Thursday, October 1, 2009

GILA KAU 36


Gila kau 36

“hoiii menung apa ke hal pagi-pagi ni?” sergah shahrul.

“ehhh kau tak pergi pejabat lagi ke?”

“taklah aku kat pejabatlah ni..dah terang nampak aku dekat sini lagi mahu tanya” dia mengambil tempat di sebelah Farid.

“kenapa kau macam orang putus cinta je?” tanya Shah sekali lagi pelik melihat sepupunya, kalau semalam dia terkejut sebab muncul tiba-tiba depan pintu rumah. Sekarang bertambah pelik bila mamat seorang ni melayan perasaan.

“tak ada apalah biasa je”
"apa yang biasanya aku tengok lain macam je?" shahrul memandang sekilas wajah di depannya
"aku rasa aku dah jatuh cintalah.." bisiknya perlahan. mata shah membulat. biar betul apa yang didengarnya. farid tersenyum. hahh terkejut..tadi nak tanya sangat.
"kau serius ke ni? siapa? aku kenal?" tanya Shahrul lagi.
"entah..."
"pulak..dahlah aku nak keluar dah ni..kalau kau tak ada kerja kau tolong jaga mak aku dekat rumah ni ada juga faedah" usul shah lagi. dia sudah mencapai kunci kereta yang diletaknya di hujung meja. "emmm...weiii..kalau betul hati tu dah berkata-kata apa tunggu lagi, On jelah" sempat dia mengusik bahu farid.
"eleh kata orang...diapun sama dua kali lima" Dia kembali melayan perasaannya. kelibat Shah yang sudah lama menghilang sedikitpun tak dihiraukan.
****
lokman hanya mampu tersenyum melayan kerenah satu-satunya adik kesayangannya. Ini dah masuk tiga kedai yang mengores kad kreditnya. Kalau pusing lagi ni almat selamatlah dia.

“payah betullah Along ni..”

“kenapa pulak?”

“siapa suruh hensem sangat, Along tengok budak-budak perempuan tu dari tadi tengok along”

Pandangan di alihkan ke arah yang dimaksudkan oleh Mira. Ada beberapa pelajar mungkin tersenyum-senyum ke arahnya. Dia senang membalas senyuman itu seikhlas mungkin. Wajah masam adiknya dicubit lembut.

“sakitlah..”

“padan muka..yang nak cemburu tu kenapa?”

“tak ada masa Mira nak cemburu Along..masalahnya meluah tahu tak, tersengih-sengih.
Gatal.” Bulat mata Lokman mendengar kritikan adiknya. Namun akhirnya dia tergelak.

“dah habis ke beli barang ni..rasanya tadi tak ada dalam senaraipun Kasut, T-shirt ni”

“hahhh..mulalah nak kedekut tu..” langkahnya diteruskan lantaklah alongnya nak kaya apa yang pasti hari ni dia akan berbelanja sakan. Biar habis gaji sebulan alongnya. Bukan senang dia dan lokman keluar macam ni. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Mira menonong ke depan. Laifa Butik, menarik perhatiannya. Dia terus masuk ke dalam kedai sederhana besar itu. Di situ menempatkan banyak fabrik pelbagai jenis. Berpinar juga matanya. Yang sana cantik yang situ cantik. Cantik, cantik dan cantiklah.

“nak beli aPa lagi dekat sini” tanya Lokman separuh mengah mengejar langkah adiknya.

“cantiklah abang.. rasa macam nak beli semua”

“hahh...bolehlah pergi jumpa dengan tuan kedai ni kita sain kontrak beli dengan kedai-kedai sekali”

“ ada pulak macam tu”

Tiba-tiba datang seorang wanita mungkin sebaya dengan Mira. Tersenyum memandang mereka berdua.

“ya, cik boleh saya bantu”

“saya nak cari kain untuk dibuat baju kurung moden, ni dah rabun mata nak beli yang mana satu semua cantik-cantik”

“yalah hargapun cantik” bisik Lokman perlahan. Tapi dapat didengar oleh Mira dan wanita disebelahnya itu hanya tersenyum.

Satu persatu diperkenalkan oleh pelayan wanita itu kepada Mira tapi kepalanya tetap mengeleng. Tunjuk lagi mengeleng. Tunjuk lain etap mencebik.Lokman sudah duduk di satu sudut yang tidak jauh dari timbunan kain yan ditunjukkan kepada adiknya.

“haiii tadi kata semua lawa, cantik, menawan lepas tu asyik reject je nak beli ke tak ni?” lokman mula bosan.

“alaaa....abang ni cuba duduk situ diam-diam Mira tahulah nak pilih yang mana” Lokman mencebik. Diam terus tak nak bayar nanti baru tahu.

“Ya Cik boleh saya bantu?”

“Intan..”

“Lokman?..” lokman tersenum. Tak sangka-sangka mimpinya semalam menjadi kenyataan. Kalau ikutkan hati mahu saja dipeluk tubuh wanita yang dirinduinya itu tapi dia masih waras untuk bertindak sejauh itu.

“buat apa dekat sini?” tanya Lokman.

“Hello... Encik Lokman ini Laifa Butik” Intan mendepakan tangannya.ada maksud lain di sebalik kata-kata Intan.

Seisi kedai dipandang. Laaa..laifa butik ni bukan si Intan punya ke??

“ehemm..ehem...” Mira mencuit bahu aLongnya.

“ehh..lupa pulak ini adik saya..Syamira, Mira ni Kak Intan Azura”

Intan tersenyum mendengar pujian dari Mira. Memang Mira seorang yan periang dan bijak berkomunikasi. Samalah macam abang dia. Dia duduk di satu sudut menunggu kedatangan Mira dan lokman yang dari tadi berbaris menunggu giliran di kaunter KFC. Ramai orang hari jadi terpaksalah tunggu lagi.

“sorry lambat ek..Kak Intan along ni lembab”

“ehhh pandai nak salahkan Along pulak dia yang nak macam-macam” Lokman menarik telinga adiknya. Intan tersenyum memandang gelagat mesra dua beradik itu. Memang best kalau ada adik.

“kak Intan kalau nak tahu along ni kalau tempat public macam ni dia memang lemah sikit nampak je macho semacam tapi sebenarnya pemalu teramat”

“betul ke?? Tak sangka pula akak” tambah Intan mengenakan Lokman. Seolah menyokong usikan Mira, adik Lokman.

“hahh..awak dengarlah budak ni bukan boleh pakai..” mereka ketawa serentak.
Panggilan telifon dari Butik membuatkan Intan terpaksa meminta diri. Nasib baiklah meeka hanya makan di KFC yag tak jauh dari butiknya bolehlah dia pecut 100 meter balik ke butik.
Lokman memandang bayang Intan yang dah lama menghilang. terasa senyuman wanita itu masih berbekas dihatinya. memang dia gila..

“ehem...ehem... haii Along dah jauh pun orangnya, dah tak nampak bayang” Lokman terkejut pantas matanya dialihkan semula kepada Mira. Mira tersenyum lagi. Akhirnya ketawa dari bibir yang ditahan sejak tadi pecah.

“apa yang seronok sangat?” tanya Lokman pelik,

“kelakarlah Along ni, dari cara along pandang Kak Intan tu orang dah boleh nampak you’re feeling in love”

“betul ke?” mukanya sudah memerah. Perasan sangatkah perasaannya?

“kak Intan ke orangnya yang mencuri hati along tu?”

“dahlah Mira macam polis pula jom kita balik..”

“emmm nak larilah tu..” Mira ketawa lagi mengikut langkah laju Lokman.

Sampai di tempat letak kereta langkah Mira terhenti. Mukanya mula bercorak kelat. Wanita yang berdiri di tepi BMW milik alongnya membuatkan dia menggaru kepala.

“kenapa?” tanya Lokman pelik melihat adiknya stop tiba-tiba.

“tu..” mulut dimuncungkan ke arah kereta.

“aduhhhh” itu saja perkataan yang keluar dari mulut Lokman. Dia mengeleng kepala perlahan. Masalah..

Mereka berdiri mengedap wajah yang sudah memerah menahan panas. Lokman cuba tersenyum. Walau tak suka macamanapun Anita tetap punyai talian dengannya.

“kenapa Man lambat sangat..panas” Intan mengipas mukanya dengan jari yang berwarna merah kukunya.

“emmm yang Kak Nita terpacak tengah panas ni siapa suruh?” tanya Mira. Malas.

“tadi Nita call Mama abang, dia suruh Nita cari abang dekat sini” katanya manja. Mira mencebik. Dah agak dah memang kerja mama.

“Nita datang naik apa?”

“Pak mat hantar tadi..dia dah balik pejabat nak ambik papa”

“dahlah jomlah kita balik..” putus Lokman.

“tapi Nita tak makan lagi...” Anita merengek seperti kanak-kanak 3 tahun.

“tapi kami baru lepas makan” Mira menjelaskan keadaan sebenar.

“emmm..nita laparlah..” bisiknya perlahan sengaja ditujukan kepada Lokman yang sudah membuka pintu kereta.

“oklah..jom kita makan,” Nita tersenyum mendengar kata-kata Lokman. Dia memandang sekilas kepada mira tanda dia berjaya.

BMW merah milik Datin Maznah bergerak laju meninggalkan tempat letak kereta. Lokman mengeluh dalam hati. Dia memang tahu sangat kehendak mamanya tapi untuk apa mama mengatur hidupnya? Dia sudah besar panjang dia tahu membezakan mana yang sepatutnya jalan yang dilalui.

“walau buruk macamanapun awak seharusnya bersyukur, dia mama yang melahirkan awak, dia yang membesarkan awak.. seadanya awak disebabkan awak menumpang rahimnya. Sebagai anak awak perlu mengutamakan mama awak..awak bertuah ada mama dan papa, jangan jadi anak yang tak bertuah macam saya. Hidup menumpang kasih orang lain”

Kata-kata Intan terakam di ingatannya. Kata-kata yang diucapkan sewaktu dia meluahkan rasa tak puas hati dengan tindakan mama yang terlalu mendesak. Tapi jawapan wanita itu membuatkan dia terdiam, malah memekarkan lagi rasa cinta di hatinya.

“awak memang istimewa” bisiknya perlahan.

“hah?? Apa Man cakap tadi?”

“emmm tak ada apa..” pertanyaan anita membuatkan dia sedar yang dia sedang memandu kereta. Hishhh cuai betul. Bahaya.

***

“amboiii hensemnya...kekasih akak ke?” tanya aida pembantu baru di butiknya.

“ooo skodeng akak ekk..”

“ternampak..tapi masa dia masuk..mak oiiii gugur jantung kak” Intan ketawa lagi.

“habis tu sekarang ni ada jantung ke tak?”

“hishhh akak ni adalah kalau tak da dah lama kiuk..” aida melentokkan kepalanya. Macam ayam kena sembelih.

“dia ke yang berjaya mencuri hati akak?”

“emmm entah...” jawab Intan sambil matanya meneruskan mengiraan stok yang baru sampai.

“hishhh suka bagi jawapan mengelirukan”

“ dah..dah jangan nak membebel nanti lain pulak yang jadi...perg buat kerja”

“baik bos...”

Pintu bilik ditolak perlahan. Kelihatan maya sedang sibuk mengemas pakaiannya. Ada yang tersangkut ada yang dilipat. Banyaknya?.

“boleh masuk?”

“sejak bila mintak kebenaran?” balas maya. Intan tersenyum. Dia melangkah masuk dan duduk di atas katil yang sudah dipenuhi timbunan baju.

“alaaa..mesti aku sunyi kau tak ada” usik Intan. Maya mencebik. Satu persatu baju di masukkan ke dalam beg.

“emm sunyi apanya kan kau sekarang ramai peminat, so baik kau layan peminat kau tu mesti tak bosan dah”

“peminat pe benda pula bila masa aku ada peminat?”

“eleh-eleh..orang sebelah tu...” bahu maya dicubit kuat.

“aduhh sakitlah..”

“hah padan muka kau...” Intan membantu maya memasukkan baju kurung ke dalam beg. “ kau ni nak pergi berapa lama sampai bawa baju macam nak pindah terus?” tanya Intan lagi.

“kau kenal akukan..aku tak suka kalau ada barang yang tak cukup”

“kalau yapun tak akan benda ni pun kau nak bawa?” ditarik Novel dari beg Maya. Bukan satu tapi tiga mak aiiii bila masanya nak dengan seminar bila masanya pula nak baca novel?.

“itu peneman aku bila dah tak ada apa nak buat”

“ya ke..?” tanya Intan sambil mengangkat keningnya. Ada kemiskilan dengan kata-kata yang lahir dari mulut sahabatnya itu.

“alaaa...aku bacalah sikit kalau aku rasa bosan masa seminar tu nanti.” Akuinya lagi.

“haaa..kan senang berterus-terang macam tu tak payah nak bermadah berhelah” Intan ketawa lagi.

“kau tak nak pergi aku kenalah cari kawan lain”

“amboiiii...kalau kita pergi berdua siapa pula yang nak jaga butik tu sayang”

“elehhh cakap sajalah kau sayang nak tinggalkan cik abang” bulat mata Intan mendengar ayat terakhir maya. Sengaja keningnya diangkat dan mulutnya menuju ke arah kanan. Rumah Mak Siti.

Entah kenapa sejak dua menjek ni Maya sering mengusiknya dengan mamat poyo tu. Eiiiii tak kuasa aku. Poyo satu hal lepas tu mulut tak ada insurans.

Memang sepatutnya dia yang mewakili Laifa butik ke seminar usahawan membangun itu tapi mengenangkan masih banyak yang perlu diuruskan jadi lebih baik maya seorang saja yang pergi.

“nanti kau pergi sana jaga diri elok-elok”

“kau tu duduk sini jaga diri jangan belagak semua nak buat” perli Maya. Intan hanya tersenyum sambil tangan meneruskan kerja menyimpan baju ke dalam beg.

Ketiadaan Maya membuatkan dia semakin pening kepala. Semua kerja jatuh ke bahunya, terasa sedikit sesak nafasnya. Menyesal dia tak ikut serta ke seminar sekurang-kurangnya boleh merehatkan badan , walaupun kena mendengar bebelan ceramah yang penuh sepanjang tentatif program. Pemanduannya agak kabur..hujan lebat membuatkan Gen2nya bergerak perlahan. Tiba-tiba terasa ada yang tak kena dengan keretanya..Intan membelok ke kiri jalan dan berhenti.

Alamak meragam pula kereta ni. Memang nak cari nahas betullah. Jam di tangannya menunjukan tepat 6 petang. Hujan lebat membuatkan dia mengeluh perlahan. Saja nak cari pasal betullah kereta ni. Telifon bimbitnya dicapai dalam beg tangan. Ingin mendail nombor Maya. Hishhh ala maya kan pergi singapura. Aduhhh! Siapa nak tolong aku ni?”

“kereta aku bagi kau masa dua minit untuk bertenang kalau kau buat hal juga aku tinggalkan kau dekat sini” keadaan di sekelilingnya dipandang. Kalau nak ikutkan kalau jalan sikit depn tu boleh kot dapat teksi.

lima minit dia duduk di dalam kereta. Peluh keanasan sudah mula turun. Asallah kereta ni nak buat hal petang ni juga. Cuba memikirkan kalau-kalau ada yang boleh membantu. Tapi malangnya tak ada. Barulah dia sedar Intan azura rupanya tak punya banyak kawan. Hujan diluar tak memberi isyarat untuk berhenti. Dia nekad turun dari kereta. Redah je la...

Intan sampai di rumah lebih kurang 8.30 malam mujurlah ada teksi yang lalu di jalan gelap itu kalau tak?. Dia terus ke bilik mencapai tuala, badannya sudah mengigil kesejukkan. Mana taknya sejam juga terpaksa bertahan dengan baju yang lenjun basah hujan yang tak henti. Selesai solat isyak badannya terus dilayangkan ke atas katil. Penat, ngantuk, sakit kepala semua merangkup menjadi satu.

Disebabkan kereta kesayangannya itu juga dia menderita, terasa badannya tak selesa, denyutan kepalanya terasa semakin laju. Tanganya meraba dahinya sendiri. Alamak nak demam ke??.....

***

Suara di talian senyap. Lama terdiam. Maya mula gelisah, apa pula jadi dekat Intan ni. Semalam dia terkejut apabila mendengar cerita Intan menapak balik ke rumah dalam hujan.

“Intan kau ok tak ni?”

“emmm...okkkk....” suara itu sangat perlahan.

“kau demam ni ek?”

“taklah..” hishh nak menipu lagi tu, suara dah macam orang sakit tetap juga nak degil. Nak kena penampar juga Intan ni. Dia gelisah sendiri di talian tak pernah Intan diam begini kalau dia bergayut dalam telifon.

“intan...” panggilnya lagi. Senyap. “intan!!” sekali lagi.

“Maya aku tak laratlah..kita cakap lain kali ek..”

Talian dimatikan. Maya tak sedap hati dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam, hishh tak boleh kalau dia nak redah balikpun lagipun bukan dekat kalau nak memandu waktu gelap macam ni. Siapa nak tolong Intan ni?...Mak Siti..

****

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. malam ini shahrul hanya ingin menghabiskan masa dengan mak kesayangannya. sudah lama rasanya tak bermanja. entah kenapa hatinya tak rasa untuk melepak di gerai mamak malam ni.

“haiii anak mak tak tidur lagi?”

“belum ngantuk mak”

“kenapa pulak?”

“entahlah” shahrul tersenyum nipis. Kerutan di wajah ibu kesayangan membuatkan dia ketawa.

“rindukan seseorang ke?” duga Mak siti.

“hishh mak ni mana ada”

“alaaa tak nak mengaku pula anak mak ni”

Bunyi telifon mematikan perbualan dua beranak itu. Gangang diangkat. Satu suara cemas kedengaran.

“hah?? Apa...Laaa Mak Siti ingat dia pergi dengan Maya..Habis dia dengan siapa? Hah!!..hishhh budak ni...biar Mak Siti tengokkan..Ya..ya Maya jangan risau” talian dimatikan. Shahrul mendekati ibunya.

“kenapa mak?”

“emmm Maya telifon..dia kata Intan demam panas dekat rumah..dia sesorang dalam rumah tu” shahrul bangun mendapatkan ibunya yang berdiri tak jauh dari telifon.

“Maya mana?” tanya Shahrul lagi ada nada keresahan.

“dia pergi seminar seminggu”

“mari kita pergi tengok” usul Shahrul. Patutlah sudah dua hari dia tak melihat wanita itu. Tapi kereta Intan tak ada...

Shahrul sudah meluru ke pintu mendahului Mak Siti. Pintu rumah Intan diketuk beberapa kali tapi tiada jawapan. Cuba lagi diketuk masih kosong. Puas Mak Siti memberi salam. Tetap tiada respon.

“nak buat apa tu Shah?”

“kita pecah masuk je mak..” Shahrul menendang beberapa kali pintu dengan sepenuh tenaga. Pintu terbuka luas. Apalah sangat pintu itu kalau dibandingkan dengan tali pinggang hitamnya.

Suasana dalam rumah gelap. Suis Onn ditekan.

“Intan...intan...” panggil Mak Siti lagi. Risau juga dia menceroboh masuk rumah orang malam-malam buta ni. “intan” kali ni panggilan semakin dikuatkan.

“Mak cuba tengok dalam bilik atas” Mak Siti terus memanjat tangga. Shahrul sudah menjengok ke dapur. Kelihatan ada beberapa cawan yang masih belum dibasuh di dalam singki. Ini bermakna Intan memang tak masuk ke dapur. Jeritan mak yang memanggil namanya dari atas mengejutkan. Shahrul dia terus berlari.

“Ya Allah.....Intan” Shahrul terkejut melihat tubuh yang terkulai layu di ribaan maknya. Wajah Intan pucat biru.

“cepat shah kita bawa dia ke hospital..” Mak Siti cuba mengangkat tubuh itu tapi apalah sangat tenaga yang dia ada..terasa badan Intan terlalu berat.

Shahrul mengambil tempat di sisi Intan. Pantas tangannya di letakkan ke leher dan bawah lutut wanita itu. Dia mengangkat tubuh itu dengan mudah. Mak Siti terdiam, dia akhirnya tersenyum dapat dilihat kekalutan anaknya ketika itu. Dia tahu apa yang bermain di hati anak bujang kesayangannya itu.

“Mak tolong carikan IC Intan..”

Tubuh Intan diletakkan di tempat duduk belakang BMWnya. Nasib baik kunci kereta memang berada dalam poket seluar tracknya. Tangannya mengenggam erat tangan Intan yang sejuk. Jantungnya berdegup kencang ada airmata yang mengalir di pipi lembut milik wanita itu. Adakah dia menangis. Pantas jari jemari kasarnya menyeka perlahan mutiara yang mengalir. Shah memanggil maknya yang masih belum keluar dari rumah Intan. Mesti maknya mencari pengenalan diri milik Intan.

“Mak....mak....mak...Intan sakit..” perlahan kedengaran suara itu. Shahrul berpaling.

“Intan...Intan...sabar aku ada dekat sini..” tangan Intan digenggam kuat. Ya Allah.. selamatkanlah dia.

“mak....” terasa gengamannya dibalas kuat oleh Intan.

“Intan sabar sayang...” tak sangka itu yang terluah oleh shahrul.

“mak.....cepatttt!!!..” jeritnya kuat apabila merasakan pegangan Intan semakin lemah.







TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets