Monday, June 6, 2011

GILA KAU 47

Gila kau 47
“papa tak rasa ke macam ada yang tak kena? Tiba-tiba abang hilang macam tu je.. dan tak mungkin abang Man akan tinggalkan kak Intan macam ni..dia sendiri mengaku yang kali ni dia serius” Mira cuba memancing perhatian papanya, dia mahu ada juga yang berpihak padanya.

Dato Hashim duduk kembali ke sofa. Kopi yang tadinya panas sudah sejuk. Ketika ini otaknya masih belum boleh memikirkan soal makan dan minum.

“tapi tak mustahil dia akan buat semua ni..Mira lupa macamana dia boleh tinggalkan Malaysia semata-mata sebab papa paksa dia sambung belajar..” memang sikap anaknya yang sorang itu cukup sukar diramal. Tapi entah kenapa jauh di sudut hatinya dia seakan merasakan memang ada yang tak kena. Tapi otaknya seakan menolak secara perlahan.

Mira berdengus kuat. Dia mengaru kepala, sejak tadi puas dia menghubungi beberapa teman rapat Lokman. tapi semuanya pelik dan tak tahu kemana Lokman menghilang. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang sudah terbatal.
“jadi apa kita nak buat sekarang ni papa?”

belum sempat soalan Mira dijauh, Datin Maznah sudah turun mendapatkan anak dan suaminya.

“tak payah susah-susah.. tadi along dah call mama dia kata dia ok.. sekarang dia tengah bercuti, mungkin sebulan atau mungkin dua bulan.. dia pesan jangan risau..”
bulat mata Dato Hashim mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya. Dia bangun berdiri tegak di sisi Datin Maznah. Mata masih memandang tepat ke arah wajah selamba Datin Maznah.

“apa??!!! dia pergi bercuti?.. apa dia ingat ini kerja main-main ke...suka hati dia nak tinggalkan majlis macam tu aje? Tak fikir hati dan perasaan orang langsung..”

“ehh abang ni nak marah pulak. Sepatutnya kita bersyukur yang lokman tu tak jadi pilih perempuan tu.. kan bagus tak adalah cacat keturunan kita nanti..mungkin dia dah sedar yang perempuan tu memang tak layak jadi menantu kita”

“layak tak layak itu hal nombor dua.. apa yang penting dia dah malukan muka saya ni.. apa saya nak cakap pada pihak perempuan lepas ni?”

Datin Maznah mencebik.

“apa yang abang nak pening-pening kepala ni..kan dia dah kawin dengan pak sanggup mana entah..”

“Maznah jaga mulut tu jangan melampau sangat..” suara Dato Hashim mula meninggi..

“dahlah malas saya nak layan abang ni..tak akan sebab budak tak tentu keturunan tu kita nak bergaduh pulak..lagipun bukan saya yang buat keputusan tapi anak awak tu jugakan..”

“masalahnya saya masih tak boleh terima apa yang dah anak kita buat, kenapa dia buat semua ni..kenapa mesti dia nak malukan saya?” Dato Hashim masih tak puas hati.

“suka hati abanglah.. apa yang saya tahu saya sentiasa sokong anak saya.. walau apapun keputusan dia saya sentiasa ikut”

Datin Maznah meninggalkan suami dan anaknya yang masih dengan tanda Tanya,geram juga hatinya bila tak habis-habis perempuan tak guna itu juga yang dibela.

“papa rasa kehilangan abang ada kaitan dengan mama ke?”

“kenapa Mira cakap macam tu?” tak sangka tekaan Mira sama dengan apa yang ada di fikirannya sekarang.

“entahlah.. Mira pelik kenapa mama macam tak kisah pun abang Man hilang..”

“Mira jangan risau, papa akan siasat semua ni..” Dato Hashim membuat keputusan. Memang ada yang tak kena.

Suasana di kafe 2in1 agak tenang. Mungkin sebab masih awal lagi. Fazrul memandang wajah Datin Maznah dengan pandangan pelik. Entah apa mimpi orang tua ni pagi-pagi dah ajak dia keluar makan.

“apa mimpi mak ngah ni siap nak belanja makan, dah buang tabiat ke?”

“kau ni kalau bercakap tak sakitkan hati aku tak boleh ke?” suara itu sudah mula meninggi. Fazrul hanya tersengih.

“saya tak fahamlah Mak ngah ni, anak hilang pun macam tak ada apa.. tak akan mak ngah tak risau kot si lokman tu hilang. Dahlah lari dari majlis perkahwinan sendiri memang bodoh..”

“apa kau cakap Rul.. aku tak dengar.”

“Yalah.. dah elok-elok dapat bakal isteri sikit punya cantik, meletop pulak tu boleh pulak dia lari… hishhh tak ke bodoh namanya tu?”

“haiiii dulu bukan kau ke yang sibuk dekat aku kata perempuan tu jenis bukan-bukan lepas tu kau kata anak aku bodoh pulak, kau ni sebelah mana sebenarnya?”

Fazrul terdiam. Alamak terlepas cakap pulak. Tapi memang dia adalah orang yang paling gembira bila mendengar berita kehilangan Lokman. Aman sikit hidupnya di pejabat. Tapi yang membuatkan dia terkilan sebab Intan memilih untuk berkahwin juga dan pilihannya bukan calang-calang orang.

“kau tahu apa perkembangan perempuan tu?” soalan Datin Maznah dibalas dengan ketawa kecil. “yang kau ketawa tu kenapa?”

“haiii kenapa nak ambil berat pulak dengan menantu tak jadi mak ngah tu? Dia dah kahwin dengan jiran dia. Dan apa yang Mak ngah kena tahu suami dia adalah anak Pengerusi Global Holding juga merangkap CEO. Lebih hebatlah dari si Lokman tu” jawab Fazrul bangga. Padan muka Mak cik dia yang sorang ni. Ingat duit dia boleh beli semua benda.

“mana kau tahu?”

“kalau tak Si mamat tu lebih cepat dari saya. Intan tu dah jadi Isteri saya..”
Bulat mata Datin Maznah mendengar ayat yang keluar dari mulut anak buahnya. Memang nak kena budak ni.

“saya gurau ajelah Mak ngah..” Fazrul mengalihkan pandangan. Cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya tersirat di hati. “jadi lepas ni bolehlah Mak Ngah jodohkan Lokman tu dengan menantu pilihan.”

“itulah rancangan aku..”

Fazrul mencebik. Memang tak masuk akal.

“hebat betul perempuan tu.. tak dapat Lokman, orang kaya juga dia sapu. apa ilmu dia gunapun aku tak tahu..”

“Mak ngah nak jumpa saya ni ada hal apa?”

“aku nak kau buat satu kerja ni?” suara Datin Maznah kembali berbisik. Mungkin bimbang ada mata yang memandang dan mendengar.

“kerja apa? Jangan cakap Mak ngah nak suruh Rul bunuh orang..”

“kau ingat aku bodoh macam kau..” suara Datin Maznah mula meninggi. Memang macam petir. “tapi ingat biar pecah diperut jangan pecah di mulut, siapapun tak boleh tahu… kalau kau bocorkan rahsia siap kau..”sambung datin Maznah berbau ugutan, Fazrul hanya tersenyum.ugutan Mak Ngahnya langsung tak lekat di hati.

“alaa Mak ngah ni macam baru kenal Rul semalam.. tahulah Rul nak buat apa lepas ni, tapi macam biasalah Mak ngah buat kerja bahaya ni tak akan pakai air liur aje..”

“yang tu kau jangan risau.. siap kerja kau siaplah duitnya..”

Fazrul tersenyum lagi. Duit punya pasal semua boleh selesai.

*****
Dah hampir 15 minit Intan masih mengadap Tin sardin tapi usaha untuk membukanya masih gagal. Selama itu juga Shahrul hanya tercegat di tepi memandang dengan padangan tak puas hati. Nasib baik Mak mentuanya tak ada kalau ada tak ke malu, nak buka Tin ni pun tak tahu.

Tadi shahrul menghantar SMS memintanya memasak roti sardin, Mak Siti tak ada di rumah katanya balik kampung dengan Farid. Mulanya dia enggan tapi mengenangkan status sebagai isteri tak salah rasanya dia melakukan tugas kecil itu. Lagipun jauh di sudut hatinya kesian membaca ayat memohon pertolongan dari suaminya sendiri.

“sinilah abang tolong…”

“tak payah saya boleh buat sendiri..”bantah Intan, tangan shahrul ditepis. Shahrul mengeleng perlahan. Memang degil. Wajah kemerahan Intan dipandang dengan ekor mata. Tin sardin masih belum Berjaya dibuka.

“kalau tak boleh buat biarlah abang tolong..”

“kan saya kata saya boleh buat.” Suara Intan sedikit tinggi.

“boleh apanya macam tu.. kalau macam ni sampai esok tak buka dan sampai seminggu ni tak tahulah boleh makan ke tak roti sardin goreng ni..” bisik Shahrul, sengaja dikuatkan biar isterinya itu sedar diri.

“adoiii!!!...” jeritan Intan membuatkan langkah Shahrul terhenti dia kembali berpatah balik ke dapur.

“Ya Allah..” itu saja ayat yang keluar. Darah sudah menitis di lantai. Intan terus mencapai kain di hujung meja lalu membalut luka di ibu jarinya. Darah pekat masih mengalir keluar.

“ abang nak tolong tadi tak bagi… degil, jangan pakai kain tu, kain tu kotor nanti kejap abang ambikkan first Aid.. “ dengan pantas Shahrul hilang. Tak sampai dua minit dia kembali dengan kotak berwarna putih ditangan.

“tak ada apa-apalah..sikit aje ni”

“sikit apa kalau darah banyak macam ni.. macamana boleh jadi ni.” Shahrul mengajukan soalan tak berapa cerdik.

“ikan sardin dalam tin tu gigit kot..” balas Intan selamba.

“memang nak kenalah tin ni..” ucap shahrul geram. Intan hanya berwajah selamba walaupun ngilu di jarinya terasa. “sakit?” Tanya shahrul kembali.

“tak..”

“tu muka macam sakit” mata mereka bertentang. Intan geram. Suka hati nak kenakan orang.

“mana ada.. tak Nampak muka gembira ni, tak Nampak?..“ sehabis boleh Intan menarik senyum yang dibuat-buat.

Ketawa shahrul yang tadinya ditahan akhirnya pecah. Pertama kali dia melihat senyuman tak ikhlas yang mengelikan hati dari wanita kesayangannya itu. Memang lawak. Rasa risaunya berlalu begitu saja.

“ suka pulak.. ingat orang buat lawak apa..” marah Intan sambil menarik kasar tangannya yang sudah siap dibalut. “ehhh… ini luka ke patah ni..kenapa balut macam ni? ”

Ketawa shahrul mati tiba-tiba. Tangan Intan dilihat sudah berbungkus cantik. Dia mengaru kepalanya lagi, ehh macamana boleh terbalut macam tu.

“alamak abang asyik sangat tengok tangan sayang sampai terbalut macam tu.. maaf, mari sini abang betulkan balik..”

“tak payahlah saya boleh buat sendiri”

Intan berlalu keluar dari dapur.

“habis roti sardin goreng apa cerita?”

“tak jadilah..nak makan juga pergi beli dekat kedai”. Terdengar jeritan isterinya yang sudah melangkah pergi.

“Adoiii kempunan lagi aku nak merasa masakan isteri. Haiii siapa tak sayang isteri oiiiii… kau ni tin pun satu yang kau gigit tangan isteri aku tu buat apa kan dah tak dapat makan roti sardin memang patut pun kau duduk dalam tin..” shahrul membebel sendiri.

Melihat jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nak keluar ke tak ni? Shahrul berkira dalam hati. Kalau tidak disebab perut yang sudah menyanyi lagu rock tak mungkin dia akan keluar saat badannya dibeban rasa penat. Lemah semua sendi. Haiii nasib badan,mak jauh isteri pulak dah macam jiran.

“ehhh nak kemana tu?” soal Maya melihat temannya sudah sedia memakai tudung.

“nak pergi beli sardin kejap..”

“kenapa?”

“tadi shahrul teringin nak makan roti sardin, tapi tak sempat aku nak masak dah luka pulak tangan ni..” jelas Intan lagi. Maya mengangguk sambil tersenyum. “yang kau tersenyum tu kenapa?” Tanya Intan geram.

“ehhh tak adalah sayang jugak kau dengan dia ek.. ingatkan dah buat tak tahu tadi..”

“Mak Siti suruh tengok-tengokkan dia..”

“tak payah belilah.. ada ikan sardin dekat dalam kabinet tu.. roti ambik je roti aku atas meja.. setakat dia nak makan sorang memang lepas..”

Tanpa banyak soal Intan terus masuk semula ke dapur. Entah kenapa sejak tadi hatinya tak senang sebab meninggalkan shahrul macam tu je. Rasa bersalah mula terasa bila mengingatkan wajah lelaki itu.

Tak sampai sejam Roti sardine gulung sudah siap dimasak. Satu persatu disusun di atas pinggan. Nama Maya dipanggil beberapa kali. Temannya yang asyik melihat ady putra dalam majalah berpaling.

“kenapa?”

“kau tolong aku hantar dekat dia…” Pinta Intan sambil melangkah dekat dengan sofa tempat duduk Maya.'

“hah? Kau gila..dah pukul berapa ni..hishhh tak naklah.. “

“habis tak akanlah aku nak hantar..”

“mestilah kau..” Maya yang akhirnya membuat keputusan. Memang tak akan ada bantahan. Intan terdiam. Roti sardin goreng dipandang lama.

“tak payah arrr.. kau makan ajelah..”

“Intan kau tak kesian ke laki kau tak makan?..lapar malam-malam ni?.. berdosa tau. Lagipun ini salah satu tanggungjawab kau..”

Intan terdiam. Maya simpan senyum hakikatnya dia sengaja menimbulkan rasa bersalah dalam diri temannya. Bukan niat untuk mengena tapi lebih kepada membetulkan keadaan. Tanpa banyak soal Intan mencapai kembali tudungnya di hujung sofa.

kerana kau 23

Kerana kau 23
Wajah sahabat didepannya itu dipandang lama. Memang naik berbuih mulutnya menasihatkan perkara yang sama tapi masih belum boleh diterima. Kalau diberi pilihan mahu saja dicuci otak si Iqbal ni dengan pencuci tandas biar bersih tanpa kotoran.,

“kau jangan bagi muka sangat dengan dilla tu.. aku tengok dok berkepit aje dengan kau”

“elehhh kau jelous ekkk..” usik Iqbal. Hamzah cebik, tanda protes dengan apa yang didengar. “dia ajelah buah hati yang aku ada… dengan anak kau tu ajelah yang aku nak bercinta”

“aku dengar macam-macam keluar dari mulut dia pasal kau dengan cik Ayuni tu..ada apa-apa ke?”

“hishhh… kau ni macam tak kenal anak kau tu macamana…cita-cita dia kan nak jadi wartawan so masa nilah dia nak praktik macamana nak buat gossip..” Iqbal ketawa sendiri teringat cita-cita pelik dilla.memang glamor punya cita-cita.

“kalau betul pun apa salahnya..lagipun aku tengok Cik Ayuni tu sikit punya cantik, bila dia senyum memang comel je.. sejuk mata memandang”

Iqbal tersenyum mendengar pujian temannya. Memang betul 100% tapi nak senyum tu yang payah.kalau Nampak dia senyum memang bertuahlah badan.
“kau tahukan kerja aku..”

Hamzah diam. Bila diungkit pasal kerja Iqbal, dia paling puas memberi nasihat. Naik berbuih mulut bercakap benda yang sama.

“sampai bila kau nak buat kerja tak ada faedah ni?.. lagipun resort ni dah cukup untuk bagi kau kerja. separuh dari resort ni adalah hak kau..” Hamzah meninggikan suaranya. Sengaja ditegaskan hak Iqbal, biar temannya itu sedar.

“aku ada lagi satu tugas.. lepas tu aku akan tinggalkan kerja ni macam yang kau nak..”

“tapi kerja kau ni bahaya.. kalau kau Tanya aku, untuk yang ke seratus kali aku tak setuju langsung dengan apa yang kau buat”

“aku tahu.. tapi tugas kali ni aku kena juga buat. Kau jangan risau lepas ni aku akan pastikan semua urusan resort aku buat lepas ni kau duduk goyang kaki ok..”
Hamzah mengeleng kepala. Lain yang orang cakap lain pulak yang dia nak buat.

“aku risaukan keselamatan kau..” suara itu kedengaran perlahan. Namun didengar jelas di telinga Iqbal.

“aku tahu…” belum sempat ayat dihabiskan suara dilla kedengaran memanggilnya kuat.
Hamzah mencubit pipi kanan anaknya. “apa anak dara papa ni menjerit-jerit macam tu?” dilla hanya tersengih menjawab soalan ayahnya.

“Uncle Iqbal.. jomlah…”

“nak kemana?”

“adalah…cepatlah ikut dilla…dilla ada masalah ni” suara si kecil serius.

tanpa banyak soal Iqbal hanya menurut kata anak temannya itu. Budak kecik ni bukan boleh banyak soal. Lagi banyak soal lagi pening jawapan yang dibagi.lebih baik ikut aje lepas tu baru soal siasat.

*****

“kenapa pulak kena pilih uncle?papa kan ada?”

“ papa tu dah tua… lagipun papa tak hensem..” ketawa Iqbal kedengaran kuat. memang nasib kaulah hamzah dapat anak berterus terang macam ni.

“so dilla nak cakap uncle ni hensemlah?” laju anggukan si kecil. Tiba-tiba hati Iqbal menjadi kembang. “oklah uncle setuju.. cepatlah dilla lukis..”

“bukan dilla yang nak lukis.. tapi kawan dilla..”

“pulak… siapa?”

“tu..” laju matanya di arahkan kepada insan yang ditunjuk oleh dilla. Iqbal terkejut melihat wajah tak senang Ayuni. Ditangan wanita itu ada buku lukisan dan dua batang pensel 2B.

Iqbal tahu yang Ayuni juga terpaksa. Tapi dalam hati dia terasa ingin memeluk Dilla kerana dua hari ni cukup payah dia ingin melihat wajah itu. Inilah peluang dia nak menatap wajah putih bersih milik gadis misteri itu.

“Seriuslah sikit!!” suara Ayuni kebosanan.dari tadi dia sudah cukup bersabar dengan lagak lelaki ini. Entah dari mana datangnya dia sendiri tak tahu. Kalau bukan disebabkan permintaan Dila jangan harap dia akan sanggup berjam-jam bersama mereka di sini.

“aikk.. marah pulak, saya kan model awak so kenalah cakap dengan penuh manja..” dilla ketawa kecil mendengar ayat Iqbal..

Gerak tangan Ayuni berhenti. Matanya memandang tajam kearah Iqbal yang sudah bangun membetulkan pinggangnya.

“ehhh awak tahu tak dah berapa lama saya dok pose kat situ? Dekat sejam tau.. bagilah rehat sekejap..” sambung Iqbal. Faham sangat dia dengan jelingan maut Ayuni.

“alaaa.. uncle Iqbal sikit lagi je nak siap.. duduklah balik..” marah si kecil. Membuatkan Iqbal melangkah malas duduk kembali di bawah pokok. Nasib baik angin sepoi-sepoi bahasa petang ni kalau seperti selalu alamat lenjunlah bajunya bermandi peluh.

“ Dilla apa masalahnya sampai nak kena lukis gambar uncle ni.. lagipun kalau cikgu dekat sekolah tu suruh dilla lukis gambar uncle kan uncle boleh lukis sendiri.. ini minta tolong dengan orang yang salah..” bebel Iqbal. Sengaja mengumpan bibir itu supaya bersuara.dari tadi Ayuni hanya asyik dengan lukisannya. Hanya sesekali saja suara itu kedengaran itu pun klau terpaksa menjawab soalan dilla.

“uncle tak tahu… kak Ayuni lukis cantik..cantik sangat..” pujian yang ke seratus kali kedengaran lagi. Iqbal mencebik. Emmm apa saja yang keluar dari mulut kecil itu pastinya pujian.

“cepatlah sikit lambat arr…panas ni tahu tak” rungut Iqbal bosan. Kalau tahulah ini agenda dilla pasti dia tak akan mengikut kerenah budak kecik ni.

“ok dah siap…..” jeritan itu membuatkan Iqbal berpaling kea rah dua orang yang masih sedia berdiri tak jauh dari tempat duduknya. Dilihat buku kertas lukisan itu sudah bertukar tangan kepada dilla. Anak kecil itu bersorak riang.

Iqbal tak senang duduk. Dia bangun terus menuju kearah dilla, hatinya melonjak ingin melihat bagaimana rupanya dalam versi lakaran pensel. Mesti ada yang tak kena bila melihat ketawa pelik Dilla.

“apa yang kelakar sangat bagilah uncle tengok..” minta Iqbal sambil cuba mengambil lukisan di tangan dilla.

Lukisan itu dibawa jauh dari tangan Iqbal,”hissshh uncle tak payahlah tengok.. tadikan kata tak nak tengok..” marah si kecil itu.

Belumpun sempat ayat itu habis lukisan di tangannya terus dirampas. dilla menjerit sambil melompat ingin mengambil lukisannya kembali.

“mana boleh uncle tak tengok.lagipun ini kan muka uncle jadi uncle ada hak tau.. dan uncle boleh saman orang yang cuba menjatuhkan kehenseman uncle” suara Iqbal kuat sambil menjeling kearah Ayuni yang sedia dari tadi menjadi penonton.

“oklah dilla akak balik dulu..” suara itu menghentikan aksi dua insan. kedua-duanya memandang kearah Ayuni yang sudah melangkah perlahan meninggalkan tempat lepak mereka sejak tadi.

Langkah wanita itu dihantar dengan satu renungan yang sukar ditafsirkan. Iqbal menatap wajahnya versi lukisan pensel yang sangat sempurna. “ini uncle ke..?” tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya. Tak percaya dengan matanya sendiri.

“yelah… kan itu uncle, cantikkan kak Ayuni lukis.. hahhhh tulah tak percaya apa dilla cakap”

“emmm dilla uncle simpan lukisan ni boleh?”

Laju kepala si kecil itu mengeleng. “tak boleh!!”

“please…” suara Iqbal seakan memujuk. “ uncle belikan bear besar nak?”

“tak nak….” keputusan itu masih sama. Iqbal mengaru kepala yang tak gatal.
“uncle bagi belanja ais krim selama sebulan?”

Dilla mencebik. Wajah Iqbal dijeling dengan ekor mata.masih berkeras dengan keputusannya

“kalau dilla tak nak bagi lukisan tu dekat uncle.. uncle bagi tahu papa yang dilla ada hati dengan kawan sekelas dilla sebab tu dilla rajin pergi sekolah.”
Wajah comel itu muncung. Iqbal tersenyum, pasti kemenangan berpihak padanya. Memang tak sia-sia dia memegang rahsia anak kecil itu.

“penjahatlah uncle ni suka main tipu..” jerit dilla kuat.wajahnya jelas marah

“hishh mana ada uncle main..ini semua cubaan tau..sekarang macamana nak bagi ke tidak?”

Dengan terpaksa lukisan itu bertukar tangan. senyuman meleret Iqbal membuatkan wajah anak kecil itu bertambah kelat.

“oklah.. nanti uncle lukiskan yang lain untuk dilla. Lagipun mana boleh bagi gambar uncle hensem macam ni dekat dilla, nanti cikgu jatuh cinta pulak dengan uncle..siapa nak jawab pulak nanti?”

“cikgu dilla lelakilah..”

Iqbal ketawa kuat. Tektiknya tak menjadi. “hahhh kalau lelaki lagilah bahaya.. hish2..” sambungnya lagi cuba menyembunyikan senyumannya.

“kenapa uncle? Kenapa bahaya?” hahhh sudah soalan semakain bertemu soalan.

“ tak ada apa-apa..dah jom balik nanti papa risau pulak main dekat pantai ni sampai petang macam ni..”

Anak kecil itu masih lagi kaku di situ, Iqbal pelik. Dilla tersenyum sambil mengangkat kedua belah tangannya. Senyuman terukir di wajah Iqbal. hishhh manja betul budak ni. Dia merendahkan tubuhnya pantas Dilla meloncat ke belakang Iqbal.

“mak aiiikkk beratnya.. makan apa ni?”

“makan nasi.. cepat kuda, jalan laju..”

Mendengar arahan itu Iqbal berlari laju dan kedengaran suara ketawa kecil dilla dekat di telinganya. Mereka sama-sama ketawa.

*****

“kenapa pulak Riz tak boleh bawa kereta ni?”

“alasannya senang je.. nanti kalau ada kereta Riz akan balik esok so papa dan arahkan yang riz jangan bawa kereta” arah Datin NOrmah.tersenyum melihat wajah kerut anaknya.

“alaaa kalau ada kereta kan senang kalau nak makan angin..” satu lagi alasan keluar dari mulut itu. Fariz hari ini sudah diberi cuti dan sepatutnya sudah menaiki kapal terbang kemana dia sendiri tak tahu.

“hahhh.. sebab abang tu suka main tipu.. tengok pandai-pandai cancelkan tiket hari ni,macamana papa tak bising..” Aleyya keluar dari dapur sambil menatang dua gelas air. Satu untuk Fariz dan satu lagi untuk mamanya.

Wajah tak puas hati Fariz mencetuskan ketawa kecil Datin Normah. Faham sangat dia dengan sikap papanya, masih banyak masalah yang belum selesai tapi entah kenapa dia dipaksa bercuti. Mungkin kehilangan Ayuni tersangat memberi kesan kepadanya tapi kenapa?. Bukan ke dulu dia juga yang mengharapkan yang wanita itu tak akan pernah wujud dalam hidup mereka sekeluarga.

“mama ikut Riz sekali ek.. bosanlah Riz nak bercuti sorang-sorang”

“itulah kan mama, orang suruh kawen tak nak macam-macam alasan keluar dari mulut tu tapi bila dah jadi macam ni tahu pulak bosan nak bercuti sorang-sorang”

Datin Normah mengangguk setuju dengan kata-kata Aleyya. Kalau ikutkan hati memang dah lama dia nak Fariz berumah tangga malah dah beberapa orang anak kenalannya dikenalkan. Namun hasilnya tetap suram. Semuanya tak sesuai.

“kalau dulu Fariz ikut cakap mama.. mesti sekarang dah ada anak dua. Si Maria tu pun entah kemana menghilang..”

Fariz tersengih lagi. Teringat pada Maria, anak Tan sri Zakaria yang hampir-hampir menjadi tunangannya. Nasib baik Maria juga mengambil langkah melarikan diri kalau tidak tak tahulah macamana dia hidup dengan maria tanpa cinta.

“alaaa kan Fariz dah cakap tak jumpa lagi perempuan yang boleh buat hati ni dilanda rindu..”

“elehhh abang ni bercakap macam pakar cinta pulak..”usik Aleyya.

“Aleyya senanglah cakap sebab memang dah jumpa dengan orang yang memang dah curi hati tu..macam abang ni hati abang hanya pada mama aje.. kan mama..”

Aleyya menjulir lidah. Jauh didasar hati memang diakui yang Fariz sangat menyayangi mamanya. Tapi sengaja dia ingin mengusik, dah lama tak kenakan abangnya yang sorang ni.
“Fariz kena juga cari pilihan hati Fariz tu.. mama teringin nak tengok Fariz pakai baju pengantin sebelum mama tutup mata..” ucap Datin Normah sayu.

Aleyya terdiam. Tak sangka usikannya tadi membuatkan mama menjadi serius. Tiba-tiba rasa bersalah beraja di hati.

“Demi mama dan papa Riz akan buat apa saja walaupun terpaksa korbankan diri Riz sendiri” tersenyum Aleyya mendengar jawapan dari abangnya. Senyuman yang sama terukir diwajah Datin Normah.

“bila tiket seterusnya, kali ni abang janji tak akan cancelkan…” Fariz membuat janji.

“18 Jun..” jawab aleyya ringkas dalam senyuman.

“18 jun.. emmm lambat lagi..” suara Fariz. Dia mengangkat gelas minuman tapi geraknya terhenti seketika, seakan terfikir sesuatu..wajah Aleyya dan mamanya dipandang “ 18 jun bukan esok ke?” soalan itu bergema..

“Yes Encik Fariz.. sebarang surat menyurat dan permohonan tidak lagi dilayang sekian..”

Ketawa tiga beranak itu kedengaran lagi. Jelas bahagia.

****

Fariz tersenyum akhirnya dia sampai juga ke sini, dan terlakar senyuman papa, mama dan Aleyya yang tersenyum kerana rancangan merekaberjaya. Bertahun juga dia tak bercuti, seingatnya sejak dia mengambil alih Neraca Holding. Dalam hati dia berterima kasih kepada adam yang menjadi perancang segalanya.

“encik Fariz?!!” suara itu kedengaran dekat di telinganya. Membuatkan dia kembali kealam nyata.

“Ya saya..”

“saya ajib.. yang akan temankan Encik Fariz sepanjang percutian.. selamat datang ke Langkawi..” suara lelaki itu sambil senyum.

Fariz mengangguk faham. “berapa umur?” Tanya Fariz lagi sambil menanggal cermin mata hitamnya.

“22 encik..”

“kalau macam tu jangan nak berencik-encik.. panggil saya abang Fariz je lagi senangkan”

Jelas wajah lelaki itu tersenyum. Dari tadi ajib berkira-kira dalam hati bagaimana caranya dia ingin melayan anak orang kaya. Dari pengalaman sebelum ini ada saja yang tak kena bila dia terpaksa berdepan dengan spesies manusia yang mengangungkan duit. Tapi bila melihat dari cara Fariz dia yakin kerjanya akan berjalan lancar

“macamana boleh kenal Adam?”

“ohhh abang adam pernah datang sini..dekat sini kami jadi kawan baik dah jadi geng pun..” Fariz mengangguk faham.dalam hati tertanya-tanya bila masa adam sampai ke sini, rasanya kemana saja adam di situ ada dia..

“masa tu abang adam ada seminar..tinggal dekat resort ni..” jelas Ajib seakan memahami kerutan di dahi Fariz.

“cantik resort ni.. dah lama ajib kerja dekat sini?” Fariz mengalih topik.

“emmm dah dekat setahun jugalah… bos resort ni baik sangat tu yang best kerja dekat sini. Nanti saya kenalkan abang Fariz dengan bos saya..”

“boleh juga tapi sebelum tu.. abang nak mandi nak rehat dulu, penat sangat rasanya ni..”Ajis mengangguk setuju. Dia menyerahkan kunci rumah resort NO50 kepada Fariz.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets