Wednesday, July 8, 2009

GILA KAU 32



Gila kau 32

Intan meletakkan keretanya betul-betul di depan bank Islam. Masih banyak urusan butik perlu diselesaikan. Hari ini dia memilih jubah moden berwarna hitam dipadankan dengan warna yang sama. Entah kenapa baju itu menarik perhatiannya pagi tadi. Selalunya hitam adalah pilihan yang terakhir.

”kenapa awak suka warna hitam?”

”sebab aku rasa hitam tu tandanya berani..” shah menjawab yakin.

“ada pulak mana awak sekolah hitam tandanya berani? Merahlah menandakan keberanian?”

”ehhh suka hati akulah warna kesukaan aku...kau suka warna apa?”

”semua warna tapi hitam pilihan terakhir”

”pilihan terakhir tak bermakna kau tak suka.. mungkin pilihan terakhir tulah yang paling bagus” balas lelaki itu.

Intan tersenyum, kata-kata shahrul Iskandar sempat bermain di mindanya. Ahhh lelaki itu tak pernah berbual mesra dengannya ada saja yang tak kena. Kalau bercakap macam aku ni hamba dia. Langkahnya diteruskan, kalau melayan perasaan sampai esok tak siap kerja.

”ramainya orang” rungutnya perlahan. Nampaknya dia silap percaturan. Ingatkan hari jumaat tak adalah orang ramai macam ni. Dia berdiri di satu sudut bersebelahan dengan pintu. Matanya meneliti satu persatu nombor yang tertera di skrin. Lambat lagi!.. Intan melihat ragam manusia yang pelbagai. Kalau diberi pilihan memang dia suka duduk di tengah orang ramai, macam-macam perangai dapat dilihat. Tiba-tiba matanya terhenti di satu sudut sebelah kiri. Macam kenal?!..lelaki itu berwajah serius. Lalu mendapatkannya.

”Cik Intan buat apa dekat sini?” Fazrul bertanya lembut bersama senyuman.

”ada urusan sikit...awak?” dahinya berkerut cuba mengingati wajah lelaki itu.

”saya di warung minggu lepas...ingat lagi?”

”haaaa ya saya ingat...macamana awak tahu nama saya?” Fazrul diam.

”orang cantik macam cik Intan tak akan saya lupa” Intan sedaya upaya menghadiahkan senyuman walaupun hakikatnya senyuman itu terasa tak ikhlas. Entah kenapa ada rasa tak selesa dengan renungan lelaki itu.

”cik Intan seorang diri ke?”
”emmm...ya” pendek jawapannya, dia cuba untuk tidak memandang lelaki itu.

”lama lagi ni Cik Intan apa kata kita minum dulu dekat kedai depan tu?”

”tak apalah Encik....?”

”Fazrul..just call me Rul”

“saya dah makan banyak pagi tadi lagipun nanti terlepas giliran pulak” Intan menunjuk kertas kecil yang di pegang.

”cik Intan nampak cantik hari ini..tengok pemuda dekat kerusi tu dari tadi memandang ke arah kita..mungkin ada yang terpikat” fazrul merapatkan dirinya dengan Intan.cuba melindungi pandangan lelaki yang dari tadi memandang ke arah mereka. Selangkah Intan menjauhinya terasa Fazrul terlalu hampir. Matanya berpaling ke arah lelaki yang dimaksudkan Fazrul. Hah?? Shah!!

”Cik Intan kenal lelaki tu ke?” fazrul bertanya memang dia pernah nampak lelaki itu bersama Intan tapi apa hubungannya dia gagal mengesannya. Pandangannya kembali kepada wanita yang cantik mengenakan serba hitam itu. Namun belum sempat dia bertanya ada suara yang menegur dari belakang.

”Intan lama dah sampai?”

”hah?” Intan terkedu. Shah menarik tangannya menjarakkan dirinya dengan lelaki yang masih belum dikenali. Hanya sekali dia melihat lelaki itupun di gerai Mak Senah. Fazrul terkejut. Tiba-tiba sahaja lelaki di kerusi itu ada di sebelahnya.

”kan abang dah kata...biar abang yang buat...kenapa Intan datang?”

”abang?” dahinya berkerut. Apahal pulak mamat poyo ni? Buang tabiat ke apa? Dia memandang ke arah Fazrul yang kelihatan tak tentu arah.

”encik ni siapa ek?” tanya shah serius.

”oklah Intan lain kali kita borak ek... selamat tinggal” Fazrul terus berjalan keluar dari bank, dia tak mahu terus mencari masalah dengan lelaki itu. Walaupun dalam hatinya sakit.

Intan memandang tepat ke arah shah yang berada di depannya? Ada beberapa mata memandang ke arahnya. Mana taknya nyaris nak bergaduh dua lelaki disebabkan dia.hishh memalukan.

“awak ni kenapa?” Marah Intan. Matanya masih tepat memandang ke arah shah.

“kau kenal ke lelaki tadi?” Intan mengeleng perlahan.

”habis tu tak kenal yang layan tu buat apa? Nak mengatal?”

“apa awak cakap?” bulat mata Intan, kurang ajar suka hati kata aku gatal.

”Yalah yang tak kenal kau pergi mengada-ngada layan buat apa..tempat awam pulak tu tak malu orang tengok?” shah melepaskan geram. Berbulu matanya melihat kemesraan Intan dengan lelaki yang entah datang dari planet mana.

Intan berdengus geram, dia mengangkat kakinya sedikit tinggi dan memijak kuat kaki shahrul. Lelaki itu menjerit sakit. Tak diduga tindakan Intan itu.

”padan muka!...suka hati sayalah, penyibuk” Intan berlalu pergi, malu untuk terus lama di situ.

Intan memecut laju keretanya meninggalkan suara shah yang menjerit memanggil namanya. Padan muka buat sakit hati aku!. Suka-suka hati panggil aku gatal, mengada-ngada. Dia ingat aku ni apa?. Bisik hati marahnya.

”tak pasal-pasal je kerja aku tak jadi” dia bersandar di kerusi rehat depan rumahnya. Entah kenapa rasa marahnya masih belum hilang.

”kenapa Intan macam ada masalah?” suara Mak Siti kedengaran perlahan. Wanita itu senyum ke arahnya.

”ada orang gila kacau tadi mak Siti”

”orang gila?..dekat mana?”

”bank...nasib baik sempat lari..”

”Ya Allah bahaya betul macam tu Intan.. dalam bankpun dia boleh masuk ke?”

”namapun gila Mak siti”

”macamana rupa orang gila tu Intan? Takut pulak mak Siti dengar”

”emmm...boleh tahanlah Mak cik, muka hensem tapi sayang gila” cerita Intan lagi. Dia tersenyum melihat Mak siti yang beria-ria ingin mendengar. Kalau dia tahu yang dimaksudkan itu adalah shah anaknya..hishh boleh pengsan orang tua ni nanti. Sekali lagi dia tersenyum.

”hishhh budak ni senyum pulak dia...Mak siti dengar yang takut”

”tak apa mak Siti Intan dah pijak kaki dia” teringat aksi spontannya ketika itu. Dua kali fikir malupun ada di tempat orang ramai pulak tu.

” Ya Allah..beraninya anak Mak Siti ni...padan muka orang tu...” belum sempat dia menyambung katanya, kereta BMW milik Shah masuk ke perkarangan rumah.

”oklah Mak Siti, Intan masuk dulu, panaslah tiba-tiba” dia berlari masuk ke rumah tanpa menunggu jawapan dari wanita itu. Niatnya hanya satu tak mahu bertemu dengan shah.

”hishhh budak ni..masuk pulak dia” Mak siti terus mendapatkan anak kesayangannya. Memang setiap kali jumaat shah akan pulang dulu ke rumah untuk mandi dan berjemaah di masjid berdekatan.

”kenapa kaki tu?” tanya Mak Siti apabila melihat anaknya terjengkut-jengkut.

”jatuh tadi mak”

”macamana boleh jatuh?”

”panjang ceritanya mak nanti shah cerita” dia cuba memberi alasan. Tak akan nak cerita kisah benar kot.

”hisshh macam-macam pulak yang jadi, si intan tadi jumpa orang gila, yang kau ni jatuh pulak” bebel Mak siti. Shah berhenti memandang ke arah maknya.

”Orang gila?”

”ha arr dia kata orang gila dalam bank... belum sempat dia habis cerita dah masuk rumah panas katanya” shahrul mengigit bibir. Orang gila dia kata aku. Hishhh perempuan ni nak kena ni

”kenapa?”

”tak ada apa-apa mak”

Shah meninggalkan ibunya, entah kenapa tiba-tiba dia rasa bersalah, betul juga kata Intan dia memang penyibuk, tapi dia nak selamatkan Intan dari lelaki gatal tu. Tapi kenapa pula dia nak kena menyibuk?. Soalan itu membuatkan dia terdiam. Kenapa?.

***

Perlahan-lahan langsir yang menutup penuh tingkap rumahnya diselak. Dalam terang malam dia mengawasi kereta yang berhenti di depan rumah jirannya. Kelihatan dua inan itu mesra tersenyum-senyum. Shah mengeluh perlahan. sejak peristiwa di bank tu dia langsung tidak berpeluang untuk dekat dengan Intan apatah lagi bercakap.

“buat apa terhendap-hendap ni?” shahrul terkejut. Bahunya teragkat sedikit. Pantas kain langsir yang dipegang terlepas dari tangannya.

“mak ni terkejutkan shah je”

“apa yang kau intai tu? Jangan nak mengintai anak dara orang tak tentu pasal” sengaja mengusik anaknya, Mak Siti kembali duduk di sofa. lama di memerhatikan lagak anak mudanya dari tadi.

“anak dara apanya mak ni..shah tengok taman kita tu kalau letak lampu lagi mesti cantik”

“emmm betul juga..mesti terang sikit senang nak tengok jiran kita tu, betul tak?” sekali lagi shah terpukul dengan kata-kata maknya.

“kalau betul hati tu dah berdetak-detup baik luahkan..mak tak nak nanti anak mak ni gigit jari…lagipun mak tengok yang di intaipun boleh tahan , ramai peminatnya” shah mencebik. Ramai ke ? tapi memang ramaipun.. dia mengigit bibirnya. Cuba mentafsir kata-kata maknya. Shah duduk semula sambil tangannya membuka akhbar berita harian yang ada di atas meja. Lagi jauh dia melayan kata maknya semakin dia menjerat diri lebih baik diam.

“ alaaa...Mak Long kawinkan je si Shah ni..lagipun dia bukannya muda lagipun” Farid pula mencelah.. dia datang dari arah dapur membawa bersama mug di tangannya.

“shah ni hati kata nak..nak.. tapi mulut tu tak boleh nak buka, macam ada Intan...opssss... tersasul pulak”

Shah menjeling dia tahu Farid sengaja menguatkan suaranya bila menyebut nama itu. Haiii budak ni datang rumah orang nak mengata aku pulak, ni ada yang nak makan surat khabar.

“amboiii yang awak tu bila lagi? kamu tu muda lagi ke?”

“mudalah Mak Long dari Shah” Farid tersenyum, melawan kata-kata wanita yang selama ini sangat dihormati. Dia memang suka mengusik Mak Longnya.

“sudahlah..kalau kamu berdua susah sangat nak cari calon biar Mak Long yang tetapkan masa tu nanti jangan harap siapapun nak bantah” shah tersenyum, riak muka farid berubah. Padan muka. Mak siti bangun dari duduknya malas dia melayan dua anak terunanya lastnya nanti dia yang sakit hati.

“Mak aiiii seriusnya Mak Long” Farid berbisik perlahan.

“haaa baru kau tahu mak aku tu, ini baru sekali kau kena..aku ni dah hari-hari dengar pasal benda yang sama” Shah tersenyum, dia tahu perasaan ibunya itu tapi hatinya masih belum terbuka untuk gadis lain. Biarlah masa yang tentukan.

“dia ibu yang sempurna” ada ketegasan dalam kata-kata Farid. Shah mengangguk setuju, dia tahu sejauhmana kasih sepupunya itu terhadap ibunya.

“macamana kes terbaru kau tu?”

“rumit sikit kes ni, aku masih belum jumpa klien aku yang sebenar, yang datang wakil dia..mana boleh kes cerai ni hantar wakil” Farid melepaskan marahnya.

“dia bayar kaukan”

“memanglah..tapi setiap kes mesti melalui prosedur yang di tetapkan makhamah bukan main terjah je, lagipun pasangan ni baru sangat kawin mesti ikut kaunseling dulu” jelas Farid lagi.

“entahlah apa yang aku tahu dia ni anak Dato...tapi kawin atas dasar cinta last-last cerai juga” sambung Farid lagi. kesnya kali ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

“sebab itulah dia hantar wakil, mungkin malu nak berdepan dengan masyarakat”

“malu takut pangkat dato tu jatuh ke tanah?” Farid mencapai majalah bussines di depannya. Shah sudah baring di atas sofa panjang. Mak Longnya sudah lama hilang, mungkin dah tidur.

“sebab tu ke kau takut nak kawin?” tanya Shah tiba-tiba.

“hishh kau ni, aku masih waras lagi walaupun kadang-kadang terfikir juga tapi jodoh pertemuan ajal maut ni Dia yang tentukan. Kita hanya hamba yang patut taat...lagipun soal nikah kawin ni hati kena rela tanpa paksaan barulah rumah tangga bahagia”

“tak sia-sia kau dapat A dalam pendidikan Islam, cakap mengalahkan ustaz..tapi cakap pandai yang pergi nasihatkan aku berbakul-bakul tu tapi diri sendiri sama macamana?” Farid ketawa kuat. Kata-kata Shah ada betulnya.

“ala shah kau kan tua dari aku so aku kenalah bagi kau nasihat supaya jangan terlajak perahu bolehlah tarik pakai tali ni kalau terlajak umur sampai tua membujang siapa nak jawab?” Farid mengangkat keningnya. Cuba memprovok hati sepupunya.

“kau ni mulut tak sayangkan..berapa sangatlah umur kau dengan aku kalau aku ni kategori terlajak kau pun bakalah..jadi welcome to the clublah”

“kalau aku try awek sebelah rumah kau ni boleh tak?”

“hah??! Mana boleh!” pantas shah menjawab. Matanya terus menatap wajah Farid yang sedang senyum sumbing. Pertanyaan Farid membuatkan jantungnya terhenti.

“aikkk kenapa pulak tak boleh?” sengaja menduga. Shah terdiam dia kelihatan tak keruan. Renungan Farid membuatkan dia berfikir sesuatu. Jawapan terbaik.

“maksud aku mana boleh kau nak si Intan tu bukan kau tak kenal dia tu..hishh garang nak mampus. Kasar pulak tu”

“ya ke?” Farid masih tak putus asa.

“aku kenal Intan tu jangan haraplah kalau nak buat kerja-kerja rumah ni bangun pagi pun entah pukul berapa”

“tapi shah aku tak cakap pun nama Intan kenapa kau fikir dia?” Farid berwajah serius. Shah menelan air liurnya perlahan. tak cakap ek..

“habis tak akan kau maksudkan cikgu Mariam kot?..kau tahu tak umur dia berapa?”

“tak salahkan tapi aku macam terhidu sesuatu arrr kau ada bau tak?” Tanya Farid lagi. berkerut dahi shah. Dia tahu sekarang Farid mempermainkannya.

“bau apa?”

“bau orang cemburu, takut berputih mata” ketawa farid meledak kuat. Shah membaling bantal kecil yang menghiasi sofanya ke arah Farid.

“kalau hati sudah suka semua indah saja...” sempat dia berlagu perlahan sebelum meninggalkan shah kesorangan di ruang tamu. Dia berjaya membuatkan sepupunya itu mempamerkan perasaan walaupun yang punya diri sendiri tak berapa yakin dengan perasaannya.


'kenapa hatinya semakin tak tenang sekarang?' shah memikirkan sesuatu yang menggangu dirinya.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets