Sunday, May 17, 2009

GILA KAU 27

Gila kau 27

Intan duduk termenung di taman rumahnya. Sudah seminggu Maya meninggalkan dirinya. Hidupnya tiba-tiba terasa kosong. Entah kenapa pemergiaan sahabatnya itu memberi kesan dalam hidupnya. ’Moga kau bahagia wahai temanku’ doanya dalam hati. Perkahwinan Johan dan Maya dijalankan kecil-kecilan sahaja, menurut Maya itu adalah permintaan Johan sendiri. Intan sendiri hairan kenapa mesti Johan yang mampu begitu juga keluarga Maya tapi...hah biarlahkan sederhana dituntut dalam Islam. Matanya tepat memandang bulan seakan sedang turut melihatnya.

”emm.. menung apalah kawan aku ni?”

”mesti sunyikan kalau kau dan tak ada nanti” Maya tersenyum

”hishh kau ni..kalau macam tu apa kata kau ikut aku pindah rumah duduk sekali dengan aku dengan Johan”

”gila apa..cadangan kau tu?”

”ehh aku serius la..”

”banyaklah kau..baiklah kau jaga laki kau baik-baik lepas ni, jangan sampai Johan tu buat balik perangai lama dia” nasihat Intan.

”baik bos” Intan tersenyum. Tangan mereka masih bertaut. Persahabatan inilah yang menguatkan semangatnya untuk terus bersendirian.

”kalau kau rindu aku kau pandanglah bulan tu..kalau bulan tu senyum mesti akupun rindu dekat kau”

Intan tersenyum. Kata-kata Maya masih terdengar di telinganya, mungkin kau tengah rindukan akukan. Semoga kau bahagia.

”weii berangan?” Intan terkejut. Dia mengurut dadanya. Nafasnya turun naik. Wajah Shah dipandang geram. Lelaki itu berdiri tegak di sebalik pagar pemisah rumahnya dan rumah lelaki itu.

”awak ni tak reti nak bagi salam ke? Main terjah suka hati dia je” marah Intan. Mahu nak jatuh jantungnya disergah begitu.

”aku dah bagi salam banyak kali kau yang tak dengar..sibuk melayan perasaan. Kau ingat siapa? Teringat dekat aku ek?”

”eiii pleaselah jangan perasan”

”alaaa malu nak mengaku pula.. marilah datang rumah”
”hah nak buat apa?” Shah tersenyum, eii minah ni otak mesti fikir lain ni..

”apa lagi kita berdua..bermadu kasihlah....” usik Shahrul sengaja dia menduga apa yang bermain di minda Intan.

”gila..”

”kau ni suka sangat cakap aku gila kan...kalau aku gilakan kau siapa nak jawab??..mak ajaklah makan kuih pelita..” bulan matanya mendengar kuih pelita. Emm sedap je bunyinya.

”hahh tak payah fikir-fikir, aku tahu kau memang dah teringin nak makankan cepatlah, aku tunggu dekat sini” Intan bangun dari duduknya, langkah di aturkan perlahan menuju ke pintu pagar utama. Bayangan kuih pelita terbayang di mindanya.

”awak nak kemana hensem-hensem ni?” shah kelihatan segak dengan baju melayu biru gelap. Nasib baik tak bersamping.

”nak pergi rumah tok kadi”

”hah nak buat apa?” tanya Intan tak puas hati.

”Nak suruh nikahkan kitalah...kan kau nak kawin dengan aku?” Intan mencebik, ketawa shah membuatkan hatinya sakit. malas dia melayan lelaki itu, makin dilayan makin gila. Sementara shah pula sudah menghilang dengan keretanya. Entah kemana.

***

”kenapa mak Siti tak bagitau Intan nak buat kuih ni boleh Intan tolong..”

”alaaa..bukan susah sangat setakat Intan nak makan dengan Shah ni tak apa sekejap saja siap..” Mak Siti tersenyum, hatinya seronok melihat Intan bersemangat makan kuih buatan tangannya.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10, Intan melilau mencari shah sejak tadi lelaki itu hilang entah ke mana, tadi ajak aku makan lepas tu dia hilang entah kemana.

”Shah ni tak balik-balik lagi pulak” persoalan Mak Siti seolah-olah faham akan isyarat mata Intan.

”dia pergi mana Mak Siti?”

”pergi rumah Pak Jusof, ada kenduri doa selamat ..”

”Mak Siti tak pergi ?”

”tak besar pun kendurinya Intan Cuma ajak orang-orang dekat dengan jemaah surau” Intan mengangguk faham.

”Intan tak takut ke duduk sorang dalam rumah tu?”

”emmm takut tu tak adalah Mak Siti..cumaa sunyilah pula Maya tak ada..bosan tak ada kawan berborak”

”kalau macam tu tinggal rumah Mak Siti ajalah nak?” persoalan Mak Siti membuatkan dia ketawa.

”Mak Siti ni rumah tu saya dah biasa..lagipun rumah mak Siti ni kan dekat, kalau ada apa-apa Intan lompat je pagar tu terus sampai” ketawanya masih belum surut. Mak Siti tersenyum. Sebenarnya ada maksud lain kata-katanya tadi tapi biarlah Shah yang bertindak dulu. Nanti kalau dia pula yang lebih-lebih apa pula kata Intan.

Intan duduk di sofa empuk buatan Itali milik Mak Siti. Matanya terpandang akan album yang tersusun di bawah meja. Pantas tangannya mencapai album itu dibawa ke riba.

”Mak Siti Intan tengok album dekat meja ni..” tanpa menunggu balasan dari pertanyaannya album itu dibuka satu persatu.

”mak aiii pelajar terbaik SPM, Pemenang Pidato kebangsaan, emmm Johan Lompat tinggi..hebat juga mamat poyo ni” satu persatu gambar Shahrul ditatap. Adakalanya dia berkerut, adakalanya dia tersenyum. Kelakar. Tiba-tiba matanya singgah pada seorang kanak-kanak lelaki yang comel tapi....tiba-tiba ketawanya semakin kuat.

”ehhh kau tengok apa tu??” tiba-tiba ada tangan yang merampas Album itu bertukar tangan. Wajah lelaki itu kelihatan merah menahan malu. Ketawa Intan masih belum reda.

”kenapa kau ketawa?” tanya Shah tak puas hati. Bulat matanya apabila melihat album gambarnya berada di tangan Intan. Hah?? Gambar tu...

”tak sangka seksi juga awak ek mamat poyo” kata-katanya disambut dengan ketawa.

”kenapa Intan..” Mak Siti berjalan menuju ke arah anak terunanya yang sedang mendakap kuat album di tangan.

”tak ada Mak Siti..comel laaa gambar budak lelaki dalam album tu..tambah-tambah gambar yang mandi dekat sungai tu..” berkerut dahi Mak Siti. Akhirnya senyum di bibir wanita itu mekar. Akhirnya mengundang tawa. Terbayang gambar shahrul yang berbogel di tepi sungai ketika itu dia berusia 10 tahun.

”mak laa ni kenapa letak dekat sini album tu..kau ni pun satu suka-suka tengok gambar aku” sisa tawa Intan masih ada. Shah bengang. Wajahnya tegang menahan malu.

”elehhh dah ada peluang tengok tak akan nak lepaskan kot” Intan sekali lagi ketawa. Puas hatinya melihat wajah kelat shah. Hahh selalu lagi kenakan aku kan dah terkena.

Shah mengangkat kakinya menuju ke tangga, malas dia berdiri lama di situ menjadi bahan tawa maknya dan Intan. Album di tangannya itu ditatap. Dia tersenyum. Ketawa Intan masih terdengar di telinganya, bahagia dia melihat senyuman yang terukir di wajah itu. Senyumnya semakin lebar. Dia memandang kipas di siling yang berputar laju selaju deyutan jantungnya saat berebut album dengan Intan tadi. Dia tahu Intan sengaja mengenakannya.

”shah tu anak yang hebat..sejak Ayahnya meninggal dialah satu-satunya tempat Mak cik mengadu sakit pening Intan” Mak Siti melahirkan rasa syukurnya. Intan meneliti lagi gambar lain yang ada didalam album kecil yang masih ditangannya.

”emm ini siapa Mak Siti?” gambar Shah bersama seorang wanita cantik yang tersenyum manja di sebelahnya. Gambar mereka di tepi pantai. Senyuman manis shahrul yang tak pernah dilihat sebelum ini.

”itu arwah Najihah...tunang shahrul”

”hah?? Tunang? Mak Siti tak pernah cerita pun?”

”lama dah Intan 3 tahun lepas, dia meninggal sebab kemalangan jalan raya” Intan tersentak, kenapalah jalan raya selalu meragut insan-insan yang baik? Teringat kedua mak dan ayahnya. Hatinya dipagut rasa sayu.

”kenapa Intan?”

”emm...tak ada..manis orangnya” lama wajah wanita itu dipandang, macam pernah dilihat sebelum ini tapi dekat mana ek?

”Mak Siti, Intan balik dululah lagipun dah lewat ni..”

”ehh tidur sini sajalah. Bukan lari kemanapun rumah kamu tu” dia tersenyum. Pelawaan itu segera ditolak.

”tak apalah Mak Siti..lagipun rumah tu bukan Intan kunci tadi sebab ingat nak datang kejap je alih-alih lama pulak” segera dia mengatur langkah.

”nanti Mak Cik suruh Shah tolong hantarkan”

”ehh tak payahlah Mak Siti dekat je...lompat pagar pun boleh sampai..” ketawa Intan kedengaran.

Fikirannya masih membayangkan wajah wanita dalam gambar itu. Niatnya untuk bertanya lebih mendalam tapi niat itu mati apabila Mak Siti kelihatan tak selesa menceritakannya. Siapa Najihah? Aku kenal dia ke? Persoalan itu bermain-main. Hahh lantaklah bukan pentingpun. Akhirnya dia mengalah.

****

”sampai bila you nak lari dari I macam ni shahrul?” Ayu masih berdiri tegang di depannya. Baru sebentar tadi pintu biliknya dirempuh masuk. Ayu masuk tanpa sempat setiausahanya menghalang. Perempuan yang dulu bertahta di hatinya, dia sanggup berikan segalanya demi membuat Ayu tersenyum. Tapi sejak peristiwa itu Ayu bukan lagi wanita yang difikirkan layak menjaga wanita kesayangannya. Walau apa keadaan sekalipun maknya adalah wanita pertama. Tidak pernah akan jatuh taraf itu.

”you nak apa ni sebenarnya?”

”I nak You, shahrul Iskandar yang dulu, yang sayang I yang sentiasa merindui I” wajah Ayu meminta simpati

”maafkan I ayu, mungkin you bukan untuk I. Mungkin ada yang lebih baik untuk you.”

”I tahu you mesti dah ada perempuan lainkan?” suara Ayu berubah garang. Matanya tajam menikam mata Shah. Tapi lelaki itu tetap berlagak tenang.

”hahh itu semua alasan you untuk tinggalkan I. Mengaku sajalah you ada perempuan lain”

”yup...baiklah untuk pengetahuan you, I memang dah ada wanita istimewa yang akan menjadi anak kepada mak I, isteri ,kawan, dan Ibu kepada anak-anak I” jawapan itu membuatkan Ayu mengundur ke belakang. Puas hati shah apabila meluahkan segalanya. Dia benci dengan sikap Ayu yang sengaja berlakon di hadapannya padahal baru dua hari lepas dia berkepit dengan seorang lelaki di hotel. Shah enggan mengulas tentang itu, baginya apa yang berlaku itu adalah hak Ayu dan wanita itu sudah tiada makna baginya.

”you memang kejam shah...”

”I kejam sebab I dah tak bagi you RM2000 sebulan untuk belanja you? I kejam sebab I tak belikan you rantai belian seperti selalu? Atau I kejam sebab tak bayar ansuran kereta dan rumah you?” Ayu terpaku. Nampaknya lelaki itu memang betul-betul berubah. Dia gagal mengoda shah lagi. Jika dulu lelaki itu akan menurut segala apa yang diinginkan, tapi kini segalanya musnah. Entah saitan apa yang merasuk dirinya sehinggakan melupakan aku yang cantik ini.

”sudahlah Ayu baik you balik, I banyak keje nak buat...”

”baiklah kali ini mungkin I lepaskan You tapi...ingat shah I tak akan pernah ditolak oleh mana-mana lelaki sekalipun”

”kan I baru lepas tolak you?” kata-kata itu diselangkan dengan senyum menyindir. Ayu geram dia berdengus marah dan terus meninggalkan bilik Shah itu. Shahrul mengelengkan kepalanya, pening kepalanya memikirkan wanita ini. Hairan macamanalah dia boleh jatuh cinta dengan perempuan macam ni dulu. Lainlah kalau Najihah..

’apa makna cinta bagi Is?’

’cinta bagi Is adalah Najihah’

’main-mainlah..’ dia bersuara manja.

‘laa apa pula main-main Cinta bagi Is adalah Najihah Najwa Muhammad’

‘ini untuk Is…’

Sekeping A4 berwarna kunig bertukar tangan, satu persatu bait ayat yang tertulis di atasnya dibaca.


Cinta
Ada suka ada duka
Kenal cinta buat aku bahagia
Kenal rindu buat aku menunggu
Kenal dirimu buat aku tahu..itulah cinta.

Andai cintaku bisa bersuara
Pasti kau juga tak akan percaya
Sesungguhnya inilah bahagia
Kerana cintaku hanya untukmu
Hanya buatmu
ISKANDAR......
Najihah najwa.....

Shah tersenyum, ingatan itu yang masih segar.Iskandar lama nama itu tidak didengar. Hanya Najihah yang akan memanggilnya dengan nama itu. Tapi sekarang semuanya kosong hanya tinggal kenangan. Bayangan senyuman Najihah terlintas di mindanya. Mata dipejamkan perlahan, sambil kepalanya disandarkan ke kerusi. Ingatannya bersama najihah. Tapi tiba-tiba wajah Intan menjelma.

”weii mamat poyo...” jeritan itu membuatkan matanya terbuka luas. Matanya melilau mencari wanita yang memanggilnya tadi.

”Ya Allah....” dia meraut wajahnya beberapa kali. Mungkinkah cintanya kini milik Intan?


TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets