Sunday, January 4, 2009

RUMAH NO.19


RUMAH NO.19

NO.19... rumah kampung setingkat itu dipandang, memang cantik lagi walaupun lama tak berpenghuni tapi untuk orang baru seperti kami ni kira oklah. Tapi rumah ni jauh sikit dari rumah orang kampung, apa yang kami tahu sebab tuan tanah dia dulu kedekut orangnya, tanah dia orang lain tak boleh masuk. Pak cik taha yang menyewakan rumah ini enggan masuk ke rumah, katanya dia ada urusan dan apa yang menghairankan pak cik taha seorang yang pendiam tahap melampau. Persetujuan sudah dibuat, segala urusan pembayaran akan dibuat 3 bulan selepas kami selesa tinggal dirumah ini sebabnya aku sendiri tak tahu.

“Macamana ok tak rumah ni?” aku bertanya kepada Laila. Temanku itu hanya menganggukkan kepala, hishh dia ni setuju aje bukan nak bagi candangan. Entah macamana kami boleh di’posting’kan di tempat yang sama kamipun tak tahu... mungkin takdir kot.

“Bajet kita ciputlah Niza, kau jangan memilih sangat kira oklah ni..” Laila bersuara walaupun macam ada yang tak kena dengan rumah yang didepan matanya ni. Tapi bila fikir sewa kira ON je lah.

Beg semua kami bawa masuk ke rumah, nama je lama kena tinggal tapi dalam rumah ni kemas gila siap berbau wangi macam bau soflan je. ‘mungkin pak cik taha kemas rumah ni kot sebelum kami masuk’. Bisik hatinya. Rumah ni sederhana kecil,ada dua bilik satu bilik tapi hanya satu bilik sahaja yang boleh digunakan sebab bilik kedua dipenuhi barang penyewa sebelum ni. Bila dipersoalkan kenapa? pak cik taha hanya mendiamkan diri.

“hoiiii wanginya bau..siapalah yang masak malam-malam ni”, Bisik laila.

“Mesti laki dia nak makan..nasib baik kita tak kawin lagi kan heheh”, ketawa aku dan Laila bersatu.

Semua barang sudah dikemaskan, nasib baik rumah ni dah lengkap dengan perabot kalau tidak koyak juga poket nak beli. Maklumlah baru keje mana ada duit…

Menjadi guru di kampung yang agak terpencil ni memang satu daripada impian aku, aku suka dengan suasana kampung, sebab dari kecil aku dah dibesarkan dalam hutan konkrit. Bila dapat tahu sahaja lokasi ‘posting’ku di kampung, akulah orang yang berlonjak gembira. Berlainan pula dengan Laila kalau tengok muka dia masa mula datang mak aiii macam peria muda, pahit, masam, kelat semualah ada. Hehe..tapi tu bukan cerita asal berbalik ke landasan yang benar..

**********

Malam 9 jun, 11.00malam.

Perjalanan seperti biasa, aku akan ke sekolah bersama laila, nasib baiklah ada kancil buruk milik abang long yang dipinjamkan sementara kepada aku kalau tak penat juga nak jalan kaki. Maklumlah rumah ni dengan sekolah jauh juga. Tengah asyik aku menonton drama korea entah apa tajuknya tiba-tiba, rumah kami gelap. Aku terdengar jeritan kecil Laila dari dalam bilik. Aku meraba-raba dalam kegelapan untuk masuk ke dalam bilik dengan menggunakan cahaya dari nokia 3330 milikku. Nasib baik ada fon kalau tak meraba-raba macam orang buta.

“ Laila kau ok ke?” tanyaku.

”ok...” satu suara menyambut.. aiiikk macam pelik je bunyi suara tu, aku menyuluh seisi ruang bilik dengan bantuan telifon kesayanganku.. kelibat Laila tak nampak pun. Mana pula perginya budak ni.

”Niza.. kau kat mana?” suara Laila kedengaran dari arah ruang tamu. Bila masa pulak budak ni keluar aku bersoal pelik di dalam hati. Langkah aku terus ke ruang tamu. Belum pun selangkah aku bergerak sekelip mata rumah kembali terang benderang. Berpinar sekejap mata hitamku.

” Kau ni aku cari, bila masa kau keluar?”,tanya aku kepada Laila. Dia juga memegang fon di tangan.

” Aku dekat dapur tadi yang kau pergi masuk bilik tu buat pe? Senggal...” hishh budak ni nama je cikgu bahasa melayu tapi bahasa tak melayu langsung bleh plak cakap aku senggal. Tapi siapa pula yang jawab ‘ok’ tadi? Hati kecilku bertanya.

Kenapa macam ada bau benda terbakar ni? aku bersoal dalam hati pantas terus langkahku aturkan ke dapur, dapur gas kupandang.. tak ada apa-apapun. Mana tahu kalau si Laila ni lupa tutup api dapur ke, tak ke kes lain pulak jadi. Aku kembali semula ke ruang tamu, laila sedang membaca buku laporannya.

“Kenapa?” laila bertanya pelik..

“ Tak ada aku tercium bau hangis je... takut api dapur tak tutup...” jawabku ringkas

“ bau kau la tu tak mandi lagi..hehe” amboi tak ada insuran punya mulut...sesuka je kata aku tak mandi... lawak Laila aku biarkan berlalu, baik tidur dari layan lawak dia.

****
Aku memborong semua barang harian yang dah habis, kedai runcit Abang Samad ni memang larislah. Mana taknya satu-satunya kedai yang ada dekat kampung ni, nak keluar ke bandarpun makan minyak juga sekarang minyak mahal. Aku tersenyum manis kepada Abang Samad ketika dia mengira barang.

“ Cikgu duduk dekat mana?” tanya abang samad.

“ Rumah no 19, bang..” jawabku sambil wang baki ku ambil dari hulurannya.

“ Hah??” abang samad, kelihatan terkejut beruk..

“ Kenapa bang?”

“Emmm...tak ada apa-apa.....” pantas plastik beg berisi barang yang kubeli bertukar tangan. Aku meninggalkan kedai dengan tanda tanya.

*********

Malam 12 Jun, 10.30 malam..

Aku menanda buku latihan di hadapan televisyen, Laila mungkin dalam bilik atau mandi dah jadi hobi budak tu mandi malam... so aku tak hairanlah. Bunyi air dari bilik air membuatkan aku tahu telahan aku tepat.

“ Eiii apa dia, kau nak apa?” tiba-tiba Laila muncul..hishhh terkejut aku..

“ Apa??” aku bertanya bodoh, pe bendalah budak ni tetiba je.

“ Kau panggil aku, kau nak apa dari tadi?” Laila bertanya tak puas hati.

“Bila masa aku panggil kau?”, Aku melihat Laila mengarukan kepalanya yang tak gatalpun, dia kelihatan bingung lalu berlalu ke dalam bilik. Aku kembali dengan kerjaku. Ehh siapa pulak yang mandi tadi? Laila dekat dalam bilik?..hah..lantak arr....aku menidakkan andaian bodoh yang bermain di kepalaku.

Sehabis menyelesaikan buku-buku latihan, TV aku tutup sebab tak ada cerita best, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Laaa lamanya aku duduk dekat sini patutlah mengantuk gila, tiba-tiba aku terperasan satu kelibat di dapur, sekali lagi aku memandang arah yang sama tapi tak ada. Emmm dah ngantuk sangat aku ni, baik tidur je. Aku menyusun langkah untuk masuk ke bilik.

”Mama....”, Suara halus, aku memandang ke belakang. Bulu roma pun apa lagi tegak semacam..tak ada sesiapa, tanpa sempat menarik nafas aku berlari masuk ke dalam bilik. Buku-buku latihan semua aku tinggalkan.

*****

” Cikgu duduk rumah tu tak takut ke?” tanya aini anak muridku yang baru darjah tiga. Aku memandang ke arahnya.

” Kenapa nak takut pula Aini?” tanyaku lagi dengan senyuman, riak wajah murid itu serius semacam.

”Rumah tu berhantu cikgu”, ketawaku lepas apabila melihat reaksi wajah Aini.

” Amboi aini ni pandai ek, pergi masuk kelas... ni duduk dekat cikgu asyik bercerita nanti sampai balik tak abis”, aku mengarahkan dia balik ke kelas, bebudak ni bukan boleh dilayan nanti manja sangat pula. Kata-kata Aini tadi tidak lekat langsung dalam kepalaku.

*****

Malam 15 Jun detik 12.00 malam,

Suasana malam ni sunyi, hanya kedengaran suara cengkerik yang berlagu-lagu. Tiba-tiba lagu ‘andaiku tahu’ bergema mengejutkan lenaku. Dalam mamai aku biarkan nokia 3330 tu menjerit sendiri, tiba-tiba senyap mata aku tetap tidakku buka, ‘lantaklah sape la yang main-main misscal ni. Gila ke apa... orang nak tidur pagi-pagi ni?’ hatiku membebel. Sekali lagi lagu itu bergema menandakan ada lagi panggilan masuk. aku berdengus geram pantas telifon di sebelah kucapai, lagu itu berhenti, mataku tertacap pada skrinnya, no laila??...laila di sebelah kupandang sedang sedap tidur...hatiku panas... kau nak main-mainkan aku ek Laila.. aku buat bodoh, lalu terus menyambung tidurku. Kali ini sekali lagi telifonku berbunyi aku bangun, tubuh Lailaku tolak sedikit mencari mana tahu ada telifon di tangannya. Tak de pun..hah sudah keadaan keliling bilikku pandang...pantas aku selimutkan sepenuhnya tubuhku dengan selimut tebal.. deringan yang sekali lagi berbunyi tidakku hiraukan... malam berarak lalu..

“Niza aku rasa, rumah tu ada something la...” Laila memandangku yang sedang tenang dengan pemanduan. Kami dalam perjalanan ke sekolah, peristiwa malam tadi seakan mengiyakan kata-kata Laila.

“Hish kau ni.... something pe?” tanyaku menidakkan keadaan.

“Ntah laa... aku selalu dengar ada budak menangis, pagi-pagi pula tu....tak logik la kalau anak Kak Kiah tu menangis sampai dengar ke rumah kita”, wajah Laila serius.

“anak kau kot...hahahhah” aku buat lawak bodoh...walaupun apa yang aku fikirkan sama dengan Laila.

****

Malam 20 Jun, 8.30 malam..

Hati aku mula rasa semacam entah kenapa aku rasa macam seram semacam je. Nak dikatakan aku ni demam tak juga. Hujan renyai-renyai menambahkan kekalutan dihatiku.

“Laila kau tak rasa ke?” tanyaku pada laila, ketika tu dia dok asyik layan hero pujaan hatinya ‘Rosyam Nor’ dalam cerita ‘IRIS’.

“Rasa...kau rasa juga ke apa aku rasa...?” aku bersoal kembali.

“ Rasa...”

“Apa kau rasa?” aku memandang tepat ke arah laila..

“ Aku rasa...aku rasa...lapar......” mendengar jawapan dari Laila pantas bantal ditanganku lepaskan kepadanya. Bumm... tepat kena kat kepala. Laila sudah ketawa terbahak-bahak.

Kerana malas melayan perangai gila Laila aku tinggalkan dengar ketawanya yang belum sudah. Lantak kau la nak ketawa sampai esok pun. Aku membaringkan tubuhku dikatil...

“mama....” panggilan itu kudengar sayup-sayup.....

Aku terdiam..lama aku cuba menangkap jika sekali lagi suara itu aku dengar, senyap..’perasaan aku je kot’ bisik hatiku, sambil tanganku mencapai pen dan dairy catatan harianku. Tawa Laila masih lagi kedengaran, aku mengelengkan kepala ‘kelakar sangat ke lawak dia tadi’. Hahh abaikan..

Aku menutup dairyku hatiku mula kecut dari tadi tawa Laila masih belum reda. Apa yang menakutkan aku, gelaknya semakin kuat dan nyaring. Nak kata cerita TV tadi kelakar mananya... ‘IRIS’ tu cerita sedih. Aku keluar ke ruang tamu. Aku lihat Laila masih lagi ketawa.

“ Weii... laila kau apa hal...?” pertanyaanku tidak dihiraukan, Aku hairan bercampur pelik.

Kakiku langkah untuk dekat dengan Laila yang membelakangiku mengadap TV,mataku alihkan pada TV.. tapi cite tu tengah menangis kenapa dia ketawa?..aku memandang ke arah Laila........Ya Allah...hatiku tersentap dup dap dup dap.... macam nak pengsanpun ada kakiku tiba-tiba lemah. Muka laila membiru. Matanya hanya memandang satu pandangan, rambutnya jangan tanyalah dah serabai..Laila ketawa kuat, entah kenapa airmataku tiba-tiba keluar. Wajah Laila menakutkan..pandangannya menyeramkan seakan tembus jika menikam. Pandangan itu tepat ke arahku, aku terkejut langkahku undur ke belakang. Jantung seakan berhenti berdenyut.

“ Mama......” laila memandangku dan tersenyum..matanya memerah, aku pasti itu bukan suaranya.

“ Ya Allah, Laila kenapa ni, mengucap Laila ingat tuhan”, Airmata Laila juga keluar tapi masih belum reda tawanya malah makin nyaring. Aku melihat jam, tepat 10.30 malam, aku berlari keluar, bukan nak larikan diri..tapi nak minta pertolongan entah kenapa, aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku, kosong....pintu rumah Pak Imam aku ketuk. Tak sangka aku akan berlari selaju.

Pak imam dan beberapa orang lelaki kampung mengelilingi Laila, Mak Aji isteri pak Imam memegang tanganku.

“Apa kau nak ni?”. tanya Imam kepada Laila. Masa tu tubuh Laila dipegang oleh dua dua orang pemuda. Laila masih lagi ketawa malah matanya tepat memandang ke arahku kemudian kepada Imam di depannya.

“ Aku tanya ni kau nak apa?..lepaskan budak ni dia tak buat salah”, Laila meronta apabila Imam memegang ibu jari kakinya.. dua orang lelaki yang memegangnya tak mampu bertahan, Abang Samad yang tadi hanya melihat pula datang membantu.

“ Aku nak mama....mama......”, sambil jari telunjuk Laila tepat menunjuk ke arahku... seram..tiba-tiba tubuhku lembik, tangan mak aji kuat memegangku, perasaanku melonjak-lonjak untuk memeluk Laila yang bertukar seperti seorang kanak-kanak perempuan yang comel...tapi sebelum aku melangkah Mak Aji meniupkan satu hembusan di dahiku,

“ Cikgu kuatkan semangat, jangan berhenti selawat dan ayat kursi..” bisik Mak aji di telingaku. Aku tersedar dan mengangguk bayang tadi hilang. Tak henti-henti ayat-ayat suci meniti di bibirku.

Laila masih lagi meronta-ronta.... memanggil mama sambil menangis dan ketawa, matanya sudah merah menyala. Aku ketakutan, Laila tak penah macam tu. Mak aji membawaku keluar dari rumah, dari luar rumah juga kedengaran jeritan Laila.

******

“ Apa sebenarnya berlaku ni Mak aji?” tanya Laila, seminggu kami menumpang di rumah Mak Aji. Laila juga dah nampak semakin ok.

“ Emmm...rumah tu dulu ada penghuni, Pak Bahar dan mak lijah dengan anak perempuan mereka si Siti...tapi satu hari kecoh satu kampung siti anaknya mengandung anak luar nikah...entah macamana cerita Mak Aji pun tak tahu sebab masa tu Mak Aji dekat mekah...orang kata mereka semua meninggal sebab rumah tu terbakar dan ada juga orang kata Pak Bahar tak sanggup menahan malu, dia bakar sendiri rumah dia. Ada pula kata Siti masa tu memang dah melahirkan anak..”, cerita Mak Aji membuatkan bulu romaku berdiri. Teringat panggilan dan bau masakan dirumah itu. Aku dan Laila berpandangan.

Aku dibesarkan dengan kehidupan bandar yang metropolitan jadi hal sebegini hanya aku baca dalam mastika kali ini berlaku depan mata. Kami meninggalkan rumah itu sehari selepas peritiwa yang menimpa Laila, Pak Cik Taha juga sebenarnya tak penah wujud menurut Mak Aji, pak cik Taha sudah setahun meninggal dunia. Patutlah dia nak bayaran selepas tiga bulan. Tapi ada satu lagi persoalan yang tak terjawab, apa yang ada dalam bilik kedua rumah tu? yang tak pernah kami buka sepanjang tinggal disitu. Aku dan Laila berpindah ke asrama menjadi warden asrama yang kebetulan ada kekosongan. Tapi peristiwa rumah No. 19 tak akan aku lupakan.

Tiba-tiba pintu bilik warden diketuk..aku membuka pintu tiada sesiapa, Laila sudah lena dalam tidurnya. Pintu itu kembaliku tutup..

“mama.....”, suara tu.............. aku berpaling ke belakang...hah!!!! .aku rebah ke bumi.

-The end-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets