Sunday, January 4, 2009

CINTA POPULAR


CINTA POPULAR

“Apa ni Jaafar, betul ke artis kau ni...kami dan tunggu 2 jam tahu tak...” Miss J wartawan dari Hitz tak senang duduk.

“Saya selaku P.A Iqram Mukriz ingin memberitahu yang dia tak dapat datang kerana sebab-sebab kesihatan”, Jaafar senyum sumbing melihat wajah para wartawan di hadapannya sudah merah menyala menahan marah.

“Dia akan datang pada sidang media terbuka yang kami akan adakan, harap anda semua faham..”, sambung Jaafar lagi apabila semua wartawan seperti sudah tenang.

Iqram Mukriz pelakon muda yang berjaya memenangi lebih dari 8 anugerah. Baru dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, oleh kerana gelaran itu dia kini menjadi buruan pihak media. Gambarnya akan menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan.

“Kau gila arrr...kau tahu wartawan tu semua mengamuk bila kau tak datang..” Jaafar duduk di sebelah Iqram. Tugasnya sebagai PA atau pembantu peribadi merangkap sahabat baik membuatkan dia cukup masak dengan perangai artis kesayangan malaya itu.

“Aku bosan kau tahu tak.....aku dah lemas dengan semua ni...”. Iqram memandang kosong pemandangan dari balkoni kondonya.

Dia ada segala-galanya kini, tapi hidupnya kosong terasa seperti dia berlakon dalam watak Iqram Mukriz sendiri. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia duduk kembali ke sofa, wajah kusut Jaafar dipandang. Dia tersenyum.

“Kau boleh senyum lagi...kau tahu nasib baik muka aku ni tak kena balik dengan telur tau dek paparazi and mamarazi, ghairah semuanya nak terkam aku bila tahu kau tak datang...gilalah nak bunuh kawan.”, Iqram tergelak lucu.

“ Dah namapun kau P.A aku, sendiri mahu ingatlah..hehehe” Iqram melangkah ke dapur.

“Hah... kau nak buat apa pulak tu...”, Jaafar hairan melihat Iqram kelam kabut ke dapur, nak pergi jamban ke....

“Aku teringin nak makan Maggie, kau nak tak?”, terjenguk kepala Iqram.

“Aikkk biar betul pelakon lelaki terbaik 2008 makan maggie...tapi boleh juga dah lama tak pekena maggie kau, telur mata kerbau sekali ek...”, Jaafar tersenyum terbayang kenangan bersama Iqram yang sama-sama makan maggie ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, tak sangka nasib mereka berubah dalam sekelip mata.

****
Jaafar dan beberapa orang pengawal memagari langkah Iqram, peminat yang ramai menyerbu membuatkan langkah mereka agak lambat. Iqram sentiasa tersenyum baginya peminatnya adalah saudara yang paling dekat membuatkan dia berada ditahap ini sekarang. Dia berterima kasih.

“Nak jumpa abang Iqram....” tangis Idayu yang masih kedengaran.ibunya kelihatan serba salah mustahil!. Pemintaan anaknya itu mustahil.

Iqram menghentikan langkahnya, telinganya dapat menangkap tangisan itu walaupun masih ramai yang memanggil-manggil namanya. dia mendapatkan anak kecil yang masih menangis itu. Peminat kecilnya itu tersenyum, tandatangannya diturunkan di atas bear dalam pelukan Idayu, pemintaan itu membuatkan Iqram tersenyum.

-IQRAM MESRA PEMINAT-

Jaafar melebarkan tawanya, tajuk utama ‘majalah hiburan betik’ akan menaikkan lagi saham Iqram di mata peminat dan wartawan.

“Amboi lebarnya senyuman kau tu...plastik ke original tu...”, Iqram membuka jaket yang dipakai lantas dibalik ke arah Jaafar. Dia tahu apa yang mengembirakan kawannya itu. Dari pagi tadi semua orang bercakap mengenai kisahnya dengan peminat ciliknya kelmarin.

“ lepas ni mesti bersusunlah tawaran masuk...”, Iqram mecebik, banyaklah bersusun last-last dia yang arwah..... asyik kerja..

“Aku nak cuti sebulan....”, terjegil mata Jaafar mendengar kata-kata Iqram.

“Hahh kenapa pula kau nak cuti?” tanya Jaafar sambil tangannya mengaru kepala yang tak gatal.

“Saja nak tenangkan fikiran, aku nak berehatlah, aku bosan”, Iqram nekad.

“Emmm...kau tak boleh macam ni, tawaran banyak ni, ratus ribu boleh masuk ni...kau nak pergi mana, kat sini tak tenang ke”, Jaafar cuba memujuk sahabat a.k.a bosnya, yelah kan gaji dia Iqram yang bayar.

“Aku nak pergi pantailah...nak balik kampung pun kita ni anak yatim piatu mana ada siapa-siapa, so aku cadangkan pada diri aku sendiri lepak dekat laut je..”, wajah Jaafar yang berkerut dipandang lama,

“Sebagai PA, permintaan kau ni berat, tapi sebagai sahabat kau...aku ok je, tapi dengan satu syaratlah”, giliran Iqram pula berkerut, keningnya diangkat tanda tak faham..

“ Kau kena bawa aku sekali...heheheh” , ekk... eleh dah agak dah mesti nak ikut punya, Iqram melihat Jaafar dengan muka kesiannya. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke Pangkor.
Iqram melajukan langkahnya cuba melarikan diri dari kumpulan gadis yang perasan akan kehadirannya tadi. Nokia N80 dipandang, masa ni juga bateri nak habis. Hatinya merungut. Kenapa masih ada yang mengenalinya. Cap dan jaket yang hampir menutup wajahnya gagal membantu.

“Aduhhhh...wei buta ke...”, Jesnita jatuh terduduk. Dia mengosok punggungnya yang menjadi mangsa, eiii mamat ni batu ke apa boleh terpelanting badan aku dilanggar nasib baik tak apa-apa kalau tak jatuh saham aku. Hah siapa nak kawin dengan aku?.

“Maaf saudari saya tak sengaja sory..sory”, Iqram cuba menbantu tapi gadis itu terlebih dahulu menepis tangannya. Malah menghadiahkannya jelingan tajam.

“ Sory naik lorilah...”, Jesnita sudahpun bangun wajah lelaki itu dipandang, nasib baik hensem kalau tak.bisik hati kecil Jesnita. Dia berpaling sekali lagi pemuda itu masih memandangnya. Dia menjelirkan lidah. Iqram terkejut lalu tersenyum nakal.

Jesnita meninggalkan Iqram macam orang bodoh, Iqram menggosok tengkuknya..’perempuan ni tak kenal aku ke?’ hatinya tertanya. Terkulat-kulat dia dimarahi gadis, tadi masih terdengar-dengar suara wanita itu di telinganya. Hahh lantaklah yang penting dia dah minta maaf. Jam ditangan dipandang laju, jam sudah pukul 6, dia masih belum menunaikan solat asar. Langkah dilajukan untuk balik ke bilik.

***
“ Kau ni kenapa?” tanya Jaafar melihat Iqram asyik termenung.

“ Tadi aku kena marah dengan ada perempuan tu...mak oii garang gila,”

“Kenapa pula dia marah kau...” Jaafar pelik, siapa pula yang nak marah sahabatnya yang popular ni?

“Aku terlanggar dia, lepas tu belum sempat aku minta maaf dia dan tembak aku sampai aku tak boleh nak celah langsung, lepas aku minta maaf dia boleh blah macam tu je...” Iqram menceritakan peristiwa malangnya itu. Pertama kali kena marah dengan perempuan, cuak juga. Jaafar mengekek ketawa, tak sabar rasanya dia nak berjumpa dengan perempuan itu.

Semua peralatan dan keperluan sudah dimasukkan ke dalam beg. Perkhemahan dalam hutan adalah satu pakej yang disediakan oleh pihak ‘Teratak bonda’ tempat penginapan mereka. Iqram dan Jaafar sangat teruja sudah lama mereka tidak masuk ke hutan. Hobi yang selalu dilakukan sebelum ke Kuala Lumpur. Pagi ini taklimat ketua perkhemahan akan diberikan sebelum masuk ke hutan.

“Ok...saya nak semua saudara boleh mematuhi peraturan yang saya senaraikan tadi”, hahh perempuan tu lagi. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Jesnita menulis sesuatu dalam buku di tangannya. Ini kali kelima dia memjadi ketua untuk perkhemahan di lurah jingga, hutan kecil berhampiran ‘Teratak Bonda’.
‘Teratak Bonda’ tempat pennginapan ala kampung yang diusahakan lebih 20 tahun oleh ibunya. Jesnita sendiri sangat berbangga dengan usaha Ibu yang membesarkannya sejak kematian ayah. Pahit manisnya adalah bersama ibunya, Puan Kalsom.

“Ok sepanjang perkhemahan ini, Cik Jesnita akan mengetuai anda semua, saya harap segala kemuskilan atau masalah boleh dimaklumkan terus kepada dia atau beberapa orang pembantu yang akan mengiringi perkhemahan saudara-saudari, moga berseronok menikmati kehijauan...”, ucapan Encik Muaz disambut dengan tepukan oleh para peserta.

Para peserta lebih kurang 25 orang. 15 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Mereka tersenyum antara satu sama lain apabila melihat wajah Iqram Mukriz. Mungkin mereka tidak sangka yang pelakon terkenal akan mengikuti aktiviti seperti ini. Iqram juga hanya tersenyum.

Perjalanan dimulakan dengan mengenali antara satu sama lain, Jesnita membahagikan peserta dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan perjalanan. Satu persatu nama disebut bertujuan untuk berkenalan.

“ Iqram Mukriz....”, namanya disebut, dia terkejut apabila peserta lain bertepuk tangan, dia mangangkat tangan. Kembang hidungnya lalu tersenyum sampai ke telinga. Senyuman itu mati apabila mata tajam Jesnita menikam masuk ke matanya.

“ Walau siapapun saudara saudari... saya harap semua itu akan ditinggalkan di sini sebab di hutan kita semua sama, tiada yang akan mendapat layanan istimewa, faham..” tegas kata-kata Jesnita.

“Faham...” semua peserta bersuara. Jesnita serius.

Dia sendiri baru mengetahui yang Iqram itu adalah seorang pelakon terkenal, kepulangannya dari Itali sebulan lalu membuatkan dia tidak ada masa untuk meneliti dunia hiburan. Tugas membantu uminya menguruskan chalet membuatkan dia sentiasa tidak cukup masa.

***
“ Perempuan tulah yang aku cerita semalam” bisik Iqram kepada Jaafar disebelahnya.

“ oooooiiii cun siottt.....macam model, tapi garang juga”, Jaafar menganalisis wanita yang dimaksudkan Iqram.

“haiii Iqram...nama I shamimi...you boleh panggil Mimi je”, seorang wanita menghampiri Iqram, Iqram menyambut perkenalan itu dengan senyuman tidak perlu dia perkenalkan diari kerana dia pasti Mimi sudah mengenalinya. Mimi mengedik suka apabila Iqram tersenyum kepadanya.

Sepanjang perjalanan semua peserta berhati-hati, mereka saling berkerjasama dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Iqram. Maklumlah dapat tengok pelokon pujaan malaya secara live tanpa pengawal. Suara tegas Jesnita sentiasa memberi arahan dan peringatan agar peserta berhati-hati.

“Ok semua boleh dirikan khemah, dan ingat jangan ada yang keluar dari kawasan khemah tanpa pengetahuan”, sekali lagi Jesnita memberi arahan. Khemah siap dipasang semua peserta yang keletihan hanya berehat.

Malam itu semua peserta duduk mengelilingi unggun api. Satu bulatan dibuat untuk peserta mengenali antara satu sama lain. Mimi mengambil tempat di sebelah Iqram sememangnya dari mula perjalanan dia aayik melekat dengan Iqram. Kemana saja ada Iqram pasti mimi turut ada. Mata Iqram disasarkan tepat ke arah Jesnita yang duduk bertentang dengannya. Dia hanya tersedar apabila Jaafar menyiku tangannya.

“ Kau jangan pandang macam tu, seram aku tengok..” Iqram sudah tunduk malu..

“ Diamlah kau..... “ Jaafar tergelak kuat. Kadang-kadang sikap sahabatnya itu persis kanak-kanak.

“Jatuh cinta lagi..lagi-lagiku jatuh cinta....” Jaafar berlagu riang, tujuannya ingin mengusik sahabatnya. Iqram menjeling tajam.

***

Kegedikan mimi membuatkan Jesnita berbulu mata, entah apa-apa nak bercinta pun janganlah dekat dalam hutan ni. Jesnita melajukan langkahnya. Dia tak tahu ada yang mengekornya dari belakang. Kakunya membawa dia semakin dalam di dalam hutan.

“ Hehh yang awak ni ikut saya kenapa?” Jesnita mematikan langkahnya.

“Yang awak ni laju sangat, nak kemana?”, tanya Iqram dia hairan melihat langkah wanita itu terlalu lagu. Haluannya entah ke mana.

“ehhh suka hati sayalah nak kemanapun...yang awak sibuk tu kenapa?”,

“banyaklah sibuk tak sibuk jom balik ke khemah...”, Iqram sudah memeganh lengan jesnita untuk menariknya balik.

“ Eiii..apa ni pegang-pegang lepaslah”, suka suki je pegang orang nasib baik berlapik. Mungkin disebabkan baju lengan panjang yang dipakai membuatkan Iqram tak berfikir panjang menariknya tangannya.

Jesnita cuba menarik sekuat mungkin tangannya tapi masih gagal, dia meronta-ronta. Sakit telinga Iqram mendengar jeritan Jesnita minta dilepaskan. Ketika itu mereka meniti satu jalan sempit. Pokok liar hutan tumbuh meliar ditolak. Jeritan Jesnita semakin kuat Iqram sudah tidak tahan. Tangan jesnita dilepaskan. Jesnita gagal mengawal keseimbangan badannya. Melihat Jesnita seperti ingin jatuh, dia cuba membantu namun pautan Jesnita yang kuat menyebabkan mereka berdua sama-sama terjatuh ke dalam juram.

“ Aduhhh....sakitnya..” Jesnita mengosok kepalanya. Dia mendengar suara yang mengerang kesakitan.

“ Helloooo...cik Jesnita awak duduk atas saya tahu tak sakit...bangunlah!!”, Jesnita terkedu. Dia pantas bangun.

“Awak ok tak?” Jesnita bertanya perlahan melihat Iqram masih mengerang kesakitan. Iqram memandang Jesnita. Matanya beralih ke kakinya yang terasa sangat sakit.

“ Kaki awak terseliuh ni. mari saya tengok...” kasut lelaki itu dibuka perlahan setiap tindakan Jesnita diselangi dengan jeritan Iqram.

“ Awak ni kan kalau saya sumbat mulut awak dengan kasut ni baru diam agaknya, tahanlah sikit”, tangannya masih lagi mengurut kaki Iqram, kali ini suara lelaki itu tidak lagi kedengaran. Dia tersenyum..tahu takut. Sapu tangannya dikeluarkan untuk membalut kaki Iqram.

Jesnita mengeluh, masa semakin pantas berlalu. Dipandang wajah Iqram yang masih berkerut kesakitan. Kaki lelaki itu cantik berbalut dengan sapu tangannya. Jesnita memperkemaskan letak topi di kepalanya. Suaranya sudah habis kerana jeritan meminta tolong. Dia penat.

“ Ini semua awak punya pasal..macam bagus..”, Jesnita memandang geram. Tangannya mematah-matahkan ranting kayu yang dipegang dari tadi.

“ Ehhh....kalau tak sebab nak selamatkan awak, saya tak jadi macam ni tahu. Aduhhhh”, wajah Jesnita dipandang, apa jenis perempuan dia ni hati keras macam batu tak ada perasaan.

Lama mereka terdiam, otak Jesnita ligat mencari jalan untuk naik semula dari juram ini. Tak akan dia nak dukung si Iqram ni kot. Kalau dibandingkan tubuh tegap lelaki itu dengannya hahh.. mustahil!!.

****

Hari sudah semakin gelap, Jesnita mengumpulkan ranting-ranting kayu. Mata Iqram masih tidak lepas memerhati setiap gerak langkah wanita itu.

“awak buat apa tu...” tanya Iqram.

“Buat bodoh...”, sakit hatinya mendengar jawapan Jesnita.

Melihat api yang sudah menyala, Barulah dia faham tujuan tindakan Jesnita tadi. Jesnita menanggalkan topinya. Rambut ikalnya terurai melepasi bahu. Iqram terkedu, matanya tepat memandang ke arah Jesnita. Wajah Jesnita sangat cantik dimatanya. Iqram membetulkan duduknya apabila Jesnita melemparkan pandangan pelik. Mereka duduk mengadap unggun api.

“Kenapa pandang saya macam tu?”, Jesnita bersoal pelik. Rambutnya diikat dengan getah rambut yang sememangnya ada dipergelangan tangannya.

“Awak tak bawa fon ke?” tanya Jesnita lagi.

“ Ada tapi dekat Jaafar.....” Jesnita melepaskan keluhan.

“hishhh tahulah pelakon terkenal tak akan barang personal pun PA pegang”, jesnita mengomel sendiri, peluang terakhirnya musnah.

Melihat wajah hampa Jesnita Iqram tersenyum kecil namun cepat-cepat disembunyikan apabila mata wanita itu terarah padanya. Suasana kembali sepi, bunyi cengkerik hutan seolah-olah berlagu riang.

“Kalau saya tanya sikit awak marah tak?” tanya Iqram perlahan.

“Tanyalah, kenapa plak nak marah...”

“ Kenapa awak garang sangat...” soalan itu membuatkan mata Jesnita terbuka besar.

“ Siapa kata saya garang...?...”, suara Jesnita sedikit meninggi.

“ Hahhh tengok...baru tanya dah macam nak makan orang...” Jesnita terkedu..

Lama dia terdiam, mindanya memproses apa yang dikatakan oleh Iqram. Garang sangat ke dia?.

“Ayah saya meninggal masa umur saya 10 tahun. Saya hanya ada ibu, saya ingat lagi lepas ayah meninggal...ibu bersusah payah uruskan ‘Teratak bonda’, masa tu orang kampung selalu mengata macam-macam. Saya kena kuat, saya kena berani sebab ibu tak ada orang lain kecuali saya.”, Jesnita mengelap airmatanya dari menitis. Kenangan susah payahnya bersama ibu terlayar di ingatannya. Hatinya dipagut rasa sedih.

“Maaf saya tak tahu....”, Iqram memerhati Jesnita.

“Eiii kenapa pulak saya cerita semua ni dekat awak”, Jesnita menyapu kasar airmata yang mengalir dipipinya. Dia sendiri tak faham dengan dirinya.

“Sebab awak dah suka dekat saya kot...” Iqram tersenyum, muka merah Jesnita kelihatan lucu di matanya.

“Perasan......” Jesnita menyembunyikan perasaannya. Iqram senang dengan Jesnita yang didepannya sekarang. Malu-malu dan comel.

“Alaaaa...tak nak mengaku pula, macam saya tak tahu awak lari tadi sebab cemburu tengok saya dengan Mimi..kan..kan.”, tawa Iqram semakin kuat membuatkan jesnita terdiam.

Kata-kata Iqram dibiarkan berlalu. Malam makin merangkak waktu, ranting kayu dicampak kedalam unggun yang sedia menyala bimbang jika apinya padam. Wajah Jesnita yang terlena dipandang. Iqram meneliti wajah wanita itu lama. Dia tersenyum. Hatinya tenang memandang wajah Jesnita yang sedang lena. Dia menanggal jaket yang dipakai lalu menyelimuti tubuh Jesnita. Tiba-tiba rasa sayangnya tumpah pada wanita ini.

Mata jesnita dibuka perlahan-lahan, hari sudah pagi dia memandang ke sekeliling Iqram tiada. Jaket lelaki itu masih tersangkut di bahunya. Dia menjerit sekuat hati memanggil lelaki itu. Mana dia ni tak akan? Terbayang cerita binatang-binatang buas di hutan. Sekali lagi nama lelaki itu dipanggil.

“Iqram..” panggilnya lagi. airmatanya sudah menitis.

“Awak... kenapa ni, saya ada dekat sinilah.....” Iqram menyimpan semula Nokia N80 ke dalam kocek seluar. Kalau jesnita tahu dia berbohong mati!!.. dia baru sahaja menghubungi Jaafar memberitahu keadaannya dan meminta pertolongan. Sengaja dia berbohong entah kenapa hatinya terasa ingin bersama lebih lama dengan Jesnita selepas wanita itu mengurut kakinya. Iris mata wanita itu membuatkan hatinya tertawan. Hahhhh mingkinkah ini cinta?...

Jesnita menjerit kesukaan apabila terdengar ada suara memanggil namanya dan Iqram. Dia turut menjerit meminta tolong agar ada yang perasan mereka disitu. Dia hairan apabila Iqram hanya duduk wajahnya seperti tiada perasaan. Jesnita tersenyum apabila melihat Jaafar dan beberapa orang penyelamat menuruni juram.

****

Seminggu sudah mereka pulang dari berkhemah. hubungan dia dan Iqram kembali seperti dulu. Asing dan berjauhan malah Iqram sentiasa dikelilingi peminat dan wartawan. Pernah sekali Jesnita ingin bercakap dengan Iqram tapi kehadiran peminat-peminatnya dan mimi membuatkan dia membatalkan niatnya. Hubungan Mimi dan Iqram juga seperti ada sesuatu.

Iqram tercari-cari wajah Jesnita. Hari ini hari terakhir dia di pangkor namun wajah wanita itu tidak kelihatan. Puas dia mencari Jesnita. Akhirnya dia pulang dengan kehampaan. Jesnita memandang Iqram yang dikerumuni oleh peminat-peminatnya, lelaki itu ingin pulang ke Kuala Lumpur, orang kampung mengambil kesempatan untuk melihat pelakon pujaan mereka itu dari dekat.

‘sudahlah kau jangan berangan...cermin diri kau sedar diri tu.’ Bisik hati Jesnita.

Gosip hubungan Iqram dan Mimi anak Datuk Khalid juga semakin panas, kecewakah dia? Tapi kenapa?. Dia sudah kehilangan Iqram. Dia membaca ‘majalah betik’, Iqram sudah menemui cinta. pelakon pujaan malaya itu akan melamar wanita yang dicintainya. Majalah itu dicampak ke lantai. Airmatanya gugur. Bodohkah dia menangisi orang yang tak pernah mengingatinya.

“ Kenapa sayang, ibu tengok muka tu masam mencuka je..” rambut anaknya diusap. Puan kalsom duduk di atas katil anak gadis kesayangannya

“Ibu sakitnya kalau cinta kita tak berbalas...sakitnya cinta sesama manusia ni ibu..” airmata jesnita semakin laju. Dalam sekelip mata dia menuai rasa cinta secara tidak sengaja.

“Sabar sayang, cintailah dia sederhana saja, kerana cinta yang agung hanya pada yang Maha Pencipta....” Jesnita mengangguk laju. Kata ibunya menenangkan gelora hati.

***

Jesnita memandang laut yang luas terbentang, dia melabuhkan punggungnya di atas batu besar di hujung pantai. Tempat inilah yang banyak menenangkannya, tempat dia bermain ditemani arwah ayah. Sudah sebulan peristiwa dia dan Iqram berlalu. Tapi kenapa hatinya masih mengingati lelaki itu?. Dia pasrah. Satu persatu batu kecil di baling ke arah pantai melawan arus ombak. Rambutnya yang panjang melepasi bahu di tolak ke belakang.

“kakak ini untuk kakak....” kulit kerang sebesar tapak tangan itu dihulurkan kepada Jesnita, dahinya berkerut.

‘I LOVE YOU’ itulah yang tertulis di atas kulit kerang yang cantik itu. Dia tersenyum, mungkin ada budak-budak nakal yang ingin mengusiknya.

“Kak ini ada orang suruh bagi”, seorang lagi kanak-kanak memberikan sekuntum bunga ros merah dan sekeping kad. Kanak-kanak itu juga lari seperti yang sebelumnya. Jesnita bertambah pelik.

‘SAYA CINTA AWAK’ tulisan di kad itu dibaca.

Mata jesnita melilau mencari siapa gerangan yang buat lawak pagi-pagi ni. tiada yang mencurigakan tapi apa semua ni...

“ Kak Nita tolong ada orang lemas kat sana..” panggil Mirul yang sentiasa bermain di pantai.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Mirul, Jesnita berlari mendapatkan arah yang dikatakan. Kulit kerang dan bunga masih dipegang. Hatinya berdebar siapa pula yang lemas ni, dia sudah berkira-kira untuk menjadi penyelamat. Tapi langkahnya mati disitu. Dia memandang istana pasir yang sangat cantik di depannya. Istana pasir yang tingginya hampir mencecah pinggang. Di situ tertulis namanya.

‘SUDIKAH JESNITA MENJADI ISTERI SAYA’....tulisan disebelah istana pasir itu jelas bermain di kornea matanya. Dia terkedu. Tiba-tiba satu nyanyian bersama petikkan gitar menerjah masuk ke telinganya. Dia berpaling kebelakang.

‘Jesnita mingkinkah dikau
gadis yang ku cari dalam jagaku,
terbayang-bayang termimpi-mimpi
hingga terbawa di dalam lenaku,
Andainya dirimu sudi menerimaku
kan ku mahkotakan mu ratu dihatiku,.
Biarpun berjuta rintangan yang melanda
Relaku korbankannya untuk memilikimu.’

Iqram melagukan lagu itu khas untuknya, petikkan gitarnya juga seperti sudah pakar. Tidak berkelip matanya memandang ke arah lelaki yang tersenyum dihadapannya...terasa semua itu mimpi.

“Boleh tak awak menjadi suri mahligai yang saya bina?” sekali lagi persoalan itu di lafazkan. Jesnita tersenyum. Tak tahu apa yang ingin dikatakan tetapi apa yang pasti hatinya berbunga riang. Inilah impiannya.

“Sudi..”seakan ramai yang bersuara. Jesnita berpaling di sekelilingnya, mak oiii ramainya apa yang pasti ada diantaranya wartawan. Wajah ibunya sedang tersenyum. Airmatanya mengalir.

“YES!!!!!....” Iqram melompat kegembiraan apabila mendengar persetujuan dari wanita yang mencuri hatinya. Tak sia-sia usahanya sebulan belajar main gitar...hehehe..

_ CINTA POPULAR- Iqram Mukriz akhiri zaman bujang _

Jaafar meletakkan ‘majalah betik’. Lalu tersenyum.....cinta sahabatnya menjadi perbualan hangat media..’haiiii bilalah cinta popular aku’ Jaafar berbisik.

_tamat_(‘_”)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets