Wednesday, April 8, 2009

GILA KAU 24


GILA KAU 24.

Lokman masih meneliti kontrak terbaru syarikat. Sudah dua bulan dia menjadi pengerusi syarikat selama itu juga dia tidak berjumpa dengan Intan. Hatinya sangat merindui wanita itu. Hampir setiap malam dia akan menatap gambar-gambar Intan yang sememangnya bermain di slide note booknya. Angaukah dia?. Tapi bolehkah mamanya menerima Intan? Terbayang pilihan mamanya semuanya berbintikan Tan Sri dan Datuk.

Telifon bimbitnya dicapai. Nombor Intan segera didial.

“amboi senyum sampai ke telinga ni kenapa?” Fazrul masuk tanpa mengetuk pintu, sudah menjadi kebiasaannya kalau masuk ke bilik itu.

“emmm tak ada apa yang menarik pun yang kau ni masuk bilik aku ni kenapa?”

“amboii macam selama ni aku tak pernah masuk bilik kau je..”

“yelah kalau kau masuk mesti ada benda kau nakkan?” pertanyaan Lokman disambut dengan senyuman.

” bro aku nak pakai duit sikit..” lokman senyum menyindir tahu itulah alsan utama kedatangan kawannya itu. Sejak dari universiti lagi itulah perangai sepupunya itu. Tak tahulah samaada ingin ditafsirkan sebagai kawan atau lawan.

”berapa pulak kali ni?”

”emmm RM3000..” kata Fazrul dengan penuh yakin.

”hah?? Kau gila ke?” berkerut dahi lokman. Matanya menikam wajah Fazrul didepannya.

”alaaa nanti aku bayarlah..aku tengah sesak ni”

”aku bukan tak nak bagi tapi sesak kau tu nak melayan perempuan nak berjudi itu yang aku tak boleh nak bagi.. maaflah Faz aku tak boleh bagi kau kali ni” kata-kata Lokman membuatkan Fazrul panas di tempat duduknya.

”kau ni berkira sangatlah lagipun aku bukan orang lain sepupu kau juga..” nada suara Fazrul mula keras.

”sebab kau sepupu akulah..aku tak boleh bagi..bila kau nak sedar ni Faz?” Lokman cuba menasihati sepupunya itu. Anak buah kesayangan mamanya.

”kau jangan nak berlagak baik pulak dengan aku Man..kau lupa ke dulu pun kau macam aku juga pantang nampak perempuan...sekarang sejak kau bela anak-anak yatim bodoh tu je yang kau berubah”

Lokman menumbuk mejanya kuat. Fazrul terkejut. Kecut perutnya. Wajah garang lokman dipandang takut.

”sebelum aku halau kau keluar baik kau keluar sebagai orang yang waras..kalau tidak jangan salahkan aku kalau aku buat kau jadi orang tak waras lepas ni” tegas kata-kata itu keluar dari mulut lokman.

”ok..ok..aku keluar apalah kau ni macam perempuan pulak..nak terasa-terasa..” fazrul keluar dengan pantas. Niatnya hanya satu untuk berjumpa mak ngahnya, datin Maznah.

***

”kenapa muka macam tu?” tanya Intan. Permintaan lokman untuk berjumpa dengannya menimbulkan tanda tanya.

”emmm entah pagi-pagi tadi dah ada yang menganggu..emmm lama tak jumpa..Intan sihat?” Intan cantik dengan baju kurung batik biru lembut dengn selendang putih dililit di menutup keseluruhan rambutnya.

”sihat...bertambah sihat..asyik makan je” kata-kata intan mrngundang tawa kecil lokman.

”Intan..” panggil Lokman perlahan.

”emmm...” Intan menyedut air Milo ais kegemarannya.

”saya ada seorang kawan dulu dia jahat sangat..semua benda dia cuba..tukar perempuan macam tukar baju, ke disko, kelab semua laa... tapi sekarang dia dah berubah. Dia dah lama tinggalkan semua tu. Kalau Intanlahkan Intan terima tak dia sebagai kawan?” Intan tersenyum. Senyuman itu jugalah yang membuatkan Lokman tidak lena tidurnya. Senyuman itu jugalah yang membuat jantungnya berdegup kencang.

”semua orang pernah melakukan kesilapan Man..dan apa yang terbaik apabila dia sedar dengan apa yang dilakukan dan dia berubah ke arah yang lebih baik. Jadi siapa Intan untuk menilai ia pulakkan. Mestilah Intan terima dia kalau dia memang sudah berubah dan dia berubah atas keinginan dia sendiri” jawapan Intan membuatkan Lokman tersenyum..

”jadi Intan tak kisah dengan sejarah silam dia?”

”kalau kita kawan dengan seseorang tu kita kena terima baik buruk dia” sekali lagi Lokman mengangguk. Setuju dengan apa yang dikatakan Intan

“dan kawan Lokman tu Adalah Man sendiri kan?” lama Lokman terdiam tekaan Intan tepat. Lama-lama dia mengangguk. Intan tersenyum.

“kenapa tak cakap terus terang ni nak pusing-pusing dulu baru sampai kat tempat dia” Intan ketawa. Dia faham perasaan lelaki itu. Cuma apa yang dia masih tak faham lelaki di hadapannya itu menyimpan satu rasa yang dinamakan CINTA.

“terma kasih sebab sudi keluar dengan Man”

“hishh orang nak belanja makan mana boeh tolak..bak kata pepatah rezeki jangan ditolak maut jangan dicari” Lokman tersenyum. wajah didepannya itu ceria. Hatinya lega.

Namun tanpa sedar ada mata yang memandang mereka dari jauh. Lelaki itu tersenyum. nombor Mak ngahnya didial sekali lagi, ada berita baik yang ingin disampaikan. Pasti Mak ngahnya mengamuk sakan.

“padan muka kau Lokman kedekut lagi dengan akukan..kau tahulah apa akan jadi” ketawanya sendiri. Fazrul masuk ke dalam keretanya. Gelak tawa lokman mengundang bahang panas dihatinya.

***

“kau keluar dengan siapa tadi?”

“dengan manusialah...” jawap Intan

“amboiii kelakarnya jawapan kau nak aku ketawa ke?” Maya bersuara lagi tangannya masih tekun menekan kalkulatur di depan.

“Lokman..”

“hah?? Lokman hensem tu? laaa tak habaq pun kat aku” Maya bersuara manja

“emmm kenapa pula nak kena Habaq kat kau?” ketawa Intan sudah kedengaran. Terasa kelakar apabila dia mengajuk ayat Maya.

“manalah tahu kalau-kalau boleh cucuk jarum... “ Maya mengayakan tangannya.

“banyaklah...abang kau tu nak letak mana?”

“letak dalam almari buat koleksi” pecah ketawa dua sekawan itu.

“gila!!” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Intan.
***

Buih sabun sudah menutup separuh BMW hitamnya. Kereta kesayangannya itu ditiup-tiup perlahan. Hamper banjir halaman rumahnya dengan air. Sudah menjadi rutin minguannya kalau basuh kereta mesti sampai banjir bil pun meloncat tinggi..hahh biarlah aku juga yang bayar. Bisik hati shah. Seawal pagi tadi dia bangun untuk jogging di taman tak jauh dari rumahnya sengaja nak keluarkan peluh.

“ok sayang sebelum aku mandi baik aku mandikan kau dulu” sambil tangannya mengosok pintu kereta yang berdebu. mulutnya mengarang lagu yang entah apa melodinya. Sekejap dia tersenyum, sekejap dia ketawa sendiri t-shirt yang dipakai sudah basah.

Intan melangkah perlahan. Nasi lemak kiriman Mak Siti masih ditangannya, matanya sempat menangkat kereta buruk milik shah.ehh buruk ke??. Dia tersenyum. Langkahnya terus diatur melepasi pagar.

“weii…weii..” shah buat tak dengar walaupun dia sudah nampak kelibat Intan di sebelahnya. Lagu nyanyiannya bertambah kuat. Berkali dia memangil shah.

“Shahrul Iskandar…” panggilnya kuat. Shah berpaling dengan senyuman, akhirnya panggilan itu kedengaran juga. Sengaja dia mengenakan Intan.

“Ya…Eh Cik Intan Suraya rupanya ingat siapa tadi” sindir shah.

“Ya..eh cik Intan Suraya rupanya ingatkan siapa tadi” ajuk Intan membuatkan shah ketawa “awak sengajakan… saya tahu awak dengar?” sambung marahnya lagi.

“kau panggil aku ‘weii’ kesian tahu tak mak aku letak nama aku sedap-sedap..” wajah shah kelihatan serius.

“sedap ke nama awak?”

“sedap kenapa nak rasa..” shah menunjukkan bibirnya. Pantas Intan bergerak selangkah menjauhkan diri.

Ketawa shah kedengaran. Terkumat kamit mulut Intan mengutuknya perlahan.

“Mak Siti mana?”

“Mak Siti tak ada anak dia yang hensem ni ada..” ucapnya sambil mengenyitkan mata.

“eiii hensem ke...pak cik yang jahitkan kasut aku tu lagi hensem” Intan bersuara perlahan. bulat mata shah apabila dia dapat menangkap setiap ucapan Intan walaupun perlahan.

“ mak ada dekat dalam tu...Tuhan dengar apa yang kita nak cakap”

“lantaklah..malas layan awak ni..boleh gila..” laju langkah Intan.

“ehh..Intan kau jangan jalan laju sangat dekat situ nanti ja.....”

“aduhhh!!” belum sempat ayatnya dihabiskan Intan sudah jatuh terduduk di sisi keretanya. Shah mencampak getah paip yang dipegang lalu mendapatkan Intan.

“ok ke?” tanya shah bodoh dia cuba menahan tawanya dari lepas. Kalau dilihatkan dari cara Intan jatuh mahu di tergolek-golek suka. Tapi niatnya terbantut apabila melihat wajah kesakitan wanita itu.

“sakitlah...” marah Intan

“laa...marah pulak...dia yang jatuh sendiri..tulah Allah tu bayar tunai je sekarang ni”
“apa pulak...” tengking Intan.

“elehh macam aku tak dengar kau mengata aku tadikan..” Intan diam cuba bangun dari tempat jatuhnya. Terasa senggal dipunggung ‘jatuh terhentak boleh mandul’ teringat kata-kata maya. Shah cuba membantu Intan untuk bangun tapi wanita itu pantas menolak.

“tengok tu dah sakit belagak lagi tu dengan aku” pantas lengan Intan ditarik untuk membantu wanita itu bangun. Malngnya lantai yang licin menyebabkan shah terdorong ke depan lengan Intan yang dipegang dipaut membuatkan mereka berdua jatuh ditempat yang sama. Mata mereka bertentang lama. Wajah Intan berona merah. Degupan jatuhnya seakan terhenti.

“Ya Allah kenapa ni shah..Intan?” Mak Siti melihat aksi itu pantas menjerit. Dia terus berlari mendapatkan anaknya dan Intan. ‘Hish budak-budak ni main timpa-timpa pula kalau orang tengok malu pula aku’ bisik Mak Siti tapi hatinya girang melihat wajah anak tunggalnya yang menahan malu. Sebaik mendengar suara maknya Shah pantas bangun. Tangannya terasa sakit.

“aduhhhh...sakitnya” keluhan Intan menyebabkan Mak Siti membantunya dulu.

“kenapa ni?” sekali lagi Mak Siti bertanya.

“Intan jatuh shah nak tolong sekali tergelincir pula...dua-dua terduduk kat sini..” shah menjawab dengan yakin. Malu dengan maknya dan Intan.

“Intan tak apa-apa?” dua mata menikam wajahnya, Pantas Intan mengeleng. Mulutnya seakan tidak boleh melahirkan kata-kata. Terkejut dengan apa yang berlaku, keliru dengan perasaannya.

“nasib baik nasi lemak Mak Siti ni ok lagi....” itu saja yang terfikir ketika itu. Plastik nasi lemak itu bertukar tangan.

“ni semua salah budak ni kan mak dah cakap kalau basuk kereta tu jangan sampai...hah tengorlah ni..sampai tergolek-golek anak orang.” Kata-kata Mak Siti disambut ketawa Intan dan shah.

“baik bos..” shah mangangkat tangannya ke dahi tanda setuju dengan arahan maknya. Mak Siti tersenyum.

Matanya mengikut langkah Intan dan maknya. Hilang di sebalik pintu rumah. Mindanya masih memproses perasaan yang bermain sebentar tadi. Jantungnya seakan terhenti apabila wanita itu berada begitu rapat dengannya. wajah kemerahan Intan mengusik hatinya. ‘Hahh shah kau ni dah wajib masuk ICU ni’ bisik hatinya. Dia mengaru kepalanya kebingungan.

Selesai makan malam shah mengurungkan diri di dalam bilik. Hari ini adalah hari rehatnya tiada satupun urusan syarikat yang akan difikirkan. Fikirannya sengaja ditenangkan. Tubuhnya terlentang diatas katil. Kepalanya dialas dengan tangan.

Shah bermandang kipas biliknya. Alunan lagu ‘cinta biasa’ memasuki telinganya. Perlahan lirik lagu itu meniti di bibirnya. Fikirannya masih teringatkan peristiwa bodoh yang berlaku di halaman rumah pagi tadi.

‘eiiiii biar betul tak akan perempuan tu kot....’ jerit hatinya.

‘tapi kenapa dia seakan merasakan sesuatu? Kenapa kadang-kadang dia rasa seakan ingin sentiasa dekat dengan wanita itu?’ soalan itu bermain lagi di kotak mindanya. Hatinya berkata-kata.

‘kau dah jatuh cintalah shah...’ satu suara kedengaran

‘hishhh tak akanlah dengan perempuan tu, bukan dia ke perempuan yang kau selalu kutuk dulu?’

‘tapi sekarang aku sayang dia?’

‘betul ke kau sayang dia atau kau sengaja kenakan dia?’

‘aku sayang dia’

Shah pantas bangun. Enggan memikirkan apa yang berlawan sekarang di fikirannya. Dia mengambil wudhuk niatnya hanya satu andai pilihannya kini buntu hanya Allah tempat dia mengadu..hanya Dia....akhirnya dia merendahkan diri kepadaNya.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets