Sunday, February 8, 2009

GILA KAU 14

GK 14.

Shahrul duduk di bawah khemah menghilangkan penat. Ramai tetamu yang sudah balik. Hanya tinggal saudara-saudara terdekat yang tidak memerlukan layanan. Dari jauh dia melihat Munirah yang anggun berbaju pengantin. Masih tergambar akan aksi budak comot yang selalu bermain Lumpur dan memancing bersamanya. Kini budak comot itu sudah menjadi isteri orang.

“weii kau menung apa tu?”, bahunya ditepuk kuat ari belakang. Shah terdorong ke depan.

“hishhh kau ni cuba bagi salam.. main terjah je kalau aku sakit jantung dan mati tahu tak” shahrul merenung tajam ke arah sepupunya Farid. Farid hanya tersenyum lebar. Tahu Sangat perangai shah yang panas baran.

“elehh kalau kau mati pun bukan susah tanam je..leh makan kenduri”

”cishhh mulut kau memang tak beli insuranskan.. aku bagi makan besi tiang khemah ni kang nak?” Farid sudah mengekek ketawa. Dia mengesat peluh yang meleleh di dahi, terasa badannya sungguh penat hari ni.

“kawin juga adik kita tukan..kau tak rasa apa-apa?”

“emmm rasalah juga..”, Farid menjawab serius pertanyaan Shahrul.

“apa kau rasa?” sekali lagi shah bertanya inginkan kepastian. Wajah sepupunya itu dipandang lama.

“Terasalah aku dan kau ni dah tua..tak juga dapat merasa naik pelamin macam si Munirah tu”, ketawa Farid bergema lagi. tidak peduli dengan dua tiga pasang mata yang memandang. Shah bengang. Malas dia menjawab, dia tahu pasti akan ada jawapan yang keluar dari mulut Farid maklumlah peguam.

“Aku faham perasaan kau shah..tapi hidup kita ni macam roda. Adakalanya kita perlu bergerak ke depan bukan berputar ditempat yang sama. Disebabkan kita bergerak ke depanlah kadang kala hidup ni di atas dan ada masanya di bawah”, shah mengengguk perlahan. Itulah kelebihan Farid hujahnya bernas, logik akalnya mampu membisukan lawan di makhamah.

“Selesai juga majlis ni..ringan sikit tanggungjawab aku sebagai abang sebab Munirah sudah ada pemimpin”, sekali lagi wajah Farid dipandang. Serius. Tiba-tiba shah tergelak.

“Kenapa kau gelak, aku tak buat lawak pun”

“Sebab muka serius kau tu yang lawak hahaha....aduh sakit perut aku..”, Farid terkena. Dia tersenyum. shahrul bukan sahaja sepupu malah teman, abang dan adik baginya. Shah banyak membantu keluarganya, terutama semasa zaman susahnya dulu, ketika dia bergelar anak yatim. Keluarga shah banyak membantu terutama arwah pak longnya.

“emmm si Intan tu comelkan”, satu pujian tiba-tiba keluar dari mulut Farid. Shah menurut pandangan Farid terus ke arah perempuan yang memakai kebaya ungu lembut itu. Sedondong dengan pengantin. Dapat dilihat gelak tawa Intan dari tempat duduk mereka.

“bolehlah...tak comel manapun”, shah menafikan kata hatinya. Dia sendiri terpegun apabila melihat penampilan wanita itu pagi tadi. Ternganga mulutnya bila terpandang Intan keluar dari bilik Aina. Malu gila bila aksinya ditegur oleh Ummi yang berdiri tidak jauh darinya.

“kau ada apa-apa ke dengan dia?” suara Farid.

“emm..apa-apa? Apa?”

“eleh kura-kura dalam perahu pulak”,Farid cuba mengorek rahsia hati sepupu kesayangannya.

“masalah ye ni bukan cite kura-kura dalam perahu ke dalam bot ke dalam zoo ke..dah la kau buat keje banyak lagi keje nak buat ni”, shah sudah melarikan diri. Farid hanya tersenyum faham gejolak rasa yang dihadapi oleh shah. Dia sendiri seakan terpaut dengan penampilan gadis tinggi lampai itu.

***

Empat hari di kampung Siput ini banyak mendatangkan kenangan manis. Munirah juga sudah sah menjadi isteri orang dan masih di rumah mentuanya. Disisi suaminya Amran. Hubungannya dengan Ummi juga bertambah baik, wanita itu kaya dengan kasih sayang seorang ibu yang selama ini didambarkan. Pagi itu dia bersiap-siap, Aina sudah berjanji akan membawanya meronda satu kampung. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap.

“emm awal bangun?”, Mak Siti tersenyum memandang Intan yang ringkas mengenakan jeans hitam dan T-shirt warna yang sama. Rambut ikalnya diikat satu seperti ekor kuda.

“semangat nak ronda kampung dengan Alia”

“emmm patutlah dah duduk makan..ni nasi goreng ada jemput pisang ada, tapi makanan kampung la..”

“hishh ummi ni benda nilah sedap”, dua wanita itu tersenyum. Intan pelik nasi goreng dipinggannya sudah habis masuk dalam perut. Kelibat Aina masih belum kelihatan.

“Ummi.. Mak Siti mana Aina ni? dia tak bangun tidur lagi ke?”, Ummi sopiah dan Mak Siti saling berpandangan. Mereka tersenyum.
“Dah dok tunggu kamu dekat luar tu Intan mereka semua dah makan kamu je yang lambat”, Intan terkedu. Cepat dia mengangkat pinggan ke singki untuk dibasuh. Mereka?? siapa lagi yang nak pergi ni?.

“ala... lambatnya kak Intan bangun”, aina bersuara apabila melihat Intan yang tergesa-gesa memakai selipar jepunnya. Matanya tertacap pada dua tubuh lelaki yang asyik berbual. Farid dengan mamat poyo ni rupanya.

“sorry akak lambat. Ingatkan akak paling awal tadi”, Intan tersenyum sambil mendapatkan Alia.

“emm..tulah dah biasa bangun lambat tu sebab jadi macam tu, pukul 12 pakai baju tidur lagi”, shah menyampuk.terbayang aksi intan semasa dia menghantar nasi lemak ke rumah jirannya itu. Tidak dipedulikan jelingan tajam Intan. Farid hanya tersenyum kecil.

“whateverlah sibuk je” Intan bersuara keras.

“ Aina mamat poyo ni ikut sekali ke?”, pertanyaan Intan membuatkan Shah berpaling. ‘Mamat poyo dia panggil aku’ shah mengigit bibirnya. Geram.

“Along dengan Abang Shah bertindak sebagai P.A kita. Kira pembantu peribadi” Alia bersorak bangga. Dan lama mereka tidak bersama, kalau dulu dia, kak muni, abang shah dan along akan sentiasa bersama.

“emmm Pembantu peribadi ke Penyibuk Antarabangsa...” bisik Intan perlahan. Aina ketawa besar. Lucu melihat wajah Along dan Abang shahnya.

“oklah jom...” Intan sudah meluru ke kereta Gen2 hitamnya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil kuat oleh aina.

“kak Intan kita bawa nilah”, Intan ternganga basikal tua yang agak usang dipandang. Hah naik basikal??!

Lama Intan bermenung. Dia melihat Farid, Aina dan shah sudah bersedia dengan basikal masing-masing. Farid hairan melihat raut wajah wanita itu. Dia seakan blurr..

“kenapa Intan?” Farid bertanya lembut. Intan mengaru kepalanya. Basikal tua yang beraga besar itu dipandang silih berganti. Wajah tiga insan itu juga dipandang lagi.

“Intan tak reti bawa basikal..”, ujarnya perlahan. Lama mereka terdiam, akhirnya ketawa kuat shah kedengaran menambahkan lagi sakit hati Intan. Muncungnya panjang sedepa. Malu mengakui kelemahan dirinya.

“emm tak apalah akak naik dengan Aina je”, ada senyuman terbit di bibir Intan. Perlawaan itulah yang ditunggu. Farid mengelengkan kepala ketawa shah masih belum reda.
“tak apalah Intan naik dengan saya je”, Aina tersenyum Alongnya memang seorang lelaki yang understanding. Namun ketawa Shah mati tiba-tiba mukanya diserbu satu aura panas. Lama dia terdiam.

“ke kau nak bawa Intan shah?” pertanyaan Farid mengejutkan Shah. Pantas dia mengelengkan kepala. Dia tahu niat sepupunya itu.

“emm tak naklah aku berat”, kata-kata itu sekali lagi membuatkan Intan panas hati. Mamat ni memang nak cari pasal dengannya. Akhirnya Intan bersama Farid. Aina riang dari belakang. Sementara shah seakan asyik menikmati keindahan sawah padi yang luas terbentang. Intan bersorak gembira tiada lagi rasa malunya. Kalau tadi mukanya merah, malu dengan Farid kini tidak lagi. mulut farid ringan menceritakan tempat-tempat yang selalu dikunjungi mereka semasa kecil.

“nilah port kitorang Kak Intan”, Aina berkata riang. Dia berlari-lari anak meniti denai sawah menuju ke tali air. Intan kagum dengan keindahan ciptaan tuhan.

“emm bestnya Aina..first time akak lepak tempat macam ni tau”, Aina hanya tersenyum dari tadi dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.

“hati-hati Aina, tengok jalan tu..” mereka sudah mengambil tempat di sebuah titi di tali air. Intan memegang seliparnya dan meniti perlahan. Shah di belakang mengawasi langkah Intan takut jika tergelincir. Aina dan Intan duduk menjuntai kaki di tali air, sementara shah dan Farid sibuk melihat kalau-kalau ada kotak hikmat yang mereka tanak 10 tahun lalu.

“kau yakin ke dekat sini shah?”

“betullah dekat sini” tangannya menguak tanah, mengorek dalam tanah di depannya.

“hebatnya Abang shah ingat lagi ek” Aina sudah menyertai mereka. hanya Intan yang tak tahu apa-apa, puas dia bertanya tapi tiada jawapan.

“hahhh dah dapat..”, shah berteriak kuat. Kotak yang menyimpan impian mereka berempat. Shah melarikan kotak itu apabila Farid cuba merampasnya.

Melihat aksi 3 beradik itu Intan dipagut rasa sedih. Gembira sungguh zaman kanak-kanak mereka. bagi Intan zaman kanak-kanaknya adalah zaman hitam. Terbayang kepayahannya hidup sebagai anak yatim piatu yang tergapai-gapai meminta sesuap nasi. Tiba-tiba air matanya menitis. Pantas dia menyeka cuba lari dari pandangan 3 pasang mata itu.

“kenapa Intan?”

“emmm tak ada apa habuk masuk mata” Aina datang memegang tangannya perlahan. Dia tahu Intan menangis.
Shah terdiam hatinya seakan pilu melihat wajah sayu itu. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Intan. Hati lelakinya seakan ingin memeluk wanita itu, mungkin cara itu boleh menenangkannya. Lama Intan terdiam.

“hishhh dahlah kau ni nangis-nangis macam perempuanlah”, shah berkata kuat. Dia menyimbah air ke arah Intan.

“memang saya perempuanpun la...senggal”, Intan menyepak air dihujung kakinya ke arah Shah. Shah memberi isyarat kepada Farid. Farid mengenyitkan mata tanda setuju.

“serang!!serang!!” sepantas kilat dua pemuda itu sudah terjun ke dalam tali air yang hanya separas lutut. Mereka menyimbah air ke arah Intan dan Aina.

Intan dan Aina terkejut. Aina turut turun ke tali air menyerang balas Abang-abangnya. Serangan balas!! Jerit Aina. Intan bertambah semangat turut serta. Akhirnya mereka berempat bekubang di dalam tali air itu. Kedengaran jerit pekik Aina dan Intan. Mereka sama-sama ketawa. Persis zaman kanak-kanak.

“habis basah orang..bodohlah Along dengan abang shah ni”, Aina bersuara tidak puas hati. Dia memerah bajunya yang sudah separuh basah. Intan ketawa besar.

“entah belajar tinggi-tingi main air lagi” sambung Intan mengiyakan kata-kata Aina. Lupa akan kesedihannya tadi. Entah kenapa dia cukup gembira. Tak sudah dia ketawa.

Tiba-tiba ketawanya mati. Ring tone lagu ‘MATAHARi’ nyanyian Agnes Monica mengejutkan. Semua mata memandang ke arahnya. Intan tersenyum. dia menyeluk poket seluarnya. Panggilan dari lokman. Kenapa lelaki itu menghubunginya?

“sorry” dia bergerak jauh sedikit dari mata-mata yang memandangnya. Shahrul membalik batu ke dalam tali air. Ada sesuatu terasa di hatinya.

“emmm nampaknya ada yang cemburulah Aina...”, Usik Farid. Aina tersenyum matanya tepat memandang Abang shahnya yang dari tadi menunduk.

“emm macam nak hujan je kan along”, usikan itu tidak dilayan. Shahrul hanya buat-buat tak dengar seperti usikan itu bukan ditujukan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets