Tuesday, January 1, 2013

KERANA KAU 25

KERANA KAU 25
Langkah Fariz semakin laju. Dia yakin memang dia Nampak wajah itu dengan jelas. Dia cukup yakin. Tak mungkin dia akan salah sebab wajah itulah yang menganggu lenanya setiap malam.
            “Ayuni!!”
            Wanita itu masih belum berpaling, malah langkahnya semakin laju. FAriz tak berputus asa. Akhirnya lengan itu dapat ditarik.
            “Lepaslah!! Apa ni!” suara itu meninggi. Menghadiahkan jelingan tajam. Wajah yang masih berwajah benci.
            “dekat sini rupanya awak…”
            Ayuni berwajah pelik. Terdetik rasa pelik di hatinya.sejak bila pulak lelaki di depannya tu boleh bermulut manis macam tu.
            “Awak tahu tak semua orang cari awak? papa asyik sebut nama awak aje, dekat sini rupanya awak..semua orang risaukan awak..” satu persatu keluar dari mulut FAriz. seakan tiada noktah, dia nak Ayuni tahu apa yang dah berlaku.
            “Awak siapa?”soalan itu.
            Langkah Fariz terhenti. Matanya masih pegun menatap wajah tenang di depannya. Dua patah perkataan yang keluar dari mulut Ayuni membuatkan dia tersentak.
            “Saya tahu awak masih marahkan kami.. tapi awak kena faham dengan apa yang dah terjadi ni. Papa sekarang tengah sakit..boleh tak awak bertimbang rasa sikit..”
            Ayuni tersenyum sinis. “:Maaf Encik saya tak kenal siapa awak tolong jangan ganggu saya..” langkahnya di atur kemas. Langsung tak mempedulikan mata tajam Fariz yang dari tadi menikam wajahnya.
            “Nanti dulu…”
            “Hishhh apa ni… “ tepis Ayuni kuat. wajah itu kemerahan menahan rasa marah.
            Fariz mencebik, elehhh kata tak kenal tapi mata cantik di depannya itu dah cukup menghantarkan mesej ugutan. Masih sama macam kali pertama mereka berjumpa. Dulu Ayuni baginya wanita ular yang memang akan mengeluarkan bisanya. Tapi sekarang kenapa dia yang sibuk mencari wanita itu. Kenapa mesti Ayuni???
            “Awak ikut saya balik..bukan ini caranya kalau nak selesaikan masalah..”
            “Apa masalahnya ni, masalah apa? Sekarang ni siapa yang bermasalah..?”
            FAriz menarik tangan Ayuni. Amarah Ayuni langsung tak di hiraukan.
            “Eiiii lepaslah bodoh!...” jeritan yang membuatkan langkah mereka sekali lagi terhenti.
            “Ayuni tolonglah jadi manusia.. papa sekarang ni tengah sakit, jom ikut saya balik..”
            Mata Ayuni sengaja dibesarkan. Tangannya ditarik kasar. Terlepas. Kali ini dia akan mengawal tindakan Fariz.
            “Gila!!!..”
            “Memang saya gila! Dulu lagi saya dah ingatkan awakkan yang saya akan buat apa saja untuk keluarga saya..saya sanggup korbankan nyawa saya untuk bahagiakan mama dan papa..” suara FAriz. Hahhh!! Dah tiga kali dia ayat itu keluar dari mulutnya.
            “Kau tolong sampaikan pada Dato Mansur, selagi perempuan tu tak keluar selagi tu jangan harap aku akan jejak kaki ke rumah tu lagi… kalau dia sayang sangat dekat perempuan tu please jangan ganggu hidup aku..”
            “Awak ni memang keras hati, hati awak ni memang tak ada perasaan!!” tegas Fariz geram.macam biasa dia akan hilang kawalan bila bercakap dengan Ayuni.
            “ dulu lagi aku dah cakap yang aku memang tak ada perasaan dan tak mungkin akan ada perasaan untuk perempuan yang dah menghancurkan hidup perempuan lain..”
            “Habis apa lagi yang awak nak? Awak nak bunuh mama baru awak puas?” soalan demi soalan meniti di mulut Fariz. ikutkan hati dah lama dia dukung tubuh kecil Ayuni. Masuk dalam kotak dan balik tanpa perlu bertikam lidah.
            “Aku akan balik tapi dengan syarat aku nak Dato Mansur ceraikan perempuan tak guna tu!!”
            HIshhhh!!! Tangan FAriz melayang ke udara. kalau ikutkan dah lama penamparnya hinggap pada wajah itu, tapi nasib baik dia cepat sedar.
            “Kau nak buat apa? Kau nak bunuh aku sebab aku tak ikut kau balik? Sebelum ni bukan kau juga yang kata aku ni gila terlalu ikutkan perasaan.. kenapa yang sekarang sibuk nak cari perempuan gila ni?”
            Fariz meraut wajahnya. Melepaskan keluhan berat. Matanya masih mengawasi gerak geri Ayuni. Seakan tak mahu bayang wanita itu hilang sekali lagi.
            “Permintaan kau tu dah melampau.. Papa dah janji dia akan bagi syer di syarikat untuk kau, dia juga akan bagi apa yang kau nak.. tapi permintaan tu tak mungkin papa akan ikut sebab dia sayangkan mama..”
            Ayuni mencebik, sempat dia ketawa kecil. “Aku tak akan sanggup berkongsi kasih, aku bukannya ibu yang bodoh menagih kasih orang.. sekarang ni kalau dia sayangkan perempuan tu, jangan cari aku lagi..”
            “Kau ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri.. kalau dalam hati kau tu tak ada sayang untuk Papa tak akan kau sanggup selamatkan dia kan..” Fariz cuba memancing hati Ayuni. Dia takmahu wanita it uterus hanyut dalam keegoan dan dendam.
            “Aku tolong Dato Mansur tu sebab aku nak dia terus hidup untuk dia tinggalkan perempuan tu.aku nak perempuan tu rasa apa yang ibu aku rasa..”
            Fariz terkedu sekali lagi, tak sangka itu rupannya niat Ayuni.
            “Jangan jumpa aku lagi, kalau tak nak aku buat benda yang boleh merosakkan keluarga kau lebih baik kau berambus!!” suara Ayuni tegas.matanya di larikanke arah laut. Entah kenapa dia tak boleh nak bertentang mata dengan lelaki di depannya itu. Jantungnya seakan hilang rentak.
            Fariz hanya memandang langkah Ayuni yang laju meninggalkannya.
*****
Datin Normah kembali duduk di atas katil.wajah lesu suaminya dipandang lama. Luka suaminnya dah lama pulih tapi dia tahu hati yang terluka itu mengambil masa untuk sembuh. Kehilangan satu-satu anak tirinya menambahkan lagi beben di hati. Setiap hari dia berdoa yang Ayuni akan memaafkan segala dosa yang dilakukan selama ini.
            “kenapa bang?” suara DAtin Normah memecah sunyi.
            “Semalam abang mimpikan arwah Mardina. Dia menangis bila Nampak muka abang.. air mata dia buat abang sedar yang selama ni memang abang bersalah, abang abaikan perasaan insan yang selama ini memoertahankan cinta dia untuk lelaki tak guna macam abang ni…” suara Dato Mazur sayu.
            Datin Normah tunduk memandang ke lantai. Apa yang keluar dari mulut suaminya seakan pisau yang menusuk masuk ke jantungnya. Kalau Suaminya bersalah dialah puncanya.
            “Semua ni salah Mah.. macamanalah Mah boleh jatuh cinta pada abang.. Mah tamak nak merebut kasih abang.”
            DAto Mansur berpaling laju. Kesal. Wajah lembut isterinya dipandang sekejap. “Semua ni bukan salah Mah.. tapi salah abang, abang gagal bahagikan cinta yang ada dalam hati abang ni..” suara itu cukup sayu.
            Datin Normah mengenggam erat tangan suaminya.
            “Kita tak boleh undur balik masa tapi kita boleh buat sesuatu untuk masa akan datang..” suara Datin Normah yakin,
            “Maksud Mah ?”
            “Apa kata kalau abang kalau kita tebus balik kesalahan kita selama ni pada Ayuni. Mungkin tak boleh nak hapuskan kesedihan dia tapi boleh sembuhkan luka dalam hati anak kita tu..” sambung Datin Normah.
            DAto Mansur memandang wajah itu tak percaya. Terharu bila Isterinya boleh menerima Ayuni sepenuhnya.
            “Tapi boleh ke dia buka hati dia untuk abang ni… Mah tengok ajelah apa yang dia dah buat sekarang ni..”
            Normah tersenyum, “Sebenarnya dia sayang sangat dekat abang, kalau tak tak akan dia sanggup buat semua ni untuk selamatkan abang.. dia sebenarnya berperang dengan perasaan dia sendiri..” 
            Dato Mansur mengosok perlahan dadanya yang terasa sakit. Memang itulah yang dia harapkan walaupun bukan sepenuhnya tapi ada juga rasa sayang yang terselit di tangkai hati anaknya itu.
******
Aleyya membalik beg tangannya ke sofa. benci bila semua orang bercerita pasal orang yang sama. kenapa kemana aje dia pergi semua Ayuni! Ayuni! Dan Ayuni. Apalah yang istimewa sangat perempuan tu dia pun tak tahu. Tiba-tiba datang suka suka nak pergi sekarang menyusahkan semua orang.
“Ni apahal marah-marah ni…muka kau tu boleh sebatu aku Nampak keruhnya..” soal Laila.
“Aku sakit hati ni,”
“Kau sakit hati dengan siapa pulak ni..?”
“Aku sakit hati dengan semua orang.. kenapalah semua orang asyik sibuk pasal perempuan tu, entah datang dari mana.. tiba-tiba nak rampas semua yang aku sayang…”
“Aikkk marah sangat ni..” LAila duduk di sebelah Aleyya. Majalah di tangannya di letak kembali di atas meja. cerita Aleyya lebih menarik perhatian.
“Aku tak faham betullah, kenapa semua orang dalam rumah aku tu sibuk sangat dengan si Ayuni tu.. dari mama aku yang tak sudah-sudah dengan Ayuni, Papa jangan cakaplah dah memang itu ajelah nama yang dia sebut dari pagi sampai malam, tapi pagi ni Si Adam tu pulak yang sibuk sangat risaukan perempuan tu,” marah Aleyya. Tangannya menolak kasar rambut yang menutup wajah.
“Kan dia kakak kau… lagipun dia hilang tiba-tiba mestilah semua orang risau..” suara Laila.walaupun hanya tahu separuh dari jalan cerita tapi dia tahu hubungan Aleyya dengan Ayuni, walaupun ada juga kesangsian.
“Aku tak pernah mengakupun dia kakak aku… sekarang ni kenapa semua orang boleh terima aje apa yang dia buat?, entah-entah si Adam tu pun dah kena guna-guna dengan perempuan tu..”
Laila tersenyum. “Kau ni marahkan Ayuni kea tau kau marahkan Encik Abang kau tu.. sebelum ni kau tak adalah marah sampai macam ni,”
Aleyya mengeluh. Dia sendiri keliru bila melihat mata lelaki yang dikasihi akan bercajaya setiap kali menyebut nama perempuan tu. sikap ambil berat Adam membuatkan dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
“Kau tak faham..” akhirnya sekali lagi Aleyya mengeluh..
“Kau pun sebenarnya tak faham.. dahlah daripada kau pening-peningkan kepala fikir benda yang tak pasti lebih baik kau buat sesuatu..”
“Sesuatu? Maksud kau?” soal Aleyya lagi.
Laila tersenyum. Bibirnya dirapatkan ke telinga Aleyya.membisikkan sesuatu.
“Ehhh boleh ke nak buat macam tu?” soalan demi soalan. Aleyya memandang Laila tak percaya.
“Nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih..” Laila menyambung senyumannya,.
“Kalau aku ajak dia kahwin dia tak nak macamana?”
Laila angkat bahu. Dah sengaja mempamerkan senyuman yang mengerikan. “Kau sendiri fahamlah kalau dia tolak kau..”
Aleyya gigit bibir. Memikirkan apa jalan yang terbaik dari cadangan Laila.
“Tapi kau tak faham… Adam bukan macam lelaki lain, dia bagi aku istimewa. Aku betul-betul cintakan dia..aku sayangkan dia.” Aleyya bersandar di kerusinya. Serabut bila memikirkan apa yang akan terjadi lagi lepas ni.

********
Fariz melepaskan keluahan berat. Geram, dah beberapa hari dia di sini dalam masa itu juga dia akan bergaduh dengan Ayuni. Apalah yang keras kepala sangat, susah sangat nak berkomunikasi dengan Ayuni sekarang ni. Sepatah dia cakap seribu maki hamun yang akan keluar.
            “Kau ingat semua benda boleh dihabiskan dengan perkataan maaf?kau ingat dari maaf tu boleh kembalikan Ibu aku yang dah mati?, kau cakap jer dengan orang tua tu yang aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila…!!”
            Jeritan Ayuni masih kedengaran di telingannya. Sekarang dia tersepit, antara hati seorang anak dan hati seorang ayah yang mengharapkan kepulangan anaknya. Penat juga kalau nak berdepan dengan semua ni. Di kepalanya hanya membayangkan wajah papanya. Wajah tua yang terlalu merindui seorang anak.
            Telifon bimbit dari poket seluarnya ditarik keluar. Satu persatu nombor ditekan.
            “Hello Hans.. aku ada kerja sikit ni untuk kau, hishhh bukan kerja bahaya tapi kerja amal… kau datang sini sekarang juga.. aku tunggu..” hanya suara FAriz yang kedengaran. FAriz tersenyum,kalau cara normal tak boleh buat kita buat jer cara kasar.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets