Monday, July 20, 2009

Perihal kisah kita


Perihal kisah kita.

“apa masalah papa ni sebenarnya?”

“masalahnya kaulah” selamba duduk berdepan dengan papanya. Haji Marzuki. Mata tajam papanya langsung tidak menakutkannya.

“anak sorangpun susah nak jaga...macam jaga lembu sekandang”

“hishh papa ni boleh pula samakan Mar dengan lembu...busuk betul”

”papa dah buat keputusan..”

”tidakkkkk....”

”apa salah papa dekat kau sampai kau jadi macam ni?”

”tulah papa siapa suruh papa letak nama Mar ni Mawar...malu tahu tak semua member Mar ketawakan Mar” Mawar hampir memuntahkan ketawanya. Haji Marzuki juga menyimpan senyumnya. Nama Mawar itu adalah pilihan ayahnya, atuk kepada Mawar.

”sudah jangan nak buat lawak bodoh dengan papa.. lagipun nanti tok wanpun dah tahu yang kau akan duduk dengan dia minggu depan”

”papa ni suka buat keputusan sendiri tahu tak”

”ada papa kisah?” hj. Marzuki bangun dah berlalu meninggalkan anak daranya sendiri.
”jangan lupa esok papa nak makan nasi lemak”, sambungnya lagi sebelum kakinya sampai di tangga.

”ada Mawar kisah?” dengan selamba dia berlalu melintasi papanya. Tanda protes dengan keputusan papanya.

”aikkk bertuah punya anak...”

Jam di sebelah katilnya berbunyi kuat... Mawar menutup telinganya dengan bantal. Selimut ditarik melindungi keseluruh tubuh kecilnya itu. Sudah 3 hari dia meninggalkan Kuala Lumpur sekarang dia berada di kampung gajah. Sekali lagi bunyi loceng kuat membingit di telinganya kali ini terasa lebih dekat.

”hissshhh...” dia meraba-raba jam di atas meja. Aikk mana pula jam ni. Bunyi ayam berkokok pula menganggu. dia membuang selimutnya lantas tingkap kayu kecil di sebelah dibuka dengan kasar.

“eiiii ayam bodoh kalau betullah....kau nak menjerit-jerit boleh tak pergi tempat lain” jeritnya lagi. Tingkap itu ditutup kembali, dia melangkah perlahan memanjat semula katil. Sedapnya tidur, semalaman dia tak tidur akibat berperang dengan nyamuk.

Selama tinggal dengan tok wan dia dapat rasakan dia bebas dari bebelan papa kesayangannya itu. Tok wan seorang yang tak suka membebel tapi lebih suka memberi sindiran yang tajam. Maklumlah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ayah dengan anak sama je suka seksa hidup aku.

“Nek mana tok wan?” Mawar tampil dengan jeans dan t-shirt hitamnya.

”Masyallah..seluar apa kamu pakai ni Mawar sayang??” aduhhh mula dah.. Mawar menayangkan muka tak bersalahnya.

“kenapa nek salah ke? Ni seluar jeanslah Nek”

“hahh....Ya Allah...”

“kenapa nek?”

“kalau kamu dah pakai seluar jin...nanti jin tu nak pakai apa pula?” hishh nenek aku ni buat lawak pulak. Kelakar sangatlah tu. Senyum kambing neneknya membuatkan dia terasa disindir.

“Mar mana ada seluar lainlah Nek... Tok Wan mana nek?” sekali lagi dia bertanya.

”entahlah..pagi-pagi macam ni kemana lagi dia duduk melepak warung janda Senah tulah”

”hahh..mesti Tok Wan ada skandal dengan Cik senah tu..” Mawar ketawa sengaja mengusik neneknya itu.

“hishhh kamu ni…jangan merepeklah..” muncung neneknya sudah kelihatan. dia tersenyum terus duduk mengadap nasi lemak yang sudah terhidang di depannya. Inilah yang best duduk dengan Tok Wan mesti Neneknya akan hidangkan tak payah dia susah-susah nak masak ke apa.

Sudah hampir sepuluh tahun dia tak balik ke kampung. Dia hanya berjumpa dengan nenek dan Tok wannya apabila mereka datang melawat mereka di KL. Apalah yang menarik sangat kampung ni sampai papa tak sabar-sabar suruh aku balik kampung. Sekali aku duduk terus dengan nek dan tok wan dia juga yang menangis.

”apa yang mawar buat sampai papa marah macam tu sekali?”

“entah Nek dia kata jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga Mar...mungkin sekarang ni papa tengah jaga lembulah kot” senyumannya bertukar ketawa. Teringat kata-kata papanya pada malam perang besar itu.

“macam-macam nek dengar pasal Mawar”

“alaaaa papa tu semua Mar buat semua tak betul... belajar silat salah, perempuan dia suruh belajar masak..peliklah, suka suruh orang buat benda yang tak suka buat”

“mungkin ada sebab dia tak suka”

“kalau mama ada mesti dia sokong apa yang Mar buat...” mawar diam, tiba-tiba hatinya terasa sebak, bunyi batuk dari belakang mengejutkannya. dia berpaling Tok wan sudah menarik kerusi di sebelahnya tercium bau rokok yang menyakitkan hidung.

“Tok wan ni berapa kali Mar nak cakap jangan merokok bahaya untuk kesihatan” pantas rokok di tangan lelaki tua itu di ambil dan dibuang keluar tingkap. Wajah kerut Tok wannya tidak dihiraukan. Dia hanya bersiul.

“nasihat orang pandai awak tu berapa kali tok nak cakap cuba duduk elok-elok, pakai baju tak senonoh tu entah apa ditulisnya kamu pakai ni bersiul macam budak laki...” Tok wannya sudah mula berceramah. Aduhhh....nampaknya dia tersilap langkah.

***

“tok kata tak payah...tak payahlah..”

“hah...mar nak ikut juga..”

”masalahnya gelanggang tu untuk lelaki...kamu tu perempuan”

“tok wan itu zaman dahulu kala..sekarang ni perempuan dah boleh buat apa yang laki buat tahu tak” geram dia mendengarnya, perangai tok wannya sama macam papa sukar merendah-rendahkan perempuan. Ketinggalan betul.

“kamu ni degil betullah...sama macam papa kamu tu”

“alaaa degil macam tok wannya juga” selamba dia melahirkan kata. Hajah Maimunah hanya senyum mendengar telatah cucu kesayangannya itu.

Matanya meredah suasana sunyi menyusuri langkah Tok wan yang sudah lebih 70 tahun tapi masih nampak muda dah kuat. Kedengaran suara anak muda kampung yang sedang belatih silat, nyalaan api di tepi pagar yang diperbuat dari buluh membuatkan dia rasa berada di zaman Hang Tuah. Wahhh...ramai juga anak buah Tok wan tapi kenapa dia tak nak ajar aku bersilat? Pelik...sebab aku perempuan ke?

”hah... Mawar kamu duduk saja di sini”

”hishhh Tok Wan ni janganlah panggil orang Mawar..tak sukalah”

”laaa dah nama kamu.. nak panggil apa?”

”Mar je...”

”hishhh mengada-ngada aku yang bagi nama tu kenapa kamu malu?”

”hooooo....Tok Wan yang bagi nama tu... orang malulah Tok macam zaman Hang tuah dengan Hang Jebat pulak” kedengaran ketawa kasar Tok wannya. Ehhh orang tua ni suka pulak dia. Dia tak tahu aku dari sekolah jadi bahan ketawa sebab nama ’Mawar’ nasib baik bukan kemboja, melor, kuntum ke hishhh....

Semua anak buahnya berpakaian serba hitam dan ada yang hanya berseluar dan tidak berbaju. Terasa segan pula dia berada di situ. Semua berhenti apabila Tok Wan masuk ke gelanggang. Mereka tunduk hormat. Tiba-tiba aku pula yang bangga.

”ini cucu Tuk nama dia ...” belum sempat Tok wan bersuara aku menyikunya perlahan.

”panggil Mar je” satu senyuman dilontarkan kepada jejaka-jejaka di depannya. Tiba-tiba ada mata yang memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu hanya berseluar hitam di pingangnya diikat dengan kain kuning. Dalam suasana gelap terlihat badan tegapnya.

’pehal plak mamat ni tengok aku semacam je...bajet bagus sangatlah tu silat dia?’

”teruskan latihan...Ril” suara tok wan mengembalikan Mawar ke dunia nyata.

”ya Tok” tangan tua itu disalam.

“malam ni buka langkah baru..” arahan Tok wan membuatkan aku sekali lagi menatap wajah itu.

”Tok...Mar ikut sekali” permintaan itu membuatkan Zahril ketawa, begitu juga Tok Wan.

”asas pun kamu tak ada nak buka langkah pun tak tahu macam mana?” kata-kata Tok wan membuatkan Mawar mencebik..

”Nampaknya Tok Wan pandang rendah dekat Mar?”

”bukan pandang rendah...”

”Gelanggang bukan namanya gelanggang kalau tak ada langkah” Mawar bersuara sedikit kuat. kata-kata itu mengingatkannya pada seseorang.

” gelanggang bukan gelanggang kalau tak ada langkah” kata-kata Aisya anaknya bermain semula di mindanya. Ungkapan yang sama sering digunakan Aisya satu-satunya anak kesayangannya.

”Tok Wan?” Mawar pelik, matanya memandang ke arah Zahril yang memandang sinis ke arahnya.

”sudahlah kamu duduk saja dekat situ, jangan mengada-ngada” Mawar tersentak. Mukanya beralih merah, malu disergah begitu.

”Mar balik dululah” Mawar meninggalkan semua mata yan memandangnya. Kesal dengan sikap Tok wan yang sama seperti papanya. Benci!!.

****

Matanya merenung sawah padi yang menghijau, cantik. Membuatkan hatinya menjadi tenang.

”jauh menung nampak?”

”hah?” zahril tidak mempedulikan pandangan mata Mawar, dia terus duduk di sebelah wanita itu.

”nak apa?” tanya Mawar tanpa memandang lelaki di sebelahnya

”nak lepak dekat sini je” Mawar bangun dari duduknya,

”ehh...nak ke mana tu?”

”laaa dah awak nak lepak dekat sini”

”berlagak juga orang KL ni ek”

”so apa masalahnya” Mawar bertanya tak puas hati. Suka-suka mulut dia je. Juntaian rambut yang menutupi wajahnya di tolak dengan tangan. Matanya masih tak lepas memandang lelaki di depannya itu.

”masalahnya cik mawar ni macam bermasalah je dengan saya?” zahril menayangkan muka tak bersalahnya. Menambahkan lagi sakit di hati mawar.

”ehhh...pleaselah...that not my problem”

“saya orang kampung Cik Mawar tak pandai bahasa omputih ni” perli Zahril.

“so apa masalahnya?”

“tak ada masalah” zahril mengajuk cara mawar bertanya.

“whatever” Mawar bangun, selipar di tepinya di angkat dengan tangan.

”cik mawar hati-ha...” belum sempat pesanan zahril habis Mawar sudah jatuh terduduk.

”aduhhhh!!!” jeritan kuat Mawar membuatkan zahril berlari mendapatkan wanita itu.

”hahh tulah saya baru nak pesan...dah jatuh dalam sawah” ketawa zahril kedengaran.

Mawar berdiri separuh baju t-shirtnya sudah berlumpur. Ketawa zahril membuatkan hatinya bertambah panas. Dia cuba memanjat benteng sawah namun gagal. Zahril menghulurkan tangannya untuk membantu mawar, wanita itu menepis tangannya kasar.

”Nak menyombong lagi tu...cepatlah licin tu, jangan salahkan saya kalau nanti ada lintah atau pacat dekat badan awak tu ” mendengar kata-kata itu membuatkan Mawar pantas menarik tangan zahril.

Muncungnya panjang sedepa. Satu suarapun tidak kedengaran dari tadi. Langkah diaturkan lebih laju.

”tak payah ikut sayalah...bukan saya budak kecik tak tahu jalan balik” marah Mawar apabila zahril mengekorinya.

”sebab awak bukan budak keciklah saya ikut mana tahu awak terjun lagi dalam sawah tu” sindir zahril membuatkan langkah Mawar semakin laju.

Hajah maimunah melihat muncung cucu kesayangannya itu, tanpa menegur neneknya mawar terus naik ke dalam rumah dengan baju yang penuh lumpur.

”kenapa pulak ni?” jerit neneknya perlahan apabila melihat cucunya bermandi lumpur.

”dia jatuh dekat sawah Nek ”

”hah?macamana pula jadi macam tu?”

“jalan laju sangat mengalahkan pendeka” kata-kata zahril disambut dengan tawa besar Nek Jah. Memang dia sudah biasa di rumah itu malah sejak kecil lagi dia memang selalu bermain di rumah Nek Jah. Tapi tak tahu pulak yang Nek Jah ada cucu secantik Mawar. Bisik hati nakalnya.

“tak apalah Nek, Ril balik dulu”

“makan tengahari dekat sinilah”

“emmm tak apalah nek, lagipun dah janji dengan mak tadi nak baik awal..mungkin lain kali” Nek jah tersenyum menghantar langkah lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Zahrillah penawar rindunya saat dia merindui cucu kesayangannya.

***

“Kenapa abang buat macam tu?”

“habis awak nak dia jadi macam mak dia? Sebab silat dia pergi tinggalkan kita..” ada sendu di hujung kata-kata Tok Wan. Mawar disebalik pintu hanya diam menjadi pendengar. Dia ingin tahu apa rahsia yang selama ini disimpan.

“tapi itu semua takdir...abang tak boleh nak melawan takdir” giliran Nek Wan pula bersuara.

“sudahlah Mak ayah lagipun Mawar tak pernah tahu cerita sebenar biarlah dia dengan cara dia” ehhh itu suara Papa? Bila dia sampai?. Dia cuba menjengukkan kepalanya ke dalam rumah.

“jangan sampai dia tahu..” gertak Tuk Wan. “aku tak mahu hilang cucu aku macam aku hilang anak aku” Tok wan terus meninggalkan Papa dan Nenek di dapur. Hahhh nampaknya keputusan kena juga datang dari aku. Mawar masuk ke rumah terus ke biliknya.

“Mawar nak kemana ni?” Beg yang disandang diletakkan ke lantai. Dia tunduk enggan memandang wajah Tok Wan dan neneknya

“Mawar nak balik”

“kenapa?”

“sebab mawar tak nak jadi orang yang terasing dalam keluarga, kalau Atuk, Papa dan Nek rasa Mar ni penganggu lebih baik Mar balik. Lagipun Mar pun tak nak ambik tahu lagi rahsia keluarga ni” dia membuat keputusan.

“Mar duduk...jangan nak memberontak tak kena tempat”

”Papa selama ni Mar selalu fikir yang Papa adalah insan yang faham Mar tapi hakikatnya Papa masih tak kenal anak sendiri” bunyi dehum dari ats membuatkan dia berpaling. Alamak Atuk!!. Ada sedikit getar di dadanya, kalau kena penampar kang tak pasal-pasal je masuk hospital.

”apa bising-bising ni?”

”budak ni nak balik bang” Mata atuknya kelihatan tenang. Sempat dia menyalakan rokok yang terselit di tangan, hishh Atuk ni tak nampak ke aku nak merajuk ni boleh pulak layan rokok tu lagi.

”emmm kalau nak balik..balik arrr tapi sebelum tu pergi kedai belikan atuk tepung teringin pula nak makan cucur udang” Mawar menelan air liurnya. Cucur udang? Mak aiii sedapnya.

”Malaslah Tuk suruh papa yang beli..Mar nak balik KL” cuba melayan rajuknya walaupun hakikatnya sudah terbayang cucur udang panas. Ada ke aku merajuk dia suruh pergi beli tepung..hishhh tak logik betul..mana ada sangat kritikal macam ni nak buat adegan makan kot.

”pergi atuk kata...nak tengok atuk ni mati kempunan ?” senyuman cuba disembunyikan apabila melihat Mawar keluar dengan muka masamnya. Dia tahu perangai cucu kesayangannya itu. Walaupun dah boleh jadi mak orang tapi perangai macam budak-budak. Hajah Maimunah dan Marzuki hanya tersenyum sumbing. Marzuki kagum dengan ayah mertuanya kerana berjaya menawan hati anak kesayangannya itu.

“alamak...anak manja Tok wanlah” zahril menjeling ke arah mamat dan kawan-kawannya. Memang sengaja mereka menduga kesabarannya.

“hahhh nak ambil hati tok guru sampai cucu dia pun kau rembat sekali ke?” satu lagi suara mencelah datangnya dari kelompok yang sama.

“apa masalah korang ni sebenarnya?”

”tak ada apa...saja borak-borak kosong pasal ada orang tu” zahril mengenggam erat penumbuknya.

”kau jangan cari pasal dengan aku Mat” kelihatan dia semakin hilang sabar.

”kau ingat kau belajar silat aku takut..kau jangan lupa aku pun bekas anak murid Tok Wan..” dia berdiri tegak wajahnya tegang menikam wajah Zahril. Dendamnya masih belum selesai.

”sebab itulah aku lepaskan kau kali ini..ingat silat bukan untuk kita menunjuk-nunjuk” Zahril berpaling ingin meneruskan langkahnya.

”hahhh pergi mampuslah silat kau tu” Mamat memberi isyarat kepada kawan-kawannya. Mereka menghalang perjalan Zahril, satu persatu melepaskan tumbukan namun dengan tenang ditangkas oleh zahril sehinggalah dia silap percaturan, Mamat menghayunkan seatu objek keras ke kepalanya. Dia tersungkur jatuh. Terasa kepalanya sangat sakit darah mengalir keluar.

”hohhh apa korang buat tu?”

”amboiii anak gadis manis Tok Wan pula nak jadi penyelamat” sindir Mamat disertai gelak tawa kawan-kawannya. Hishhh kurang ajar memang nak kena ni. Mawar mengenggam tangannya.

”emmm mari sayang biar abang cium sikit” Mamat sudah merapati Mawar. Ketika itu Zahril masih mengerang kesakitan

”Mawar lari...lari...” sedaya upaya Zahril menjerit tangannya masih memegang kepala yang penuh dengar darah.

Mawar tersenyum..memang nak kena budak-budak ni, tapi boleh ke dia kalahkan muka-muka pecah rumah ni? Ramai pulak tu?..hishhh kena fikir tiga kali. Tiba-tiba idea bodohnya datang. Bungkusan tepung di tangannya diramas pelahan, matanya mengawasi kedatangan Mamat. Sebaik sahaja lelaki itu datang merapatinya, senyuman Mamat membuatkan dia terasa ingin muntah dalam masa yang sama dia mendengar jeritan Zahril meminta dia pergi dari situ.

”ambik kau...”

”aduhhh” Mamat menutup matanya, wajahnya dipenuhi tepung. Matanya pedih. Sepantas kilat satu sepakan dilayangkan ke tempat sensitif lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu menjerit dan tunduk kesakitan.

Semua kawan-kawannya terkedu, ada yang ingin mara datang membantu dan ada yang melarikan diri.

”hahhh marilah kalau korang nak rasa macamana tak ada keturunan nanti...” masing-masing melangkah ke belakang.

”blah arr geng...jom cabut..” satu persatu meninggalkan Mawar sambil menarik Mamat yang masih mengerang kesakitan.

”hahhh..padan muka kau lepas ni mesti kau terseksa seumur hidup” sempat mawar berkata perlahan. Dia berlari mendapatkan Zahril yang terdampa di tepi jalan. Kebetulan pada masa yang sama sebuah kereta berhenti dekat dengan mereka.

”Mawar kenapa ni?”

”PAPA?!!”

****

”tak sangka cucu Tok Wan jadi hero” puji Tok Wannya.

”alaaa...kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” giliran papanya pula menyampuk. Semua di situ tergelak mendengar jawapan Hj Marzuki.

”budak Mamat tu memang nak cari pasal dengan aku...” Marah Tok wan.

”dahlah ayah biar polis yang tentukan..jangan awak nak buat perhitungan sendiri ” Nenek memberi amaran. Pak cik Mail dan Mak cik Murni juga menyokong pendapat Nenek. Aku hanya diam di satu sudut bilik. Masih ada yang belum selesai.

”hahhh cucu Atuk ni kenapa diam je?? Tak suka ke jadi hero? Ehhh nak ke mana tu?” Tuk Wan dan yang lain memandangnya. Matanya bertembung dengan pandangan Zahril yang bersandar di katil. Semua sedang menanti jawapannya.

”Nak balik KL” dia terus keluar dari wad 301c itu. Malas mendengar gurauan yang tak kelakar langsung. Hatinya masih sakit.

”tunggu Mawar...Atuk ada benda nak cerita”

”kalau nak beritahu rahsia yang atuk simpan selama ni tak payahlah Tuk Wan”

”dengar dulu apa yang tuk wan nak cakap Mawar” giliran ayah pula yang menyergahnya dari belakang. Di sisinya ada Nenek yang sudah berteman air mata.

Segala yang tersimpan selama ini diluahkan, satu persatu cerita dilayarkan kepadanya. Ada air mata yang menitis saat dia tahu hakikat sebenar. Patutlah Tuk Wan dan Papa merahsiakan segalanya. Cerita aisyah ibunya dibongkar satu persatu.

****

Sayangku Mawar..

Mesti sayang tak suka nama itukan..seminggu ibu bertengkar dengan atuk sebab namamu sayang, tapi ibu tahu nama itu juga yang akan membuatkan ibu bangga denganmu. Mungkin masa Mawar baca surat ni rahsia ibu dah terbongkar...

Sayang maafkan atuk, Nek dan papa sebab mama yang minta segalanya dirahsiakan. Bukan silat sebenarnya yang ibu bencikan tapi keadaan lama ibu terbiar bagai mayat hidup selepas kemalangan itu. Sakit bukan sebab ibu cacat tapi sakit sebab kerana terlalu mengutamakan seni mempertahankan diri yang mengankat nama ibu, ibu lupa dunia, ibu lupa suami yang kasihkan ibu, ibu lupa ayah dan mak yang selama ini menjaga dan membesarkan ibu.

Kegemilangan ibu sebagai juara tak penah buat ibu bahagia..ibu kesal sebab abaikan mawar..maafkan ibu..tapi ingat gelanggang bukanlah gelanggang jika tak ada langkah. Prinsip itu buatkan ibu sedar rupanya langkah ibu salah. Demi anakku yang tersayang maafkan ibu. Ibu sayang Mawar...sangat sayang...
Ibumu tersayang..

Semua isi dairi itu telahku baca. Air mata yang menitis disapu perlahan dengan jari. Dia pasrah dengan ketentuan yang berlaku. Emmm...memang kadang-kala nama boleh membuatkan seseorang hilang punca, hilang keluarga. Ibu mawar faham perasaan ibu. Mawar sayang ibu. Dairi itu didakap erat. Seakan memeluk ibunya.

”sayang mana butang baju abang ni?”

”hah?? Ada atas meja tu..” Mawar memandang wajah segak suaminya Zahril.

”sayang menangis lagi ke?” dia duduk di tepi isterinya. Dahi wanita itu dikucup lembut.

”tak adalah...tiba-tiba teringat ibu”

”alaaa dahlah...kan nak dapat ibu baru hari ni..cepat tu nenek dengan Tuk Wan dah bising” dia meluru ke depan cermin. Melihat penampilannya. Segak lengkap berbaju melayu dan samping. semoga Papa dan Mak Uda akan bahagia. terbayang senyuman Maryuni jiran rumahnya tak sangka janda anak satu itu akan menjadi ibunya. wajah suaminya dipandang.

”ni siapa yang nak nikah ni Papa ke abang?” ada senyuman nakal terselit di wajah suaminya.

”ala...abangkan pengapit kenalah lebih hensem dari pengantin” kedengaran ketawa kuat Zahril.

”perlu ke abang kata macam tu?” ada nada tak puas hati.

“perlulah sebab mana tahu kot boleh tambah cawangan”

“amboii gatal....” satu cubitan mengena lengannya. Berbirat.

”sakitlah sayang...anak papa nanti dan keluar jangan suka cubit-cubit suami tau...nanti suami cari lain” bisik Zahril apabila dia merapatkan kepalanya ke perut isterinya yang sudah 7 bulan. Lagi 2 bulan dia akan menjadi papa.

”abang!!” jerit Mawar perlahan.

”Tuk Wan dah bagi nama dekat anak kita” Zahril berkata perlahan.

”hah?!! Ohhh NO...”

”oohhh YES...Kemboja sari katanya” bulat mata Mawar mendengarnya.

”TAK NAK!!!!!!!!!” Zahril tersenyum..dapat meneka reaksi isterinya.

The end.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets