Saturday, September 5, 2009

EDISI RAMADHAN: ZIKIR CINTA.


Edisi ramadhan : Zikir cinta.


Suasana gelap hanya diterangi lampu-lampu yang berwarna-warni, lagu rancak seiring dengar rentak tarian dan lenggok setiap pemuda dan pemudi yang ada di situ. Ada yang bergeser ada juga tangan yang mengosok sesame sendiri, ada yang separuh sedar dan ada yang masih tak sedarkan diri.
“alaaa..Jo kau dah nak balik ke relaxlah baru pukul 2..malam masih muda” johan tersenyum, kepala Liyana yang terlentok di bahunya diusap perlahan. Gadis itu nampaknya hanyut dalam dunianya sendiri, maklumlah minum sampai 8 gelas.
“aku nak hantar si liyana ni..kau tengoklah dah hanyut..” mata Zack memandang gadis seksi disebelah Johan. Betis yang keputihan membuatkan nafsu lelakinya bergocak hebat.
“kau nak rasa dia ke malam ni?”
“emmm..malaslah aku malam ni nak rehatlah..lagipun Liyana ni aku tak selera sangat” gelak tawa mereka kedengaran. Liyana turut tertawa.
“kalau kau tak nak bagi dekat akulah”
“haiii kau nak bekas aku ke?”
“layan je..”
“hishh janganlah aku dah janji dengan mama dia tadi nak hantar dia balik” zack hampa. Niatnya tak kesampaian.
BMW hitam itu meluncur lagu meninggalkan kegirangan kelab bostam, dalam kepayahan matanya terpaksa dibukakan. Nasib baik mala mini dia tak minum banyak kalau tak mesti tidur hotel lagilah jawabnya.
Liyana disebelah dipandang perlahan, tersenyum. Liyana datuk Mahmud seorang gadis yang berani, seksi ada segalanya cantik? Ya memang cantik. Malah sudah berapa kali wanita itu menawarkan tubuhnya tapi ditolak dengan cara baik. Entah kenapa dia bukanlah lelaki yang sampai merosakkan perempuan. Hidupnya hanya diserikan dengan perempuan dan minuman keras. Hari minggunya tak akan bermakna tanpa dua perkara penting itu.
“haiiii…bangunlah rumah you dah sampai”
“alaaa Jo, I tak nak balik..I nak tidur dengan you”
“hahhh sudah jangan buat hal..turun” arah Johan. Hon kereta dibunyikan beberapa kali di depan rumah bangle 3 tingkat itu. Kelihatan seorang wanita tua berlari-lari anak mendapatkan keretanya.
“Ambik dia ni Mak jah..” bisik Johan dalam keadaan separuh sedar.
“Ya Allah” itu sahaja yang lahir dari mulut tua itu. Lalu memapah anak majikannya keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.
Laju kereta Johanmeninggalkan kawasan perumahan mewah itu. Dilihat jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Tiba-tiba keretanya dipandu perlahan, tak tahu mana lagi arahnya. Balik rumah? Hahhh Vila mewah itu bukan tempat yang menenangkan. Dia bosan tinggal di rumah seorang diri. Mama dan papa tak pernah ada. Kereta dipecut laju tanpa arah.
***
“Qis tak tidur lagi?”
“belum mak…” telekung ditanggalkan perlahan. hening malam ini membuatkan dia terasa sangat damai. Al-Quran disimpan kembali ke tempatnya.
“mak tak tidur lagi?”
“emmm..mak dahaga pulak itu yang terbangun”
“mak nak air? Qis buatkan”
Mak Munah tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. Selama dia membesarkan siti nur balqis tidak pernah sekalipun anak itu menyusahkannya. Terlalu banyak yang berlaku tapi anaknya tak pernah merungut. Kesusahan dan kemiskinan hanya membuatkan anaknya tersenyum.
“ayah belum balik mak?”
“belum lagi Qis, biasanya masa ni dah sampai” hatinya mula berbunga risau.
Tiba-tiba ketukan yang kuat dari arah pintu membuatkan mereka berpaling. Mak Munah melangkah pantas mendapatkan suara suaminya yang mengetuk pintu macam nak pecah.
“Ya Allah siapa ni bang?”
“entahlah, abang jumpa kereta dia kemalangan dekat depan simpang sana..teruk juga luka budak ni”
“kenapa tak bawa ke hospital ayah?”
“nak naik apa Qis? Tak akan nak pergi hospital dengan basikal ayah tu?”
Balqis tersenyum. Betul juga kata ayahnya tak akan nak pergi hospital dengan basikal, tak mungkin ayahnya mampu. Tugas sebagai pengawal keselamatan membuatkan wajah tua itu Nampak begitu keletihan.
“dah bawa dia masuk bilik nanti ayah panggilkan anak Pak Lebai si Lokman tu…dia kan Doktor”
***
“weiii orang tua apa kau buat ni?” terasa sakit teramat sangat di kakinya. Rumah buruk ini dipandang lagi. Hishhh rumah jenis apa ni? kelihatan ada atap yang berlubang-lubang. Lantainya juga mengunakan tikar getah yang dah lusuh. Eiiii…
“anak kemalangan..pak cik bawa balik rumah”
“ini rumah ke reban ayam?” Pak Mail terkedu,
Tiba-tiba masuk seorang gadis yang manis bertudung putih. Dia menatang segelas air dan sepinggan nasi.
“ini ayah..”
“makanlah nak ini sajalah yang ada”
“apa ni? macam sampah” pantas pinggan itu ditepis kasar. Bulat mata Mak Munah melihat nasi bertaburan dilantai. Nafasnya turun naik. Geram. Balqis tersenyum. Dia mengutip kembali nasi dan lauk yang bertaburan.
“balqis”
“tak apa ayah qis ambilkan yang baru nanti”
“ehhh apa korang buat dengan aku ni hah?? Aku nak balik…hantar aku balik..aku tak nak dudk dekat reban ayam ni rimas busuk..”
“kaki anak cedera..nanti bila dah sembuh bolehlah balik” lembut bicara Pak mail. Ayahnya memang seorang yang sabar.
Johan cuba bangun tapi tak berdaya akhirnya dia merepek seorang diri di dalam bilik usang dan kecil itu. 3 hari dia merasa sengal di kaki dan tangan selama itu juga dia dijaga rapi oleh tiga penghuni reban ayam itu.
Wajah wanita itu dipandang sekali lagi.
“ehhhh..kau tak faham ke aku kata tak nak?? Pekak ke?”
“tak apa kalau awak tak nak tapi kalau kau nak makan awak ambil sendiri” Johan menjeling langkah wanita yang meninggalkannya. Hishh bilalah kaki aku ni nak baik? Boleh gila kalau terus duduk rumah buruk ni. perutnya berbunyi kuat. Lapar..pantas pinggan berisi nasi itu diangkat dan disuap laju ke mulut.
“kalau awak nak solat saya dah letakkan sejadah dengan kain pelekat dekat atas meja tu”
“hishhh kau ni tak bolehh diam ke? Rimas betullah perempuan ni, keluar..bodoh”
Balqis terdiam. Dia tersenyum, malas nak memanjangkan lagi marah lelaki itu dia keluar dari bilik. Memang sejak masuk ke rumah ini lelaki itu asyik marah, marah dan marah. Wajah bengis sentiasa menghiasi irisnya.
“ehhh…orang tua mana baju aku nak mandi..dan bau kambing, dahlah duduk reban ayam..nak suruh aku jadi apa?” mak munah mengurut dadanya terkejut dengan tengkingan Johan. Pantas dia menghulurkan tuala bersih ke arah anak muda ini. Nasib baik biliknya tak jauh dari bilik air kalau tidak alamat terpaksalah dia menahan sakit melangkah jauh.
“boleh ke?? Nak mak cik tolong?”
“tak payah..aku boleh jalan sendiri” dia meneruskan langkahnya. Berdenyut lukanya.
“aduhhhh!!..”
Mak munah berpaling. Cuba membantu tapi ditepi Johan. Dia tak mahu dipandang lemah. Dia berusaha sekali lagi untuk bangun. Tiba-tiba lengannya ditarik perlahan untuk bangun. Wajah Balqis tenang. Dengan lapik sehelai kain batik dia memimpin tangan johan hingga ke pintu bilik air. Johan terdiam. Hatinya ingin menolak tapi badannya menolak rasa hatinya.
“hati-hati..bilik air tu licin..” pesan Balqis dengan senyuman.
Tiada jawapan. Lelaki itu terus masuk tanpa mempedulikan Balqis dan Maknya.
“siapa nama kau?” Tanya Johan sedikit kasar.
“Siti Nur Balqis” emmm sedap namanya selembut orangnya bisik hati Johan.
“aku johan, kau tak lemas ke duduk dalam reban ayam ni?” Balqis menoleh ke arah Johan.
“walau dimana kita berada yang usulkan rasa adalah hati.. andai hati kita bahagia tak kisahlah kat manapun kita perasaan bahagia tu akan ada. Di sini hati saya dan di sini juga saya bahagia” panjang lebar jawapan Balqis membuatkan dia kembali kea lam nyata.
“awak boleh keraskan suara awak untuk saya tapi saya minta tolong jangan buat perkara yang sama pada dua insane yang selama ini membahagiakan saya…” nipis saja sidirannya. Johan terpana kali ini wanita itu ibarat memberikan dia amaran.
Alunan suara merdu yang mengalunkan ayat suci al-Quran membunuh lenanya. Dia bangun meluru ke bilik milik wanita itu. ingin menjerit supaya suara itu diam tapi mulutnya tiba-tiba terkunci. Kakinya seakan terpaku. Ada cahaya yang dari wajah yang bertelekung serba putih itu. Berseri.
“awak nak apa? “
“aku lapar” nada suaranya lemah. Kenapa begitu perlahan? Johan pelik dengan dirinya. Bukankah dia bangun untuk memaki hamun perempuan itu tapi kenapa tiba-tiba lain yang keluar?.
Dilihat Balqis bangun dari sejadahnya. Dia berlalu ke dapur. Johan hanya mengekorinya dari belakang. Lincah tangan Balqis meletakkan nasi dan membuka tudung salji yang menutup lauk di atas meja.
“mungkin awak tak biasa dengan lauk ini, saya minta maaf sebab inilah yang mampu kami sediakan untuk awak sebagai tetamu, mungkin dapat mengalas perut dari lapar” kata-kata Balqis membuatkan Johan terkedu. Diam. Lama terdiam akhirnya dia duduk membasuh tangan lalu menyuap laju makanan di depannya ke dalam mulut. Balqis tersenyum. Sekali lagi Johan tewas. Sepanjang dia makan Balqis hanya memerhati sedikit jauh darinya.
“esok hari jadi aku..kalau aku dekat KL mesti dah buat majlis besar-besaran”
“ya..bertuahlah awak..”
“aku memang dilahirkan bertuah, apa yang aku nak semua dapat…petik jari semua dapat”
“awak dah telifon keluarga awak?”
“untuk apa?”
“beritahu awak ada di sini..kalau tak esok mesti mereka risau”
“papa dan mama ke paris…tak mungkin mereka ingat aku dekat sini” sedikit sayu ucapan akhirnya. Tiba-tiba hatinya sebak. Sayu.
“mama dengan papa tu memang tak guna!!” jeritnya perlahan. Balqis tersentap, bukankah tadi dia merasa bertuah kenapa tiba-tiba nak marah?’
“dahlah tak selera aku nak makan..tak sedap langsung” Johan meninggalkan ruang dapur yang sempit. Bukan dia tak selera tapi airmatanya terasa ingin jatuh. Tak mungkin dia akan menangis di depan wanita miskin itu.
Malam itu tidurnya tidak sejenak selalu, tubuhnya terasa panas, kakinya terasa sejuk. Dia berpusing ke kiri berpusing ke kanan. Mulutnya mengerang kesakitan. Kepalanya berdenyut kuat. Mak Munah masuk ke dalam bilik, apabila mendengar panggilan ‘mama’ dari mulut anak muda itu.
“Ya Allah demam budak ni”
“kenapa Nah?”
“budak ni demam bang”
“Ya Allah pergi ambil air asam jawa..panas sangat ni”
Bergegas mak Munah keluar mendapatkan apa yang diminta oleh suaminya, dia masuk semula ke dalam bilik. Kepala Johan dibasahkan dengan air asam jawa, tuala basah diletakkan di dahinya.
“mama…mama johan sakit..”
Mak Munah memandang ke arah suaminya. Pak Mail hanya memandang sayu, budak ni tak dapat kasih sayang sebenarnya.
“mama…..mama..”
Tangan mak Munah masih digenggam erat. Terasa dia memegang tangan seorang ibu. Matanya masih terpejam. Dahinya berkerut menahan sakit.
Pagi itu johan terasa segar. Dia meraba tuala kecil yang terletak di dahinya. Air di sebelahnya dipandang. Tiba-tiba terselit satu perasaan sayu. Sedih yang teramat sangat. Rasa berdosa? Dosa? Tahukah dia erti dosa?, johan melangkah keluar dari bilik. Kepalanya masih sedikit sakit. Perlahan. Langkah terhenti apabila mendengar suara tawa dua beranak di ruang tengah. Si ibu sedang duduk dan anak sedang bersandar manja di bahunya.
“selamat hari lahir sayang mak ni” diusap lembut pipi Balqis. “tahun ni balqis nak hadiah apa?” mak munah bertanya..mungkin untuk sedapkan hati anaknya, walhal sebelum ini tiada apa yang mampu diberikan untuk membahagiakan anaknya. Balqis juga tak menyambung pelajarannya kerana mereka tidak mampu.
“emmm…balqis nak banyak…”
“banyak?? Apa?” Mak munah sedikit terkejut, apa yang diinginkan anaknya?
“banyak dan lebih banyak kasih sayang mak dan ayah….” Wajah itu dipandang lama…setitis airmata ibunya jatuh dipipi pantas diseka.
“mak jangan menangis sebab balqis, Qis tak sanggup nak merenangi lautan nanti bila di sana” berharganya airmata ibu. Betapa berdosanya jika seorang anak membiarkan airmata ibunya jatuh.
Johan menyeka airmatanya. Dia menangis?? Tapi kenapa?..ada sendu yang berlagu..adakah mama akan memeluknya begitu? Mama? Hah tak mungkin..baju mahalnya bernilai beribu ringgit tak mungkin dikotorkan dengan airmataku.
Dia melangkah perlahan mendapatkan dua beranak itu. Jelas wajah terkejut Mak Munah dan balqis. Dia duduk mengadap Mak munah.
“mak cik..saya…saya…saya minta maaf…..” tangan tua itu dicapai..dicium lembut. Mak munah pada awalnya terkedu tapi akhirnya tersenyum. Diusap perlahan rambut hitam lebat anak muda didepannya. Kasihnya jatuh pada mata bundar itu. Kasih seorang ibu.
“sudahlah Nak…makcik tak pernah marahkan Johan…jangan menangis”
“mak cik boleh Johan baring atas riba makcik..” airmata mak munah kembali bergenang. Permintaan itu ibarat satu pengharapan di matanya. Balqis menjarakkan dirinya. Matanya masih melihat aksi pemuda itu baring di ribaan ibunya. Sayu.
“mak…maafkan Johan..” itu saja yang kedengaran sayu…” mak munah mengangguk lagi tangannya membelai lembut. Ya Allah kau berikan aku kurniaan yang tak terhingga. Terasa kehadiran adiff anak sulung yang dah lama pergi datang kembali.
Pak mail di muka pintu menyeka airmata yang mengalir di wajah tuanya. Tentu sekali jika adiff ada sudah sebaya dengan johan. Mesti dia sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan anak sulungnya. Tapi tuhan lebih menyanyangi anaknya. Anakku tenanglah kau disana…..
Johan sudah membersihkan badannya. Baju milik pak mail dan kain pelekat tersarung di tubuhnya, tak sangka dia akan berpakaian begini. Kehadiran balqis mengejutkannya. Wanita itu hanya berbaju kurung kuning dan bertudung warna yang sama. Nampak sopan di matanya.
“ini untuk awak..” satu bungusan bertukar tangan.
“selamat hari lahir” ucapnya lembut.
“tak sangka kita lahir hari yang sama…” itu saja yang mampu diucapkan johan. Dia melihat senyuman manis di wajah Balqis.
“tapi saya tak ada hadiah untuk awak..” ada sedikit kesal di hati johan.
“tak apa hadiah saya adalah bila awak guna dan pakai hadiah saya tu dengan baik”
Wanita itu meninggalkannya dengan seribu tanda Tanya. Perlahan tangannya membuka balutan bungkusan yang diterima. Luruh airmatanya. Al quran dan tasbih itu dicium lembut..Ya Allah..terlalu jauh aku padamu…bisik hati kecilnya.
“ayah banyak lagi ke ni?” Tanya Johan. Panggilan itu membuatkan Pak Mail tersenyum. Terbayang Adiff yang selalu memanggilnya.
“emmm ada lagi 10 pokok…tak apalah itu kita sambung esok-esok” peluh yang meniti di dahinya dikesat dengan tuala kecil. Memang dia tak ubah seperti pekebun sekarang.
“ayah marilah kita balik, lagipun sikit lagi nak zohor dah ni”
“Alhamdulillah…” ucap pak mail lembut, 3 bulan dia mengajar erti hidup kepada anak angkatnya itu. Kini dia mampu berbangga dengan hasilnya. Syukur kepadaMu Ya Allah.
“marilah mesti mak kamu dah masak…”
***
“awak tak pernah marah dengan apa yang saya buat sebelum ini?”
“kenapa pulak nak marah?”
“sebab selama ni saya….”
“tak ada insan yang tak melakukan kesilapan, mungkin ada hikmah atas segala yang berlaku pada awak”
“maksud awak?” Johan bertanya lagi. Benarkah wanita ini tak pernah marah dengannya?
“kemalangan itu membawa awak jauh datang ke teratak buruk saya..luka di kaki awak membuatkan awak berehat dari cara hidup lama awak yang awak sendiri tak sedar selama ini adalah salah, itulah hikmah yang kita boleh Nampak”
“Islam bagi saya hanya pada kad pengenalan, 27 tahun saya hidup tak pernah saya terfikir untuk solat…”
“sekarang?”
“keluarga awak banyak menyedarkan saya, bangun dari satu mimpi yang paling ngeri dalam hidup saya, tak tahu macamana nak berterima kasih pada awak sekeluarga”
“kasih kita hanya padaNya, kerana segala yang berlaku dalam Hidup kita adalah skrip dariNya dan Dia juga pengarahnya”
Johan mengangguk perlahan, terbayang saat dia bergelumang dengan dosa yang teramat besar. Ya Allah kau mohon ampun padaMu..moga kau terima taubatku.
“kenapa awak suka senyum?”Tanya Johan.
“kan senyum tu sedekah”
“tapi kalau Balqis selalu senyum macam tu..nanti ramai lelaki yang akan tergoda” ucapan Johan membuatkan Balqis tersenyum lagi.
“setiap apa yang kita lakukan niatlah kerana Allah, kerana niat itu akan membuatkan kita sentiasa dilindungi” Johan tersenyum istimewanya gadis ini.
“jadi sampai bila nak bersedekah?”
“maksud awak?”
“senyum tu….?”
“sampai hujung nyawa…mungkin masa tu tiada siapa yang akan menangis sebab lihat saya senyum” johan tersenyum. Rasa kasihnya seakan melimpah kepada wanita di depannya kini. Jatuh cintakah aku??
Lama dia mendiami rumah usang ini. Terdengar lagi hinaannya kepada rumah ibarat syurganya ini. Macamana aku boleh terfikir meletakkan kau setaraf dengan reban ayam? Johan berkata sendir sambil memandang kea rah rumah milik Pak Mail sekeluarga. ‘Dia bahagia di sini kerana hatinya disini’ ucapan Balqis bergema kembali. Dia tersenyum. Mungkin hatinya juga disini.
Balqis memerhatikan laut yang terbentang luas, cantik. hatinya tak pernah berhenti melafazkan syukur kerana diberi peluang melihat laut itu. Dari kecil laut inilah yang menjadi temannya. Johan dan
“suka laut?”
“emmm….laut membuatkan saya sedar bertapa besar kebesaranNya, awak nampak garis antara langit dengan laut tu?”
“Nampak..” Johan melihat arah yang ditunjukkan oleh Balqis.
“awak pernah fikir tak berapa jauh garis tu?”
“entah..” johan tersenyum dengan jawapannya. Wajah Balqis ditatap kembali.
“emmm kalau awak selalu ada dekat sini awak akan rasa betapa cantiknya garisan tu…” itu sahaja jawapan yang lahir.
Johan memandang semula kearah yang dimaksudkan, berkerut dahinya memikirkan apa yang diucapkan oleh Balqis. Tak faham lagi apa yang dimaksudkan.
“awak tak nak balik?”
“awak halau saya?”
“bukan macam tu..tapi kehidupan awak bukan di sini, bukan dirumah buruk saya tu”
“Balqis…dirumah buruk awak tulah saya dapat kehidupan saya”
“tapi awak banyak tanggungjawab yang perlu awak selesaikan..”
“saya ada satu lagi tanggungjawab yang harus saya selesaikan di sini..” johan tersenyum. Segalanya sudah dimaklumkan kepada papa dan mama semua niatnya telah dinyatakan dan seperti biasa ‘it up to you baby’ jawapan ringkas mama.
“apa dia?”
“awak..”
“apa maksud awak?” balqis cuba menenangkan dirinya. Walaupun mata Johan tidak memandangnya tapi getaran hatinya sangat hebat ketika itu.
“saya seorang lelaki yang serba kekurangan terutamanya dalama melindungi maruah seorang wanita, kalau dulu wanita saya letakkan di tahap yang paling rendah, bagi saya tiada wanita di dunia ini mampu menundukkan Tengku Johan aliff. Tapi hari ini saya terasa tersungkur dengan rasa hati. Bukan kerana rasa cinta yang lemah tapi kerana bisikan cinta yang bertambah. Siti Nur Balqis sudikan awak menjadi Isteri, teman dan sahabat saya seumur nafas saya?..sudikah awak menjadi tangan yang memimpin saya hingga ke hujung nyawa” ucapnya tenang.
Tiada jawapan dari mulut wanita itu, yang kedengaran hanya ombak menghempas pantai.
“berikan saya masa kerana saya tak mahu cinta yang melebihi cintaNya”
Mungkin ini suratan yang ditakdirkan. Lama hati ini melonjak rasa, namun takut, johan menyimpan rasa siapa dia untuk memiliki gadis sesuci ini? Siapa dia untuk memahami setiap bicara lembut yang lahir dari insane yang bernama Siti Nur Balqis. Tapi bisikan Cinta kerana Allah membuatkan dia berani melafaz kata. Dia yakin andai dia tercipta untukku dan hanya aku yang akan memilikinya.
“Qis buatkan abang air..hauslah” rungut Johan, mukanya berpeluh-peluh. Tak pernah seumur hidupnya memegang cangkul tapi hari ini dia Berjaya menanam 3 anak pisang.
“berapa abang dapat hari ni?”
“emmm banyak juga 3 pokok” jawab johan dengan bangga. Senyumannya lebar, tapi kemabli mati mendengar ketawa kuat wanita kesayangannya. Kini dia sudah menjadi tunangku dan dalam masa terdekat ini kami akan menjadi suami isteri, ikatan yang selama ini sentiasa dinantikan.
“amboiii…Qis gelakkan abang nak kena ni” Johan bangun dari duduknya cuba mengejar Balqis, bergema gelak tawa mereka.
“mak tengoklah anak dara mak ni sesuka hati mengata Jo” adu Johan persis anak manja.
“alaaa….manjanya dia” perli Balqis, dia tersenyum bahagia.
Mak Munah hanya tersenyum, kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Walaupun berketak orang kampungnya kerana membiarkan tuning anak tinggal serumah tapi dia dan suaminya tak pernah ambil kisah, dia kini bagaikan dikurniakan seorang anak lelaki. Malah sikap dah perubahan Johan membuatkan naluri keibuannya bertambah sayang.
“Qis tahu tak apa yang paling mengembirakan abang?”
“apa dia?” senyuman yang sama membuatkan dia terpana. Terima kasih Ya Allah…
“saat Qis terima lamaran Abang…saat Qis menyatakan Ya pada kasih dan saying abang”
Balqis tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Solat istikharah yang dilakukan menunjukkan inilah pilihan yang paling tepat. Bukan kerana rasa yang terbit tapi kerana inilah takdirnya.
Mereka mengambil tempat di atas sebuah batu. Seperti selalu Johan akan menjarakkan duduknya, itulah yang dia pelajari dari balqis, cinta pada Tuhan adalah jalan cinta teragung.
“qis abang Tanya sikit boleh?”
“boleh..”
“sejak bila Qis sedar yang Qis cintakan abang”
“perlukah qis jawab soalan abang tu?”
“mungkin bagi qis tak penting tapi bagi abang jawapan qis akan membuatkan hati abang tenang”
“cinta qis pada abang saat abang tunduk membaca Alif..ba..ta..di depan ayah, sayang qis tumpah saat abang mula mengimamkan solat jemaah dan kasih Qis bercambah saat abang memilih Qis kerana Allah” tenang jawapan itu..hah dialah pilihanku. Johan memejamkan matanya perlahan. Dia tercipta untukku.
Mereka berjalan melintasi jalan, sama-sama tersenyum. Persalinan untuk majlis membatalkan air sembahyang sudah ada di tangan Balqis. Tak lekang mulut Mak siti memuji kecantikan Balqis saat menyarungkan baju berona putih itu. Wajahnya Nampak bersih memekarkan lagi cinta di hati.
“alamak kunci kereta tinggal dekat kedai Mak Siti” rungut Johan.
“emm..tak apalah abang, Qis tolong ambilkan..abang tolong pegang baik-baik baju ni nanti tak sempat pula Qis nak pakai”
“ok sayang, abang tunggu dekat kereta”
“Siti Nur Balqis sayang abang..” kata-kata itu terdengar di telinganya. Balqis mengundur perlahan dengan senyuman.
Dummm!!!…jeritan break kereta membuatkan Johan berpaling. Ada tubuh yang terdampar lesu di tengah jalan. Beberapa orang mengelilingi cuba membantu. Johan terpaku. Kosong. Hanya tangan terkulai dengan jari manis bersarung indah cincin pertunangan mereka kelihatan.
“BALQIS!!!!!”…..pandangan gelap.
***
Lama dia berteleku di sejadah. Setitis airmatanya jatuh membasahi pipi. Tangan diangkat ingin memohon…..
Ya Allah andai rindu ini milik kekasihku kau lindungilah Rinduku padaMu
Ya Allah andai kasih ini melebihi hati kau berkatilah kasihku padaMu
Ya Allah andai dia tercipta untukku kau lindungilah kasihku PadaMu
Ya Allah andai hati ini seakan berubah kau kembalikan aku kepadaMu
Andai kasih ini melebihi diriMu ku mohon kau ampunkanlah diriku…
Kau lindungilah kasihku seindah kasihku padaMu
Kau kasihi hatiku kerna Hati ini MilikMu.
Amin…
Matanya dipejamkan perlahan. Wajah Siti Nur Balqis menjelma lagi. Senyumannya membuatkan hatinya terasa amat rindu. Sakitnya YA Allah..
‘bisikan doaku pada butiran tasbih, kupanjatkan pintaku padaMu Maha cinta, sudah diubun-ubun cinta mengusir resah, tak bisa kuterpaksa walau hatiku menjerit’ lagu kesukaan Balqis meresap masuk ke jiwanya.
“cintailah DIA lebih dari segalanya kerana cinta DIA terbitnya rasa cinta” kata-kata Balqis sekali lagi membuatkan airmatanya mengalir.
Moga hatinya kuat menahan rindu ini..Qis, abang dah Nampak bertapa cantiknya pertemuan pantai dan langit. Indah. Moga kau dicucuri rahmat sayang….Zikirku hanya kerana cinta, Zikirmu mengajar aku erti kasihMu. Terima kasih Qis. Perlahan dia melangkah meninggalkan pusara. Abang sayang Siti Nur Balqis.

Nukilan kecil: dyadila
Rupa yang cantik tiada nilainya andai akhlak mulia entah kemana, Susuk tubuh yang cantik menggoda tiada bernilai andai auratnya terbuka, Tutur kata yang manja yang boleh mencairkan sang jejeka tidak bermakna andai hilang jujurnya. Namun andai wanita ...itu baik akhlaknya, taat pada ALLAH dan RasulNYA, banyak amalannya dan jujur pada tutur katanya itulah yang akan membuatkan wanita itu lebih cantik dan menarik. Wallahu

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets