Sunday, August 22, 2010

GILA KAU 43

GILA KAU 43

“apa yang kau buat ni Rul?, satu apapun aku tak tengok lagi?” Suara Datin Maznah menjerit di hujung talian. Fazrul menjauhkan telifon dari telingannya. Kalau dekat alamat pecahlah gegedang telinganya.

“sabarlah Mak ngah lagipun bukan senang nak dekat perempuan tu, dia ramai sangat peminat ada saja yang dok berkepit”

“aku tak kisah apa yang aku nak perkahwinan ni mesti dibatalkan. Aku tak suka dia jadi menantu aku”

“habis tu mak ngah nak saya buat apa? Bunuh si Intan tu?” soal Fazrul tinggi. Sengaja suranya dikuatkan biar mak ngahnya tahu dia bukan mudah nak diperintah sesuka hati.

“kau sanggup nak jadi pembunuh?” pertanyaan Datin Maznah mengundang ketawa besar Fazrul. Sanggup ke dia nak membunuh perempuan semanis Intan Azura?. Mungkin tidak...

“ehhh kau dengar tak apa aku cakap ni?” suara nyaring Mak ngahnya membuatkan dia kembali ke alam nyata.

“dengarlah mak ngah.. saya belum nak pekak lagi.. tak payah nak pekik-pekik macam tu nanti orang kata mak ngah gila pulak..”

“memang aku dah separuh gila ni.. kau tahu tak yang si Man tu dah mula nak rancang perkahwinan dia, kalau boleh lagi cepat lagi bagus.. aku tak tahulah apa yang dah dibagi perempuan tu dekan anak aku, sampai dia dah tak boleh nak dengar cakap mak dia”

“kenapa Mak ngah tak halang saja kan senang”

“kalau sesenang itu aku tak kisah, aku tak nak Lokman benci aku” tengkingan kuat Datin Maznah membuatkan Fazrul menjauhkan telifonnya dari telinga.

Hishhh orang tua ni ingat aku ni buat kerja sehari boleh selesai ke?. Kalau suruh bunuh anak kucing tu senanglah ini nak... hishhh masalah betul ada mak saudara macam ni. Langsung tak ada hati perut. Talian dimatikan. Tak mahu mendengar bebelan seterusnya biarlah mak ngahnya cakap seorang diri.

Datin Maznah berdengus geram. tangan digenggam kuat. panas hatinya bila memikirkan apa yang akan terjadi. Dato Hashim suaminya juga tak sabar-sabar nak menyambut menantu. Benci bila melihat kemesraan yang ditunjukan suaminya kepada perempuan tak sedar diri tu.

“ehh Datin you tahu.. anak datin Sally tu kawin dengan orang biasa dengar cerita kerja buruh ke apa..” suara Datin Mala.

“ehh.. Ye ke?..”
“itulahhh you Datin Maznah kalau nak kawinkan anak nak ke orang yang entah apa-apa?.. paling-paling tidakpun mestilah yang setaraf dengan kitakan.. entahlah I rasa Datin sally tu gila tak pun dah nyayok” ketawa Datin Mala kedengaran.

“mestilahhhh mestilah kita nak menantu kita ada status sama tak pun cari yang lebih dari kitakan..”

Teringat perbualannya dengan Datin Sally pagi tadi. Sedaya upaya dia cuba menutup berita yang bakal terjadi. Sungguh memalukanlah.. lepas ini mungkin cerita dia pula akan menjadi buah mulut orang. bodoh betullah budak Lokman ni..

Walaupun secara zahir dia sudah merestui perkahwinan yang bakal perlaku tapi hakikat sebenarnya dia masih perlu berusaha mencari jalan untuk tidak bermenantukan perempuan tak tentu keturunan tu. Entah anak pungut mana, ada hati nak jadi menantu aku..

*****

Intan menguis pasir yang di kakinya. Suka dia melihat ombak yang menarik lembut butiran pasir seakan menarik sama kakinya. Dia tersenyum. Lama juga tak tenangkan fikiran mengadap keindahan ciptaan tuhan macam ni. sejak akhir-akhir ini Lokman sering membawanya ke sini.

Lokman masih menatap wajah lembut yang masih tersenyum, wajah itu membuatkan dia menjadi tenang. Wajah itu seakan membawa terbang semua masalah yang melanda dirinya. Hilang kerja yang menggunung di pejabat.

“kenapa tengok saya macam tu?” pelik dia melihat Lokman yang kaku memandang tepat ke arahnya.

“cantik..” perlahan tapi cukup menghantar getar ke hati Intan.

“emmm haiii hari ni je ke cantik hari lain?”

“cantik juga.. tapi hari ini lebih cantik, sebab hari ini awak dah menjadi sebahagian dari diri saya”

“emmm sebahagian, ingatkan sepenuhnya” usik Intan sengaja menduga hati lelaki itu. Sejak dua menjak ni seakan sasterawan negara. Bijak menutur kata dan baris ayat.

“bila awak sah menjadi suri dalam hidup saya di ketika itu awak adalah hidup saya sepenuhnya” sekali lagi lelaki itu bermain ayat. Intan tersenyum lalu ketawa.

“kenapa awak pilih saya?” soalan itu bergema lagi. memang Intan ingin tahu.

“sebab awak Intan Azura Abdullah yang buat tidur saya tak pernah lena, muka awak tu kadang-kadang dalam cawan kopi tiap-tiap pagipun saya terbayang...jadi macam sayang pulak nak minum kopi tu” Lokman ketawa kecil, walaupun ayatnya berbau gurauan tapi itulah sebenarnya apa yang terjadi pada dia. Memang susah nak percaya jejeka pujaan ramai gadis selama ini yang tak pernak tunduk pada mana-mana wanita tiba-tiba layu disebabkan seorang wanita.

“awak ni main-mainlah”

“sebenarnya saya sendiri pelik kenapa saya boleh jatuh cinta dengan awak.. nak kata cantik saya rasa ramai lagi perempuan yang bersama saya sebelum ni cantik nak kata awak seksi.. emmm tak adalah seksi mana..”

Kata-kata Lokman membuatkan mata Intan bulat membesar..

“amboiii...sedap awak mengata saya ek...” mereka saling berkejaran. Persis zaman kanak-kanaknya. Intan tersenyum lagi.

Lokman melepaskan nafas besar, terasa mengah sekejap dikejar Intan. Fuhhh boleh tahan juga pujaan hatinya ni lari. Intan sudah duduk di atas batu besar. Tak jauh dari kedudukkan Lokman. Mereka berpandangan dan tersenyum.

“kuat awak lari ek...”

“juara 100 meter tau..” ucap Intan dalam tawa.

“patutlah... bakal isteri abang ni ratu pecut rupanya.. nanti jangan lari kuat macam ni sudahlah payah juga abang nak kejar”

Dialog Lokman membuatkan Intan menjeling. Dia menjulir lidah.. perasanlah tu nak berabang-abang.

“saya suka tengok awak senyum macam tu.. senyuman awak buat saya tenang” Intan menarik senyum. Dia tahu Lokman ikhlas dengan apa yang diucapkan.

“ok sekarang giliran abang.. ehhh tersasul pulak.. saya pulak nak bertanyakan soalan..”

“tanyalah...” Intan seakan tak sabar. Lokman mencebik dia tahu Intan mengusiknya.

“apa yang buat awak terima saya?”

“entahlah sebenarnya masa malam tu tersilap nak call orang lain lepas tu termiscall awak.. jadi mengenangkan awak dah salah faham, saya tak boleh nak buat apalah” usik Intan lagi. Melihat wajah Lokman yang berubah corak dia melepaskan ketawa kuat yang dari tadi ditahan.

“ooooo... pandai dah ekk kenakan kita”

Ketawa mereka bersatu. Terbit sinar bahagia di hati kecil Intan. Kenangan waktu kecil di tepi pantai menari-nari di kotak ingatannya. Entah kenapa dia sangat berterima kasih kepada Lokman ketika ini. Lokman membawanya kembali ke alam kebahagiaannya.

“oklah sayang jom kita balik lagipun dah nak asar ni..” bisik Lokman perlahan, dia sudahpun bangun dari duduknya. Intan mengangguk dan mengikut langkah Lokman dari belakang. Mereka kembali beriringan menyusuri pantai...

Intan tersenyum dalam hati, Tak tahu kenapa keputusan yang diambil membuatkan masa berlari begitu pantas. Secara jujurnya dia sendiri tak yakin dengan keputusan yang mengejutkan tapi dia bahagia bia melihat kebahagian di wajah Lokman. Lelaki itu juga buat dia sentiasa rasa selamat.


****

“kenapa kau tak berterus terang? Perasaan kau pada dia sekarang tengok apa dah terjadi?” marah Farid. Geram dia dengan sikap sepupunya itu, susah sangat bila menyentuh hal perasaan ni.

Sejak semalam Shahrul lebih banyak mendiamkan diri. Dia sendiri terkejut bila berita perkahwinan Intan sampai ke telinganya. Dia pasti berita itu juga yang akan melukai hati sepupunya itu.

“biarlah mungkin dia bukan jodoh aku”

“dia bukan jodoh kau sebab kau yang tak nak berterus terang dengan dia, kalau kau tak ego kau tak akan melepas macam ni” sekali lagi Farid melepaskan segala amarah yang berbuku di hatinya.

Shahrul merebahkan tubuhnya ke sofa empuk. Dia terasa cukup penat berlakon di depan maknya. Berlakon konon-kononnya dia tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Tapi bila dia dengan Farid dia dah tak mampu untuk berlakon, biarlah sepupunya itu yang mengetahui segalanya.

Farid mengelengkan kepalanya perlahan. Nak cakap lebih sangatpun dah tak guna nasi dah jadi bubur. Minggu depan Intan akan melangsungkan perkahwinannya. Apa yang dia perlu buat adalah mendoakan kebahgiaan sepupunya itu. Wajah shahrul yang seakan lena dipandang lagi. kalau pejam mata sepuluh tahupun tak mungkin dapat melupakan dia, bisik Shahrul dalam hati.

Mak sendiri yang meminta persetujuannya untuk mengadakan majlis perkahwinan Intan di rumah mereka. Shahrul hanya tersenyum dan memberi kebenaran dengan rela. Dia tak mahu maknya tersepit antara menjaga perasaan dia dengan kasih sayangnya terhadap Intan yang dah dianggap macam anak sendiri.

Intan akan jadi milik orang, wanita itu akan menjadi milik orang di rumahnya sendiri… hahhh hanya orang gila saja yang boleh terima apa yang berlaku sekarang. Dirumah dia juga akan dilangsungkan majlis pernikahan dan persandingan. Semalam dia sengaja balik menjenguk persiapan akhir. Senyuman yang terlakar di wajah Intan membuatkan hatinya dihambat pilu.

Dia melangkah perlahan. dilihat Intan sedang duduk merehatkan diri di taman rumahnya. Intan baru saja menyiapkan ruagan bilik. Tema warna gold membuatkan bilik tamu Mak siti bertambah seri.

“tahniah..” ucap Shahrul perlahan. Intan berpaling.

“ terima kasih”

“aku doakan kau bahagia…”

Intan tersenyum. Lalu ketawa kecil.

“kenapa ketawa?” shahrul bertanya pelik.

“tak ada apa Cuma rasa macam pelik pulak awak cakap lembut macam tu dengan saya” Intan ketawa lagi. shahrul menyambut tawanya tapi kedengaran sumbang.

“hahhh!!tapi ingat jangan lupa bayar sewa rumah. Sehari RM500” usik Shahrul sengaja mahu mengusir rasa kecewanya.

“amboiii mahalnya, tapi tak apa awak dengan Mak Siti punya pasal semua bolehlah” bisik Intan perlahan. Sambil ketawa kecil. Shahrul tersenyum jelas wanita didepannya itu bahagia menghitung hari-hari bahagianya. Tak mungkin dia akan mencacatkan kebahagiaan itu hanya kerana perasaannya sendiri.

Keputusan yang cukup membuatkan Farid membebel di telinganya. Marahnya bukan main apabila dia bersetuju mengizinkan pekahwinan Intan diadakan di rumahnya. Walau tidak memiliki tapi biarlah dia melihat gadis pujaannya dalam diam itu melangsungkan hari bahagia dengan penuh meriah dan sempurna. Semalam dia keluhan Intan yang tiada lagi keluarga yang akan meraikan berita gembira bersamanya, dan atas dasar itu dia memberi cadangan kepada Maknya agar perkahwinanan Intan diadakan di rumahnya.

“terima kasih sekali lagi...sebab buat saya rasa ada lagi keluarga di belakang saya, awak buat saya rasa terlalu gembira,” perlahan ucapan itu keluar dari mulut Intan tapi cukup membuatkan Shahrul terdiam.

“tak payah nak terima kasih dengan aku.. semua ni patut berlaku, mak sayangkan kau dah macam anak dia, jadi apa salahnya kalau kita berkongsi kasih ibu kan..” usik Shahrul dan usikan itu betul-betul membuatkan Intan selesa.

“kalau awak dengan Mak siti tak ada mesti susah juga saya nak buat semua ni..” Shahrul cuba tersenyum walaupun hati sudah cukup berdarah. Pedih. Terasa lukanya bagai disiram air limau.

“kalau kau tak ada mungkin aku pun susah nak buat semua ni..” bisikan itu seakan menghantar maksud di hatinya. Shahrul sudah menolak perasaan yang singgah, dia tak mahu keikhlasan disalah ertikan.

“awak memang baik..”

“tahu dah...” suara shahrul selamba.

Mereka ketawa.

“tak sangkakan kau akan kawin.. yang paling pelik dalam rumah aku pulak tu..” sambung Shahrul. Sengaja ingin menghabiskan masa dengan Intan. Mungkin selepas ini dia tak akan berpeluang untuk semua ini.

“emmm... takdir memang pelik, macam kita jugalah.. kalau dulu pantang jumpa mesti macam anjing dengan kucing...”

“emmm Yalah aku kucing kaulah anjing...” Intan mencebik. Sengaja membulatkan mata konon-kononnya dia marah. Tapi dia tahu shahrul bergurau.

Shahrul ketawa perlahan..

Mereka terdiam. Terasa hati bagai nak meluahkan sejuta ayat tapi tak mampu keluar. Intan juga diam entah kenapa dia juga hilang topik

“Nak makan aiskrim ?” suara shahrul tiba-tiba. Intan berpaling sambil tersenyum.

“ awak belanja?” Shahrul mengangguk..

“aku belanja pakai duit kau..”

Langkah Intan terhenti.

“Ya aku belanja pakai duit aku..” Shahrul mengubah ayat dalam sisa tawa. Intan mengangkat ibu jarinya tanda setuju.

******

Wajah segar Lokman membuatkan Datin Maznah tak senang duduk, sejak semalam dia langsung tak berkesempatan menegur anak terunanya. Kalau ikutkan hati dia sendiri akan berjumpa dengan perempuan tak sedar diri tu. tapi kalau dia bertindak macam tu mesti Lokman akan jauh darinya.

Perkahwinan yang dirancang sudah hampir tiba, walaupun hatinya geram tapi masih tak dapat berbuat apa-apa. Semalaman dia tak tidur memikirkan anaknya akan beristerikan gadis yang entah dari mana keturunannya.

Peralatan semua telah disediakan, wajah seri pengantin jelas kelihatan di wajah Lokman. Datuk Hashim bersetuju untuk menguruskan semua dan sekaligus menjadi sponsor.

“kenapa mama termenung pulak ni?” tegur Lokman yang masih dalam senyum.

“senyum semacam je anak mama ni?”

“haiii mama ni senyum tu kan sedekah...tak salah kalau kita senyum kan”

“tapi senyuman Man tu lain macam..”

kata-kata mamanya ditolak tepi. Tiada jawapan untuk soalan itu. Apa yang pasti hari ni dia ditaburi rasa gembira. Semalaman dia menghabiskan masanya mendengar suara Intan. Tak sangka panggilannya kali ini diberi peluang. Kalau sebelum ni jangan haraplah nak dengar suara lembut gadis pujaannya itu.

“Lokman hafizi...” panggil Datin Maznah. Geram.

“Man nak pergi jumpa Intan, nanti kalau mama nak apa-apa mama call atau mesej” sempat dia berpesan sebelum meninggalkan Datin Maznah yang masih bersisa marahnya. Lokman berpatah balik menghampiri mamanya. “ mama walaupun Man cintakan Intan tapi mama tetap yang pertama dalam hati Man, Man tahu mama sayangkan Man dan Man harap mama juga dapat sayang Intan...” Datin Maznah terkedu. Ciuman lembut Lokman di dahinya menambahkan lagi gejolak perasaannya.

“sebab mama sayangkan Manlah mama akan selamatkan kehidupan Man..” biik Datin Maznah perlahan menghantar langkah Lokman yang sudah jauh meninggalkannya.

Friday, August 13, 2010

kerana kau 20

kerana kau 20

Ayuni melajukan langkahnya, semakin laju dia melangkah semakin lelaki itu mengikut rentaknya. Bermacam-macam cara dilakukan oleh lelaki itu hanya untuk berbual dengannya, tapi semakin lelaki itu dekat semakin jauh dia akan melarikan diri.

“Apa awak nak sebenarnya ni?”

“Satu perkenalan..” jawab Iqbal hakeem ringkas. Kali ini lebih tenang.

Kening Ayuni berkerut. Lelaki di depannya dipandang sekilas. Kemudian matanya kembali ke arah laut yang luas terbentang. Lelaki ini asyik muncul di depan matanya. Kadang-kadang dia merasakan yang lelaki inin mengekorinya.

“Saya tak berminat dengan sebuah perkenalan”

“kalau macam tu kita jadi kawan teruslah.. abaikan proses perkenalan..”

Lalaki itu berkata selamba. Ayuni hanya membiarkan tangan lelaki itu terkapai-kapai di depannya. Salam itu tak pernah ingin disambut.

“tak baik tau menolak persudaraan sesama islam.. kan wajib kita membina sesuatu hubungan..”

“saya tak berminat dengan sebarang hubungan..”

Lelaki itu tersenyum. “kalau macam tu awak tak sayangkan keluarga awaklah.”

Ayuni mengenggam tangan kuat. terasa jantungnya berdengup kencang. Tajam mata hitam lelaki itu ditikam dengan renungannya.

“saya memang tak perlukan kasih sayang!!!” jerit Ayuni kuat. membuatkan lelaki tu terkaku.

Siapa lelaki itu nak mempersoalkan perasaan dia. Ayuni meninggalkan Iqbal, sempat dia berpesan pada lelaki itu supaya berhenti mengekorinya.

Iqbal Hakeem menghantar langkah Ayuni yang semakin jauh dengan ekor mata. Dia rasa bersalah kerana terlepas cakap, entah kenapa bila berdepan dengan wanita yang baru dikenalinya itu, apa yang dirancang tak pernah akan jadi. Lain yang dirancang lain pula yang jadi.

****

Aleyya duduk sendirian di tepi kolam. Dari selamat hanya satu nama yang sering menikam masuk ke telinganya siapa lagi kalau bukan Ayuni. Nama itu membuatkan dia cukup muak. Bukan hanya papa, mama, abang fariz malah Adam pun tak habis-habis bertanyakan hal perempuan itu.

Memang dia tak faham kenapa mesti semua orang sibuk nak mencari Ayuni sedangkan Ayuni sendiri yang memilih untuk keluar dah lari dari keluarganya. Dia juga pelik bila mama sering mengalah walau dengan apa sebab sekalipun kalau melibatkan Ayuni. Semalam dia bertikam lidah dengan Adam sebab nama itu juga.

“Leyya yang hilang masalahnya sekarang kakak you.. tak akan tak adapun rasa risau dekat hati you?”

“itu bukan masalah Leyya, dan bukan juga masalah Adam... yang hilang tu bukan kakak Adam pun... atau??”

“sudah jangan nak buat andaian tak sepatutnya...” suara Adam sedikit tegas.

Aleyya dan Ayuni darah daging tapi antara mereka memang macam langit dan bumi. Ayuni seorang yang akan bertindak dalam diam. Tapi Aleeya lebih suka berterus terangm tapi sikap terus terangnya kadang kala tak memikirkan perasaan orang lain.

“Ya itulah masalahnya sekarang yang buat Adam sibuk sangat sampai tak ada masa nak jumpa Leyya, sampai nak call pun tak sempat?”

“bukan itu saja ada sesuatu yang perlukan perhatian adan dekat Syarikat..”

“alasan...” sindiran Aleyya membuatkan Adam mengeluh.

“cubalah Leyya faham keadaan Adam.. fikir sikit secara matang, yang Adam fikirkan sekarang adalah keluarga Leyya dan seharusnya Leyya faham..”

“bukan keluarga Leyya yang Adam fikirkan tapi Ayuni dan hanya Ayuni!!!” tegas dan terus meninggalkan lelaki itu. malas untuk terus bertengkar pada tajuk yang tak akan tamat.

“kenapa duduk sini ni?.. kan semua orang ada dekat dalam?” sapa Datin Normah, Aleyya tersedar. Peristiwa antara dia dan Adam hilang, digantikan dengan wajah Mamanya.

Aleyya hanya diam, matanya masih tak beralih biarpun sedar dengan kehadiran mamanya di sebelah. Biar mama tahu yang hatinya sekarang sedang sakit.

“kenapa ni?” Datin Normah mengusap rambut anaknya. Dia sedar dua tiga hari ni anaknya itu seakan menjauhkan diri.

“tak ada apa mama, tak ada mood aje”

Jawapan ringkas yang cukup memberi gambaran sepenuhnya. Jawapan yang lahir dari mulutnya tak sama dengan suara yang berbisik di hati.

“kenapa ni cuba cakap dengan mama.. mana tahu mama boleh tolong” suara lembut Datin Normah.

Aleyya hanya diam. Membisu seperti tadi. Dibiarkan mamanya terus menanti jawapan yang entahkan keluar atau tidak dari mulutnya. Memang semalam dia dah berniat untuk meninggalkan rumah ini tapi kalau dia lari dari rumah apa faedah yang dia dapat?. Mama dengan papa pasti tak akan pedulikan dia. sekarang ni di mata mereka hanya kehilangan Ayuni.

“kenapa semua orang risaukan Ayuni?.. Leyya ni tak siapapun yang tanya ok ke tak”

“kenapa Leyya cakap macam ni?.. dia bukan orang lain dengan Leyya”

Aleyya mencebik. Dah agak itulah ayat yang akan keluar dari mulut mamanya. Tak habis-habis Ayuni! Ayuni! Ayuni!.. benci..

“kenapa ni sayang?”

“tak ada apalah mama.. Leyya Cuma penat” Datin Normah tersenyum. Memang wajah itu kelihatan lesu tak bermaya.

****

Fariz melangkah masuk ke bilik yang selama ini menjadi bilik Ayuni. Kemas dan cantik. Tak siapa yang dibenarkan masuk kebilik selepas Ayuni tinggal bersama mereka. Masih segar dalam ingatannya bagaimana mama ditengking sekuat hati oleh Ayuni kerana masuk tanpa kebenaran ke bilik ini.

Matanya melilau mencari mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan klu untuk dia mengesan Ayuni. Diatas meja tersusun kemas buku-buku Novel cinta tempatan dan luar Negara. Fariz tersenyum, patutlah suka memerap dalam bilik rupanya layan novel cinta.

Pandanganya beralih kepada kotak baldu berwarna biru di atas meja solek. Laju tangannya membuka kotak baldu itu. Bulat matanya melihat gelang emas putih pemberian papa kepada Ayuni masih elok terletak di situ. Tanganya membuka laci meja itu. Kosong. Tiada apa yang ditinggalkan Ayuni.

Fariz hampa. Almari baju yang terletak di sebelah kiri bilik pantas dibuka. Kosong. Dia mengaru kepalanya. Wajah kusutnya diraut dengan tangan. Rupanya Ayuni terlalu jauh dengan keluarganya, satupun mengenai wanita itu tak diketahui. Hanya satu nama yang disebut oleh ayahnya. Satu-satunya harapan adalah kawan baik Ayuni.

Pintu almari ditutup perlahan. Tiba-tiba perbuatannya itu terhenti. Matanya tepat memandang laci alamari yang terbuka sedikit. Dairi biru ditarik keluar. Dia yakin itu milik Ayuni. Pada mulanya dia teragak-agak untuk membukanya. Dairi adalah sesuatu yang sangat peribadi. Walaupun akal menolak tapi hatinya melonjak-lonjak ingin tahu kandungan.

Ibu…

Ayuni dah Jumpa Datuk Mansur, Ya dia lelaki yang dah buat hidup mama merana. Sekarang Ayuni menjadi pemerhati mereka. Datuk Mansur kata Ayuni sebahagian dari mereka. Hahh!! Dia tipu ibu, sejak Ayuni datang tak pernahpun di usap rambut Ayuni..TAK PERNAH!! Sejak Ayuni jejak kaki dekat rumah ni tak pernahpun dia peluk atau pegang tangan Ayuni macam dia buat dekat aleeya macam dia buat dekat Fariz. Tak pernah ibu.

Fariz duduk di penjuru katil. Satu persatu helaian itu membongkar perasaan Ayuni. Dia terlalu banyak menderita. Kenapa wajahnya langsung tak menunjukkan apa yang ditulis?.

Ibu…

Hari ni Ayuni nampak Datuk Mansur bergurau dengan Fariz. Mereka bergelak tawa bersama. Jelas senyuman di wajah lelaki itu ibu. Kenapa dia boleh jadi papa yang baik untuk anak yang bukan darah dagingnya?.. kenapa dia boleh jadi papa yang penyayang pada Insan lain kenapa tak pada Ayuni?.. Ayuni terkilan ibu..betul-betul terkilan.

Fariz menutup dairi itu. Tak sanggup lagi untuk membaca helaian ke seterusnya. Rasa bersalahnya semakin mengunung. Dalam pada masa yang sama dia rasa bersalah kerana menceroboh hak Ayuni.

“abang…” panggilan kuat Aleeya menyedarkan Fariz. Dairu itu disembunyikan di bawah bantal.

Aleyya masuk ke dalam bilik. Pelik dia melihat abangnya yang duduk termenung di atas katil Ayuni.

“apa abang Riz buat dalam bilik ni?” tanya Aleeya penuh curiga. Sempat dia meneliti sekeliling bilik. Memang betul Ayuni mengambil keputusan meninggalkan keluarganya. Dia nak Ayuni keluar dan tak payah muncul balik dalam keluarganya.

“tak buat apa.. saja tengok-tengok, mana tahu kalau-kalau ada Klu nak cari Ayuni”

Aleyya mencebik dia melangkah lebih dekat ke katil, lebih dekat dengan Fariz.

“Kenapa abang susah payah nak cari perempuan tu?.. leyya tak sukalah abang sibuk nak cari dia balik.. biarlah dia nak pergi manapun. Lagipun kalau dia dah tinggalkan keluarga kita kan lagi aman hidup kita” Leyya memang tak pernah suka dengan kedatangan Ayuni. Dia tak pernah rasa yang kehadiran Ayuni membawa makna dalam hidupnya.

“kita dah salah faham leyya, abang rasa abang kena tolong papa cari dia”

“tapi sejak kedatangan dia.. macam-macam terjadi dalam keluarga kita. Abang tak nampak ke semua ni?” suara Aleyya kembali meninggi.

“banyak yang kita tak tahu pasal dia.. abang rasa ada yang tak kena antara dia dengan ayah,” hal dairi Ayuni yang dijumpai dirahsiakan. Aleyya bukanlah pilihan terbaik

“suka hatilah.. tak tahulah apa nak jadi dengan orang dalam rumah ni... semua gila!!” Aleyya melepaskan geram. dia meninggalkan abangnya sendiri. Biarlah siapapun yang mereka nak cari dia tak pernah nak ambik tahu.

Fariz mengeleng perlahan. sikap manja Aleyya kadang-kala merimaskan. Salah dia juga terlalu manjakan Aleyya, sebelum ni apa saja yang adiknya nak pasti aku di tunaikan termasuklah kereta BMW sport special edition yang dibelinya khas untuk hari jadi Aleyya.

Dairi yang tadi disembunyikan ditarik kembali. mungkin dengan cara ini dia boleh mengenali wanita itu dengan lebih rapat dia pasti apa yang terjadi sekarang ii hanyalah satu kesilapan dan salah faham yang perlu diperbetulkan.

Pintu bilik ditutup perlahan....

Tuesday, August 3, 2010

GILA KAU 42

Gila kau 42

Intan tersenyum manis. Matanya tepat memandang senyuman lelaki yang memandang tepat ke arahnya. Lokman membuka pintu kereta memberi ruang untuk wanita kesayangannya masuk ke dalam kereta.

“kenapa pandang macam tu?”

“awak cantik malam ni..” Intan mencebik. Menjeling kea rah pemandu di sebelahnya.

“malam nilah cantik.. sebelum ni tak cantik ek?”

“ehhh…sebelum ni cantik.. tapi malam ni sangat sangat cantik..”

Intan tersenyum, malas mengulas lanjut apa yang diucapkan Lokman. Lelaki itu memang suka mengusiknya. Tak sudah-sudah.

Intan menarik nafasnya perlahan. Dilepaskan sambil matanya terpejam. Degupan jantungnya masih laju seperti tadi.

“kenapa diam ni?”

“awak rasa boleh ke keluarga awak terima saya, saya anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim boleh ke mama dengan papa awak terima saya ni?”

“Intan…saya yang nak kawin dengan awak, lagipun saya dah beritahu semuanya pada mama dan papa dan mereka memang tak ada bantahan . awak jangan risau saya yakin Intan azura saya ni mampu pikat hati mereka sama macam dia pikat hati saya ni..”

Mereka tersenyum. Lokman menumpukan perhatian ke jalan raya. Kereta meluncur perlahan di jalan raya.

Intan membetulkan letak selendang yang menutipi keseluruhan mahkotanya. Debarannya dari tadi tak langsung berhenti, walaupun lelaki di sebelahnya sudah menyakinkan hatinya tetap tidak lepas dari memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“ehhh kenapa berdiri lagi dekat luar tu marilah masuk” suara Mira menjerit perlahan dari dalan rumah.

Datuk hashim tersenyum memandang wajah gadis pilihan hati anaknya. Cantik malah lebih cantik dari gambar curi yang diambil oleh Isterinya. Mazliana cuba melkarkan senyuman walaupun ketika itu senyumannya tak semanis mana.

“mama sikit lagi turun.. biasalah orang perempuan kalau bersiap berjam-jam..” jelas datuk hashim, dia tahu Lokman sedang mencari-cari mamanya.

“tak apa Dato.. saya faham.. “ bisik Intan perlahan.

“ehhh nak buat apa berdato-dato ni.. saya belum lagi ada cucu, panggil Pak cik saja tapi kalau nak lebih mesra panggil papa pun boleh..” usik Datuk hashim. Sikap Datuk hashim memang sebijik macam Lokman. Menyenangkan dan sentiasa membuattkan orang di sekeliling mereka selesa.

Marilah kita makan, nanti kalau tunggu lama sejuk pula lauk yang Mak kiah masak..” pelawa mira. Dia tersenyum manis, sejak pertama kali bertemu dengan Intan dia sudah jatuh sayang dengan wanita itu. Kalaupun Intan bukan pilihan abangnya dia senang dapat berkenalan dengan insan bernama Intan Azura.

“haiii tak akan tetamu makan dulu dari tuan rumah” sindiran kuat dari arah belakang membuatkan tiga pasang mata berpaling. Dalam hati Intan tahu itulah Datin Maznah. Mama lokman.

Malam itu menyaksikan sandiwara Datin Maznah. Senyuman tak pernah lepas dari wajah tapi dalam hati beribu sumpah seranah. Berbulu matanya bila melihat Lokman yang terlalu mesra dengan perempuan tak tahu malu itu. Malah bertambah sakit hati bila adegan suap menyuap berlaku di depan matanya.

“Intan ni ada berapa adik beradik?” soalan awal yang bakal membubuh. Soalan itu membuatkan Intan terdiam. Bukan dia tak mahu menjawab tapi dia cukup bimbang bila orang bertanya mengenai latar belakangnya.

“saya tak ada adik beradik lain Datin, mak ayah saya pun meninggal sejak kecil..”

“Hah??!! Habis tu selama ni tinggal dengan siapa?” lagak Datin Maznah dengan penuh kepura-puraan.

“saya dibesarkan di yayasan, rumah anak-anak yatim”

Datin Maznah tersenyum., sengaja memaniskan muka. Biar Lokman tahu yang dia bukanlah penghalang hubungan cinta anaknya. Maah dia mahu lakonannya juga berkesan di mata Mira dan Datuk Hashim.

Biar satu dunia menyatakan perempuan di depannya ini perempuan baik namun dia seincipun tidak akan menerima. Dia tak akan boleh bermenantukan orang yang tak kenal asal usul, tak tahu dekat mana dilahirkan. Entah-entah dekat sebelah tong sampah.

“tak apalah Intan jemputlah makan, ini semua untuk Intan jangan malu-malu.. Man tambahkan lauk untuk Intan”

Mira diam sambil meneruskan suapannya, dalam diam dia menjeling kea rah mamanya dengan ekor mata. Tak mungkin mamanya sebaik itu melayani Kak Intan yang tak pernah disukai. Walaupun mama nampak baik tapi dia tahu ada agenda lain kenapa mama melayan kak intan begitu baik. Macam tak pernah terjadi apa-apa.

****

Intan duduk bersandar di sofa ruang tamu, dari dapur dia mendengar bebelan Maya yang tak tahu hujung pangkal.

“kau pasti dia pilihan kau?”

“aku yakin dia boleh bahagiakan aku..”

“tapi masalahnya sekarang ni kau boleh bahagiakan dia?”

Percaya atau tak nadi cintanya semakin marak, semalam dia menerima lamaran Lokman. Dia dapat rasakan yang lokman adalah insan yang akan melindungi dan membahagiakannya. Terbayang aksi lucu Lokman Hafizi yang melompat riang persis kanak-kanak bila mendapat jawapan dari mulut Intan Azura.

“aku dapat rasakan yang dia bahagia..”

“dato dengan Datin tak cakap apa-apa ke?”

Soalan Maya membuatkan dia tersenyum. Terbayang layanan baik Dato hashim dan datin Maznah, dia dapat rasakan dalam masa terdekat ini dia akan memiliki keluarga yang lengkap.

“tapi bulan depan tak ke satu masa yang terlalu cepat?.. lagipun banyak benda yang kau kena uruskan nanti”

“kami dah rancang akan buat majlis sederhana aje, aku dah bincang dengan Mak Siti dah dia dah setuju nak tolong kita..” ucap Intan bahagia. Tak sangka dia ada membuat keputusan dalam masa yang cukup singkat.

Maya duduk dekat dengan Intan, kali ini matanya tak lepas memandang wajah Intan. Biar betul apa yang dia dengar sekarang ni?>

“kau minta tolong Mak siti?”

“Yalah.. kan dia dah macam mak aku, aku dah cakap dulu kalau aku nak kawin dia adalah orang pertama yang akan tahu.. dia dah macam tempat aku menumpang kasih sayang”

Maya mengangguk faham. Dia tahu itu semua itu. Tapi perlu ke dia bongkarkan rahsia hati Shahrul pada Intan?.. apa perasaan sharul kalau Mak Siti yang menjadi orang penting yang akan menguruskan kerja Kawin wanita pujaan hati anak tunggalnya. Apa yang pasti pasti Farid si peguam muda tu akan membebel di telinganya nanti.

“kenapa? Kau macam tak suka aje?”

“ehhh bukan tak suka tapi akukan ada.. kenapa nak susahkan orang?”

“kau memanglah orang penting tapi aku kalau boleh nak ada orang tua yang jadi orang di belakang kita. Masa tu aku akan rasa yang aku ada keluarga”

****

Anita menarik muncung panjang. Berita yang baru diterima tadi langsung tak menyenangkan hati. Penat dia bertungkus lumus selama ni untuk memikat hati Lokman tapi langsung tak dipandang.

“kenapa you ni I tengok macam ada masalah aje?” johan mencapai lembut tangan kekasih hatinya.

“tak ada apa banyak keje nak buat..”

Johan tersenyum. Banyak keja? Setahu dia Anita tak berkerja, apa yang pasti setiap hari kerjanya hanya shoping dan shopping. Pelik alasan kekasih hatinya itu.

“bila lagi you nak kenalkan I dengan Family you?.. kan you janji yang kita akan kawin bila I lepaskan isteri I?”

Anita mencebik. Ia bosan bila setiap kali terpaksa berdepan dengan lelaki ini. Johan sudah mula menuntut janji dan sudah mula memaksa dia mengotakan janji palsunya. Gila!! Mana mungkin dia akan mengadaikan diri di sebabkan lelaki yang belum tentu masa depan ni. Cintanya hanya untuk Lokman dan selamanya akan untuk lelaki itu.

“nantilah you kan tahu papa I tu sibuk, dia tak suka kalau I ganggu masa kerja dia..”

“tapi you kena ingat jangan sesekali you cuba permainkan I, I dah korbankan segalanya untuk you. You kena ingat!” ugut Johan. Mata lelaki itu memandang tepat ke muka Anita.

Kata-kata Johan langsung tak berbekas di hatinya. Apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah majlis perkahwinan yang dah dirancang oleh Lokman. Kenapa Lokman begitu bodoh memilih perempuan murahan macam tu. Kalau nak bandingkan dia dengan perempuan tu memang macam langit dengan bumi.

“you macam ada sembunyikan sesuatu dari I ?” soal johan tiba-tiba.

“hishhh merepeklah mana ada apa-apa.. I cuma penat laaa itu aje, boleh tak you jangan soal I bukan-bukan” Anita rimas.

Johan meneruskan pemanduannya. Dia sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk memenuhi hasrat hati kekasih hatinya itu, tapi sejak kebelakangan ini seakan ada yang tak kena dengan Anita. Anita seolah-olah melarikan diri darinya. Kalau dulu sehari tak jumpa mesti telifonnya akan berdering, tapi sekarang jangan katakan sehari, seminggu tak jumpapun jangan harap wanita itu akan menghubunginya.

“siapa lelaki yang jumpa you semalam?” lagi soalan keluar dari mulut johan.

“dia tu saudara I, you janganlah nak cemburu dengan dia tu, I dengan dia dah macam adik beradik.. lagipun tak mungkin I akan suka lelaki macam dia.. not my taste”

Johan tersenyum, melepaskan nafas lega. Memang dia tak suka cara lelaki itu memandang Anita. Jelas sangat lelaki itu mata keranjang dan tak boleh dipercayai.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets