Thursday, December 10, 2009

GILA KAU 38

Gila kau 38

“nak buat apa duduk dekat sini?” tanya Intan tak puas hati

“buatlah apa yang patut” ada beberapa orang pesakit sedang duduk berehat disitu.

“sejak bila awak ni lapang sangat sampai boleh temankan saya duduk dekat sini? Kata banyak keje?” wajah tenang shahrul dipandang lama.

“sejak aku angkat kau malam tu” sengaja dia mengusik. Dia tahu Intan malu setiap kali hal itu diutarakan.

“Boleh tak tak payah nak ungkit apa yang dah berlaku?”

“boleh je kalau kau duduk diam sambil menikmati keindahan alam dekat taman ni”

“emmm bosan..” perkataan itu mengundang gelak kecil Shahrul.

“bosan apa pulak?. Kira kau bertuah tahu tak sebab ditemani seorang lelaki kacak di dalam taman yang cantik. Itupun tak reti nak bersyukur”

“hensem apa ke bende...”

“haiii.. punya banyak perempuan yang beratur nak duduk sebelah aku tahu tak”

“elehh...poyo betullah mamat ni” bisik Intan perlahan.

Tiba-tiba matanya menangkap seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas kerusi roda. Kakinya melangkah mendekati kanak-kanak itu. Dari tadi dia perasan yang mata kecil itu asyik melirik kepadanya dan Shahrul.

“haiii..kakak..” Intan tersenyum manis. kanak-kanak itu terlebih dahulu menegurnya.

“haiii....nama siapa?”

“nina” senyuman manis terukir di wajah pucat itu.

“nina dengan siapa dekat sini?”

“mak”

“mak mana?” tanya Intan lagi.

“tandas” ringkas jawapan Nina. Tersenyum lagi. Matanya si kecil itu melirik ke arah Shahrul yang duduk memerhati mereka dari bangku yang di duduk tadi.

“Nina suka abang tu?” Nina tersenyum lagi. Dia mengangguk perlahan. Intan ketawa kecil. Dari jauh shahrul hanya memerhati lagak wanita itu yang tersenyum dan ketawa. Intan memang cepat mesra dengan sesiapa pun.

“kenapa suka abang tu?” tanya Intan lagi.

“abang hensem” balas anak kecil mungkin berumur 10 tahun itu. Intan ketawa lagi. Mengakui kata-kata Shahrul tadi. Tak salah jika lelaki itu memuji diri sendiri. Gadis kecil ini juga sudah terpaut hati dengan shahrul.

“Nina nak kenal dengan abang?” pantas Nina mengeleng perlahan tapi dia masih tersenyum. dari jauh Intan melambai tangan ke arah Shahrul meminta agar lelaki itu datang ke tempatnya.

“kenapa?”

“nina ini abang shahrul...shahrul ini Nina, Nina suka awak dia kata awak hensem” terang Intan. Nina menutup mukanya dengan tangan. Malu. Intan ketawa kecil. Shahrul tersenyum melihat telatah Nina.

“Nina jatuh cinta dengan abang ek?” tanya Shahrul dengan gaya macho. Intan tersenyum.

Shahrul berlari ke arah bunga kertas yang tak jauh dari tempat mereka, dia memerhati keadaan sekeliling, pantas bunga kertas itu dipetik. Dia berlari semula ke arah Intan dan Nina.

“ini untuk tuan puteri” bunga kertas dihulurkan kepada Nina. Anak kecil itu ketawa lagi. Bunga itu bertukar tangan.

“Nina” panggil seorang wanita. Wanita itu tersenyum ke arah mereka. Nina tersenyum mencium pipi Intan dan mengucapkan terima kasih.

“nina tak nak cium abang ke?” shahrul tersenyum sambil menunjukkan pipinya. Nina tersenyum manis. lalu dengan pantas pipi shahrul diciun sekejap. Ibu Nina hanya tersenyum. faham dengan telatah anaknya. Mereka meninggalkan shahrul dan Intan.

Shahrul masih tersenyum panjang, “amboiii mengoda nampak, budak kecik lagi tu” Intan berjalan menuju ke kerusi rehat yang tadi ditinggalkan.

“kenapa cemburu ke?” usik Shahrul.

“tak ada makananya”

“ehh ada makna..kan saya kataawak bertuah sebab dapat duduk berduaan dengan mamat hensem macam saya ni, awek kecikpun kata saya hensem tengok” Shahrul berkata bangga. Intan mencebik.

“yelah tu.....” Intan tersenyum.

****
Sejak dia di hospital perangai Shahrul kepadanya nampak ada sedikit perubahan. Tiba-tiba mamat poyo ni jadi baik malah dia menjadi pelawat tetap. Tapi kadang-kadang keluar juga dari mulut lelaki itu kerana kehendak Mak Siti dia datang. Tak ikhlas langsung.

Mak Siti tersenyum melihat Intan yang semakin segar. Wajahnya mula berona seri, malah lebih bersinar. Selama berehat di hospital kasih sayangnya pada gadis itu bertambah. Malah lebih dari anak sendiri. Kalaulah shahrul betul-betul menerima intan.

“macamana hari ni?” Tanya Mak Siti dalam senyuman.

“emm sihat, kalau boleh hari ni juga nak balik..” sengaja ditayangkan wajah sedih kepada Mak Siti, mengharapkan sesuatu.

“jangan nak mengada-ngada” orang lain pulak yang bersuara, Intan mencebik. Menjeling Shahrul yang asyik dengan bacaannya. Utusan semalam kalau tak salah. Tak akan tak baca lagi.

“tapi Mak siti, Intan dah sembuh laaa..tengok ni sihat dah” dia menampar pipinya beberapa kali. Mak Siti hanya tersenyum.

“Mak bukan doktor Intan, kalau ikutkan lagi senang Intan dekat rumah” Intan mengangguk setuju “hahh betul tu, intan pun lagi selesa dekat rumah”

“hah selesalah sangat nanti pengsan lagi siapa nak angkat?” wajahnya berona merah. Hishh sengaja betullah mamat poyo ni nak malukan aku depan mak dia.

“alaaa Maya kan dah balik, kalau saya pengsan saya angkat diri sendiri” kedengaran tawa sinis shahrul. Intan mengigit bibir. Mangkuk betul.

Dia kembali menayangkan muka seposen kepada Mak Siti memberi isyarat mata kepada si ibu supaya faham apa yang bermain di hatinya. Dia nak bebas, dia tak nak dilayan macam orang sakit.

“hah!! Mak jangan nak terpengaruh dengan muka kesian tu, lagipun doktor dah tak bagi dia balik lagi” tegur Shahrul.

“awak ni kenapa? Saya bosan tahu tak duduk dalam wad ni” kenyataannya ditujukan kepada Shahrul.

“kalau bosan bacalah majalah ke tengok TV ke tak pun pergi keluar ke taman tu” cadangan tak bernas Shahrul. Wajah mencebik Intan tidak dipedulikan.

“cakap senanglah cuba awak yang duduk sini”

“kalau aku duduk sini senanglah nurse semua cantik-cantik..betul tak mak?” shahrul mengangkat kening kepada Maknya minta persetujuan. Mak Siti mengeleng perlahan, ada-ada saja anak terunanya sorang ni. Macam-macam.

“kalau macam tu Intan bolehlah jeling-jeling Doktor yang ada dekat sini, Mak tengok pun hensem-hensem juga” sengaja Mak Siti membakar hati anaknya. Dapat dilihat perubahan wajah Shahrul. Dia tersenyum.

“ehhh bagus juga cadangan Mak Siti tu, kalau pergi taman ada orang temanpun ok juga” Intan menambah gurauan Mak Siti tanpa mengetahui niat sebenar kata-kata itu. “ke Mak Siti yang dah terpikat dengan mana-mana doktor dekat sini?” giliran Intan mengusik. Ketawa mereka bersatu. Shahrul tersenyum kecil.

“boleh juga kalau dapat ayah baru ni” tambah Shahrul memanjangkan usikan Intan.

“hishhh pakat-pakat pulak nak kenakan Mak ek..” satu cubitan kecil singgah di pipi Intan. Dia ketawa lagi. Wajah ceria Intan mengundang rasa yang sama di hati Shahrul. Dia bahagia melihat maknya yang tersenyum di sebelah wanita itu. Pandai Intan mencuri hati ibunya.

“tapi Intan memang dah bosanlah duduk sini”

“tak apalah mungkin dua tiga hari lagi Intan dekat sini lepas tu boleh balik jangan risau” Intan tersenyum, suka dimanja begitu, kasihnya terasa semakin melebar pada wanita didepannya itu.

****

“hah! Senyum seseorang” Intan terkejut lalu berpaling. Wajah lelaki itu kembali di ruang matanya. Ehh macam tahu-tahu aku tengah teringatkan dia. Ehh bukan dia aku teringat mak Sitilah. Semalam wanita itu tak datang sebab ada kenduri rumah Mak Nap.

“bukan awak dah balik ke?”

“dah, tapi tadi ada meeting dekat-dekat sini tu yang singgah sekejap” jelas Shahrul.

Kemeja ungu lembut dengan tali leher terikat kemas menandakan apa yang dikatakan betul. Memang dia tengah kerjapun.

“kalau sibuk tak payahlah datang”

“haiii halau nampak?” shahrul bertanya tak puas hati. Orang penat-penat datang bukan nak ucap terima kasih. Hishhh perempuan ni nasib baik aku sayang. Bisik hatinya lambat.

“bukan halau tapi kenyataankan, saya tak nak nanti sebab saya ada pulak yang hilang projek berjuta-juta”

“aku bukan nak lawat kau sangat pun, saja nak buat syarat kalau mak tanya adalah jawapan. Kalau tak nanti membebel” Intan mengigit bibir.

“dah tengokkan pergilah balik” marahnya. Tiba-tiba dia terasa dengan kata-kata lelaki itu. Tapi kenapa?. Shahrul memandang tepat ke arah wajah mendung Intan. Dia tahu dia dah tersilap cakap. Memang mulut tak ada insurans betul.

“alaaa sorrylah aku bukan sengaja, dah biasa bergaduh dengan kau, rindu pula nak kena marah” dia ketawa kecil.

“tak kelakarpun”

“siapa pula yang buat kelakar?” shahrul bernada selamba.. sengaja membakar wajah putih bersih wanita di depannya.

“awak ni kenapa? Sengaja nak cari gaduh ek?” Intan memandang tepat ke arh senyuman sinis Shahrul. Kalau datang nak menyakitkan hati orang baik tak payah, tak habis-habis.

“bukan cari gaduh tapi pengubat rindu” bisik shah perlahan. “apa dia?” Intan bertanya lagi. Tak dapat menangkap apa yang bermain di bibir lelaki itu sebentar tadi. “tak ada apalah”

“saya nak baliklah” kali ini suaranya kembali mendatar. Shahrul buat-buat tak dengar. “awak dengar tak ni apa saya cakap?” sekali lagi intan memberontak kecil.

“oklah nanti aku bincang dengan Doktor” shahrul mengalah, lemah dengan alunan suara manja Intan. Hishh tak pernah buat suara macam tu dengan dia mana tak cair.

Intan tersenyum, langkah Shahrul di hantar dengan ekor mata. Dia tahu hakikat sebenarnya dia juga mengharapkan kehadiran lelaki itu. Bukan akalnya tapi hati kecilnya yang berbisik.

Lelaki itu kembali semula masuk ke dalam bilik. Sesuatu dikeluarkan dari dalam poket seluar slack hitamnya. “ehh lupa ni untuk kau” bunga kertas tiga kuntum diletak atas meja. Intan memandang pelik.

“apa ni?”

“b.u.n.g.a. bunga... masa sekolah dulu tak belajar ek?” usik Shahrul.

“mana awak dapat?” tanya Intan lagi. Matanya melihat bunga kertas berwarna ungu yang sudah terkulai di atas meja.

“aku curi dekat taman hospital tadi” ketawa Shahrul bergema.

Shahrul keluar dengan sisa tawa yang masih belum berhenti. Dia teringat aksi mencuri bunga di taman larangan Hospital. Nasib baik tak ada yang nampak kalau tidak mesti kena denda.

“gila...” Intan melihat bunga kertas didepannya. Memang sah bunga taman Hospital. Dia akhirnya tersenyum. bunga kertas itu dicapai.

****

“hahh siapa yang salah sekarang ni?”

“manalah aku tahu nak buat macam ni punya betul Maya, alamak macamana ni?” Intan melihat bunga mawar yang sudah memenuhi biliknya. Sampai nak masuk pun susah. Gila betullah mamat ni. Kalau nak bagipun agak-agaklah ni sampai seribu ingat boleh makan ke?

“itu baru yang dekat dalam ni, belum lagi yang dekat luar tu, nasib baik ni hospital swasta tahu tak kalau buatnya hospital kerajaan tak ke kau kena campak ke luar”

Intan tersengih. Dia mengaru kepala. Tudung yang terletak dikepalanya dibetulkan. “manalah aku nak tahu” telifon di tepi katilnya berbunyi. Segera butang hijau ditekan.

Kedengaran tawa lelaki itu memenuhi ruang telinga. “apa ni Lokman? Saya main-main yang awak betul-betul buat apa?..” marah intan walaupun memang tak ada guna dia marah. “saya memang nak bagipun, tapi sebab awak dah minta so saya teruskanlah niat saya” balas suara di hujung talian.

Maya hanya menjadi pemerhati, sempat dia mengelengkan kepala. pelik mamat ni, kes parah dah ni mesti hantar hospital jumpa pakar perasaan dan kejiwaan. Maya menyusun gambangan bunga dia tersenyum sendiri.

“tapi saya tak suka bunga” suara Intan lagi.

“awak tak suka tapi saya suka.. “ hahh memang tak boleh menang. Akhirnya Intan mengalah. Dia tersenyum. “terima kasih” itu saja yang mampu diucapkan. Talian dimatikan.

Intan memerhatikan lagak Maya yang menyusun bunga sekejap dia senyum sekejap dia tersengih. Intan mengaru dagunya memikirkan sesuatu.

“haiii aku yang dapat bunga kau yang senyum panjang sampai ke telinga kenapa?”

Maya ketawa kecil, sekuntum bunga ditarik dari jambangan berhati-hati.“hah?? Tak ada apalah..rasa macam bertuah juga kau sakitkan, merasa juga aku duduk dalam kebun bunga rose merah dalam hospital” Intan ketawa. Dia membetulkan duduknya.

“kau jangan nak doakan aku sakit lagi ek”

Maya membawa rose merah ke arah Intan. Dia mengeleng perlahan, memang Intan jenis yang tak teruja sangat dengan bunga. “bestlah kalau kau sakit ada orang tolong dukungkan bawa pergi hospital, ada yang bagi bunga sampai 1000 kuntum, tak ke namanya tuah badan tu?”

“aik lain macam ayat jiwang keluar ni dari mulut Maya Kirana, ada apa-apa ke ni?”

“ehh...aku cakap pasal kau sekarang ni” Maya duduk semula di kerusi sebalah katil Intan. Bunga masih ditangan.

“aku pulak rasa macam kau yang ada tak kena” duga Intan.

“aku sentiasa doakan kau bahagia Intan” Maya menutur kata membuatkan Intan kembali memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan.

“aku tak suka semua ni Maya” Intan mengucap perlahan. Maya berdengus perlahan. Hahhh intan tak pernah berubah. Trauma dengan kasih sayangnya masih tak hilang.

“Intan kadang kala kasih sayang orang lain yang membahagiakan kita”

“tapi aku tak nak bila kasih sayang aku datang akan membuatkan orang yang aku sayang ditimpa musibah” Intan tunduk. Jarinya memintal hujung selimut putih yang menutup kakinya. “entah-entah kau berceraipun sebab kau baik dengan aku...entah-entah..”

“Intan stop it...aku tak suka kau salahkan diri kau, semua tu takdir”

“tapi aku takut Maya” dia tunduk menarik lututnya rapat ke dada, ada airmata yang bergenang. Dia tunduk menutup wajahnya. Kenapa tiba-tiba dia sedih.

“kau memang bawa sialll...kau ni memang pembawa malang.. kalau tak sebab kau suami aku tak mati” suara itu bergema lagi.

“hahh kau ni sepatutnya mati je tak payah nak hidup, kalau hidup menyusahkan orang” jerit wanita itu dekat dengan telinganya, dia disepak di cubit dengan kuat. Sakit. “kau jangan dekat dengan orang nanti semua mati sebab kau..”

Intan menutup telinganya. Dia sudah mula tak tenang. Air mata semakin laju. Maya pantas menarik temannya ke dalam pelukan. “Intan ingat Allah..ingat Dia penentu segalanya” Maya cuba menenangkan hati temannya.

“mungkin betul aku....”

“Intan tak ada orang yang dilahirkan sial dalam dunia ni, semua yang terjadi sudah ditakdirkan” Maya berkata tegas. Tak mahu fikiran kotor itu meresap masuk ke dalam jiwa temannya. Dia tahu apa yang berlaku pada Intan. Dia sendiri kesal dengan sikap sesetengah manusia yang suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain.

“Maya terima kasih sebab tak takut dengan aku” ucapnya perlahan.

“hishhh buat apa pula kau nak takut, kau bukan gergasi hidung besarpun” perlahan tangannya menyapu airmata Intan. Dia tersenyum. “tulah aku rasa kau kena ada suami yang boleh peluk kau macam ni kalau nak nangis” tambahnya lagi. dahi Intan berkerut.

“kaukan ada..”

“aku peluk tak sama dengan cik abang kau peluk” usik maya lagi.

Intan mengelap sisa airmatanya. Memang dia tahu kadang-kadang hati kecil itu mudah tersentuh. Wajah itu kembali tersenyum. Pandai pula si maya ni nak kenakan dia. Kalau betul pun dia nak bersuami siapa pulak calonnya?. Tapi tak mungkin dia akan merosakkan masa depan seseorang semata-mata demi kepentingan diri. Dia pembawa sial... Ya Allah apa aku cakap ni... Ya Allah berdosanya aku menyalahkan TakdirMu.

Tiba-tiba pintu ditolak kasar. Maya dan Intan berpaling. Wajah shahrul memenuhi ruang mata. Lelaki itu senyum kepada Maya. Tapi bila tiba matanya menghala ke wajah Intan senyuman itu mati. Sekeliling bilik dipandang sekilas. Sakit hatinya apabila melihat senyuman wanita itu bila saja sejambak demi sejambak bunga masuk ke dalam biliknya.

“Dr akif kata awak boleh balik petang ni”

Intan berona gembira. Senyumannya mekar tiba-tiba. Itulah yang dinanti.

“alaaaa...sekarang tak boleh ke? Sebab petang ni aku ada meeting dengan pengedar dari Indonesia” Maya berkata perlahan. Intan mengeluh, matanya dilarikan ke arah shahrul yang masih pegun di sisi pintu, jauh dari katilnya.

“Tak apa aku ada” sebaris ayat keluar dari mulut lelaki itu. Intan tergumam, bunyi macam terpaksa je.

“tak apalah aku naik teksi”

“tak payah kan aku boleh hantar” shahrul membantah perlahan.

“tak payah awak kan ada kerja lain..” Maya memandang satu persatu wajah Insan didepannya. Amboii budak dua orang ni tak nak mengalah langsung. Ego.

“tak ada kerja petang ni...” balas Shahrul lagi. Suaranya mula meninggi. Geram.

“emmm...” belum lagi sempat dia menjawab telifon milik Intan berdering lagi.

“petang ni...entah naik teksi kot” kedengaran suara wanita itu beralun lembut , shahrul menjeling dengan ekor mata sambil tangannya menarik kuntuman bungan rose yang dari tadi dipegang. “emmm ok bye” tersenyum. Shahrul mencebik.

“tak payahlah awak, Lokman kata dia boleh hantar”ucap Intan perlahan. shahrul berlagak selamba. Riak wajahnya seakan tiada apa yang bermain di hati yang sudah panas membakar.

“suka hatilah, kalau tak ada apa-apa aku balik dulu” belum sempat mendengar jawapan dari Intan dan Maya dia menonong keluar tanpa berpaling.

“apahal mamat poyo tu?” tanya Intan pelik, pagi tadi ok je.

“emmm sindrom jelousy laa tu”

“cemburu dengan siapa pulak?” Intan mengecilkan mata,

“siapa lagi, ala pura-pura tanya pulak..tu tengok bunga rose tu yang jadi mangsa kena tarik, hishhh kesian mamat poyo kalah dengan mamat bunga”. Intan mencebik. Kata-kata Maya langsung tidak berkesan di hatinya.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets