannya dipandang sekilas belum pernah rasanya dia berjumpa wanita itu. Tapi macam suara itu selalu didengari. Jason di sebelah masih mengawasi. Tak berani untuk menyentuh wanita itu kerana dia sendiri sudah melarangnya.

Baru saja langkah di atur ke depan kakinya lemah lalu tubuhnya hilang pertimbangan. Jason sempat menyambar tubuh itu dari terus jatuh..

Pandangan Nurin gelap.. NURIN!!... namanya dipanggil beberapa kali akhirnya sepi.


****
“nasib baik kau tak apa-apa.. Ya Allah mak kau mesti gembira sangat bila tahu kau dah sembuh..dan masih hidup”

Nurin ketawa kecil. dia tersenyum lagi, nasib baik salina ada kalau tidak terpaksa dia bermalam di hospital sendiri.

“macamana aku boleh ada dekat sini?”

“kau tak ingat ke apa yang dah terjadi?” Nurin mengelengkan kepala. Wajah salina berkerut.

Tiba-tiba pintu ditolak perlahan. Wajah Mami dan Jason muncul di muka pintu dengan senyuman.

“Nurin tak apa-apa sayang?.. sampai hati dia buat Nurin macam ni..”

Kerutan didahi Nurin bertambah. Wanita didepannya dipandang pelik.

“mak cik siapa?” soalan itu membuatkan Mami terkedu. Jason pula bangun semula dari duduknya.

“kau tak kenal ke siapa ni?” tanya Salina pelik. Tadi dia sudah berbual panjang dengan bosnya, dan Jason sudah menceritakan semuanya. Dia juga sudah menceritakan segala yang terjadi pada wawa.

“siapa?”

Soalan itu sudah cukup membuatkan jantung Jason berhenti berdenyut. Adakah Nurin sudah dapat kembali ingatannya?.

Antara percaya atau tidak kini tiada lagi Nurin Najwa yang akan duduk di depan pintu menanti kepulangannya dengan senyuman. Tiada lagi suara yang akan membebel bercerita dengan golden kucing kesayanganya. Tiada lagi suara yang akan mengalunkan Al Quran untuk lena tidurnya.

Berkali juga dia mencuba untuk mendekati Nurin tapi gagal. Terasa satu perasaan yang tak pernah dirasa selama ini, terasa tangkai hatinya pedih, sakit. Setiap kali memandang wajah itu pandangan pelik Nurin membuatkan dia akhirnya mengundur diri.

“kelakarkan hidup ni Mami.. bila kita dah mula sayang, dia tinggalkan kita macam tu aje”

“setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya Jason.. NUrin dah kembali pada kehidupannya, dia tak akan tertanya-tanya lagi siapa diri dia yang sebenar..”

“tapi dia lupakan kita..”

“bukan lupa Cuma dia tak ingat.. mungkin suatu hari nanti dia akan ingat mami dan Jason, sabarlah.. Mami tahu Jason seorang yang kuat”

Jason diam. Matanya beralih kepada taburan bintang yang berkelip di ruang langit. Bintang itu cinta..

“Mami tahu taka pa yang Jason teringat bila Nurin berlumuran darah?”

“apa dia?”

“saya sebut Ya Allah… dan sampai sekarang saya tak lupa perkataan tu..”

Mami terdiam. Matanya memandang dalam wajah anak muda yang dijaga sejak kecil. dalam diam dia dapat satu cahaya menerusi wajah Jason. Ya Allah besarnya kebesaranMu…

Kalau ditanya diantara Nurin dan Islam dia dengan hati yang yakin dan ikhlas dia akan memilih Islam. Islam yang membawa cintanya pada Nurin. Ya Islam adalah cinta pertamanya. Tapi tak dinafikan yang Nurin menarik perhatiannya pada Islam.

Kerana Islam juga dia meninggalkan dunia lamanya. Itu dia yakin. Dia melakukan perubahan kerana Islam bukan kerana Nurin.

****

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

“Ya Allah andai dia jodohku kau dekatkanlah dia kepadaku, andai dia bukan insane yang kau cipta untukku maka kau jauhkanlah dia, kau hilangkan dia dari hatiku.. sesungguhnya aku tak mahu cintanya mengatasi cintaku kepadaMu..amin..” wajah diraut dengan kesua belah tangan.

“adam.. mari kita makan, sekejap lagi ustaz Muaz datang..”

Adam Jason Abdullah melipat sejadah lalu disangkut di tempat biasa. Dia tersenyum bila bau gulai masak asam pedas menusuk masuk ke hidungnya.

“sedapnya Mami..”

“semua untuk Adam.. tapi sebelum tu kita kena tunggu tetamu kita dulu..”Jelas mami.

“siapa yang nak datang Mami? Robert ke Richard, tak akan diorang makan asam pedas kot?” teringat sahabat-sahabatnya. Islam tak pernah membuatkan dia memutuskan hubungan dengan kawan-kawan, Cuma kehidupannya kini dikawal dan terkawal dengan sendirinya dengan perasaan cintakan Islam.

Belum pun jawapan keluar dari mulut Mami kedengaran suara memberi salam.

“hahh dah sampai marilah masuk..”

Adam bangun.. wajah didepannya dipandang lama..

“Encik Adam dah mula makan asam pedas?” usik Nurin. Disambut dengan ketawa kecil Mami.

Sepanjang menjamu selera mereka hanya diam. Hanya sesekali suara Mami bercerita dan ditambah sepatah oleh Nurin. Adam dari tadi hanya diam dan terus makan.

“kenapa awak datang?”

“untuk ini..” sehelai kertas tisu diberikan kepada Adam. Pelik. Tangannya menyambut juga.

Perlahan tisu yang terlipat itu dibuka.. Bintang?

Adam tersenyum.. dia kembali menatap wajah Nurin yang masih memandang langit yang terhias bintang.

“bukan ke awak tak ingat saya?”

“dulu.. tapi bila tengok bintang saya ingat awak” ucap Nurin yakin.

“Adam Jason Abdullah, saya terima awak menjadi Adam saya buat selamanya kerana Allah..” bisik Nurin perlahan.

Adam tersenyum dalam hatinya memanjatkan syukur. Akhirnya dia mengerti kini apa itu cinta dan bintang adalah bukti kebesaranNya..

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets