Monday, February 23, 2009

KERANA KAU 4



Ayuni masih melihat buku yang tersusun indah di hadapannya, keputusannya untuk menangguhkan pendaftaran masuknya ke Neraca holding adalah tindakan diluar rancangan. Dia sendiri selama ini berusaha sebaik mungkin untuk menempatkan diri di neraca holding tapi bila waktunya sampai dia seakan melambatkan kemasukannya. Mungkinkah dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu atau dia takut? Hahh!!

“Dari tadi dia gagal mencari apa yang diinginkan...apa yang dia nak cari?” ayuni mengaru kepalanya. Soalan yang diajukan sendiri itu membuatkan dia terperangkap. Sudah hampir 2 jam dia menjalan seorang diri di KLCC ni. satu apapun masih belum ditemui.

“hah cari apa ada barang hilang ke?” satu suara menegurnya dari belakang. Dia terkejut.

“maaf tak ada niat nak kejutkan awk..” Adam pantas meminta maaf apabila melihat gadis itu kelihatan terkejut dengan kehadirannya tiba-tiba. Dahi Ayuni berkerut seperti cuba mengingati sesuatu.

“emmm tak apa...nasib baik tak matikan..” ayuni cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.

“kenal saya lagi?” lama dia menanti jawapan Ayuni akhirnya wanita itu tersenyum. Adam turut sama tersenyum yakin Ayuni sudah mengingatinya.

“awak cari apa?”, soal Adam lagi.

“emm cari tayar kereta..”, sekali lagi Adam terkena.

“hahhh ok..ok..awak cari buku apa dekat sini?” ayuni tersenyum. dia tahu Adam terkena dengan kata-katanya. Dah nama dalam kedai buku cari bukulah yang pergi tanya lagi buat apa. Kan dah kena.

“oooo...awak ketawakan saya ek??”, semakin kuat ketawa ayuni.

“ehh..tak adalah..saja saya nak ketawa tak boleh ke?”

“emm...boleh..”

Pertemuannya tiba-tiba dengan adam membuatkan dia merasakan rancangannya semakin berbuahkan hasil. Nampaknya tak perlulah dia bersusah payah merancang pertemuan kedua.

“ooo baru saya ingat. Cik Ayuni ada kehilangan sesuatu tak?” pertanyaan itu membuatkan Ayuni terpinga-pinga. Walaupun hakikatnya dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Adam Mukriz.

“emmm apa ek??” soalan dijawab dengan soalan. Adam tersenyum. lantas dia meraba poket seluarnya. Mengeluarkan sesuatu lalu ditayangkan di hadapan Ayuni.

“ehhh...mana awak dapat ni?” Ayuni berpura-pura terkejut. Rantai tangan itu bertukar tempat. Kini berada di genggaman Ayuni.

“emm...masa kita tertembung tulah..mungkin tercicir masa tu..” Adam cuba mengingatkan kenangan antara mereka.

Lama ayuni melihat rantai tangan milik ibunya. Satu-satunya kenangan yang dipertaruhkan semasa memulakan rancangannya.

“emmm ehh pelik ek kenapa awak boleh tahu akan jumpa saya dekat sini?”

“siapa kata saya tahu?” giliran Adam pula bermain kata. Ayuni masih tersenyum

“emm...saya memang sentiasa bawa rantai tangan tu sebab saya yakin akan jumpa Cik Ayuni satu hari nanti” Ayuni mengangguk faham. Dia sendiri yakin pertemuan kedua pasti ada.

“terima kasih banyak-banyak, nampaknya saya kena belanja Encik Adam makanlah ni, sebagai tanda terima kasih”

“emmm boleh juga, tapi nampaknya kita kena adakan pertemuan ketigalah sebab hari ni saya dah ada date” jawapan Adam membuatkan ayuni tersenyum. nampaknya rancangannya akan berjalan lancar.

“kalau macam tu...saya akan cuba untuk pertemuan ketiga tu..” sekali lagi ayuni tersenyum.

“bila Cik ayuni rasa pertemuan ketiga kita tu?” lama ayuni terdiam memikirkan sesuatu mungkin mencari waktu tertentu.

“emm ok..kalau pertemuan kedua kita tanpa diaturkan...saya rasa biarlah pertemuan ketiga kita juga dengan cara yang sama”. Dahi Adam berkerut. Tak dapat menangkap maksud kata-kata wanita itu.

“maksud Cik Ayuni?”

“kalau kita ada jodoh mungkin kita akan dipertemukan satu hari nanti, macam kita berjumpa sekarang...ok bye...assalamualaikum..”

Belum pun sempat dia bertanya apa-apa wanita itu sudah menghilangkan diri. Adam sekali lagi tersenyum. ada sesuatu yang istimewa dengan wajah yang ditatapnya tadi.

“amboi jauh menung cik abang? Ingatkan siapa?” Aleyya menampar kuat bahu tunangnya. Marahnya pada Adam masih belum selesai. Tapi kalau dia merajuk alamatnya sampai ke tualah tak akan dipujuk. Dia masak sangat dengan perangai Adam. Tak pernah sekalipun lelaki itu memujuknya kalau mereka bergaduh.

“aduhhh sakitlah..nasib baik tak patah bahu ni tau”, satu lagi cubitan hinggap di lengannya. Bisa!!...

“apa ni sayang main cubit-cubit ni...sakitlah.”

“tu baru cubit nak sayang buat benda lain ke?” pertanyaan Aleyya membuatkan Adam tersenyum. dia malas nak memanjangkan muncung tunangnya itu. Nanti jadi cerita lain pula.

“adam bila nak masuk syarikat?”

“alaaa...nanti-nantilah dulu lagipun adam kan baru balik.. penat pun tak hilang lagi”

“tapi abang dah tanya..” Aleyya merengek manja.

“alaaa si Fariz tu pun masalah juga...dia tu cemburu sebenarnya tengok adam ni lepak cam ni” terbayang wajah kawan baiknya. Sudah tiga kali Fariz memintanya ke Neraca Holding tapi sebanyak itu jugalah dia menangguhkan hasrat itu.

“tak dapat call dia hantar adik dia pula goda Adam...”

“amboii sape nak goda Adam tu perasan...dahlah sayang dah lapar ni jom makan” Aleyya menarik tangan Adam. Perutnya sememangnya sudah lapar tahap gaban.

**

“ok Mr.wong moga usaha kita akan berjaya”

“yes...saya pun harap yang sama”

Fariz tersenyum sekali lagi dia berjaya mendapatkan satu lagi projek besar syarikat. Hatinya mula tenang sudah 3 hari dia tak tidur dengan lena mengenangkan dana syarikat yang masih di takuk lama. Dia keluar dari restoran itu dengan rasa bangga. Tak sabar ingin melaporkan apa yang terjadi pada papanya. Pasti papanya gembira.

Pintu kereta BMW hitamnya dibuka. Penatnya sudah lama hilang. Pantas enjin kereta dihidupkan laju keretanya diundur ke belakang. Tiba-tiba dia terperasan seorang budak lelaki di belakang keretanya pantas dia berhenti.

“Ya Allah adik tak apa-apa?” Ayuni bangun nasib baik dia sempat menarik budak lelaki itu kalau tidak.
“terima kasih kak” mereka cuba untuk bangun. Seorang lelaki yang keluar dari kereta lalu berlari menghampiri mereka.

“ehhh macamana ni...adik ehh awak tak apa-apa?” Fariz menjadi kalut. Sumpah dia memang tidak nampak kanak-kanak itu tadi.

“emmm nasib baik tak apa-apa...awak ni lain kali janganlah main redah je..” suara Ayuni sedikit tinggi. Hatinya tiba-tiba panas. Lelaki itu menanggal cermin mata hitamnya. Fariz Iskandar!!??.. ayuni pantas bangun. Tangannya masih memegang bahu budak lelaki itu.

“emmm...adik tak apa-apakan?” tanya Ayuni tanpa mempedulikan mata lelaki yang memandangnya itu.

“emmm tak...terima kasih kak”, pantas dia melarikan diri, tak sempat Ayuni ingin bertanyakan namanya.

Ayuni kembali tunduk mengambil beg tangannya yang jatuh ketika aksi menyelamatnya tadi. Fariz hanya melihat cuba membantu untuk memungut barang-barang Ayuni yang sudah terabur.
,
“maaf awak tak apa-apa?” soalan itu diulang lagi. dia meneliti sepintas lalu keseluruh tubuh wanita di depannya itu. Mungkin ada yang cedera.

“ehhh tangan awak luka...” jerit Fariz perlahan. Ayuni memandang ke arah sikunya. Darah sudah kelihatan.

“tak apa sikit je ni...tak apa..”

“tapi....marilah kita ke klinik..jangan risau saya tanggung semuanya atau awak nak saya bayar ganti rugi?” panas muka Ayuni mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Encik...bukan semua dalam dunia ni boleh kita beli dengan duit....lagipun sikit je tak matipun...” Fariz ditinggalkan seorang diri. Laju Ayuni melangkah meninggalkan lelaki yang masih tak lepas memandangnya.

Hatinya masih tertanya-tanya kenapa dia seakan takut untuk berhadapan dengan lelaki itu. Dari sekolah menengah sejak dia mengikuti perjalanan bahagia Datuk Mansur nama Fariz Iskandar sudah termasuk dalam rencananya. Dia sendiri sudah berjanji yang keluarga itu tak akan bahagia.....hari ini dua lelaki penting dalam hidup Datuk Mansur sudah ditemui. Cuma....

Kata-katanya mati disitu. Tiba-tiba wajah Datuk Mansur terbayang di wajahnya.

****
Perampas aku akan pastkan kau akan mati......kau jangan ingat kau akan bahagia!!!! Ingat kau akan MATI!!!
Tangan masih lagi mengigit. Surat merah kedua yang diterimanya itu membuatkan hatinya semakin tak tenang. Datin Normah duduk di sofa. Wajah suami dan anaknya dipandang.

“ni tak boleh jadi ni uncle...ni dah kes ugutan bunuh”, Adam menyuarakan pendapatnya. Dia sudah tahu semua cerita mengenai surat merah itu.

“betul tu papa...ni bukan perkara main-main lagi, sampai dia berani tulis macam ni bahaya..” Fariz bergegas pulang dari pejabat apabila mendengar tangisan mamanya.

Datuk Mansur masih mendiamkan diri. Aleyya duduk di samping mamanya cuba menenangkan mamanya. Hatinya juga tertanya-tanya siapa yang berdendam sangat dengan keluarga mereka?.

“kita report polis je uncle macamana?” Datuk Mansur memandang Adam. Adam sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.

“jangan dulu....papa dah suruh Pak cik Karim siasat kes ni....lagipun kes ni boleh menjatuhkan nama syarikat kalau kita besar-besarkan..” Fariz tunduk ada kebenaran kata-kata papanya itu.

“tapi dia ni dah melampau betullah papa..kalau Fariz dapatlah pengirimnya...hish.....”, Fariz melepaskan geramnya.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets