Wednesday, July 22, 2009

DR. CINTA 4


Dr cinta 4

Tangannya melibas-libas tuala yang dipegang, menari mengikut rentak muzik… tangannya pastas menguatkan lagi tahap volume komputernya. Bergema suasana bilik menyebabkan dia semakin seronok. Sengaja dia berlonjak suka, cuba menghilangkan beban yang tersangkut di otaknya.

“Ya Allah anak dara apa ni…nak tercabut telinga mak ni dengar MAz oiiiii” Puan Maznah memperlahankan lagu yang membingitkan telinga.

“ala mak…..kenapa tutup lagu tu?”

”nak cair tahi telinga mak ni dengar lagu entah apa-apa kau pasang tu tahu tak” bebel Puan Maznah. Satu lagi perangai buruk anak daranya.

”Mak kalau cair nanti tak adalah mak mengalami sakit sebab tahi telinga tu keras..hah masa tu baru mak berterima kasih dengan anak mak ni”

”banyaklah terima kasih, cepat turun ayah panggil tu sarapan sekali”

”aikkk Permata hati mak tu tak kerja ke hari ni?” pelik Mazliana sambil menjeling jam di dindingnya sudah menunjukkan pukul 9 pagi.

”tak hari ni ayah cuti..katanya ada hal nak bincang dengan Maz” Maz mengaru kepalanya, macam tak sedap hati je aku dengar ni. mesti nak promote anak-anak kawan dia ni. hisshh ayah ni pun satu macam dah tak sabar nak bermenantu tunggulah biar Kak Lin dulu. Ni aku juga yang dia sibukkan.

”hah!!menung apa lagi tu cepat”

”baik Mak...bagi Maz 5 minit nanti Maz turun”.

Tangga dituruni satu persatu. Sambil itu mulutnya tak henti menyanyikan lagu rindu. Entah kenapa sejak kecil itulah penyakitnya pantang duduk sorang pasti berpuluh lagu akan di hafal. Tapi kalau setakat nyanyi dalam bilik air bolehlah. Suara macam katak panggil hujan mana boleh buat album nanti menangis pulak Datuk Siti dengar aku nyanyi lagu dia.

”haiii...awal puteri ayah bangun hari ni?” hahhh dah kena sindir. Aku hanya tersenyum, sambil menarik kerusi di bertentangan dengan mak.

”emmm tak adalah awal sangat ayah..biasanya pukul 11 ni kira oklah pukul 9 kan mak” kata Maz sambil mengapai kuih gelang di depannya.

”subuh ke tak ni?” pertanyaan ayah membuatkan dahinya berkerut.

”haiii ayah, Ini Mazliana Hj Nordin tau...mana pernah tinggal solat..lagipun kan solat tu tiang agama”

”memanglah solat tu tiang agama tapi tidur balik lepas subuh boleh tutup pintu rezeki tahu tak?” Maz tersenyum. Terkena lagi.

”Mak kata ada hal ayah nak bincang kenapa? Ayah nak kawin lagi ke?” tersedak Puan Maznah saat ayat itu keluar dari mulut anaknya. Pantas lengan Mazliana dicubit kuat. Geram.

”aduhh...sakitnya..alamak..lupa pulak permaisuri ketam ada dekat sini” dia tersenyum melihat jelingan maknya. Macamana mulut ni lancang kuning betul!! Kutuknya sendiri. Terdengar ketawa ayahnya masih belum reda.

”amboii..ayah kalau cerita pasal nak buka cawangan baru senyum sampai ke telinga ek.. jangan nak lebih-lebih ek bos, tadi tu tersasul tarik balik” giliran Puan Maznah ketawa apabila melihat tawa suaminya terhenti.

”sudah jangan nak kenakan ayah, malam ni kau jangan pergi mana-mana ada orang nak datang dalam pukul 9”

”emmm agak dah”

”apa yang dah agak?”

”tak ada apalah...tak ada dah agak yang hari ni akan hujan...” Mazliana menghabiskan kuih yang baru separuh di makan. Puan Maznah hanya memandang kelibat anaknya bangun dan berlalu dari meja makan. Macam ada yang tak kena!!.

”lain macam je bang?” tanya Puan Maznah kepada suaminya.

”itulah yang abang hairan tu..selalunya dah awal-awal lagi membangkang..dia tak sihat ke?”

”hishhh abang ni, elok je saya tengok budak tu?”

“jangan dia buat pasal lagi sudah macam sebelum ni..malulah saya dengan Kamal nanti, apa saya nak cakap dengan Imam nanti” bisik Hj Nordin perlan bimbang jika rancangannya didengari Mazliana.

Mazliana mundar mandir di dalam biliknya. Satu persatu langkah diatur seakan dia mengira silang karpet merah yang dipijak. Hishhh apa aku nak buat ni tak akan nak berserah kot? Ke nak pura-pura ayu? Ke nak buat perkara yang memalukan?. Teringat peristiwa dua bulan lepas. Menantu pilihan ayahnya anak Imam Mahadi. Si skema.

”awak suka makan apa?”
”nasi” jawabnya sepatah.

”baguslah saya pun sama”

”emmm...awak pandai baca al-Quran?” Maz menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kot.

”bolehlah setakat untuk diri sendiri” hishh mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!

”saya suka dengar lagu nasyid, mesti awakpun sukakan ?” Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.

”emmm..taklah saya suka lagu rock..Metalica, wings, Jinbara...lepas tu lagi mulan..akulah mahluk tuhan yang tercipta yang paling seksi...ahh ahh..” tiba-tiba Maz berlagu kuat siap dengan gaya.

”Mazliana...Maaf Kamal...anak mak cik memang macam ni”

”emmm tak apa mak cik..”

”ehhh kamal tak makan ulam ke?” tanya Puan Maznah

”emm...saya tak berapa suka mak cik” maz mencebikkan mukanya. Macam nak muntah, orang kampung tak makan ulam mengada-ngada.

”ehhh...rugilah awak saya suka petai dengan jering ni...kena pulak makan dengan telur rebus...fuhhhh kalau awak tercekik pun mesti saya buat bodoh je... lagi satu kalau awak makan benda-benda ni boleh hadamkan makanan kentut pun power giler bau dia kan mak” Mazliana tersenyum apabila melihat muka Kamal kemerahan. Jelingan Mak dan ayahnya tidak dipedulikan.

Pintunya di ketuk perlahan. Dia tersedar kembali ke alam nyata. Perlahan dia bangun merapati pintu bilik. Wajah maknya menjenguk sebelum sempat dia membuka pintu.

”maz tak siap lagi dah pukul berapa ni.. cepatlah” ehh..mak ni macam aku nak nikah pula malam ni. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Mak dan ayanhnya memang tak serik-serik.

Mazliana gelisah sendiri di dalam bilik. Kak Lin tak ada pula gatal nak kursus masa ni juga kalau tidak ada juga orang nak seamatkan aku. Kepalanya ligat berfikir. Tiba-tiba dia tersenyum. Senyuman yang membawa seribu erti.


****
”hah..maknanya ni kau larilah?”

”kalau yapun terkejut tak payahlah over sangat sampai macam tu” syamin tersenyum. Wajah temannya dipandang.

”patutlah kau kata soal hidup mati...sampai aku nak mekap pun tak sempat”

”ala setakat minum tepi jalan macam ni tak payah kau nak membazir mekap tu”

”ehhh kau jangan tak tahu kadang-kadang di tempat-tempat terbuka macam nilah jodoh kita sampai. Bukannya kita tahu” kata-kata syamin membuatkan dia ketawa sendiri.

”dahlah mimi jangan nak berangan..”

”habis kau keluar ikut mana tadi?”

”tingkap” pendek saja jawapan Mazliana tapi cukup membuatkan tawa syamin kuat kedengaran. ”weiii kontrol sikit gelak tu...mamat sebelah tu asyik tengok je tak nampak?” tawa syamin terhenti tiba-tiba. Pantas dia berpaling ke arah yang dimaksudkan Maz.

”hishhh kau ni kenapa tak bagi hint dari tadi... malu aku”

”dia yang gelak tak ingat dunia salahkan aku pula” usik Maz. Suka dia melihat temannya yang kembali berlakon ayu.. dasar pelakon terbaik betullah.

”tak ingat dunia tak apa tapi akhirat aku ingat sentiasa” syamin menyedut air fresh oren di depannya. Cuba men’cover’ keterlanjurannya tadi.

” kalau duduk dengan kau mesti sifat keayuan aku ni hilang” sambung syamin lagi.

”alaa keayuan kau tu memang plastik pun macam aku tak tahu..macamanalah mak dan ayah aku sekarang ni? Mesti hijau muka si skema tu bila tahu aku lari” ketawanya tercetus lagi membuatkan syamin terkedu.

”kau ni dah jodoh datang ke rumah kau lari..kalau aku dataran merdeka aku tadahkan, sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang baik, kalau dalam sepuluh tu seorang pun payah nak jumpa”

”tu kau bukan aku...dahlah cepat habiskan air kau tu...hantar aku balik, aku rasa dah balik kot mamat tu”

”emmm..kalau kau nak..aku boleh rekomenkan kau dengan bos aku... baik orangnya hensem pulak tu” tambah Syamin lagi.

”emmm kalau kau nak jual bos kau tu..kau jual dekat orang lain je aku tak nak” ucap Mazliana sambil bangun untuk meninggalkan syamin.
”kau ni macam puteri gunung ledang pulak..”

”best juga kalau aku macam puteri gunung ledang mesti satu hari nanti jadi lagenda”

”elehhhh...perasan...”

”tapikan Maz aku hairanlah bukannya tak ada yang minat dekat kau tapi kenapa kau susah sangat nak suka dekat insan yang bernama lelaki ni?”

”entahlah Mimi mungkin hati aku ni belum terbuka lagi kot..”

”jangan nanti hati kau terbuka untuk dua orang sekali sudah” syamin ketawa lagi. Matanya masih menumpukan perhatian ke jalan raya.

”emmm bagus juga cadangan kau tu...mesti ayah aku suka aku bawa sampai dua menantu untuk dia kan”

”gila..”

”laaa bukan kau punya cadangan kata aku gila pula”

”malaslah aku cakap dengan anak Hj Nordin ni degil!!”

”dahh jangan bercakap pandu cermat jiwa selamat je” Mazliana tersenyum.

***

”emmm nak kemana tu?” Maz tunduk melangkah perlahan mendapat ayah dan maknya.

”dah buat salah tak nak minta maaf?”

”alaaa Maz bukan buat salah tapi menegakkan kebenaran”

”kebenaran apa?” soalan ayahnya membuatkan dia terdiam. Ehhh kebenaran apa ek? Kebenaran dari dipaksa kawin ke? Ekk bila pula ayah paksa aku kawin?.

“dahlah bang, lagipun budak tu dah balik”

“emmm kesian ayah tengok budak kamal tu tadi...” tidak mempedulikan kata-kata isterinya. Mata masih tepat memandang anak manjanya itu.

“kenapa ayah suruh dia makan ulam ke?”

”banyaklah ulam Maz...dia mana suka makan ulam, mana boleh nak paksa-paksa” Mazliana memandang maknya. Macam biasa Puan Maznah akan memberi isyarat mata kepada anaknya supaya jangan menjawab.

”kalau ayah tak nak paksa dia makan ulam sebab dia tak suka, kenapa esti ayah paksa Maz untuk terima sesuatu yang Maz tak suka..” Hj Nordin menyembunyikan senyumnya. Kalau bercakap dengan anak yang sorang ni mesti ada saja jawapan yang keluar.

”jadi Maz samakan kamal macam ulam?”

”kalau dia ulam dah lama Maz patah-patah cicah dengan sambal belacan makan...” mendengar kata anaknya membuatkan Puan Maznah ketawa kecil. Namun cepat disembunyikan tawa itu apabila menyedari jelingan suaminya.

”ada saja jawapannya”

”anak Hj Nordin kan...” Maz tersenyum.

”pandai nak salahkan ayah pulak?.. dah makan belum?”

”dah dengan Mimi tadi”

Hj. Nordin terus bangun meninggalkan anaknya. Maz tersenyum dia tahu ayahnya tak akan memaksa Cuma kadang-kadang Cuma mengikut perasaan.

”anak dengan ayah sama je” sempat puan Maznah menarik lembut hidung mancung anaknya. Berlalu mengekori langkah suaminya.

Majalah wanita dihelak satu persatu. Tiada yang menarik perhatiannya. Nak melukispun moodnya tak ada hari ni. dia memandang siling yang berwarna putih bersih. Macam ada sesuatu yang difikirkan tapi apa?..hishh nampak sangat aku ni tak boleh pakai nak fikir apapun tak tahu.

”hah...menung apa tu?”

”Kak Lin ni tak reti nak bagi salam ke masuk bilik orang?”

”ehhh akak dah bagi salam dua kali tau...dia yang dok melayan perasaan”

”ek?” azlin baring di sebelah adiknya. Dia suka masuk ke bilik adik bongsunya tu..cantik. pelbagai jenis lukisan membuatkan biliknya terasa tenang. Ditambanh pula dengan warna biru lembut.

”akak dengar ada yang lari ikut tingkap tadi?”

”elehhh pura-pura tanya lagi..mesti reporter dah hantar satu laporan lengkap dekat akak kan?” faham benar perangai maknya. Apa sahaja tentang dirinya pasti akan dikongsikan dengan azlin. Tak ada rahsia langsung.

”tak baik tak kata mak macam tu..”

”hahh...kan betul mak dah cerita” azlin tersenyum. Bijak adiknya memerangkap.

”kenapa adik akak buat macam tu?”

“saja nak buat cerita novel kisah seorang perempuan cantik terjun tingkap sebab takut dikawinkan” azlin ketawa. Muka selamba Mazliana membuatkan dia geli hati.

“kenapa ayah tu asyik nak carikan jodoh untuk Maz? Padahal kak Lin dengan kak Ida tak kawin lagi? Nak suruh Maz Langkah tangga ke?”

”langkah bendullah”

”sama arr tu”

”alaa...ayahkan sayangkan adik akak ni mestilah dia nak yang terbaik untuk Maz..kalau Maz teliti betul-betulkan ayah tu macam tak adil kadang-kadang...mesti dia lebihkan Maz tengok maz tak kerja pun ayah ok je”

”alaaa maz ni bodoh sikit dari Kak Lin dengan Kak Ida” ada nada sayu di hujung kata-katanya. Bear besarnya dipeluk erat.

”siapa kata adik akak ni bodoh?...dalam kita adik beradik Maz yang paling berbakat tau...keluarga kita bangga dengan Maz..tu tengok lukisan Maz tu...ada harga tau walaupun Maz conteng je” dia tersenyum. Kata-kata pujian itu membuatkan hatinya kembali mekar.

“Maz akak nak tanya sikit boleh?”

”sejak bila nak tanya minta kebenaran?” mazliana memandang wajah kakak kesayangannya.

”kalau diberi pilihan lelaki macamana Maz suka?”

”wah soalan berani mati tu..dah habis fikir ke tadi nak tanya soalan tu ke akak dah tak ada soalan lain nak tanya?” sengaja dilontarkan sindiran itu ke arah Azlin. Riak wajahnya serius tiada senyuman menghiasi wajah itu.

”kalau diberi pilihan lelaki macam abang johan tu mesti ditolak ke tepi dulu..”

”kenapa pula...apa kena mengena dengan abang Johan pulak?” tanya Azlin tak berpuas hati dengan kata-kata adiknya.

”ehh suka hatilah pilihan Maz bukan Kak Lin yang punya”

”emmm ok...teruskan”

”emmm macam ayah kot”

”hah??” Azlin terkejut.

”Macam ayah?”

”emmmm...dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni ayah adalah contoh terbaik yang Maz pernah jumpa. Kak Lin tengoklah cara ayah layan kita, cara ayah sayang mak..ayah cakap dengan orang...first men in world lah”

”hoooo patutlah ramai kena reject”

Di sebalik pintu ada satu senyuman terukir. Perbualan anak-anaknya membuatkan hatinya terusik. Haji Nordin kembali dengan niatnya untuk minum air di dapur. Tapi senyuman masih mekar di bibir.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets