Tuesday, September 28, 2010

kerana kau 21

Kerana kau 21

“untuk apa menyiasat sesuatu yang tak pasti Encik Fariz? Baik kita mulakan dengan siasatan atas projek yang betul-betul sah ada bukti penyelewengannya” suara ayuni deras.

Fariz bangun. Suara Ayuni betul-betul mencabar kredibilitinya. Wajah itu dipandang lama.

“tapi apa yang kita nak siasat adalah dua projek yang berbeza, jadi kita kena mulakan satu persatu..” Fariz tak akan pernah mengalah.

Bulat mata Ayuni.

“dua projek yang berbeza tapi mempunyai masalah dah punca yang sama. Penyelewengan bahan binaan yang sepatutnya perlu menggunakan bahan yang bermutu tapi digantikan dengan bahn tiruan.. apa yang pasti kedua-duanya melibatkan orang yang sama..” jelas Ayuni lagi. Fariz terdiam.

Kini giliran wanita itu pula bangun. Dia sudah mengelilingi bilik mesyuarat yang hanya dihadiri oleh 4 orang pemegang saham dan peneraju Neraca Holding.

“bidang pemasaran dan pembinaan adalah dua bidang yang berbeza. Bidan pemasaran hanya melibatkan kerja-kerja pengiklanan dan melibatkan beberapa orang yang mahir. Tapi untuk pembinaan kita perlu mengambil kira banyak aspek terutamanya aspek keselamatan. Jika perkara ini yang Encik Fariz tangguhkan saya yakin Neraca Holding akan popular dengan kes kematian pekerjanya sikit masa lagi” Ayuni bersuara tegas. Dia mahu semua yang ada di situ memandang serius apa yang dicakapkan.

“tapi projek GIGA akan memberi pulangan besar pada syarikat dan syarikat dan membelanjakan berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menarik perhatian pembeli” suara Adam pula kedengaran. Jelas Adam berada di sebelah Fariz, dia tak nampak kenapa perlu Ayuni terlalu ambil serius tentang projek kecil.

Ayuni melepaskan keluhannya perlahan.

“Ya GIGA akan memberikan kita pulangan yang berlipat kali ganda, tapi Projek Mutiara adalah projek yang melibatkan pembinaan rumah kos sederhana yang akan membawa keuntungan dalam masa panjang kepada syarikat. Anak syarikat kita dan cukup bertungkus lumus untuk memastikan yang projek ini berjalan lancar. Tapi kenapa oleh kerana kita dapat projek besar, MM holding akan cuci tangan?” nafasnya kembali deras. Rasa marahnya kembali berapi-api.

“kita dah lakukan yang terbaik tapi kita perlu tangguhkan dulu projek tu dalam 5 bulan, bukan lama Ayuni hanya 5 bulan..” Fariz mengangkat sebelah tangannya. Menunjukkan angka 5.
Ayuni menjeling wajah ahli lembaga pengarah yang tersenyum. Wajah Dato Mansur yang mengangguk seakan setuju dengan keputusan Fariz. Tiba-tiba Ayuni tersenyum.

Butang On di LCD bilik mesyuarat di tekan. bilik menjadi gelap hanya lampu LCD dilayar putih yang kelihatan. Satu persatu gambar kawasan tempat tinggal buruh dan keadaan anak-anak yang bermain di kawasan tapak projek terlayar. Ada juga antara mereka yang sedang berkongsi makanan.

“5 bulan bagi Encik-Encik yang berada di sini mungkin satu masa yang singkat atau mungkin tak akan memberi kesanpun, tapi 5 bulan bagi keluarga buruh-buruh kita adalah saat penting. Dimana 300 buruh kasar kita akan berkerja sekiranya projek ini ditangguhkan?... macamana keadaan anak-anak mereka dalam 5 bulan? Sedangkah kalau 3 hari ayah mereka tak berkerja mereka tak akan ada makanan..?”

Ayuni diam.. terasa sebab di hatinya.

“5 bulan mungkin tak ada makna pada Encik Fariz tapi 5 bulan bagi saya sangat bermakna untuk masa depan 300 buah keluarga.. jika Neraca Holding boleh terfikir menangguhkan projek kenapa tidak kos perbelanjaan bagi pemasaran GIGA yang dikurangkan?..”

Semua di situ hanya memandang antara satu sama lain. Dato Mansur berbesar hati melihat kesungguhan anaknya.

“lagi satu setiap projek Neraca holding perlulah mempunyai pemantauan ketat tentang keselamatan.. jika ada diantara pekerja kita terkorban syarikat tak akan rugi apa-apa, tapi seorang isteri akan kehilangan suami dan seorang anak akan menjadi yatim dan hilang tempat bergantung kehilangan seorang ayah yang bertanggungjawab..” sengaja ditinggikan suaranya. Ditekankan ayat akhirnya.

“abang…” suara Datin NOrmah menarik kembali kenangan di bilik mesyuarat. Dato Mansur tersenyum kepada isterinya.

Secawan kopi diletak di atas meja dekat dengan Dato Mansur. Dari tadi suaminya melayan perasaan di situ, sengaja dibiarkan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran suaminya itu.

“apa yang abang menungkan lagi ni?” entah dah berapa kali dia bertanyakan soalan yang sama walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya.

Dato Mansur tersenyum lagi. cuba melakarkan senyuman yang cukup tawar. Sejak kehilangan Ayuni memang dia sedaya upaya cuba merahsiakan apa yang bermain di fikiran dan hati. Dia tak mahu isterinya juga merasa sedih.

“abang teringatkan Ayuni?” teka Datin Normah pada jawapan yang memang tepat. Datuk Mansur hanya mengangguk. Kopi di dalam cawan di biarkan sejuk.

“dulu abang rasakan dia perlu ada bersama abang, tapi bila dia sudah ada dengan kita abang yang cipta jurang antara kita dengan dia.. memang dalam hati abang menerima dia sebagai anak, tapi zahirnya abang langsung tak pedulikan dia. abang sia-siakan dia”

Datin Normah diam. Mungkin sengaja memberi ruang untuk suaminya terus berbicara. Dia ingin menjadi tempat untuk suaminya berkongsi masalah.. walaupun sekecil kuman.

“dia dah banyak tersiksa Mah.. malah bukan sekali dua abang lukakan hati dia, abang dah tak sanggup lagi nak terus melakukan kesilapan. Kalaulah abang diberi pilihan abang akan pastikan dia akan mendapat apa saja yang diinginkan.. walaupun harta tak mampu nak menebus dosa abang tapi abang rela kalau harta kita boleh membayar segalanya”, Datin Normah diam. Hari ini baru dia rasa apa perasaan Kak Mardina bila suaminya menyayangi orang lain.

“sabarlah bang.. kita akan cari dia..” pujuk Datin Normah, dia sendiri tak pasti dengan pujukannya itu. sampai sekarang Ayuni masih tak dapat dikesan.

“tapi bila?.. sekarang ni kita langsung tak boleh cari dia..”

“Abang, kalau berpuluh tahun dia hilang kita boleh cari inikan baru beberapa minggu.. abang kena sabar, banyak-banyakkan berdoa supaya hati dia akan lembut untuk balik pada kita, Mah yakin kalau bukan sebab dia bencikan Mah mungkin dia dan abang akan berbaik semula”

“semua ni bukan salah Mah, tapi salah abang” Dato Mansur kesal.

“Mah yakin jauh di hati, dia masih sayangkan abang.. abang papa dia, itu tak siapa boleh ubah..” suara Datin Normah tegas. Dia mahu suaminya kuat.

Malam itu disusuri dengan perasaan yang pedih. Pedih memikirkan kekesalah yang tak ada penghujung. Semua berlaku dalam sekelip mata. Tanpa diundang tanpa diusir.

“Ayuni, papa sayangkan Ayuni..” bisik Dato Mansur dalam hati.


****

Entah kenapa ketiadaan wanita itu sekarang semakin dirasai. Hampir setiap hari dia akan masuk ke bilik yang ditinggalkan Ayuni untuk melepaskan rindu??? Rindu?. Hahh!! Dia betul-betul keliru dengan perasaannya sekarang. Kalau bukan sebab apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dia juga ingin membawa diri jauh meninggalkan masalah yang semakin sesak di kepalanya.

Semakin hari semakin jelas Nama Nur Ayuni BAlqis di hatinya, yang pelik bukan kasih sebagai adik yang terukir tapi satu perasaan yang dia sendiri sukar nak tafsirkan. Dia tak mahu kehadiran Ayuni dalam keluarga Dato MAnsur tapi dalam masa yang sama dia inginkan kehadiran wanita itu di hatinya. Biar dekat biar rapat. Adakah dia sudah jatuh cinta pada adik angkatnya sendiri?.

“macamana Adam?”

Wajah Adam yang baru melangkah masuk ke dalam bilik dipandang penuh pengharapan. Namun lelaki itu masih diam. Wajah itu sudah cukup memberi jawapan.

“aku rasa dia memang tak nak kita cari dia.. langsung tak tinggalkan jejak.. tapi hati aku cukup yakin yang kawan dia Noraina tahu dimana dia, cuma macam yang aku beritahu kita tak akan boleh buka mulut dia”

Fariz mengangguk perlahan. Memang dia tahu dari pandangan Noraina jelas yang wanita itu cukup tak suka dengan kehadiran dia dan Adam. Malah layanan Noraina juga dingin. Langsung tak melemparkan senyuman. Tapi mungkin semua itu disebabkan apa yang telah terjadi pada Ayuni sahabat baiknya.

“memang apa yang keluarga aku dah buat pada dia cukup melampau.. perkara ini memang tak sepatutnya berlaku. Padanlah muka aku, dulu aku juga yang selalu halau dia sekarang aku juga yang sibuk nak cari dia..” sindir Fariz untuk dirinya sendiri. sengaja melepaskan rasa geram yang terbuku di hati.

“sekarang ni bukan masa nak menyesali apa dah jadi.. sekarang ni kita kena cari Ayuni. Walau apapun yang berlaku dia tetap adik kau..” Adam membalas. Sengaja ditekankan perkataan adik itu, biar sampai di telinga Fariz.

Fariz bangun dari duduknya. Sekali lagi dia menghubungi penyiasat yang diupah untuk mencari Ayuni. Tapi jawapannya masih sama, dalam usaha mencari. Walau sesusah dan sepayah manapun dia akan mejejak Ayuni. tak akan dibiarkan lagi wanita itu menderita.

“semalam Aleyya ada bagi tahu aku yang kau dah selalu sangat termenung, makan pun dah tak selera, kenapa?”

Soalan Adam dibiarkan. Dia mencari alasan terbaik untuk menjawab soalan itu supaya jawapannya nanti tidak menjerat diri sendiri. masih banyak yang perlu di fikirkan.

“macamana pulak dengan kes dalaman MM holding?”

“semua dah selesai.. semuanya yang macam kita dah rancang, Cuma aku rasa kita kena tunggu sikit masa lagi untuk pastikan yang semua bukti yang kita ada mampu nak sumbat parasit ni ke dalam penjara.. aku yakin selama ni dia dah banyak makan duit syarikat.” Jelas Adam.

“dan sekarang semuanya akan terbongkar.. dia ingat orang muda macam kita ni tak mampu nak patahkan tengkuk dia. memang silaplah..” Fariz melontarkan senyuman bangga. Adam mengangguk perlahan. Memang dah lama dia perhatikan Insan yang dimaksudkan cuma dia masih mengumpul bukti, sekarang bukti dah ada.

“tapi aku rasa dia ni lebih bahaya dari apa yang kita sangkakan.. apa yang aku tahu bukan senang kita nak tumpaskan dia..”

Fariz tersenyum mendengar kata-kata Adam.

“sebab tak senanglah yang aku suka, kalau dia bahaya kan dah jadi tugas kita sumbat aje ke dalam..lagipun kan cita-cita kau nak jadi polis, so inilah masanya nak tunjuk bakat terendam..” sempat Fariz mengusik. Adam ketawa kecil. teringat cita-citanya ketika di sekolah rendah. Terlalu obsess dengan anggota polis.

“kalaulah aku ada pilihan memang aku akan jadi anggota polis, berkhidmat untuk Negara dan bangsa yang penting agama” bisik Adam dengan penuh semangat.

Fariz bangun. Mendekati Adam, satu-satu yang insan yang dipercayai. Bahu ini ditepuk lembut.

“kalau kau bukan polis pun kau boleh nak berbakti pada Negara.. sekarang ni pun MM holding sedang berbakti pada Negara, Cuma jalan dan caranya saja yang berbeza..” jelas Fariz perlahan. Dia faham semua pilihan Adam sentiasa berkait dengan budi yang telah papa taburkan. Kadang-kadang dia merasakan yang Adam seakan tersepit dengan kehendak dan rasa sayangnya pada papa dan mama. Bukan adam saja yang rasa macam tu aku juga rasakan benda yang sama.

“hahhh dahlah kau ni nak touching-touching pe hal.. aku nak buat kerja, nanti ada pula mulut yang berbunyi kata aku ni dok mengipas bos je kerjanya tak..” sambung Adam yang sudah berdiri.

“alaa kalau kau tak payah nak kipas bos, cakap aje nak apa Big bos pejam mata aje boleh bagi.” Fariz meneruskan usikan. Hilang sekejap ingatannya pada Ayuni. “apapun kalau ada apa-apa pasal ayuni bagi tahu aku cepat ok..” sempat Fariz berpesan.

“ok..” balas Adam sambil menutup pintu.




*****

Air tembikai susu di depannya disedut perlahan sambil matanya masih mengawasi susuk tubuh yang berdiri jauh di tepi pantai. Dari tadi matanya memandang arah yang sama. Si kecil disebelahnya dilupakan.

“uncle tengok apa?” mulut si kecil bersuara sambil matanya beralih pada arah yang sama. Bosan menjadi patung di situ.

“tengok buah hati uncle nilah… comel dengan tocang ni siapa buat?”

Dilla mencebik. Dia berdiri betul-betul di depan Iqbal Hakeem. “kenapa orang besar suka menipu?.. kan menipu tu berdosa?” soalan itu laju keluar dari mulutnya. Sekali dengan pakej nasihat.

Iqbal Hakeem menarik tubuh kecil itu naik ke atas ribanya. Dahi mulus itu dikucup perlahan. Bijak betul budak ni. Bisik hatinya.

“mana ada uncle tipu.. emmm oklah sebenarnya uncle tengok tu.” Laju jari telunjuknya tegak menuju kea rah pantai.

Dilla mengangguk faham. Seolah faham apa yang bermain di hati Iqbal Hakeem, sekali lagi Iqbal ketawa. Lucu rasanya melihat wajah kecil itu berkerut.

“kakak tu cantik kan…” kenyataan dilla menarik semula mata Iqbal menuju kea rah Ayuni. “siapa nama kakak tu, uncle?” tanya dilla lagi. pelik, kenapa mesti

Iqbal diam. Memang itulah hakikatnya sejak pertama kali berjumpa dengan Ayuni. Tapi bukan itu tujuan utama dia ke sini, masih ada tugas yang perlu diselesaikan. Walau dalam masa yang sama matanya seakan tak mampu untuk melepaskan walaupun baying wanita itu.

Nur Ayuni Balqis sama macam anak orang kaya yang lain, sombong dan angkuh dengan kekayaan yang mereka ada. Buktinya ayuni langsung tak memandang salam perkenalan yang dihulurkan. Malah wanita itu seakan melarikan diri daripadanya. Tapi lagi dia lari lagi laju kakinya akan mengejar.

“apa lagi awak nak ni?” suara itu akhirnya kedengaran.

Iqbal hakeem sudah tersenyum. Memang lelaki itu cukup suka tersenyum.

“eiii ada pula… bukan saya tapi budak ni yang nak jumpa awak..” jari telunjuk Iqbal tepat di hidung comel dilla.

Mata Ayuni beralih pada wajah kecil yang berselindung di sebalik tubuh Iqbal. Wajah itu tersenyum. Ayuni memandang lagi. dia membalas senyuman itu.
“patutlah tak nak senyum.. bila awak senyum macam angin semua berhenti..” usik Iqbal.

Senyuman Ayuni mati tiba-tiba. Dia menjeling kearah Iqbal yang berwajah selamba. Sepanjang dia di sini, lelaki itu tak putus asa ingin bercakap dengannya, malah ada saja cara yang dilakukan. Dan dia pasti Dilla juga adalah tektik yang sama.

“dahlah uncle pergilah balik.. Dilla nak berbual dengan kakak ni..” halau mulut kecil itu. bulat mata Iqbal mendengar arahan yang keluar dari mulut Dilla.. amboii dah pandai halau-halau pulak. Baru aje kenal dah jangkit perangai.

“tapi…”

“tak apalah… nanti Dilla balik sendiri.. inikan tempat dilla, dilla tahulah..” tangan kecil itu menolak kaki Iqbal. Ayuni simpan senyum. Dia berwajah selamba bila melihat IQbal cuba merayu dan memujuk si kecil itu.

“oklah uncle balik.. lepas ni jangan cari uncle lagi..” Iqbal berpaling laju. Seolah-olah merajuk. Kedengaran ketawa Dilla sambil tangan kecilnya melambai kea rah Iqbal yang sudah melangkah meninggalkan mereka. Mesti Iqbal tak puas hati.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets