Saturday, February 28, 2009

GILA KAU 16




Langkahnya diatur laju, hospital besar Kuala Lumpur ini dirasa sangat besar, beratus langkah terpaksa diatur untuk sampai ke tempai yang dituju. Shah, Farid dan Aina hanya mengikut langkah laju yang diatur Intan. Mereka tidak punya ruang untuk bertanya apa masalah sebenar yang berlaku. Akhirnya mereka mengikut saja rentak kaki Intan.

“emmm Man..hafiz macamana?” pertanyaan itu membuatkan Lokman berpaling. Dari tadi dia duduk berteleku di bangku itu menunggu jawapan yang belum pasti. Hafiz seorang kanak-kanak yang lincah. Dia ibarat penghibur di yayasan. Namun kenapa dugaan ini yang menimpanya.

“apa yang dah jadi ni Man?” lokman hanya memandang sayu wajah wanita yang sudah lama dirindui.

“kanser hati….” Lambat saja jawapan itu keluar dari mulut lokman. Intan lemah terasa badannya melayang sebentar. Dia terduduk. Aina yang melihat keadaan Intan sudah menerpa menghampiri wanita itu. Shah dan Farid pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Lokman. Shah sendiri tertanya-tanya siapa yang disebut-sebut mereka tadi.

“No....kenapa kita tak tahupun sebelum ni....semua ni silap tak mungkin dia sakit..” Intan masih bercakap sendiri.

Sejak ketiadaan Kak maisarah, Lokman mengambil alih tugas menjaga Yayasan Kasih, kakaknya sudah melepaskan tanggungjawab itu sebelum dia ke tanah suci. Mereka sama-sama menunggu. Pemeriksaan sepenuhnya masih belum menunjukkan apa-apa tanda.

“Doktor macamana Hafiz?” Intan meluru mendapatkan wanita berjubah putih itu.

“emmm keadaannya sekarang stabil, Cuma seperti yang saya beritahu sebelum ini dia sudah berada di tahap kritikal”..

“kenapa tak buat pembedahan doktor? Kenapa...tolong doktor selamatkan dia”, sedaya upaya Intan merayu.

“emm...macam yang sudah saya maklumkan kepada Encik Lokman..Hafiz mempunyai daya tahan yang rendah..peluang yang ada hanya 10% saja” Intan masih memegang tangan Doktor di hadapannya. Cuba memungut harapan.

“sudahlah tu kak...jangan macam ni” Aina cuba menenangkan Intan. Farid dan Shah hanya mampu memandang mereka tidak tahu cerita sepenuhnya.

“siapa Intan?”

“saya doktor”

“saya rasa pesakit nak jumpa awak..dari dia masuk ke wad sampai sekarang nama awak selalu sangat di sebut”, terasa sayu.

“saya nak jumpa dia doktor”

“emmm boleh tapi awak saja..” pantas Intan mengangguk.

“awak boleh tengok dia bila dia dah dipindahkan ke wad terapi” sekali lagi doktor memeberinya arahan.

Intan membuka pintu perlahan. tempat inilah yang membayangi kisah silamnya apabila melihat tubuh ibu dan ayahnya diselimut sepenuhnya di katil dengan selimut putih. Dia kembali terdengar tangisannya sendiri disaat umurnya baru mencecah 6 tahun. Tubuh kecil itu tersenyum di atas katil. Wajahnya sangat lesu, pucat.. bukan seperti hafiz yang berkejar-kejar dengannya dulu.

“kak Intan..” senyuman itu membuatkan intan berdiri kaku.

Sementara di sebalik cermin kaca Farid, Shah, Lokman dan Aina sedang menjadi penonton setia. Hati shah dipangut sayu apabila kanak-kanak itu melambai ke arah mereka. lambaian itu dibalas perlahan.

“akak ke mana lama Hafiz tunggu”, Intan cuba tersenyum. tangan kecil itu dicapai lantas dicium perlahan. dia cuba menahan gejolah rasa yang sudah menggunung.

“kak Intan ada dekat sini sayang” Intan duduk perlahan di atas kerusi yang sedia ada di sebelah katil. Tangannya masih mengenggam erat tangan kecil itu.

“kak...hafiz sakit...tak boleh lari-lari lagi..” perlahan suara itu.

“akak tahu sayang...hafiz kena cepat sembuh nanti boleh kejar akak..” suara Intan sudah perlahan. rasa sebab masih sedayanya ditahan.

“akak...hafiz takut..” dia mula menangis..

“kenapa sayang...jangan takut akak ada..akak tak akan tinggalkan Hafiz” perlahan Intan bangun dari kerusinya dia memeluk seeratnya tubuh kecil itu. Hanya itu yang mampu dilakukan ketika ini.

“Dia memang rapat dengan Intan...”, Lokman berkata perlahan masing-masing masih memandang ke arah Intan dan Hafiz.

“emm Encik Lokman...boleh saya tahu siapa budak tu?” Farid bertanya perlahan. dari tadi tanda tanya itu yang bermain di fikirannya. Lokman juga masih belum memperkenalkan siapa dirinya dengan budak lelaki itu. Shah masih memandang ke arah Intan, hatinya tiba-tiba sayu. Tapi telinganya masih menanti jawapan dari persoalan Farid.

“hafiz tu anak yati di Yayasan Nur Kasih.. saya berkerja di situ. Dan Intan adalah insan yang sentiasa menjadi pelawat di sana. Malah jasa Intan lagi banyak dibandingkan saya..saya hanya boleh memberi pelindungan kepada mereka tapi Intan bagi kasih sayang, hafiz adalah salah seorang buah hati Intan dari berpuluh-puluh anak yayasan”, penerangan Lokman menjawab segala yang nermain di minda mereka. Aina sudahpun mengalirkan airmata. Aksi kak Intan betul-betul membuatkan dia sayu. Walaupun mereka tidak mendengar apa yang dibualkan oleh Intan dan Hafiz.

Sudah hampir 3jam mereka di hospital. Selama setengah jam ini juga mereka gagal melihat kelibat Intan. Entah ke mana wanita itu menghilang.

“nak air” pertanyaan shah membuatkan Intan berpaling. Dia masih duduk di bangku rehat di taman hospital. Shah mengambil tempat di sisinya. Cawan kertas itu diletakkan di sisi ruang antara dia dan Intan.

“kau ok?” pertanyaan itu dirasa sangat ganjil. Intan masih memandang ke hadapan. Kehadiran shah seakan tidak wujud.

“mungkin aku bukan kawan atau sahabat yang baik tapi aku mampu jadi pendengar yang baik kalau kau nak kongsikan apa-apa..” shah masih cuba memujuk. Dari tadi air muka wanita itu keruh. Nampak jelas dia menahan perasaan di hatinya.

“emmm awak memang bukan kawan pun....musuh adalah...” ada nada gurauan.. namun ketawa kecil itu mati.

“hafiz selalu pesan pada saya jangan tinggalkan dia.. sama macam mak ayah saya...’Intan jangan tinggalkan mak ayah tau bila dah besar’ saya selalu akan ingat kata-kata tu...” Intan tersenyum...”kak Intan jangan tinggalkan Hafiz....ayat yang sama saya dengar kan...awak tahu tak saya cemburu bila tengok awak, Farid, Aina ada rahsia masa kanak-kanak..”

Lama Intan terdiam..nafasnya ditarik perlahan. matanya masih memandang ke hadapan. Sekalipun tidak dialihkan kepada shahrul walaupun lelaki itu sekarang sedang tepat memandang wajahnya.

“saya cemburu tengok kasih sayang yang awak dapat....Ummi, Mak Siti..seronokkan..tapi saya tak pernah rasa kesal sebab saya ada keluarga besar.. hidup saya di yayasan keluarga saya di sana..tapi saya dah buat silap hari ni, saya janji dengan hafiz yang saya tak akan tinggalkan dia..tak akan..dia kata dia takut...tapi...saya sebenarnya yang takut..takut dia akan tinggalkan saya...” airmata yang dari tadi ditahan hanyanya mencurah-curah keluar. Tak dapat ditahan-tahan. Dia menutup mukanya terasa beban yang ditanggung hatinya sudah tak mampu ditahan.

“menangislah Intan...sebab lepas ni kau kena tunaikan janji kau..sekarang ni hafiz hanya ada kau..jadi kau kena kuat” terdengar esakan yang semakin kedengaran, entah kenapa kata-kata shah semakin menarik keluar airmatanya.

Intan sudah membasuh mukanya. Kepalanya tiba-tiba terasa ringan, tak sangka dia akan menangis di hadapan Shah.

“Intan baliklah dulu..Man boleh jaga hafiz”, Intan tersenyum tak mungkin dia akan balik pada waktu begini.

“emmm tak apalah biar Intan jaga Hafiz lagipun Intan dah call Maya tadi suruh hantarkan baju”

“Intan dah makan?” lokman dapat melihat Intan kelihatan penat. Intan pantas mengangguk walaupun sebenarnya dia belum pun makan apa-apa.

“Man balik dulu nanti malam Man datang balik ek” Intan mengangguk, Lokman memang seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Farid, Aina dan Shah masih duduk menunggu di kerusi menunggu di depan bilik Hafiz. Mereka juga sudah dibenarkan masuk sebentar tadi untuk melihat keadaan pesakit.

“hafiz nak hadiah?” tanya Farid

“nak hadiah apa?” kanak-kanak itu masih ersenyum seperti tadi. Intan memandang ke arah Farid, hairan sejak bila pula dia beli hadiah?

“emmm Hafiz buka tangan tu abang nak bagi ni” cepat hafiz membuka tangannya.

Pantas Farid melepas kan sesuatu di dalam genggaman hafiz.. tapi tiada apa yang ada ditangannya. Hafiz tersenyum apabila Farid tersenyum..Intan memandang hairan.

“apa awak bagi dekat dia tadi?”

“emm mana boleh bagitahu rahsia... “ Intan tersenyum aksi Farid sedikit lucu apabila dia buat muka seposennya.

“Intan awak kena bayangkan yang orang di sekeliling awak ni macam buku...anggap sajalah awak sedang membaca satu kisah yang ada dalam diri bergelar manusia...walau awak hilang buku tu awak tak akan lupa apa yang dah awak baca semasa awak ada dengannya”

Kata-kata Farid membuatkan Intan tersenyum. Dia tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu.
Perkenalannya dengan Farid membuatkan dia kenal setiap ayat yang lahir dari mulut manusia perlu ada makna. Shah, aina dan Farid sudah lama meninggalkan hospital. Dia pelik apabila kelibat shah tidak kelihatan selepas dia menangis teruk di hadapan lelaki itu tadi. Sempat dia bertanya kepada Farid tapi lelaki itu hanya tersenyum.

“ hafiz tak tidur lagi?” sejak tadi hafiz hanya tersenyum. asyik tersenyum.

“boleh kak Intan tengok apa yang abang Farid bagi?” Hafiz mengangguk. Dia terus membuka genggaman kecilnya.

“mana?” Intan bertanya bodoh..

“ni” hanya tapak tangan kecil itu yang kelihatan.

“abang tu cakap dia bagi dekat hafiz kasih sayang tak akan ada orang boleh nampak.. tapi kalau hafiz senyum mesti orang boleh nampak kasih sayang hafiz..” Intan tersenyum. kata-kata itu membuatkan dia teringat pada Farid. Hishh pandai dia bermain kata-kata.

“tidur ek sayang...” Intan mengusap perlahan rambut hafiz. Senyuman hafiz kini membuatkan dia bahagia. Betul apa yang Farid kata. tapi bahagiakah kita kalau kehilangan orang tersayang??

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets