Sunday, January 4, 2009

AKU WANITA


AKU WANITA....

“Kau sengajakan nak perangkap abang aku….dasar orang kampung tak sedar diri, papa aku kutip kau tepi jalan kau conteng arang pulak kat muka kitorang…eiiiii” marah Iskandar…hatinya panas apabila mendengar abangnya ditangkap basah dengan orang gaji mereka.

Farah menangis…hinaan demi hinaan diterima….

Taufik pula hanya diam membisu dari tadi otaknya tidak dapat berfungsi, apa terjadi betul-betul memalukan bukan sahaja dirinya malah keluarga yang disayangi.

“Is…sudah perkara dah berlaku jangan ikutkan perasaan tu…”. Tiba-tiba Datuk Mukris bersuara. Dia masih mundar-mandir memikirkan apa yang berlaku nasib baiklah pengaruhnya kuat, berita mengaibkan ini masih belum dapat dihidu pihak media kalau tidak………

“Sudah….papa nak kamu berdua kawin je….” Keputusan muktamad….tiada talian hayat.

”KAWIN????” semua mata tertumpu kepada Datuk Mukris.

***
”heloo...rumah Datuk Mukriz”
” hello, Farah...saya ni Taufik...”
”ye...En.Taufik dekat mana ni?...”
”Jangan banyak soal awak tolong datang Big Star Hotel bilik 308..bawa sekali baju saya, cepat sekarang....” arah Taufik kuat, suaranya seperti dalam ketakutan.

Farah masih ingat bagaimana dia bersusah payah meredah hujan malam-malam buta atas dasar arahan dari majikannya. Taufik dilihat hanya bertuala.. suasana bilik suram dan gelap, ketika Taufik ingin menyarung pakaiannya, ketukan pintu dari luar bilik mengejutkan Farah dan Taufik. Tanpa ada rasa ragu pintu dibuka... dan akhirnya...mereka terperangkap. Apa yang berlaku hanya Taufik dan Farah saja yang tahu, Farah tahu dia tak bersalah...tapi kenapa Taufik membisu sedangkan bukan ini yang patut berlaku.

Farah duduk termenung...airmatanya menitis laju..’apa maknanya kehidupan aku? Kenapa aku masih disini?’ peristiwa dia ditangkap bersama majikannya dalam keadaan yang mengaibkan sedangkan dia tidak bersalah, kenangan malam itu seakan diraikan dengan linangan air mata. Dalam usia 21 tahun dia masa depannya gelap..dia terlalu muda untuk menghadapi semua ini. Nampaknya pilihan menjadi orang gaji sementara ni adalah satu tindakan yang memusnahkan diri.....

Seminggu usia perkahwinan Farah dan Taufik... tapi masih banyak yang belum selesai, Taufik mengambil keputusan ke luar negara, meninggalkan keluarganya. Konon-konon hanya dia yang menanggung beban. Kedatangan Farah ke hotel untuk membantunya kerana ditipu oleh Dina, ya..ini semua salah dina ex- teman wanitanya. Farah tak salah tapi dia tak boleh hidup dengan orang yang tak dicintai apatah lagi orang gaji. ‘Melarikan diri adalah keputusan bijak sekarang’.... Perkahwinan kerana terpaksa namun apa yang pasti mereka sendiri masing-masing tidak rela dengan apa yang terjadi. Taufik memilih haluannya tapi farah.....

****

5 tahun berlalu.....sepi dihati Farah masih sedetikpun tidak berganjak...

” Weiiii....kau ni termenung je kerja kau kan...? kau tak ada kerja lain ke?”. Sergahan Iskandar menerjah masuk ke telinganya.

Iskandar dilihat bersusah payah menolak kerusi rodanya, hati farah mencebik...’aku ke yang tak ada kerja atau kau?’ Farah melihat pemuda yang tidak berupaya dihadapannya, sudah 6 bulan Farah dijadikan jururawat tak bergaji menjaga adik Iparnya ini. Bukan dia merungut, hatinya ikhlas kerana sejak digantung tidak bertali oleh Taufik keluarga Datuk Mukriz adalah keluarganya, terlalu banyak budi yang ditaburkan oleh bapa mentuanya itu.

” Aku laparlah buatkan aku nasi goreng...” arah Iskandar.

”Bibik kan ada, suruh ajalah dia....” Farah faham sangat perangai Iskandar lelaki ini tidak sudah-sudah menyusahkan hidupnya. Iskandar menyalahkan Farah kerana membuat keluarganya berpecah.....hahhhh adik dengan abang sama je...

”Aku nak kau juga masak...ehhh kau tu orang gaji tahu tak, sedar diri tu sikit...” sengaja ditekankan perkataan orang gaji itu.

Farah menahan perasaan, kalau dulu kata-kata itu akan membuatkan dia menangis kini tidak lagi airmatanya sudah kering.

“balik dari belajar jauh-jauh tinggi-tinggi ingatkan pandailah hormat orang tapi.. hampeh.. kenapalah dia ni kemalangan kaki je patah..kalau terus bisu kan bagus tak adalah menyusahkan orang” farah membebel....selepas kehilangan Taufik entah kemana Iskandar melanjutkan pelajaran ke Eropah dalam bidang pengurusan, tapi entah apa dia belajar kat sana balik Malaysia kereta orang dia langgar...last-last duduk atas kerusi roda..

“kau mengumpat aku ek.... hahhh ngumpatlah nanti jatuh tersungkur baru tau....” Iskandar mengigit bibirnya geram..

“Aduhhhhhhh.....” tetiba suara Farah kedengaran kuat. Tubuhnya sudah terjelepuk di lantai..

“laaa..puan farah kenapa sih enggak di bilang mau ke dapur kok lantainya baru dicuci...” bibik membantu farah untuk bangun.

“hahahahahahha.....padan muka”....Iskandar bersorak, dapat dilihat muka Farah yang merah menahan marah dan sakit.

Entah kenapa sejak kemalangan yang menimpa dirinya Iskandar suka melihat wajah Farah...wanita itu bukan seperti 5 tahun dulu.. banyak yang berubah, wajahnya bertambah matang dan bertambah comel tapi dia sedar dendam di hatinya masih menyala tetapi ada sesuatu yang membuatkan hatinya lembut bila behadapan dengan wanita itu. Sudah 5 tahun, abang longnya melarikan diri tiada berita. Terbaru yang didengar alongnya berada di Itali, itupun berdasarkan penggunaan kredit kad yang didebit ke akaun syarikat.

***
“Papa jauh menung?” Farah tersenyum, dia duduk di sebelah Datuk Mukriz, wajah tua itu dipandang...satu-satunya insan yang memberinya semangat untuk terus hidup, walaupun hanya mentua namun Farah tidak pernah rasa begitu.

“Emmm...duduk sayang...” wajah Farah dipandang, hahh...wanita ini banyak membantunya, kasih sayangnya pada Farah melebihi kasihnya pada anak lelakinya. Farahlah yang menjaga sakit peningnya disaat dua orang anak kesayangannya entah ke mana. Farah juga yang bersusah payah menyelamatkan syarikat yang diambang kejatuhan. ‘Tapi bahagiakah anakku ini’ bisik Datuk Mukriz sayu..

“Farah...papa minta maaf...kalau papa tak paksa Farah kawin...mesti Farah bahagia sekarang..” wajah tua itu tunduk ke bumi sebak hatinya.

“ Farah bahagia sekarang papa...Farah ada papa, walaupun farah ni orang gaji je tapi papa boleh terima Farah...Farah tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah...papa dah isi semua itu”. Tangan tua itu dipegang untuk mendapatkan kekuatan.

“Farah bukan orang gaji...farah anak papa......” kata Datuk Mukriz perlahan...

Sementara itu ada mata yang memandang dari tingkat atas? ‘eiii biar betul minah ni nak mengoda bapa aku pulak ke?’.cishhh...biadap punya perempuan kau memang nak cari nahas kau jangan ingat kau akan dapat harta bapa aku’ bisik hati saitan Iskandar. Tangannya digenggam kuat.

Simen dikaki Iskandar sudah dibuka kakinya sudah kembali sembuh. Pagi ini adalah pagi yang sangat bermakna, dia menghabiskan masa dengan berenang, sudah lama dia tidak melakukan hobinya itu. Teringat kenangannya semasa kecil..kolam inilah yang menjadi tempat dia dan alongnya berenang ditemani mama. Kini mama sudah tiada, along pula menghilang. Haaaa dia rindukan kenangan dulu....tiba-tiba kelibat Farah kelihatan, dia sudah bersiap-siap untuk ke pejabat. Amboiii dulu jadi orang gaji sekarang kau jadi bos ekkk....Iskandar tersenyum sinis...

“ weiii perempuan.....” pekik Iskandar, langkah Farah berhenti...’apa lagi ni....’ rungut Farah.

“Ambilkan tuala aku jap kat atas bangku tu...”. Farah hairan..haiii tak reti nak ambil sendiri ke??...Farah bersoal pelik.. namun tangannya tetap pantas mengambil apa yang diinginkan pemuda itu, lagipun dia sudah lambat kalau dilayan nanti lebih lambat pula..

“Tarik aku naik....” Iskandar sudah menghulurkan tangannya ke arah Farah... Farah mencapai tangan itu dah cuba menarik Iskandar ke atas.....namun....DEBUMMM....Farah terhumban ke dalam kolam tangan Iskandar yang kuat menariknya mendorong tubuhnya masuk ke dalam kolam.

***
“ Macamana boleh jadi macam ni Farah?” tanya Datuk Mukriz kerisauan.
Wajah Iskandar dipandang minta penjelasan, emmm....Iskandar cuak dengan renungan papanya, masih terbayang dihadapan matanya apabila melihat farah yang terkapai-kapai di dalam kolam. Pada mulanya dia merasakan Farah bergurau, mana mungkin wanita itu tidak pandai berenang, namun bila melihat tubuh farah yang sudah tenggelam, cepat-cepat dia menyelamatkan wanita itu.

“Tak ada pape papa...Farah jatuh tadi, semangat sangat nak pergi ofis..” dalih Farah matanya enggan melihat wajah iskandar walaupun dia tahu lelaki itu merenung tajam ke arahnya.

Hampir separuh mati dia bergelut di dalam kolam renang itu, tetapi pemuda itu hanya ketawa dan menuduhnya menipu. Nasib baik sempat dibawa ke hospital kalau tak, dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya.

Iskandar menjadi pelawat setia hospital Tawakal..setiap hari dia akan membawakan makanan dan sekuntum bunga untuk Farah.

“Mari sini aku suapkan kau makan....” kata Iskandar sambil tangannya memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk yang sedia ada di atas meja.

“eiii tak pe aku boleh makan sendirilah....” Farah menolak...dia pelik melihat perangai Iskandar.

“aku kata biar aku suap....dengar tak?...kau tu sakit.....cepat buka mulut...”. sudu yang berisi bubur nasi sudah hampir dengar bibir Farah....

Farah menahan gelaknya apabila melihat mulut Iskandar turun sama akan terbuka setiap kali ingin bubur nasi itu sampai ke mulutnya...kelakar...farah tersenyum dalam hati.

****

Hubungan Farah dan Iskandar tidak sedingin dulu walaupun, Iskandar masih kasar apabila bercakap dengannya. Sedang mereka makan malam tiba-tiba bunyi loceng menandakan mereka didatangi tetamu. Iskandar buat bodoh dia mengharapkan Farah akan bangun membuka pintu tapi tiada tanda yang wanita itu akan beralah.

“Abang long???”

Kepulangan taufik betul-betul mengejutkan seisi keluarganya. Drama airmata antara Taufik , Iskandar dan Datuk mukriz hanya menjadi tontonan Farah...entah kenapa hatinya kosong. Apa yang mengejutkan Taufik pulang bersama anak dan bakal isterinya. Emmm..Taufik pernah berkawin dan ada anak tetapi isterinya meninggal dunia, dan bakal isteri yang dibawanya adalah bekas kekasih yang baru ditemui di Itali, konon-konon cinta berputik kembali. Farah memandang ke arah suaminya, mata itu tidak pernah diarahkan kepadanya. Sekali lagi hati wanitanya kecewa....

“Emmm...sayang ni siapa?” tanya Bella bakal isteri yang diperkenalkan oleh taufik.
Semua mata terarah kepada Farah, dia memandang tepat ke arah taufik hatinya teruja ingin tahu jawapan yang akan keluar dari mulut taufik.

“emmm....emmmm....dia...dia......” emmm nyata tergagap-gagap...terluka sekali lagi hatinya. Nalurinya memekik sendirian.

“emmm....saya orang gaji dekat sini...” nah ambik kau itulah jawapan yang sepatutnya dilahirkan Taufik tapi kini lahir dari mulut Farah sendiri.

Datuk mukriz ingin bersuara tetapi terlebih dahulu dipatahkan oleh Farah, dia nyata faham isyarat mata yang dihadiahkan oleh menantu kesayangannya itu. Taufik masih membisu, Iskandar juga terkedu dia hilang kata-kata.

“emmm....kakak ni comel kan papa...” tiba-tiba anak kecil itu memecah sunyi...
“haii..nama saya Danish Iqbal 5 tahun ehh 4 tahun setengah sikit...” sekali lagi anak kecil itu menghulurkan tangan kepada Farah....farah tersenyum....tangan kecil itu disambut.
‘emmm lima tuhun... rupanya dah lama dia mendirikan kebahagiaan..untuk apa aku disini?’ rintih hati wanita itu.

“haiii...emmm panggil acik farah ek...comel...Iqbal dah makan? Kalau belum mari makan dengan acik..”...kalau aku ada anak mesti dah sebesar dia....bisik hati kecil farah. Tak siapa tahu hatinya ketika ini hebat menangis....

****

Kehadiran Taufik yang sepatutnya menghalau segala gelisah dihati tapi lain pula yang jadi, apa yang sepatutnya terjadi tidak seperti yang diharapkan. Kebahagiaan yang menjadi impiannya selama ini hanya mimpi. Tapi apa dayanya dia berkawin bukan atas nama cinta tapi terpaksa. Siapa dia nak menolak takdir....dia tak mampu. Farah masih duduk berteleku memandang bulan yang seakan tersenyum melihat nasibnya.

“kau ok?”. Iskandar muncul, entah dari mana datangnya.soalan itu dibiarkan berlalu? Ok kah dia?...Farah bersoal sendiri..

Wajah Farah ditenung lama, kenapa hati lelakinya seakan begitu terusik dengan wajah dihadapannya itu, puas Iskandar menafikan tapi perasaan itu tetap datang...
‘dia kakak ipar kau iskandar..kakak ipar kau’.... iskandar berperang dengan perasaan.

“kau tengok bulan tu....dia tersenyum....kan...”. Iskandar melihat apa yang dimaksudkan oleh Farah.

“kau ni kenapa pula dia nak senyum??...merepek la...” Iskandar kembali memandang ke wajah farah.

“Sebab dia sedang ketawakan aku...ketawa melihat aku dipermainkan dengan takdirku sendiri..peliklah ujian ni...macam ujian Final kan universiti plak”..gurau Farah namun matanya masih tidak lepas memandang bulan....Iskandar terdiam, wajah itu dilihat lama. Sangat tenang...

***
“Ari ni kita tolong bibik siram pokok bunga...” kata Farah seakan memberi arahan kepada anak kecil dihadapannya.

“tak payah alat keselamatan ke acik farah?...”soalan itu membuatkan gelak Farah yang dari Tadi ditahan pecah..haahahaha....

“Iqbal buat apa ni?...” tiba-tiba suara garau itu menerjah masuk, farah berpaling Taufik betul-betul hampir dibelakangnya nafas mereka bersatu....lama mereka terdiam..tiba-tiba..

“eiiiiyaaa..serang papa...serang.....” Iqbal yang dari tadi memegang paip air menghalakannya ke arah farah dah papanya. Farah menjerit kerana terkejut. Spontan Taufik menarik farah rapat ke pelukannya. Mereka tergamam yang kedengaran hanya gelak tawa Iqbal, Farah tersedar dia menjarakkan diri.

“emmm...maaf..En.taufik..” Farah berlalu masuk ke rumah dia malu untuk bertentang mata dengan suaminya itu? Suami ke?..hahhh....

Taufik menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi, bajunya basah matanya menghantar lenggok farah ke dalam rumah...lantas kepalanya digeleng berapa kali dia sendiri tidak mengerti maksud gelengan itu. Tiba-tiba bibirnya tersenyum, Tubuh kecil anaknya didukung dan dibawa masuk sempat pipi kecil itu dihadiahkan ciuman.

“..heii..papa peluk acik farah...papa peluk acik farah...” anak kecil itu bersorak girang dalam dukungan taufik...taufik mengisyaratkan Iqbal agar diam dan anak kecil itu seakan faham lalu menutup mulutnya..menyembunyikan senyuman kecil. Taufik juga tersenyum melihat telatah anaknya.

Namun ada mata yang melihat adegan itu. Bella menahan geram, tangannya meramas-ramas antara satu sama lain. ‘kurang ajar punya orang gaji berani kau nak pikat taufik??’ hatinya bersuara geram.
****

“Acik Farah......selamat pagi...” jerit Iqbal....anak kecil itu berlari ke meja makan yang sudah terhidang sarapan pagi.
“emmm...farah u boleh buatkan i roti bakar..i tak makan laaa nasi lemak ni pagi-pagi” bibik tersentak mendengar kata-kata tetamu yang baru datang itu. Taufik yang juga ada disitu menjeling ke arah Bella, tidak senang dengan arahan yang diberikan.

“Emmm tak apa.. biar bibik bikin rotinya...” bibik kelihatan serba salah.

“Tak apa bibik...saya buatkan...” Farah sudah mengatur langkah ke dapur.

“ Tak payah biar bibik yang buat, Farah duduk makan dengan papa....” Datuk Mukriz yang baru sampai di meja makan bersuara.hatinya sakit melihat wanita kesayangannya didera..ya didera anak sendiri...’taufik..taufik..’ keluh Datuk Mukriz.

Bella yang mendengarnya tergamam, hatinya tak senang, matanya terarah terus kepada kepada taufik yang duduk di sebelahnya. Taufik buat-buat tak nampak.

***

Hubungan Iqbal dan Farah bertambah rapat malah Iqbal sendiri akan datang ke bilik untuk tidur dengan Farah. Anak kecil itu akan datang minta ditidurkan. Bagi seorang wanita yang sememangnya dahagakan kasih sayang, Iqbal adalah tempat yang paling senang untuk dia bermanja. Anak kecil itu sering membuatkan dia tertawa..terdetik di hati Farah arwah madunya itu mesti seorang yang baik kerana melahirkan anak kecil yang cerdik seperti Iqbal.

Tuk..tuk..tukk..pintu bilik farah diketuk beberapa kali.

“masuk....pintu tak kunci..” kata Farah lembut dia masih asyik bermain dengan Iqbal... taufik??...Farah terpaku dia hanya memakai gaun tidur tanpa lengan.pantas diambil baju sejuk dan disarung ke tubuhnya..

“emmm....emmm...saya..saya maaf...saya nak panggil Iqbal tidur.” Teragak-agak Taufik mungkin silapnya kerana masuk dengan melulu..

“haii..papa...papa pun nak tidur dengan acik farah ke..?” pertanyaan Iqbal membuatkan muka papanya kemerahan....

“Papa nak panggil Iqbal masuk bilik tidur...” Taufik mengusap rambut anaknya. Perkahwinannya dengan Sarah berdasarkan cinta dan hasil kasih itu dia dikurniakan Danish Iqbal...namun tuhan lebih sayangkan Sarah dia meninggal semasa melahirkan Iqbal.

“Iqbal nak tidur dengan acik Farah” rintih anak kecil itu...taufik serba salah.
“emmm tak apalah biar dia tidur dengan saya.......” pendek sahaja ucapanku membuatkan Taufiq diam dan melangkah pergi. Pintu bilik ditutup rapat.

Taufiq masih teringan akan permintaan Iskandar yang memintanya melepaskan Farah, dia sendiri perasan dengan perubahan adiknya.
‘Iskandar meminta isteriku’
‘tapi kau tak pernah layan dia macam isteri kau’
‘tapi aku sayang dia’
‘sayang sampai kau tinggalkan dia bertahun-tahun’
Taufiq meraut wajahnya beberapa kali hatinya berperang dengan fikirannya..akhirnya dia berteleku di dada sejadah memohon petunjuk dari yang maha Esa....

****

Seluruh keluarga berkumpul di hospital besar kuantan, papa tiba-tiba terkena serangan jantung. Selepas dimasukan ke ICU papa ditempatkan di unit jagaan rapi VIP, Farah, taufiq, Iskandar, bella dan Iqbal setia menanti di penjuru bilik khas itu. Sehinggalah Dr. Muhammad memberitahu keputusan pemeriksaan Datuk Mukriz...

Farah menangis di sebelah bilik rawatan apabila papa disahkan tak dapat diselamatkan kami semua diminta bersedia..

“emmm...cik tak apa-apa?” seorang pemuda memakai jubah putih ‘MOHD HARIZ’ tagnamanya sempat dibaca.
Farah hanya mengelengkan kepala....dia memang tak ok...papa...papa.....satu-satunya penguat semangatnya...
“papa saya doktor.... tolong selamatkan dia....” Farah merayu...bahu doktor muda itu dipegang kuat....mungkin ingin mencari kekuatan.

Hariz faham situasi Farah.... sudah beberapa hari matanya tidak pernah terlepas pandang dari melihat gerak geri wanita dihadapannya ini.

“Sabar...cik kematian itu pasti...hanya kita yang perlu bersedia, kehilangan tak semestinya membuat kita lemah, kita kena kuat.... hidup mesti diteruskan.....cik kena jadi wanita yang tabah....”

“Farah kena jadi wanita yang tabah.....” kata-kata yang sama dilahirkan oleh papanya.....

***
Seminggu sudah arwah papa meninggalkan Farah....selama itu juga dia hanya berkurung didalam bilik. Arwah meninggalkan semua hartanya kepada farah...tapi bukan itu yang dicari. Bella pun dah terbang balik ke Itali, Farah sendiri tak tahu apa sebabnya. Hanya dia, Iskandar,Taufik dan Iqbal masih disini...

“ Apa semua ni...kenapa kau buat macam ni” Iskandar berang, dokumen di hadapannya dipandang, Farah hanya tersenyum.

“ Emmm...kan kau jugak yang kata aku ni mata duitan aku perangkap abang kau sebab duit...aku jaga ayah kau pun sebab duit....” Farah senyum....semua dokumen pindah hak milik diserahkan kepada Iskandar dan Taufik dia tak layak untuk semua ini.

“Tapi ini amanat papa...dia amanatkan ini semua kepada kau...” sekali lagi Iskandar bersuara..marah benar hatinya, selama ini dia salah sangka pada Farah.
Papanya sendiri menceritakan bagaimana Farah bersusah payah membangunkan syarikat semasa dia dan alongnya tak ada. arrggghhhh dia berdosa berdendam dengan wanita sebaik ini.

Taufik masih diam tunduk memandang ke arah lantai....hatinya menyesal yang amat sangat. Farah sudah meninggalkan bilik bacaan itu, tiada gunanya dia bertikam lidah dengan Iskandar.. keputusan sudah dibuat, beg pakaiannya juga sudah tersedia. Niatnya bukan saja untuk tinggalkan harta malah segalanya..kenangan ini akan jadi sejarah...teksi sudah lama menantinya.

“ehhh kau nak ke mana tu???” suara Iskandar sekali lagi kedengaran.
“sudahlah...Iskandar kau jangan lagi arahkan aku macam dulu aku bukan lagi orang gaji kau..aku nak cari diri aku....rumah ni bukan rumah aku...” Farah memandang sekeliling rumahnya.
“ tapi aku sayang kau......” Iskandar bersuara perlahan, Farah tersenyum...kini sayang tidak lagi bermakna. Satu surat berwarna biru bertukar tangan. Iskandar ditinggalkan.

Melalui halaman rumah kakinya berhenti, terbayang akan tempat duduk yang selalu menjadi saksi segala luahan kasih papanya, hatinya menangis...airmata menitis laju. ‘Papa.. maafkan farah’

“Acik Farah nak g mana??” hahh iqbal...
“Acik nak keluar ada kerja... Iqbal jangan nakal-nakal ek.. jangan lawan cakap papa, jangan tinggal solat ek..” anak kecil itu hanya menganggukkan kepalanya laju.

Kaki farah melangkah perlahan......berpaling semula apabila terdengar suara memanggilnya

“Farah..jangan tinggalkan abang...”.hahhh suara itu,farah memejamkan matanya..Taufik..

“Kenapa saya tak boleh tinggalkan awak....?” airmata semakin laju.

“Sebab abang suami Farah....abang nak Farah ada dengan abang..” airmata taufik menitis..’dia menangis? Untuk siapa? Untuk aku?’..farah kembali memandang wajah itu mungkin buat kali terakhir.

“6 tahun saya tunggu awak cakap macam tu, kenapa bukan 6 tahun dulu awak halang saya...kenapa bukan 6 tahun dulu awak sedar awak suami saya.... abang maafkan Farah halalkan makan minum Farah....abang satu permintaan terakhir Farah....lepaskan Farah.....”. kata-kataku membuatkan Taufik tergamam. Perlahan aku menghampirinya dan tangan ituku capai dah kucium buat pertama kali dah terakhirnya......Taufik terjelepuk jatuh.... tangannya menumbuk bumi hatinya kesal.....

****

Darius Iskandar..

Kehadiran kau seakan membawa satu makna..
Adanya marah kau membuatkan aku takut...
Dengan sindiran kau buatkan aku bahagia..
Terima kasih..

Kenangan di hospital tak dapat aku lupakan..
Ikhlas aku katakan andainya masa diputar...
Cinta aku terpaut pada kau..
Namun...hakikatnya....kau tahu...cinta itu mustahil bagiku..

Ku doakan kau bahagian
Kerana wanita itu bukanlah aku...

Ikhlas,,,
Farah diana...

Iskandar tersandar di dinding biliknya surat itu digengam kuat.....

*****

Farah diana berjalan menyusuri pantai ...kini dia bebas..bebas dari segalanya... dia mampu tersenyum dengan pilihannya...tiada lagi wajah Iskandar atau Taufik...terima kasih atas ujianMu kerana kenangan itu mendewasakan kasih sayangku kepadaMu.....keindahan pantai dihadapannya diamati..

“haiii....cik Farah kan.....” seorang pemuda menegurnya...
“ ingat saya??.....Mohd Hariz..a.k.a Dr. Hariz...” ...kami berbalas senyuman.....


Aku Wanita Aku Punya Hati Nurani
Yang tidak dapat Dibohongi
Pabila Cinta Telah Membutakan Mata
Membuat Tuli Telinga
Apakah Salah Jika Aku Menyinta
Apakah Salah Jika Kau Ternyata Pilihan Hati Belahan Jiwaku Ini.....

wanita/sitinurhaliza.... habis sudah...=)....nukilan dia adila.....








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets