Monday, January 5, 2009

GILA KAU 2


”Emmm....bosan toi arr kenapa tak ada orang hari ni masuk butik aku ni” Intan hanya duduk menekan-nekan punat telifon bimbitnya. Setahunya maya akan balik tengahari ini dah dekat pukul 2, dia ni date ke apa.

Sedang asyik melayan perasaan tetiba masuk dua orang pelanggan menilik-nilik kain jenis sifon. Seorng perempuan berambut perang berskirt pendek lagi sendat dengan seorang lelaki dengan gaya formal mungkin waktu pejabat ni bawa awek jalan-jalan..hish-hish, teruknya. Hati intan berbisik.

”ya..cik boleh saya bantu?” senyuman manis dihadiahkan sudah menjadi etika butiknya walau siapapun yang masuk pelanggan mesti dilayan dengan baik. Namun senyumannya mati tetiba apabila melihat renungan tajam pemuda di sebelah wanita itu.

” ANAK MAK SITI!!!” aku kaget, asallah tetiba dia boleh masuk butik aku ni, dia tersenyum sinis apa lagi ni mesti ada niat jahat. Ramalanku benar belaka, kedatangan mamat bengis ni membuatkan aku samakin sakit hati. Aku terpaksa melayan kerenah awek dia macam hampeh je...hampir 15 kali tukar baju last-last tak jadi beli..angin satu badan kalau aku ingatkan balik.

Melihat jam hampir pukul 5 aku mengambil keputusan untuk menutup sahaja butik walaupun masih awal kerana aku rasakan jualan hari ini kurang memberangsangkan. Namun masih lagi berada pada tahap sedarhana yang mampu bernafas. Dengan kemahiran rempit semasa di bangku sekolah aku memandu ala-ala formula 1 untuk sampai ke rumah. Macam biasa sampai sahaja di rumah aku akan terus membersihkan diri sempat aku menjeling jiran kesayanganku.’ Mak baik anak perangai macam hish-hish tak tahu aku nak cakap’

Suasana malam semakin sunyi Mak siti baru sahaja menghabiskan bacaannya yang terakhir. AL-Quran lama hadiah dari arwah suami menjadi peneman setia. Sempat dia menjeling jam di dinding mana agaknya anak mudanya tak balik-balik. ’Bertuah punya budak entah dekat manalah magrib budak ni agaknya’, rungut hati Mak Siti. Belum pun sempat dia habis menuruni tangga kedengaran bunyi kereta masuk ke laman rumah.

” haa... dari mana ni anak sayang mak ni dah pukul berapa tak balik-balik? Dah magrib belum ni?” dipandang wajah anak tunggalnya itu, iskandar adalah satu-satunya benih kasih dari arwah suami tercinta, anaknya itulah ibarat nyawa bagi dirinya.

” dah mak sayangku, Is solat kat pejabat tadi, jangan risau ek, mak....mak....lapar la... na mamam..” tersengih Iskandar melihat wajah kerut ibunya.

” dah bangun pergi mandi dulu mak siapkan makanan kita makan”. Sepantas kilat anak bujangnya berlari menaiki tangga sambil berlagu ringan. Aksi anaknya hanya dipandang dengan ekor mata.

*****

”Maya marilah makan, hai tak akan date terus kenyang kot...” perli intan dari tadi dia dapat melihat betapa manisnya senyuman sahabatnya itu, haiii manisnya orng bercintanya kalau minum pun tak payah letak gulalah kata orang.

” kalau hati ini sudak cinta apa nak dikata....” amboi bermadah pujangga pulak si maya ni tak tahu nanti kalau kecewa ada yang sampai makan sabun mandi. Hati intan merunggut bukan dia cemburu namun pengalam cinta banya mengajarnya erti dewasa. Masih banyak yang perlu di ambil kira selain cinta.
Tetiba hatinya terkenangkan mamat sebelah rumah, sungguh biadap kalau bagi kat aku free pun aku tak naklah.. hatinya berbisik.

Hari ini adalah hari yang sangat bermakna hari ibu, setiap tahun intan akan meraikannya tapi bukan dengan insan bergelar ibu tapi dengan anak-anak yang tiada ibu. Yayasan Kasih adalah tempat dia dibesarkan tidak pernah akan luput dalam ingatannya bagaimana perasaan seorang anak yang tidak mempunyai ibu meraikan hari ibu. Jadi dia sendiri sudah berjanji dengan dirinya setiap hari ibunya adalah bersama anak-anak Yayasan Permai. Maya juga sudah sebati dengan kemahuannya dan ada juga sekali dua maya menemani Intan ke yayasan.

” kak Intan datang, yeh..Kak Intan datang...” Anis anak kecil berusia 8 tahun mejerit riang apabila melihat kereta Gen2 hitam milik intan menerpa masuk ke yayasan sememangnya mereka sudah menantikan kedatangan Intan. Kerana hari inilah mereka akan dihadiahkan dengan baju baru dan hadiah-hadiah lain.

”kak, siapa perempuan tu?” tanya Lokman. Sepanjang menguruskan kewangan yayasan jarang dia melihat perempuan atau pengunjung datang ke yayasan dan diberi masuk dengan mudah.
” hah... itu Intan dia bekas pejalar yayasan memang setiap kali ada masa dia akan datang ke sini tambah-tambah hari ini kan hari ibu, budak-budak dekat sini pun suka dia.” Jelas Maimunah panjang lebar. Matanya masih tidak lepas melihat Intan bersama beberapa kelompok pelajar yayasan. Sememangnya dia senang dengan Intan kerana Intan adalah seorang gadis yang cukup sempurna di matanya.

Lokman memandang dari jauh aksi kelompok di depan biliknya itu sememangnya dia jarang untuk ambil tahu urusan Yayasan sehinggalah amanah itu diturunkan kepadanya oleh arwah abang iparnya sendiri demi kasih dan pertalian keluarga sekali sekala dia akan datang melihat-lihat keadaan Yayasan.

” Assalammualaikum...” gadis tadi kini di depan matanya.

” Kak Mai, Intan nak balik ni” suara lembut Intan menusuk kehulu hati Lokman entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Dum dam dum dam... ewah cam lagu Raja plak. Sempat juga kak Maimunah memperkenalkan Lokman dengan Intan Azura, bukannya dia tidak perasan renungan tajam adik bongsunya itu pada gadis manis didepannya. Apabila diusik Lokman terus melarikan diri si Intan pula hanya melontarkan senyuman.

” akak nak balik dah??...” tanya anak kecil itu, haa ni yang aku tak boleh ni air matanya akan cepat mengalir jika anak kecil ini juga menangis.

” Adib sayang nanti akak datang lagi, jangan nangis.. hish orang laki mana boleh menangis nanti lambat kawin tau....” nak amibik ye ke entah la aku pun reka je kata hati Intan. Abid mengesat air matanya sepantas kilat digantikan dengan senyuman manis hatiku lega.... Gen2 milik Intan bergerak meninggalkan Yayasan...

” Lokman tolong pergi kejar kereta Intan tu ni... resit jualan butiknya tercicir ni penting ni, tak debit lagi ni.” Lokman membaca sepintas lalu... pantas kunci keretanya dicapai...

CIK INTAN AZURA ABDULLAH. LAIFA’S BUTIK ..........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets