Monday, March 23, 2009

GILA KAU 20


GILA KAU 20

Intan melihat penampilannya di cermin. Dia tersenyum entah kenapa hatinya terasa tenang. Bibirnya hanya dicalit pelembab bibir. Lama dia memerhatikan penampilan barunya itu.

“akak cantik…..”

“kalau akak pakai tudung mesti cantik kan” sambungnya lagi.

”mana hafiz tahu kalau akak pakai tudung cantik?”

”emm sebab ustaz kata kalau perempuan kesayangan Allah mesti cantik pakai tudung” Intan tersedar apabila pintunya diketuk beberapa kali dari luar. Perlahan pintu biliknya dibuka.

”Intan?” Maya ternganga..dia terkedu melihat penampilan sahabatnya. Intan ketawa perlahan melihat mulut Maya yang terkejut gila.

”Maya tutup mulut kau tu...masuk lalat nanti sape yang susah” pasti mulutnya ditutup, nada suara Intan kedengaran ceria. Hatinya berbisik tenang. Dia melabuhkan punggungnya di hujung katil Intan yang sudah rapi terkemas. Warna hijau pilihan Intan membuatkan biliknya terasa nyaman dengan bauan lavendar. Bukan macam bilik dia yang boleh dikategorikan bilik anak dara malas. Dia tersenyum sendiri.

”hahhh senyum sesorang ni apa cerita?”

”kenapa kau pakai tudung? Nak ke mana?”

”Laaa...nak ke butiklah sayang oiii” Maya berdiri mendekatkan dirinya dengan Intan yang berdiri tidak jauh dari almari cermin ukiran jatinya. Satu set dengan katil dan almari dari corak sama.

”Kau...?”

”Maya aku rasa selama ni ada sesuatu yang kosong dalam hidup aku yang perlu di isi..lama aku cari rupanya aku ingat aku tak ada sesiapa lagi tapi aku lupa aku ada Dia...satu-satunya yang akan bersama kita sangat susah senang.” Intan tersenyum. Maya turut tersenyum dia bersyukur dengan perubahan Intan.

”Ya Allah Intan aku lama teringin nak tengok kau macam ni aku dah dapat Intan aku balik malah lebih baik dari Intan aku yang dulu” titis mutiara mulai jatuh. Terharu Intan pantas tubuh Maya didakap perlahan.

”Terima Kasih Maya..kaulah kawan aku dunia akhirat....lagipun aku lama dah tengok kau nampak cantik pakai tudung so akupun nak cantik macam kau juga” kata Intan sambil merenggangkan pelukannya. Sayangnya pada Maya lebih dari kasih sayang saudara. Maya empat dia meluahkan segalanya. Hanya Maya mengerti apa yang dirainya.

”amboii pandailah kau..”

”yelah kalau tidak tak akanlah abang johan kau tu tak boleh nak berpisah kejap pun dengan kau” bulat mata Maya mendengar kata-kata Intan. Mendengar ketawa sahabatnya itu dia turut ketawa.

”Dahlah bila nak buka pergi butik ni?” Intan menyapu sisa airmata Maya.

”Ala kitakan bos..” Maya kembali ceria.

”Boslah kena datang cepat kalau tak kena pijak dengan pekerja nanti” laju Intan meninggalkan Maya.

Belum sempat pintu keretanya dibuka terdengar satu sapaan dari rumah sebelah. Intan tersenyum melihat Mak Siti yang sudah bersiap cantik-cantik, sekali tengok macam gaya datin pun ada. Intan melihat sekali lagi ke arah Mak Siti kain yang dibeli shah dari butiknya. ’Untuk mak dia rupanya’ bisik Intan.

”Amboii cantiknya anak Mak Siti hari ni..manis nampak Intan pakai tudung” Intan tersenyum. Perlahan dia melangkah dekat ke arah pagar yang memisahkan mereka.

”Emmm terima kasih mak cik, tapi sebelum ni tak manis ke?”

”Emmmm nak manis apanya, masam kelat je......” pertanyaan Intan dibalas dari satu suara garau yang entah dimana. Matanya terus mencari dari mana datangnya suara yang macam dikenali itu. Shah tiba-tiba bangun betul-betul depan matanya. Nasib baik ada pagar. Macamana dia boleh tak perasan lelaki itu di celah-celah pokok bunga. Shah masih tunduk seperti mencari sesuatu tanpa memandang Intan.

Intan menjulirkan lidahnya, tapi tak dapat dilihat oleh Shah.

”Alamak Mak Siti ada rupannya anak Mak Siti ni, dah sama dengan pokok bunga tak dapat nak beza muka dia dengan pasu bunga..” ketawa Intan tercetus. Diikuti dengan Mak Siti. Shah panas hati terus dia bangun matanya bertentang dengan Intan. Shah terkedu matanya menatap wajah Intan yang nampak bersih. Mahkota rambutnya sudah terlindung . gaya waheeda Intan membuatkan dia mati kata-kata. Lama dia memandang wajah itu sehinggakan Intan melarikan matanya.

”Ehemm..ehemmm....” Mak Siti tidak senang melihat pandangan mata anak tunggalnya, tapi dalam hatinya mekar bahagia. Memeng dia suka kalau Intanlah pilihan Shah.

”Ehh mak nak pergi dah kan...jom laaa...shah hantar” shah kalut dia mengangkat pasu bunga dihadapannya.
”Ehh Kalau ya pun janganlah angkat pasu tu...” ketawa Intan dan Mak Siti bersatu. Shah berlalu meninggalkan mereka entah kenapa dia mengutuk dirinya sendiri macamana boleh gabra semacam.

”Oklah mak cik Intan pergi dulu ek...” Intan meminta diri setelah beberapa kali namanya dipanggil oleh Maya.

Sepanjang hari Intan mendengar pujian dari pekerja dan pelanggan tetap yang datang ke butiknya. Penat juga dia menjawab sebab perubahanya. Tapi dia lebih senang membalas dengan senyuman.

Kereta Gen 2 hitamnya membelok masuk ke taman Yayasan. Dua beg plastik berisi hadiah untuk anak-anak yayasan diangkat. Hanis dan Hafiz sudah tiada di yayasan tapi dia punya ramai lagi keluarga disini. Terbayang tangisan Hanis disaat dia dibawa pergi oleh Mak ciknya. Tapi Intan yakin Puan Rosnah akan memberi jagaan yang terbaik kepada Hanis selepas Hafiz pergi meninggalkan mereka. Lama dia berdiri di sisi keretanya terbayang kelibat Hafiz yang berkejar mendapatkannya setiap kali dia datang. Intan tersenyum tiada lagi airmata untuk pemergian Hafiz dia rela melepaskannya.

Intan memandang senyuman yang terukir di wajah-wajah di hadapannya. Hatinya mula bahagia.

”Terima kasih kak Intan..” kata anak-anak yayasan beramai-ramai. Intan tersenyum.

”Emmm cik ...” Lokman yan berdiri di belakangnya bersuara. Intan berpaling. Lokman terdiam. Intan??

Ketawa Intan masih bersisa, kelakar dia mendengar cerita Lokman.

”Emmm saya nyaris tak kenal Intan tadi...nasib baik saya tak inga penceroboh tadi” Lokman mengakui Intan bertambah Manis dengan gaya tudungnya itu.

”Intan cantik pakai tudung”

”Emmm awak orang yang ke 100 kata macam tu..” gurau Intan. Dia ketawa kecil. Terbayang gelagat shah pagi tadi.

“Emmm nampaknya ramai yang mengagumi Intan rupanya sampai saya jadi orang yang ke 100” kata-kata Lokman membuatkan Intan mengeleng perlahan,

“Tak adalah awak ni...saya guraulah...bukan cantik sebab saya pakai tudung Man tapi...emmm entahlah mungkin saya tiada jawapannya. Apa yang pasti hati saya tenang sekarang” kata-kata Intan membuatkan Lokman mengangguk.

”Intan jemputlah datang rumah saya hujung minggu ni ada Majlis sikit..hari bermakna my mom and dad”, pelahan saja suara itu melafaznya. Dia malu sebenarnya dengan mamanya yang masih ingin mengadakan party segala ni.

”Emmm insyaallah...”,

”Ingatkan hari istimewa Man tadi..” Intan kembali mengusik.

”Emmm...saya lambat lagi sebab saya tunggu dia betul-betul bersedia terima saya”

”Baguslah macam tu....tapi nanti jangan lupa jemput saya tau..” Intan bersenda.

”Mestilah kalau Intan tak ada maknanya tak jadilah majlis saya tu..” lokman berbisik perlahan.

”Hah apa dia Man?” tanya Intan dia tak dapat menangkap butir kata Lokman. Dia asyik memandang kegembiraan anak-anak yayasan.

”Emmm...tak ada apalah, budak-budak tu suka saya tengok..” Lokman menyembunyikan rasa hatinya.


***

”Maria mana Fail yang saya nak tadi?” Shah bertanya lembut. Dia hanya mengenakan baju T-shirt dan Jeans hari ini tidak dengan kemeja dan kot yang selalu dipakai. Banyak urusan yang perlu diselesaikan jadi tidak sempat jika dia menukar baju di rumah.

”emmm saya dah letak atas meja Encik Shahrul”, Maria tersenyum, melihat penampilan ringkas Bosnya dia mengakui lelaki itu memang ada stail tersendiri. Rambut yang rapi membuatkan shah sentiasa nampak segar. Hensem betul Bosnya, nasib baiklah dia sudah bertunang kalau tidak...

”haii Maria pandangan awak tu macam ada sesuatu...” Maria tersedar. Dia tunduk menyusun kertas yang bertaburan di atas meja.

“ehh emmm bos tadi Miss Ayu call dia nak jumpa..” sempat Maria menyampaikan pesan itu dan hampir setiap hari pesan itu disampaikan.

“emm oklah macam biasa abaikan” ringkas saja jawapan shah lalu dia terus berlalu untuk ke biliknya.

“emm...tapi encik dia call hampir 12 kali...” shah berpaling..lalu tersenyum.

“ada saya kisah?” kata-kata itu membuatkan Maria mengangkat bahunya. Malas dia nak campur tangan hal peribadi bosnya. Terbayang perangai gedik Cik Idayu yang membuatkan dia juga rasa nak muak. Geli dia melihat aksi Cik Idayu bermanja-manja dengan bosnya walaupun di depan para pekerja.

Telifon bimbitnya berbunyi lagi. Shah menutup kuat fail di tangannya. Hampir terkeluar helaian dalam fail itu.

‘Hello...emmm you nak apa lagi ni? ‘ marah Shah kenapalah perempuan ni tak faham bahasa melayu. Bisik hatinya.

‘ehhh sayang sampai hati you tengking I macam tu?’ suara manja Ayu kedengaran.

‘emmm kenapa?’ suaranya mula mendata. Dia tidak diajar untuk berkasar dengan perempuan.

‘malam ni I pergi rumah you ek...I dah berutahu mama you, kita jumpa malam ni..bye’

‘heiii Ayu...ayu..’ panggilan ditamatkan. Shah mengeleng perlahan, hish payah betul perempuan ni. rungut hatinya.





TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets