Friday, April 17, 2009

GILA KAU 25


gila kau 25

Datin Maznah kelihatan kusut memikirkan apa yang disampaikan oleh Fazrul. Hatinya mula tak tenang. Patutlah sejak dua menjak ni perangai anak bujangnya lain sangat, terbayang Lokman yang asyik termenung seperti memikirkan sesuatu.

“kamu yakin ke apa yang kamu nampak ni Rul?”

“ala mak Ngah ni macam tak percaya dekat saya je..anak buah mak ngah ni tak pernah nak hampakan mak ngahlah”

“hishhh si Lokman ni pun satu tak ada perempuan lain ke dalam dunia ni kenapa perempuan macam tu dia nak?” Fazrul tersenyum, senang betul dia mainkan orang tua ni. dia kembali duduk di ruang rehat banglo mewah keluarga Mak ngahnya itu.

“hah yang kamu tu tersengih-sengih tu kenapa..?”

“ala mak ngah ni macam tak biasa je..dah keringlah mak ngah...nak makanpun tak ada dah ni” Fazrul menayangkan muka kesian. Dia yakin Mak ngahnya akan termakan dengan wajah seposennya itu.

“kamu ni dah kerja pun tak ada duit..kamu buat apa duit beribu0ribu sebulan tu?”

“alaaa mak ngah ni macam tak tahu je hidup kat KL ni nak buang air pun kena duit”

“pandai pulak kamu bercakap, habis tu kenapa tak berjimat?” berkerut dahi Fazrul mendengar bebelan Mak ngahnya. Sejak ibu bapanya meninggal dia tinggal bersendirian di pangsapuri milik pak ngahnya. Namun itu semua belum cukup baginya.

“emmm buat muka macam tu...berapa nak pakai?” senyuman terlakar semula di wajah Fazrul. Pertanyaan Mak Ngahnya memberikan satu harapan baginya.

“tak banyak Mak Ngah RM3000 je..” sambil menegakkan 3 jarinya ke arah wanita itu, bulat Mata Datin Maznah mendengar permintaan anak buahnya itu.

“banyaknya kamu nak buat apa banyak macam tu?”

“nak belanjalah Mak ngah tak akan nak kawin kot..mana cukup kalau kawin...”

“duit tak ada nak ada hati nak kawin anak orang..nak bagi makan apa? Pasir?” Fazrul mengaru kepalanya, pedih ulu hatinya mendengar kata-kata laser Mak ngahnya.

“Mak Ngah boleh bagi tapi ada satu syarat” Fazrul tersenyum mak ngahnya membisikkan sesuatu di telinga. Emmm dia tahu ada lagi rancangan jahat yang akan bermain di minda Mak ngahnya itu.

Kepingan tebal RM50 bertukar tangan, besar ketawa Fazrul apabila dia menghidu bau duit yang sudah menjadi miliknya. Dia yakin kedatangannya ke banglo mewah itu akan membuahkan hasil, marahnya pada Lokman juga sudah terbalas malah ada lagi tugas yang diserahkan kepadanya. Apa yang pasti upahnya lumayan. Langkah di atur laju keluar dari rumah tak masuk bertembung dengan pak ngahnya nanti mesti orang tua itu membebel. Ada saja yang tak kena di matanya.

“hah apa anak buah kesayangan awak tu nak?” Datuk Mansur duduk menanggalkan kotnya. Kereta Fazrul yang menderu keluar dari rumahnya menimbulkan rasa tak sedap hati.

“emmm tak ada apalah...saja nak melawat saya lagipun dia dah lama tak datang sini” Datin maznah menyembunyikan sesuatu.

“awak janganlah nak menipu kalau muka budak Fazrul tu kalau tak ada sebab tak akan dia jejak kaki di rumah ni...dia mintak duit lagi dekat awak?”

“hishh abang ni suka buruk sangka, dia tu anak buah saya apa salahnya saya bagi dia sikit duit..lagipun budak tu nak makan pun susah”

“emm...yalah sangat nak makan susah..saya rasa gaji dia keje dekat syarikat tu lebih dari cukup malah berlebih saya bagi, perangai dia tu dalam poket saya ni.” Datin Maznah menarik muka. Tak senang dengan kata-kata suaminya. Matanya mengikut langkah suaminya yang melangkah perlahan memanjat tangga untuk ke bilik. Hatinya masih belum puas, dia mesti menyelamatkan anak lelakinya dari menjadi mangsa perempuan pisau cukur tu.

Sekali lagi kata-kata Fazrul bermain-main di mindanya.

“Mak ngah kalau perempuan macam tu yang nak dijadikan bini baik tak payah, bukan si Man yang menderita dengan Mak ngah sekali nanti masuk neraka dia. Saya bukan apa saya dah anggap Mak Ngah macam mak saya apapun yang berlaku saya nak Mak Ngah fikir masa depan, apa pula orang kata nanti anak Datin Maznah berkawan dengan perempuan kaki kikis entah mana datangnya pula tu..” Datin Maznah bangun dari duduknya, telinganya terasa panas. Lokaman satu-satunya anak lelaki yang dia ada mana mungkin dia akan biarkan anaknya menderita.

“hishhh tak boleh jadi ni aku mesti buat sesuatu sebelum aku dapat malu..” segera telifon bimbitnya mendail nombor seseorang.

****

langkah Intan dilajukan dari tadi lelaki itu asyik mengekorinya. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang habis barang yang dibawa lelaki itu terjatuh.

“ehhh kau ni kenapa jalan macam nampak hantu sampai aku pun kau langgar” Intan menarik nafas lega. Shah rupanya matanya masih mencari-cari lelaki yang mengekorinya dari tadi. Hilang puas matanya mencari.

“kau cari apa?” suara itu membuatkannya memandang tepat wajah dihadapannya itu. Shah tunduk mengutip buah epal yang bertaburan.

“tak ada apa tadi macam ada orang ikut saya” Jawab Intan sambil tangannya turut membantu shah mengutip buah epal yang tergolek di lantai. Teringat cerita Mak Siti, shah memeng sukakan epal hijau dan tiap-tiap malam dia akan bangun untuk makan epal. Intan juga terkejut apabila melihat stoke pal hijau yang banyak dalam peti sejuk Mak Siti.

“ikut kau mana?” Shah bertanya sambil matanya melilau di dalam pasar mini itu mencari orang yang dimaksudkan Intan.

“ada tadi dekat situ dekat tiang tu.. dari kereta tadi dia ikut saya” Intan bersuara perlahan seperti ada sesuatu yang bermukin di hatinya.

“hishhh peminat kau kot..tulah siapa suruh cantik sangat kan dah ada orang mengekor je” shah berwajah serius. Ada juga rasa curiga dengan kata-kata Intan mungkin ada yang berniat jahat padanya.

“peminat apa pulak saya bukan artis” Marah Intan. Shah tersenyum entah kenapa kini marah itu sudah menjadi gurauan baginya. Bukan seperti dulu setiap apa yang keluar dari mulut wanita itu boleh menaikkan suhu kepanasannya.

“dahlah jom sini pegang tangan aku ni.. tak akan ada yang berani kacau” shah menghulurkan tangannya. Ingin mengusik Intan.

“hah tak ada maknanya” Intan berjalan laju meninggalkan Shah.

“laaa dah tak takut pula.. hebat betul lakonan perempuan ni..ni mesti taktik dia nak langgar aku tadi ni” shah tersenyum dan kedengaran tawanya kuat. Dia melangkah mengekori Intan, ada sedikit rasa bimbang manalah tahu apa yang Intan katakan betul.

“ehh awak nak kemana ni?”

“aku ni seorang lelaki yang bertanggungjawab..so aku akan pastikan kau selamat, apa lagi tunggu jalanlah nak suruh aku dukung ke?” mendengar kata-kata shah membuatkan Intan mencebik, namun dalam hatinya seakan tersenyum kata-kata lelaki itu sekejap tadi mengembalikan keberaniannya. Selamba shah berjalan sambil berpura-pura mengikat tali kasutnya. Intan yang mengerti berjalan mendahuluinya.

Dari jauh ada mata yang memandang. Usahanya kali ini berjalan lancar hampir kesemua gerak geri wanita itu diperhatikan dari tadi. ‘Cantik juga awek si Lokman ni tapi siapa pulak balak yang datang dekat dia tu? jangan-jangan perempuan yang macam aku cakap kot dia ni’ Fazrul bersoal sendiri. Dari pagi tadi kerjanya hanya memerhatikan Intan hanya tunggu masa untuk bertindak. Telifon bimbitnya dipandang satu persatu nombor ditekan.

“ehhh awak nak apa sebenarnya dari saya?” Marah Intan panggilan itu kini menganggu hidupnya.

“saya Cuma nak maklumkan pada saudari tentang Lokman”

“kenapa dengan Lokman?” Marahnya mula reda bila nama lokman yang keluar dari mulut lelaki yang tak dikenali itu.

“dia tu bukan macam yang sandari lihat”

“apa yang awak nak cakap ni saya tak faham” berkerut dahi Intan makin ditanya makin lelaki itu berteka teki.

“Lokman bukan lelaki baik..dia bukan macam yang awak lihat dia sudah rosakkan ramai perempuan dan awak adalah mangsa seterusnya” hampir terjatuh pen yang berada di tangannya.

“apa awak merepek ni.. awak siapa kenapa perlu awak beritahu saya semua ni?” nada suara Intan sudah mula meninggi dia yakin ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki dalam talian itu.

“baik awak jauhkan diri dari dia kalau tidak awak akan menyesal”

“ehhh kalau awak betul-betul berniat baik tunjukkan diri awak jangan nak menyata orang dalam telifon ni je...saya kenal Lokman dia lelaki baik, jangan ingat saya akan termakan kata-kata awak tu” Intan menarik nafas sekali lagi talian pantas dimatikan. Malas dia melayan orang bodoh yang tiada kerja lain.

Fazrul tersenyum, hebat juga kata-kata perempuan ni. dari jauh butik Intan dipandang mungkin ada cara lain yang akan dilakukan unuk menjauhkan Lokman dari perempuan ini seperti yang diinginkan Mak Ngahnya. Apa yang penting sekarang adalah duit yang dijanjikan.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets