Thursday, October 1, 2009

KERANA KAU 14


Kerana kau 14

Ayuni termenung memandang ke laut yang terbentang luas. Sejak peristiwa di hospital hatinya menjadi tak tenang. Hahhh memang selama ini hati Nur Ayuni Balqis tak pernah tenang. Desiran ombak memikul pantai membasahkan sedikit kaki seluar slack hitam yang dipakai. Disinilah dia menghabiskan masa jika ada kesukaran di hati. Kenapa laut? Sebab dirasakan hidupnya tak ubah seperti pantai.. kadang kala surut ada masanya pasang. Begitu juga dendam yang menyala di hatinya. Surut apabila melihat wajah lesu yang terdambar dikatil. Tapi kembali pasang apabila melihat wajah perempuan yang memusnahkan hidup keluarganya.

“kenapa ayu tak ada ayah nenek?”

“emmm ayah ayuni ada...Cuma dia pergi jauhhh...dia pergi cari duit”

“tapi ayu nak ayah ayu tak nak duit”

“nanti nenek suruh ayah balik ambik ayu ek..”

“Ayah jahatkan nek...ayah tinggalkan ibu ayah tak nak ayu..” rintihan itu masih kedengaran.

Ingatannya masih segar, setiap tangisan dan tangisan yang menghiasi malamnya, dimana Datuk mansur ketika itu? Siapa dia bila dia mengaku aku ini adalah anaknya? Bersimpatikan dia pada aku yang selama ini tak pernah mendapat kasih sayang. Dia mengenggam kuat sedua belah tangan seolah-olah meluahkan segalanya biiar mengalir bersama tenaga yang dilepaskan.

“akak...buat apa dekat sini?” satu suara mengejutkannya. Kanak-kanak kecil itu tersenyum memandangnya.

“emmm tak buat apa..saja tengok pantai..”

“Ayu pun suka tengok pantai..” bijak dia berkata-kata,

“nama adik Ayu?” tanyanya Ayuni lagi. Kepala si kecil mengangguk berkali-kali. Hahhh itulah panggilan manjanya ketika kecil.

“ayu datang dengan siapa?”....

“Ayuni....ayuni....”panggil satu suara.. mereka berdua berpaling. Seorang lelaki yang memegang pelampung hitam datang ke arah mereka.

“Ayuni ke mana?” tanya lelaki itu.

“papa ni ayu cakap dengan kakak ni..” jelas si kecil..

“tahu tak papa risau ayuni hilang...dah jom kita balik..” arah lelaki itu sempat menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Ayuni sayang Papa...” jerit si kecil. tubuh kecil itu didukung. Dia ketawa.


“selamat tinggal kakak...”

“ selamat tinggal Ayuni......” bisik Ayuni perlahan..

‘Ayuni sayang papa.....ayuni sayang papa....ayuni sayang papa....’ suara itu terdengar kembali di telinganya... berulang-ulang.

“tidakkkkkk!!!!!!!!!” jeritnya kuat. Dia terduduk di situ.

****

Fariz sudah panas punggung menanti di situ. Dari tadi mamanya lebih banyak berdiam diri. Dia jadi sangsi dengan apa yang berlaku sebentar tadi di depan matanya sendiri. Mata mamanya dipandan epat. Jelas merungkaikan satu peristiwa.

“mama apa semua ni?” Tanya Aleyya tiba-tiba.

“mama dan papa ada rahsiakan apa-apa dari kami?” giliran fariz pula mengutarakan soalan. Adam hanya duduk di satu sudut. Matanya tak lepas melihat adegan tiga beranak di depannya.

“ayuni anak papa...” bisiknya perlahan tapi jelas didengari tiga insan yang berdiri di situ.

“anak??” semua mata memandang ke arah Datin Normah.

“apa mama merepek ni?”

“mama tak merepek Aleyya, Ayuni tu kakak aleyya. Dia anak papa dengan isteri pertama papa” jelas Datin Normah. Sudah tiba masanya dia berterus terang. Dia tak mahu ada lagi rahsia dalam keluarga mereka.

“Mama yakin dengan apa yang mama katakan ni?”

“Papa dah dapatkan bukti, Ujian DNA menyatakan semua ini dengan jelas”

“tapi kenapa papa tak pernah cerita sebelum ni?” Tanya leyya lagi. Hatinya masih menolak kenyataan yang baru dilontarkan tadi.

“papa dah banyak menderita sebabkan luka lama yang disimpan biarlah hanya papa dan mama saja yang tahu kisah sebenar” itu saja yang mampu diucapkan. Kelihatan jelas wajah kecewa dua anaknya.

Adam hanya bertindak sebagai pendengar. Dia juga turut terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Macam tak percaya wanita misteri selama ini rupanya ada hubungan darah datuk mansur. Memang uncle Man sudah banyak berahsia.

Fariz tak senang duduk mendengar cerita mamanya sebentar tadi, Aleyya dan Adam masih melayan perasaan masing-masing. Datin Normah sudah mendapatkan suaminya. Segalanya sudah dijelaskan.

“abang betul ke apa yang mama ceritakan tu?” tanyanya kembali.

“entahlah Leyya”

“leyya tak boleh terima dia...leyya tak nak..” Aleyya sudah membuat keputusan. “abang kiat cari perempuan tu..” gesa Aleyya.

“nanti dulu Leyya ini bukan masanya..papa belum cukup sembuh, kita sepatutnya lebih pentingkan papa buka kisah baru ni”

Fariz enggan mengulas lanjut. Dia sendiri belum dapat memproses apa yang diucapkan oleh mamanya sebentar tadi. Adam menarik nafas lega. Mujur Fariz masih berfikiran rasional. Kalau diikutkan perangai Aleyya mesti huru-hara jadinya.

“sudahlah sabar dulu lagipun keadaan Uncle pun dah tak kritikal banyak kita jangan cari masalah dulu” adam memberi cadangan. Fariz mengangguk faham.

Mungkin betul kata mama, ayuni ada mirip arwah neneknya.. walaupun tidak seiras mana tapi memang bentuk muka ayuni iras leyya. Mungkin betul ayuni juga adiknya. Fariz menyapu wajahnya dengan tangan. Tapi apa makna 300 ribu tu? Apa muslihat ayuni?.

***

Fariz dan Adam sudah kembali ke MM holding, mereka juga sudah menerima surat perletakkan Jawatan dari ayuni. Menurut Siti semalam wanita itu datang untuk mengambil barang peribadinya dan keluar setelah meletakkan surat itu di atas meja fariz. Surat perletakkan Jawatan itu dilihat lagi.

“apa sebenarnya ?” tanya Fariz. Cuba mencari jawapan sebenar.

“kenapa mesti ayuni letakkan jawatan sedangkan dia masih dalam siasatan tentang 300 ribu tu” Adam pula mempersoalkan tindakan ayuni.

“entah-entah dia nak lari...” teka fariz.

“Tak sangka dia anak Uncle Man” suara Iskandar kedengaran perlahan.

“patutlah aku tengok papa macam ada sesuatu dengan dia, apa saja dia buat mesti tak bagi kesan..rupanya ini muslihatnya” Fariz memegang kepalanya, lagaknya seperti ada satu batu berat menimpa kepala.

“emmm..tak sangka dialah yang uncle cari selama ini”

“apa maksud kau?”

“aku ada dengar uncle mencari seseorang sejak bertahun dulu lagi, mungkin Ayunilah orangnya. Tapi kenapa mesti dia tak mengaku yang dia juga ahli keluarga kau sejak awal lagi? Kenapa mesti berahsia?” soal Adam.

“aku rasa mesti ada niat lain dia muncul sekarang”

Ada lagi nada tak puas hati di bibir Fariz. Dia tahu Ayuni sudah tahu kedudukannya yang sebenar kalau tidak tak akan dia begitu berani mengeluarkan dana syarikat.

“kita tak boleh tuduh melulu kita kena siasat dulu apa yang berlaku”

“nak siasat apa lagi..kau tengok berapa banyak dana syarikat yang mengalir macam tu je tak ada salinan keluar masuk. Kemana hala duit banyak amcam tu?

“aku rasa better kita tunggu uncle sihat dulu baru kita lakukan sesuatu” cadangan Adam.

Tiba-tiba Siti masuk dengan wajah resah.

“Encik Fariz ada kemalangan berlaku di tapak Projek...dengar kata ada yang cedera”

“hah??” Fariz dan adam saling berpandangan.

“apa yang berlaku?”

“Encik Kamal beritahu dinding bangunan runtuh”

Fariz dan Adam bergegas keluar. Mereka perlu berada di tapak itu. Semua yang berlaku adalah tanggungjawab MM Holding...

***

Angin petang ini seakan memberitahunya berita gembira. Ada yang sedang berduka siapa lagi kalau bukan perampas selama ini yang hidup bahagia. Ayuni memejamkan matanya perlahan. Kosong betul ketika itu fikirannya kosong tak ada apa yang terlintas.

“ayuni ada orang nak jumpa kau kat bawah” suara Noraina di sebaik pintu.

“siapa?”

“entahlah katanya ada hal penting..kau turutlah jumpa dia dulu” Nraina memujuk lagi sejak pulang dari kerja semalam Ayuni hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Sepatah ditanya sepatah juga dijawab.

Ayuni tersenyum sinis. Ubuh yang berdiri tegak di depannya itu kelihatan masih canti. Wajah itulah yang melumpuhkan kebahagiaan mamanya. Dia juga yang selama ini menyebabkan dia terpaksa berbantalkan lengan dan selimutkan kain batik gara-gara kesejukan di rumah anak yatim.

“apa hal datang sini?”

“ayuni mama datang nak...”

“maaf Datin... saya tak ada urusan dengan Datin”

“emmm...Mama nak memohon kepada Ayuni untuk ikut mama pulang”

“pulang??” ayuni mencebik.

“Ayuni marilah kita balik rumah kita..mama tahu Ayuni selama ini rindukan papa” air mata tua itu sudah menitis. Tidak langsung mengundang simpatinya, dia tahu itu semua adalah plastik.

“Datin tak perlu buat semua ni....” katanya tegas.

“Maafkan mama ayu...kalau ayu nak mama cium kaki ayu pun mama sanggup, mama tak sanggup tengok papa jadi macam tu”

“sudahlah Datin saya tak ada masa nak dengar kisah sedih Datin..lagipun hati saya dah tak ada untuk semua tu”

“tapi demi papa...tolonglah ikut mama balik”

“demi papa??? Panggilan tu dah lama terkubur bersama arwah ibu saya”

“maksud Ayuni Kak Mardina??” tanya Datin Normah. Air matanya bertambah laju.

“Ya..ibu sayang dah lama pergi dan saya tak akan maafkan mereka yang memusnahkan hidup kami. Untuk pengetahuan Datin saya memang akan ke sana sebab itu memang rumah saya, datin sekeluarga hanya menumpang senang harta orang” katanya tegas. Ayuni tertawa kecil.

“mama dan papa akan tunggu ayuni...” cuba memegang tangan ayuni tapi pantas ditepis.

“kalau tak ada apa-apa lagi saya rasa lebih baik Datin keluar..”

Ayuni mencebik tanpa disuruh dia melangkah ke arah pintu lalu membuka pintu. Memnta datin Normah keluar dari rumahnya. Satu senyuman paksa kelihatan di wajah Datin Normah dia akan buat apa saja untuk mendapatkan maaf dari anak tirinya itu.

“kenapa ni? Sampai bila kau nak macam ni...” Noraina membantah tindakan temannya.

“sampai dia rasa apa yang aku rasa...” ucapnya perlahan.

“tapi untuk apa kau buat semua ni...Ya Allah Ayuni lupakan dendam kau tu... kita orang Islam tak sepatutnya saling berdendam inikan pula dengan saudara sendiri sedarah sedaging”

Ayuni meninggalkan temannya terpinga-pinga. Dia tak mahu kata-kata Noraina meluputkan hatinya dia tak mahu hatinya menjadi lembut. Demi arwah ibu dia akan berjuang demi menebus segala yang berlaku selma ini. aku benci dia....

****

“abang makan sikit Mah ada bawakan sup sayur kegemaran abang”

“Mah mana Ayuni?” tanya datuk Mansur lemah. Suaranya sangat perlahan.

“dia dah balik abang..” ada sendu di hujun mata yang masih bersisa. Kalaulah suaminya tahu apa yang berlaku tadi.

“emmm...dia masih marahkan kita?” lembut pertanyaan itu.

“bang..kak Mar dah.....”

“Abang dah tahu Mah....Mardina ah tinggalkan kita, Mah abang nak dia tinggal dengan kita, abang nak kita tebus dosa kita..abang nak anak abang balik..”

Tangan suaminya dicapai lalu dia mengangguk lagi tanda setuju dengan apa yang dikatakan. Mahukah Ayuni tinggal bersamanya? Mahukah dia menjadi nak kepadanya? Soalan demi persoalan terbit dihatinya.

“macamana Doktor keadaan suami saya? “

“sabar Datin keadaan datuk sudah stabil Cuma jantungnya masih lemah. Saya harap bantuan dari pihak keluarga datin supaya jangan bagi tekanan pada Datuk ketika ini” nasihat Dr, murni. Pakar jantung dia IJN.

“baiklah..terima kasih banyak-banyak doktor”

“tak apa sudah menjadi tugas saya”

Datuk mansur ditinggalkan berehat di dalam bilik selepas diberi suntikan. Datin Normah melangkah perlahan menuju ke bilik menunggu, dia tahu anak-anaknya sedang menantikan jawapan yang pasti dari mulutnya sendiri. Walaupun pahit tapi inilah yang akan dilalui selepas ini.

Walau apapun caranya dia akan berusaha untuk membawa ayuni kembali ke sisi suaminya. Dia mahu di akhir sisa hidup mereka ini segala kesalahan yang berlaku dapat dimaafkan. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan mendapat kemaafan dari anak suaminya itu. Walaupun dia tahu Ayuni tak akan pernah menerimanya. Itulah yang pernah diucapkan oleh anak itu.

***

“amboii rajinya mama...mengemas ni siapa nak datang? Tanya Aleyya.

“ Kak Ayuni..”

“apa mama dia akan tinggal dengan kita?” tanya Leyya.

“itulah harapan papa sejak dulu”

“tapi...dia kan papa dah bagi apartmen dekat damansara? Kenapa dia nak duduk dengan kita juga? “ rungut Leyya lagi.

“kan rumah kita besar lagipun kakak lebih baik tinggal dengan kita”
“kakak?? Eiii....tak ada maknanya kakak..”

“nanti Leyya tolong mama ubah bunga dekat depan tu ek..takut nanti Kak ayuni tak suka pula bunga dekat depan tu”

“apa pulak Leyya yang kena buat..lagipun Leyya tak suka dia.. kalau dia tak suka dia ubah sendirilah”

Pandangan mamanya membuatkan dia kecut. Tak pernah mamanya melontarkan pandangan seperti itu.

“walau apapun yang terjadi dia tetap anak papa, kakak Leyya. Mama tak nak dengar lagi Leyya merungut macam-macam pasal perkara ni lagi”

“tapi mama...”

“dengar apa yang mama cakap”

“kenapa mama mesti menangkan dia? Mama dah berat sebelah belum lagi dia duduk dekat sini mama dah bagi dia macam-macam, mama dah buang Leyya.. Leyya benci mama” Aleyya lari menuju ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Hahh anaknya itu tak pernah dewasa.

Datin Normah meneruskan kerjanya. Dia membantu bibik membersihkan bilik tamu. Mudah jika Ayuni sudah mengambil untuk tinggal bersama mereka kelak. Dia akan memastikan keselesaan untuk anaknya itu.

“bibik nanti gantikan langsir ni ek.. nampak dah buruk sangat.. lagi satu nanti set bilik tidu baru akan sampai... yang lama ni masukkan dekat bilik tamu dekat belakang “ arahnya lagi.

“baik bu..” bibik meneruskan kerjanya.

***

“kau yakin dengan keputusan kau ni?” tanya Noraina lagi. Ayuni tersenyum lantas memasukkan baju-bajunya ke dalam beg.

“kan kau juga yang selalu nasihatkan aku...tempat aku dengan mereka kenapa perlu aku asingkan diri”

“kau tak ada maksud lain?” aina membantu Ayuni mengemaskan barang-barangnya. Dia terkejut apabila Ayuni memberitahu keputusannya untuk tinggal bersam Datuk Mansur. Dia bertambah hairan apabila secepat itu ayuni berubah.

“aku pun nak rasa juga macamna hidup ada papa, mama, abang, adik...aku dah lama inginkan semua tu...jadi inilah masanya aku nak rasa”

“aku bersyukur kau dah berubah... aku harap kau akan bahagia”

“aina..aku harap kau akan jadi kawan aku walau apapun yang berlaku pada aku..” bisiknya sambil meraih tubuh itu ke dakapannya.
“kau memang kawan aku dunia akhirat” mereka tersenyum..

“kalau aku tak ada mesti kau sunyikan.?” Tanya ayuni.

“mestilah tak ada orang nak masakkan aku nanti.... lepas ni tak adalah aku dapat rasa masakan kau” Noraina mengelap air mata yang menitis. Untuk apa dia menangis apa hari yang paling bahagia untu sahabatnya.

“aku doakan kau bahagia” bisik Noraina. Ayuni terdiam. Kalaulah Aina tahu niat sebenarnya ke rumah itu....

Tak sampai sejam dia sudah berada didepan mahligai yang tersergam indah milik Datuk Mansur. Dia dijemput oleh Pak Mat pemandu datuk. Memang dari dalam kereta pelbagai kebaikan Datin diutarakan Pak Mat tapi dia lebih senang berdiam diri.

“Ayuni dah sampai..” Datin Normah tersenyum gembira. Dia cuba meraih tangan ayuni tetapi ditepis kuat.

“saya tak perlukan sambutan...” katanya tegas.

“bibik tolong angkat barang cik naik atas” arah Datin Normah masih tersenyum.

“baik ibu..”

“mama dah sediakan bilik untuk ayuni..Mama tak tahu bilik macamana ayuni suka nanti kalau ada yang tak kena kita boleh tukar...”

Kata-kata datin Normah tidak dipedulikan. Ayuni memandang sekeliling banglo mewah yang tersergam indah. Bayang perhiasan yang memenuhi ruang almari. Matanya terus melilau tanpa mempedulikan senyuman yang ada di depannya. Keliahtan gambar yang megah berdiri, gambar mereka sekeluarga tersenyum bahagia. Ayuni mencebik.

“bahagia atas keseksaan orang lain” bisiknya perlahan tapi jelas di telinga Datin Normah.

“bilik Ayuni mama dah sediakan dekat atas, kalau ayuni lapar ayuni boleh minta saja dekat bibik” jelas Datin Normah panjang lebar..

Ayuni terus meninggalkan Datin Normah . langsung tak masuk ke hatinya apa yang dikatakan wanita itu. Jelas melihat wajahnya membuatkan hatinya semakin marah. Semakin terdengar tangisan ibu yang sampai sekarang tak dapat dilupakan.

“Papa akan sampai malam ni...jadi kita bolehlah makan malam sama-sama”

“suka hati kaulah” jeritnya kuat..bosan dia mendengar penjelasan dari Datin Normah.

“papa mesti suka kalau dia tahu Ayuni balik rumah. Tapi petang nanti papa keluar Hospital bolehlah jumpa” datin Normah masih ersenyum walaupun dia terkilan dengan layanan anak tirinya itu.

“jangan membebel boleh tak bosanlah..bising” dia terus berlalu meninggalkan datin Normah yang terpinga-pinga. Dia menjerit memanggil bibik, meminta bibik menunjukkan biliknya. Berlari-lari wanita indonesia itu dari dapur.

Senyuman mamanya sudah menunggu di depan pintu. Pantas tangan suaminya disambut dan dicium lembut. Datuk mansur nampak semakin sihat. Mereka masuk beriringan. Fariz dan Adam masih memimpin tangan Datuk Mansur. Menurut Doktor kaki Datuk Mansur masih belum kuat.

“ehh..papa dah balik...” Leyya memeluk tangan papanya.

“emmm manalah papa tahan duduk makan bubur saja dekat hospital tu”

“alaaa..kesiannya papa Leyya ni...jangan risau hari ni mama dah masak special punya” katanya sambil terus membantu papanya. Adam sudah melepaskan pegangannya memberi ruang kepada aleyya.

Dalam masa yang sama matanya melilau mencari bayangan seseorang. Puas dia mencari tapi tetap tidak muncul. Dia berbisik di telinga Datin Noemah bertanyakan ayuni. Hatinya berbunga gembira apabila diberitahu isterinya yang ayuni akan tinggal bersama mereka. Dia sendiri yang memaksa Doktor melepaskannya awal agar dapat menyambut kedatangan anaknya itu.

“dia tidur dekat atas abang mungkin letih” bohong datin Normah.

“emmm tidur apa dari sejak datang terperap dalam bilik” rungut Leyya. Dia meluat apabila papa dan mamanya sering menyebut nama Ayuni. Kenapa selama ni tak pernah sebut. Hari ni saja dah beribu kali nama Ayuni naik.

“Leyya pergi panggil kakak sayang kata Papa dah balik” Leyya mencebik tapi kakinya tetap dibawa ke bilik atas.

“hah malaslah suruh bibik yang panggil sudahlah”

“kalau Leyya yang panggil kenapa?”

“Bibik pergi panggil tuan puteri dkat atas tu...” jerit Aleyya sengaja suaranya dikuatkan agar semua telinga mendengar.

Bibik berlari tergesa-gea dari dapur memanjat tangga ke bilik Ayuni. Tak sampai dua minit dia turun kembali..

“katanya tunggu sebentar..” Bibik memberitahu jawapan yang lahir dari ayuni tanpa pinti biliknya dibuka.

“eiiii orang dah lapar ni...dia buat apa bibik?”

“enggak tahu Leyya... biliknya enggak dibuka”

“tak apa kita tunggu sekejap...” kata Datuk Mansur perlahan.
“hishhh menyusahkan orang betul..” Aleyya merungut lagi..
”Leyya...” Fariz bersuara. Memberi isyarat agar adiknya tak terus membebel.

Dari seminit membawa ke sepuluh minit akhirnya merangkak ke setengah jam. Namun ayuni masih belum turun.

“mana ni...nak makan ke tak nak?” bising Aleyya. Hatinya sakit. Kenapa semua orang bersabar dengan perangai perempuan tu?.

“bibik tengokkan ayuni sekali lagi” pinta Datin Normah. Bibik menurut arahan majikannya.
Tak sampai dua minit bibik turun dengan wajah serba salah.

“kenapa bibik?”

“katanya enggak mahu makan....sudah kenyang”

Terdengar dengusan kuat aleyya. Dia menjeling tajam mamanya yang masih memandang wajah hampa papa. Adam dan Fariz saling berpandangan.

“sudahlah kita makan dulu...mungkin dia dah makan tadi.” Datul Mansur menghidupkan kembali suasana meja makan yang suram.

Di dalam bilik ada senyuman yang mebayangi wajahnya. Ayuni membuka komputer ribanya. Padan Muka!!....

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets