Monday, January 12, 2009

GILA KAU 11



Part 11

Intan masih tekun dengan bunga kertas putih di tamannya. Hari ini dia ingin bersenang senang di rumah. Matanya terarah kepada Mak Siti yang baru keluar dari rumah. Wanita itu tersenyum ke arahnya.

“ Rajinnya Intan pagi-pagi dah layan bunga..”, Mak Siti menghampiri. Mereka hanya dipisahkan dengan pagar besi yang sederhana tinggi. Namun Mak si dapat melihat Intan dengan jelas, begitu juga Intan.

“Dah tak ada kerja mak cik macam nilah...gatal sangat nak cuti”, tawanya pecah. Teringat wajah kelat Maya apabila dia memberi surat cuti dua minggu kepada temannya itu.

“kenapa cuti? Sakit ke?”, Mak Siti bersuara risau. Intan tersenyum. pertanyaan Mak Siti membuatkan hatinya terharu.

“tak adalah mak cik saja cuti. Lagipun memang Intan dah ada pekerja baru kat butik jadi tak payah nak risau tak cukup kakitanganlah”,

“ooo..macam tu..lama Intan cuti?”,

“ Emmm...dalam dua minggu kot. Kenapa Mak cik ada plan ke nak makan angin? Jom nak Intan belanja”, tanya Intan penuh semangat.

“Intan bolehlah temankan Mak cik balik kampung kalau cuti lama..anak buah mak cik kawin, shah pun macam sibuk sangat”, permintaan Mak siti membuatkan dia tersenyum. kampung, macam best je...

“emmm..shah ikut sekali ke?” keningnya diangkat. Mak Siti tersenyum. Faham sangat kenapa Intan bertanyakan soalan itu. Diapun hairan dengan anak bujangnya, rajin sangat mengusik Intan. Kepalanya digelengkan perlahan.

Intan tersenyum. dua hari lagi dia akan ke kampung Mak siti. Mungkin cutinya kali ini lebih bermakna.

***

Shah sedang asyik menikmati makan malam. Asam pedas kegemarannya membuatkan nasi dipinggannya ditambah lagi. masuk ni dah tiga pinggan, oooohhh sedap gila.

“Amboi makan tu tak pandang kiri kanan”, shah tersenyum. kuah asam pedas dihirup. Nikmat.

“emmm...Asam pedas mak ni boleh buat shah hilang stress tau...sampai menjilat ibu jari kaki”, shah tersenyum sambil menjilat ibu jarinya. Mak siti mengeleng pelahan.

“hishhh...buat perangai budak-budak tu”, Mak siti membasuh tangannya, bibirnya berbisik perlahan membaca doa selepas makan. Bersyukur dengan nikmat kurnian rezeki dariNya.”hahh shah mak jadi tau balik kampung hari khamis ni”, sambung Mak siti lagi sambil matanya masih memandang ke arah anak bujangnya.

“emmm...laa, mak kan shah dah janji nak balik hari sabtu, balik sekali dengan shahlah...bahayalah mak naik bas tu”, suapannya mati. Kata-kata mamanya membuatkan hatinya tak sedap. Teringat kembali peristiwa mamanya pengsan di perhentian bas. Hishhh tak sanggup lagi kejadian itu berulang.

“ siapa kata naik bas?...mak bukan naik baslah...”,

“habis...mama nak drive ke?” shah hairan. Tak akan maknya nak drive kot.

“ hishhh....mama balik dengan Intan ‘bakal menantu’ mak...”,

Shah tersedak. Tersebur sedikit nasi dari mulutnya yang baru dikunyah. Mak Siti tersenyum sampai begitu sekali reaksi anaknya. Dia pantas menghulurkan air kepada shah. Mungkin gurauannya tadi yang membuatkan anaknya tersedak, sengaja ditekan perkataan bakal menantu.

“Intan...kenapa pula mak nak balik dengan dia?”, bukan itu sebenarnya yang membuatkan dia terkejut tapi perkataan menantu yang keluar dari mulut mamanya.

“dia cuti, mak ajaklah dia balik kampung”

“ mak tak payahlah susahkan orang pula”,

“alaaaa.....tak apa diapun bukannya orang lain..mak dah anggap macam anak mak. Dia pun tak kisah ikut ”, shah terdiam, rasanya lebih selamat maknya balik dengan Intan dari balik dengan bas. Akhirnya dia setuju dengan permintaan mamanya.

“mak rasa Intan tu baik budaknya, sopan santun . hishhh kalaulah jadi menantu mak mesti seronok. Mesti cucu mak nanti comel macam dia”, Mak Siti memasak angan-angan sengaja diluahkan keinginannya dengan cara itu. Shah masih sibuk menambah nasi. Bukan dia tak dengar kata-kata maknya sengaja dia buat tak dengar.

“shah dengar tak mak cakap ni?”

“dengar...mak nak balik dengan Intankan. Baliklah kalau mak dah setuju shah ON je”, dia bangun. Nasi dijarinya dijilat.ikut sunnah rasul.

Mak siti memandang aksi selamba anaknya, dia masak benar dengan perangai shah cukup liat kalau bercerita pasal jodoh.

***

Shah bersandar di balkoni biliknya. Pemandangan malam begitu menenangkan. Tiba-tiba matanya terhenti pada susuk tubuh yang sedang termenung di taman sebelah rumahnya. Jelas kelihatan dari tempat dia berdiri. Hatinya cukup yakin yang wanita itu adalah Intan. Sudah beberapa kali gelagat wanita itu diintip dari situ. Hampir setiap malam Intan akan menghabiskan masa disitu. Entah apa difikirkan.

‘mama balik dengan Intan bakal menantu mama’. Kata-kata mamanya bermain di minda. Entah kenapa kata-kata itu seakan lekat di mindanya. ‘Hishhh menantu tu maknanya jadi isteri aku...ehhh gila ke..’ kepalanya digelengkan berkali-kali. Mustahil. kakinya segera melangkah masuk ke dalam bilik. Berlama disitu akan membuatkan hatinya berkata macam-macam.

Intan memandang ke sekelilingnya terasa seperti ada orang melihatnya. Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri.

“woittt apa hal..?”. Intan tersentak. Pantas dadanya diurut.

“kau ni...kalau bagi salam boleh tak..sakit jantung aku tahu tak..” Intan menyambut cawan yang berisi Milo panas dari tangan Maya.

“Cik Intan Azura, badan aku yang sebesar-besar ni tak akan kau tak perasan ni mesti kes berangan ni”, Maya mengambil tempat di sebelah Intan, Milo panas dihirup perlahan-lahan.

“ Cik Maya Kirana sebab badan awak sebesar-besar nilah saya suruh bagi salam, mana tau kot makluk asing planet pluto ke nak culik bidadari ni”, Intan mengekek ketawa.

“ Perasan nak mampus... kau jadi ke ikut Mentua kau balik kampung?” giliran maya pula mengusik.

“ Amboi...suka suki kau kata mentua aku...tu mak angkat aku tau”,

“emmm...mula-mula angkatlah lepas tu terangkat.....”, ketawa Maya kuat kedengaran. Namun pantas dia menutup mulutnya apabila dirasakan keterlaluan. Bimbang mengganggu jiran malam-malam ni.

“Banyaklah kau.... jadilah akukan dalam cuti, mestilah nak enjoy puas-puas”, Maya mencebik. Namun dia sendiri bersetuju dengan keinginan Intan untuk bercuti kerana sahabatnya itu terlalu sibuk dengan butik. Terlampau obses dengan kerja.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets