Sunday, June 14, 2009

ADUHHH JATUH LAGI

Aduhhh jatuh lagi.

“cikgu…darius pukul saya”

“cikgu..tengok anis dia ambil pensel saya”

Adriana memegang kepalanya, lepas satu masalah satu masalah yang menimpa kelas si celik ini. Baru seminggu dia bertugas sebagai guru tadika tapi rasanya maca setahun lamanya. Satu tangisan yang kuat kedengaran dari sudut kiri kelas.

“kenapa tu Darius?”

“cikgu dia nangis sebab dia berak dalam seluar cikgu” kedengaran darius bersuara diikuti dengan ketawa dari kawan-kawannya yang ada di situ.

“hah?? Berak..tak apa saya panggilkan Mak Cik Piah”

”tak nak....nak cikgu cebukkan..” kartika berkata perlahan sambil air matanya masih mengalir.

Dahi adriana berkerut. Aduhhh kena lagi, dia memandang tajam wajah Darius, memang budak itu sengaja mengenakannya. Sejak dia bertugas lagi di situ darius adalah murid yang paling sukar dikawal. Nakalnya mengalahkan kanak-kanak belasan tahun. Malah dalam diam dia tahu muridnya itu adalah seorang kanak-kanak yang bijak.

”diam semua malaikat lalu” kata-kata yang pernah keluar ketika hari kedua dia menjaga kelas. Saat itu dia tersenyum apabila berjaya membuatkan anak muridnya yang nakal itu senyap.

” cikgu!! darius ambil pensel saya” suara Hanis menjerit sambil menangis.

”Darius kenapa ambik pensel Hanis? Pensel Darius mana?”

”hilang cikgu”

”hilang kemana?” adriana mula meninggikan suaranya.

”tadi malaikat lalu dia ambik pensel saya cikgu” adriana tersenyum mendengar kata-kata yang lahir dari mulut anak muridnya yang comel itu. Akhirnya dia ketawa. Darius bijak menyelamatkan diri.

Langkah adriana laju menuju ke kereta kancilnya. Hujan renyai-renyai membuatkan dia menutup kepalanya dengan fail hijau yang dipegang. Separuh dari kain baju kurungnya sudah basah semakin laju semakin jauh rasanya tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah BMW series hitam merempuhnya. Dia menjerit kuat.

”aduhhh..” dalam hujan renyai dia dapat merasakan darah yang mengalir di siku. Sakit. Baju kurung yang dipakai koyak menampakkan luka yang sudah berdarah,

”maaf saya tak sengaja” pemandu kereta sudah berada di depannya. Cuba membantu tapi ditolak perlahan. Dia masih boleh bangun sendiri tanpa pertolongan.

”awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu lagi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta kedengaran. Seorang wanita masih berada di dalam kereta yang melanggarnya tadi.

”saya bawa cik ke klinik?”

”emmm tak apalah sikit je ni” adriana melihat luka di sikunya walaupun pedih namun masih boleh ditahan.

”sure?”

”yes” dia menghantar langkah lelaki itu dengan ekor mata. Bunyi hon kereta dapat didengar lagi. Hishhh perempuan ni tak tahu ke aku ni sakit agak-agaklah nak hon pun, hatinya menyumpah perlahan. Dia terus berjalan mendapatkan kereta

”apa yang you buat lama sangat tu?” Tasha bertanya geram .

”you tak nampak ke I terlanggar orang tadi?”

”alaa bagi je duit dahlah”

”you ingat semua benda boleh beli dengan duit?” tasha mencebik.

***
Adriana mengemas buku-buku yang bersepah di meja kecil itu. Memang sepanjang dia menjadi cikgu di tadika ini banyak yang secara tak langsung dipelajari. Apa yang paling penting dia belajar mengawal emosinya sendiri. Semua muid dah balik kecuali darius yang masih asyik bermain dengan buku dan pensel warna di tangannya.

”darius kenapa tak balik lagi?”

”papa tak sampai lagi” jawabnya perlahan, ada nada sendu di hujung bibirnya.

”emmm selalunyakan darius balik awal?”

”selalu pak mat yang ambik”

”habis hari ni pak mat pergi mana?”

”jemput Atuk” adriana mengangguk perlahan tanda faham. Dia meneruskan kerjanya.


”nampaknya papa darius lambat hari ni”

”papa memang selalu macam ni”

”emmm apa kata cikgu hantarkan nak?” anak kecil itu mengangguk laju.

Kereta kancilnya membelok masuk ke kawasan perumahan elit. Memang betul kata Puan hajah semua murid di tabika kasih datangnya dari keluarga berada. Satu persatu rumah bak mahligai dipandang. Kalau dibandingkan dengan rumah sewanya mesti macam langit dan bumi. Rumah Teratak Impian sudah di depan matanya. Mengikut alamat dari maklumat murid inilah rumah darius.

”inikan rumah darius?”

”mana cikgu tahu ini rumah saya? Pandailah cikgu ni” anak kecil itu menolak pintu kereta. Dia tersenyum memandang ke arah cikgu barunya itu.

”terima kasih cikgu”

”sama-sama pergi masuk” darius berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita tua sedang menatinya di pintu pagar. Wanita itu tersenyum ke arah adriana. Dapat dilihat darius melambaikan tangan ke arahnya sebelum dia pergi.

’patutlah nakal anak manja rupanya’ bisik hatinya. Gelagat darius sering menjadi perhatian semua cikgu. Budak bijak yang nakal.

***

”kan papa dah cakap papa jemput kenapa tak tunggu papa?” marah Fahkrul Naim. Kadang-kadang sikap anaknya itu sangat memenatkan.

Darius hanya diam dalam pelukan neneknya, Datin Kalsom. Matanya masih memandang ke arah papanya yang sedan marah.

”sudahlah Im kan dia dah selamat ada dekat rumah ni”

”tulah mama selalu sangat manjakan dia”

”kalau tak mama yang manjakan dia nak harapkan kau...hari-hari sibuk dengan kerja tengah malam baru nak balik” Naim diam terasa terpukul dengan kata-kata mamanya. Memang dia sibuk tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak tunggalnya itu.

”darius ingat lain kali kalau papa lambat sekalipun jangan pandai-pandai naik kereta orang lain”

”bukan orang lainpun..Mak Kiah cakap dia balik dengan cikgu dia”

lega hatinya mendengar kata mamanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hanya tuhan saja yang tahu macamana gabranya dia bila tak ada seorang pun dekat sekolah tadi bila dia sampai. Merata tempat dia mencari anaknya itu. Sehinggalah dia mendapat panggilan dari mamanya menyatakan yang darius sudah balik ke rumah. Tali leher dilonggarkan perlahan. Dia meninggalkan ruang tamu tanpa sepatah kata, dia nak darius tahu apa yang dikatakan adalah serius.

”sudah sayang mari ikut nenek tidur, papa tu sayangkan darius, dia risau sebenarnya” anak kecil itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Papanya memang sering marah-marah.

Gambar ditangannya dipegang lama, ada air mata menitis di pipi keciknya. Perlahan disapu dengan tangan tapi ia tetap mengalir. Disentuh gambar yang tersenyum indah di dalam frame berbentuk hati itu.

”mama Ius rindu mama” bisiknya perlahan. ”papa marah Ius” sambungnya lagi dalam sendu. Selalu dia begitu. Sebaik saja dia yakin tiada mata yang memandang airmata anak kecil itu akan mengalir.

***

”kenapa ni sayang cikgu tengok monyok je masam macam cuka?”

” Ius rindu mama”

”mama? Laa mama darius pergi mana?”

”papa kata mama meninggal lepas lahirkan Ius” bulat mata adriana mendengarnya. Kenapa dia tak tahu. Dia mengeluh perlahan. Lama dia memandang mata anak kecil itu.

”darius nak tahu tak?” mata kecil itu setia menatap wajah adriana, perlahan tangan adriana mengusap rambut darius.

”cikgu pun dah tak ada mama dan papa.. tapi bila cikgu rindukan mereka mesti cikgu akan berdoa pada Allah supaya allah sentiasa jaga mereka dekat sana nanti”

”nenek pun selalu suruh Ius berdoa”

”emmm semua apa yang kita buat mestilah mulakan dengan doa..kita makan, tidur, mandi bila nak keluar dari rumah pun kita kena berdoa..tahu tak”

Darius mengangguk faham. Adriana melihat jam di tangannya sudah menunjukan jam 1.00.

”emmm mana Pak mat ni tak datang lagi ke?” darius mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

”kalau macam tu cikgu hantarlah”

“papa marah” darius bersuara perlahan.

”papa marah cikgu hantar darius?” kepala itu mengangguk lagi.

”kalau macam tu kita tunggulah”

”kenapa muka ni masam je? Darius ada masalah?” cuba berkompromi dengan muridnya yang satu itu. Darius diam , tunduk memandang ke lantai. Matanya kelihata redup.

”Darius selalu mimpi ada mama...boleh cikgu jadi mama darius?” soalan itu membuatkan adriana terkedu. tapi akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan, membiarkan anak kecil itu memeluk tubuhnya. Dia seakan dapat merasakan sesuatu.

***

Satu persatu buku di depannya diteliti. Novel terbaru diteliti satu persatu. Dia tersenyum apabila ada yang menarik minatnya.

”aduhh...” dia mengutip buku yang jatuh.

”sorry saya tak nampak” lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

”emm tak apa...” adriana menjawab perlahan, dia tunduk meneliti novel yang ada di tangan bimbang kalau ada kerosakan.

”ehhh saya macam pernah tengoklah awak ni” kata-kata itu membuatkan mata mereka bertentang. ’laaa dia ni ke’ bisik hati adriana.

”awak ingat saya?”

”emmm maaf ” adriana berpura-pura mengingati lelaki di depannya itu. Tak mungkin dapat dilupa lelaki yang hampir melanggarnya. Nyaris tak mati je.

”saya yang hampir langgar awak tu” sekali lagi lelaki itu cuba mengingatkan adriana.

”saya minta diri dululah” adriana berlalu tanpa sebarang kata. Fakhrul mencebik. Elehh tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Adriana menutup pintu keretanya. Aduhh nasib baik dapat lari sejak dia hampir dilanggar oleh lelaki itu dia seakan sering ditimpa musibah. Bukan dia percaya kepada semua itu tapi dia merasakan adalah lebih baik dia menjauhi lelaki itu. Kereta dihidupkan di diundur ke belakang. Keadaan sesak hari ini membuatkan adriana berhati-hati.. tapi..
Debommm.....

”aduhhhh” melihat Honda CRV hitam. Dia yakin, pasti belakang keretanya yang rosak teruk.

”awak lagi...” sekali lagi adriana melepaskan keluhan berat.

”bukan salah saya sepatutnya awak kena tengok dulu sebelum keluar” adriana melihat kereta milik lelaki itu tiada kerosakan yang jelas. Tapi kereta kancilnya yang kecik molek nilah yang jadi mangsa.

”tak apalah awak tak payah bayar apa-apa” lelaki itu belagak profesional.

’memanglah yang rosak teruk bukan kereta dia, tapi kereta aku’ rungut adriana di dalam hati. Hishh memang aku kena mandi bunga kalau macam ni.

”tak nak ucap terima kasih ke?”

”terima kasih? Kenapa?”

”saya tak salahkan awak?” adriana mencebik. Malas dia melayan lelaki di depannya itu.

”emmm...terima kasih”

”tak apalah saya call kawan saya untuk selesaikan kereta awak ni” naim menawarkan bantuan.

”emm tak apalah” jawapan yang sama keluar dari mulut lelaki itu.

”kalau awak tak nak kena tipu baik awak terima saja pertolongan saya ni”

”dan boleh percaya ke yang awak tak tipu saya?” persoalan adriana membuatkan Fakhrul ketawa.

”suka hati awak untuk percaya atau tidak”

”emm oklah” fakhrul Naim tersenyum. Pantas poket seluarnya diseluk mencari telifon bimbit.

****

”nenek... cikgu Ius baik, cantik, ius suka cikgu”

”ya...”

”cikgu Ius pandai nyanyi...dia nyanyi sedap” sekali lagi anak kecil itu memuji cikgunya.

”amboi..susah cucu nenek ni nak puji orang.. mesti cikgu Ius baik sangatkan”

Fakhrul Naim memasang telinganya di sebalik Khabar Utusan yang dibaca. Perbualan anaknya itu menarik perhatiaannya, selama ini tak pernah anak tunggalnya itu memuji terutamanya orang yang baru dia kenal. Sebelum ini ada saja yang tak kena. Cikgu tualah, cikgu tak cantiklah, macam-macam lagi lahir dari mulutnya.

”nanti bolehlah Ius jemput cikgu makan malam dekat rumah” Datin Khalsom memberi Idea kepada cucunya.

”emmm...nenek boleh ke Ius ajak cikgu?”

”kenapa pulak tak boleh....nenekpun nak juga berkenalan dengan cikgu cantik, baik Ius tu” Ketawa darius kedengaran lagi,

”sukanya cucu atuk ni...cerita pasal apa?”

”pasal cikgu dia bang” Dato Latiff duduk di sebelah isterinya. Cucunya sedang asyik ketawa, menariknya untuk turut serta.

”emmm ni mesti pasal cikgu yang dari semalam dia duk cakap ni”

”siapa lagi bang...” senyuman manis datin khalsom mengundang senyuman yang sama di bibirnya.

”nenek tahu tak cikgu dah jadi mama darius, dia setuju jadi mama darius” Datin Khalsom dan Dato latiff terdiam. Naim merenung tajam wajah anaknya.

”apa Ius cakap ni? Ini ke yang cikgu Ius ajar? Siapa kata dia akan jadi mama Ius?”

”siapa cakap?”

”cikgu cakap” anak kecil itu tersenyum lagi, Naim berdengus geram, tapi tak mungkin dia melepaskan marahnya kepada darius. Apa jenis cikgu ni..ada hati nak jadi isteri aku? Ajar anak aku bukan-bukan. Hatinya berbisik jahat.

***

Adriana memandang sekeliling kawasan teratak kasih, akhirnya dapat juga dia masuk ke rumah ini selama ini hanya berdiri di pagar.

”jemputlah duduk” pelawa seorang wanita dalam lingkungan 50 an. Mungkin nenek Darius. Dia terpaksa menerima jemputan makan malan itu kerana darius yang beria-ria. Tak sanggup dia nak menghampakan perasaan murid kesayangannya itu.

”emmm terima kasih datin” ucapnya perlahan.

”ehhh saya bukan Datin, saya Mak Kiah orang gaji dekat sini, datin ada dekat atas sikit lagi dia turun” adriana tersenyum. Malu dengan sikap terburu-burunya. Tapi tak apa bukan dia kenalpun sesiapa dalam rumah ini jadi tak salah kalau dia tersilap orang.

”hooo awak nilah dia cikgu yang ajar anak saya bukan-bukan...rupanya dah banyak kali kita jumpa tapi tak kenal” Naim tiba-tiba muncul dari belakang. Adriana hairan tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki di depannya itu.

”apa Encik cakap ni?” dia dapat melihat wajah itu dengan jelas..laaa mamat ni ke apa hubungan dia dengan darius?

”apa yang awak ajar anak saya? Sampai awak suruh dia anggap awak sebagai mama dia?” adriana terkedu. Ini ke tujuan keluarga ini menjemputnya?

“saya tak faham apa maksud Encik?”

“untuk pengetahuan dan makluman awak tak mungkin ada yang akan mengantikan tempat mama darius, dan apa yang pasti awak tak akan dapat menjadi isteri saya” adriana bertambah hairan. Hishhh ni drama apa pula ni.

“Encik hina saya”

“terpulang baguslah kalau cikgu rasa terhina...dan berapa ramai anak murid yang cikgu hasut mindanya untuk cikgu mencari lelaki kaya?”

“encik jangan melampau...” lelaki itu sudah melangkah mendekatinya, adriana mengundur selangkah menjarakkan dirinya.

”dah lama cikgu sampai?” sapaan dari belakang membuatkan adriana berpaling. Kali ini dia yakin inilah nenek Darius, dari pakaian dan gayanya menampakan dia kelihatan lebih muda. Naim terus menuju ke tangga. Hatinya masih belum puas.

”baru je” darius yang memegang neneknya berlari mendapatkannya. Tangan cikgu muda itu dicium lembut. Adriana mengusap kepala anak kecil itu.

”terima kasih sebab cikgu sudi datang..bukan apa mak cik teringin juga nak tengok siapa yang boleh jinakkan budak baik darius ni”

”emmm sama-sama, sepatutnya saya yang berterima kasih pada datin sebab sudi jemput saya” adriana merendah diri.

”panggil mak cik, tak payah nak berdatin-datin..” sekali lagi Adriana tersenyum. Baik nenek darius ni.

”marilah kita ke meja makan...Ius panggil Atuk dengan papa turun makan” belum sempat arahan dari neneknya habis, darius terlebih dulu meluru ke tangga.

Datin Khalsom dan adriana beriringan ke meja makan yang agak jauh dari ruang tamu tadi. Namun belum sempat mereka duduk satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

”Ya Allah cucu aku” jerit dato borhan. Datin dan Adriana berlari sebaik saja mendengar suara seakan memanggil.

”Ya Allah abang kenapa?” kelihatan tubuh kecil itu terdampar di lantai ada darah mengalir di kepala dan mulutnya. Dato Borhan menjerit memanggil satu nama yang dia sendiri tidak tahu siapa.

***

”macamana anak saya Doktor?” tanya Naim cemas. Dia meraut rambutnya beberapa kali. Duduknya tidak senang sekejap dia berjalan sekejap dia berdiri. Hanya tuhan yang tahu perasaannya apabila melihat tubuh kecil anaknya terbaring lesu dan berlumuran darah.

”macamana doktor cucu saya?” giliran Dato Borhan pula bertanyakan soalan yang sama.

”anak Encik kehilangan banyak darah, buat masa ni pihak hospital sedang berusaha mencari stok darah jenis O dan mungkin kita perlukan penderma, harap Encik dapat bersabar dan berdoa ”

”darah jenis O?” ada kesal si hatinya, kenapa dia tak memilik jenis darah yang sama?

”saya boleh menderma doktor” semua mata meluru ke arahnya. Adriana memgangguk perlahan. Meyakinkan mata yang memandangnya.

Penantian disulami dengan kebisuan. Hanya mata mereka saling berpandangan namun tiada kata-kata. Doktor Amir keluar dari bilik ICU dia menanggalkan sarung bajunya.

”macamana dokor?”

”alhamdulillah...semua selamat” Fakhrul melepaskan nafasnya perlahan. Senyuman kembali di wajahnya.

”syukur Ya Allah” kedengaran suara datin Dan Dato yang memeluk anak mereka.

”terima kasih cikgu”

”tak apa Mak cik mungkin ini hari darius mana tahu esok lusa hari saya..lagipun dia murid saya”

Mata Naim tak lepas memandang ke arah adriana, tak sangka inilah dia cikgu yang sering dibangga-banggakan oleh anaknya. Tak sangka juga wanita ini akan menyelamatkan anaknya. Rasa bersalahnya semakin menebal. Tapi bukan rasa itu yang merunsingkan hatinya tapi ada satu perasaan halus yang dia sendiri tidak sedar.

***

”kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu rambut tu beruban sampai gigi tu dah tercabut semua baru nak kawin?”

”alaaa mak Rina muda lagilah mak”

”sebab mudalah mak suruh kau kawin”

”mak jelah yang kawin..”

”hishhh budak ni kita pulak yang nak di ajar, umur kita ni semakin tua bukan muda kau tu aku tengok dekat dengan lelaki pun tak..kau nak cari yang macamana?”

”emmm yang macam arwah ayah...seorang ayah yang bertanggungjawab dan bijak memberi kasihnya” ucapan adriana membuatkan Mak som terdiam. Perlahan airmatanya mengalir.

”kau memang sengaja nak bagi aku sedihkan dok teringatkan ayah kau tu... tengok au dah nangis..”

”ala-ala...ok Rina mnta maaf...mak soal jodoh ni biarlah tuhan yang tentukan kalau ada jodoh rina akan kawin mak jangan risau ek”

Adriana tersentak. Dia kembali ke alam nyata, baru semalam maknya membebel. Entah kenapa ibu kesayangannya itu terlalu risau dengan hal perkahwinannya. Macamlah dia tua sangat. Umur 25 baru nak kenal dunia. Wad d234 diketuk.

”haiii”

”cikgu..bila cikgu datang?” kelihatan darius sudah cergas dan tersenyum sihat. Namun anak kecil itu masih di atas katil. Ketika itu hanya darius yang ada di dalam bilik.

”darius sorang je ke dalam bilik?” adriana bertanya hairan. Tak mungkin darius di tinggalkan seorang diri.

”emm papa pergi solat sekejap” Adriana menganggu perlahan, senyumannya dilontarkan kepada anak muridnya itu.

”darius dah makan?”

”emm dah tapi sikit..tak sedap” adriana ketawa kecil.

”cikgu tahu, makanan dekat hospital memang tak sedapkan” adriana mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawa.

”cikgu ada buatkan bubur nasi special untuk Darius...bubur nasi ni special, sedap nak rasa?” melihat anak kecil itu mengangguk tangannya cepat memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.

Adriana menyuap perlahan bubur ke mulut kecil itu. Dia tersenyum apabila darius kelihatan berselera menikmati bubur yang dimasak.

”seleranya anak papa makan?” adriana pantas berpaling. Kelihatan Naim sudah berada di belakangnya. Dia bergerak sedikit ke belakang menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

”sedap papa..cikgu masak..” ada rasa malu apabila mendengar pujian muridnya.

”ya ke... papa nak rasa boleh?”

”emmm boleh...papa suruhlah cikgu suapkan” kata-kata itu membuatkan denyutan jantung adriana bertambah pantas. Matanya tak lepas memandang senyuman di wajah Naim. Cishhh dia ni ambil kesempatan pulak, sengaja nak kenakan aku ni, rungut hatinya.
”emmm tak apalah kalau Encik naim nak ada lagi dalam bekas tu” cepat adriana mengelak. Naim tersenyum.

”tak apa saya bukan nak awak suapkan pun” perlahan dia berbisik di telinga adriana. Ketika itu terasa kakinya tak mampu untuk berdiri. Terasa longgar segala sendinya.

Darius hanya senyum melihat telatah papanya. dia akan membuka mulutnya setiap kali adriana merapatkan sudu bubur. Berselera anak kecil itu menghabiskan bubur nasi yang dimasak cikgunya.

”ok darius cikgu balik dulu”

”alaaa...cikgukan baru datang?”

”emmm tak apa sayang nanti cikgu datang lagi ek..lagipun cikgu ada hal” dia pantas meninggalkan bilik itu.

”papa pergilah pujuk cikgu” mendengar kata itu membuatkan Naim tersenyum. Anaknya seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

”Cik Adriana tunggu..”
”nak apa?”

”saya ada sesuatu nak cakap dengan awak”

”emmm Encik Fakhrul Naim..kalau ada lagi hinaan yang terbuku di hati tu tolonglah simpan..lagipun untuk pengetahuan encik Naim bukan semua hubungan kasih dan sayang perlukan ikatan. Saya kasihkan darius bukan sebab-sebab bodoh yang Encik Naim fikirkan...saya sayangkan dia sebab dia seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang saya..dan kalau saya di beri pilihan sekalipun saya tak mungkin akan hampakan harapan dia sebab saya sayang dia” ucapan panjang lebar adriana membuatkan Naim tersenyum.

”apa masalah awak ni?” benci dia melihat senyuman Naim.

”masalahnya saya dah jatuh cinta dengan awak...dan saya dah putuskan awak sebagai isteri saya” adriana terkedu. Jantungnya seakan berhenti. Wajah Naim dipandang lama.

”apa encik naim merepek ni” wajahnya masih berona merah.

”bila pula saya merepek...saya Fakhrul Naim cintakan awak Nur adriana a.k.a cikgu Rina”

”gila”

”saya akan hantar rombongan meminang awak Minggu depan..” Adriana berlari meninggalkan Naim.

***

Rombongan merisik memenuhi rumahnya, adriana terkedu melihat Naim dan darius yang tersenyum. ’ehhh apa pula mamat ni nak buat ni hishhhh’.

”Ya Allah Naim dia dah lari ikut pintu belakang” kata mak som sememangnya dia juga bersetuju berpakat dengan Naim. Tak sangka anaknya akan lari.

”lari?” Naim berlari mendapatkan keretanya, sempat dia mendukung anak kesayangannya masuk ke dalam kereta.

”nak pergi mana papa?”

”kejar mama..” Naim tersenyum. Darius ketawa kecil.

”awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke? Berapa kali awak nak langgar saya? Awak nak saya mati ek?” Adriana memuntahkan amarahnya. Wajah Fakhrul naim di pandang lama. Kalau ada pisau di tangannya dah lama di tusukkan ke perut lelaki itu. Nyaris kereta lelaki itu merempuhnya.

”awak marah ke?”

”habis tu awak nampak saya tengah meloncat-loncat suka” geram dia apabila mengetahui rancangan pakatan Naim dan ibunya. Ingat aku ni anak kucing ke nak kawin-kawin paksa ni.

”aikkk anak saya kata cikgu dia ni baik sabar”

”anak dengan bapak sama je menyusahkan orang”

”amboi merungut nampak”

”saya peduli apa” adriana bangun dia berjalan pantas ingin meninggalkan Naim, tapi entah di mana silapnya kakinya tersadung sesuatu.

”aduhhh...jatuh lagi” adriana mengosok pinggangnya yang terasa sakit.

”nampaknya awak dah tak boleh pergi jauh dari saya.. sebab kalau awak jauh sikit dari saya mesti awak jatuh” Naim tersenyum. Wajah Adriana masih lagi masam.

”adriana sudikah awak menjadi mama kepada Mohd darius bin Fakhrul Naim?”

”jadi sebab Darius awak pilih saya?”

”kalau nak jadi mama Darius kenalah kawin dengan papanya,” adriana tersenyum

”bodoh”

”apa awak cakap?” Naim berdiri di depan adriana. Dapat dilihat wajah yang selama ini hadir dalam mimpinya, akhirnya wajah itu jelas dimatanya.

”cikgu...” kedengaran satu suara dari belakang. Darius tersenyum sambil datang memeluk adriana.

”kenapa awak nak menipu lagi?”

”apa?” tanya adriana marah.

”awakpun cintakan sayakan?”

”siapa cakap saya cintakan awak?” adriana bertanya lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan dari bertentang dengan mata Naim.

”dahlah...jangan nak berlagak lagi...mata awak dah menyatakan segalanya”

”cikgu” panggil darius lagi.

”bukan cikgulah sayang...mama” adriana berbisik perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Naim. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

”boleh awak sayang darius macam darah daging awak?” soal Naim perlahan.

”darah saya memang dan mengalir dalam tubuh dia” sekali lagi mereka tersenyum.

-The end-

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets