Monday, January 5, 2009

GILA KAU 7


Intan melihat sekali lagi penampilannya di cermin, baju kurung biru lembut yang tersarung indah di tubuh langsingnya menambahkan seri di wajahnya. Comel juga aku ni, sekali pandang macam siti nurhaliza dua kali pandang macam erra fazira, kalau berkali-kali pandang macam muka aku hehehe.. Intan memperkemaskan rambutnya seledang panjang menutup rambutnya, jarang dia berpakaian begitu. Kalau bukan jeans lusuhnya mesti slack hitam saja.

“Haiii...mambang biru, mambang kuning, mambang kelabu,keluarlah kau tunjuk datang padaku”,nyanyi shah apabila ternampak kelibat Intan, eiii mamat ni saja nak cari pasal dengan akukan,

Intan memandang ke arah pagar jirannya. Satu lembaga hitam bernama shahrul Iskandar sedang berada dikereta miliknya. Niatnya untuk masuk ke dalam kereta mati apabila terdengar suara amukan puaka shah. Dia menjeling ke arah lelaki itu tapi muka poyo yang dipamerkan shah menyakitkan hatinya.

“Eloklah awak tu kawan dengan mambang sebab awak pun lebih kurang tu jugak.” Sempat Intan bersuara sebelum memecut keretanya laju.

Shah mengigit bibir cihss dia samakan aku dengan mambang? Eh nak pergi mana perempuan tu cantik-cantik?...ehh cantik ke eiiii.... shah meneruskan niatnya untuk mengunci pintu pagar.

Di Yayasan.....

“ Kenapa pula Intan duduk dekat sini?” Kak Ani hairan, Intan kelihatan sangat cantik hari ini,kebaya biru yang dipakainya membuatkan dia bertambah anggun. Dilihat wanita itu kelihatan bosan Kak Ani memulakan perbualan.

“ Bosanlah kak Ani kalau tahu macam ni baik tak datang, nak dekat dengan budak-budak tu tak patut pulak.. ya lah diorangkan sedang diraikan”,panjang penjelasan Intan. Kak ani hanya tersenyum sambil memandangnya.

“Tak apalah kak ani, Intan balik dululah..nanti kalau jumpa budak-budak ni kak ani sampaikan salam intan ek...” intan membetulkan selendang yang disangkutkan ke atas bahu, niatnya ingin pulang ke rumah tidur.

“Laaa....Intan dah makan belum? Jangan nak gatal pergi makan dulu kalau nak balikpun”, bibir gadis manis itu hanya tersenyum.

Langkah diatur laju dia tak mahu ada yang menghalang, tambahan anak-anak yayasan. Kainnya diangkat sedikit untuk melajukan lagu pergerakan tapi masih gagal maklumlah kain yang dia pakai agak sendat dan ketat. ‘tu laaa nak bergaya sangat lepas tu nak jalan pun susah...’ Intan menyumpah didalan hati.

“Intan......” namanya dipanggil kuat dari belakang....langkahnya mati.

“Awak nampak cantik hari ini...” puji lokman, hatinya begitu mengagumi Intan.

“ Hari ni je ke...”,

“ Ehh...taklah di mata saya hari-hari Intan cantik...”, sememangnya setiap hari wajah wanita itu ditatap, malah setiap kali dia membuka note booknya wajah Intan akan muncul.

“Hari-hari?...melampaulah pujian tu, awak jumpa sayapun dekat yayasan ni, tu pun sekali sekala je....” lokman mengaru kepalanya, dia idak tahu macamana ayat itu boleh lahir dari mulutnya.

Beberapa minit mereka terdiam, masing-masing melayang perasaan sendiri. Lokman memilih untuk duduk di taman Yayasan agak jauh dari keriuhan majlis. Mungkin dia sebenarnya ingin meluangkan lebih masa bersama Intan. Selama ni ada saja yang mencemburui mereka terutamnya masa.

“ Awak suka budak-budakkan....budak-budak dekat sini selalu sebut nama awak...” lokman tersenyum, Intan sememangnya istimewa.

“ bukan itu saja sebabnya.....”

“Maksud Intan...?” tanya lokman kembali, dia tidak mengerti makna kata-kata yang didengarnya sebentar tadi.

“Saya tak nak mereka jadi macam saya, bila saya bersama mereka saya jadi Intan Azura yang sebenar, kepayahan, keperitan, kesakitan semua tu saya dah rasa...saya tak mahu anak-anak dekat sini rasa apa yang pernah saya rasa awak”, senyuman manis Intan membuatkan Lokman terpaku, dia betul-betul telah jatuh cinta...ya....Intanlah cintanya.

“Maaf kalau pertanyaan saya buat Intan sedih...”, Lokman serba salah

“ehh tak adalah....ok je...lagipun saya dah biasa...ehh awak dah lewat ni saya balik dulu ek..lagipun kalau bebudak ni nampak saya nanti alamatnya kena tidur sini pulak..”,sebenarnya dia malu untuk bertentang mata dengan lelaki dihadapannya, Intan sudah bangun dari duduknya,

“Auocchhhh” Intan menjerit pelahan, alamak kaki ni masa ni juga nak kebas... terasa kaki kanannya seperti ada semut yang menncucuk-cucuk seluruh saraf kaki.

“Kenapa Intan...” Jeritan Intan membuatkan hatinya risau.

“Hehehe...kebaslah...tak boleh nak gerak kaki...haaa....” tersenyum malu...sekali lagi Intan terjerit apabila dia cuba mengerakkan kakinya. Memang inilah penyakit yang dihidapinya dari dulu tak boleh duduk lama sikit mesti kebas. Penyakit keturunan kot..

“Boleh saya bantu?”Lokman meminta kebenaran, anggukan Intan dibalas dengan senyuman.

Lokman duduk mencangkung di hadapan Intan, dia menekan ibu jari kaki Intan dengan mengunakan ibu jarinya, lama mereka begitu. Intan terkedu dengan tindakan Lokman tiba-tiba rasa kebas dikakinya hilang serta merta. Intan dapat melihat rambut lokman yang tersisip rapi dengan jelas wangian dari tubuh lelaki itu memasuki rongga hidungnya.

“ ok?” tanya Lokman, namun ibu jarinya masih belum dialihkan.

“emmm dah ok kot....” Intan sudah mampu mengerakkan kakinya, dia tersenyum kembali kepada lokman yang sudah berdiri tegak dihadapannya.

“ Terima kasih”, Intan meminta diri untuk balik. Lokman ditinggalkan dengan satu persaan aneh. Hatinya bagai berkata-kata. ‘Hishhhh dah gila ke aku ni’ bisik Intan.

Selesai membasahkan badannya lokman berdiri di depan cermin, detiknya bersama Intan di taman yayasan terbayang, masih segar di ingatannya muka merah Intan disaat ibu jarinya menekan ibu jari kaki Intan. Lokman tersenyum... note book di atas meja dibuka. Gambar Intan malam itu si pindahkan dari telifon ke note book. Setiap kali matanya singgah pada wanita itu pasti ada gambar dalam diam yang dirakam. Kalaulah Intan tahu tindakannya itu....

‘Lokman...lokman kau ni dah gilalah’.....Lokman tersenyum....satu ayah dititipkan diatas gambar Intan.

A . K . J . H. K. ( andai kau jadi hawa ku)......


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets