Monday, January 5, 2009

GILA KAU 6

”Sekarang ni, nak buat ape Mak Siti?” Intan mengaulkan adunan tepung dengan telur yang dah dipecahkan.

”Intan memasukan planta ke dalam bekas.” entah mana datang semangat kewanitaannya pagi sabtu ni dia beriya-riya nak belajar buat kuih karipap...kegemarannya..

Intan bersungguh-sungguh, baju T-shirt hitam yang dipakai sudah bertukar warna, tepung tercalit disana sini. Sedang leka Intan dengan adunannya tiba-tiba satu suara yang tidak digemari muncul.

”Mama masak apa pagi ni.....eh..apa kau buat dekat sini?” suara garau itu memecah gegedang telingannya...hish mamat ni agak-agaklah nak jerit pun janganlah dekat telinga aku...cair taik telinga dengar...senggal betul la...

Shah hanya berseluar paras lutut, tubuhnya dibiarkan terdedah biar seksi..hehhehe..’ehh rumah aku aku punya pasallah tak nak pakai baju pun’. Shah melangkah selamba dia tahu Intan tidak selesa sengaja dia menjengah dapur menyibukkan diri. Bukan dia tak dengar gelak tawa wanita itu, kalau semut kat dalam sarang pun boleh dengar. Kuat gile......

Shah mengeluarkan air oren dari dalam peti sejuk sambil matanya menjeling ke arah Intan. Wanita didepannya nampak santai dengan hanya mengenakan t-shirt dan jeans hitam. Rambut ikalnya diikal satu persis ekor kuda. Shah melarikan pandangannya mamanya entah kemana hanya tinggal dia dan Intan sahaja didapur ini.

”Eiii asal tak boleh pulak ni?” Intan membebel sambil tangannya berusaha membuka plastik tepung, puas dia berusaha membukanya tapi gagal..

”Nak aku tolong?..” shah dari tadi hanya memandang menawarkan bantuan, namun tiada tanda-tanda Intan memerlukan pertolongannya.

”Eiiii...tak payahlahh....saya kata tak payah.....” mereka sudah bermain tarik tali masing-masing berkeras untuk mengambil tepung itu..

Bhhuiiishhhh...Intan terdiam badannya sudah bermandi tepung. Begitu juga dengan Shah

”Argghhhhh.....apaa awakk buat nii.....” Intan menjerit kecil sambil, Shah menahan gelaknya dapat dilihat muka Intan yang penuh dengan tepung. ’Haaa nak lawan dengan aku lagi kan dah kena’

”Ya Allah apa..dah jadi ni?”. Mak Siti tergaman, hairan melihat Intan yang bermandi dengan tepung, dia memandang anaknya yang masih lagi ketawa terbahak-bahak dia membantu Intan, namun senyuman kecil terhias juga diwajah tua itu. ‘shah..shah macam budak-budak’

Shah sudah duduk mengadap kuih karipap yang masih panas, Intan dihadapannya tidak diendahkan, perutnya lapar minta diisi. Mamanya pula sibuk menyuruh Intan makan tapi wanita itu hanya senyum…’elehhh cover la tu dalam hati mesti terliur tengok aku makan’ shah tersenyum kambing…

“ tak payah ajak mama dia dah kenyang makan tepung hahahhaha”…Shah ketawa kuat ‘sekali lagi mamat ni gelakkan aku, aku sumbat pinggan ni dalam mulut dia’.

“ Shah sudah tu, amboi sukanya anak mama ni “ teguran mamanya membuatkan ketawa shah mati, dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

‘kurang ajar betullah nasib baik depan mak kau kalau tidak dah lama….eiiii…geramnya aku’ Intan mengenggam kuat tangannya. Benci dia melihat senyuman Shah yang seakan menyindirnya dari tadi. Hatinya membebel kesal kerana datang ke rumah Mak Siti ketika ‘mamat poyo’ ni ada..

***
Intan melabuhkan tubuhnya ke katil, sakit-sakit bahunya mesti sebab kuih tadi..hehehe,

TiT..TiT...telifon Nokia 2360nya berbunyi menandakan mesej masuk.

‘sok mlm da jamuan kat yayasan..
Hope u dtg....8.30 mlm...’

Intan tersenyum, ‘bestnya ada jamuan, sejak bila pulak yayasan buat jamuan ni? eh ni no. Sape plak tak akan budak-budak ni kot? Mustahil’ bisik dina kesorangan. Lalu butang ‘reply’ ditekan.

‘sape ni ek?’...’send’ baru je tak sampai separuh saat...ehh ada ke separuh saat? Sekali lagi nokia 2360nya berbunyi.

‘ manusia ’......Intan mengaru kepalanya ‘memanglah manusia takkan penguin kat kutub utara kot’

Akhirnya Intan membiarkan saja persoalan yang bermain di kepalanya, lagipun dia bukan jenis yang suka fikir benda-benda kecik ni. habis-habis pun masalah negara..hehehe ewah...

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang, Intan meneruskan niatnya untuk ke butik mengambil baju yang ditempah oleh Datin rozy atau nama kampungnya Roziah. Biasalah duduk dekat KL dah jadi Datin, nama kenalah macam artis.

***
Lokman melihat wajahnya dicermin hatinya bersemangat menguruskan majlis malam esok. Rancangan itu sudah lama dirancang untuk anak-anak yayasan tetapi masa yang menghalang. Hatinya berlagu riang dia menuruni anak tangga satu persatu sambil kunci Vios mamanya dimain-main. Sedaya upaya dia berusaha untuk memujuk kakaknya supaya jamuan itu dipercepatkan akhirnya dia berjaya...’Intan’ nama itu tiba-tiba meniti di mulutnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets