Monday, November 16, 2009

KERANA KAU 15


Kerana kau 15

“Macamana?” adam duduk di depannya sambil memandang tepat wajah yang sentiasa serius sejak akhir-akhir ini.

Fariz mengeleng perlahan. Dia sendiri tak tahu macamana nak mengambarkan situasi di rumahnya sekarang. Keluarga Datuk Mansur bukan lagi seperti dulu. Dia boleh nampak betapa sendunya wajah mama yang terpaksa menahan perangai pelik anak tirinya barunya itu. Apa yang menjadi masalahnya mama hanya diam walau apapun yang dilakukan ayuni. Itu yang bermain di fikirannya.

“entah aku rasa mungkin ada rahsia lagi di sebalik cerita mereka”

Dahi adam berkerut. “maksud kau?” tanya adam kembali. Dia kemabali memandang ke arah Fariz yang kusut.

“aku rasa macam dia yang berkuasa dalam rumah tu bukan lagi papa, mama lagilah apa dia cakap semua betul”

“Ayuni macamana?”

“emmm makin menjadi aku tengok dia. Semalam bertengkar lagi dengan Aleyya dan aku rasa dia sengaja buat semua tu” Adam mengangguk setuju. Bukan dia tak tahu semuanya dilaporkan oleh aleyya Cuma dia ingin mendengar cerita dari sebelah pihak lain.

“emmm lupakanlah pasal dia, hahh macamana siasatan projek melati tu?”

“aku rasa ada kaitan dengan Encik karim...sebab apa saja akaun yang dia lepaskan mesti ada masalah” duga adam. Itulah yang bermain di fikirannya sejak seminggu lalu. Sejak itu dia memerhatikan gelagat Encik karim dan seperti ada yang tak kena.

Fariz mengeluh perlahan “ kalau dialah yang terlibat memang masalah besar Neraca Holding simpan dia, mana kau tahu ada yang tak kena dengan akaun syarikat?” Fariz bersuara lagi.

“kalau aku cakap kau mesti tak percaya”

“kenapa?” Fariz kelihatan tak sabar. “aku dapat satu surat yang suruh aku tengok balik akaun syarikat 5 tahun ni..memamng pada mulanya aku macam tak ambik tahu tapi bila aku dapat surat tu buat kali kedua aku dah rasa macam ada tak kena” Fariz terdiam lama. cuba menganalisa apa yang dikatakan Fariz.

“siapa yang bagi surat tu dekat kau?”

“entah aku pun tak tahu? Tapikan Riz aku rasa dia mesti tahu selok belok Neraca Holding, kalau tak macam mana dia boleh tahu no. Siri bilik aku kecuali dia pun....”

“yes!!! Kecuali diapun ada kaitan dengan Neraca Holding”

“mungkin juga orang penting syarikat” duga Adam lagi membalas tekaan Fariz.

“tapi apa motif dia?” fariz bertanya bodoh. “itu kita kena siasat lagi kalau Encik karim terlibat aku rasa mesti ada dalang disebalik semua ni, tak mungkin dia mampu buat semua ni sendiri. Aku yakin dia hanya kuli” adam persis membongkarkan satu kes pembunuhan, tiada riak gurauan di wajah mereka. Kali ini mereka serius.

“pening aku adam..Neraca tak pernah ada masalah macam ni sebelum ni, dan aku rasa kita kena bertindak cepat”

“tak apa kita kena atur dulu strategi macamana nak pastikan Si karim tu masuk dalam perangkap” mereka sama-sama mengangguk faham.

***

“heeeiii kau sengaja cari pasal dengan akukan? Mana dia pulangkan balik?”

“apa yang kau menyalak macam anjing ni?” Marah Ayuni. Sengaja membakar hati Aleyya yang sudah kemerahan menahan marah.

“apa yang bising sangat ni?”

“mama tengoklah dia pakai baju Leyya”

“Leyya apa yang nak bising sangat...baju lain kan banyak”

“tapi papa beli baju tu untuk Leyya, Leyya pun sayang nak pakai” jelasnya lagi,

“leyya tak apalah lagipun Kak Ayuni pinjam sekejap je” pujuk Datin Normah persis memujuk anak yang baru berusia 5 tahun. Namun hakikatnya dia sendiri faham perangai anak bongsunya itu.

Ayuni tersenyum kemengan di tangannya sekali lagi Datin Normah meninggalkan rasa tak puas hati pada anak perempuan kesayangannya.

“itu pasu kesayangan Datin...hadiahnya dari datuk” petah Bibik bercerita tentang majikannya. Ayuni mencebik

“cantik juga pasu ni” Ayuni merapati pasu kaca yang terletak cantik di meja sudut berhadapan dengan sebuah cermin besar.

“ibu bilang harganya berpuluh ribu” jelas Bibik lagi. Tangannya terus mengelap meja.

Ayuni tersenyum. Cantik. Dia memerhatikan pasu yang begitu hampir dengannya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Peraggggggghh...kaca berderai ke lantai. Bibik berlari mendapatkan Ayuni. Dia terkedu. Ayuni menayang wajah bersalah.

“bibik Ayuni tak sengaja”

“aduhhhh bagaimana ni...bisa dimarahi ni”

“kenapa bibik?” satu suara bertanya risau. Bulat mata Datin Normah apabila melihat pasu kesayangannya sudah hilang rupa.

Ayuni tersenyum, mengingatkan peristiwa pagi tadi membuatkan hatinya senang . terbayang wajah sayu perempuan itu membiarkan pasunya mencium lantai. Dia terus berjalan berdekatan Kolam renang yang menjadi tempatnya sejak dua hari lalu. Sejak peristiwa 300 ribu dia tidak lagi ke Neraca Holding.

Sepanjang dia berada di mahligai indah Datuk mansur, tidak pernah sekalipun wajahnya terlukis senyuman. Hidupnya kosong langsung tidak menempatkan apa-apa perasaan di hatinya. Apa yang ada Cuma rasa ingin menag setiap kali beradu nilai kasih antara insan dalam rumah ini. tangannya memetik air kolam yang jernih. Rindunya aku.. tapi pada siapa?

“jangan termenung?” Adam duduk di kerusi rehat. Ayuni hanya memandang sekilas. Sejak rahsia identitinya terbongkar dia tidak lagi Ayuni yang mudah berbual mesra.“kenapa sunyi?” tanya lelaki itu lagi. Hanya Adam yang rajin memulakan kata dengannya yang lain hanya sepi. Mungkin takut atau yang pastinya mereka benci dengan kehadiran dia di sini.

“sunyi?” ketawa kecil Ayuni kedengaran. “sunyi tiada dalam kamus hidup saya, kalaupun sunyi itu ada mungkin saya sendiri dah tak tahu macamana rasanya”

“kenapa awak mesti menjauhkan diri dari keluarga awak?” teka Adam. Lama dia ingin bertanya soalan itu kepada Ayuni, walaupun sudah hampir semua cerita didengar dari Aleyya.

“saya tak ada keluarga dan tak mungkin ada”

Ayuni bangun dari duduknya. Untuk berdepan dengan lelaki ini tak mungkin akan menyelesaikan masalah. Setiap pertanyaan akan menambahkan sesak nafasnya. Membuatkan hati bertambah sakit. Teringat permintaan datuk Mansur semalam yang ingin dia kembali ke pejabat. Dari semalam lagi otaknya lgat berfikir cadangan lelaki itu. Lelaki yang menyebabkan dia lahir ke dunia dengan satu kesakitan, kesepian dengan dendam.

“tapi awak ke sini kerana mereka keluarga awakkan?” soalan itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia berpaling, kelihatan ada senyuman di bibir lelaki itu.

“saya datang ke sini bukan sebab keluarga tapi sebab hutang yang sepatutnya dijelaskan 20 tahun dulu” keras nada ayatnya. Cukup membuatkan senyuman Adam kaku. Matanya tajam menikam wajah adam, kalau adam sebahagian dari keluarga ini maka adam juga sebahagian dari kebenciannya.

“apa maksud awak?”

Ayuni senyum sinis “itu bukan urusan awak” putusnya. Dia terus melangkah meninggalkan adam dalam persoalan.

Ayuni melintasi ruang makan, kelihatan Datin Normah sedang membantu Bibik mengemas meja makan. Sempat matanya menjeling ke arah wanita itu. Sengaja langkahnya diperlahankan, meneliti gerak geri wanita berbaju merah itu.

Datin Normah dapat merasakan makna renungan anak barunya itu.“ayuni nak makan?” lembut suara itu bertanya.

“tak payah kalau aku nak aku ambik sendiri” Katanya keras.Dia terus berlalu.

Bibik memandang wajah sayu Datin Normah, dia pelik melihat anak baru majikannya itu kasar terlalu suka menyakitkan hati Datin sekeluarga, tapi bila mereka berdua, baik pulak lagaknya. Adakah Ayuni berlakon semata-mata? Keras sangatkah hatinya.

“sabar aja ya Datin, saya rasa ayuni baik sekali budaknya cuma...”

“emmm tak apa bibik jangan risau saya sayang dia” ucapnya perlahan sambil meneruskan kerja. Sayang?? Ya memang itulah perasaannya, dia seorang ibu, dia tahu Ayuni dahagakan kasih sayang seorang ibu.

***

Fariz membuka butang bajunya, terasa rimas dalam jam ini terpaksa mengenakan pakaian formal. Tali leher dibiarkan tersangkut tapi sudah dilonggarkan. Dia duduk di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Sekarang ni banyak masalah yang dihadapi neraca holding. Malas masalah dalaman juga menyebabkan ada antara klien yang lari ke syarikat lain. Tapi semuanya masih berjalan lancar. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi esakan dari arah dapur. Pelik.

“mama kenapa mama menangis ni?”

Pantas airmata yang mengalir disapu dengan hujung baju. “ehh mana ada mama menangis” ada nada sendu di hujung kata-katanya,

“kenapa mama menangis?” sekali lagi soalan yang sama diajukan

“bila Riz balik mama tak perasanpun bunyi kereta?” Datin Normah cuba mengubah topik mereka.

Fariz mengigit bibir geram, yakin tiada siapa si rumah kecuali...“ini mesti kerja perempuan tu, memang nak kena” kaki Fariz melangkah laju meninggalkan mamanya di dapur.

Kakinya berhenti di depan pintu bilik tamu. Tali leher dirukai kasar, dibiarkan longgar seakan ingin melepaskan marah yang bersarang di hati. Pintu itu diketuk kuat macam nak tercabut.

“weiii apahal masuk bilik orang ni?” marah ayuni. Ketika itu dia baru saja keluar dari bilik air. Dia cuba menahan rasa terkejutnya.

“apahal kau kata? Apa yang kau buat dekat mama aku?” tanyanya kuat.

Ayuni selamba. Wajah bengis Fariz dipandang dengan ekor mata. Entah apa yang merasuk lelaki itu tak pernah sejak dia tinggal di sini lelaki itu membuka mulut tapi hari ni nak memekik-mekik macam orang gila. Dia duduk bersandar di sofa yang terletak di hujung biliknya.

“apa masalah kau sebenarnya?”

“apa masalah kau sebenarnya?” giliran ayuni pula meninggikan suara. Mata mereka bertentangan. Fariz menahan geram wajah tak bersalah ayuni menambahkan rasa marahnya.

“apa yang kau dah cakap dengan mama?”

“cakap apa?”

“jangan nak buat tak tahu, kalau kau tak buat apa-apa kenapa mama menangis?” soal Fariz lagi, mukanya tegang menahan marah. Kehadiran Fariz tidak dihiraukan.

“kau jangan sampai aku terpaksa bercakap dengan tangan” Fariz mencengkam kuat tangan ayuni namun wanita itu tetap berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“sakitlah!!!ehhh apa ni lepaslah” dia cuba menarik tangannya tapi pegangan itu semakin kuat. Dia masih menahan sakit.

“apa kau buat dekat mama aku?” tekingan kuat Fariz membuatkan Ayuni sedikit terkejut. Dia masih berusaha menarik tangannya. “hahhh mama kau kan pergilah tangan dia sendiri apa kaitannya dengan aku” suara Ayuni turut meninggi.

“kurang ajar punya perempuan” pang!!! Tangan Fariz singgah di pipi mulus ayuni. Kedua mereka terdiam.

“Ya Allah Riz apa ni..” Datin Normah sudah menarik Fariz menjauhi ayuni. Wanita itu masih tunduk. Ayuni meraba pipinya, bibirnya terasa senggal, hah darah?!.

Fariz memandang tepat ke arah Ayuni, ada sedikit kesal lahir tiba-tiba melihat wajah sayu Ayuni. Bukan lagi wajah tak berperasaan yang selalu terhias di wajah wanita itu sebelum ini. wajah keruh ayuni dipandang lama.

“apa dah berlaku ni Fariz, Ya Allah Ayuni tak apa-apa?” Datin Normah cuba menyentuh tangan ayuni, pantas tangan itu ditepis. “baik kau bawa anak kau ni keluar, berambus aku cakap..berambus..” pekikkan kuat ayuni bergema di ruangan bilik.

“Ayuni..aku...” Fariz cuba bersuara.

“keluar!!!!” sekali lagi dia menjerit kuat. Datin Normah menarik tangan anaknya laju keluar dari bilik ayuni. Sebalik sahaja mereka keluar pintu ditutup kuat.

***

“ayuni makan sekali..” Datuk Mansur tersenyum bahagia melihat anaknya turun pagi ini.

“tak apalah tak lapar lagi..” balasnya sambil takpun memandang ke arah mereka yang ada di ruang makan. Fariz memandang sekilas tubuh ayuni yang membelakangi mereka.

Datuk Mansur tetap tersenyum, tahu sangat jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya itu, ya anak yang tak pernah memanggilnya papa, ayah atau apa juga panggilan yang melambangkan ikatan mereka. “ Ayuni kenapa bibir tu?” ada kelainan pada wajah indah milik anaknya.

“ayuni papa tanya ni?” Datuk Mansur menegaskan persoalannya, dia bangun dari tempat duduknya mendekati ayuni. Datin Normah berpaling kepada Fariz yang menunduk, aleyya yang tak tahu apa-apa masih meneruskan minum paginya. Apa saja hal yang berkaitan dengan perempuan itu bukan urusannya.

“tak ada apa-apa” jawabnya malas. “habis kenapa bibir ni boleh luka macam ni sekali?”

“emmm jangan kata jatuh dari tangga sudah” sampuk Aleyya, sengaja suaranya dikuatkan. Datin Normah menampar perlahan bahu anaknya memberi arahan supaya dia tak ikut campur.

“Ayuni cakap dengan papa, kenapa ayuni boleh luka macam ni?” datuk Mansur meneliti luka di bibir anaknya. Macam kesan kena tampar. Tapi...

“tak ada apa-apalah, sakit ni sikit kalau nak dibandingkan sakit dekat sini” jarinya diarahkan ke arah dada. Datuk mansur tunduk, faham apa yang cuba disampaikan Ayuni. Tak habis lagikah rasa hati anaknya itu.

Fariz memandang mata mamanya, hanya mereka yang tahu apa berlaku semalam, kenapa ayuni tak ceritakan pada papa yang semua itu disebabkan dia?. Kenapa Ayuni hari ini mendiamkan diri bukankah memang itu yang dia nak selama ini?. tiba-tiba dia diburu rasa bersalah.

“kenapa ni ayuni, cuba cakap dengan papa” pujuk Datuk Mansur lagi.

Ayuni melangkah laju meninggalkan ruang itu. Dadanya terasa sesak. Lagi lama dia disitu semakin dia terhimpit dengan satu perasaan yang dia sendiri tak tahu.

***

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?...kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke kau ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku malam tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau tampar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan dia buat mama aku macam tu”

“habis tu Ayuni macamana?” Fariz menggeleng perlahan.

“ke kau ada hati dengan dia?” duga Adam. Tiba-tiba hatinya bertanya sendiri.

“hishhh kau ni...aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul, tapi aku rasa memang patut aku tampar dia”

“emmm...bukan andaian Cuma bertanya...apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita, ingat Riz kekerasan tak boleh selesaikan masalah” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan mama aku”

“pulak macam tu, mama kau tak ada pun tampar dia?yang kau pulak lebih-lebih kenapa?” tanya adam lagi tak setuju dengan perbuatan Fariz. Terbayang wajah mulus Ayuni yang kemerahan akibat penangan temannya itu.

“aku rasa ada lagi rahsia yang tak mama simpan, sampai dia menitis airmata. Aku tak pernah tengok mama aku menangis dari aku kecik sampailah sekarang ni, tapi malam tadi dia menangis, hati siapa tang hangin masa tu”

“papa kau ada?”

“nasib baik papa aku tak ada kalau ada aku juga yang kena, papa aku sayang sangat budak tu”

“anak dia Riz mestilah dia sayang” Fariz tersentak. Kata-kata Adam membuatkan dia berpaling pada teman baiknya itu

Ya Ayuni anak papa, dia ada haka ke atas papa tapi dia tak ada hak ke atas mama. Aku tak akan biarkan sesiapa sakiti hati wanita yang dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Tidak sama sekali.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

Tuesday, November 3, 2009

Disana Mawar disini penawar


Suasana hospital riuh rendah, para wartawan berkumpul ingin mendapatkan cerita panas yang selama ini menjadi tanda tanya yang tak jelas. Jutawan muda kemalangan dan cedera parah. Mungkin akan lumpuh.

“Cik Qistina macamana dengan Hakeem? Apa sebenarnya keadaannya?”

“emmm maaf saya tak boleh jawab soalan tu, kita kena tunggu jawapan doktor pakar”

“tapi kami dapat tahu dia akan lumpuh seumur hidup?..adakah Cik Qistina akan teruskan perkahwinan yang dah dirancang?”

Qistina terhenti memandang ke arah wartawan yang mengajukan soalan itu kepadanya. Otaknya ligat berfikir? Mahukan di pada orang yang akan cacat? Mahukah dia nanti menolak kerusi roda hakeem seumur hidup?. Matanya dipejamkan. Cuba menolak apa yang bermain di mindanya. Padan ke model terkenal sepertinya bersanding dengan orang yang berkerusi roda?

Hakeem menjeling tajam. Wajah wanita pujaannya dipandang lama, kenapa Qistina dari semalam mendesaknya untuk membuat apa yang tak sepatutnya dilakukan? Kenapa?!!

“sudah aku tak nak jumpa sesiapapun korang semua ni pekak ke?”

“tapi Hakeem you must to...semua wartawan nak jumpa you sayang.. mereka nak tahu apa yang berlaku pada you”

“You nak I bagi tahu apa dekat diorang? You nak I cakap yang I tak akan boleh berjalan lagi? I akan lumpuh seumur hidup macam tu?”

Qistina merengus kasar, bosan mendengar rungutan Hakeem. Baru lumpuh belum mati lagi!! Ingin saja dia menjerit melontarkan apa yang terbuku di hatinya. Hakeem menatap wajah Qistina yang langsung tak ingin menyentuhnya. Jijikkah dia ketika ini dengan tubuh yang penuh luka di sana sini.

Doktor Firdaus mencatat sesuatu dalam dalam rekod catatannya, sambil matanya menjeling ke arah Irahazla. Wanita itu nampak sungguh teliti membersihkan luka Pak mat menghuni Wad 43 sejak seminggu lalu.

“pak Mat jangan banyak bergerak, nanti luka ni lagi teruk”

“baiklah sayang” gurau Pak Mat lantas mereka sama-sama tersenyum. Dahi Dr. Firdaus berkerut. Ehh orang tua ni main sayang-sayang pulak.

“omboiii Pak Mat nak ada niat nak tambah cawangan lagi ke?”

“ehhh tak adalah doktor tapi kalau yang tuan badan nak, dataran merdeka saya sediakan” sekali lagi dia ketawa. Irahazla hanya tersenyum.

Mereka berjalan seiringan meninggalkan wad itu. Irah berjalan perlahan mengikut langkah Dr.firdaus. dia mengantikan tempat Aina yang memang merupakan pembantu Dr. Firdaus. Tapi hari ni Aina MC jadi dialah sebagai ganti.

“awak tak teringin nak tengok jutawan muda yang popular tu ke?”

“hishhh nak buat apa?”

“haiii saya dengar bergilir-gilir kumpulan awak nak masuk bilik VVIP tu, sampai rasanya satu hospital ni penuh dengan wartawan”

“ya...saya tak tahu pulak..Dr dah pergi ke?”

“mungkin sikit masa lagi dia akan menjadi pesakit saya, mungkin bila dia disahkan akan lumpuh?

“lumpuh??!!!!” ada riak terkejut pada wajah wanita itu.

“haiii tadi macam tak berminat awak ni, sekarang dah terkejut pulak” Irahazla tunduk. Nampak sangatkah reaksinya?..”betul ke dia akan lumpuh Doktor?” sekali lag dia bertanya perlahan, mungkin inginkan juga jawapan.

“mungkin tapi kita kena tunggu jawapan dari pakar, kalau awak nak tengokpun apa salahnya, mesti dia akan sembuh kena tangan ajaib awak tu, macam Pak Mat”

“hishhh tak apalah Doktor, nanti marah pulak kekasih hati dia yang cantik tu”

“cantik ke?? Bagi saya awak lagi cantik” Dr.Firdaus berkata ikhlas. Sejak dia ditugaskan di hospital ini, wajah inilah yang membatkan dia tak lena tidur.

“itu bagi doktor...” ada sayu dari jawapan itu. “ oklah doktor saya nak balik..” pinta Irah. Nanti apa pulak kata orang kalau dia asyik berkepit dengan Doktor muda tu je.

“macamana dengan date kita?” tanya Dr. Firdaus laju.

“lain kali” sempat dia membalas tanpa menoleh ke belakang. Dr.firdaus tersenyum.

****

“Ira...janganlah makan buah tu, hakeem nak juga”

“ada Ira kisah?” kulit rambutan itu dicampak ke arah Hakeem yang masih menyangkan muka tak puas hati.

“mentang-mentanglah Ira yang panjat, belagak pulak ek” rambut wanita itu ditarik perlahan.

“aduhhh sakitlah...ala tengok kakilah”

Hakeem pantas menarik kaki wanita di tepinya. Dia menelek lama kaki putih bersih milik wanita itu,
“weiii...gila ke jatuh kang, siapa nak jawab tak ada orang plak nak pinang Ira nanti”

“laaa tadi suruh tengok kaki, biasa je kaki kurap busuk...” bulat mata Irahizla mendengar ucapan lelaki itu. Sejak kecik sampai besar menyusahkan orang.

“kurang asam jawa punya budak” biji rambutan dibalik. Betul-betul kena kepala Hakeem

“ooiiiiittt sakitlah, nak bunuh orang ke? Kalau Hakeem mati siapa nak pinang Irah nanti?” jeritnya sambil membalik biji rambutan yang dikeluarkan sari mulutnya.

“dari kecik kata nak pinang orang tapi sampai sekarang tak juga hantar rombongan” rungut Irah sambil mulutnya penuh dengan buah rambutan.

“tunggulah Hakeem kaya dulu, lepas tu jangan katakan meminang satu JB ni Hakeem beli untuk Siti Irahazla”

“betul??”

“betul....tuan puteri..” mereka tertawa lagi.

Irah tersentak apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Biliknya dibuka perlahan. Lenyap kenangan lalu kini terakam wajah Aina yang merenung ke arahnya. Dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Aina. Dia sendiri adalah orang yang mendapat berita itu terlebih dulu.

“kau tahu tak?”

“tahu apa?”

“hakeem....”

“kenapa?” sengaja bertanya sesuatu yang dah ada dalam mindannya.

“dia sekarang ada dekat hospital kita tahu tak... kemalangan teruk, tapi tak apa-apalah Cuma aku dengar dia akan lumpuh” Irah tersenyum.

“habis apa masalahnya? Diakan ada ramai orang yang dia sayang lagipun dia banyak duit Aina” ucap Irahazla lembut.

Aina terdiam. Itukah jawapan yang akan didengarnya? Matanya meneliti sepenuhnya wajah Irah nampak ikhlas tapi hati tak siapa yang tahu. Bukan dia tak tahu kisah percintaan teman baiknya itu. Malah sejak mengenali Irahazla nama Hakeem sentiasa meniti di bibirnya dulu.

“kau ok?”

“kenapa pulak aku tak ok?”

Irah terus melangkah meninggalkan temannya dala tanda tanya. Biarlah dia terus dengan menjawab sendiri persoalan yang bermain dalam hati. Bukan tugas dia untuk menjawab segalanya.

****

“sampai bila You nak macam ni hakeem? Mama and papa I dah tanya tahu tak?”

“habis you nak macamana?”

“kenapa you tak nak jumpa pakar? you nak terus macam ni sampai bila?”

“sampai I betul-betul bersedia”

“habis weeding kita macamana?” tanya Qistina kasar. Dia berdiri jauh dari Hakeem

“kita kawinlah, lagipun you sendiri cakap semuanya you sanggup dengan I, so apa masalahnya?”
Qistina terdiam. Memang dia pernah berkata itu. Tapi tu dulu masa hakeem masih seorang lelaki yang disergani masih seorang lelaki pujaan semua gadis. Dan dia juga gilakan hakeem ketika itu.

“kenapa you diam? Ke you sendiri dah jijik dengan I? Jijik ada suami yang akan duduk atas kerusi roda bodoh ni seumur hidup?”

“but wartawan semua dah tahu pasal perkahwinan kita”

“I tak tanya pasal wartawan but hati you, perasaan you sekarang pada I” Hakeem sudah meninggikan suara.

“sudahlah I ada temujanji dengan kawan I, kita bincang lain kali” Qistina mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.

“shit!!!!” Hakeem menolak gelas di atas meja. Bertabur pecah ke lantai.

Juwita mengesat air matanya. Sakit hatinya ditengking dan diherdik macam kucing kurap. Ingat dia duduk dalam bilik VVIP boleh buat orang sesuka hati dia je. Nak marah orang macam aku tak ada perasaan.

“hahhh kau ni apa hal pulak?” Tanya Aina yang baru saja masuk ke bilik rehat bersama Irah.

“si jutawan tulah suka hati dia je nak marah aku, ingat aku ni kuli dia ke?”

“amboiii marah nampak...yang kau gatal sangat nak pergi ganti si rosnah tu buat apa?” Juwita tersentap. Tahu sangat dia dengan mulut berbisa Aina. Bukan boleh berunding.

“aku Cuma nak tengok aja macamana hensemnya, semua orang cakap pasal dia tu yang aku nak pergi tengok”

“hahhh baguslah kira kau dapat pakej lengkaplah dapat tengok muka dengan perangai sekali, dan jangan nak bazir airmata. Baik mari makan dengan kitorang ni”

Aina sempat menjeling ke arah Irah yang sudah khusyuk mengadap nasi bungkusnya. Dia buat tak dengar atau memang dah tak berminat nak dengar?. Aina meneka dalam hati. Dia tak ingin hati temannya disakiti lagi.

“Irah Dr.firdaus nak jumpa kau” Kak Rita masuk sambil menatang pinggan nasi gorengnya.

“hah?? Nak buat apa?”

“nak ajak kau kawin kot” tersembur tawa mereka yang ada disitu. Memang suka kenakan orang. Irah mencebik. Matanya sempat menjeling Aina yang tidak pun senyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya tu.

Nampaknya dia tak ada pilihan lain, kerana tugas dia terpaksa. Kalau bukan nama dia yang dicadangkan Dr.firdaus tak mungkin dia akan masuk ke bilik ini. bergetar tangannya untuk memegang tombol pintu. Tapi dia perlu berlagak tenang. Dia sudah tiada dia sejarah kau Irah, tinggal sejarah...

“ehhh korang ni tak faham bahasa ke?? Aku tak suka makan......” kata-kata itu mati di situ. Wajah wanita itu terlayar di matanya. Irah??!!!

“maaf Encik Hakeem buat masa ni encik hakeem kena makan ubat ni.. “ tangan lelaki itu ditarik. Ubat kini berada di tapak tangannya.

“macamana Irah boleh ada dekat sini?”

“saya bertugas dekat sini?” uniform putih bersih dipandang.

“lepas makan ubat, Encik Hakeem boleh rehat sebab esok Doktor akan buat X-ray penuh” beritahunya tapi mata itu langsung tidak memandang ke arah hakeem. Bukan tak sanggup tapi untuk apa mata itu ditatap.

Pintu sudah ditutup. Namun Hakeem masih lagi membisu. Lama terdiam. Suara lembut Irah menerjah masuk ke ruang hatinya. Dia memejamkan matanya perlahan. Maafkan hakeem Irah...

“kenapa hakeem nak jumpa Irah dekat sini?” suasana restoran mewah itu membuatkan dia kelihatan ganjil dari yang lain. Dia tersenyum melihat Hakeem dalam kot yang serba mahal. Hensem.

“irah... hakeem ada sesuatu nak cakap?”

“Irah tahu hakeem nak belikan JB untuk Irah kan, emmm ingatkan Hakeem tak ingat dah janji Hakeem bila dah kaya raya macam ni”

“Irah.....dengar kata hakeem dulu” Irahizla tersenyum. dia memandang tepat ke arah lelaki yang segak itu. Bukan lagi hakeem yang duduk di bawah pokok rambutan dengannya.

“ haii...sayang sorry im late” seorang gadis cantik dalam dress hitam duduk di sebelah Hakeem. Senyuman manisnnya mati tiba-tiba.

“Irah ini....ini...”

“haiii Im Qistina bakal Isteri hakeem” Irah bangun. Tajam memandang ke arah hakeem yang tertunduk. Matanya beralih ke wanita yang memegang erat lengan Hakeem.

“hakeem nak kenakan Irah ek...hakeem jangan buat kelakar macam ni, nanti Irah nangis” mutiara jernih sudah menitis dipipinya. Masih cuba disembunyikan dengan senyuman yang entah macamana rupanya.

“Irah hakeem rasa kita....” kata-kata itu putus. Dia tak sangup melihat airmata wanita itu. Tapi cintanya sudah beralih. Tiada cinta lagi untuk siti Irahazla... “kita tetap kawan macam dulu..Hakeem sayangkan Irah tapi cinta....”

Irah tersenyum dalam tangisan. “dulu lagi Irah dah ingatkan hakeem jangan letak cinta Irah jauh dari hakeem kenapa hakeem biarkan dia hilang??kenapa?”

“Irah!!!!!” jerit hakeem dalam mimpinya. Dia mengosok perlahan wajah dengan tangan. Kenapa wanita itu datang kembali? . kenapa selepas 4 tahun. Kenapa selama ini dia seakan lupa akan nama itu.

Dr.firdaus duduk di tepi kolam memang itulah portnya setiap kali sebelum habis kerja. Nyaman dan kesegaran taman membuatkan dia lupa pada semua kesibukan dan kesesakan mindanya. Dia tersenyum menarik nafas perlahan. Dia diam ada sesuatu yang menarik pendengarannya. Suara tangisan.

“Irah apa awak buat dekat sini?”

“emmm tak ada apa..” jelas wanita itu mengesat sisa airmata dipipi. Cuba menyembunyikannya.

“Irah menangis?”

“ehh tak adalah..mana ada habuk masuk dalam mata tadi”

“kalau nak tipupun carilah alasan yang logik sikit” Dr.muda itu tersenyum. dia tak ingin lagi bertanya kerana dia pasti wanita itu tak akan bercerita.

“susahkah cintakan seseorang ni” hanya itu yang mampu terlahir, dia tersenyum. Dr.Firdaus seakan berfikir.

“emmm susah jika kita yang susahkan keadaan”

“maksudnya?”

“cinta ni luas Irah...kalau betul rasa cinta itu milik awak bebaskan je kalau dia dah ditakdir untuk awak apapun terjadi dia tetap aan datang balik kepada awak”

“mudahnya falsafah cinta Doktorkan”

“mudah...tapi saya akan pastikan cinta tak buat saya lupakan siapa diri saya” sekali lagi Dr muda itu tersenyum, turut mengundang senyuman manis Irahazla.
“nampaknya awak dah ada cinta”

“kenapa?” tanya Irah kembali.

“melepaslah saya” mereka sama-sama tertawa. Gurauan itu berjaya mengundang kembali senyuman di wajah Irah.

***

“kau sukakan aku macam ni?” sinis suara Hakeem . kalau selama ni setiap kali dia masuk ke bilik ini tiada satu suara pun yang lahir dari mulut lelaki itu. Tapi kali ni dia bersuara. Tapi suara yang meyakitkan.

“apa maksud Encik Hakeem?”

“kau mesti suka tengok aku sekarang padan muka aku kan, kau mesti bersyukur sebab tak bersama aku dulu kan” Irah memejamkan matanya. Cawan yang dipegang digenggam kuat. Ikutkan hatinya mahu saja dia menampar mulut itu. Tapi untuk apa?.

“emmm encik hakeem rehatlah..” tetap nada yang sama. Hakeem mengigit bibir geram.

“apa yang kau nak sebenar Siti Irahazla? Kalau kau nak ketawakan aku ketawalah sekarang....jangan buat macam ni pada aku..aku tak simpati kau!!” jerit Hakeem kali ini lebih kuat. Irah diam. Dia tetap mengemas majalah yang memang dah tersusun di atas meja dekat dekan katil. Dia sedar mata lelaki itu menikam tepat wajahnya.

“kenapa kau diam?” sekali lagi Hakeem bersuara tapi kali ini nadanya sudah berubah.

“ini tugas saya Encik Hakeem..dan saya ingatkan Encik hakeem kalau encik hakeem lupa, saya adalah budak comot yang bermain dengan Encik hakeem dari kecil, saya kawan yang menjadi tempat encik hakeem mengadu nasib, saya wanita yang encik hakeem beri harapan cinta, saya juga wanita yang melihat encik hakeem berdiri selama megah selama 25 tahun” Irah memandang tepat ke mata hazel milik lelaki itu. “saya orangnya dan untuk sekian kalinya saya nak encik hakeem hormat perasaan saya kalau bukanpun sebagai siapa saya sebelum ni tapi tolong hormat saya sebagai insan yang ikhlas nak membantu encik hakeem” mereka terdiam. Irah cuba menahan sesak nafasnya. Dia mencapai bekas ubat niatnya satu ingin keluar dari bilik ini.

“Irahazla..” panggil Hakeem..perlahan tapi cukup untuk membuatkan langkah itu berhenti.

“kalau Encik Hakeem tak suka, saya akan suruh Dr. Firdaus gantikan tempat saya dengan orang lain”

“Irah...maafkan hakeem.....hakeem takut..hakeem pengecut..hakeem lemah sekarang”

“kalau dulu hakeem boleh berdiri megah sampai berjaya sampai dimana hakeem sekarang kenapa sekarang hakeem selemah ini”

“tapi hakeem tak ada sesiapa sekarang”

“dulupun hakeem tak ada sesiapa, seorang diri” tegas Irah

“tapi dulu hakeem ada Irah..” terdengar satu tawa kecil. Pantas wajah wanita itu ditatap.

“sekarangpun Irah tetap ada...dan Irah nak hakeem yang dulu, hakeem yang boleh panjat pokok rambutan semata-mata untuk Irah, hakeem yang sanggup dikejar Pak Mail sebab Irah” Hakeem tertawa. Tiba-tiba kenangan itu bermain di fikirannya. Mereka tersenyum.

Hari ni ada satu semangat yang meresap masuk ke dalam tubuhnya, pagi-pagi lagi dia menolak kerusi rodanya sendiri, membersihkan diri. Dia yakin kali ini tiada yang dapat menahan usahanya untuk pulih kembali. Qistina!! 3 minggu wanita itu tidak melihatnya kemana dia sendiri tak tahu apa yang pasti setiap kali panggilannya tak dijawab.

“wah!! Bersemangat Encik Hakeem hari ni” puji Dr.Firdaus

“bolehlah doktor saya dah dapat apa yang saya cari”

“emmm nampaknya hebat apa yang Encik Hakeem dapat tu ek” sempat dr firdaus menjeling Irah yang kelihatan sibuk dengan tugasnya. Dia juga sedar mata Hakeem yang bersinar sebaik melihat jururawat kesayangannya itu.

“saya dah bersedia dengan apa pun rawatan, saya harap doktor tolong saya, saya nak pulih macam biasa”

“segalanya atas Encik Hakeem yang lain dengan IzinNya..saya hanya menjalakan tugas” hakeem tersenyum. Irah juga membalas senyuman itu.

6 bulan menjalani terapi Hakeem menunjukkan satu perkembangan yang baik. Dari berkerusi roda dia mampu berdiri, dari berdiri dia mampu bertongkat, dari bertongkat dia mula berjalan perlahan dan kini dia mampu tersenyum apabila dia mampu berjalan laju. Walaupun belum pulih sepenuhnya.

“tak sangka Irah betul-betul jadi jururawat yang merawat Hakeem” wanita itu tersenyum. teringat kata janjinya dulu. Masa tu mereka gembira dengan kejayaan Hakeem dalam SPM.

“sebab ini adalah cita-cita Irah dari kecik lagi”

“emmm mesti pak Mail tak percayakan anak dara yang panjat pokok dia dulu dah jadi nurse” ketawa mereka bersatu. Memang dia dah bertemu dengan Pak mail malah dia akan lebih tak percaya juga dia tahu hakeem meninggalkan Irah sebab perempuan lain. Irah tersenyum pahit.

“kenapa Irah?”

“hah?? Tak ada apalah”

“cantikkan taman ni.. tak sangka hospital secanggih ni ada taman cantik macam ni” puji hakeem.

“tak ramai yang tahu pasal taman ni.. hanya orang-orang tertentu” Irah tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat seseorang yang berjalan menuju kearah mereka.

“sayang kan sini rupanya you.. penat I cari saya jomcepat semua wartawan tunggu you tu” pantas tangan Hakeem ditarik.

“Irah hakeem pergi sekejap ek..” pinta Hakeem serba salah. Irah tersenyum lagi.

Hakeemnya bukan lagi seperti dulu. Hakeemnya dah lama hilang. Hilang semasa lafaz selamat tinggal di restoran mewah yang seolah memijak harga dirinya. Sekali lagi dia tersenyum. Irah memandang gelang tangan emas putih hadiah hakeem 10 tahun lalu. Lama dia bersamaku.

“jadi Encik hakeem dah betul-betul sembuh?”

“Ya..macam yang you all tengok sekarang”

“jadi macamana pulak dengan perkahwinan yang dirancang? Lagipun saya rasa Cik Qistina dah lama menunggu” Qistina tersenyum mendengar soalan itu. Dia mengeratkan pegangan di lengan hakeem.

“emmm...perkahwinan? perkahwinan siapa?”

“siapa lagi cik Qistina dengan Encik Hakeemlah” hakeem ketawa kecil. Qistina pelik.

“saya dan Cik Qistina kawan je..kawan rapat tak lebih dari itu” Qistina diam. Bulat matanya menikam wajah Hakeem yang bersahaja.

“jadi macamana cerita yang menyatakan yang Encik hakeem akan melamar seseorang?”

“itu betul...dan dalam sikit masa lagi you all akan tahu siapa dia” hakeem meninggalkan ruang legar hospital. Semua wartawan berbisik di antara satu sama lain. Ada mata yang memandang ke arah Qistina. Qistina geram.

“apa maksud you?

“apa?”

“habis selama ni apa maknanya I tunggu you? Siapa perempuan yang you katakan tu?” marah Qistina.

“you tunggu I atau duit I?” Qistina tersentak. Jelingannya mati.

“Qis..you tak ubah macam mawar yang selama ini I sangka cantik sampai I sanggup tinggalkan penawar demi untuk you. Tapi sekarang I dah sedar siapa sebenarnya lebih suci”

“tapi I sayangkan you Hakeem” ada airmata menitis di pipi wanita itu.

“I juga sayangkan you, ikhlas tapi dulu kini kasih I tiada lagi” Qistina ditinggalkan. Hakeem nekad.
Suasana restoran sunyi. Tiada seorangpun yang ada disitu. Irah pelik. Dia cuba mencari hakeem. Memang selama dua minggu ini dia cuba menghubungi lelaki itu tapi gagal. Kali ini dia sendiri mendaat undangan dari Hakeem. Dia lega.

“Cik Siti Irahazla” dia berpaling. Wajah kacak Hakeem menghiasi ruang mata. Dia tersenyum.

“Formalnya..” usiknya. “kenapa tak ada orang?”

“sebab hari ni hari kita berdua..” Irah tersenyum lagi.

“emmm..baguslah Irah ada sesuatu nak bagi dekat hakeem”

“emm...boleh tapi bagi hakeem cakap dulu..”

“ok..” Irah sudah dibawa ke satu sudut yang dihias dengan ratusan mawar merah. Cantik. Di tengah-tengahnya meja yang berhias cantik ada dua buah kerusi.

“hakeem apa ni??..”

“syhhhss...duduk kita minum dulu...” Irah mula rasa ada yang tak kena. Berita perpisahan hakeem dan Qistna juga sudah sampai ke telinganya.

“miss this is special for you” Irah terdiam. Perkataan di cawan dipandang lama. Matanya beralih ke arah Hakeem yang sudah duduk melutut di sebelahnya.

“sudikah Irah mengisi ruang di hati Hakeem semula” Irah tersenyum..airmatanya menitis laju.

Inilah impiannya yang diceritakan kepada hekeem dulu. Dilamar di taman bunga. Bahgia dikelilingi bunga segar persis puteri yang menunggu putera. Dan lelaki didepannya itu juga berjanji akan menunaikan impiannya. Kali ini hakeem menunaikan apa yang dikatakan. Terbayang hakeem yang berbaju lusuh dan berseluar pendek berada di depannya. Air mata bertambah laju.

“irah kenapa menangis?”

“hakeem Irah nak bagi ini”

Dahinya berkerut. Mengeluarkan kad berwarna ungu yang berhias cantik. Harum baunya.

Selamat pengatin baru;

‘FIRDAUS & IRAHAZLA’

Hakeem terduduk di situ. Tahu apa makna airmata irah sebentar tadi. Perlahan dia menatap kembali wajah wanita kesayangannya itu. Irah mengangguk perlahan.

Mengertilah kini siapa lebih suci
Sungguhku terkilan diatas kecurangan
Padamu kasih yang tak ada bandingan nilai
Tak akanku menyanyangi
Sesiapapun yang bertandang bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman yang menerangi kegelapan
Keu bagiku wanita penyayang,

“sudahlah Encik Hakeem...biarkan dia bahagia” hakeem tersenyum. wajah wanita disebelahnya dikilas.

“awak kenal saya?” tanya Hakeem.

“Cinta Irah buat saya kenal Encik hakeem.. kalau betul itu namanya cinta bebaskan dia” Aina tersenyum. dia melangkah ke pelamin indah yang menempatkan sahabatnya. Tersenyum.

Hakeem tersenyum. kerana itu cinta aku bebaskan kau Siti Irahazla. Dia tersenyum apabila matanya bertentangan mata lelaki yang berjaya menawan hati wanita kesayangannya.

“saya yakin Dr.firdaus akan bahagiakan dia” Dr.firdaus mengangguk perlahan. Tangan mereka bertaut lama. Mereka tersenyum.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets