Wednesday, January 21, 2009

ISTERI UNTUK ATUKKU


ISTERI UNTUK ATUKKU.

“Anis anak pungut…anak pungut….” Ejekan Najwa dan kawan-kawan lebih kuat.

Anis berlari mendapatkan kereta atuknya yang tidak jauh dari pagar sekolah. Pintu kereta ditutup kuat. Pantas air matanya merembes keluar tidak henti.

”Kenapa awek atuk nangis ni?”

”Atuk betul ke Anis anak pungut?”,

”hishhhh...taklah Anis cucu atuk. Atuk dengan nenekkan ada. Dah jangan menangis nanti kita beli ais krim”, pujukan Hj.sidik membuatkan senyuman kembali mekar di bibir cucunya.

Kini 20 tahun telah berlalu. Zaman pahit di sekolah tiada lagi. Anis tidak lagi tertanya-tanya ejekan kawan-kawan. Dia kini Anis Suraya yang cukup bersemangat.

”Hishhh biar betik ni tuk. Anis nak angkat semua ni?”, guni tepung seberat 10 kilo itu dipandang lagi. Sekali lagi kepalanya mengeleng laju.

”Ada atuk suruh Anis angkat?”, dengan kuasa bulan dan bintang dengan machonya Hj. Sidiq mengangkat guni itu masuk ke dalam kereta. Fuyooo kalau Malik nor ada di tempat kejadian mesti tabik springlah dekat atuk.

Kereta buruk atuk yang mungkin sebaya dengannya bergerak perlahan meninggalkan kedai Ah Chong. Anis yang duduk di sebelah pemandu hanya diam. Atuk nampak cukup bergaya dengan cermin mata hitam terselit di bajunya. Terbayang gaya ala-ala romeo abang Yusuf sebelah rumah atuk. Ni mesti pembawakan dia sehinggakan atuk tidak lagi seperti dulu.

Lagu ’my humps’ dari Black Eyed Peas tiba-tiba membingit. Pantas aku memandang atuk yang sedang terhangguk-hangguk. Sekali lagi aku menarik nafas panjang.

”atuk bila pulak layan lagu ni?”,

”lama dah Anis je yang baru dengar....ni lagu Enimen ke men..men la bunyinya.”, aku menepuk dahiku.

”bukanlah tuk.....”

”hishhh kamu mana tahu...kamu tu budak lagi...”, sekali lagi Anis terkedu. Orang tua ni ok ke tidak ni? Telingaku menangkap suara atuk yang mengikut lagu rancak itu. Tiba-tiba ketawa yang dari tadi ditahan pecah.

”hah...ape ke halnya gelak tiba-tiba ni?”, Anis mengeleng. Atuk diam kembali memandang ke depan jarak rumah atuk ke kedai Ah Chong agak jauh. Dia sendiri tidak faham kenapa atuknya membeli tepung begitu banyak tak akan nak buat kenduri kot.

Teka teki yang dari tadi bermain dalam kepalanya terjawab. Hakikat kini didepan mata. Atuk sedang tersenyum manis sambil menolak pemberian wang dari mak cik timah.

”abang ambiklah duit ni, segan pulak timah macam ni”, aksi malu-malu kucing terserlah di depan mata. ’Abang?’ anis seakan ingin muntah..

”apalah yang nak malunya dengan abang,. Lagipun kita bukan orang lain pun...” suara manja Hj Sidik pula kedengaran. Anis cuak melihat aksi atuknya yang mematah-matahkan ranting pokok bunga di sebelahnya.

***

”Anis mari sini atuk ada benda perkara nak cakap?”, anis duduk di hadapan atuknya sedang duduk di kerusi malas.

”emm...Atuk dah buat keputusan yang atuk akan kawin dengan mak cik timah minggu depan”, Anis tersentap wajah atuknya dipandang tajam.

”anis tak setuju ke?...”

”selama ni atuk yang jaga Anis dari kecik sampailah dah besar sekarang. Anis tak akan halang kalau itu yang buat atuk gembira”, pertanyaan tuk sidik membuatkan dia terdiam. Tak setuju!!! Hatinya memekik kuat. Tapi hakikatnya itu tak akan terluah.Tuk sidik tersenyum mendengar jawapan cucu kesayangannya itu.

****

Majlis perkahwinan orang kaya Sidiq berjalan dengan meriah. Setelah 8 tahun menduda akhirnya janda beranak 3 juga dipilih. Fatimah memandang anaknya yang tersenyum ke arahnya. Normah dan Nina sudah berkeluarga. Anak bongsunya khairul pula masih di london tapi dia bersyukur kerana semua anaknya merestui perkahwinannya. Dia sendiri tidak menyangka akan naik sekali lagi ke atas pelamin setelah kehilangan seami berbelas tahun lamanya. Walaupun Hj. Sidiq agak berusia namun entah kenapa rasa sayang tumpah pada lelaki itu.

Anis memandang dari jauh. Atuknya tersenyum bahagia. Wajah-wajah anak kepada nenek barunya dilihat, baru tadi mereka berkenalan. masih terbayang jelingan Nina seakan ingin menikamnya. Kejam.

”kenapa cucu atuk ni diam je dari tadi?”

”emmm....penat sikit”

”ya ke??”, Hj. Sidiq duduk sambil mengusap rambut cucu kesayangannya.

”Anis tak suka atuk kawin ke?” tanyanya lagi apabila melihat kebisuan Anis.

”Anis peninglah Tuk..”

”kenapa?”

”Anis nak panggil apa mak cik timah tu?”

“hah?!”, Hj sidiq memandang dalam anak mata cucunya keliru.

“yalah...umur anis ni lebih kurang je anak-anak dia tak akan nak panggil nenek kot?”, ketawa Hj.sidiq kuat kedengaran. Itu rupanya yang dirunsingkan cucunya.

“sudahlah Anis jangan pening-pening. Anis panggil je macam Anis selalu panggil tu, atuk yakin dia tak kisah”

Hj. Sidiq meninggalkan cucunya. Tetamu masih ramai untuk dilayan. Anis memandang lesu langkah atuknya bukan itu sebenarnya yang dirunsingkan. Perlahan dia melangkah masuk ke rumah ingin berehat, terasa kehadirannya disitu tidak memberi makna.

***

”mak jangan bagi muka sangat perempuan tu”,

”perempuan mana pulak ni Angah?”,Fatimah memandang wajah anak keduanya. Serius.

”alaaa...cucu Ayah tulah...kalau dia buat apa-apa dekat mak bagi tahu Angah..taulah nasib dia”,

”amboi anak mak ni, awak tu dah kawin, jaga je laki tu. Mak tengok tadi si Fahrin tu makan pun ambik sendiri..” Nina tersentap. Merah mukanya mendengar teguran Fátimah

“dia dah biasalah mak…”

“hahh…yang biasa tulah esok jadi masalah…”, maknya sudah mula ingin membebel.

“mak Khai bila balik?”, Nina mengubah tajuk. Fuhhh selamat wajah kerut maknya mula hilang mendengar nama anak kesayangannya disebut.

”emmm entahlah katanya minggu depan, rindunya mak dekat dia”, Nina mencebik. Nampak sangat maknya lebihkan Khairul adiknya. Maknya sanggup bersusah payah untuk menanggung Khairul di luar negara.

***
Genap seminggu Anis hidup bersama isteri Atuknya, namun masih ganjil rasa perjalanan hidup barunya. Entah kenapa berita kepulangan anak mak cik timah juga membuatkan dia rasa serba tak kena. Dia masih belum dapat menerima dunia barunya sekarang.

” ayah sihat?” tangan ayah tirinya disalam. Hj sidiq suami maknya jadi seboleh mungkin dia akan menghormati lelaki itu.

”sihat” wajah tua itu tersenyum.senang dengan penerimaan anak tirinya itu. Fatimah juga masih belum sudah senyuman dibibir, dia pasti Khairul akan menerima pilihannya.

”sikit lagi pangkat besarlah anak kita ni, balik dari oversea..”, gurauan Hj.sidiq disambut ketawa kecil isteri dan anak tirinya.

Khairul memandang ruang bilik yang sederhana besar itu. Maknya sedang asyik mengemas bajunya. Satu persatu dimasukkan ke dalam almari.
”mak bahagia?”

”haiii anak mak ni...mestilah mak bahagia anak manja mak kan dah balik”, diusap rambut anaknya yang sudah rebah di ribanya. Khairul sememangnya anak yang manja.

”maksud khai dekat rumah ni..”

”khai..ayah layan mak baik sangat..dia lelaki yang baik, lantaklah orang nak kata apapun mak bahagia dengan dia”, khairul tersenyum.

”emmm kenapa tak pernah tengok pun cucu ayah tu masa khai kat sini ek”,

”si anis tu budak bijak, dia sekolah asrama penuh lepas tu terus universiti, manalah khai nak jumpa dia. Tapi lepas tu dia terus duduk kampung uruskan ladang atuk dia”, terang Fatimah. Khairul mengangguk perlahan, terbayang wajah selamba Anis saat mereka dikenalkan.

“dia tak suka mak ke?”, pertanyaan itu membuatkan Fatimah terdiam

“mak...khai tanya ni..”,

“dia belum biasa lagi dengan mak”, jawapan itu membuatkan dahi khairul berkerut. Belum biasa??. Dia pasti ada yang tak kena dengan hubungan maknya dengan Anis.

Suasana banglo setingkat itu agak sepi. Masing-masing dengan hal sendiri. Anis masih melayan perasaannya di atas buaian besi di taman bunga atuknya. Hj sidik sememangnya suka berkebun. Tidak hairanlah berpuluh ekar tanahnya membuahkan hasil.

”kenapa awek atuk yang sorang ni moyok je?”, Anis tersenyum. ’awek’ itulah perkataan yang sering digunakan atuknya.

”sebab pak we Anis dah ada awek lain”, kata-kata Anis membuatkan Hj sidiq tersenyum dia duduk di atas buaian yang sama.

” Tuk sekarang dah ada mak cik timah, kak Normah, Kak Nina, Abang Fahrin, Khairul semua tu atuk sayang.. tapi tempat Anis tak pernah berubah tau... Anis tetap cucu sayang atuk sampai atuk mati...”, Anis sayu. Kata-kata atuknya meresap ke hati.

”Anis yang bawa bahagia dalam hidup atuk dan arwah nenek dulu....sebab Anis ada atuk bahagia. Lepas nenek tinggalkan kita Anis tak pernah tinggalkan atuk..sakit pening atuk kan dengan Anis”, Anis mengangguk perlahan.

”Anis sayang atuk...”, Anis tersenyum manja..

”hahhh nilah awek atuk...senyum je, dah pergi masuk makan. Atuk tahu anis tak makan lagikan”,

”baik bos......” ketawanya tercetus bahagia.

Anis masuk ke dapur melihat kalau-kalau ada lagi lauk yang boleh dimakan. Peti sejuk LG di buka. Oren juice dikeluarkan. Mungkin itu yang dapat mengalas perutnya. Nak meminta kepada mak cik timah terasa malu pula.

“Anis nak makan ke?”, suara itu membuatkan Anis berpaling.

“taklah....” krikk krikk..pantas Anis menekan perutnya. Alamak perut ni kuatnya bunyi memalukan. Fatimah tersenyum, yakin gadis itu lapar.

“mak cik ada masak mee goreng udang tadi, nanti mak cik keluarkan kita makan sama-sama”, Anis mengangguk perlahan tidak dapat menafikan perutnya yang lapar tahap dewa.

“emmm...sedap”, tiba-tiba pujian itu keluar secara tak sengaja. Fatimah tersenyum mendengar pujian yang lahir dari mulut Anis.

“ehhh makan apa tu, mee goreng udang...ada lagi tak? terasa nak makan lagilah mak..” suara manja Khairul pula memecah sunyi di dapur. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Anis.

“haiii..bukan tadi dah makan ke?....”, Fatimah tahu anaknya sengaja menyiasat sejauh mana hubungan dia dengan Anis.

“lapar lagilah mak...mak masakkan sedap, dua kali tambah baru cukup syarat..” khairul mengajuk satu iklan TV.

Anis dapat merasa kasih sayang seorang ibu yang ditunjukkan oleh Mak cik Timah kepada Khairul. timbul rasa cemburu di hatinya, dia tidak pernah merasa kasih sayang itu lagi selepas neneknya meninggal. Pantas mee di pinggan dihabiskan tidak mahu berlama di situ.

“ehhh...Anis nak lagi?”

“emm..tak apa dah kenyang..”

Mata khairul hanya memandang wajah hampa maknya. Langkah Anis dihantar dengan jelingan. Wanita itu langsung tidak menegurnya sejak dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini.

****

Anis sedang asyik membasuh kereta kancil pinknya. Comel. Tangannya sudah penuh dengan buih sabun.

“emmm comel kereta kau..”, khairul berdiri hampir dengan kereta Anis sambil melihat-lihat ke dalam kereta wanita itu. Anis diam lagu yang tadi tak henti dari mulutnya berhenti tiba-tiba.

“kereta cantik tapi tuan dia garang, muka masam 24 jam”,

“apa dia?”, Anis dapat menangkap kata-kata khairul.

Tiba-tiba hatinya berbisik nakal. Khairul memasang air dan menarik getah paip hampir dengan kereta milik Anis. Perlahan tangannya mengarahkan air itu ke kereta. Anis hanya mengawasi khairul dengan ekor mata.

“ehhh apa ni???..” anis menjerit kuat apabila, bajunya sudah basah. Dia yakin lelaki itu sengaja mengarahkan air itu kepadanya.

“oopppss sory ada orang rupanya, ingatkan kereta ni bercakap...”, khairul sudah ketawa kuat.

“oooiikkk kau nak sangat main air sangat ek...”, Anis mengangkat baldi yang berisi air sabun lalu di simbah ke arah khairul. Khairul menjerit kuat tidak menyangka tindakan Anis sepantas itu. Lama mereka terdiam akhirnya gelak Anis kedengaran.

***

”kau sedarlah sikit kau tu bukan cucu betul ayah pun..”

”apa kak Nina cakap ni?”

”kau jangan buat-buat lupa. Kau tu Hj sidik ambik dari rumah anak yatim tau. Tak tentu asal usul entah datang dari keturunan mana”, wajah Nina direnung tajam. Anis cuba menyabarkan dirinya. Dia mengucap di dalam hati.

”terima kasih kak sebab ingatkan saya, saya tak pernah lupa”,

Kata-kata Nina pagi tadi masih bermain-main di mindanya. Entah kenapa Anis Suraya boleh lembut hati begini. Mungkin ajaran atuk membuatkan dia sentiasa mendahulukan akal dari perasaan.

”Anis abang minta maaf, kenapa anis susah sangat nak maafkan abang”, suara Fahrin membawanya kembali ke alam realiti.

”dahlah kisah kita dah habis...kau juga yang pilih diakan..kalau maaf yang kau nak, aku dah lama maafkan kau”, wajah Fahrin langsung tidak dipandang. Rasa benci pada lelaki itu mungkin sudah tiada tapi untuk berbaik seperti dulu jawapannya tidak.

”jadi Anis tak cintakan abang lagi?”, pertanyaan itu bagaikan belati menikam hatinya. Kalau ikutkan hati mahu saja di tampar beratus kali wajah tampan di hadapannya.

”sudahlah..gelilah dengar cinta-cinta ni jangan lupa kau tu suami orang. Aku tak akan rela jadi perampas lagipun kita dah bersaudara sekarang. Kau pun dah jadi pak cik tiri aku”, Anis tersenyum entah kenapa terasa lucu bila perkataan itu keluar dari mulutnya tak akan dia nak panggil si Nina tu mak cik. Boleh biru muka dia dengar.

Laju langkahnya meninggalkan Fahrin. Memang dulu Fahrin lelaki yang memiliki hatinya 5 tahun mereka mengemai cinta. Tapi entah dekat mana silapnya lelaki itu memilih Nina. Terbayang wajah berserinya di pelamin. Hahhh semua tu dah berlalu. Kisah itu sudah lama tamat.

”Anis dari mana?”, semua mata memandang ke arahnya. Atuk dan Khairul sedang asik menghirup kopi aroma goreng pisang menusuk rongga hidungnya.

”Anis mak cik tanya tu..”, suara atuknya pula kedengaran membuatkan dia tersedar.

”emm tak ke mana saja ronda-ronda kampung”,

”marilah makan sekali”, Fatimah tersenyum manis. Dia sedar kehadirannya masih belum diterima oleh cucu suaminya itu.

”emmm tak apalah mak cik, anis dah makan tadi”, pantas kakinya memanjat tangga meninggalkan 3 insan itu.

****
Hubungan khairul dan Anis bertambah baik. Anis bukanlah seorang yang susah didekati Cuma dia susah untuk mulakan satu perkenalan. Khairul berkeras ingin mengikut anis ke kebun. Dia bosan duduk di rumah.

“kau ni baik juga ek” khairul memandang wajah Anis persis petani moden. Wanita itu kelihatan lasak dengan cangkul di tangan.

“siapa kata aku jahat?”

”Kenapa kau tak kerja dekat KL, kau kan ada Ijazah”, tanya khairul. Tangannya masih ligat memasukkan benih jagung ke dalam lubang yang dibuat oleh Anis.

”entah malas kot...lemaslah pak cik hidup dekat bandar..hutan konkrit”

”hahhh.. apa kau panggil aku?...pak cik?”, khairul bangun, peluh di dahinya dilap dengan tuala yang tersangkut di bahu kirinya.

”laaa...betullah pak cik kan anak nenek timah...”, Anis berwajah serius cuba menahan gelaknya.

”ehhh aku ni tua 2 tahun je tau dari kau....malu je orang dengan kau panggil aku pak cik...hishhh budak ni nak kena..mari sini pak cik piat telinga tu..degil”

Anis pantas melarikan diri apabila melihat khairul sudah hampir dengannya.

“laa...kau juga suruh aku terima kenyataankan so bila aku terima kenyataan kau marah pulak”,

“masalahnya bukan kenyataan aku ni pak cik kau tapi kenyataan yang mak aku dah kawin dengan atuk kau”,

“sama je..”, jawab anis malas.

“sama tapi tak serupa”,

“tak serupa tapi kenyataannya sama..”, Anis meneruskan kerjanya malas melawan kata dengan khairul. Kahirul Bakal peguam tentulah hujahnya lagi bernas.

****

“umur kau sebaya dengan Nina kan..kenapa kau tak kawin lagi ek?”, persoalan khairul dibalas dengan renungan tajam. Sibuk je pasal orang..

“tak ada jodoh lagi..”, Anis mengigit buah mempelam muda yang masak ranum itu. Wajah khairul berkerut terasa masam buah itu di tekaknya.

“ emmm ke tak ada orang nak..kalau susah sangat kau kawin dengan aku je lah..nak? aku bagi tahu ayah dengan mak”,

“eh..eh suka suki kau je ek...kau nak keluarga kita jadi macam cite P.Ramlee ke keluarga pusing pening..kau kan pak cik aku”, khairul tersenyum. riak wajah anis terasa lucu.

Khairul terdiam matanya memandang ke ara wajah yang tersenyum. cantik. Hatinya tercuit untuk meneliti wajah wanita di depannya. Lama mereka terdiam. Anis berpaling merah mukanya apabila melihat mata khairul tak lepas dari wajahnya. Pantas biji mempelam yang habis dimakan dibaling tepat mengena dahi lelaki itu.

“aduhhhh!!!...sakitlah apa ni”, khairul mengosok dahinya. Sakit.

“emm padan muka. Kau pandang aku macam tu pe hal”,

“hishhh perasan aku tengok mempelam yang kau makan tulah..tak masam ke?”, khairul cuba mengubah topik.

“elehh alasan...”, khairul tersenyum, Anis lebih dulu meneka.

Dari atas rumah sepasang mata memandang kemesraan Khairul dan Anis. Ada rasa sakit di hatinya. Ada rasa cemburu dijiwanya. Tangan digenggam erat.

***

“selamat pagi Acik Timah masak apa hari ni?”, Mak Timah terkejut kemesraan Anis terasa melalui perbualannya. Adakah anis sudah menerimanya. Khairul dan Hj sidiq tersenyum.

“emmm nasi goreng Anis makanlah”, anis tersenyum dia elihatan begitu teruja melihat nasi goreng pantas mulutnya memuji. Mak timah terasa amat gembira.

“Anis atuk, mak Timah dengan khairul nak ke Kuala Lumpur petang ni, Anis nak ikut?”, Anis mengeleng perlahan. Dia malas sebenarnya.

“tak apalah atuk.. anis dah janji dengan abang yusuf nak jual buah petang nanti..bila atuk balik?”

“emmm esok lusalah kot”, Anis mengangguk.
“anis nak kirim apa-apa?” tanya Hj sidiq. Rutinnya setiap kali keluar rumah pasti itu soalan yang diajukan.

“emmm...atuk tolong belikan kasih sayang ek.... sebab mana tahu dekat KL nanti atuk tertinggal kasih sayang atuk untuk Anis..so adalah yang baru..” Anis sudah ketawa. Khairul dan Maktimah hanya tersenyum melihat wajah Hj sidiq yang tersindir dengan kata-kata Anis.

“amboiii...pandai ek...kenakan atuk? Siapa ajar ni?”,

“siapa lagi kalau bukan Hj sidiq yang hensem bergaya dalam kampung ni”, tercetus gelak Mak timah. Jelingan suaminya tidak dihiraukan. Suka dia dengan usikan Anis.

***

Entah di mana silapnya malam itu dia menjadi mangsa atau sudah takdir?

“kak Anis abang Fahrin kena pukul dekat tali air”, Anis terkejut Ajib yang baru tingkatan 1 berlari hilang entah ke mana. Anis mengambil kunci keretanya. Tiada siapa di rumah ini untuk menemaninya akhirnya dia nekad untuk pergi sendirian.

“Fahrin...Fahrin..”, cahaya bulan terang membolehkan matanya meneliti walaupun hari sudah malam.

Tiba-tiba dia ternampak satu tubuh yang sedang duduk keseorang. Sekali lagi dia memanggil. Fahrin ke tu! ada sedikit rasa takut. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Emmm memang dia, tempat inilah dulu lokasi mereka bersembunyi semasa kecil.

“Anis”, suara itu milik Fahrin.

“Fahrin..Kenapa ni? apa kau buat malam-malam dekat sini?”, cuba mendekatkan diri dengan Fahrin. Tapi entah dimana silapnya tubuhnya hilang pertimbangan dia tersepah tunggul kayu. Tersembam ke depan.

“Anis?...Ya Allah ok ke?”, cepat-cepat tubuh itu cuba diangkat. Kedengaran Anis mengerang kesakitan. Hairan kenapa Anis ada disitu.

“ok ke?” sekali lagi dia bertanya.

“ok...sikit je ni, nasib baik tak mati”, mendengar kata-kata itu tersembur ketawa kedua insan itu. Tapi ketawa itu mati tiba-tiba.

“Assalammualaikum......”, mereka terkedu. Jantung Anis seakan terhenti berdegup. Nafsnya seakan sesak.

***

“Atuk Anis tak salah..percayalah Anis tak salah...”, Hj Sidik masih berdiam diri. Malunya bukan kepalang apabila Anis ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sakit apabila lelaki itu menantunya sendiri.

“Acik Kiah....Anis tak salah...khairul percayalah Anis tak buat semua tu”, sendunya sudah kedengaran. Dia seperti orang hilang pegangan. Malah apabila menatap mata Atuknya dirinya terasa dibuang.

Fahrin memandang sepi. Entah kenapa keinginannya itu melimpah luah, keinginannya untuk mengahwini Anis sudah diberitahu kepada semua orang. Di depan seisi keluarganya dia meluahkan perasaan. Amukan Nina sudah dibayangkan dari awal tapi dia kena meluahkan rasanya. Anis tidak bersalah kenapa mesti dia dihukum. Dia ingin membela wanita itu tapi apa dayanya.

”dasar perempuan tak sedar diri. kurang ajar. Perampas, kau ingat kau hebat sangat ke? Cantik sangat? ” maki hamun Nina masih belum berhenti.

”apa ni Nina...Ya Allah Nina mengucap..” Fátimah cuba menenangkan anaknya. Malu dia dengan pandangan suaminya.

“perempuan ni mengatal dengan laki angah mak..dasar anak pungut.”, Anis tersentak. Pantas wajah tenang atuknya dipandang. Atuknya masih diam. Air matanya menitis lagi. Kebisuan atuknya menambahkan lagi rasa pilu dihati.

Normah diam seribu bahasa, mujurlah suaminya masih bertugas di Kuala Lumpur kalau tidak dia sendiri malu dengan apa yang terjadi pada keluarganya ini. Wajah adiknya dipandang sepi. Kesian pun ada. Kalau dia di tempat Nina mesti perkara yang sama akan berlaku.

”sudahlah angah, sabar dulu....”, khairul menarik tangan kakaknya.

”hahhh kaupun sama juga dah makan puaka perempuan sial ni...kaupun ada hati jugak dekat diakan..”, jeritan Nina membuatkan Khairul memandang tajam kakaknya sudah melampau.

Hj. Sidik memandang wajah keruh cucunya, dia tahu Anis terluka tapi dia perlu adil. Dia kena mendengar dari dua-dua pihak. Dia bangun langkahnya diatur dekat ke arah Fahrin. Fahrin gerun.

”kau dah buat keputusan ke?”, tanyanya perlahan. Amukan Nina berhenti. Diam. Sunyi. Semua mata terarah kepada Fahrin.

“saya dah fikir masak-masak ayah. Saya nak kawin dengan Anis.”, tegas jawapan Fahrin. Sekali lagi terdengar jeritan Nina. Khairul menjeling tajam ke arah Fahrin. tadi tumbukan sulongnya sudah mengenai wajah tampan abang iparnya. Nasib baik pergelutan mereka dimatikan oleh Hj. Sidik.

”Nina cuba bawa bertenang, jangan nak terpekik-pekik macam orang tak ada agama”, suara Hj sidik meresap masuk ke dalam hati Fátimah . terasa ada kekurangan dalam dia mendidik anak-anaknya. Nina di pelukannya diam sebaik mendengar arahan ayah tirinya ada rasa takut dengan renungan tajam mata redup itu. Sama seperti rasa takutnya kepada arwah ayahnya.

”Anis....” panggilan itulan yang ditunggu dari tadi. Anis memejamkan matanya seketika. Sayu. Akhirnya atuk memanggil namanya. Faham dengan panggilan itu dia memandang tepat wajah tua yang selama ini amat dikasihi. Lebih dari insan yang melahirkannya.

”Anis memang cintakan Fahrin tuk, 5 tahun hati Anis pada dia....” lama dia diam..dia yakin semua mata kini tertumpu padanya.”..tapi tu semua dan tamat tuk. Tapi bila dia pilih Nina semua tu dah tak ada...tak ada langsung tuk. Semua kat sini dah bercakap isi hati masing-masing sekarang giliran Anis.”, Fahrin memandang jelas wajah sayu itu. Dia kecewa dengan apa yang berlaku. Anis berdiri dekat dengan Nina.

”walaupun aku anak pungut, perempuan tak guna, perampas atau semua yang kau dah cakap tapi satu aku nak ingatkan dekat kau. Aku tak mungkin rampas hak orang lain. Walaupun hakikatnya kau yang layak digelar perampas.”,

Langkah Anis diatur perlahan meninggalkan ruang itu. Masing-masing terkedu. Panggilan atuknya tidak dipeduli, dia lemas berada di dalam rumah yang selama ini menjadi syurganya. Dia penat dengan maki hamun orang. Dari sekolah dia digelar anak pungut sehingga sebab itu juga Fahrin meninggalkannya. Khairul cuba untuk mengejar Anis tapi pantas tangannya ditarik oleh maknya. Anis perlukan masa untuk bersendiri.

****

”AKU BUKAN ANAK PUNGUT.!!!!....”, jeritan Anis kedengaran melawan rentas ombak yang memukul pantai. 3 minggu dia meninggalkan rumah atuk.

“kenapa kau bawa diri sejauh ini?”, suara itu membuatkan Anis terperanjat lalu berpaling ke belakang. Wajah Khairul dipandang. Matanya terus dilarikan semula mengadap pantai. Kedatangan lelaki itu tidak pernah diundang.

“baliklah..semua menunggu kau” kata-kata khairul dibiarkan berlalu bersama angin pantai. Anis senyum sinis.

“untuk apa?”...

“Ayah Haji sakit..dia nak jumpa kau”, Anis terkedu, atuk sakit? Lantas dia berpaling memandang tepat ke dalam anak mata Khairul. Cuba mencari kebenaran kata-kata yang diungkapkan sebentar tadi. Khairul mengangguk perlahan.

Langkah kaki dihayun laju. Hospital ini terasa amat besar. Bilik sederhana besar itu dibuka perlahan. Terlihat tubuh lesu Atuknya di atas katil. Atuknya tidak secergas dulu. Matanya hanya memandang kosong. Tiba-tiba hati Anis dipangut rasa sayu. Airmatanya menitis perlahan.

“Anis maafkan aku...maafkan aku.....aku sembah kau maafkanlah aku”, tiba-tiba Nina meluru ke kakinya. Anis terkejut. Dahinya berkerut tidak faham. Matanya beralih kepada Mak Timah yang sedia di sisi Atuk. Wanita itu tunduk begitu juga dengan Khairul dan Kak Normah. Dilihat Fahrin hanya berdiri di satu sudut yang memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“kenapa ni...sudahlah Nina..sepatutnya aku yang minta maaf”,

“aku berdosa..aku bersalah aku yang perangkap kau dan abang Fahrin. Aku yang rancang segalanya”, Anis terdiam ucapan Nina bagai belati menguris hatinya.

“tapi kenapa?”, anis bersuara kuat. Ada rasa geram di hatinya. Pantas dia menenangkan hatinya.

“Anis....”, panggilan Hj sidik membuatkan segalanya berhenti. Anis mendapatkan atuknya tangan yang terkapai itu digenggam kuat seakan ingin memberi kekuatan kepada atuknya.

“Atuk....Anis dekat sini tuk... bangun jom kita balik..” airmata mengalir deras.

“Atuk minta maaf sayang... entah kenapa atuk terlupa jaga hati Awek atuk ni..atuk terlalai sekejap..maafkan atuk.....” kata itu putus-putus tapi dapat didengar jelas. Anis memejamkan matanya perlahan.

“Atuk Anis tak kisah...Awek atuk ni kan kuat..atuk bangun ek...”,

Ada senyuman di bibir tua itu. Matanya jelas memandang ke arah Anis, tapi pandangan itu seakan semakin jauh. Dilihat bibir itu seakan mengucapkan sesuatu. Matanya terpejam lena. Nafasnya berhenti. Tangan yang tadinya mengenggam erat tangan anis terkulai.

“Atuk, tidurlah ek... Anis terlupa nak cakap tadi Anis sayang Atuk”, perasaannya kosong. Dilihat wajah atuknya sudah ditutup, khirul menarik perlahan selimut putih itu. Mak Timah sudah laju menitiskan air mata sejak tadi. Nina berteriak hebat.. menjerit-jerit meminta maaf.

***

Sudah tiga hari rumah besar ini sunyi tanpa atuk. Anis hanya berkurung di bilik. Sejak mata atuknya terpejam setitis airmatapun tidak mengalir. Kenapa dia sendiri tak pasti.

“mak..Anis macamana?” Khairul dan Fahrin duduk mengadap maknya yang baru sudah membaca Yasin. Nina menemani Normah ke rumahnya untuk mengambil barang untuk anak-anaknya.

“entahlah mak risau, menangis tak, marahpun tak...mak tak tahu nak cakap apa...mak malu sebenarnya dengan dia.” Menitis lagi airmata itu.

“mak sabarlah...jangan macam ni, Anis tu seorang yang tabah”, Fahrin pula bersuara. hatinya juga turut tak menentu melihat keadaan Anis. Khairul memandang ke arah wajah Abang Iparnya. Kalau dulu dia marah, benci dan geram, kini Fahrin adalah lelaki yang dikagumi.Lelaki itu memaafkan kakaknya walaupun kesalahan itu dia sendiri belum lagi memaafkan kakaknya Nina. Selepas kejadian itu Nina langsung tidak ditegur.

Anis keluar dari biliknya perlahan-lahan kakinya melangkah mendapatkan 3 insan yang sedang memandang ke arahnya.

“Anis nak makan? Acik Timah buatkan ek?” pertanyaan itu tidak dijawab. Matanya masih memandang ke arah Mak Timah. Ada sedikit rasa takut di hati mak Timah.

“Anis?” panggilan serentak Fahrin dan Khairul tidak dihiraukan. Mereka juga bersedia jika ada sesuatu yang akan dilakukan oleh anis.

Anis duduk di sofa sebelah mak Timah. Matanya masih memandang ke arah wajah itu. Isteri atuknya. Lama dia begitu.

“Anis dilahirkan tanpa kenal siapa ibu Anis...atuk pungut Anis, Dia bagi anis tempat tinggal, makan, pakaian cantik...atuk sentiasa senyum kalau ada yang buli Anis. Atuk pujuk nenek terima Anis, atuk buat nenek kasih pada Anis...Atuk akan buat anis genbira kalau anis sedih, atu yang akan balut luka Anis kalau cedera..”, airmatanya sudah merembes keluar. Begitu juga dengan Mak Timah. Dia terlalu sayu mendengar luahan insan kesayangan arwah suaminya ini. Nina dan Normah yang baru masuk juga turut mengalirkan airmata.

Khairul melarikan pandangan tak tahan rasa hati lelakinya melihat kesediha insan yang disayang. Kata-kata Anis membuatkan Fahrin sedar dia banyak meninggalkan kesedihan di hati wanita itu. Dia sememangnya tak layak untuk Anis.

Wajah Anis diusap perlahan. Tangan mak timah sudah menyentuh pipi lembutnya yang sudah basah dengan airmata. Semua disitu hanya menjadi penonton sepi.

“Acik Timah tahu Atuk sayang sangat Anis..”, Mak Timah menyapu airmatanya dengan lengan bajunya. Terasa sebak mengucapkan kata-kata itu.

“atuk pergi tinggalkan Anis sebab anis tinggalkan dia, tapi anis tahu atuk sayangkan anis..Atuk pergi tapi dia tak biarkan Anis sorang-sorang..dia hadiahkan Anis Acik Timah menganti kasih sayang dia kan?”, laju Mak timah menggangguk. Nina sebak rasa bersalahnya menggunung. Dia berdosa.

“boleh tak Acik Timah peluk Anis...Anis rindu sangat dekat atuk....”, ucapan perlahan Anis membuatkan tangan Mak Timah pantas menarik tubuh anis ke dalam pelukannya. Anis menangis semahunya. Tiada apa lagi yang disimpan. Semuanya diluahkan.

“terima kasih atuk” bisik hati Anis....dia tahu kini alasan utama atuk kawin lagi..
***

Maafkan Anis kerana membuat keputusan ini. Bukan niat Anis nak larikan diri tapi ini pilihan Anis Mungkin ucapan selamat tinggal hanya mampu dilafazkan di atas kertas. Atuk pernah cakap Anis anak yang kuat semangat jadi Anis kena buat keputusan. Untuk Ibu, nenek atau Acik Timah anis pernah bergurau dengan atuk yang anis keliru nak panggil apa Mak Timah nanti. Tapi semalam Anis temui jawapannya, semua panggilan itu milik Mak Timah. Kasih anis pada atuk kini untuk Mak Timah. Kepada Nina dan kak Normah sejujurnya jauh di lubuk hati ini begitu gembira kerana punya saudara. Tapi mungkin ada sempadan antara kita. Buat khairul Anis mengerti perasaanmu tapi mungkin keadaan dan masa yang menidakkan perasaan itu. Maafkan Anis. Kata maaf juga ku tujukan kepada Fahrin kerana berkasar, bukan niat Anis. Anis doakan semua akan bahagia sentiasa.

Selamat tinggal....
ANIS SURAYA...

Masing-masing terdiam. surat yang ditinggalkan Anis ibarat menjawab segalanya. Mak timah tersenyum dia pasti Anis akan pulang ke pangkuannya suatu hari nanti. Kerana rasa kasihnya berkata begitu. Fahrin memegang tangan isterinya kini dia belajar menghargai segala yang ada. Khairul melipat kemas surat ditangannya. Akhirnya dia tersenyum.

“khai nak ke mana tu?”

“cari cinta khai....”, Mak Timah tersenyum. dalam diam dia mendoakan anaknya.

Tamat_sudah_ ;)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets