Saturday, February 28, 2009

GILA KAU 16




Langkahnya diatur laju, hospital besar Kuala Lumpur ini dirasa sangat besar, beratus langkah terpaksa diatur untuk sampai ke tempai yang dituju. Shah, Farid dan Aina hanya mengikut langkah laju yang diatur Intan. Mereka tidak punya ruang untuk bertanya apa masalah sebenar yang berlaku. Akhirnya mereka mengikut saja rentak kaki Intan.

“emmm Man..hafiz macamana?” pertanyaan itu membuatkan Lokman berpaling. Dari tadi dia duduk berteleku di bangku itu menunggu jawapan yang belum pasti. Hafiz seorang kanak-kanak yang lincah. Dia ibarat penghibur di yayasan. Namun kenapa dugaan ini yang menimpanya.

“apa yang dah jadi ni Man?” lokman hanya memandang sayu wajah wanita yang sudah lama dirindui.

“kanser hati….” Lambat saja jawapan itu keluar dari mulut lokman. Intan lemah terasa badannya melayang sebentar. Dia terduduk. Aina yang melihat keadaan Intan sudah menerpa menghampiri wanita itu. Shah dan Farid pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Lokman. Shah sendiri tertanya-tanya siapa yang disebut-sebut mereka tadi.

“No....kenapa kita tak tahupun sebelum ni....semua ni silap tak mungkin dia sakit..” Intan masih bercakap sendiri.

Sejak ketiadaan Kak maisarah, Lokman mengambil alih tugas menjaga Yayasan Kasih, kakaknya sudah melepaskan tanggungjawab itu sebelum dia ke tanah suci. Mereka sama-sama menunggu. Pemeriksaan sepenuhnya masih belum menunjukkan apa-apa tanda.

“Doktor macamana Hafiz?” Intan meluru mendapatkan wanita berjubah putih itu.

“emmm keadaannya sekarang stabil, Cuma seperti yang saya beritahu sebelum ini dia sudah berada di tahap kritikal”..

“kenapa tak buat pembedahan doktor? Kenapa...tolong doktor selamatkan dia”, sedaya upaya Intan merayu.

“emm...macam yang sudah saya maklumkan kepada Encik Lokman..Hafiz mempunyai daya tahan yang rendah..peluang yang ada hanya 10% saja” Intan masih memegang tangan Doktor di hadapannya. Cuba memungut harapan.

“sudahlah tu kak...jangan macam ni” Aina cuba menenangkan Intan. Farid dan Shah hanya mampu memandang mereka tidak tahu cerita sepenuhnya.

“siapa Intan?”

“saya doktor”

“saya rasa pesakit nak jumpa awak..dari dia masuk ke wad sampai sekarang nama awak selalu sangat di sebut”, terasa sayu.

“saya nak jumpa dia doktor”

“emmm boleh tapi awak saja..” pantas Intan mengangguk.

“awak boleh tengok dia bila dia dah dipindahkan ke wad terapi” sekali lagi doktor memeberinya arahan.

Intan membuka pintu perlahan. tempat inilah yang membayangi kisah silamnya apabila melihat tubuh ibu dan ayahnya diselimut sepenuhnya di katil dengan selimut putih. Dia kembali terdengar tangisannya sendiri disaat umurnya baru mencecah 6 tahun. Tubuh kecil itu tersenyum di atas katil. Wajahnya sangat lesu, pucat.. bukan seperti hafiz yang berkejar-kejar dengannya dulu.

“kak Intan..” senyuman itu membuatkan intan berdiri kaku.

Sementara di sebalik cermin kaca Farid, Shah, Lokman dan Aina sedang menjadi penonton setia. Hati shah dipangut sayu apabila kanak-kanak itu melambai ke arah mereka. lambaian itu dibalas perlahan.

“akak ke mana lama Hafiz tunggu”, Intan cuba tersenyum. tangan kecil itu dicapai lantas dicium perlahan. dia cuba menahan gejolah rasa yang sudah menggunung.

“kak Intan ada dekat sini sayang” Intan duduk perlahan di atas kerusi yang sedia ada di sebelah katil. Tangannya masih mengenggam erat tangan kecil itu.

“kak...hafiz sakit...tak boleh lari-lari lagi..” perlahan suara itu.

“akak tahu sayang...hafiz kena cepat sembuh nanti boleh kejar akak..” suara Intan sudah perlahan. rasa sebab masih sedayanya ditahan.

“akak...hafiz takut..” dia mula menangis..

“kenapa sayang...jangan takut akak ada..akak tak akan tinggalkan Hafiz” perlahan Intan bangun dari kerusinya dia memeluk seeratnya tubuh kecil itu. Hanya itu yang mampu dilakukan ketika ini.

“Dia memang rapat dengan Intan...”, Lokman berkata perlahan masing-masing masih memandang ke arah Intan dan Hafiz.

“emm Encik Lokman...boleh saya tahu siapa budak tu?” Farid bertanya perlahan. dari tadi tanda tanya itu yang bermain di fikirannya. Lokman juga masih belum memperkenalkan siapa dirinya dengan budak lelaki itu. Shah masih memandang ke arah Intan, hatinya tiba-tiba sayu. Tapi telinganya masih menanti jawapan dari persoalan Farid.

“hafiz tu anak yati di Yayasan Nur Kasih.. saya berkerja di situ. Dan Intan adalah insan yang sentiasa menjadi pelawat di sana. Malah jasa Intan lagi banyak dibandingkan saya..saya hanya boleh memberi pelindungan kepada mereka tapi Intan bagi kasih sayang, hafiz adalah salah seorang buah hati Intan dari berpuluh-puluh anak yayasan”, penerangan Lokman menjawab segala yang nermain di minda mereka. Aina sudahpun mengalirkan airmata. Aksi kak Intan betul-betul membuatkan dia sayu. Walaupun mereka tidak mendengar apa yang dibualkan oleh Intan dan Hafiz.

Sudah hampir 3jam mereka di hospital. Selama setengah jam ini juga mereka gagal melihat kelibat Intan. Entah ke mana wanita itu menghilang.

“nak air” pertanyaan shah membuatkan Intan berpaling. Dia masih duduk di bangku rehat di taman hospital. Shah mengambil tempat di sisinya. Cawan kertas itu diletakkan di sisi ruang antara dia dan Intan.

“kau ok?” pertanyaan itu dirasa sangat ganjil. Intan masih memandang ke hadapan. Kehadiran shah seakan tidak wujud.

“mungkin aku bukan kawan atau sahabat yang baik tapi aku mampu jadi pendengar yang baik kalau kau nak kongsikan apa-apa..” shah masih cuba memujuk. Dari tadi air muka wanita itu keruh. Nampak jelas dia menahan perasaan di hatinya.

“emmm awak memang bukan kawan pun....musuh adalah...” ada nada gurauan.. namun ketawa kecil itu mati.

“hafiz selalu pesan pada saya jangan tinggalkan dia.. sama macam mak ayah saya...’Intan jangan tinggalkan mak ayah tau bila dah besar’ saya selalu akan ingat kata-kata tu...” Intan tersenyum...”kak Intan jangan tinggalkan Hafiz....ayat yang sama saya dengar kan...awak tahu tak saya cemburu bila tengok awak, Farid, Aina ada rahsia masa kanak-kanak..”

Lama Intan terdiam..nafasnya ditarik perlahan. matanya masih memandang ke hadapan. Sekalipun tidak dialihkan kepada shahrul walaupun lelaki itu sekarang sedang tepat memandang wajahnya.

“saya cemburu tengok kasih sayang yang awak dapat....Ummi, Mak Siti..seronokkan..tapi saya tak pernah rasa kesal sebab saya ada keluarga besar.. hidup saya di yayasan keluarga saya di sana..tapi saya dah buat silap hari ni, saya janji dengan hafiz yang saya tak akan tinggalkan dia..tak akan..dia kata dia takut...tapi...saya sebenarnya yang takut..takut dia akan tinggalkan saya...” airmata yang dari tadi ditahan hanyanya mencurah-curah keluar. Tak dapat ditahan-tahan. Dia menutup mukanya terasa beban yang ditanggung hatinya sudah tak mampu ditahan.

“menangislah Intan...sebab lepas ni kau kena tunaikan janji kau..sekarang ni hafiz hanya ada kau..jadi kau kena kuat” terdengar esakan yang semakin kedengaran, entah kenapa kata-kata shah semakin menarik keluar airmatanya.

Intan sudah membasuh mukanya. Kepalanya tiba-tiba terasa ringan, tak sangka dia akan menangis di hadapan Shah.

“Intan baliklah dulu..Man boleh jaga hafiz”, Intan tersenyum tak mungkin dia akan balik pada waktu begini.

“emmm tak apalah biar Intan jaga Hafiz lagipun Intan dah call Maya tadi suruh hantarkan baju”

“Intan dah makan?” lokman dapat melihat Intan kelihatan penat. Intan pantas mengangguk walaupun sebenarnya dia belum pun makan apa-apa.

“Man balik dulu nanti malam Man datang balik ek” Intan mengangguk, Lokman memang seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Farid, Aina dan Shah masih duduk menunggu di kerusi menunggu di depan bilik Hafiz. Mereka juga sudah dibenarkan masuk sebentar tadi untuk melihat keadaan pesakit.

“hafiz nak hadiah?” tanya Farid

“nak hadiah apa?” kanak-kanak itu masih ersenyum seperti tadi. Intan memandang ke arah Farid, hairan sejak bila pula dia beli hadiah?

“emmm Hafiz buka tangan tu abang nak bagi ni” cepat hafiz membuka tangannya.

Pantas Farid melepas kan sesuatu di dalam genggaman hafiz.. tapi tiada apa yang ada ditangannya. Hafiz tersenyum apabila Farid tersenyum..Intan memandang hairan.

“apa awak bagi dekat dia tadi?”

“emm mana boleh bagitahu rahsia... “ Intan tersenyum aksi Farid sedikit lucu apabila dia buat muka seposennya.

“Intan awak kena bayangkan yang orang di sekeliling awak ni macam buku...anggap sajalah awak sedang membaca satu kisah yang ada dalam diri bergelar manusia...walau awak hilang buku tu awak tak akan lupa apa yang dah awak baca semasa awak ada dengannya”

Kata-kata Farid membuatkan Intan tersenyum. Dia tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu.
Perkenalannya dengan Farid membuatkan dia kenal setiap ayat yang lahir dari mulut manusia perlu ada makna. Shah, aina dan Farid sudah lama meninggalkan hospital. Dia pelik apabila kelibat shah tidak kelihatan selepas dia menangis teruk di hadapan lelaki itu tadi. Sempat dia bertanya kepada Farid tapi lelaki itu hanya tersenyum.

“ hafiz tak tidur lagi?” sejak tadi hafiz hanya tersenyum. asyik tersenyum.

“boleh kak Intan tengok apa yang abang Farid bagi?” Hafiz mengangguk. Dia terus membuka genggaman kecilnya.

“mana?” Intan bertanya bodoh..

“ni” hanya tapak tangan kecil itu yang kelihatan.

“abang tu cakap dia bagi dekat hafiz kasih sayang tak akan ada orang boleh nampak.. tapi kalau hafiz senyum mesti orang boleh nampak kasih sayang hafiz..” Intan tersenyum. kata-kata itu membuatkan dia teringat pada Farid. Hishh pandai dia bermain kata-kata.

“tidur ek sayang...” Intan mengusap perlahan rambut hafiz. Senyuman hafiz kini membuatkan dia bahagia. Betul apa yang Farid kata. tapi bahagiakah kita kalau kehilangan orang tersayang??

Monday, February 23, 2009

KERANA KAU 4



Ayuni masih melihat buku yang tersusun indah di hadapannya, keputusannya untuk menangguhkan pendaftaran masuknya ke Neraca holding adalah tindakan diluar rancangan. Dia sendiri selama ini berusaha sebaik mungkin untuk menempatkan diri di neraca holding tapi bila waktunya sampai dia seakan melambatkan kemasukannya. Mungkinkah dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu atau dia takut? Hahh!!

“Dari tadi dia gagal mencari apa yang diinginkan...apa yang dia nak cari?” ayuni mengaru kepalanya. Soalan yang diajukan sendiri itu membuatkan dia terperangkap. Sudah hampir 2 jam dia menjalan seorang diri di KLCC ni. satu apapun masih belum ditemui.

“hah cari apa ada barang hilang ke?” satu suara menegurnya dari belakang. Dia terkejut.

“maaf tak ada niat nak kejutkan awk..” Adam pantas meminta maaf apabila melihat gadis itu kelihatan terkejut dengan kehadirannya tiba-tiba. Dahi Ayuni berkerut seperti cuba mengingati sesuatu.

“emmm tak apa...nasib baik tak matikan..” ayuni cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.

“kenal saya lagi?” lama dia menanti jawapan Ayuni akhirnya wanita itu tersenyum. Adam turut sama tersenyum yakin Ayuni sudah mengingatinya.

“awak cari apa?”, soal Adam lagi.

“emm cari tayar kereta..”, sekali lagi Adam terkena.

“hahhh ok..ok..awak cari buku apa dekat sini?” ayuni tersenyum. dia tahu Adam terkena dengan kata-katanya. Dah nama dalam kedai buku cari bukulah yang pergi tanya lagi buat apa. Kan dah kena.

“oooo...awak ketawakan saya ek??”, semakin kuat ketawa ayuni.

“ehh..tak adalah..saja saya nak ketawa tak boleh ke?”

“emm...boleh..”

Pertemuannya tiba-tiba dengan adam membuatkan dia merasakan rancangannya semakin berbuahkan hasil. Nampaknya tak perlulah dia bersusah payah merancang pertemuan kedua.

“ooo baru saya ingat. Cik Ayuni ada kehilangan sesuatu tak?” pertanyaan itu membuatkan Ayuni terpinga-pinga. Walaupun hakikatnya dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Adam Mukriz.

“emmm apa ek??” soalan dijawab dengan soalan. Adam tersenyum. lantas dia meraba poket seluarnya. Mengeluarkan sesuatu lalu ditayangkan di hadapan Ayuni.

“ehhh...mana awak dapat ni?” Ayuni berpura-pura terkejut. Rantai tangan itu bertukar tempat. Kini berada di genggaman Ayuni.

“emm...masa kita tertembung tulah..mungkin tercicir masa tu..” Adam cuba mengingatkan kenangan antara mereka.

Lama ayuni melihat rantai tangan milik ibunya. Satu-satunya kenangan yang dipertaruhkan semasa memulakan rancangannya.

“emmm ehh pelik ek kenapa awak boleh tahu akan jumpa saya dekat sini?”

“siapa kata saya tahu?” giliran Adam pula bermain kata. Ayuni masih tersenyum

“emm...saya memang sentiasa bawa rantai tangan tu sebab saya yakin akan jumpa Cik Ayuni satu hari nanti” Ayuni mengangguk faham. Dia sendiri yakin pertemuan kedua pasti ada.

“terima kasih banyak-banyak, nampaknya saya kena belanja Encik Adam makanlah ni, sebagai tanda terima kasih”

“emmm boleh juga, tapi nampaknya kita kena adakan pertemuan ketigalah sebab hari ni saya dah ada date” jawapan Adam membuatkan ayuni tersenyum. nampaknya rancangannya akan berjalan lancar.

“kalau macam tu...saya akan cuba untuk pertemuan ketiga tu..” sekali lagi ayuni tersenyum.

“bila Cik ayuni rasa pertemuan ketiga kita tu?” lama ayuni terdiam memikirkan sesuatu mungkin mencari waktu tertentu.

“emm ok..kalau pertemuan kedua kita tanpa diaturkan...saya rasa biarlah pertemuan ketiga kita juga dengan cara yang sama”. Dahi Adam berkerut. Tak dapat menangkap maksud kata-kata wanita itu.

“maksud Cik Ayuni?”

“kalau kita ada jodoh mungkin kita akan dipertemukan satu hari nanti, macam kita berjumpa sekarang...ok bye...assalamualaikum..”

Belum pun sempat dia bertanya apa-apa wanita itu sudah menghilangkan diri. Adam sekali lagi tersenyum. ada sesuatu yang istimewa dengan wajah yang ditatapnya tadi.

“amboi jauh menung cik abang? Ingatkan siapa?” Aleyya menampar kuat bahu tunangnya. Marahnya pada Adam masih belum selesai. Tapi kalau dia merajuk alamatnya sampai ke tualah tak akan dipujuk. Dia masak sangat dengan perangai Adam. Tak pernah sekalipun lelaki itu memujuknya kalau mereka bergaduh.

“aduhhh sakitlah..nasib baik tak patah bahu ni tau”, satu lagi cubitan hinggap di lengannya. Bisa!!...

“apa ni sayang main cubit-cubit ni...sakitlah.”

“tu baru cubit nak sayang buat benda lain ke?” pertanyaan Aleyya membuatkan Adam tersenyum. dia malas nak memanjangkan muncung tunangnya itu. Nanti jadi cerita lain pula.

“adam bila nak masuk syarikat?”

“alaaa...nanti-nantilah dulu lagipun adam kan baru balik.. penat pun tak hilang lagi”

“tapi abang dah tanya..” Aleyya merengek manja.

“alaaa si Fariz tu pun masalah juga...dia tu cemburu sebenarnya tengok adam ni lepak cam ni” terbayang wajah kawan baiknya. Sudah tiga kali Fariz memintanya ke Neraca Holding tapi sebanyak itu jugalah dia menangguhkan hasrat itu.

“tak dapat call dia hantar adik dia pula goda Adam...”

“amboii sape nak goda Adam tu perasan...dahlah sayang dah lapar ni jom makan” Aleyya menarik tangan Adam. Perutnya sememangnya sudah lapar tahap gaban.

**

“ok Mr.wong moga usaha kita akan berjaya”

“yes...saya pun harap yang sama”

Fariz tersenyum sekali lagi dia berjaya mendapatkan satu lagi projek besar syarikat. Hatinya mula tenang sudah 3 hari dia tak tidur dengan lena mengenangkan dana syarikat yang masih di takuk lama. Dia keluar dari restoran itu dengan rasa bangga. Tak sabar ingin melaporkan apa yang terjadi pada papanya. Pasti papanya gembira.

Pintu kereta BMW hitamnya dibuka. Penatnya sudah lama hilang. Pantas enjin kereta dihidupkan laju keretanya diundur ke belakang. Tiba-tiba dia terperasan seorang budak lelaki di belakang keretanya pantas dia berhenti.

“Ya Allah adik tak apa-apa?” Ayuni bangun nasib baik dia sempat menarik budak lelaki itu kalau tidak.
“terima kasih kak” mereka cuba untuk bangun. Seorang lelaki yang keluar dari kereta lalu berlari menghampiri mereka.

“ehhh macamana ni...adik ehh awak tak apa-apa?” Fariz menjadi kalut. Sumpah dia memang tidak nampak kanak-kanak itu tadi.

“emmm nasib baik tak apa-apa...awak ni lain kali janganlah main redah je..” suara Ayuni sedikit tinggi. Hatinya tiba-tiba panas. Lelaki itu menanggal cermin mata hitamnya. Fariz Iskandar!!??.. ayuni pantas bangun. Tangannya masih memegang bahu budak lelaki itu.

“emmm...adik tak apa-apakan?” tanya Ayuni tanpa mempedulikan mata lelaki yang memandangnya itu.

“emmm tak...terima kasih kak”, pantas dia melarikan diri, tak sempat Ayuni ingin bertanyakan namanya.

Ayuni kembali tunduk mengambil beg tangannya yang jatuh ketika aksi menyelamatnya tadi. Fariz hanya melihat cuba membantu untuk memungut barang-barang Ayuni yang sudah terabur.
,
“maaf awak tak apa-apa?” soalan itu diulang lagi. dia meneliti sepintas lalu keseluruh tubuh wanita di depannya itu. Mungkin ada yang cedera.

“ehhh tangan awak luka...” jerit Fariz perlahan. Ayuni memandang ke arah sikunya. Darah sudah kelihatan.

“tak apa sikit je ni...tak apa..”

“tapi....marilah kita ke klinik..jangan risau saya tanggung semuanya atau awak nak saya bayar ganti rugi?” panas muka Ayuni mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Encik...bukan semua dalam dunia ni boleh kita beli dengan duit....lagipun sikit je tak matipun...” Fariz ditinggalkan seorang diri. Laju Ayuni melangkah meninggalkan lelaki yang masih tak lepas memandangnya.

Hatinya masih tertanya-tanya kenapa dia seakan takut untuk berhadapan dengan lelaki itu. Dari sekolah menengah sejak dia mengikuti perjalanan bahagia Datuk Mansur nama Fariz Iskandar sudah termasuk dalam rencananya. Dia sendiri sudah berjanji yang keluarga itu tak akan bahagia.....hari ini dua lelaki penting dalam hidup Datuk Mansur sudah ditemui. Cuma....

Kata-katanya mati disitu. Tiba-tiba wajah Datuk Mansur terbayang di wajahnya.

****
Perampas aku akan pastkan kau akan mati......kau jangan ingat kau akan bahagia!!!! Ingat kau akan MATI!!!
Tangan masih lagi mengigit. Surat merah kedua yang diterimanya itu membuatkan hatinya semakin tak tenang. Datin Normah duduk di sofa. Wajah suami dan anaknya dipandang.

“ni tak boleh jadi ni uncle...ni dah kes ugutan bunuh”, Adam menyuarakan pendapatnya. Dia sudah tahu semua cerita mengenai surat merah itu.

“betul tu papa...ni bukan perkara main-main lagi, sampai dia berani tulis macam ni bahaya..” Fariz bergegas pulang dari pejabat apabila mendengar tangisan mamanya.

Datuk Mansur masih mendiamkan diri. Aleyya duduk di samping mamanya cuba menenangkan mamanya. Hatinya juga tertanya-tanya siapa yang berdendam sangat dengan keluarga mereka?.

“kita report polis je uncle macamana?” Datuk Mansur memandang Adam. Adam sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.

“jangan dulu....papa dah suruh Pak cik Karim siasat kes ni....lagipun kes ni boleh menjatuhkan nama syarikat kalau kita besar-besarkan..” Fariz tunduk ada kebenaran kata-kata papanya itu.

“tapi dia ni dah melampau betullah papa..kalau Fariz dapatlah pengirimnya...hish.....”, Fariz melepaskan geramnya.

GILA KAU 15


GILA KAU 15

“Ehhh kenapa mamat poyo tu tetiba je diam?” Intan bertanya hairan. Dari tadi shah yang banyak mulut tu hanya membisu.

“Entah ingatkan cinta yang tak kesampaian kot” Farid menjawab perlahan. Bimbang kalau-kalau ada yang mendengar. Mereka masuk ke rumah. Baju yang tadinya basah sudah hampir kering. Dahi Intan berkerut tak faham kata-kata Farid.

Tiba-tiba telifon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Ketika itu dia betul-betul berdiri di pintu.

“kalau nak bergayut boleh tak jangan duduk dekat pintu?”, suara garau itu menegurnya, dia pantas ke tepi dan sempat menjeling ke arah shah yang sengaja lalu di hadapannya.

***

Intan mengangkat beg bajunya ke dalam kereta. Dilihat wajah suram Mak Siti yang berat melepaskannya balik.

“Intan kata cuti dua minggu kenapa nak balik awal?”, Ummi pula bersuara. entah keberapa kali soalan itu diulang. Dia hanya tersenyum. yakin tidak perlu soalan itu dijawab lagi.

“ emmm dia tak suka duduk kampung mak..jangan paksa”, sindir Farid. Intan menjulir lidah, Farid semakin suka mengusiknya.

“Intan kalau boleh nak terus duduk sini, tapi ada masalah sikit.. Intan kena balik nanti susah pula”, teringat panggilan Lokman yang memberitahunya tentang keadaan Hafiz. Hafiz sudah dikejarkan ke hospital. Anak kecil yang sentiasa menjadi buah hatinya itu tak mungkin dibiarkan sendirian.

Matanya dapat menangkap kelibat shahrul yang sudah segak, hiahh nak ke mana pula mamat ni?. dia bertanya sendiri. Aina sudah mengekori buntut abang sepupu kesayangannya itu.

“ehh nak kemana cantik-cantik ni?”, Intan bertanya hairan kepada Aina.

“untuk pengetahuan Cik Intan, kami bertiga akan mengiringi pemergian Cik intan berangkat pulang”, senyuman Intan tiba-tiba mati. Hah?

Satu persatu wajah di hadapannya dipandang.

“ummi yang suruh...tak akan Intan nak balik sendiri, hishh bahaya lagipun si Farid pun nak ambil barang dekat rumah dia”, Farid mengaru kepalanya, bila masa pula dia nak ambil barang. Teringat malam tadi mak dan Mak Longnya yang beria-ria meminta dia mengajak shah menemani Intan pulang.
“ehh....tak payahlah..kan Intan dah kata tak apa..”

“dahlah sampai bila nak gerak kalau macam ni je...” shah dengan muka selambanya masuk ke dalam kereta Intan. Dia duduk di tempat pemandu.

“ehh kenapa pula awak duduk situ?”

“yelah tak akan aku nak suruh kau bawa, alamatnya esokpun belum tentu boleh sampai”, Intan geram. Dia cuba menahan rasa marahnya.

Lama dia berpelukan dengan Ummi dan Mak Siti. Mak Siti masih belum mahu meninggalkan kampung halamannya masih banyak yang perlu diuruskan. Semasa tangannya bertaut dengan tangan dua wanita itu, erlahan airmatanya keluar. Cepat-cepat disapu dengan tangan. Malu pulak tetiba menangis.

“nanti Intan senang datanglah lagi kampung ni..jangan serik dengan rumah ummi ni”

“tak mungkin ummi Intan dah jatuh cinta dengan kampung ni..apa yang penting dengan kasih sayang ummi” lagi sekali tubuh wanita itu didakap. Ada satu perasaan yang sukar digambarkan. Mak Siti hanya menggangguk dan tersenyum dia faham apa yang bermain di hati Intan dari tadi. Adiknya memang kaya dengan kasih sayang.

“ehh kalau semua naik kereta ni..macamana awak nak balik nanti?” tanyanya hairan melihat Aina dan Farid sudah meluru masuh di tempat duduk belakang keretanya.

“emmm kau ni kan memang banyak cakap kan...kitorang nak hantar ni pun dah cukup baik tau” langah Intan berhenti. Kata-kata shah membuatkan dia berkecil hati. Bukan dia yang suruh ditemani dia dah biasa hidup sendiri. Selama ini pun hidupnya hanya seorang diri.

Melihat perubahan di wajah Intan, Farid keluar dari kereta. Dia membuka pintu di sebelah pemandu untuk Intan masuk. dia sendiri hairan mendengar mulut tak ada insurans sepupunya itu. Intan masih diam. Dia memberi kunci keretanya kepada Farid dan terus masuk ke dalam perut kereta. Dia memilih untuk duduk di belakang bersama Aina, tak mungkin dia akan dekat dengan mamat poyo tu.


Sepanjang perjalanan yang kedengaran hanya suara Farid dan shah yang entah apa membicarakan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Kalau tadi aina akan mencelah sekali- sekala tapi sekarang aina sedang lena diulit mimpi. Hanya dia yang melayan sendiri perasaannya. Fifkirannya masih memikirkan hafiz. Bagaimana anak itu sekarang?

“ Intan awak lapar tak? Nak singgah makan?” pertanyaan Farid membuatkan Intan terkejut. Dia berpaling memandang keadaan sekeliling. Keretanya sudah berhenti di perhentian mana dia sendiri tak sedar.

“emmm Intan ikut je...”, dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Walaupun hatinya terdesak untuk sampai awal tapi dia perlu memikirkan 3 insan bersamanya sekarang. Pelahan dia melepaskan keluhan berat.

“kenapa? Intan ada masalah ke?” Farid bertanya perlahan. shah sudah hilang entah ke mana mungkin ke tandas.

“ha arr kak Intan dari tadi macam gelisah semacam kenapa?”, giliran aina pula bertanya.
Belum sempat Intan menjawab shah sudah duduk di sebelah Farid, bertentangan dengannya. Wajah lelaki itu nampak penat. Mungkin letih memandu seorang diri.

“so dah order makanan ke? Lapar gila ni..” shah membunuh sepi yang dari tadi bermukin sejak dia duduk di situ. Dia tahu Intan adalah orang yang paling tak selesa bila dia ada bersama.

Farid mengangkat tangan melambai ke arah pelayan yang berbaju putih itu. Satu persatu pesanan diambil. Intan hanya memesan milo ais, bukan perutnya tak lapar tapi fikirannya mendesak untuk dia tidak memikirkan lapar. Dari tadi dia cuba menghubungi Lokman tapi masih gagal. Tiba-tiba telifonnya berbunyi..pantas di angkat.

Shah menjeling memandang Intan yang berdiri tidak jauh dari mereka, dari tadi wanita itu terlalu asyik dengan telifon bimbitnya. Wajah serius Intan dipandang.

“aku rasa Intan ni ada masalahlah..” Farid bersuara perlahan. dia sendiri sedar akan renungan tajam shah yang dari tadi sukar ditafsirkan.

“kenapa kau tak makan? Tak akan ingat kekasih sampai tak lalu nak makan kot”, pertanyaan shah membuatkan Intan terkejut. Dari tadi shah tidak langsung menegurnya, selepas adegam mulut lepasnya tadi.

“emmm tak lapar...” jawabnya lembut. Shah kelihatan tak puas hati.

“tak lapar? Weii ni dah pukul 3 tadi dekat rumah aku tengok kau tak makan pun..tak akan tak lapar?”

“taklah...saya tahulah perut saya”,

“tahulah perut kau tapi kau tahu tak kami ni risau tengok kau tak makan..kenapa kau ada masalah ke?”

“emmm...hishh tak ada apalah jangan risau”, jawapan Intan membuatkan shah bangun dari duduknya. Farid sudah bersedia, sepupunya ni memang panas baran.

“kalau tak lapar sudah jom kita teruskan perjalanan, lagipun perut kau kalau kau laparpun kau yang tanggung”, shah sudah berlalu dari situ. Farid dan Aina melihat sesama sendiri, tak sangka tindakan drastik sepupu mereka itu.
Intan diam, dia terasa dengan kata-kata shah terasa ingin menangis di tengking begitu.

“Intan maaflah ek...si shah tu memang macam tu angin dia lain macam sikit, bukan kira hati orang” Farid tak puas hati. Nasib baiklah dia dan adiknya ikut sekali kalau tidak apalah yang dibuat si shah tu dengan Intan ni. Farid mengekor jejak shah, niatnya hanya satu untuk membasuh semula otak sepupu kesayangannya itu.

“sabar ek kak...abang shah sebenarnya risau akak tak makan. Akak tengok tu nasi dia bukan diusik pun dari tadi asyik pandang akak je”, pantas nasi di hadapannya dipandang. Memang tak terusik.

“sory aina akak teremosi sikit” ada senyuman kembali di wajah itu. Aina bangu bersama Intan menuju ke kereta.

Shah sudah duduk bersandar di dalam kereta milik Intan lama dia diam di situ. Satu persatu yang ada dalam kereta itu dipandang. Satu bear comel berwarna pink juga menarik perhatiannya. ‘Emmm degil tapi macam budak-budak juga’. Dia tersenyum entah apa yang mencuit hatinya dia sendiri tak tahu.

“hahh pe kes senyum sesorang ni?” suara Farid membuatkan Shah kembali membetulkan duduknya. Bear itu diletak kembali di tempat asal.

“emmm dah habis makan ke?”

“banyaklah kau makan.. yang kau angin satu badan ni kenapa?.. mental betullah kau ni shah tak pasal-pasal budak tu kena marah” shah hanya diam. Dia tahu sepupunya itu pasti akan menyebelahi Intan.

“ala aku gertak sikit je...geram aku degil sangat” kata-kata shah membuatkan farid ketawa.

“apahal pulak kau ni?” shah bertanya pelik. Enjin kereta sudah dihidupkan apabila melihat Intan dan aina sudah berjalan menghampiri kereta.

“kau ni dah angau sebenarnya..”, kata-kata itu membuatkan shah membulatkan mata ke arah Farid lalu sepupunya itu diam. Dia turut melihat Intan dan adiknya yang semakin hampir dengan kereta.

Sebaik sahaja Intan masuk ke dalam kereta telifon bimbitnya menjerit lagi.

“hah?..ok..ok saya datang sekarang”

“kenapa Intan?” Farid bertanya cemas. Apabila menyedari suara wanita itu turut cemas.

“boleh tak kita ke hospital sekarang”

“hospital???” Farid dan Shah berpandangan sesama sendiri. Aina mengangguk laju. Tanda setuju.




Sunday, February 8, 2009

KERANA KAU 3

Nur ayuni masih memegang surat tawaran kerja di Neraca Holding. Pengurus pemasaran. Dengan bantuan beberapa orang kawan dia berjaya menempatkan diri di syarikat yang selama ini menjadi idaman. Perlahan senyuman sinis mekar di wajahnya. Dia pasti akan ada yang terluka selepas ini.

‘Adam Mukriz’

Peristiwa dilapangan terbang tadi masih segar diingatannya.

“oppss sorry tak sengaja”,

“aduhhh apa awak ni tak nampak ke buta?” sergahan Ayuni membuatkan pemuda itu terkesima.

“emmm maaf saya betul-betul tak nampak”,

“tak apalah..bukan matipunkan”, Adam tersenyum mendengar kata yang lahir dari mulut gadis itu.

“saya Adam Mukriz..”, tiba-tiba dia menghulurkan salam perkenalan.

“ada saya tanya??”, Adam tersentak. Merah mukanya menahan malu.

“saja nak bagitahu.. lagipun just ayat penyata”, Ayuni tersengih. Jelas Adam cuba menutup malunya. Akhirnya dia ketawa kecil.

“saya Nur Ayuni Balqis...walaupun awak tak tanya tapi suara hati awak saya dengar.. oklah dah lambat ni kalau ada jodoh kita jumpa lagi ek”, pantas Ayuni meninggalkan lelaki itu.

Adam cuba menyatakan sesuatu tapi wanita itu lebih dahulu melarikan diri. Dia tersenyum. untuk apa senyumannya dia sendiri tak pasti. Beg sandangnya ditarik ke bahu, tiba-tiba matanya tertangkap satu kilauan di hujung kaki.

‘NAB...Nur Ayuni Balqis’ loket di gelang tangan itu dibaca. Hatinya meneka rantai tangan itu milik Ayuni, mungkin terjatuh ketika mereka terlanggar tadi. Matanya melilau mencari pemilik rantai tangan ini. Tapi gagal. Lantas rantai itu dimasukkan ke beg sandangnya, mungkin ada pertemuan kali kedua.

Ayuni tersenyum. ‘kita pasti akan bertemu lagi Adam Mukriz’. Dia duduk di sofa. Rancangannya berjalan lancar. Satu persatu wajah terlayar di mindanya. Matanya kembali menatap wajah Datuk Mansur...

‘kau lelaki yang selama ini aku benci...kerana kau aku hilang kasih sayang, kerana kau aku dibenci masyarakat kononnya aku anak haram...semuanya kerana kau’ tiba-tiba airmatanya mengalir. Kenapa dia menangis?. Ayuni mengesat kasar airmatanya dia benci dengan kelemahan itu.

Bunyi derungan kereta membuatkan Ayuni lekas bangkit membuang sisa tangisannya. Pinyu dibuka memberi ruang untuk sahabatnya masuk. Noraina tersenyum, senyuman temannya itu dipandang lama.

“hahh ni kenapa senyum...senyum ni?” Noraina bertanya muskil. Surat tawaran itu ditunjukkan. Terbeliak mata temannya itu. Pengurus pemasaran?

“mak aiiikkk kawan aku ni hebatnya..aku dah agak dah kau mesti dapatlah keje ni”, tubuh kawannya dipeluk erat. Gembira tak terkata. Ayuni pelajar terbaik, jawatan itu memang sesuai dengan kelayakannya.

“ni semua sebab kau juga kalau kau tak ada mesti aku duduk lagi dekat kampung tu”,

“eleh..eleh...eloklah buat muka macam tu nanti cepat berkedut. Kau kan kawan aku mestilah aku tolong tapi syarikat ni terkenal tau, bertuahnya badan kawan aku ni”, Noraina berkata ikhlas,

“Datuk Mansur Ishak???!!”, Noraina membaca kuat nama pengerusi besar Neraca Holding. “Inikan...kau punya...” surat itu ditarik perlahan dari tangan Noraina. Ayuni hanya tersenyum. tahu apa yang bermain di minda kawannya.

“kalau diberi peluang untuk menyatakan sesuatu..mesti kau orang pertama yang akan tahu”, Ayuni berkata perlahan. Cuba menghalau andaian yang bermain dengan perasaannya.

“aku tahu kau tak akan buat perkara yang bukan-bukan kan..”, Noraina cuba berkata sesuatu tapi cukuplah hanya dia dan Ayuni saja yang tahu. Dia tidak mahu rasa dendam Ayuni meracuni fikirannya.

“aku tak tahupun owner syarikat tu..tapi nak buat macamanakan rezeki tak akan nak tolak”, walaupun ada kesangsian dengan kata-kata Ayuni. Noraina hanya tersenyum cuba menyakinkan dirinya juga.

“oklah aku nak naik mandi...malam ni kau belanja ok”,

“ok boleh je kebetulan aku ada beli maggi tadi..bolehlah aku belanja kau makan”,

“eiii kedekut ye, pengurus pemasaran belanja maggie je memalukan”, jerit Noraina dari anak tangga. Ayuni sekadar ketawa kecil.

***
Surat itu lama dipegang. Beberapa kali matanya membaca tulisan yang tertulis di atasnya. Datuk Mansur mengeleng perlahan. Siapa? Musuh syarikatnya mungkin tapi tak mungkin isterinya yang dijadikan sasaran.

“siapa punya kerja ni papa?”, Fariz tidak puas hati. Berita yang disampaikan mamanya tadi betul-betul membuat hatinya panas.

“papa tak pasti...mungkin mainan budak-budak ni abaikan sajalah”,

“hishh mana boleh macam tu papa..entah-entah ada orang dendam dengan kita tak?” Aleeya sudah bersuara. jam ditangannya dilihat sudah menunjukkan pukul 10. adam masih belum menghubunginya.

“tak apa kita tunggu dan lihat dulu apa tindakan seterusnya, apa lagi yang dia berani buat. Lagipun ini bukan pertama kalikan kita dapat ugutan macam ni”, Datuk Mansur cuba menenangkan hati keluarganya.

“tapi papa selama ni ugutan yang kita terima beralamatkan syarikat, kali ni....”, kata-katanya mati disitu. Fariz yakin papanya dapat menangkap maksud kata-katanya.

Aleeya menghempas tubuhnya ke atas katil. Penatnya masih belum hilang ditambah pula dengan surat ugutan yang diterima mamanya. Kepalanya enggan memikirkan perkara itu. Ada hal yang lebih mustahak dari itu. Adam masih belum menghubunginya.

-‘haiii syg. Dh lupe kat org sini ke?’ satu sms di hantar. Beberapa minit kemudian.

+‘mn leh lupe..ayg cume xigt..hihihi’, Aleeya mengigit bibir menahan marah.

-‘emm..bgs2, ok nite’

+‘ala..majuk plak...ayg tak leh nk pujuk ni.:)’

-‘bkn majuk sakit ati!!’

+‘biar skit ati jgn skit mata..nti jngkit..hehe J’

Aleeya ketawa. Adam sengaja menyakitkan hatinya.

+‘hahh...dh ketawa 2 mknenye xmjuk g kn’

-‘xde mkne’

+‘sok seblm subuh ayg ketuk pintu umh k’

-‘elehh..ye ke? Nk wat pe?’

+‘bgnkn syg solat subuh le..heheJ’ sekali lagi aleeya terkena. Mukanya terasa merah. Nanti kau Adam..

+’k ...ayg penat arr..sok kte jmpe ek..salam..lov u’

- ‘ lov u 2’

Aleeya tersenyum, Adam lebih suka menerima SMSnya dari dia terus telifon. Katanya SMS boleh disimpan lama tapi kata-kata mungkin akan buat seseorang itu terlupa. Pelik dia dengan perangai tunangnya itu. Akhirnya lenanya datang tanpa dijemput. Kini Adam sudah dekat dengannya. Hatinya mula senang, berbunga bahagia.

Datuk Mansur masih belum melelapkan mata. Isterinya sudah lama dibuai mimpi. Kepalanya masih sarat memikirkan surat tanpa pengirim yang diterima. Hatinya tertanya-tanya. Walaupun di hadapan isteri dan anak-anaknya tadi dia beraksi tenang namun gelora jiwanya tak siapa yang tahu. Tiba-tiba bayangan Mardiana muncul di kotak fikirannya.

“betul ke dia anak aku?”

“sampai hati abang cakapa macam tu” tangisan itu tidak lagi mengundang simpati. Tohmahan orang kampung mengenai mardiana menguatkan lagi sangkaan buruknya.

“apa buktinya dia anakku?” suara tinggi suaminya membuatkan Mardiana memejamkan mata.

“atas nama cinta Mar pada abang berlandaskan cinta Mar pada Allah yang tak berbelah bahagi. Itu bukti yang ada bagi Mar” Mansur terkedu. Namun hatinya masih belum puas. Saitan sudan merajai hatinya.

“emm jadi aku akan bawa dia ke Kuala Lumpur untuk ujian..samada dia anakku atau anak haram kau”, Mansur bersuara keras.

“Ya Allah.. Mar tak akan benarkan kejujuran Mar diuji oleh manusia. Abang suami Mar jadi abang lebih tahu siapa Mar. Keraguan abang dan membuktikan segalanya, kalau dia anak haram seperti yang abang katakan Mar akan dilaknat, tapi kalau dia benih cinta kita.. mar bersumpah abang tak akan bahagia sampai abang melutut di depannya mengaku dia anak abang”,

Kata-kata itu membuatkan Mansur memegang kuat tangannya. Sumpahan itukan yang menimpa dirinya kini?. Dia beristifar, dia mengambil wudhuk dan mengangkat tangan. Mohon keampunan dari yang maha Esa. Airmata lelakinya tumpah di hamparan sejadah.

Ayuni meraut wajahnya. Terasa ada suara yang memanggilnya semakin kedengaran. Seakan ada tangisan yang didengari. Album lama itu ditutup. Senyuman mamanya disamping lelaki itu membuatkan dia merasakan sakit. Layakkan dia dimaafkan?
Lama ayuni berteleku di birai katil. Hatinya seakan tiada perasaan. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi namun matinya masih belum dijemput lena. Dicapai majalah Usahawan di kakinya. Gambar keluarga bahagia itu dilihat lagi. senyuman manis Aleyya Natasya meluatkan. Sepatutnya dia yang tersenyum disitu bukan anak perempuan itu. Helaian mukasurat itu ditarik kasar. Dikoyak keras sehingga hancur lumat.

‘kau memang tak adil Mansur!!’...Ayuni menarik rapat lutut ke dadanya. Dia seakan seorang yang ketakutan. Dalam hatinya tertanya adakah dia kini sudah gila?. Adakah dia gila dilautan dendam yang diciptanya?

‘tak...aku tak gila!!!’ jerit hatinya.
‘mama...tolong Ayuni..Ayuni tak nak gila!!’ rintihan itu kedengaran perlahan. Tiada siapa yang mendengar kecuali dirinya sendiri.

‘papa Ayuni rindu papa....’ entah darimana datangnya suara itu dia sendiri tak pasti. Perlahan-lahan dia baring lemah dikatil. Penat berperang dengan perasaannya sendiri. Lenanya datang tanpa dijemput perlahan matanya dipejamkan. Ada titisan airmata keluar apabila mata itu ditutup rapat.

‘Papa....’ sekali lagi panggilan itu lahir dari mulutnya walaupun mata terpejam.

Datuk Mansur membuka matanya. Dia terlena di tikar sejadah. Satu panggilan mengejutkannya. Tapi siapa?.

“papa tak tidur lagi?”, Datuk Mansur berpaling. Niatnya untuk membuka peti sejuk terbantut.

“tekak ni haus pulak..kau ni baru balik ke Fariz?”, Fariz mengangguk perlahan.

“papa nak milo panas? Fariz buatkan.”

“emmm boleh juga” Datuk Mansur sudah duduk di meja makan yang sedia ada didapurnya. Matanya meneliti pergerakan anak bujangnya. Walaupun Fariz bukan darah dagingnya tapi sedikitpun tiada keraguan dengan rasa kasih dan sayangnya.

“kenapa akhir-akhir ni Fariz tengok papa macam ada masalah?”, mug milo yang berasap diletakkan dihadapannya.

“emm dah tua Fariz, mungkin dah sampai masanya papa berehat”, senyuman kecil bermain di wajah tua papanya.

“hishh tua apa pulak papa ni. kalau kita keluar berdua mesti ada yang tanya fariz. ehh abang ke tu?”, ketawa Datuk Mansur menghias suasana malam yang sepi. Tercuit hatinya bila mendengar kata-kata anaknya itu.

“kalau macam tu ada peluang lagilah nak buka ‘cawangan’ baru”, gurauan Datuk Mansur disambut gelak besar anaknya.

“boleh papa kalau ‘cawangan’ lama tak meletuplah”, fariz mengusik papanya, terbayang wajah mamanya jika papa betul-betul punya niat itu. Hishh boleh setahun bebel tanpa henti. Dia tersenyum. tiba-tiba tawa mereka mati.

“ amboi cawangan apa yang seronok sangat ni?”, Datin Normah muncul dengan baju tidurnya. Dia turun ke bawa apabila melihat tempat tidur suaminya kosong.

“emm cawangan syarikat kitalah. Si Fariz ni nak buka syarikat baru”, kata-kata papanya membuatkan Fariz tersenyum. papanya bijak memutarkan fakta.

“kamu jangan nak fikirkan syarikat tu saja Fariz. awak tu umur dah berapa? Mama teringin nak dapat menantu. Nak timang cucu, berserilah rumah ni kalau ada budak-budak”, Fariz sudah mengarukan kepala. Mamanya sudah memulakan isu rutinnya.

“ emmm betul kata mama tu Fariz..”, Datuk Mansur tersenyum lagi sengaja mengenakan anaknya. Dia tahu Fariz tidak gemar jika mamanya membebel terutama bab kawin.

“emmm...ngantuknya, oklah mama papa...Fariz ngantuklah. Mama kalau nak tidur, emm mama kalau mama nak rumah ni berserikan apa kata biar papa je yang kawin bolehlah Fariz dapat adik baru. Betul tak papa?.”, usik Fariz. dia lari keluar dari dapur apabila melihat mata bulat mamanya.tawanya kedengaran. Datuk Mansur tersenyum.

“amboii suka abang ek..”, senyuman Datuk Mansur semakin menjadi melihat wajah kelat isterinya.

GILA KAU 14

GK 14.

Shahrul duduk di bawah khemah menghilangkan penat. Ramai tetamu yang sudah balik. Hanya tinggal saudara-saudara terdekat yang tidak memerlukan layanan. Dari jauh dia melihat Munirah yang anggun berbaju pengantin. Masih tergambar akan aksi budak comot yang selalu bermain Lumpur dan memancing bersamanya. Kini budak comot itu sudah menjadi isteri orang.

“weii kau menung apa tu?”, bahunya ditepuk kuat ari belakang. Shah terdorong ke depan.

“hishhh kau ni cuba bagi salam.. main terjah je kalau aku sakit jantung dan mati tahu tak” shahrul merenung tajam ke arah sepupunya Farid. Farid hanya tersenyum lebar. Tahu Sangat perangai shah yang panas baran.

“elehh kalau kau mati pun bukan susah tanam je..leh makan kenduri”

”cishhh mulut kau memang tak beli insuranskan.. aku bagi makan besi tiang khemah ni kang nak?” Farid sudah mengekek ketawa. Dia mengesat peluh yang meleleh di dahi, terasa badannya sungguh penat hari ni.

“kawin juga adik kita tukan..kau tak rasa apa-apa?”

“emmm rasalah juga..”, Farid menjawab serius pertanyaan Shahrul.

“apa kau rasa?” sekali lagi shah bertanya inginkan kepastian. Wajah sepupunya itu dipandang lama.

“Terasalah aku dan kau ni dah tua..tak juga dapat merasa naik pelamin macam si Munirah tu”, ketawa Farid bergema lagi. tidak peduli dengan dua tiga pasang mata yang memandang. Shah bengang. Malas dia menjawab, dia tahu pasti akan ada jawapan yang keluar dari mulut Farid maklumlah peguam.

“Aku faham perasaan kau shah..tapi hidup kita ni macam roda. Adakalanya kita perlu bergerak ke depan bukan berputar ditempat yang sama. Disebabkan kita bergerak ke depanlah kadang kala hidup ni di atas dan ada masanya di bawah”, shah mengengguk perlahan. Itulah kelebihan Farid hujahnya bernas, logik akalnya mampu membisukan lawan di makhamah.

“Selesai juga majlis ni..ringan sikit tanggungjawab aku sebagai abang sebab Munirah sudah ada pemimpin”, sekali lagi wajah Farid dipandang. Serius. Tiba-tiba shah tergelak.

“Kenapa kau gelak, aku tak buat lawak pun”

“Sebab muka serius kau tu yang lawak hahaha....aduh sakit perut aku..”, Farid terkena. Dia tersenyum. shahrul bukan sahaja sepupu malah teman, abang dan adik baginya. Shah banyak membantu keluarganya, terutama semasa zaman susahnya dulu, ketika dia bergelar anak yatim. Keluarga shah banyak membantu terutama arwah pak longnya.

“emmm si Intan tu comelkan”, satu pujian tiba-tiba keluar dari mulut Farid. Shah menurut pandangan Farid terus ke arah perempuan yang memakai kebaya ungu lembut itu. Sedondong dengan pengantin. Dapat dilihat gelak tawa Intan dari tempat duduk mereka.

“bolehlah...tak comel manapun”, shah menafikan kata hatinya. Dia sendiri terpegun apabila melihat penampilan wanita itu pagi tadi. Ternganga mulutnya bila terpandang Intan keluar dari bilik Aina. Malu gila bila aksinya ditegur oleh Ummi yang berdiri tidak jauh darinya.

“kau ada apa-apa ke dengan dia?” suara Farid.

“emm..apa-apa? Apa?”

“eleh kura-kura dalam perahu pulak”,Farid cuba mengorek rahsia hati sepupu kesayangannya.

“masalah ye ni bukan cite kura-kura dalam perahu ke dalam bot ke dalam zoo ke..dah la kau buat keje banyak lagi keje nak buat ni”, shah sudah melarikan diri. Farid hanya tersenyum faham gejolak rasa yang dihadapi oleh shah. Dia sendiri seakan terpaut dengan penampilan gadis tinggi lampai itu.

***

Empat hari di kampung Siput ini banyak mendatangkan kenangan manis. Munirah juga sudah sah menjadi isteri orang dan masih di rumah mentuanya. Disisi suaminya Amran. Hubungannya dengan Ummi juga bertambah baik, wanita itu kaya dengan kasih sayang seorang ibu yang selama ini didambarkan. Pagi itu dia bersiap-siap, Aina sudah berjanji akan membawanya meronda satu kampung. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap.

“emm awal bangun?”, Mak Siti tersenyum memandang Intan yang ringkas mengenakan jeans hitam dan T-shirt warna yang sama. Rambut ikalnya diikat satu seperti ekor kuda.

“semangat nak ronda kampung dengan Alia”

“emmm patutlah dah duduk makan..ni nasi goreng ada jemput pisang ada, tapi makanan kampung la..”

“hishh ummi ni benda nilah sedap”, dua wanita itu tersenyum. Intan pelik nasi goreng dipinggannya sudah habis masuk dalam perut. Kelibat Aina masih belum kelihatan.

“Ummi.. Mak Siti mana Aina ni? dia tak bangun tidur lagi ke?”, Ummi sopiah dan Mak Siti saling berpandangan. Mereka tersenyum.
“Dah dok tunggu kamu dekat luar tu Intan mereka semua dah makan kamu je yang lambat”, Intan terkedu. Cepat dia mengangkat pinggan ke singki untuk dibasuh. Mereka?? siapa lagi yang nak pergi ni?.

“ala... lambatnya kak Intan bangun”, aina bersuara apabila melihat Intan yang tergesa-gesa memakai selipar jepunnya. Matanya tertacap pada dua tubuh lelaki yang asyik berbual. Farid dengan mamat poyo ni rupanya.

“sorry akak lambat. Ingatkan akak paling awal tadi”, Intan tersenyum sambil mendapatkan Alia.

“emm..tulah dah biasa bangun lambat tu sebab jadi macam tu, pukul 12 pakai baju tidur lagi”, shah menyampuk.terbayang aksi intan semasa dia menghantar nasi lemak ke rumah jirannya itu. Tidak dipedulikan jelingan tajam Intan. Farid hanya tersenyum kecil.

“whateverlah sibuk je” Intan bersuara keras.

“ Aina mamat poyo ni ikut sekali ke?”, pertanyaan Intan membuatkan Shah berpaling. ‘Mamat poyo dia panggil aku’ shah mengigit bibirnya. Geram.

“Along dengan Abang Shah bertindak sebagai P.A kita. Kira pembantu peribadi” Alia bersorak bangga. Dan lama mereka tidak bersama, kalau dulu dia, kak muni, abang shah dan along akan sentiasa bersama.

“emmm Pembantu peribadi ke Penyibuk Antarabangsa...” bisik Intan perlahan. Aina ketawa besar. Lucu melihat wajah Along dan Abang shahnya.

“oklah jom...” Intan sudah meluru ke kereta Gen2 hitamnya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil kuat oleh aina.

“kak Intan kita bawa nilah”, Intan ternganga basikal tua yang agak usang dipandang. Hah naik basikal??!

Lama Intan bermenung. Dia melihat Farid, Aina dan shah sudah bersedia dengan basikal masing-masing. Farid hairan melihat raut wajah wanita itu. Dia seakan blurr..

“kenapa Intan?” Farid bertanya lembut. Intan mengaru kepalanya. Basikal tua yang beraga besar itu dipandang silih berganti. Wajah tiga insan itu juga dipandang lagi.

“Intan tak reti bawa basikal..”, ujarnya perlahan. Lama mereka terdiam, akhirnya ketawa kuat shah kedengaran menambahkan lagi sakit hati Intan. Muncungnya panjang sedepa. Malu mengakui kelemahan dirinya.

“emm tak apalah akak naik dengan Aina je”, ada senyuman terbit di bibir Intan. Perlawaan itulah yang ditunggu. Farid mengelengkan kepala ketawa shah masih belum reda.
“tak apalah Intan naik dengan saya je”, Aina tersenyum Alongnya memang seorang lelaki yang understanding. Namun ketawa Shah mati tiba-tiba mukanya diserbu satu aura panas. Lama dia terdiam.

“ke kau nak bawa Intan shah?” pertanyaan Farid mengejutkan Shah. Pantas dia mengelengkan kepala. Dia tahu niat sepupunya itu.

“emm tak naklah aku berat”, kata-kata itu sekali lagi membuatkan Intan panas hati. Mamat ni memang nak cari pasal dengannya. Akhirnya Intan bersama Farid. Aina riang dari belakang. Sementara shah seakan asyik menikmati keindahan sawah padi yang luas terbentang. Intan bersorak gembira tiada lagi rasa malunya. Kalau tadi mukanya merah, malu dengan Farid kini tidak lagi. mulut farid ringan menceritakan tempat-tempat yang selalu dikunjungi mereka semasa kecil.

“nilah port kitorang Kak Intan”, Aina berkata riang. Dia berlari-lari anak meniti denai sawah menuju ke tali air. Intan kagum dengan keindahan ciptaan tuhan.

“emm bestnya Aina..first time akak lepak tempat macam ni tau”, Aina hanya tersenyum dari tadi dia bangga dengan tempat kelahirannya ini.

“hati-hati Aina, tengok jalan tu..” mereka sudah mengambil tempat di sebuah titi di tali air. Intan memegang seliparnya dan meniti perlahan. Shah di belakang mengawasi langkah Intan takut jika tergelincir. Aina dan Intan duduk menjuntai kaki di tali air, sementara shah dan Farid sibuk melihat kalau-kalau ada kotak hikmat yang mereka tanak 10 tahun lalu.

“kau yakin ke dekat sini shah?”

“betullah dekat sini” tangannya menguak tanah, mengorek dalam tanah di depannya.

“hebatnya Abang shah ingat lagi ek” Aina sudah menyertai mereka. hanya Intan yang tak tahu apa-apa, puas dia bertanya tapi tiada jawapan.

“hahhh dah dapat..”, shah berteriak kuat. Kotak yang menyimpan impian mereka berempat. Shah melarikan kotak itu apabila Farid cuba merampasnya.

Melihat aksi 3 beradik itu Intan dipagut rasa sedih. Gembira sungguh zaman kanak-kanak mereka. bagi Intan zaman kanak-kanaknya adalah zaman hitam. Terbayang kepayahannya hidup sebagai anak yatim piatu yang tergapai-gapai meminta sesuap nasi. Tiba-tiba air matanya menitis. Pantas dia menyeka cuba lari dari pandangan 3 pasang mata itu.

“kenapa Intan?”

“emmm tak ada apa habuk masuk mata” Aina datang memegang tangannya perlahan. Dia tahu Intan menangis.
Shah terdiam hatinya seakan pilu melihat wajah sayu itu. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Intan. Hati lelakinya seakan ingin memeluk wanita itu, mungkin cara itu boleh menenangkannya. Lama Intan terdiam.

“hishhh dahlah kau ni nangis-nangis macam perempuanlah”, shah berkata kuat. Dia menyimbah air ke arah Intan.

“memang saya perempuanpun la...senggal”, Intan menyepak air dihujung kakinya ke arah Shah. Shah memberi isyarat kepada Farid. Farid mengenyitkan mata tanda setuju.

“serang!!serang!!” sepantas kilat dua pemuda itu sudah terjun ke dalam tali air yang hanya separas lutut. Mereka menyimbah air ke arah Intan dan Aina.

Intan dan Aina terkejut. Aina turut turun ke tali air menyerang balas Abang-abangnya. Serangan balas!! Jerit Aina. Intan bertambah semangat turut serta. Akhirnya mereka berempat bekubang di dalam tali air itu. Kedengaran jerit pekik Aina dan Intan. Mereka sama-sama ketawa. Persis zaman kanak-kanak.

“habis basah orang..bodohlah Along dengan abang shah ni”, Aina bersuara tidak puas hati. Dia memerah bajunya yang sudah separuh basah. Intan ketawa besar.

“entah belajar tinggi-tingi main air lagi” sambung Intan mengiyakan kata-kata Aina. Lupa akan kesedihannya tadi. Entah kenapa dia cukup gembira. Tak sudah dia ketawa.

Tiba-tiba ketawanya mati. Ring tone lagu ‘MATAHARi’ nyanyian Agnes Monica mengejutkan. Semua mata memandang ke arahnya. Intan tersenyum. dia menyeluk poket seluarnya. Panggilan dari lokman. Kenapa lelaki itu menghubunginya?

“sorry” dia bergerak jauh sedikit dari mata-mata yang memandangnya. Shahrul membalik batu ke dalam tali air. Ada sesuatu terasa di hatinya.

“emmm nampaknya ada yang cemburulah Aina...”, Usik Farid. Aina tersenyum matanya tepat memandang Abang shahnya yang dari tadi menunduk.

“emm macam nak hujan je kan along”, usikan itu tidak dilayan. Shahrul hanya buat-buat tak dengar seperti usikan itu bukan ditujukan kepadanya.

GILA KAU 13

GK 13

Semua persiapan di pihak perempuan sudah serba lengkap hanya tinggal menanti hari langsung. Rumah Ummi sopiah dipenuhi sanak saudara yang silih berganti. Apa yang membuat Intan lagi teruja apabila melihat wajah berseri Munirah seakan tidak sabar mananti hari bahagianya.

“akak boleh ke?”, Aina bertanya risau. Intan sudah memanjat tangga.

”alaaa boleh akak dah biasa buat benda-benda macam ni”, katanya sambil kakinya sudah semakin tinggi memanjat tangga. Buah mangga muda hampir dicapai.

”Aina Kak Su nak berapa biji?”,

”entahlah akak ambiklah dua tiga biji...eiii masa ni juga nak mengidam mangga segala, lepas tu menyusahkan orang”,

”ala...tak apalah Aina bukan susah sangat pun lagipun diakan mengandung anak sulung”, Intan masih cuba mencapai mangga yang agak tinggi. Sedaya upaya dia cuba mencapai selangkah lagi dia menaiki tangga kayu yang sudang usang itu.

”akak kalau tak boleh kita ambil galah je...” Aina bersuara bimbang. ”eiii Amri cuba jangan lari-lari dekat sini” Aina menjerit marah melihat anak-anak sepupunya yang dari tadi asyik berkejaran.

Aina cuba mencubit bahu Amri. Gagal. Amri menjulir lidah ke arah acik Ainanya. Aina mula panas hati. Sedaya upaya dia cuba mengejar Amri, lupa akan tangga yang dipegang. Intan tersenyum dia berjaya. Tangannya penuh memegang mangga. Kakinya perlahan turun dari tangga, satu-satu penuh hati-hati tapi malangnya dia hilang tempat berpaut.

”aduhhhhhh......” jerit Intan kuat. Aina berpaling.

”aduhhh...sakitnya”, Intan terkedu ada suara lain disisinya. Aksi terbangnya dari pokok mangga tadi membuatkan dia terkedu seketika.

”ehhh awak tak nak bangun ke ni?”, satu suara entah dari mana. Muka Intan berona merah. Dia terduduk atas seseorang. Cepat-cepat dia bangun. Patutlah dia tak rasa sakit rupanya ada mangsa lain. Farid memandang wajah di depannya. Manis!!.siapa pula ni? hatinya bertanya dalam diam.

”Ya Allah apa dah jadi ni?”, Mak Siti dan Ummi Turun dari tangga rumah apabila mendengar suara ketawa kuat anak-anak cucu mereka. Farid hanya menggaru kepala, malu pun ada.

”kak Intan ok ke?”, Aina serba salah, dia yang cuai.

”emmm...ek kau ni aina Along ni yang patut tanya, tiba-tiba kena hempap dari atas ingatkan pokok mangga ni tumbang ke dahan patah ke..”, Farid mengurut tengkuknya yang terasa senggal.

”Intan buat apa sampai jatuh ni?”, pertanyaan Mak Siti yang sudah berdiri disebelahnya. Mak Siti meneliti ke arah gadis itu bimbang jika ada yang luka. Intan tersenyum.

”alaaa...Kak su nak makan mangga sangat, Aina dengan Kak Intan yang jadi mangsa”, belum sempat intan membuka mulut suara aina sudah menerjah.

”Laaaa...yang pergi panjat tu kenapa kan galah ada? Jolok je la...”, Kak Su datang dengan perut yang memboyot ke depan. Mangga ditangan Intan diambil. Aina menjeling tak puas hati. Faham benar perangai sepupunya itu memang pemalas, alasan mengandung tak boleh diguna pakai.

”dahlah nasib baik tak ada apa-apa...”, Ummi menyampuk bimbang mulut lepas anaknya akan mendatangkan pergaduhan.

”lagipun along datang tepat pada masa dan ketikanya. Jadi jangan risau semuanya selamat”, Farid cuba menyelamatkan keadaan menarik tangan adik bongsunya, faham dengan bahasa mata yang ditujukan oleh Umminya.

Kejadian pagi tadi betul-betul memalukan. Entah kenapa terasa segala pergerakannya diperhatikan sanak saudara Mak Siti. Serba tak kena duduknya. Kalau diberi peluang dah lama dia balik Kuala Lumpur. Pagi esok majlis akad nikah akan berlangsung. Intan membantu persiapan Munirah di bilik pengantin.

“Muni dengar akak ada butik ek?”, Intan hanya tersenyum dan menggangguk perlahan. Pasti Mak Siti yang memberitahu segalanya.

“emmm patutlah Muni tengok baju akak cantik je”,

“hishhh mana adalah muni ni..akak pakai T-shirt dah 3 tahun ni muni kata cantik?”, Intan memandang T-shirt biru laut yang tersarung di tubuhnya.

“baju yang akak pakai masa datang hari tu cantik. Muni suka tengok..mahal tak kak?”

“hish.. tak mahallah nanti Muni ajaklah Abang sayang ke butik akak.. akak bagi diskaun ek”. Munirah sudah tersenyum malu. Hatinya berdebar bila mengenangkan dia akan mengakhiri zaman solonya.

Munirah diam lama. Hantaran yang tersusun di atas katil pengantin dipandang. Entah kenapa dia seakan tidak percaya dengan keputusan yang dibuat. Kadang-kala timbul keraguan di benak hatinya.

“hahh kenapa diam je ni?” soal Intan kebetulan hanya tinggal mereka berdua saja di dalam bilik yang lain mungkin sibuk di luar.

“entahlah kak tiba-tiba takut pula”, dahi Intan berkerut.

“kenapa pulak takut?”

“betul ke keputusan yang Muni ambil ni?”, Intan tersenyum. faham maksud kata-kata Munirah. Tangan gadis itu dicapai.

“ Muni kena yakin dengan keputusan muni. Ingat apa yang muni lakukan adalah atas hati muni sendiri so muni kena bertanggungjawab. Lagipun akak yakin muni akan bahagia. Emmm dah jangan nak buat muka macam tu..senyum.”, Munirah tersenyum terasa ikhlas kata-kata yang diucapkan Intan. Walaupun baru kenal tapi dia selesa meluahkan isi hatinya kepada Intan. Mungkin ada sesuatu pada wanita ini.

“sepatutnya akak yang takut..” Intan berkata serius.

“kenapa pulak?” soalan yang sama pula lahir dari mulut Munirah.

“yalah muni baru 24 dah kawin akak ni bukan kawin bayang pun tak nampak lagi”, tercetus ketawa mereka. sengaja Intan menghalau perasaan yang bermukim di hati Muni.

***

“Amboi seleranya anak Ummi ni makan?” shahrul tersenyum. gulai lemak cili padi dengan rebung membuka seleranya.

“mestilah dah lama tak makan masakan Ummi rindu gile”,

“emmm yelah tu..kalau rindu kenapa tak balik? Ni dah dipaksa baru balik. Inipun entah ikhlas ke tak?”, Ummi sopiah memandang anak buah kesayangannya. Kasihnya kepada shahrul Iskadar sama saja dengan Farid anaknya. Dari kecil lagi mereka memang manja dengannya. Malah ibarat kembar.

Mak siti yang dari tadi memerhati tingkah anaknya mengelengkan kepala. Shah kalau makan bukan ingat dunia. Dia sebenarnya terkejut dengan kedatangan anaknya. Tapi mesti ada yang memaksa shah pulang ke kampung. Mungkin adiknya sopiah kerana hubungan shah dan Umminya itu memang rapat.

“hai..” shahrul iskandar!! Intan bangun dari duduknya. Tiba-tiba darahnya menyerbu ke muka, melihat senyuman shahrul membuatkan dia bertambah sakit hati.

Entah macamana petang tadi shahrul muncul di halaman rumah ummi.

“Ehh...apa awak buat dekat sini?”

“Suka hati akulah kampung aku”, dengan selamba shah duduk bersandar di depan Intan. Intan mencebik. Dia sudah berkira untuk bangun, tak mungkin dia akan duduk mengadap muka shah disitu.

“ehh..nak ke mana!!?”

“Suka hati sayalah diri saya..”, Intan berpaling meninggalkan shah yang terkulat-kulat. Dia tersenyum. padan muka.!!
Hari semakin menginjak waktu. Malam itu semua keluarga sibuk untuk memasak maklumlah pertama kali majlis besar akan diadakan dirumah tua ini. Dengar cerita Ummi 3 ekor lembu ditumbangkan. Intan berkira-kira pasti ramai jemputan yang akan hadir. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tapi rumah ini masih riuh dengan suara dan kesibukan masing-masing. Intan leka bermenung di anjung rumah.

“haiii tak tidur lagi?”, satu suara. Intan terkejut.

“oppss sorry tak sengaja. Awak terkejut?” Farid sudah duduk di atas anak tangga betul-betul mengadap Intan. Seluarnya disinsing tinggi mungkin dia dari khemah masak, teka Intan.

“emmm...eh tak pe”,

“kenapa tak tidur lagi?”

“belum mengantuk lagipun best suasana malam ni meriah. Macam rugi pula kalau tidur awal”, Intan memandan wajah jejaka di hadapannya ada mirip shahrul. Cuma Farid cerah sikit dari Shah.

“emmm ingatkan nak panjat pokok mangga lagi”, Farid mengekek gelak. Intan yang mulanya tersentah akhirnya turut ketawa mengenangkan peristiwa itu.

“saya minta maaf ek awak..sakit lagi ke?”

“ala...tak apalah bukan sengajapun. Lagipun bukan senang bidadari nak jatuh atas saya. Kira rezekilah tadi”,

“banyaklah..” merah pipinya mendengar pujian lelaki itu.

“tapikan boleh tak saya tanya sesuatu?” dahi Intan berkerut. Muka serius Farid dipandang lama

“apa dia?”, tanya Intan tak sabar,

“berapa berat awak ek....boleh patah jugak pinggang saya tadi..”, bulat mata Intan mendengar kata-kata Farid. Dia sekadar tersenyum apabila melihat ketawa farid yang agak kelakar bunyinya.

“Along..Abang Shah cari..dia membebel tanya Along cari garam ke buat garam? Orang dapur dan mengamuk”, kemunculan Aina mematikan ketawa Farid.

“Alamak lupalah...matilah ehhh mana garam Aina?”, pantas Farid meninggalkan Intan dan adiknya, dia mengutuk dirinya macamana dia boleh lupa niat sebenar masuk ke rumah tadi.

Aina tersenyum melihat perangai abangnya nama je peguam terbaik tapi hampehh..pelupa nak mampus!...

“akak jom masuk bilik kak Muni, diorang tengah berinai”, Intan mengekor belakang aina.

***

Orang ramai silih berganti. Majlis berjalan lancar dari akad nikah sehinggalah persandingan dua mempelai. Wajah Munirah naik seri dengan sentuhan tangan mak andam. Mekap di wajahnya nampak natural. Dipadankan pula dengan pakaian lengkap pengantin ungu lembut. Memang menyerlah.

Ummi antara orang yang paling sibuk adakalanya dia didalam rumah. Lepas tu dia akan keluar untuk turut melayang tetamu. Masing-masing sibuk hanya intan yang tak tahu apa yang nak dilakukan. dia hanya asyik melihat kemeriahan yang selama ini tidak pernah dirasa.

“Intan tolong pegangkan daniel kejap, akak nak tolong apa yang patut dekat dapur tu”, Kak Hanum melepaskan daniel ke dalam dukungan Intan. Anak kecil itu merenggek apabila melihat kelibat ibunya menjauh.

Intan membawa daniel jauh dari kesibukan.esok makan besar akan diadakan, mungkin masing-masing sibuk Cuma Intan yang tak tahu apa yang ingin dilakukan. Intan tersenyum memandang ke arah daniel. Wajah kecil di dakapannya itu dipandang lama. Comel.

“hahh..penatnya..” dengan selamba shahrul duduk di sebelah Intan. Peluh yang membasahinya, dia bertungkus lumus mengemas barang di belakang rumah untuk persedia memasak malam ini. Farid yang awalnya semangat lepas tu hilang entah ke mana.

“ hai..daniel”, pipi anak kecil itu di cubit sedikit kuat membuatkan anak kecil itu menangis kuat. Intan terkejut. Punah angan-angannya, tangisan daniel mematikan segalanya

“kenapa ni...ehhh kenapa...??”

“ ehh awak ni...ketawa pulak... kenapa daniel ni...”,

Shah tersenyum menyimpan sisa tawanya. Dia pasti Intan tidak nampak akan aksi dia mencubit pipi Daniel. Intan panik. Dia cuba menenangkan Daniel. Tapi tangisannya bertambah kuat. Shah hanya memandang dengan ketawa kuat.

“dia nak mak dia kot....pergilah bagi dekat mak dia balik”, tanpa berkata apa-apa Intan terus mengangkat punggungnya. laju dia membawa daniel ke dapur tujuannya hanya satu ingin mencari kak hanum. Shah mengelengkan kepalanya melihat reaksi Intan.

Monday, February 2, 2009

KERANA KAU 2


Part 2

”Abang ini anak kita,” pintu pagar besar masih menjadi penghalang antara mereka. Dina memegang tangan anaknya.

” Anak??” soal mansur pelik. Matanya terarah pada bayi dalam dukungan Mardina.

”Anak kita abang, Dina disahkan mengandung lepas abang tinggalkan rumah. Dina tunggu abang tapi abang tak balik...”, bersungguh Dina. Bayi di pelukannya menangis. Pandangan pelik Mansur membuatkan hati Dina terhiris. Suara tangisan itu semakin kuat. Entah kenapa semakin dekat di pendengarannya.

”sudahlah Dina, balik dulu nanti abang datang rumah..kita selesaikan cara baik”,

”abang!!!!”

”mardina!!”, jeritan kuat itu membangunkan lena Normah.

Datuk Mansur meraut wajahnya beberapa kali dengan tangan. Peluh sudah membasahi bajunya. Entah kenapa mimpi itu datang kembali. Selama 15 tahun mimpi itu menghantuinya. Pelbagai cara dan perubatan dicuba namun hasilnya masih gagal. Adakah ini balasan atas dosa silamnya. Tiba-tiba hatinya terasa rindu lepada mardina. Isteri pertamanya, dimana agaknya wanita itu?
“abang mimpi kak mardiana lagi ke?”, soalan lembut Normah membuatkan dia kembali ke alam nyata. Anggukan suaminya membuatkan melahirkan keluhan berat. Normah terdiam. entah kenapa suaminya sering dihantui wajah madunya yang hilang entah ke mana.

“sudahlah abang tidurlah..”

“abang banyak dosa Mah...abang berdosa pada dia...”,Datuk Mansur melahirkan rasa hatinya. Memang selama ini itulah perasaannya.

“abang sudahlah selama ni pun abang dah cuba cari kak Mardinakan”, normah cuba menenangkan suaminya. Didalam usia 50an ini banyak kekesalan lahir dari mulut suaminya.

“macamana kalau betul budak tu anak abang? Macamana Mah?”, persoalan itulah yang selalu bermain dalam mindanya.

Datin Normah diam. Lama dia memikirkan jawapan untuk persoalan suaminya. Akhirnya sekali lagi dia mengeluh. Perlahan dia turun dari katil, niatnya hanya satu menenangkan jiwanya juga. Adakah dia layan digelar perampas bukan saja kepada kaumnya malah kepada kerana dia juga ketenangan suaminya dirampas.

***

“morning papa..mama”, Aleeya Natasya melangkah ke meja makan. Senyumannya masih belum mati. Maklumlah menanti kepulangan insan yang selama ini dinantikan.

“amboii anak mama ni senyum sampai telinga” Datin Normah menegur aksi anak tunggal kesayangannya. Nasi goreng sudah siap diisi di dalam pinggan. Dia menolak pinggan itu ke arah anaknya. Aleeya tersenyum.

“papa are u ok?”, Aleeya bertanya perlahan. Hairan muka papa dari tadi masam.

“ok”, Datuk Mansur bangun, dia mencapai kot yang dihulurkan Datin Normah. Urusan pejabat banyak yang tertangguh akibat kecelaruan perasaannya sejak kebelakangan ini.

“emm..kenapa papa tu mama?”

“papa tak cukup tidur”,

“tak cukup tidur? Kenapa pulak? Bukan semalam papa balik awal ke dari pejabat...?”, Datin Normah enggan mengulas lanjut soalan anaknya.

“adam sampai pukul berapa?”, wajah Aleeya tiba-tiba berseri. Adam Mukriz lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

“amboiii anak mama ni berangan pulak dia orang tanya ni?”, Aleeya tersentak. Dia menggaru kepalanya.

“emmm dalam pukul 8 macam tu kot mama. Tak pastilah dia kata kalau dah sampai dia call.. lagipun uncle yang jemput”, Datin Normah tersenyum. wajah bahagia anaknya membuatkan dia berasa tenang. Walaupun kadang kala sikap Aleeya yang terlampau manja dan agak melampau.

“ok mama... Leeya gerak dululah dah lambat ni nanti bos besar marah”, pipi mamanya dicium pantas. Datin Normah tersenyum itulah rutin anaknya sebelum ke pejabat. Aleeya memegang jawatan pengurus besar Neraca Holding. Syarikat suaminya yang menjadi kebanggaan mereka sekeluarga. Kalau dulu jatuh bangun syarikat bergantung sepenuhnya pada Datuk Mansur kini adanya Aleeya di syarikat banyak meringankan beban suaminya.

“Morning mama...”, suara garau itu mengejutkan Datin Normah.

“morning...hahh tu mula la serabut je...semalam balik lambat siapa suruh?”, bebelan Datin Normah sudah kedengaran. Fariz Iskandar hanya tersenyum, tangannya pantas mencapai air kopi yang sudah sedia di dalam cawan. Dia tergesa-gesa untuk ke pejabat. Tangan mamanya pantas disambar dan dicium perlahan.

“hishhh anak mama ni....”, keluh Datin Normah apabila melihat Fariz yang berlari menuju ke pintu utama banglo mewah mereka.

“bye mama...love you”, jeritan Fariz kedengaran. Datin Normah kembali duduk. Risau dengan keadaan anak lelakinya yang terlampau mementingkan kerja. Mungkin kerana kecekapan yang dimiliki Fariz banyak membawa kebaikan kepada syarikat. Anak muda itu juga menjadi kebanggaan suaminya.

“Datin ni ada surat semalam sampai..mak Jah tak sempat nak bagi Datin”

“emm tak pe Mak Jah..terima kasih”, beberapa keping surat bertukar tangan. Matanya menangkap surat yang berwarna merah. Hairan? Kad kawin ke? Hatinya berbisik.


Kau jangan ingat kau akan bahagia....masanya akan tiba. Kau akan merasa bagaimana rasanya satu persatu orang yang disayangi dirampas... kau akan rasa!!! PERAMPAS!!!!
AKU BENCI KAU!!!

Dari.
Aku!!

Normah terduduk. Lama dia terkedu tidak pernah dia menerima surat seperti itu. Siapa pengirimnya???....punat telifon bimbitnya ditekan laju.

‘abang Mah takut’ jantungnya berdegup laju.

Sunday, February 1, 2009

GILA KAU 12




“Mana kunci kereta kau?”

“nak buat apa?” Intan bertanya hairan. Tiba-tiba saja mamat ni mintak kunci kereta aku pe kes?.

Mak siti memandang hairan. Wajah anaknya dan Intan dipandang silih berganti. Shahrul membuka enjin kereta. Perlahan tangannya menghidupkan enjin gen2 milik Intan. Dia melihat teliti bermula dengan minyak hitam, air, dan segalanya luar dalam kereta milik Intan diterokai.

“tayar spy kau ni tahun bila punya?”, shahrul menggelengkan kepala. Intan bingung. Pertanyaan tiba-tiba shahrul membuatkan dia terkejut.

“entah...” jawapan itu sekali lagi membuatkan shahrul menggelengkan kepala. Intan mencebik terasa seakan shah mengutuknya.

Kedatangan seorang lagi lelaki dengan gaya santai. Menimbulkan tanda tanya.

“ni macam boss...lu punya kereta baru bikin servis lo..cantik lagi.”, rupanya lelaki berbangsa cina itu adalah mekanik. Bekalan macam-macam alat tukar ganti membuatkan Intan faham tujuan kedatangan lelaki itu. Shah serius melihat aksi temannya Ah Long.

“ok thanks Ah long”

“saya bukan along..saya mau tolong maa...”, gelak dua lelaki itu bersatu. Lelaki cina itu terus meninggalkan mereka. wira putih yang dibawa Ah Long sudah menghilang.

“saya baru hantar servislah kereta ni...”, kata Intan tak puas hati. Lagak shah macam kereta itu miliknya.

“tahulah....”

“habis tu??” suara Intan mula meninggi.

“tak habis lagi...untuk keselamtan cik adik oiii...yang kau nak bawa ni mak aku tahu tak?”, Intan mengigit bibir terang-terang shah tidak percaya dengan kebolehannya.

“sudahlah tu shah. Tahulah Intan tu bawa kereta bukan baru sehari ni dia bawa, macam cikgu tadika pulak kamu ni membebel”, Mak Siti mengenakan anaknya. Dia tahu niat shah demi keselamatannya.

“haaa..jangan bawa laju sangat..pelahan sangat pun tak boleh, ingat ikut undang-undang jangan nak main redah je parit...lagi satu ingat kalau rasa tak larat mengantuk ke apa berhenti dulu...” satu-persatu bebelan shah masuk ke telinganya. Intan berdengus kuat.

Intan masih terdengar-dengar pesanan shah pagi tadi sebelum mereka bertolak. Tak henti-henti mulut lelaki itu meninggalkan pesan. Sehinggalah akhirnya mereka bertolak juga. Itupun setelah shah cukup yakin tiada apa yang dibimbingkan.

‘ya lah mak tahulah..nanti dah sampai mak bagitau shah jangan risau…ya mak tahu…hah..ok…ok…”, nokia N70nya dimatikan. Kali ni saja dah masuk 10 kali anaknya menelifon. Mak Siti mengeleng perlahan ada cebisan senyuman dibibirnya.

“siapa Mak Siti?”

“siapa lagi si shahrul Iskandar buah hati mak cik tulah..risau sangat. Ni nak masuk 10 kali dia call, pening dah mak cik.”, Intan tersenyum matanya masih tekun menyala ke jalan. Terasa sudah lama dalam perjalanan.

“dia risaukan mak cik tu”,

“emmm..tulah Intan mak cik suruh kawin dia asyik mengelak je..pantang sebut pasal kawin ada je jalan dia nak larikan diri”, Mak Siti melahirkan rasa kecewanya.

“dia dah ada calon tu saja je tunggu masa yang sesuai”, terbayang wanita yang bersama shah ditepi kolam rumahnya. Cantik dan seksi.

“emmm,,kalau yang tak berguna tu janganlah....Mak cik tak suka”, sekali lagi Intan tersenyum memilih juga Mak Siti ni.

4 jam dalam perjalanan membawa dirinya sampai ke sebuah kampung yang sangat damai. Sawah padi terbentang luas. Intan tersenyum inilah yang dia cari selama ini. Matanya tidak henti-henti memuji keindahan alam ciptaan tuhan. Rumah kayu yang tersergah indah itu diteliti. Cantik. Setiap anjung rumah ini dihiasi ukiran-ukiran kayu yang cantik. Khemah juga telah didirikan mengelilingi rumah. Nampak meriah.

“amboiii sampai juga. mak...ni orang jauh dah sampai”, jerit seorang gadis mungkin lebih muda darinya.

Tak sampai beberapa minit seorang wanita muncul di depan pintu. Senyuman lebarnya seakan menyambut kedatangan kami.

“alaa....kak long kenapa lambat sangat sampainya?”,

“emmm...ala...biasalah orang senior kenalah jadi yang akhirkan”, gelak wanita dihadapannya itu bersatu. Mereka saling berpelukan dan bersalaman. Diikuti dengan dua orang gadis.

“hahhh lupa pulak nak kenalkan ni anak angkat mak long nama dia Intan Azura, Intan ni adik mak cik yang ketiga mak cik sopiah, ni pulak anak dia Aina dan Muni”. Intan tersenyum dia bersalaman dengan tiga orang tuan rumah itu.

“emmm dekat sini semua panggil ummi je..jadi Intan boleh panggil ummi je”, keramahan wanita itu membuatkan Intan merasa selesa. Dari tadi senyuman mekar di bibirnya. Mungkin rasa yang sama lahir dari dalam hati.

Berada di rumah serba meriah ini membuatkan hati Intan terasa penub dengan kasih sayang. Usikan sanak saudara yang berkumpul membuatkan Intan merasakan erti sebuah keluarga yang salama ini dilupakan.

“haiii kak Intan jauh menung?ingatkan siapa abang yang tinggal ke?” Aina duduk di sebilah Intan. Suasana bising didapur membuatkan kakinya melarikan diri ke ruang tamu rumah. Dilihat Intan sedang asyik memandang bunga telur yang sudah siap di atas pelamin.

“emmm akak ke Aina yang ingat buah hati ni?”

“ehhh kita pulak....aina muda lagi tau kak. Mana fikir lagi soal kawin segala ni”, muka Aina sudah merah. Mungkin malu diusik Intan.

“lagi dua hari kak muni nak naik pelamin lepas tu mesti Aina pula kan...”

“alaaa...akak ni ada-ada je kak Muni tu gatal dah nak kawin padahal belajar tak habis lagi tu”, Intan tersenyum. dia faham apa yang dimaksudkan oleh Aina. Munirah kakaknya belum lagi menghabiskan ijazah pengurusan yang diambil. Semua itu sudah diceritakan oleh muni sendiri.

“emmm ala...dah sampai seru, jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan. Kalau dia kata esok kawin pun kita tak boleh nak elakkan”, ketawa mereka kedengaran. Keramahan Aina membuatkan mereka cepat mesra. Walaupun Aina baru di tingkatan 5.

“ummi dekat dapur tu dok puji akak cantik.. mak andak dengan mak su pun cakap benda yang sama”, beria-ria Aina bercerita,

“amboiiii pandailah ek nak buat akak malu...kembang hidung akak ni kang siapa yang susah akak juga”,

“mana ada pujilah benda betul...malam ni akak tidur dengan Aina ek banyak aina nak cerita.”,

Malam itu diserikan dengan kedatangan beberapa orang lagi sedara mara. Kemeriahan mula terasa apabila gelak tawa sesama mereka kedengaran. Anak-anak kecil pun berlari-lari. keluarga Mak Siti memang besar. Dia ada 8 orang adik-beradik semuanya perempuan dan 2 adik beradik tiri. Rumah yang kini diduduki oleh ummi adalah rumah pusaka. Peninggalan orang tua mereka. mereka juga dibesarkan di rumah ini.

Masing-masing sibuk dengan kerja-kerja kenduri yang bakal berlangsung.

“mak long abang shah tak balik?”,

“emmm tak tahulah nak cakap muni.. kau faham-fahamlah tugas abang kau tu”, munirah hampa. Tak akan shah tak sanggup datang ke majlisnya.

“tak akan kerja lagi penting dari majlis Muni?”, keluhan Muni jelas kedengaran. Ada nada kehampaan.

“kamu dok sibuk tanya abang shah kamu je..si farid ni mana? Mak long tak nampak batang hidung diapun dari pagi tadi?”, Mak Siti mengerti perasaan anak buahnya sememangnya hubungan shah dengan Muni dan Aina sangat rapat.

“Along dah lama balik, dia tidur rumah abang Man kot sebab kat rumah ni kan ramai anak dara tak manis katanya”, Muni ketawa apabila mengingati alasan Alongnya itu. Stu-satunya anak lelaki kesayangan umminya.

Dari tadi Intan hanya menjadi pendengar, dia sendiri tak tahu nak mengampuk kerana Masing-masing bercerita pasal keluarga. Ada nama-nama yan tidak pernah didengar, jadi lebih baik dia diamkan diri.


.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets