Wednesday, January 21, 2009

HAH..KITA JADI PAPA


HAH…KITA JADI PAPA

Masing-masing diam. Kedengaran hanya bunyi kipas yang berputar tanpa henti. Mereka saling berpandangan. Masing-masing menggarukan kepala. Ligat kepala hotak mereka berfikir tapi jalan keluar masih tak ditemui.

”kita report polis amacam?”, Fazrul memecah kebuntuan.

“tapi ni macamana?” sehelai kertas dilayar ke muka Fazrul. Iskandar kembali berfikir. Wajah Iqram dipandang. 3 sekawan itu masih buntu.

”habis kita ikut apa kata surat tu?” pertanyaan Iqram membuatkan Fazrul dan Iskandar memandang ke arahnya.

Fazrul menjenguk wajah kecil yang sedang asyik dibuai lena. Sampai hati ibu anak ini meninggalkannya. Comel. Bisik hatinya.

”gila!!, habis siapa pulak nak jaga dia. Kau kena ingat kita semua keje, jangan cari masalah”, Iskandar menolak cadangan Iqram.

”habis nak buat apa???”, Fazrul terdiam, Iskandar dan Iqram saling berpandangan. Mereka bertambah kalut apabila mendengar tangisan kuat dari bayi lelaki itu.

”macamana perempuan tu boleh tinggalkan anak dia dekat kau faz? Entah-entah anak kau kot?” gurau Iskandar. Fazrul memadang tajam teman serumah merangkap sahabatnya dari kecil.

”kepala hotak kau...kalau anak aku dah lama aku halau korang dua orang dari rumah ni, baik aku tinggal dengan isteri dan anak aku..” jawapan fazrul mengundang ketawa Iskandar dan Iqram.

Mereka faham sangat dengan perangai Fazrul,dia seorang yang gila kerja untuk rapat dengan insan bergelar perempuanpun susah inikan pula nak dapat anak. Hishh suatu perkara yang hairan bin ajaiblah kalau terjadi.

Semalaman tiga sekawan itu tidak tidur memikirkan masalah baru yang melanda rumah mereka. Bermacam-macam idea bodoh keluar dari mulut mereka.

Saya mohon tolong jaga anak ini...
Dia adalah segala-galanya bagi saya...
Tolong lindungi permata saya ini..
Demi tuhan saya akan mengambilnya...
Sumpah saya akan mengambilnya kembali..
Jangan anggap dia anak terbuang...

Ibu malang...

Surat itu sekali lagi dibaca. Haiii..macamana pulak kau boleh terfikir nak letak anak kau dekat dalam kereta aku?..carilah kereta orang yang berkeluarga ini bujang trang tang-tang macam aku ni. Fazrul bermonolog sendiri.

”kau mintak tolong ayuni tak boleh?”, Iqram cuba menenangkan Boboy yang masih menangis.

”hishh..kau gila! dia tu dahlah cemburu nak mampus kang tak pasal-pasal dia kata boboy ni anak aku...sape nak jawab?”, iskandar menggeleng kepala tidak setuju, terbayang wajah singa Ayuni.

Hampir 2 tahun dia berkawan dengan Ayuni, tapi belum sekalipun hati lelakinya terdetik untuk menjadikan wanita itu surinya. Iskandar juba memikirkan watak wanita lain yang ada dalam hidupnya. Satu persatu nama di senaraikan akhirnya dia mengelengkan kepala.

”tak layak?”,

”apa yang tak layak?”, tanya Iqram yang dari tadi menanti jawapan dari bibirnya.

”semua awek aku tak layak...misi gagal...” mereka sama-sama terduduk.

***

Entah apa yang menyokong idea bodoh itu sehinggakan mereka bersetuju untuk menjaga bayi lelaki yang comel itu. Boboy!! ya itulah nama manja yang diberikan hasil idea bernas Fazrul sediri. Sebagai lelaki yang hari ini masih bergelar lelaki ini adalah perkara yang paling fantastik berlaku dalam hidup mereka.

”lai lai li lilat tampelum..”

”yes..ok dengan segala hormatnya En Iskandar zainuddin dilantik untuk membeli barang-barang keperluan boboy”, Fazrul dan Iqram bertepuk gembira. Wajah masam Iskandar dipandang.

”weiii..jatuhlah imej aku... arkitek terkenal KL beli botol susu, lampin eiii malu siot...kalau orang tanya aku nak jawab apa?”, Iskandar duduk kembali.

”alaaa...tak ada maknanya orang nak tanya kau...jangan perasan. sebarang surat-mengurat tidak dilayan”, Iskandar hampa. Puas dia cuba mengelak.

****




Dari tadi boboy hanya menangis dan terus menangis. Berpuluh lagu sudah dilagukan unuk menenangkannya tapi gagal. Iskandar tidak senang duduk, Iqram masih mengaru kepala. Susu yang tadi dibuat sudah habis diminum dia sendiri tak faham apa yang sebenarnya diinginkan anak kecil ini.

”macamana ni Is...apa nak buat ni?”

”mana aku tahu...hish kau ni. aku kan anak tunggal lagilah tak tahu, kau kan ada adik tak akan tak tahu kot”

”hishhh adik aku dah besarlah mana pernah aku jaga diorangpun...kakak aku yang cover semua”

Fazrul yang baru balik dari pejabat terkejut mendengar tangisan kuat boboy. Langkah kakinya terus diatur ke bilik Iskandar. Langkahnya mati apabila melihat bilik Iskandar yang bersepah-sepah. Setahunya Iskandar seorang yang pembersih.

”apahal ni?”,fazrul duduk sambil tangannya cuba menenangkan boboy yang dalam dukungan Iskandar. Boboy bertukar tangan.

”aku tak tahulah dari tadi menangis je..nak kata lapar aku dan bagi minum susu, macamana ni?” fazrul mengaru kepalanya, tali leher yang tergantung dilehernya diungkai perlahan-lahan lalu dicampak ke tepi. Dia mengambil alih boboy perlahan boboy berada dalam pelukannya.

”hishhh kenapa boboy?..bagitau papa kenapa?”, papa?!! Iskandar dan Iqram berpandangan. Akhirnya ketawa mereka meledak kuat.

”apahal korang ni?”

”papa....hahahah” kata-kata Iskandar membuatkan fazrul tersenyum nipis. Sedar dia tersasul. Entah kenapa tindakan refleknya itu tidak disedari. Tangisan boboy mulai reda..

”korang ada cium bau something tak??”, tanya fazrul tiba-tiba.

”yalah bau busuk....bau apa bilik kau ni Is?”, tanya Iqram...dahinya sudah berkerut. Bau itu membuatkannya menutup hidungnya dengan bantal.

”jangan-jangan.....boboy ek..ekkk kot...eiiiiii”, Iskandar dan Iqram sudah berlari keluar dari bilik. Yakin bau busuk itu datang dari boboy.

”weiii habis tu nak buat apa weiii....hoii tolonglah aku mana tahu nak cuci ni..”,

****

Fazrul selesai menunaikan solat isyak. Telinganya menangkap suasana sunyi rumahnya. Aiikkk asal senyap semacam je ni?. Pantas dia bangun sejadah dilipat kemas kemudian diletak di tempat asalnya.lantas dia tersenyum wajah boboy yang sedang lena dipandang. Hatinya tambah tercuit lucu apabila lena Iqram dan Iskandar juga terpanpang di matanya. Kehadiran boboy betul-betul mengubah sikap mereka.

”weii bangun arrrr, korang dah solat belum?”, suaranya seboleh mungkin diperlahankan bimbang boboy juga akan terbangun.
”emmm...mandipun belum lagi tau...” Iskandar mengangkat tangan, mencium aroma yang keluar dari ketiaknya.
”hishhh tak payah cium aku yang jauh ni pun dah sesak nafas”
Iqram dan Iskandar bangun perlahan-lahan. Kalau boboy terjaga tak pasal-pasal dating mereka terbantut.

”aku dengan iskandar nak keluar....kau gilir pulak ek”
”laa....nak ke mana?”, suara masih diperlahankan.
”apa lagi malam minggu we all nak datinglah papa...” sekali lagi perkataan papa itu ditekankan. Fazrul mencebik.

Kini tinggal dia dan boboy, wajah lena boboy dipandang. Dalam diam dia mengagumi ciptaanNya dengan adanya insan istimewa bergelar wanita maka lahirlah manusia yang sempurna dimatanya. Dia mengagumi ciptaan hawa kini. Terbayang susah payah Ibu menjaga dan membelainya semenjak lahir.

Nokia N70 diambil. Pantas tangannya mendial nombor rumah ibunya. Ada secalit rindu pada suara itu.

***

“kenalkan ini Iskandar dan Iqram, merekapun tuan rumah ni”
“Ini aku kenalkan Qistina, dia akan bantu keja rumah kita termasuklah jaga boboy”, Iskandar dan Iqram tersenyum, perihal Qistina sudah dibincankan semalam. Menurut cerita Fazrul, Qistina datang ke rumah mereka merayu diberikan kerja. Puas dia menolak namun wajah sayu wanita itu membuatkan dia bersetuju.
“emmm Dia tidur sini ke?” tanya Iqram perlahan.
”hisshhh nak mampus, gila kau kalau dia apa-apakan kita macamana?” Iskandar menyilang tangannya menutup dadanya. Iqram tersenyum. Bodoh betul kawannya.
“dia nak buat apa dekat kau?..aku tampar kang nak...dia akan masuk kerja pukul 7.50 pagi dan balik 7.00 petang. Aku nak bagi amaran kecil dekat korang jangan ambil kesempatan”
”elehhh kau ni macam kenal aku ni semalam...tapi kalau si Iqram ni aku tak tahu la...heheh”
”emmm...tapi comellah budak tu, gebu putih bersih”, mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Iqram. Sepantas kilat kepalanya disekeh oleh Fazrul.
”aduh...sakit la....”, perbualan mereka terganggu apabila mendengar tangisan kuat boboy. Masing-masing berlari mendapatkannya.
Masing-masing kalut boboy masih belum berhenti menangis... Qistina melangkah merapati 3 majikan barunya itu. Lama matanya menusuk wajah kecil yang amat dirindui.

”Emmm Encik Fazrul biar saya....” huluran tangan Qiatina membuatkan Fazrul terus memberikan Boboy kepadanya.

Qistina tersenyum wajahnya berseri. Dia memeluk erat tubuh kecil itu. Kasihnya tumpah tak dapat dikawal. Dahi mulus itu dikucup perlahan beralih ke pipi kiri dan kanannya. Fazrul, Iqram dan Iskandar berpandangan sesama sendiri. Tangisan rancak Boboy berhenti sebaik sahaja gadis itu mencium wajahnya. Akhirnya mereka tersenyum.

Qistina menjalankan tugas seperti biasa, walaupun rumah ini agak besar namun tidak menjadi masalah baginya. Semua tugas berjalan dengan lancar. Pakaian milik Fazrul, Iskandar dan Iqram juga sudah dibasuh. Mulanya mereka enggan Qistina membasuh baju mereka akhirnya mereka setuju dengan syarat yang bahagian-bahagian dalam akan dibasuh sendiri. Qiatina tersenyum terasa lucu bila mengingatkan wajah merah Iskandar apabila seluar dalamnya terlepas dan dibasuh oleh Qistina.

“Qistina awak basuh ke?.....”
“basuk pe?”
“alaaa....tu yang sidai kat ampai kat luar tu...saya punya tu...”
“hah??....” Qistina masih belum dapat menangkap maksud Iskandar.
”alaaa.....hishhh tu seluar kecik saya tu mana awak dapat?” akhirnya terlepas juga. Merah muka Iskandar jelas kelihatan.
”ooo....ada dalam bakul Encik tadi so saya basuh terus..”, senyuman Qistina membuatkan Iskandar lagi serba salah. Akhirnya Iskandar ketawa kecil.
”lain kali jangan basuh tau kalau jumpa pun..yang tu terlepas kot...”,
Mereka sama-sama tersenyum.

***

Malam itu 3 pemuda idaman melaya terperap di rumah. Sejak kedatangan boboy mereka akui masa mereka lebih dihabiskan dirumah. Tidak lagi seperti dulu nak bertemu muka pun payah.

”Amboi boboy dah pandai ek..kecik-kecik dah gatal...tengok perempuan kau diam ek...”, pipi kecil itu dicubit.

Fazrul yang sedang mengadap lap topnya berhenti. Gila apa si Is ni cakap dengan budak kecik macam tu?.

”baguskan Qistina tu ada...korang tengoklah rumah kita dari habuk tebal 10 inci dulu ni nak jumpa debu pun susah...”,

”aku setuju pe ko cakap Is...yang paling aku kagum tu ni hah budak kecik ni boleh pulak suka sangat dekat dia, kan boboy kan...”, Iskandar menepuk-nepuk tanganya. Boboy dihadapannya seakan faham dengan apa yang dikatakan Iskandar. Anak kecil itu tersenyum.

”Weii Korang Tengok Boboy senyumlah...dia senyum dekat aku..”

”mana?..”, IqRam meloncat turun dari sofa duduk di permaidani mengadap Boboy teruja bila bibir kecil itu tersenyum.

”Boboy..senyum ala-ala...tengok sini muka lawak papa Is..” Iskandar mengajuk lagi. Kedengaran suara gelak kecil itu.

Fazrul menghentikan ketukan kerjanya. notebook ditutup dia yang juga di ruang tamu seakan ditarik-tarik untuk turut bersama Boboy. Semakin teruja apabila gelak ketawa Iskandar dan Iqram bersatu. Mereka sama-sama terlayan kerenah si kecil itu sehinggakan tidak sedar jam mencecah 12 malam.

”dah boboy mari ikut papa Faz tidur jangan layan orang tua dua ekor ni”, tubuh kecil itu didukung. Waktu tidur boboy mesti dijaga.

”alaa...kau ni kan Faz, lepak arr malam masih muda la...”

”hotak kau malam masih muda tengok jam tu dah pukul berapa?”

“mak aiii pukul 12??” Iskandar pura-pura terkejut.

“dahlah boboy pergi tidar yea sayang papa Iq pun dah ngantuk..nite”, satu ciuman kecil hinggap di dahi Boboy. Giliran Iskandar pula.

“ok papa Fazrul tidur ek..muah....”,

“eiiiii....”, ketawa Iskandar kedengaran. Langkah diatur masuk ke bilik. Sememangnya malam ini boboy akan tidur bersama Fazrul.

Fazrul memandang Boboy di dukungannya. Mata kecil itu seakan masih segar, tiada tanda-tanda mahu tidur.

“boboy tidur tau. Jangan buat konsert malam ni..papa esok ada meeting pukul 8”,

***

”sampai bila kau nak biarkan anak kau dengan diorang?”, Maria bertanya keras. Walaupun baru mengenali Qistina banyak tentang wanita itu sudah diketahui.

”aku tak tahu...aku takut, apa aku nak cakap?”

”tapi sampai bila?”,

”tapi aku tengok diorang macam sayang sangat dekat Hazim..”

”itu bukan alasan untuk kau terus biarkan anak kau macam tu. Ingat kalau dulu kau mungkin ada alasan sebab kau susah tapi sekarang kau mampu, kau ada aku...”, masih terbayang sangat perkenalannya dengan Qistina yang hanya sehelai sepinggang. Merayau mencari tempat berteduh. Kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya membuatkan dia hilang segalanya.

”mak mentua kau macamana?”, soalan Maria membuatkan Qistina tersentak. Herdikan wanita itu memakinya membuatkan dia rasa terhina disebabkan wanita itu juga dia berpisah dengan anaknya. Disebabkan wanita itu dia hilang segalanya.

”emm...tak tahu aku, bagi dia aku ni bawa sial dalam keluarga dia. Dia tuduh aku punca pemergian Jefri. Entah-entah aku ni memang bawa sial kot?”

”Ya Allah Qistina mengucap...jangan kau hina takdir tuhan. Berdosa.”, Qistina terdiam. Bukan niatnya menghina atau menolak takdir tapi.....

”sudah sekarang ni kau kena fikir pasal anak kau. Ingat kau ibu dia jangan sampai dia tak kenal kau siapa”, terasa ingin menangis apabila kata-kata Maria masuk ke telinganya. Hati ibu mana yang sanggup meninggalkan anaknya berpisah dengan anak yang dikandung 9 bulan? Berpayah separuh mati melahirkannya. Dia terpaksa.

”emmm..kenapa awak nak sangat kerja dekat sini?”,

”emmm saya kena tanggung anak saya encik Fazrul”

”suami awak?”, ada sedikit getar mendengar perkataan suami meniti di bibir Qistina.

”dia dah tak ada, kemalangan jalan raya”,

’fuhh nasib baik’ fazrul berbisik perlahan.

”hah? Apa dia Encik?”

”emm...tak ada apalah, so mana anak awak sekarang?”, sekali lagi Qistina terdiam. Otaknya ligat berfikir.

”dijaga oleh orang yang baik”

”emmm...ok”, Qistina menarik nafas lega. Yakin soalan itu akan berakhir. Fazrul sangat mengambil berat tentang dirinya. Lelaki itu istimewa. Bertuah perempuan yang akan menjadi surinya. Walaupun agak tegas tapi ada kelembutan yang tersembunyi di balik wajahnya. Qistina berhenti menilai. Sergahan Maria mengembalikan Qistina ke alam nyata.

***

”Assalammuailaikum....” pintu rumah dibuka. Qistina masuk dengan 3 bungkus nasi lemak. Hari ini dia terlewat ada urusan yang perlu diselesaikan.

Keadaan rumah sunyi. Dah pergi kerja ke? Habis boboy mana?’ Qistina bersoal sendiri. Dia melangkah laju menuju ke bilik Encik Fazrul meninjau kalau-kalau Boboy ada di situ. Pintu bilik dikuak perlahan. Dia tersenyum melihat boboy yang sedang tidur tapi senyumnya mati apabila melihat Fazrul yang masih lena diatas katil.

”encik fazrul...encik fazrul...”, suaranya dikuatkan sedikit. Cuba membangunkan lena majikannya itu.

”emmmm..Qistina kenapa?”, Fazrul bertanya dalam mamai..

”Encik tak kerja ke hari ini?”

”emmm keje esok....” Fazrul kembali manarik selimutnya. Matanya seakan tidak dapat dibuka. Dia baru terlena selepas subuh tadi apabila boboy merenget semalaman.

“Encik tak kerjalah hari ni?”

”kerja?...emmm...hah!!! kerja...Ya Allah dah pukul berapa ni? Saya ada meeting pagi ni..”, Fazrul meloncat dari katil. Rasa ngantuknya hilang serta merta. Dia dah lambat jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Melihat keadaan fazrul yang meluru ke bilik air dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Tak manis jika dia masih di situ. Namun langkasnya mati apabila terdengar jeritan Fazrul dari bilik air.

”Qis tolong sediakan baju saya. Keluarkan dari almari”, Qistina mengikut arahan Fazrul almari sebesar lima pintu itu dibuka satu persatu. Selesai memilih baju itu diletakkan di atas katil lalu dia keluar. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

”ok Qis saya pergi dulu”, Qistina hanya memandang gelagat Fazrul yang keluar sambil memakai tali leher dah mengigit roti yang disediakan di atas meja. Qistina hanya mengelengkan kepala.

Tangannya pantas melakukan kerja rumah. Rutin harian yang baginya tidaklah susah mana. Dia ingin cepat bersama boboy.

”emm sayang semalam nakal ek?”, melihat anaknya tersenyum hatinya terusik sedih. Terharu dengan jagaan yang diberikan oleh trio bos terhadap anaknya.

”kesian papa Fazrul lambat pergi kerja..anak mama jangan nakal-nakal lagi tau...”, rambut Boboy diusap perlahan. Anaknya lena dibuai mimpi. Dia kembali kepada rutin tugasnya.

Qistina memandang jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7.00 mlm sikit lagi trio bosnya akan balik dari kerja. Dia juga akan balik. Wajah Boboy dipandang.

”Emmm..mama balik dulu ek sayang..maafkan mama sebab terpaksa berpisah dengan sayang..jangan risau bila masa sesuai kita balik rumah kita”, pipi kecil yang sedang lena itu dicium lembut.

Qistina sangat berterima kasih dengan layanan yang diberikan oleh trio bosnya. Mereka menjaga boboy dengan baik. Dia juga bersusah payah menjejak Fazrul selepas seminggu dia bermatian akhirnya alamat lelaki itu ditemui. Macam-macam cara difikirkan untuk dekat dengan anaknya kembali dan ini jalan yang dipilih, menjadi orang gaji kepada mereka yang telah menyelamatkan anaknya dari turut kelaparan bersama. Airmata menitis laju pantas disekat apabila mendengar suara trio bosnya memanggil boboy.

”Boboy mana?...” tanya Iqram.
”emm tidur dalam bilik”, Fazrul mengangguk. Lalu tersenyum. ”saya dah panggilkan teksi ada dekat luar mulai hari ni Pak Mat teksi tu akan hantar awak balik” seperti satu arahan. Qistina mengangguk lalu terus melangkah keluar bimbang kesan airmata yang masih bersisa berlinang lagi.

”hoh...amboi dah arr tu..bayang pun dah hilang, kau tengok apa?”, dari tadi Iqram memerhati gelagat sahabatnya. Mata Fazrul akan bersinar apabila berdepan dengan Qistina. Dia tahu apa yang tersembunyi di hati sahabatnya.

”weiii kawan-kawan marilah sini. Tengok ni..” jeritan kuat Iskandar dari dapur membuatkan persoalan Iqram terbiar begitu saja.

”mak aiii....banyak ye lauk...sedapnya. macam tahu je perut aku ni dah berlagu sayang”, Iqram sudah duduk mengadap hidangan di atas meja. Iskandar sudah siap nasi di pinggan.

”pandailah budak ni masak. Sedap, rasa macam masakan mak aku...tak rugilah Qistina ada, ni bukan boleh jadi orang gaji je jadi bini pun bagus ni...baik kau makan Faz. sedap” Iskandar menambah lagi nasi ke dalam pinggangnya. Jarinya dijilat. Hishh macam tak pernah jumpa nasi pulak. Fazrul menggelengkan kepala. Kadang kala perangai dua sahabatnya ni macam kanak-kanak rebena.

”tak apalah korang makan. aku nak naik solat dulu, nak tengok si boboy kejap”,

”baik papa!!” Iqram dan Iskandar menjawab serentak. Ketawa mereka tercetus.

***

Datin Latifah masih membisu. Sakit hatinya masih membuak-buak. Ketiga-tiga wajah di hadapannya dipandang.

”apa sebenarnya yang terjadi ni, telinga ni dah sakit dengar cerita pasal kamu bertiga ni, sudah mak nak kamu terangkan keadaan sebenar”, terkejut bukan kepalang apabila berita yang disampaikan oleh Kak Senah jiran anaknya.bertambah yakin dengar berita itu apabila matanya sendiri melihat perempuan yang disebut-sebut ada dirumah anak bujangnya.

”ni anak siapa pula ni?.. Faz mama baru seminggu balik dari London kau dah buat hal..nak malukan mama ke?” hatinya bertambah sakit.

”dia anak saya ” aku iskandar

”bukan dia anak saya mak cik” Iqram pula kembali bersuara.

“sebenarnya dia anak saya mama..”, lambat kata-kata itu keluar dari mulut fazrul tapi cukup menyakinkan.

“Ya Allah…sakitnya kepala aku. Jangan buat darah aku ni naik..sebelum apa-apa mengaku cepar anak siapa ni???” jeritan kuat Datin Latifah membuatkan mereka terkedu. Fazrul gerun belum pernah melihat mamanya begitu. Mamanya adalah seorang yang lembut dan baik.

Qistina tidak senang duduk. 3 pemuda itu sudah melayan anaknya dengan baik. Tiada cacat celanya, sepanjang dua minggu berada di rumah bujang itu dia cukup yakin dengan kasih sayang yang diterima dari

“dia sebenarnya anak saya datin.....” kini Qistina pula bersuara. Semua mata tertumpu ke arahnya. Datin Latifah terduduk.

Nafasnya yang tadi sesak seakan kendur melihat wajah naif wanita didepannya. hatinya tertanya-tanya siapa wanita ini dari tadi hanya diam kini dia juga mengaku perkara yang sama seperti budak 3 ekor ni. sememangnya keakrapan anaknya dengan Iskandar dan Iqram membuatkan dia merasa anaknya bukan hanya seorang tapi tiga. Satu persatu kisah benar terkeluar dari mulut Qistina.. mengalir bersama airmata yang menderas. Simpati Datin Latifah menggunung. Iskandar, Iqram dan Fazrul bertemu dengan jawapan yang selama ini menjadi persoalan.

**

”kenapa?”, hanya itu yang terlafaz setelah lama terdiam. Bahasa yang terpamer di wajah Fazrul sukar ditafsir.

“maafkan saya, bukan niat saya nak buat macam tu, saya terpaksa. Keadaan memaksa saya dan saya bersyukur Encik Fazrul dan kawan-kawan yang jaga anak saya”, keadaan kembali sunyi.

“jadi untuk apa awak pergi?”, denyutan jantungnya semakin deras melihat Qistina yang sudah melepasi pintu.

“maafkan saya ...terima kasih kerana manjaga Boboy. Hanya tuhan dapat membalas”,

”kalau awak kata macam tu saya pun dah buat keputusan..”, kata-kata itu membuat Qistina berhenti.

Iskandar dan Iqram bersalaman. Mereka tersenyum.

***

“sayang buat apa duduk termenung dekat sini?”, Fazrul mendakap tubuh isteri tercinta

“emm....saja. tengok keluarga kita. Qis bahagia”, senyumannya bertambah mekar.

“weii..kalau ya pun nak bercinta dalam bilik la..”, tiba-tiba Iskandar menjerit di telinga Fazrul. Membuatkan kedua mereka terkejut. Ayuni menampar perlahan bahu suaminya. Kadang kala sikap suaminya sukar dikawal.

“hishhh kau ni Is nak jadi papa pun perangai tak berubah”, Iskandar tersengih mendengar kata-kata sahabatnya. Peluk isterinya yang semakin membesar diusap perlahan.

”aku nak berterima kasih pada boboy, kalau tak sebab dia mungkin hati aku ni tak akan terbuka nak jadi suami dan sikit lagi jadi papa..kan sayang...”, Ayuni malu. Merah mukanya apabila Iskandar tidak agak-agak mengucup lembut dahinya.

”bukan boboylah...Hazim Aiman...”, puas Fazrul membetulkan nama sebenar anaknya itu.

”alaaaa yang penting kitorang sayang si boboy tu...ingat dia bukan anak kau sorang jangan nak perasan”, suara Iqram membuatkan mereka berpaling. Gadis di sebelah Iqram tersenyum manis.

”Iq siapakah gerangan wanita cantik sebelah kau tu?”,

”bakal Isteri aku dan Ibu kepada bakal anakku”, Maria tersenyum tidak sangka hatinya akan terpikat dengan Iqram. Lelaki yang penuh dengan gelak tawa tak pernah serius. Perkenalan di majlis perkahwinan Qistina dan Fazrul membibitkan rasa cinta.

”amboii pandai ek rahsia..”, bisik Qistina perlahan di telinga.

”PAPA!!!”, panggila si kecil. Hazim berlari mendapatkan kelompok ini.

”Ya...boboy!!” Fazrul, Iskandar dan Iqram bersuara serentak. Akhirnya mereka ketawa sendiri.

Tamat sudah_ cerita asal dr cite korea aku entah pe tajuk ye... gatal-gatal je tangan ni nak tulis kalau tak best sorrylah ek....huhuhu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets