Saturday, May 2, 2009

GILA KAU 26


Gila kau 26

Intan masih lagi tercegat di situ, kereta gen 2nya dipandang tanpa ada perasaan.

’kenapalah kau buat hal saat-saat macam ni’ dia cuba menyentuh sesuatu di enjin keretanya,tapi apa yang dia tahu, wayar berserabut tupun bukan dia tahu namanya. Sekali lagi dia mengeluh. Jam ditangan menunjukkan pukul 2. janjinya dengan anak-anak yayasan hari ini tak mungkin dibatalkan. Nak pinjam kereta Maya, kawannya itu sudah lesap entah kemana.

”kenapa tu?” macam kenal suara itu...matanya melilau mencari gerangan empunya suara.

“apa awak buat dekat sini?” hampir meloncat Intan apabila Shah betul-betul berada dibelakangnya.

“buat bodoh” selamba saja mamat ni.. Shah nampak santai dengan jeans hitam dan t-shirt polo berkolar warna yang sama.

”tak payah buat..memang dah bodohpun..” bisik Intan perlahan.

“apa kau kata?” laju Intan mengelengkan kepalanya. Menayang muka tak berperasaan.

”kenapa ni?”

”hishhh sibuk je nak tahu kenapa?” bidas Intan. Keningnya berkerut. Shah merenungnya tajam.

”cik adikk sayang..kereta awak ni dok depan rumah siapa sekarang ni? Cuba buka mata tu luas-luas, harap mata je cantik tapi...” shah tidak menyudahkan kata-katanya apabila dapat melihat riak kantoi di wajah Intan.

Intan meneliti keretanya betul-betul berhadapan dengan rumah mamat poyo ni. Alaaa macam mana aku boleh tak perasan malu betullah.

”manalah saya tahu tadi boleh je jalan...sampai je sini mati terus...langsung tak boleh hidup”..

”bila hantar servis?”

”hah servis?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Shah mengangkat keningnya. Hishh mamat ni suka sangat angkat kening, bajet hensemlah tu.

”ni mesti kes tak pernah hantar servis ni,,,bila kali terakhir awak hantar bengkel ni?” shah bertanya serius tiada senyuman terlakar di bibirnya.

Intan tunduk berkira-kira di dalam hati. Bila ekk... pernah ke dia hantar servis kereta ni?...

”emm hahh ada..masa nak balik kampung awak tulah..” Intan tersenyum puas, pertanya itu sudah ada jawapan.

”hah?? Mak aiii dah berapa bulan dah.. biar betul...” shah mengelengkan kepala, ”bukan masa tu aku yang hantar servis ke?” tanya shah kembali. Matanya melihat-lihat enjin kereta Intan yang sudah terdedah.

Intan tersenyum mendengar pertanyaan shah...alaaa kura-kura dalam perahu pulak. Berkerut dahi Intan menolak keretanya. Kedengaran arahan shah dari dalam kereta memanaskan lagi telinganya. Sakit hati terasa dipermainkan.

”kenapa pulak saya yang kena tolak...?” tanya Intan tak puas hati. Shah tersenyum lagi apabila Intan menolak cadangannya. Cadangan nakal yang secara tak sengaja singgah di kepala otaknya.

”laaa dah kereta kau...tak akan aku pula yang kena tolak.” panjang muncung Intan, tak akan dia dah lawa-lawa macam ni tolak kereta kot.

”alaaa bukan jauh pun depankan sikit je...lagipun nanti kereta aku nak keluar pulak susah” lama Intan terdiam. akhirnya dia mengalah.

Sedaya upaya Intan menolak keretanya. Terasa berat.

”ok tolak....1..2...tolak...” kedengaran ketawa shahrul didalam kereta.

’hantu punya mamat poyo...kau kenakan aku ek...kereta ni pun satu buat hal masa ni juga’ Intan mengomel dalam hati.

Wajah merah Intan dipandang. Cantik. Baju kurung ungu lembut dan selendang putih yang dipakai membuatkan dia tertarik untuk menatap wajah wanita itu lebih lama. Mata hitamnya nampak bersinar. Shah tersenyum apabila Intan melepaskan lelahnya.

”awak tengok apa?” Intan mengosokkan tangan ke mukanya . mungkin ada sesuatu yang tak kena di mukanya yang membuatkan shah tersenyum.

”kenapa muka saya kotor ke?” shah ketawa.

”kau nak pergi mana cantik-cantik ni?”

”hahhh...apa awak kata?” Intan berpura-pura tak dengar. Walaupun memang jelas sebab lelaki itu hanya disebelahnya. Mereka sama-sama bersandar di kereta gen 2 nya.

”kau ke mana cantik-cantik ni...???” kali ini sengaja shah mendekatkan mulutnya ke telinga Intan. Menjerit kuat. Pantas Intan menjarakkan dirinya dengan shah.

”tak payahlah menjerit....ingat saya ni pekak ke?”

”laaa dengar rupanya, ingatkan nak bagi bahasa isyarat tadi”

”emmm tak sangka akhirnya awak puji juga saya cantikkan..” kali ini giliran Intan pula gelak besar. Berkerut dahi shah...ehhh aku puji dia cantik ke?

”alamak dah lambatlah..macamana ni..” ketawanya berganti risau. Janjinya dengan anak-anak yayasan pukul 2 sekarang dah 2.30 mesti ada diantara mereka yang muncung nanti. Tak mungkin dia akan membatalkan janjinya. Pantas telifon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangannya. Nampak gayanya tak ada pilihan kena naik teksilah.

”ehh nak call siapa pula tu?” shah disebelahnya dipandng dengan ekor mata. Namun tangannya sudah memainkan peranan.

”teksilah...saya dah lambat ni..”

“tak payah jom aku hantarkan, lagipun aku memang nak keluar ni”

”hishhh tak apalah saya boleh naik teksi” tolak Intan.

”jangan nak mengada-ngada..tak akan aku nak biarkan awek aku naik teksi..” belum sempat kata-kata itu dibalas shah sudahpun melepasi pagar rumahnya. Sempat dia menjerit berpesan menyuruh Intan menunggunya.

Keadaan panas membuatkan Intan berteduh di taman Indah milik Mak Siti. Sudah dua hari wanita itu meninggalkan rumah. Ada urusan keluarga tapi tak pula Mak Siti cerita apa urusannya. Selalunya semua benda dia akan cerita kepada Intan.

”nak pergi mana ni?”

”Yayasan kasih” shah tersenyum.

”emm nanti kereta tu aku suruh orang datang tengok”

”terima kasih”

”kasih diterima” Intan mencebik. Baru dia ingin buka mulut bertanyakan hal keretanya tapi shah seakan mengerti. Payahlah tak ada kereta tak akan nak naik teksi kot. Bukan dia tak biasa naik teksi tapi dalam masa sekarang ni kerja yang bertimbun-timbun mana mungkin dia akan bekerja ke sana ke mari naik teksi.

Suasana nyaman petang ini membuatkan Intan berasa segar. Matanya masih memandang ke arah shah yang asyik memain dengan anak-anak yayasan. Kadang tersenyum kadang ketawa. Melihat ketawa itu dia turut tersenyum, tak sangka shah akan berkeras untuk menunggunya di sini. Apa yang pelik bin hairan anak-anak di sini kelihatan mesra dengannya.

“kau memang selalu datang sini ek?” shah mengambil tempat di sebelah Intan. Bauan lavender dari tubuh wanita itu menyenangkan.

“emmm inilah keluarga saya...” shah mengangguk perlahan. memberi ruang kepada Intan, wanita itu tersenyum.

“saya dibesarkan di sini...macam yang awak tahu saya tak ada sesiapa..tempat ini buat saya terasa ada keluarga” shah memandang ke dalam mata wanita pujaannya, entah kenapa debar hatinya semakin kuat. Terasa mahu ditarik wanita itu dalam pelukannya.

“awak tahu tak?”

“tak tahu...” .balas shah pantas.

“ni nak bagi tahu la...saya selalu cemburu dengan awak tau”

“hah?dengan aku..kenapa?” tanya shah laju. tak sangka ayat itu akan keluar dari mulut Intan. Dia seakan tak sabar untuk mendengar.

“bila saya tengok awak dengan mak awak....saya rasa cemburu..kadang-kadang tu sampai saya pula rasa nak peluk mak awak” shah tersenyum. barulah dia dapat menangkap maksud kata-kata Intan tadi. Perlahan dia bangun. Berdiri tak jauh dari tempat duduk Intan.

“Mak pun dah anggap kau macam anak dia, sampai nak makan pun ingat kau...bukan selalu ke kau peluk dia? Cuma anak dia je kau tak peluk lagi...” ketawa shah kedengaran.

“eiiii...gila...” Intan membaling batu kecil yang memang ada ditangannya ke arah shah tapi sempat lelaki itu mengelak.

“ehhh...main balik-balik pula...” tawa shah makin kuat.

“malas layan awak ni...poyo” Intan meninggalkan shah. Tak sanggup dia mendengar ketawa mamat tu. orang serius dia main-main pulak..eiii senggal...

***

“ehhh kereta kau mana?”

“hantar bengkel..boleh pulak tak hidup pagi tadi” Intan melabuhkan punggungnya di sofa. Air di tangan Maya dicapai dan diteguk sekali. Tekaknya terasa kering.

“laa....habis tu?’
“habis 2..3...4...”Intan ketawa melihat muka blur maya.

“haiiii gembira semacam je kawan aku ni..ada apa-apa ke?...tak akan kau gembira kereta rosak kot?” keningnya diangkat berkali-kali. Sengaja melontarkan pandangan pelik ke arah Intan.

“mana adalah..biasa je..aku baru balik dari yayasanlah”

“selalu je kau balik dari yayasan tak adapun muka berseri macam ni?” sekali lagi soalan memerangkap diajukan. Maya duduk begitu rapat dengan Intan, jelas duduk temannya itu tak tenang.

“emmm dah la mandi lagi bagus dari layan kau..”

“hahhh yalah tu ehhh malam ni kita makan dekat luar ek..aku ada hal nak bincang dengan kau”,

“baik bos..” Intan mengangkat tangannya ke dahi sebagai tanda hormat serta patuh pada arahan. Dia kemudian ketawa dengan gelagatnya sendiri.

“harap kau akan terus ketawa bahagia macam tu Intan...” ucap Maya apabila tidak lagi melihat kelibat temannya itu. Dia gembira melihat ada ketawa di wajah Intan.

***

“tahniah” ucap Intan sambil tangannya mengenggam erat tangan Maya. Terasa mahu menangis bila mendengar berita yang disampaikan oleh temannya itu.

“kau yakin dia akan bahagiakan kau?” pertanyaan itu membuatkan Maya tersenyum. keyakinannya memang dah lama milik johan Cuma lelaki itu saja seakan lambat untuk menyatakan kasihnya.

“akhirnya kawan aku jumpa juga hero dia” Intan cuba menyembunyikan rasa. Walaupun dia tidak begitu suka dengan johan yang panas baran itu. Namun demi kebahagiaan satu-satunya sahabat yang dia miliki dia turut bahagia.

“emmm lagipun keluarga kamipun dah setuju, masing-masing dah buat keputusan nak langsungkan cepat je tak payah tunang-tunang.. tapi aku sayanglah nak tinggalkan kau” ucapan Maya membuatkan tangkai hatinya terasa pedih. Dia juga berat hati melepaskan Maya.

“alaaa...kalau kau dah jadi isteri orang pun kau tetap akan jumpa aku dekat butik”
“emmm itu satu lagi Intan..lepas ni mungkin aku akan serahkan urusan butik tu dekat kau sebab Johan tak bagi aku kerja” perlahan Maya meluahkan permintaan bakal suaminya.

“tapi...butik tu kan usaha kita bersama..” Intan tak puas hati. Kenapa mesti Johan begitu,

“dia nak aku duduk rumah jaga makan minun dia...jadi aku rasa ada betulnya juga” berkerut dahi Intan.

“aku tak kisah kalau kau nak aku jual semua bahagian aku....” kata-kata itu membuatkan Intan tersenyum.

“haiii kau ingat aku ni apa.... kau tetap sebahagiaan hidup aku..tak apa butik tu kau jangan risau lagipun kitakan ada pekerja, tapi kau jangan pula ceita semua bahagian kau dekat Johan” Maya tersenyum. dia memang sayangkan butik yang menyaksikan jatuh bangunnya dengan Intan. Tak mungkin dia akan meninggalkannya begitu saja.

“lepas ni aku tinggal sorang-soranglah dekat rumah tu”

“apa kata kau cari juga...boleh kita kawin sekali” ketawa Maya kuat.

“amboiii kau ingat macam cari ikan dekat pasar?”

“kalau kau nak...aku yakin kau petik jari je mesti bersusun yang minta borang tau..masalahnya kau je jual mahal sangat” Tambah maya lagi, sengaja mengenakan Intan. Sebaik mendengar kata-kata Maya Intan mengankat tangannya memetik beberapa kali.

“hahh tak adapun yang datang..dah dua kali petik dah..”

“ye..cik makan apa?” seorang pelayan lelaki datang . kehadirannya membuatkan Intan terkejut. Maya tidak dapat menahan ketawanya. Pelayan lelaki itu hanya tersenyum apabila melihat kedua wanita di meja 13 itu ketawa. Entah apa yang melucukan dia sendiri tak tahu.


TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets